Apa yang hendak dipinda dalam Interlock itu? Bagaimana Interlock boleh dipinda sedangkan isi kandungannya adalah pemikiran asal penulisnya Abdullah Husein. Bagaimana kita boleh pinda pemikiran orang lain kerana itu adalah hasil nukilan dari pemikiran penulisnya.
Apa sebenarnya yang menjadi masalah kepada pemimpin kita? Setiap tuntutan sebilangan kecil rakyat diterima dan sanggup tunduk kepadanya, sedangkan banyak tuntutan yang ramai seperti tuntutan orang Melayu untuk mendapatkan biasiswa dan penajaan pelajaran tidak dihirau dan diindahkan.
Apa? Bangsat sangatkah kita orang Melayu ini? Tunduk disana dan sujud disini untuk menagih sokongan dan simpati. Bagaimana Palanivel pula yang menentukan mana-mana yang patut dipinda dalam penulisan seorang sastrawan negara? Bukankah Interlock itu adalah hasil penulisan seorang sasterwan negara. Bagaimana perasaan sastrawan negara itu jika penulisannya dipinda, dialih dan dianjak kerana tekanan politik? Segala apa yang ada untuk orang Melayu boleh diabaikan dan dibuang begitu sahaja.
Elok dibatalkan sahaja pengambilan buku itu sebagai buku sastera untuk sekolah-sekolah daripada diteruskan pengambilannya tetapi sudah hilang ‘originality’ pemikiran penulisnya. Jika buku itu masih diterima sebagai buku teks sastera ianya mestilah dalam isi kandungannya yang asal.
Buku ini ditebitkan 40 tahun dahulu lagi, kenapa baru sekarang ianya menjadi isu? Ini hanyalah merupakan isu politik perkauman yang menebal dan ianya adalah disebabkan masing-masing parti terus-terusan menggunakan isu perkauman untuk mendapatkan sokongan politik.
Itulah sebabnya saya ratusan kali mencadangkan supaya negara ini ditadbir oleh seorang Melayu yang dihormati ramai serta yang berkemampuan untuk berunding dengan semua pihak. Kalau dahulu ramai memanggil Abdullah Badawi flip-flop, bagaimana pula dengan pucuk pimpinan sekarang?
Kenapakah kepimpinan kita tidak ada langsung kekuatan tulang belakang dan mengangguk sahaja dengan tuntutan yang tidak menesabah itu. Saya cadangkan supaya Muhyiddin bertukar kekementerian yang lain jika beliau tidak mampu untuk berfungsi sebagai Menteri Pelajaran.
Kalau tidak ada kementerian yang sesuai beliau boleh meletakkan jawatan sahaja kerana gagal untuk menyatakan kebenaran dan sanggup menerima tuntutan walaupun beliau sendiri tahu isi kandungan buku itu tidak ada bab-bab yang menyinggung perasaan kaum India.
Meminda isi kandungan buku itu samalah seperti tidak menghormati orang yang telah dianugerahkan sebagai sasterawan Negara. Meminda isi kandungan buku itu serupalah seperti menarik kembali anugerah sasterawan negara yang telah diterimanya dahulu. Sensitiviti kaum India dijaga dengan baik sedangkan sensitivity orang Melayu telah dorobek dan dipermainkan acapkali.
Mentang-mentanglah orang Melayu ini masih ada sifat burung balam yang mudah mengangguk dan tunduk kepada semua tuntutan pihak lain. Sampai bila kita hendak mengorbankan perasaan orang Melayu semata-mata untuk mendapatkan sokongan pihak lain yang bukannya majoriti dinegara ini.
Saya yakin rakan kita kaum India tidak semuanya yang membuat tuntutan itu. Mungkin hanya MIC dan badan politik yang mengambil kesempatan diatas kelemahan minda pemimpin-pemimpin kita yang sanggup berbuat demikian. Untuk mendapatkan undi yang belum pun pasti kita sanggup menukar dan meminda pemikiran dan penat jerih orang lain.
Selepas ini apa pula yang ada kepada kaum Melayu yang hendak diambil oleh mana-mana pihak? Seorang kenalan saya bertanya kepada saya, “bro, malang sungguh kita menjadi orang Melayu, walaupun kita dipimpin oleh orang Melayu.”
Kehilangan sokongan orang Melayu kepada UMNO bukanlah satu perkara yang tidak berpatutan lagi. UMNO semakin hari semakin lemah, mudah sahaja tunduk kepada tekanan pihak lain. Pihak-pihak lain sekarang benar-benar mengambil kesempatan diatas kelemahan pimpinan Melayu kita.
Kenapa mereka ini menjadi pemimpin pun kita tidak tahu. Nampaknya politik pucuk pimpinan kita ini mengikut resmi air, dimana lekok disitu mereka berhenti.
33 comments:
Kaum India tetap tak menyokong kita juga, kan En Aspan?
Zek
Pinda dan tarik balik. Pastu cetak baru.. kan ker membazir tu.
sedih.. memang sedih.. satu pencabulan minda .. satu perkosaan idea.. hasil nukilan seorang yang bertaraf Sasterawan Negara terpaksa dipinda, diubah gaya bahasanya semata-mata untuk menjaga hati sekumpulan kecil mereka yang mempunyai agenda politik..
Dalam buku Hikayat Hang Tuah pun ada juga perkataan sensitif.. nak kena ubah juga ke? mungkin juga satu hari nanti perkataan kafir dalam buku agama pun kena pinda ,pasal itu termasuk dalam isu sensitif.. Novel Interlok satu hal.. bagaimana pula dengan buku teks bahasa English yang di tarik balik kerana banyak kesalahan.. tiada siapa yang dipersalahkan .. alasannya kesilapan manusia. Yang peliknya kesilapan manusia ni melibatkan wang berjuta ringgit. dan kesilapan itu juga menuntut berjuta ringgit lagi untuk penerbitan buku teks baru yang akan diberikan pada pelajar di bulan Mac.. Hangus lagi duit pembayar cukai..
-atas pagar-
Salam Tn Aspan/Semua,
Petikan lagu P. Ramle dulu :-
(Beginilah nasib, diriku yang malang, oo..oh Tuhan, tak boleh bersenang lenang...!)
Petikan P. Ramle kalau masih hidup :-
(Beginilah nasib bangsaku yang malang, oo.oh... Tuhan! yang kaya bersenang lenang, pantang saja peluang, semua nak direntap, memamg betul-betul.. kaki pelahap...!)
Kuasa Sultan dah ditebas,
Duit berbillion tiris dah diberes,
Rakyat makin merempat,
Betul kata Tn. Aspan, dunia dah terbalik. Yang baik nampak buruk dan yang buruk nampak baik.
Teori Kepada Rakyat Hari Ini:-
Kalau nak berubah mesti terbalik. Rakyat mesti memimpin Pemimpin dan bukan lagi era Pemimpin memimpin Rakyat.
Tulah sebab di Mesir dan Tunisia nampak kecoh, tapi rakyat aman sebenarnya. Rakyat sedang membuka banyak kelas dan tengah mengajar Pemimpin bagaimana nak jadi Pemimpin yang baik.
Cuma masalahnya kalau budak sekolah, senang diajar. Tapi Pemimpin petai hanyut ni, kalau nak ajar sampai bersimbah darah. Itu je bezanya. Kesian Rakyat.
"Teropong Ajaib"
Soalan CEPUMAS - Siapa yang kena..!
1) Patut ke.. Siti Nurhaliza kelulusan Form 5, cakap orang putih tonggang langgang, nak dijadikan DUTA beb...? Kesian budak2 PTD tu yang sekolah tinggi jadi anak tiri.
2) Agak-agak siapa ye Minah sebalek tabir yang mengusulkan kePutrajaya? Teka.. teka.. teka...! Siapa yang kena....!
"Teropong Ajaib"
timbalan perdana menteri memang bodoh... daripada meminda buku tu.. jangan pakai buku tu kat sekolah la..kat senang... ganti dengan buku lain yang tidak mengyinggung perasaan sesiapa.. kenapa la pemimpin umno dah bodoh semuanya...macam ni.. habis la orang melayu negara ni.. akan hancur di buat umno akibat kebodohannya
Salam Tuan Aspan,
"Itulah sebabnya saya ratusan kali mencadangkan supaya negara ini ditadbir oleh seorang Melayu yang dihormati ramai serta yang berkemampuan untuk berunding dengan semua pihak. Kalau dahulu ramai memanggil Abdullah Badawi flip-flop, bagaimana pula dengan pucuk pimpinan sekarang?" Aspan Alias.
1. Ungkapan di atas mengambarkan pemimpin kita telah rosak, bukan saja sampai ke usus, malah dah sampai ke hati. Pemimpin2 kita kebanyakannya dalam lingkungan yang busuk hatinya .. lg tamak.
2. Puncanya adalah kerana kegagalan TDM, beliau hancus..
Menegur Pak Lah bukan kerana Flip-Flop tapi kerana sesuatu yang beliau dan org2 dlm linkungan beliau tidak mendapat keuntungan maksima. Tak nampak langsung keikhlasan.
3. Apa lg yang boleh kita lakukan Tuan Aspan? Tegur tak boleh.. berunggut aje la....
Langkah terbaik.....
Singkirkan mereka!!!!!
...... Lakukan perubahan drastik.
Jika Tuan tak lakukan sekarang... nak tunggu bila????
"Interlock - Akhirnya UMNO sujud kepada MIC"
Musim meracun ke Aspan! Spin jangan tak spin untuk menabur benih-benih kebencian orang Melayu pada UMNO.
Tak semua orang Melayu yang termakan dengan spin macam ni.
Bagi saya ni satu kompromi yang baik. Kalau orang India tak suka perkataan 'pariah', perkataan "Harijan" atau "Dalit" boleh digunakan. Jalan cerita tetap samakan!
Anon 8:52 - Mahyuddin pandai ambil kesempatan buat duit lagi utk BN.
Kalau pinda dan cetak semula duit masyuk beb. Bolehlah buat duit utk pilihanraya PRU13 yg semakin hampir.
Disebabkian dua perkataan Pariah, rakyat akan hilang duit berjuta2.
Palinivel pun turut dapat komisyen tu!
Orang2 politik ni pandai kebas duit rakyat saja!
"banyak tuntutan yang ramai seperti tuntutan orang Melayu untuk mendapatkan biasiswa dan penajaan pelajaran tidak dihirau dan diindahkan"
Berapa ramai yg tidak dapat biasiswa klau banding antara org malayu dgn Cina and india?
Bloger ni mmg Racist!kenapa ko hanya pentingkan org malayu je?ini ke ajaran islam hanya pentingkan bangsa sendiri?bertaubat ko..
I agree that the book should have been changed. That would have solved the problem.
But just a few points......
1. The author deliberately wants to belittle indians. Can an Indian author use derogatory word on Malays? Will the government allow that?
2. The author is either mistaken or ignorant! If you search scheduled caste list there are hundreds of caste in India. 'P' is just one of them! Those who were brought by the English are from various different caste! A national laureate should have made a research before writing something. But he did not.
So why on earth this particulaar book was chosen? that is the intriguing part....
My theory is this is part of UMNO's social engineering work. You belittle and step on the Indians a bit by bit so that they lose all hopes for the future. UMNO need a punching bag for the next GE, what?
Now itself non-malays students, especially Indians are easy target by recist malay teachers. Imagine what will happen when this book is used for discussion in classroom!
Think about it.
When I was younger the racial lines were not there. Since Dr. Mamak Kutty became PM, BTN was established, malays were brainwashed so much so that nowadays belittling noon-malays especially Indians has become a hobby for them especiallly teachers. and now this!
Sabelum ini dilaporkan TPM ada formula menyelesaikan isu ini. Bunyi nya hebat....ruparupa nya ini formula yang dikemukakan. Kemudian akhbar melaporkan ini keputusan 'win win'. Siapa yang win, siapa yang tak win, lu pikir lah sendiri....Kalau begitu lah keputusan nya orang kampong sy pun boleh buat keputusan. Memang dia sembab dan lembab...
Mereka bolih mengharamkan buku itu TETAPI mereka tidak bolih meminda KECUALI dengan kebenaran penulis itu sendiri.Apa le bodoh umno ni dah takut sangat ke kalah dlm PRU nanti.
Aspan, well commented.
May I suggest that The book be dropped from the syllabus instead of messing around with the original works of the Author.
We must remember that the readership covers not only school students but also the general public.
Are we going to have two versions of the work?
If the original work is deemed to be race sensitive then just ban it. This should also apply to other similar works.
Passive Observer.
Tn. Hj. Aspan,
Hari ini dalam sejarah. Minta UMNO sokong pindaan DUN Selangor. Tak berani hilang sebelah teloq. Nak pertahankan Sastera Melayu tak berani, hilang lagi sebelah teloq..HRakyat..He3..jadi sida la. Ada sida yg ada teloq?. Ada, tak caya tengok Royal Trump..He3.. Sida Wei.
-sender Rakyat Penang lo.
pelik melayu ni
nik aziz sokong cina sampai tak nak buat negara islam
muhyidin sokong india sampai tunduk (macam tn aspan cakap la) tukar buku
anwar dan khalid sampai tergadai negara dan maruah.
melayu oh melayu.
Saya dari kaum India. Saya juga tidak sokong buku itu dipinda. Bagi saya buku itu harus tidak dijadikan bahan rujukan sekolah seperti yang disarankan oleh penulis. Kalau nak ambil, ambil 100%, kalau tidak, tolak sahaja. Penulisan sepatutnya tidak boleh diedit atau diubah. Semua orang ada hak untuk memberi pendapat, tidak kira betapa ekstrim pendapat itu.
Bukan pariah.
Kebanyakan pemimpin UMNO Baru ketika ini hanya memikirkan kemenangan dalam pilihanraya.
Mereka semuanya sedang menghadapi fobia kalah bertanding. Oleh kerana itu kita lihat tindakan TPM itu mempunyai maksud dan tindakan yang bersifat mengalah.
Ini disebabkan kes interlok ditimbulkan ketika dalam kesibukan pilihanraya kecil. Memang tiada masa nak layan dan tiada pilihan lain kecuali ikut kehendak yang mendesak. Tapi jikalau permintaan itu diajukan selepas pilihanraya pasti tidak akan dilayan.
Perangai pemimpin Barisan Nasional khususnya UMNO Baru boleh kita baca, sebelum menang pilihanraya dia buat pura-pura ikut kata tapi bila menang pilihanraya barang keperluan naikkan harga...
Kesian sungguh pada TPM, merangkap menteri pelajaran hanya layak memeriksa sijil cuti sakit guru. Rosmah Mansor nampaknya lebih hebat bila dia ambil alih tugas menteri pelajaran ketika diluar negara.
Aspan,
Saya ada beberapa perkara untuk dikongsi tentang posting tn kali ini.
1MUHYIDIN LETAK JAWATAN KERANA GAGAL TANGANI ISU- ini tak sesuai kerana menteri2 lain sebelum ini pun gagal juga kerana tekanan pihak lain terlalu kuat hingga KERAjaan/keRAJAan terpaksa mengalah. Dalam perlembagaan disentuh soal bahasa pengantar di sekolah ialah bahasa Melayu, tak dapat dilaksana hingga kini. Hal ini sepatutnya terubah semasa YB Rahman Talib sebagai menteri.
2Menteri Pelajaran terpaksa mengalah kerana dasar kini ialah mengambil hatu kawan, biarpun kawan tidak mahu, tidak tahu mengambil hati kita. Kalau amno tak mahu berbuat demikian maka ada meLAYU lain yg sanggup berbuat demikian. Apa akan jadi dengan bangsa kita yg nampaknya mobiliti mengundur ini. Sikap mengalah kita, sikap memberi kita yg keterlaluan belum terubah sejak zaman prasejarah barangkali.
3RASIS-itu jawapan yg paling tepat. Segalanya nak dijadikan modal politik. Perkara kecil jadi besar dan ada yg terpaksa melibatkan perbelanjaan yg besar, terkini mcm kes beng hok dan kes kugan. Kugan umpamanya merupakan penjenayah besar(sumber polis)maka perlukah di politikkan? Kugan telah menjadi hero, treated as hero.
4BAGAIMANA pula nak ubah sebahagian Interlok? Kalau sayalah pengarangnya maka saya tidak akan membenarkan novel/karya saya diperlakukan begitu dan tak perlulah dijadikan teks sekolah pun tak mengapa. Mengubah kandungannya bererti mengadai maruah pengarangnya, Sasterawan Negara Abdullah Hussin.
5Saya yakin mengalahnya dan tunduknya kerajaan/Timbalan PM kepada tekanan itu akan menyebabkan orang Melayu tidak puas hati kpd kerajaan, sudahlah amno sangat menjengkelkan kpd sebahagian orang Melayu kerana rasuah dan salah guna kuasa, sebelum ini.
6amno perlu berubah, kenalah mengambil hati orang Melayu pula setelah banyak mengambil hati orang lain. amno tegak kerana undi Melayu bukan kerana undi orang2 yg kita beri hati dan banyak mengalah sebelum ini.
7Sudah tiba masa, kawasan pilihan raya yg majoriti pengundinya Melayu tiak lagi diserahkan kpd orang lain. Mengapa? Jawapannya kaum lain nak kan cara itu. Ramainya wakil Melayu ertinya kuatnya Melayu, dlm BN yg menanti roboh dan tenggelam dilanggar badai.
masmerah
Tn. Hj. Aspan,
Tarik saja Interlock dan bagi balik hikayat merongmahawangsa bru budak2 kita dapat belajar sastera melayu sepenuhnya. Masaalahnya nanti ada plak kroni yang buat dwet atas angin..Rakyat..He3..
-sender Rakyat Penang lo.
orang melayu dah tak ada buah play, sebab terlalu banyak tengok cerita hantu yang dihidangkan oleh rais yatim melalui media. elok haramkan segala bentuk cerita tahyul ini kerana ia boleh melemahkan jiwa, bila ada cabaran sedikit tak tahan
"tak melayu hilang didunia".kata Hang Tuah...
itu dah terbukti sekarang.melayu dah semakin tenggelam sebab pemimpin ngok-ngok-ngok..kalau cara macam tu pimpin negara bagi budak U pun boleh pimpin..apee lee lemah sangat bangsa melayu nie..bodoh bujan setakat pemimpin rakyat pun bodoh juga, yang pegi undi pemimpin macam tu buat apa.buta perut sungguh orang melayu..
akhir nanti melayu jadi layu yang ada hanya cerita ke"melayu"an yang layu..bertindaklah dengan akal fikiran bukan dengan pemberiaan barang yang tak seberapa..
pelik melayu ni
nik aziz sokong cina sampai tak nak buat negara islam
muhyidin sokong india sampai tunduk (macam tn aspan cakap la) tukar buku
anwar dan khalid sampai tergadai negara dan maruah.
melayu oh melayu.
29 January 2011 14:18:00 GMT+08:00
1. sapa cakap nik aziz tak nak buat negara islam?
2. anwar dan khalid tergadaikan apa?
baguslah .. pinda buku .. selain pinda perlembagaan. Makin lemahla Melayu ni. Tahniah
Salam Tn. Aspan/Semua,
Saya lihat ada jugak komen-komen bodoh dalam blog ini yang menunjukkan cara pemikiran Melayu jenis pengampu tanpa alasan logik.
14:18:00 salah satu daripada contoh nyata. Inilah jenis Melayu yang akan melacurkan bangsanya ke tahap "PARIAH". Inilah maksud Interlock sebenarnya.
Ws.
- KAMI (kaum India)TIDAK MAHU MEMINDA interlok TETAPI MAHUKAN BUKU ITU DIGUGURKAN DARI DIGUNAKAN DISEKOLAH.
TAKKAN PANEL YANG MEMILIH BUKU itu TIDAK DAPAT MEMILIH BUKU LAIN YANG LEBIH MEMUPUK PERPADUAN.
Apalah punya bangang kita punya menteri ni, nak pinda hasil kerja orang, takde copyright ke buku tu...
Inilah dia malaysia kita, sedihnyaaaa
Tn. Hj. Aspan,
Komen 30:08.42 kurang baik untuk diulas. Mengata orang bodoh, kita pandai la plak. Blog adalah terdedah kepada pendapat semua orang. Masaalah bangsa melayu (pada pendapat saya-kalau silap minta betulkan)adalah suka gelak kan orang bila minta pendapat.Lepas saja orang bertanya (kebanyakan yg hadir pada mesyuarat/seminar ka) akan berbisek sesama sendiri betapa bodohnya orang yg. bertanya. Masaalahnya kena giliran kita, tak plak nak tanya apa2 (blank kot)?..Rakyat..He..
-sender Rakyat Penang lo.
drn mohon link hah ko http://wicararumi.blogspot.com
Tuan
Saya mesti baca tulisan tuan, tapi yang ini saya baca dua perenggan saja. Apa nak jadi pada Melayu yang ada kuasa dibuminya takut kepada imigrant (pijam orang outeh sebab umno takut nak guna pendatang, walhal maknanya sama, selalu di sebut di usa pasal orang tali, ireland, poland Jew atau siapa saja datang ke USA)
Ya Allah berihan kesedaran kepada golongan umat Melayu mu ynag mempunyai ingin untuk memerintan bangsa melayu dengan keberanian.
Amin.
Terus menulis Pak.
pati jati hati Wati mati di Kati
takut hilang kuasa..
Sensiviti kaum India dijaga sensiviti kaum Melayu nampaknya kurang diberi perhatian. Berapa banyak kenyataan yg menghina Islam dilepaskan dgn begitu ringan sahaja. Contoh: Managing Editor Star Biz (seorang India) pernah menulis dlm the Star yg menghina Islam tetapi tidak ada tindakan. Khabarnya ada sebuah NGO yg menghantar memo kpd Najib merayu supaya mahkamah Syariah dihapuskan tetapi beritanya digelapkan oleh media arus perdana. Ini paling biadap sekali. Banyak lagi kalau nak disenaraikan di sini.
dpd: wak kantoi
Aku sokong hang
Pak Aspan, aku terlewat. Teruskan menulis dan hantam Kerajaan yang takutkan pariah.
Post a Comment