11 June 2010

Tidak ada Dasar yang lebih baik dari DEB - Bhg 1

Semua rakyat didalam hati kecil mereka sedikit sebanyak taat dan setia kepada negara dan bangsa mereka.

Harus difahami bahawa perpecahan diantara rakyat berbilang kaum ini adalah kerana perbezaan pandangan bagaimana untuk mengurus dan mentadbir serta membina bangsa masing-masing dan keseluruhan rakyat Malaysia.

Rakyat ini adalah manusia yang mempunyai perasaan dan mentadbir perasaan dan keyakinan mereka memerlukan pemusatan usaha dan pemikiran yang benar-benar mampu untuk mencari ‘point of reconciliation’ yang betul untuk untuk mengimbangi perasaan diantara kaum-kaum dan kelompok itu dan hidup dalam keadaan aman dan sentosa.

Perjuangan untuk memberikan kelebihan kepada bangsa masing-masing itu sememangnya elemen yang biasa dan itu lebih nyata dinegara kita ini kerana ‘attribute’ negara yang unik dan istemewa ini.

Itulah sebabnya pemimpin wajar memahami untuk mencapai penyelesaian yang sesuai dan mampu memahami rakayat yang setiap bangsa dan kelompok itu mesti ada pengorbanan untuk hidup dalam keadaan aman dan sentosa.

Dinegara kita sekarang ini sudah timbul perasaan ketidak puasan diantara satu kaum deng satu kaum yang lain, sedangkan kesemua rakyat telah dijamin oleh perlembagaan Persekutuan yang digubal oleh pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu yang mewakili setiap bangsa yang besar dalam negara.

Segala-gala yang berlaku samada yang baik atau pun yang buruk mesti ada sebabnya.

Tentunya ada sebab kenapa sebelum pertengahan lapan puluhan dahulu rakyat berbilang kaum hidup tanpa rasa keraguan diantara satu kaum dengan kaum yang lain.

Perkelahian diantara kaum pada tahu 1969 dahulu dapat digambarkan apabila kaum Cina telah menarik balek sokongan kepada Perikatan dan seterusnya telah menjebak negara kedalam krisis yang telah mengorbankan banyak nyawa terutamanya diKuala Lumpur dan beberapa bandar lain dalam negara kita.

Maka kepimpinan semasa itu telah memanggil wakil-wakil semua kaum untuk duduk dimeja rundingan untuk menyusun kembali negara dan rakyatnya dengan satu matlamat iaitu Perpaduan Rakyat (National unity).

Maka telah dipersetujui yang elemen besar dan terpenting yang membawa kepada pergaduan kaum itu ialah elemen ekonomi yang tidak seimbang dan jurang kekayaan rakyat diantara kaum adalah begitu jauh perbezaannya.

Jurang perbezaan diantara yang kaya dan miskin adalah terlalu lebar dan yang miskin pula tinggal dikampong-kampong dan desa-desa dan yang tergulung kedalam kolompok yang miskin adalah orang-orang Melayu pribumi dan ornag India yang tinggal diladang-ladang menjadi buruh kepada kapitalis asing.

Orang-orang Melayu merupakan petani-petani dan pesawah yang hidup dengan bertani dan menjadi pekebun kecil.

Kelompok orang Melayu yang sedikit berada semasa itu ialah pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, selain dari mereka yang merantau sebagai askar, polis dan bomba dibandar-bandar.

Memahami keadaan ini pemimpin kita Tun Abdul Razak yang semasa itu menjadi Pengarah Mageran semasa penggantungan sementara Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri telah mengadakan rundingan dan persetujuan dianatara kaum yang satu penyusunan semaula masyarakat wajib dilakukan semata-mata untuk mencapai matlamat yang satu iaitu Perpaduan Nasional (National Unity) yang disebutkan tadi.

Tun Abd Razak telah menyediakan kumpulan kecil tecknokrat Melayu yang sanggup mengorbankan kehidupan mereka untuk mencapai matlamat yang telah dipersetui oleh semua kaum tadi untuk perlaksanaan dasar untuk pencapaian matlamat National Unity tadi.

Teknokrat ini dipertanggung jawabkan untuk membawa perancangan kepada kerajaan dan juga menjadi perlaksana kepada program itu.

Sementara itu Tun Razak dengan rakan-rakan telah membuat dasar ‘social and economic engineering’ yang drastic untuk matalamat National Unity itu dan dasar itu dinamakan sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Apabila demokrasi dipulihkan dan BN diwujudkan dan, setelah berjaya mendapat mandat yang besar dalam pilihanraya DEB ini telah dilaksanakan dengan baik.

Ramai rakyat terutamanya mereka yang masih muda semasa pelancaran DEB ini terkeliru tidak kira mereka ini orang Melayu/Bumiputra atau yang bukan bumiputra.

Mereka mengaggap DEB ini hanya untuk orang bumiputra dan nyata itu adalah fahaman yang salah.

Jika difahami betul-betul ianya membangunkan semua kaum dalam keadaan yang seimbang bagi mengurangkan atau menghapuskan prasangka diantara kaum-kaum dinegara ini.

Ianya adalah jauh lebih baik dari Model Ekonomi Baru dan apa-apa lagi yang diumumkan oleh pimpinan hari ini.

Jika difahami dengan sebenarnya oleh rakyat yang masih muda tentang apa sebenarnya rupa bentuk dasar ini, tidak akan ada kaum Cina yang mengkritik dasar ini seperti yang kita dengar sekarang kerana merekalah yang paling beruntung dengan DEB ini.

Dengan dasar ini orang Melayu juga berpeluang untuk menikamati hidup secara modern mengikut zaman dan waktunya dan tidak lagi hidup dalam kemiskinan yang telah nyata membawa kekufuran kepada bangsanya.

Apakah bentuk dasar itu? Bagaimana ianya dilaksanakan? Siapa yang melaksanakannya dan apakah kejayaan-kejayaannya?

Dalam posting kali ini kita sebut tentang rupa bentuk dasar itu dahulu, dan ianya lebih kurang sebagai berikut;

DEB bermatlamatkan untuk mencapai penyatuan kaum dan bagi mencapatnya ia melalui beberapa proses.

Pertamanya ialah penghapusan kemiskinan tanpa mengira kaum. Kemiskinan sebahagian besar rakyat itu sudah dikenal pasti sebagai punca kegelisahan dalam negara dan banyak negara didunia ini tumbang kerana kemiskinan yang dialami oleh rakyat mereka.

Menaikkan taraf penghidupan semua rakyat ini adalah tanggung jawab kerajaan kita dan mana-mana kerajaan pun didunia ini.

Keduanya ialah untuk menghapuskan kaedah mengenali sesuatu kaum itu melalui fungsi ekonominya. Kita tidak mahu lagi melihat kaum Melayu beridentitikan sebagai petani semata-mata.

Kerajaan bertekad untuk menghilangkan persepsi yang kaum Cina sebagai towkay dan perniaga semata-mata.

Kita ingin meninggalkan sejarah dan identiti kaum India sebagai kaum buruh diladang-ladang yang berselerak diseluruh negara ini.

Ketiganya ialah untuk merapatkan jurang pendapatan diantara yang kaya dan miskin kerana iau ini juga merupakan isu yang sangat besar dan terbuki menjadi barah kepada system sisial negara-negara yang masih mengalami keadan dan siruasi itu.

DAN yang baru disebutkan tadi melibatkan setiap rakyat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Samarata dan sama merasa.

Ketiga-tiga proses untuk mencapai ke unjuran perpaduan kaum tadi adal yang terpenting untuk difahami. Ada satu dua yang lain tetapi cukup untuk kita bincangkan tentang tiga asas proses-proses tersebut.

Bagaimana pula perlaksanaannya. Isu perlaksanaan ini merupakan satu perkara yang sangat wajar difahami, setidak-tidaknya ianya boleh menjadi ‘refereence’ oleh mana-mana pemimpin yang ada hati dan niat untuk melakukan perkara yang baik untuk negara dan rakyat.

Jadikanlah DEB yang telah ditamatkan pada tahun 1990 dahulu sebagai paksi kepada dasar-dasar yang baru yang pemimpin-pemimpin muda yang masih tercari-cari dan teraba-raba dalam membentuk dasar yang diterima ramai.

Oleh kerana ceritanya panjang elok saya tulis dalam posting yang akan datang.


Sekian…………………………..Aspan Alias

3 comments:

Anonymous said...

Aspan,
Saya bersetuju dengan pandangan saudara dalam posting sdr yg lama dulu bahawa untuk membentuk dasar yg baru dan tegas memerlukan seoprang pemimpin yg dihormati untuk memujuk pihak-pihak tertentu untuk berkorban.

Akan tetapi Najib, muhyiddin atau yg ada ini tidak mungkin dapat melakukannya.

A Kadir said...

Sdr Aspan Alias, I am an avid follower to your writing in your blog.

Saudara selalu menyebut tentang pengorbanan yang saya masih belum memahaminya.

Sudikag sdr menulis dengan lebih lanjut tentang pengorbanan yang sdr maksudkan itu?

salam untuk sdr.


A kadir

Anonymous said...

Bro Aspan, you mean towkay and peniaga eg. ah Long, pirated vcd peddler, hawkers, etc.... ?

Not everyone is a millionaire and living a glamorous life.

There are a lot of indian doctors, lawyers, money changers , banana leaf restaurant owner

There are lot of Malays in the public and GLC companies holding high positions.

Truly it's the poor who suffer the vicious cycle of poverty.
Another group of people who will be moved to the "POOR Category " soon will be the middle income people including those living in the urban areas.