13 July 2010

Mahal betul nak jaga MCA - Mahal rantai dari beruk

MCA telah meminta dari kerajaan peruntukan sebanyak RM 1 billion bagi Rancangan Malaysia ke-10 untuk sekolah jenis kebangsaan Cina bagi mengembalikan sokongan kaum Cina terhadap BN.

Liow Thiong Lai menyatakan jika kerajaan memberikan peruntukan itu maka orang Cina akan kembali memberikan sokongan kepada BN dalam pilihanraya yang akan datang.

Ini satu tuntutan yang keterlaluan, kerana untuk mengadakan jumlah wang peruntukan yang sebegitu banyak bagi sekolah jenis kebangsaan Cina yang jauh lebih kecil bilangannya jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan kita merupakan tindakan mengugut dan mempersendakan kerajaan dan bangsa lain.

Jika untuk mendapatkan sokongan kaum Cina melalui MCA terpaksa mengadakan peruntukan sebegitu banyak maka saya cadangkan berikan peruntukan itu kepada DAP sahaja kerana DAP mendapat sokongan kaum Cina tanpa menjanjikan jumlah peruntukan yang besar.

Kalau beginilah sikap MCA mari kita sokong DAP sahaja kerana untuk mempertahankan MCA kita terpaksa menjual maruah dan air muka kita tidak ada hentinya.

Lagipun kita selalu bertanya, apa bezanya MCA dengan DAP? Bangsanya sama, agamanya sama dan budayanya sama. Malahan DAP itu ada juga peluang untuk orang Melayu mengambil tempat.

Allahyarham Ahmad Nor, Fadzlan Yanhya dan Haji Asri merupakan bekas ahli Legislatif yang mewakili DAP suatu ketika dahulu di Parlimen dan DUN negeri Perak satu ketika dahulu.

MCA menunjukan sangat sikap lemahnya. Untuk mendapatkan sokongan kaumnya kita terpaksa bayar RM 1 billion pula. Siapa yang perlukan tongkat sebenarnya? Orang Melayukah atau MCA?

Mahal sangat harganya untuk memperkuatkan MCA ini. Sudahlah kita terpaksa membayar harga yang terlalu tinggi untuk mempertahankan UMNO dan pemimpin-pemimpinnya, ditambah pula dengan harga tinggi untuk mempertahankan parti MCA dan pemimpin-pemimpinnya.

Kalau Najib atau Muhyiddin bersetuju, maka elok kita pakat-pakat jangan hantar anak-anak orang lain ke sekolah; kita hantar sahaja anak-anak orang Cina untuk ke sekolah.

Kalau begitu lagaknya MCA elok juga kita pakat-pakat untuk mengundi DAP dalam pilihanraya yang akan datang kerana parti itu tidak mahal sangat kalau membuat tuntutan apa-apa.

Saya tidak membawa orang lain, tetapi MCA sudah mencucuk mata kita. Mereka hendak membutakan kita dan segala-galanya mesti berikan kepada mereka. Tetapi mereka sendiri tidak mendapat sokongan dari bangsanya sendiri.

Elok juga kita cadangkan kepada PM dan DPM yang kebetulan Menteri Pelajaran untuk membawa pemimpin MCA ini melawat sambil belajar ke Thailand, Indonesia, Vietnam dan banyak negeri-negeri lain untuk melihat berapa sekolah Cina di sana.

Ini penting supaya mereka tahu bagaimana beruntungnya mereka kerana di negara ini ada sekolah Cina yang banyak, tetapi masih tidak juga faham yang kerajaan telah membangunkan sekolah jenis kebangsaan Cina dengan begitu banyak.

Kenapa pemimpin kita terlalu tunduk kepada tuntutan yang tidak ada kesudahannya ini? Jawapannya ialah orang Cina tahu bila untuk menekan dan mendapatkan apa yang mereka mahu.

Mereka akan menuntut segala-galanya apabila pemimpin Melayu sudah lemah. Itu sebabnya saya selalu berkata jika pimpinan sudah lemah elok ditukar pemimpin kita.

Tetapi untuk menukar pemimpin kita merupakan usaha yang hampir impossible kerana sistem pemilihan kita amat ketat dan ditambah pula dengan rasuah politik dan kuasa yang begitu berleluasa dalam parti.

Contohnya, apabila Dr Mahathir sudah hilang keyakinan ahli-ahli UMNO dan rakyat, pada penghujung tahun 80-an, Mahathir telah berkompromi dengan begitu banyak sekali dengan kaum Cina untuk menagih sokongan.

Dr Mahathir telah mengiktiraf segala diploma dan ijazah lulusan TAR College di atas desakan MCA. Dr Mahathir telah membiarkan percambahan institusi swasta yang dikuasai oleh bangsa Cina dan menteri pelajaran semasa itu ialah Najib Tun Razak, PM kita pada hari ini.

Semasa itu ramai orang Melayu merungut kerana tidak ada kawalan terhadap pemberian lesen untuk membuka institusi-institusi swasta ini. Orang Melayu bukan menentang terhadap perkembangan pelajaran, tetapi oleh kerana Mahathir tidak menekankan semangat DEB semasa itu maka orang Cina tidak lagi mahu berkongsi ekuiti saham dan bekerjasama dengan orang Melayu di dalam institusi pelajaran itu.

Saya masih ingat zaman pra-Mahathir, orang Melayu khususnya UMNO telah berarak untuk menyekat penubuhan Universiti Merdeka yang dicadangkan oleh MCA. Tetapi dengan sifat mudah berkompromi kita, orang Cina bukan sahaja mendapat satu Universiti Merdeka tetapi berjaya memperolehi hampir seribu buah Universiti Merdeka melalui kolej-kolej swasta ini.

Kepada sesiapa baru hendak berjinak-jinak dengan UMNO selepas tahun 80-an tidak akan dapat menghargai pandangan ini.

Kepada orang seperti kami yang telah lama bergelumang dengan UMNO ini merasakan sangat runtunan nurani dan merasa terlalu sensitif kalau mendengar tuntutan demi tuntutan diberikan oleh kerajaan UMNO kepada MCA ini.

Untuk memujuk hati, orang-orang Melayu pun berkata, “Tak apalah, demi memperkembangan industri untuk negara, dah orang Melayu tidak pandai biarlah Cina yang melakukannya”.

Tetapi bukannya orang Melayu tidak ada yang ingin membangunkan universiti swasta, tetapi orang Melayu tidak pandai untuk memperuntukkan sedikit bayaran kepada sesiapa yang berkuasa meluluskan untuk mendapatkan lesen tersebut: rasuah bermain dengan hebatnya semasa itu.

Dengan tuntutan RM 1 billion bagi sekolah jenis kebangsaan Cina ini, saya beranggapan MCA sudah begitu mahal untuk terus menjadi wakil kaum Cina di dalam BN. Saya berharap kabinet tidak akan melayan tuntutan yang mengada-ngada ini.

PM dan kabinetnya jangan cuba-cuba berhelah dengan kita bagi mencari jalan untuk bersetuju dengan tuntutan ini kerana orang Melayu akan membesarakan mereka nanti.

Kalau kepimpinan Melayu yang beretorik ini masih lagi melayani mereka yang chauvinistic ini saya sarankan mereka turun sahaja dari kuasa yang ada pada mereka.

Kalau mereka sudah tidak berguna lagi kepada orang Melayu yang masih terkapai-kapai ini silalah berhenti sebelum diberhentikan oleh orang Melayu sendiri.

MCA sudah terlalu naik lemak; kita takut orang Melayu akan naik minyak.

13 comments:

Anonymous said...

Bro Aspan,

bravo! dari kami ahli UMNO!


UMNO cawangan, Rasah.

mahaza said...

Salam saudara,

Walau apa pun disuap ke mulut MCA tidak akan mengembalikan kaum Cina kepada BN. Percayalah apatah lagi dengan DS Chua Soi Lek sebagai Presiden sekarang mendapat tentangan yang keras secara terang dan senyap terutama dari kaum wanita. Berilah 1 Billion malah 10 Billion pun.
Pandangan ikhlas dari tuan sayangnya apakah akan diambil berat dan serius?

schenker78 said...

aspan,

apasal kamu tergila2 kan UMNO dan MCA ini. Jom kita sama2 mengajar UMNO/ MCA yang semuanya kaki rasuah, malas kerja dan sombong, tolak yang jahat semua ini masuk longkang dan kita menuju era baru 5 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat malaysia.

Kami sudah bosan dengan kes2 rasuah UMNO, Samy vellu, PKFZ MCA, Taib, Musa Aman, Khir toyo, najib altantuya, rosmah gedik...semuanya celaka, satu pun x betul.

Sudah beratus billion duit kita terbang. jangan sampai Malaysia jadi macam kejatuhan Indonesia Suharto. Ada had untuk semua. Kalau betul2 nak selamatkan UMNO, lantik orang2 yang bagus duduk kerusi UMNO dan kabinet.

Ku Li, Dato' Sak, Aspan Ali dll... saya nak bagi nama orang baik2 dalam UMNO pun x dapat sebab memang tak ada....

Kalau Pakatan, kalau orang benci Anwar pun...saya masih boleh bagi nama Nik Aziz, Haji Hadi, Mahfuz, Wan Azizah, Zaid Ibrahim, Azmin Ali......Yang bukan melayu dari Pakatan pun ramai baik2....

Yang kat BN, semua haprak termasuk parti bukan melayu....semua BN geng penyamun Alibaba n 40 thieves++....

malu lah sikit....

Anonymous said...

Peruntukan 1b bukan boleh selesaikan masalah undi Cina, Di Hulu Selangor bagi 3 juta pun org Cina masih tak undi BN

schenker78 said...

satu lagi,

siapa kata undi cina bergantung pada SRJK C..... Sekolah cina kalau tak bagi duit pun, mereka masih berdiri atas kaki sendiri dengan sumbangan PIBG mereka secara dalaman......

Orang Cina yang duduk bandar lebih suka PBT caj rendah, servis bagus, kurang jenayah dan rogol, inflasi dikurangkan, ....... kalau orang melayu dan india serta sabah sarawak tukar cara pemikiran macam cina, cara politik malaysia akan berubah 180degrees....

sekolah cina dia ajar bahasa ibunda dia utk 6 thn supaya budaya dia tak hilang, itu aje. Beribu2 keluarga Melayu hantar anak2 ke sekolah cina jugak.....Salah ker????

Quiet Despair said...

Tulah Najib, suka sangat tabur duit sini sana.
Beri duit kepada sekolah Cina, beri lagi kepada Cina di Sibu.
Takkan tak tau perangai China, beri betis nak paha.
Kan duit raja mereka.
Jangan jadi bodoh nak dapat undi dengan beri 1 billion kepada sekolah Cina.
Mereka ambik duit, mengundi DAP.
MCA tunjuk taring sekarang sebab baru bernafas selepas krisis.
Juga naik lemak sebab Najib lemah dan tunduk sahaja kepada kemahuannya.
Nak biasiswa untuk 10A dapat, turun pulak standard untuk 9A, pun dapat.
Biar saja beruk lapar tu lepas.
Nanti gigit pulak Tuan.
Janganlah cuba mengabui mata Najib.
Hartawan, tauke dan ramai tokoh Cina semua hantar anak mereka ke situ.
Tentu pam duit berjuta-juta.
MCA you can go fly kites.
P.S. Berita baik. UMNO sedang usaha untuk bekerjasama dengan PAS.
Bagus tu.

Shenker78

Kita tak akan mengundi PKR selagi Anwar ada dalam PKR.
Lagiopun Anwar dalam poket LKS.
Cina tak nak mengundi BN. Takkanlah orang Melayu nak mengundi DAP.

Anonymous said...

Bro Aspan,

Kaum cina juga sokong pendapat saudara... 100%
Wang yang banyak lebih baik disimpan baik -baik atau dilabur untuk membawa manfaat kepada semua rakyat Malaysia sahaja.

Anonymous said...

Salam saudara Aspan,

Kali ini saya sgt tidak setuju dgn kenyataan saudara.

Saya org cina, rakyat Malaysia. Saya tidak suruh MCA mewakili saya, MCA juga tidak mewakili keluarga dan kawan2 saya. Saya juga tidak mahu MCA menjadi wakil saya atau "berjuang" untuk saya sebab saya tak mahu diwakili oleh lanun, perompak, penipu dan kawan2 sekutunya.

Saya percaya maju atau mundurnya saya ditentukan oleh usaha saya sendiri dan bukannya kerana ada UMNO/MCA/MIC buat kerja2 untuk saya.

Siapa kerajaan, dialah yang bertanggungjawab atas pendidikan, perubatan, keselamatan dsb untuk rakyat. Bukan kerana dia BN atau PR. Siapa yang mengkianati tanggungjawab ini, dia harus dihukum, ditukar dan bukannya diterima buta2 sahaja.

Harap maklum, kalau orang UMNO nak naik minyak, tolong "mengamuk" hanya kepada orang MCA dan bukan orang2 lain yang cintakan kesejahteraan dan keamanan.

Ini tulisan ikhlas dan saya harap saudara juga berikan pandangan dan cadangan yang bertanggungjawab serta untuk kebaikan MALAYSIA dan bukannya hanya untuk BN.

Sekian, terima kasih.

Cawan Lama

ikmal said...

Quiet Despair,

sdr kata anwar dalam poket LKS. Najib dalam poket siapa? Tolong jawab.


ikmal

Anonymous said...

Salam saudara Aspan,

Jika PM Najib beri RM 1 billion sekali pun belum tentu MCA dibawah kepimpinan pelkun porno ini mampu mempegaruhi puak puak kiasu ini menyokong dan memberi undi kepada UMNO/BN di dalam PRU 13 nanti.Kaum kiasu ini tidak mudah terpedaya dengan habuan wang ringgit kerana itu bukannya asas dan teras perjuangan mereka.Memangnya mereka amat gembira jika diberi wang secara langsung tetapi oleh kerana mereka ini tidak berjiwa pengemis mereka tidak akan sewenang-wenangnya memberi sokongan kepada mereka yg didapati lemah, korup,tidak ada kredibiliti yg tidak diyakini untuk menjayakan perjuangan mereka yg lebih besar yg dapat memuasakan semangat kiasu mereka.

PM Najib harus sedar bahawa MCA telah cuba mengexploitkan trend dan kaedah mainan politik beliau yg dibuat cara murahan dan korup dengan pembelian undi secara langsung dan juga tidak langsung.Mereka juga telah mengambil kesempatan diatas keghairahan PM Najib yg dilihat begitu bersedia memberi dan memenuhi segala tuntutan mereka kerana terlmpau mengharapkan undi kaum kiasu ini.Justeru itu mereka tidak henti-henti mengutarakan tuntutan,umpama memberi betis,hendakkan paha, dan PM Najib nampaknya terus-menerus mengalah untuk memenuhi permintaan mereka.

Harap kali ini PM Najib bukan sahaja menolak permintaan itu tetapi juga menegaskan pendirian beliau bahawa berpolitik cara murahan dan korupsi bukan lagi menjadi amalan yg akan diterima pakai dalam UMNO/BN selepas ini.

Askar Tua

Quiet Despair said...

Cawan Lama

Thanks for the sincere comments which comes from your heart.
What you expressed are also the sentiments of us, the peace-loving Malays.
We love our Chinese friends too. What sounded racist, is not anger at the Chinese but to the chauvinistic political leaders.
We used to be wary of the DAP.
Now I think we should fear MCA more.
We don't plan on going amok.
It serves nothing. No worries there.

Ikmal
Sama nama dengan anak saya.
Sejujurnya melihat kepada keadaan sekarang, dalam poket MCA.
Tak lekang dari mulut, 1Malaysia dan orang China.
Over la. Naik bingit telinga.
Sekali-sekali nak juga dengar dia menyebut Orang Melayu.
Tak beri apa-apapun tak pe. Janji ingat.
Yang sedihnya orang China tak juga menyukainya.
At least MIC did record appreciation for him.

d'enricher said...

Tuan,

Yang minta tu siapa? soi Lek ke Tiong Lai, saja nak confirm. MCA ni, sejak semenjak dua menjak ni, memang orang dah tak pandang pun, Kalau OTK dia orang tendang, siapa lagi lah yang ada kaliber kat sana.

Dalam UMNO pun sama juga, kalau kita tenggok, pemimpin berqualiti ada ke, yang boleh ... susah saya nak jumpa.

Kita ni sekarang kena tengok " the big picture" dalam senario politik masa kini, "the best people to lead the country into the future".

Setiap rakyat Malaysia yang layak mengundi akan menentukan arah tuju negara ini dalam PRU13 yang ikut kiraan paling lewat March 7, 2013. Tapi dah ada ura-ura, kerana penerimaan terhadap PM Najib, mungkin cepat sikit.

Akhir kata, berbuih mulut komen, lenggoh jari menaip, yang ada lagi yang belum daftar kot.

Jadikan undi anda bermakna.

A.Alshukor

Anonymous said...

Cawan Lama,

You are spot on! Our anger is to all the political leaders irrespective BN, PR, Umno, DAP, MCA or MIC. It's the corrupted mentality that we are against. For the next election, I will definitely choose a leader that will fights more for the people and less for himself like the Independant MPs. Present politicians showers us with empty promises but never fulfil. The malays has no quarrel with the chinese or indian communities but the political leaders. No more racist leaders.

Namza Norman