Isu 16 September yang dikatakan hari Anwar akan membentuk kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat pusat, kencang bertiup di mana-mana di seluruh negara.
Kita tidak putus-putus diselubungi oleh berita-berita yang belum tentu kesahihannya dan ini melumpuhkan semangat rakyat yang sudah mual dengan cerita-cerita politik yang tidak keruan…dan ini benar-benar membawa ketidakstabilan kepada negara.
Orang ramai tidak mempersoalkan samada cerita Anwar ini betul atau tidak; yang saya persoalkan ialah khabar angin ini hanya bertiup kencang jika tahap keyakinan rakyat terhadap kerajaan itu terlalu rendah.
Sebaliknya jika kerajaan itu diyakini sepenuhnya oleh rakyatnya maka khabar-khabar angin seperti ini tidak akan begitu mudah merebak ke seluruh negara.
Orang ramai percaya banyak lagi cerita yang tidak tentu salah benarnya akan tersebar dan ini akan meruntuhkan kerajaan dengan kadar yang sangat cepat.
Contohnya jika seorang anak gadis kelihatan selalu memakai pakaian yang membuka auratnya dan selalu pula berpoya-poya dengan lelaki maka khabar angin yang mengatakan gadis ini dirogol sangat mudah dipercayai.
Itulah sebabnya jutaan rakyat termasuk saya sendiri telah meleter supaya Abdullah dan Najib berundur secara terhormat supaya tidak mudah elemen-elemen yang buruk boleh masuk ke dalam pemikiran rakyat.
Tetapi malangnya kedua-dua pemimpin yang lemah ini telah berpakat untuk mengadakan pelan peralihan kuasa yang karut-marut itu.
Bagaimana rakyat dapat memberikan keyakinan jika kuasa dipindahkan daripada seorang yang lemah kepada seorang yang fasik.
Lagi pula, bila pula masanya ahli-ahli UMNO dapat menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk memilih pemimpin yang mereka yakini?
Pemimpin-pemimpin hari ini tidak ada tugas lain, selain daripada mengelirukan rakyat yang sudah begitu jemu melihat pemimpin-pemimpin yang jumud dan tidak mendatangkan apa-apa hasil kepada rakyat yang mereka pimpin.
Saya hanya dapat memadankan muka-muka mereka yang mengangkat dan menyokong pemimpin-pemimpin ini sehingga mereka menjadi pemimpin-pemimpin yang tidak pernah layak untuk duduk di tempat yang sangat panas itu.
Selagi pemimpin-pemimpin kita tidak faham tentang masalah yang dihadapi, selagi itulah masalah tidak akan dapat diselesaikan.
Bagaimana Abdullah dan Najib hendak menyelesaikan masalah sedangkan mereka tidak tahu apa masalah yang ada di hadapan mereka.
Itu sebabnya mereka mesti meletakkan jawatan…jika boleh hari ini juga.
Sekian……………………Aspan Alias
2 comments:
Salam,
Mungkin bagus juga jika Abdullah dan Najib meletak jawatan dalam masa terdekat . Tapi siapa yang akan ganti? Muhiddin?
Entahlah. UMNO ni macam kekurangan pemimpin saja.
Pemimpin muda banyak, tapi mereka pun sibuk dengan bisnes dan mengumpulkan kekayaan.
Jadi saya tidak harap sangat UMN0 boleh dipulihkan.
http://www.kulitpisang.com
Cuti 16 September hanya muslihat Anwar
KUALA LUMPUR 3 Sept. - Langkah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggembar-gemburkan bahawa tarikh 16 September wajar diisytiharkan sebagai cuti umum merupakan satu bentuk muslihat untuk membeli ‘perasaan’ rakyat Sabah dan Sarawak.
Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong berkata, Anwar cuba menarik perhatian masyarakat di kedua-dua negeri itu dengan sengaja menjadikan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan sebagai agenda perjuangannya.
Beliau bagaimanapun yakin rakyat Sabah dan Sarawak matang untuk menilai perilaku Anwar yang disifatkannya sebagai semakin terdesak dalam usahanya menarik Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang.
”Anwar telah berjanji kepada rakyat bahawa dia akan membentuk kerajaan baru pada 16 September dan secara tiba-tiba juga mahu menjadikan tarikh ini sebagai cuti umum.
”Ini semua muslihat Anwar, dia memang bijak untuk memikat hati rakyat, tetapi dia lupa yang rakyat kini semakin matang dan mereka tidak mudah ditipu dengan sebarang fakta yang tidak berasas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas cadangan Anwar supaya pimpinan pembangkang di lima buah negeri mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum.
Anwar berkata, cuti umum itu wajar kerana 16 September adalah tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia dan ia merupakan hari bersejarah sama seperti 31 Ogos.
Selain itu, Anwar sebelum ini pernah menyatakan keyakinannya iaitu sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen BN khususnya dari Sabah dan Sarawak akan menyertai pembangkang pada 16 September ini bagi membolehkan pembangkang menubuhkan kerajaan baru.
Vui Keong berkata, sejak 45 tahun lalu, rakyat Sabah dan Sarawak telah dapat menerima tarikh 31 Ogos sebagai satu-satunya tarikh kemerdekaan negara.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai keyakinan Anwar untuk membawa masuk 30 Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak, beliau berkata, perkara itu tidak akan berlaku.
Ujarnya, Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak masih mempunyai kejujuran, maruah, nilai harga yang tinggi dan integriti.
”Jangan sangka wakil rakyat kami mudah dibeli dengan wang ringgit. Kedudukan kami ditentukan oleh mandat rakyat dan kami tidak akan sia-siakan kepercayaan yang telah diberikan,” katanya.
Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Fadillah Yusof pula berkata, rakyat harus sedar dengan apa yang cuba dilakukan oleh Anwar kerana ia tidak lebih daripada satu gimik politik.
Beliau berkata, Anwar bijak bersandiwara dan menyusun strategi dalam usaha mencapai cita-cita politiknya.
”Tetapi saya yakin dan percaya rakyat dan pemimpin daripada semua parti komponen BN sama ada di Sabah dan Sarawak tahu mengukur sejauh mana keikhlasan Anwar untuk memperjuangkan nasib dan masa depan rakyat di kedua-dua negeri.
”Saya bercakap atas kebenaran. Berbeza dengan BN, kita tidak mahu banyak berjanji, sebaliknya kita akan terus bekerja untuk membela rakyat,” katanya.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin turut menaruh keyakinan terhadap kesetiaan Ahli-Ahli Parlimen BN di Sabah dan Sarawak
Namun, beliau mahu semua pihak memantau setiap perkembangan yang berlaku kerana Anwar sudah tentu tidak akan berdiam diri dalam usahanya mencapai cita-cita politik yang telah terpendam sejak sekian lama.
Post a Comment