Saya telah mendapat sedikit desakkan dari pembaca blog saya untuk saya menyambung tulisan saya pada 2hb Januari yang lalu bertajuk ‘States within the Federation are sovereign’ dalam bahasa Malaysia.
Saya bersetuju dan itulah sebabnya kali ini saya menulis sambungan kepada ‘article’ tersebut dalam bahasa kebangsaan kita.
Sebagaimana yang kita sama-sama memahami, Malaysia adalah sebuah negara merdeka dan merupaka sebuah persekutuan yang dibentuk oleh negeri-negeri yang berdaulat, 9 diantaranya adalah negeri-negeri dibawah naungan Raja-Raja Melayu yang berdaulat.
Tidak ada kedaulatan kerajaan persekutuan jika tiada kedaulatan negeri-negeri yang bersekutu untuk membentuk persekutuan tersebut.
Selain dari negeri-negeri beraja 2 buah negeri ‘Straits Settlement’ Malaka dan Pulau Pinang dan disertai pula oleh Sabah dan Sarawak pada tahu 1963 dahulu maka gagasan Persekutuan Malaysia telah menjadi sebuah persekutuan yang lebih besar dari kita mula-mula mencapai kemerdekaan dahulu.
Sebelum Perekutuan Tanah Melayu dan selepas itu Persekutuan Malaysia setiap negeri-negeri ini mempunyai kerajaan yang berdaulat dan mendtadbir mengikut cara yang tersendiri.
Kerajaan ini mempunyai Raja masing-masing serta pentadbiran yang tersendiri. Apabila Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu wujud pada 1hb Februari 1948 dahulu Raja-Raja Melayu seta ketua-ketua kerajaan yang tidak beraja bersetuju untuk mewujudkan Kerajaan Persekutuan.
Kedaulatan kerajaan negeri-negeri itu merupaka ‘attribute’ yang sangat asasi bagi sebuah Kerajaan Persekutuan Malaysia yang mengamalkan sistem Raja Berlembagaan ini.
Didalam sesebuah negeri wujud dewan legislatifnya. Iairu Dewan Undangan Negeri dan pihak Eksekutifnya yang diketuai oleh Menteri Besar yang mendapat kepercayaan ahli-ahli dalam Dewan Undangan Negeri-Negeri.
Badan Kehakiman dan Perundangannya wujud dan selaras dengan kewujuddan Badan-badan tersebut di peringkat Persekutuan.
Disetiap negeri ada sejumlah kawasan-Kawasan Parlimen untuk menyempurnakan perwakilan negeri-negeri yang berdaulat tadi didalam Dewan Legislatif diPeringkat Persekutuan.
Kesemua 122 ahli-ahli Parlimen yang duduk bersidang di Dewan Rakyat itu datangnya dari kawasan dan Negeri-negeri yang mereka wakili.
DiDewan ‘Senate’ kerajaan-kerajaan negeri di wakili oleh wakil-wakil yang dicadangkan oleh Dewan-Dewan Undangan Negeri. Ini juga merupakan simbul kedaulatan kerajaan-kerajaan negeri.
Institusi Yang DiPertuan Agong juga adalah simbul kedaulatan kerajaan–keajaan negeri. Setiap Raja-Raja Melayu adalah ahli kepada Majli Raja-Raja dan disertai oleh Gabenor-gabenor negeri-negeri selat serta dari Sabah dan Sarawak.
Majlis Raja-Raja Melayu ini melantik salah seorang dari Baginda-Baginda Raja-Raja untuk menjadi Yang DiPertuan Agong dan perlantikan ini mengikut giliran yang memakan masa 5 tahun bagi setiap diantara Raja-Raja Melayu.
Sesungguhnya kedaulatan kerajaan pusat adalah kerana kedaulatan negeri-negeri yang bernaung dibawahnya.
Kuasa kerajaan negeri tetap besar kerana kerajaan negeri mempunyai kuasa keatas hasil bumi negara.
FELDA merupakan agensi kerajaan pusat, tetapi bagi FELDA membuka ladang-ladang untuk mendudukkan peneroka kerajaan negerilah yang bertanggungjawab untuk meluluskan pindah milik kerajaan negeri untuk FELDA tadi dan segala cukai-cukai tanah adalah kepunyaan kerajaan negeri.
Begitu juga lah dengan hasil minyak; ianya adalah kepunyai negeri bukannya kerajaan pusat.
Itulah sebabnya kerajaan Sarawak telah membawa kerajaan pusat kemahkamah untuk mengistiharkan yang kerajaan pusat tidak berhak keatas pengeluaran minyak dalam kawasan perairannya. Ini berlaku pada awal tahun 70an.
Maka itulah sebabnya Tun A Razak meminta Tengku Razaleigh untuk melakukan sesuatu untuk penyelesaiannya. Tun Razak faham yang negeri Sarawak adalah negeri berdaulat dan berhak keatas hasil mahsul yang ada didalam negeri serta perairannya.
Itulah sebabnya penubuhan sebuah syarikat Petrolium Nasional (PETRONAS) dicadangkan oleh Tengku Razaleigh dan diterima oleh Kabinet Persekutuan.
Tengku Razaleigh telah memulakan usaha untuk merealisasikan kewujudan PETRONAS dan usaha ini bukanlah suatu usaha yang senang seperti membaca ABC.
Beliau terpaksa berunding dengan kesemua kerajaan negeri yang berdaulat tadi untuk mencari formula yang terbaik untuk bagi kepentingan semua rakyat negara termasuklah bagi negeri-negeri yang tidak ada hasil minyak
Akhirnya diatas kesedaran bersama TR telah berjaya memujuk kerajaan-kerajaan negeri-negeri untuk berkompromi diatas premis hasil negara mesti dinikmati oleh semua rakyat seperti yang diidamkan oleh Tun A Razak.
Kerja keras yang dilakukan oleh TR bukannya senang. Selain dari berunding dengan kerajaan-keraan negeri beliau juga mendapat tekanan antarabangsa untuk menggagalkan usaha kerajaan kita untuk pengwujuddun PETRONAS seperti yang ada pada hari ini.
TR terpaksa menolak tawaran untuk beliau menjadi Ahli Jemaah Kabinet (Menteri) pada tahun 1974 kerana usaha menguruskan pembetukkan PETRONAS memerlukan masa, tenaga serta pengorbanan yang besar dari pihak Tengku Razaleigh.
Dengan usaha keras TR dengan rakan-rakan PETRONAS pun wujud pada bulan October 1974 dan bermula dai saat itu PETRONAS dan kerajaan-kerajaan negeri pengeluar minyak yang berdaulat tadi.
Maka terhasillah kerjasama PETRONAS dengan kerajaan negeri berdaulat tadi mengikat perjanjian sebagaimana yang tertulis didalam Akta Petrolium 1974 yang diluluskan oleh Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan semua Negeri-negeri.
Dalam posting saya yang akan datang kita sentuh dan rongkai Akta ini untuk pengetahuan kita sendiri setidak-tidaknya, jika pun kita tidk mahu mengakui secara terbuka kerana hendak menjaga kedudukkan politik masing-masing.
Sekian………………………………………..Aspan Alia
4 comments:
tahniah aspan alias kerana memberi maklumat yang bernas dan tidak bias!
BTN patut memberikan penjelasan ini kepada peserta kursus Daripada mempromosi individu pemimpin berikan kursus seperti ini. Biar rakyat sayang kpd negara Persekutuan ini dan baru mereka paham apa dia kedaualatan negara itu.
Tahniah encik Aspan
Mahasiswa UTM
The leaders big and small are mostly ignorant to the spirit of Federalism.
That contributes to decadence of values.
Lindan
leadership of today has vast difference with those of pre Mahathir bro. It is like a "chalk and a cheese".
Dorris amanda
Post a Comment