05 June 2010

Mencari Kebenaran: Perjuangan Hingga Keakhir Kalam - 1

Semakin hari semakin besar pencaroba yang kita terpaksa hadapi dalam kehidupan kita lebih-lebih lagi diakhir zaman ini.

Manusia semakin hari semakin jatuh dari nilainya sebagai hamba Tuhan kerana kekuatan unsur bathil yang diperjuangkan oleh Iblis dan Syaitan yang tidak berkesudahan.

Iblis telah bersumpah dihadapan Allah swt untuk menyesatkan umat Muhammad untuk mengikutinya sehingga setiap umat Muhammad itu berjaya dipengaruhinya dengan melakukan perkara-perkara yang dimungkari Allah swt.

Itulah sebabnya sebesar-besar perjuangan bukannya berjuang untuk memenangi pilihanraya sahaja tetapi untuk menentang nafu nafsi yang mempengaruhi kehidupan kita.

Lain-lain perkataan ialah perjuamgan melawan diri kita sendiri yang berterusan sehingga akhir hayat kita.

Didalam peperangan Khandak Islam hampir tertewas tetapi dengan kekuatan dalaman tentera Islam pimpinan Muhammad saw telah bejaya menumpaskan tentera musyrikin dan peperangan itu merupakan peperangan yang sangat besar dan hebat dalam sejarah perkembangan Islam.

Saidina Ali kalamallahu wajha telah bertanya kepada Muhammad saw, “Ya Rasullallah, apakah peperangan yang lebih besar dari peperangan khandak ini?” Rasulallah lantas menjawab, “peperangan yang paling besar dan hebat ialah untuk memerangi diri sendiri kerana peperangan itu terpaksa dilalui sehingga akhir hayat”

Maka itu sebabnyanya kita sebagai umat Islam mengakui bahawa Agama suci Islam yang diturunkanNya itu ialah untuk dijadikan sebagai Addin, atau cara hidup. Cara penghidupan kita diawasi oleh undang-undang yang telah disyariatkan dengan tegas.

Syariat itu adalah wajib untuk dipatuhi kerana syariat itu ialah untuk menjadikan kehidupan kita adalah kehidupan yang ‘civil’ ; ada pantang larangnya, ada yang wajib dilakukan dan ada pula yang sunatnya.

Dalam kita mengerjakan yang wajib ada sunatnya dan dalam kita melakukan yang sunat itu ada wajibnya. Contohnya didalam kita mendirikan solat waktu yang wajib membaca ayat-ayat lazim itu adalah sunat.

Tetapi didalam kita mengerjakan sembahyang sunat itu ada yang wajibnya; membaca ayat Al-fatihah itu adalah wajib dalam solat sunat itu.

Setelah kita melaksanakan segala syariat yang wajib tadi melalui lima rukun itu barulah kita layak menjadi seorang Muslim dan telah masuk kedalam lingkungan orang yang beragama suci dengan melakukan fardu ain yang wajib itu.

Tetapi yang membuatkan kita hampir dengan Tuhan itu amalan fardhu kifayah kita iaitu amal jariah serta serta ubudiah kita semasa hidup. Itu sebabnya manusia yang selalu bersedekah dan dan sikap suka berubudiah itu adalah gulungan manusia yang dicintai tuhan.

Yang kuat mengamalkan fadhu ain dan dikembarkan dengan amal fardhu kifayah yang jujur , Tuhan telah menjanjikan tempat mereka dijannah.

Kita sebagai manusia dan termasuk juga diri kerdil seperti saya tentunya tidak sunyi dari dosa dan noda, tetapi itu tidak pula menghalang kita sesama kita ini mengingati diantara satu dengan yang lain.

Didalam penghidupan kita diminta Islam itu menjadi addin (cara hidup) dalam semua bidang. Jika seseorang itu adalah seorang Doktor , dia seharusnya melakukan kerja kedoktorannya dengan mengikuti lunas-lunas yang dikehendakki oleh Agama.

Segala yang kita lakukan itu hendak lah kerana Allah swt dan jika kita laksanakan addin itu tadi maka segala kerja seorang doktor itu adalah merupakan ibadah yang tidak ada tolok bandingnya dari sudut Agama dan ketuhanan.

Bidang siasah dan politik merupakan bidang terpenting dalam kehidupan manusia dan negara kerana bidang inilah yang paling besar ‘proponent’ kehidupan kita bernegara.

Oleh kerana politik dan siasah juga adalah cara hidup (Addin) kepada semua yang bernegara maka tentulah melaksanakan kegiatan politik dan kepimpinan wajar menjadikan Agama itu sebagai addin kita berpolitik.

Lebih-lebih lagi kita diMalaysia ini Agama Islam adalah Agama resmi negara maka untuk dijadikan politik itu sebagai Fardhu Kifayah, maka ianya merupakan peluang yang terbaik jika kepimpinan inginkan keredhoan tuhan yang hakiki jika kita benar-benar berazam untuk mentauhidkan tuhan.

Jika kepimpinan itu berada didalam keredhoan tuhan maka sekali gus rakyat dan negara akan menikmati keredhoanNya jua, dan rakyat akan hidup dalam aman selalu dalam kita meyempurnakan afa’al Tuhan yang Maha Esa itu.

Jika kita menerima bahawa Islam itu sebagai Addin maka tidaklah boleh kita menghalalkan yang haram dan sebaleknya mengharamkan perkara-perkara yang halal kerana jika itu di lakukan maka mahu tidak mahu kita akan terjerumus kelembah kecelakaan dan tanpa mendapat keredhoan tuhan.

Apabila kita tidak bersedia dan bersungguh untuk melaksanakan cara bersiasah berasaskan kepada Agama yang kita akui sebagai Addin itu, maka negara akan menghadapi berbagai-bagai rintangan kerana tidak mendapat keredhoan yang Maha Esa tadi.

Sebagai orang yang menganuti Islam yang suci ini kita mahu tidak mahu mesti mencari kesilapan kita yang juga menjadi tuntutan agama kita yang kita anggap sebagai addin tadi.

Tuhan yang Esa menuntut kita untuk melakukan introspeksi kepada diri kita sendiri dengan memandang kedalam sambil melihat dan mengakui kesalahan diri kita sendiri secara berterusan.

Maka itulah sebabnya kepada sesiapa yang sentiasa berzuhud dengan bertawajjuh dan bertawassul dengan Allah swt serta Rasulnya sentiasa mendirikan solat sunat taubat yang berterusan.

Tentu ada yang tidak disempurnakan kerana kealpaan kita sendiri kerana dibuai oleh unsur-unsur buruk yang mempengaruhi jiwa dan sanubari kita semua.

Unsur-unsur itu tetap ada kerana kita telah sebut dalam para awal tadi bahawa Muhammad saw telah berpesan kepada Ali karamallah wajhah yang peperangan melawan nafsu sendiri itu merupakan peperangan yang terbesar yang akan hanya selesai diakhir kalam kita.

(bersambung…)


Sekian……………………………………….Aspan Alias

2 comments:

ibrahimkoyan. said...

saudara ku Aspan, Itulah sebabnya saya suka mengikuti tulisan saudara kerana saya boleh belajar bersama saudara dalam banyak hal.

Teruskanlah menulis dengan berani dan cekal kerana akhirnya yang benar itu tetap benar serta yang bathil itu tetap bathil.


ibrahimkoyan

Aidid said...

pentadbiran kerajaan Islam othmaniah dahulu mula jatuh apabila Islam itu sendiri diketeoikan sehingga rasuah bermaharajalela dan dalam tempuh 5 dekad kerajaan yang sebesar itu jatuh bergolek.Keadaan semasa itu sudah banyak dilakukan oleh kepimpinan kita dan waktu untuk jatuh sudah sampai jika tidak dikeluarkan manusia pemimpin yang ada sekarang dari memimpin kita.
Najib mungkin PM yang terkhir dari UMNO. Kalau usia kita panjang kita akan melihat kesemuanya ini berlaku.

Aidid