Beberapa tahun dahulu saya ada menulis cerita Gajah Sarkas dan kali ini saya ingin sekali lagi mengulangi cerita ini kerana cerita ini kian hari kian relevan dengan keadaan semasa dalam politik hari ini lebih-lebih lagi dalam konteks UMNO.
Sekarang susah nak tengok serkas kerana sudah lama ‘London Circus’ tidak datang ke sini untuk membuat pertunjukan di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang ini.
Sebab kenapa ‘London Circus’ tidak datang tidak pula diketahui. Mungkin mereka sudah tidak laku lagi di sini kerana sudah terlalu banyak pertunjukan sarkas di sini yang dilakukan oleh orang politik.
Mungkin mereka melihat sarkas di sini lebih hebat daripada pertunjukan maka mereka tidak mampu untuk berlawan dengan sarkas di sini.
Kali terakhir saya menonton pertunjukan sarkas ialah apabila ‘London Circus’ datang ke Kuala Lumpur dan Shah Alam 15 tahun lebih dahulu. Kalau tidak salah peringatan saya saya telah menontonnya sekali di Bangsar dan sekali lagi di Shah Alam.
Apabila kita menonton sarkas kita akan dapat sedikit sebanyak pelajaran daripadanya kerana sarkas boleh menunjukkan dengan jelas yang apa yang berlaku dalam kehidupan siasah di negara kita ini banyak persamaannya dengan apa yang dipertontonkan oleh pertunjukan sarkas itu.
Sarkas banyak berkait dengan pertunjukan binatang-binatang yang pandai main berbagai-bagai permainan tetapi tidak usahlah kita sentuh tentang permainan yang dipertunjukkan oleh haiwan-haiwan tersebut kerana orang ramai tahu dan pernah melihat permainan yang dilakukan oleh gajah, harimau mahupun serigala.
Elok kita sentuh tentang peranan yang dimainkan oleh haiwan-haiwan tersebut yang telah dilatih dan dididik oleh empunya sarkas itu.
Saya sedih dengan nasib gajah di dalam sarkas itu. Saya tidak berpuas hati dengan nasib gajah di dalam sarkas kerana segala kerja berat dan tanggungjawab besar diberikan kepada gajah sedangkan harimau ataupun serigala mendapat keistimewaan yang lebih.
Semasa hendak memasang kanvas-kanvas besar, gajahlah yang melakukan dan dipertanggungjawabkan. Untuk mengangkat besi dan barang barang yang berat untuk sarkas itu pun gajah yang melakukannya.
Setiap hari apabila waktu makan sampai harimau dan singa dapat makan daging tetapi gajah hanya diberikan batang-batang pisang dan daun-daun tebus sahaja.
Apabila sampai waktu malam kaki gajah ini akan dirantai kerana takut gajah ini akan keluar dan mengamuk di khalayak ramai. Rantai hanya dibuka apabila hari sudah siang untuk melakukan kerja-kerja berat itu.
Apabila sarkas itu berpindah gajah akan berjalan kaki, sedangkan harimau dan singa serta serigala akan dipindahkan menggunakan kereta dan lori.
Pendeknya gajah ini hanya dijadikan sebagai tempat tuannya untuk melakukan kerja berat dan tanggungjawab yang berat-berat sahaja sedangkan harimau dan singa hanya membuat pertunjukan dan menghiburkan seekor dua singa dan harimau yang memakan daging yang lazat-lazat.
Apa yang berlaku kepada gajah itu betul-betul menyamai dengan apa yang dilakukan kepada ahli-ahli parti kita.
Jika ada masalah orang bawah yang bersusah-payah bergaduh di antara satu dengan lain dan jika kalah pilihanraya kita di bawah dijadikan landasan untuk menerima accountability kekalahan iti.
Pemimpin yang lain diibaratkan sebagai harimau dan singa, mengadakan pertunjukan dan membaham makanan yang lazat-lazat. Lauk-lauknya dimakan oleh pemimpin-pemimpin di atas sedangkan ahli di bawah hanyalah makan kuah-kuahnya sahaja.
Orang di bawah ini mungkin berpuas hati menghirup kuah dan supnya sahaja. Maklumlah kuah ayam itu kalau kita hirup, akan rasa ayam juga.
Jadi yang di bawah pun merasa cukup dah, kuah ayam pun rasa ayam juga. Apa nak bising-bising. Cukuplah tu.
"Pergi kempen, pastikan kita menang!". Maka bekerjalah siang dan malam untuk memastikan mendapat sokongan ramai. Maka kita ini hanya dijadikan seperti gajah sarkas sahaja.
13 comments:
Gajah jika dilayan makan daging atau berpindah naik kereta lori - mampu ke dia menghadapi 'culture shock' tu.
Semua orang ada peranan masing2. jika semua orang jadi doktor, siapa pula nak jadi pesakit.
kluangman,
saya setuju. saya faham itu. hanya nak beritahu yang kita dibawah ini ...itulah perananannya. hanya jagi gajah serkas.
yang bawah ni hanya layaknya makan kuah. betullah yg sdr katakan itu.
The whole world is watching the circus show being played in Malaysia. We have never enjoyed such a focus before. Thanks to our country's leaders.
Alif tendang Wau - SARKIS...... P. Ramlee mendahului zaman?
Salam sdr Aspan,
Memang begitulah nasib gajah sarkas,sentiasa dipaksa membuat kerja-kerja berat tapi habuannya tidak seberapa.Bezanya gajah sarkas ini dengan 'gajah politik' ialah pada saiz badannya;sifat tabii dan perangainya lebih kurang sama sahaja.Mereka suka diperhamba dan dipergunakan tanpa mengira untung rugi bagi diri dan kaumnya.
Askar Tua
Dalam kes kecurian enjin jet ke uruguay, 2 orang bawahan ditangkap, seorang agen manakala seorang lagi anggota tudm bahagian teknikal.
Baru2 ini lepas dijamin kelaur, anggota tudm yang dituduh menjual enjin itu mendakwa telah diseksa dengan tidak bagi tidur, berdiri atas blok ais, dipukul di kepala dengan Bat lepas dipakai helmet, ini dilakukan oleh anggota ATM...manakala polis katanya memberi layanan lebih baik.
Mungkin agen tu bersalah, tapi saya rasa aggota tudm yg didakwa tidak bersalah. Mana pegawai2 tinggi tudm ?? Kenapa tidak didakwa?? Tak mungkin enjin boleh melepasi pemeriksaan di gate pengkalan, di port, di kastam dan lain2....Pasti pegawai2 tinggi tudm yang terlibat...
Adakah ini simbol negara fascist?
Sir,
Reading your post reminded me of P.Ramlee's Pendekar Bujang lapok. It's the scene where the illiterate Sudin is teaching his two equally illiterate friends the "art" of reading and it goes like this "Alif, mim, nun tendang wau..haa.. bunyinya Sarkis! (Alif, Mim, Nun and wau is???? UMNO and UMNO equals??? Sarkis!). LOL! Your post is spot on, Sir. Nice one!
Nick.
P.s - hope after this TRM and all other TV station won't ban Pendekar Bujang Lapok!
Kesian gajah, lps ni, wajibkan semua sarkas yg ada gajah di malaysia bagi gajah makan daging!!
Sekadar renungan:
Kisah pertama bertajuk Bangkai Gajah Tidak Dapat Ditutup Dengan Nyiru bermula apabila seekor singa yang pemalas mengaku sebagai raja rimba, telah membunuh gajah tanpa sengaja. Singa lalu menyembunyikan mayat gajah di bawah nyiru yang kecil.
Kisah kedua bertajuk Seperti Gajah Masuk Kampung mengisahkan seekor gajah bernama Niko yang masuk ke kampung pelanduk dan memakan makanan mereka dengan sengaja. Tabiat buruk Niko ini telah mengundang marah pada pihak pelanduk. Niko akhirnya tersedar akan perbuatannya apabila ibunya datang dan memarahinya.
Kisah ketiga pula, Gajah Mati Kerana Gadingnya mengisahkan seekor gajah bernama Pipin yang amat berbangga mempunyai gading yang cantik. Pada suatu hari telah berlaku satu pergaduhan dan Pipin telah menggunakan gadingnya untuk menyerang gajah lain, tetapi gadingnya tersangkut pada pokok.
Dalam kisah keempat, Gajah Berjuang Sama Gajah, Pelanduk Mati di Tengah-Tengah bermula apabila seekor pelanduk yang bosan sengaja melaga-lagakan dua ekor gajah iaitu Bubu dan Miko. Sedang mereka berlawan, pelanduk ketawa di tengah-tengah mereka dan akhirnya mati kerana dilanggar.
Kisah terakhir pula, Gajah Di alahkan Oleh Pelanduk menceritakan seekor gajah yang mencabar pelanduk untuk berlawan membawa batu ke penamat. Gajah menggunakan kekuatan badannya untuk menolak batu itu, manakala pelanduk pula menggunakan akalnya untuk sampai ke penamat.
Apakah makna di sebalik peribasa-peribahasa ini?
Bro Aspan
Nak tanya sikit.
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.
Siapa pula yang jadi pelanduk.
Dalam, sarkas tak ada pelanduk.
Pelanduk ada di hutan dan sedap dimakan.
Dalam pertunjukkan serkas tidak ada gajah yang berkelahi. Gajah hanya seekor yang gunanya untuk membuat kerja-kerja teruk macam ahli UMNO disuruh arah untuk bekerja bagi kepentingan boss boss diatas.
So there's no kancil.
Salam Pak Aspan,
KEMPEN BELI BARANGAN/SERVIS BUATAN MELAYU/ISLAM
Tahukan anda bahawa keuntungan dari harga yang anda bayar kepada pekedai bukan islam kemana?
1. Mereka derma bina gereja dan
kuil
2. Mereka derma bina sekolah
bangsa mereka
3. Mereka derma untuk kembangkan
persatuan
agama dan kebajikan bangsa
mereka.
Jika anda membeli di Kedai Melayu/Islam sekurang2nya mereka bayar zakat dan memberi manafaat ekonomi dan kebajikan kepada umat Islam.
JADI SEBELUM MEMBELI BARANGAN/PERKHIDMATAN CARILAH PEKEDAI MELAYU/MUSLIM!
Sebar-sebarkan dan Selamat Beramal!
smail
Mat Penang,
Saranan yang baik TETAPI pastikan betul-betul dahulu.
Saya ada dua kisah yangg benar-benar berlaku.
1 - Kedai makan (semua Melayu). Berhampiran ada surau yang agak besar tetapi apabila hendak masuk solat saya terpaksa menyapu dan mebersihkan tikar yang telah bercerai dan lusuh. Agak-agak orangkedai tu solat ke? Bayar zakat ke? Tentu timbul syak.
2 - Kedai yang 'mengutip' cukai perkhidmatan dari pelanggan tiba-tiba disita kerana tidak membayar cukai perkhidmatan.
Utamakan kedai Muslim dari kedai Melayu
Post a Comment