Hari ini saya memandu keKuala Lumpur dan saya mengambil keputusan untuk melalui Jalan Hang Tuah untuk bertemu seorang sahabat lama diBerjaya Time Square.
Tujuan saya melalui Jalan Hang Tuah itu ialah untuk melihat keadaan penjara pudu yang sedang dirobohkan untuk membangunkan pusat ‘commercial’ yang moden.
Saya telah cuba untuk mengelak dari memberi pandangan terhadap isu penjara pudu itu kerana ramai sudah yang memberikan komen yang berbelah bagi dan saya tidak ingin untuk memberi apa-apa pandangan dalam hal ini.
Tetapi setelah saya melihat keadaan dan situasi disitu saya mula merasakan kesedihan melihat struktor ‘solid’ yang telah berumur lebih seabad itu, sudah mula hilang dan saya mengambil keputusan untuk memberi sedikit komen yang terbit dari hati saya.
Saya bertanya didalam hati saya, kenapalah orang-orang yang berwajib tidak ada langsung memberi penilaian terhadap struktor yang sebegitu lama dibangunkan ituuntuk dijadikan bahan sejarah negara?
Kenapalah pemimpin-pemimpin kita tidak boleh langsung melihat tanah yang kosong….meleleh air lior mereka apabila nampak tanah kosong didalam bandar; tak ubah seperti anjing nampak tulang.
Tidakkah mereka berusaha berfikir untuk melakukan sesuatu yang boleh meninggalkan nilai sejarah untuk generasi dan negara kita. Apa salahnya struktor itu sehinggakan dirobohkan dengan begitu kejam sekali?
Saya mendapat tahu alasan untuk merobohkan struktor itu ialah kerana nilai komersial tanah itu begitu tinggi dan adalah lojik untuk dibangunakan pusat komersial disitu.
Wah!! Kalau begitulah alasannya maka kita bersyukur kerana pemimpin-pemimpin ini tidak menjadi pentadbir kota Mekah atau PM Saudi Arabia.
Kalau mereka ini mentadbir Saudi Arabia mungkin bangunan Ka’abah juga akan dipindahkan kerana nilai tanah disekeliling Ka’abah itu sudah terlalu tinggi.
Nasib baik jugalah mereka tidak menjadi pentadbir Kotaraya Rome. Kalau mereka ini menjadi pentadbir Kotaraya Rome akan berpindah atau diruntuhkan semua ‘castles’ dan ‘cathederals’ yang telah berumur hampir seribu tahun kerana nilai tanah disitu memang terlalu tinggi.
Nasib baik juga mereka ini tidak menjadi pentadbir kepada Kotaraya London; kalau mereka menjadi pentadbir kepada Kotaraya itu mungkin Hyde Park yang luasnya melebihi 2000 ekar itu akan dibangunkan pusat komersial dan digantikan dengan ‘Hide Park’. Akan ada sahaja kroni-kroni untuk mendapatkan kelulusan membangunkan pust-pusat komersial diatas tanah Hyde Park itu.
Saya amat khuatir tanah perkuburan Islam Jalan Ampang juga akan dibangunkan sebagai pusat komersial, kerana nilai tanah disitu amat tinggi dan berhampiran pula dengan KLCC.
Saya masih teringat kerajaan telah cuba untuk Stadium Merdeka dan Stadium Negara untuk dirobohkan kerana sebab yang sama iaitu kerana harga dan nilai tanah disitu telah naik harganya.
Dua tiga minggu yang lepas saya telah mencadangkan agar tanah lapangan terbang Sg Besi itu dipergunakan untuk dijadikan ‘Park’ seperti Hyde Park diLondon untuk orang ramai sekitar Ibu Negara dan pelancung asing untuk beristirehat dengan keluarga masing-masing.
Tanah in sekarang difahamkan akan dibangunkan oleh pihak swasta yang ada hubung kait dengan keluarga orang nombor 1 negara dan ini sangat menyayat hati mereka yang sayangkan negara.
Jika ini benar maka betullah apa yang dikatakan orang ramai yang pemimpin besar UMNO sendiri telah memusuhi UMNO. Tidak ada upaya lagi bagi kita semua untuk mempertahankan serangan pihak pembangkang seperti yang diminta oleh PM kita.
Kalau beliau dan keluarga beliau sendiri yang menyakiti hati rakayt, cuba beri tahu saya atau sesiapa bagaimana hendak membuat ‘counter attack’ yang dikehendakki oleh beliau.
Saya tidak faham kenapa pemimpin-pemimpin kita selalu membuat perkara yang tidak senonoh dan apabila menghadapi ancaman pihak pembangkang mereka meminta kita mempertahan mereka.
Jadi persoalannya, adakah kita semua ini gunanya untuk menjadi landasan bagi pemimpin kita untuk melindungai kesalahan yang mereka lakukan terus-terusan.
Ingatlah kepada nasihat orang tua-tua dulu; Yang muda membuat ragam, yang tua (pemimpin) menahan ragam…bukannya sebaliknya.
Setiap pemimpin ada sahaja ragam yang tidak sepatutnya dilakukan oleh manusia yang bernama pemimpin.
Bila kita semua marah, kita pula dianggap sebagai penentang dan penyokong pembangkang. Kita ini semuanya hanya hendak dijadikan lembu cucuk hidung, ditarik kehulu dan ditarik kehilir, ditolak kedarat dan ditendang ke baroh.
Kadang-kadang elok kita tidak mengetahui apa-apa yang berlaku disekeliling kita; senang dihati tidak berserabut dipemikiran kita. Kita tidak tahan lagi dengan sikap kerajaan yang sentiasa mengintai-ngintai untuk ‘mencuri’ khazanah rakyat tanpa henti-henti.
Pengakhir kata, saya dan ramai lagi yang bersependapat dengan saya amat kecewa dengan apa yang terjadi kepada penjara pudu itu. Tidak bolehkah dibangunkan segala projek pembanghunan didalam kawasan itu tanpa meruntuhkan dinding struktor itu?
Selepas ini apa pula agaknya yang mereka akan runtuhkan; tuhan sahajalah yang tahu.
Yang kita tahu hanya satu; pemimpin kerajaan kita amat termasyor dengan ‘act of vandalism’ terhadap peninggalan sejarah diatas nama pembangunan.
Sekian…………………………………..Aspan Alias
11 comments:
Tanah itu telah diserahkan kepada UDA. UDA is doing business and the motive of UDA's existence has gone wayward from its original purpose.
It's going to be corruption all the way bro.
One day I shall tell you through this blog who are the individual beneficiaries.
Thank you
Salam Sdr,
Hang kena berterimakasih atas "kemajuan" yang bakal dicapai oleh negara kita yang bakal bangkrap pada 2019 tetapi maju pada 2020 kepada "bekas" pemimpin agung kita :- Tun Dr.M.
Dia telah menurunkan "petua" kepada kita bagaimana menketedarahkan negara hingga "bangkrap".
Tidak apa, generasi masa depan negara yang perlu menanggungnya. Dia, balaci2nya, kawan2nya tidak perlu risau kerana mereka semua makan 13 keturunan tak habis2.
Sekain.
Cawan Lama
Tiada apa lagi yang kerajaan hari ini apabila melakukan sesuatu itu berlandaskan moral dan tiadalah lagi orang seperti saya merasakan nostalgik terhadap kerajaan hari ini.
Tidaklah saya merasakan lagi bersalah jika say dan keluarga serta ahli keriah saya untuk memberikan sokongan kepada pihak yang lain. Pimpinan hari ini sudah hilang segala nilai yang baik. Melakukan rasuah dihadapan mata tidak lagi menjadi perkara yang memalukan kpd mereka.
Apabila membaca tulisan sdr Aspan saya merasakan perasaannya dan saya faham gelombang kekecewaan yang ada didalam beliau.
ibrahim bin Abu, Batu Pahat.
Apa lagi yang akan diruntuhkan ya? UMNO dah dirobohkan dan digantikan dengan UMNO baru.
Apa lagi ya? Tanya Mahathir apa lagi yg dia nak runtuhkan.
Rakus sangat nak buat untung, ini lah jadinya..... Stadium Merdeka dan Stadium Negara dulu dekat2 nak diroboh,... Bangunan Terminal 1 Lapangan Terbang Subang....dah lama ranap..... projek nak buat convention center pun bungkus ala2 Film City di Dengkil..... sia-sia jer...... entah lah.... konon nak jadi negara maju, tapi mentality tak maju langsung...... SEDIH betul.... tolong lah para usahawan dan pemimpin negara sekalian, baik dari BN ataupun PR.... jangan lah pikir nak penuhkan poket jer.... panjang2 kan lah lagi akal tu untuk kebaikan negara Malaysia kita ini....
anak selangor
kerajaan arab saudi lagi teruk bro. rumah nabi dgn khadijah dirobohkan dan kemudian dibina tandas awam di atas tapak rumah tu. kira kerajaan kita ni ok lagi la. byk memori pahit penjara pudu tu terutama kpd keluarga banduan. x berbaloi utk dinostalgia sgt. struktur sekukuh mana sekalipun akan runtuh ditelan zaman. lainlah kalo kita mmg nak bernostalgia dgn warisan british.
sudah ada banyak Mall kat area sana....Lot10, Berjaya Times Square, Imbi Plaza, BB Plaza, KL Plaza, ....bla bla bla....
apasal mahu shopping mall lagi???
siapa mahu berniaga kat bekas Penjara tempat gantung banduan??
Ada sebilanagan orang Melayu dan kebanyakan orang Cina tidak akan berniaga ataupun membeli apartment yg akan dibangunkan di sana sebab takut roh2 yang ada kat sana...saya x percaya tu, tapi kalau ada duit pun x akan beli sana...
Sayan belajar kat VI. Bila sekolah tu akan dirobohkan pasal tanah VI sangat luas berbanding bangunan sekolah...
Sekurang kurangnya walaupun penjara diroboh, biarkan dinding yang dicat banduan, ada sejarah di sebalik tu...
If the planner is smart, they can incorporate the walls with the surrounding new areas...
Apalah sangat nilai sejarah yang ada pada Penjara Pudu.
Bukannya khazanah negara yang membanggakan rakyat.
Buat pertama kali saya setuju dengan Rais, Mr cakap sebutir-butir.
Dah okaylahtu, pintu gerbang dikekalkan.
Tanah itu boleh dianggap keras.
Selepas dibangunkan, kita akan mendengar khabar tempat itu haunted.
Maklumlah ramai digantung di situ.
Kita Melayu kekal miskin tapi yang kaya nanti orang cina yang dah lebih maju 30 tahun dihadapan bangsa melayu. Saya nak tengok berapa ramai orang UMNO berniaga di tapak tingalan Penjara Pudu ini nanti...Sikap bertolak ansur Pemimpin Melayu yang tak kena dengan perasaan org Melayu.... Yang ditolak siapa........???? yang beransur menguasai tanah yang strategik SIAPA?
Tanah Perkuburan Jalan Ampang Kalau Tak silap saya Kubur Allahyarham Tan Sri P. Ramlee di sana... Kalau boleh pejuang2 warisan bela sikit jangan sampai kubur Seniman Agong hilang... Tapi puak2 UMNO yang berkuasa ni apa peduli dengan Nostalgia sejarah asalkan ada dapat habuan lumayan dia tak kesah... Saya terlalu minat dengan karya, lakonan dan mesej lakonan P. Ramlee rasa sayang pulak ....
Ubanjangut Trengganu.....
saya cadangkan muzium negara hingga ke parlimen diratakan. boleh buat macam2 kat situ. harap saudara bagitahu pada pembesar2 negara yang negarawan tu. rasanya sebulat suara setuju dalam sidang parlimen nanti...
...adioss....
Post a Comment