24 January 2011

Rakyat Selangor terpaksa tambah 3 lagi kerusi

Saya bersyukur kerana Dewan Undangan Negeri Selangor telah mengemukakan usul untuk meminda fasal 52 perlembagaan negeri Selangor dan jika pindaan ini berjaya bermakna kita sudah mula mengembalikan premis kewujuddan negera yang berkonsepkan persekutuan. Pelacuran terhadap elemen persekutuan ini telah dialakukan dengan pindaan perlembagaan yang dibuat secara paksa oleh UMNO pada tahun 1993 dahulu.

Dengan pindaan itu dahulu segala kuasa telah dipusatkan kepada Perdana Menteri dan sebahagian besar dari peruntukkan dalam perjanjian persekutuan pada 2hb Februari 1948 telah dicabuli dan diperkosa tanpa sebarang ‘mercy’ terhadap institusi Raja-Raja Melayu, satu institusi yang penting dalam sebuah negara Raja Berpelembagaan.

Walaupun usul ini telah tidak dapat diluluskan dengan majority 2/3 tetapi hakikatnya kerajaan Selangor telah melangkah setapak kehadapan dengan berusaha meminda bab 52 pelembagaan negeri Selangor. Walaupun telah gagal ianya membawa erti yang sangat besar bagi rakyat Selangor yang berani tampil melaksanakan tanggunjawab sebagai rakyat dan menunjukkan kepada dunia bahawa masih ada rakyat yang sedar tentang pencerobohan kepada sistem sebuah negara Persekutuan yang telah ditanda tangani pada 2hb Februari 1948.

Usaha kerajaan negeri Selangor itu juga membawa erti untuk menentang usaha kerajaan persekutuan yang merampas kedaulatan kerajaan negeri pada tahun 1993 dahulu. Peristiwa itu masih jelas teringat dan semasa pindaan pada 1993 itu rakyat yang sedar sangat merasa sedih dengan tindakkan merampas kuasa negeri-negeri seolah-olah Malayan Union telah kembali datang kepada kita dengan nama yang lain.

Penolakkan dari ADUN-ADUN UMNO dan BN itu memang telah dijangkakan dan dengan tindakan Ahli-Ahli Dewan Undangan dari BN itu sekali gus menunjukkan yang mereka tidak mahu mengembalikan kuasa yang telah elok dibahagi-bahagikan semasa pembentukkan Persekutuan Malaya 1948 dan Perjanjian Malaysia pada 1963 dahulu. Sikap kita yang bermuka-muka ini sekarang sudah mula disedari rakyat bukan sahaja diSelangor tetapi juga seluruh Malaysia.

Sekarang UMNO tidak boleh lagi melaungkan slogan-slogan kedaulatan Raja-Raja lagi. Lagi pun UMNO hanya berpura-pura menghormati Raja-Raja semasa kes pengambilan alih kuasa diPerak 2 tahun dahulu dalam mana UMNO telah berselindung dicelah ketiap Sultan untuk mengelirukan rakyat. Sikap berdolak-dalik ini mulai difahami oleh ramai rakyat dan tentunya rakyat akan tahu bagaimana untuk bertindak semasa datangnya pilihanraya umum yang akan datang.

Dalam kes yang terakhir ini kerajaan Selangor telah berjaya membuktikan siapa yang berbohong dalam isu mendaulatkan Raja-Raja Melayu ini. Bagi saya kita mesti menolak mana-mana elemen yang menyerupai tindakan Malayan Union ini kerana kita berpandukan kepada konsep persekutuan yang kuat dan mantap. Seluruh rakyat telah berarak menuntut untuk Malayan Union dibatalkan pada tahun 1946 dahulu dan kita tidak sepatutnya membenihkan kembali sifat-sifat Malayan Union yang mencacatkan keluhuran perjanjian Persekutuan itu.

Walaubagaimana pun keputusan telah diperolehi. BN tidak menyokong pindaan itu dan kerajaan Selangor masih kekurang 3 undi penting dalam persidangan khas itu. Mengikut undang-undang Dewan Undangan Negeri tidak boleh melakukan bacaan kali kedua berhubung dengan pindaan itu.

Jika rakyat Selangor masih mahukan pindaan itu, ianya mestilah diusulkan didalam Dewan Undangan penggal yang akan datang. Seandainya rakyat Selangor serius untuk perubahan itu maka mereka terpaksa berusaha menambah sekurang-kurangnya 3 kerusi tambahan lagi semasa pilihanraya yang akan datang.

Usaha kerajaan Selangor menambah bilangan kerusi didalam Dewan Undangan Negeri Selangor itu memerlukan ketabahan dan usaha yang gigih. Kata orang tua-tua, 'kalau tak dipecahkan ruyungnya, mana kan dapat sagunya'. Kejayaan akan hanya diberikan tuhan kepada pihak yang berusaha keras.

9 comments:

Pewaris said...

Pemimpin UMNO yang ada takkan sedar diri sendiri DERHAKA kepada Raja-raja Melayu. Elok kita singkirkan pemimpin2 UMNO yang sedia ada. Memalukan. Harap harta saja bertimbun. Allah lebih kaya daripada UMNO, itu yang saya percaya.

Anonymous said...

Aspan,
Jelas dan nyata siapa sebenarnya berbohong. Raja bagi mereka sebenarnya alat untuk mengekalkan kuasa. Rakyat akan pastikan mereka tidak akan kekal berkuasa selepas PU ke 13 nanti.
Pak Tua

Anonymous said...

Tn. Hj. Aspan,
Setiap peristiwa ada hikmahnya. BN menang sidang kali ini, tapi kalah dari segi moral & intigrity nye. Ia sama taraf dgn. presiden MCA yang bercakap tentang moral wanita muslimat yang salam bersarung dalam masa yang sama ia memangkah wanita tanpa memakai sarung (masa jadi menteri kesihatan plak)..Rakyat..He3..
-sender Rakyat Penang lo.

Anonymous said...

Salam Tn Aspan/Semua,

Betul dan saya setuju kata PEWARIS. Lagipun sebelum ini, BN Selangor banyak dirosakkan Onn Ismail dan 2 orang lagi yang dah keuk. Semua ni tak sekolah tinggi. Sekarang murid merekalah yang ambil alih nak jadi champion di Selangor ni. Contoh, tahap pelajaran si Rahman Palil, Satim Diman. Doktor Be...b!
Tah bila hantu2 ni belajar dapat Doktor pun tak tahu. Cukup meragukan. Doktor beli kot..!. Hairan walhal ajaib, cakap orang putihpun tak tahu, lagi nak berlagak macam rakyat Selangor ni tak Sekolah. Bukan saya nak temberang, testlah mereka. Menggagau Bro... cakap Mat Salleh! Especially, watch this Rahman Palil, the so called Onn Ismail cadre. Ceklah Khusrin ke..., ketua GAPS tu ke..., pasti akan terdapat hubungkait dengan Rahman Palil ni. Semua peluru dia. Dia pula jadi peluru kat atas. Yang best tu, puaka lahanat menyorok dari belakang, baling batu sorok tangan. Macai2 nilah yang buat kerja. Their level of education and mentality, clearly very doubtful.
Itulah sebabnya Melayu yang pandai2 malas join MENO sebab disekat masuk dan akhirnya UMNO jadi parti Bangkai.

Anonymous said...

Saya sungguh berbangga dengan hulubalang2 dan pendekar-pendekar Pakatan melindungi hak rakyat Selangor di bawah naungan Sultan Selangor. Sekarang ternyata penderhaka2 adalah kalangan adun2 Umno dan penderhaka paling dikehendaki untuk di hukum tali gantung adalah seperti Zul Nordin dan semua ahli-ahli Perkosa dan malaunnya Ibrahim Al Kataki.

Anonymous said...

la ni kita tau sejarah kejatuhan Melaka disebabkan mamak bendahara dan kuncu-kuncunya. mereka inilah yg membuat onar dalaman dan membuka pintu untuk portugis. Sejarah berulang dan umno terbukti petualang dan durjana yang cemerlang, gemilang dan terbilang!!

Anonymous said...

PR telah banyak membawa perubahan kepada Selangor. Harap dengan PRK-13, hapuslah umeno ni..

Anonymous said...

hehehe...jgn dilupa pulak pindaan tahun 1993 tu siapa yg menyokongnya?hehehe...adakah sang idola tuan hamba juga menentang atau menyokong?apa pulak pendirian anak Pak Awang dgn cauvinis bapa kepada KM Penang masa tu??...rajin2lah bukak balik hasard parlimen takut malu di kemudian hari!

p/s : sekurang2nya 'mamak bendahara' itu pendiriannya tetap dulu hingga sekarang tapi sang idola....depan boleh,belakangpun boleh!!jilat jangan tak jilat!


anakjati_sgway

Anonymous said...

Mahyudin Yasin kata yang penting Niat atau tujuan Pindaan. Yang tercatit dan tertulis tak penting sebab itu BN tak sokong di sebabkan NIAT Pakatan Rakyat. Itulah ajaran Sesat Tarikat Najibiah yang dianuti oleh Mahyudin. Apa yang tercatat dan tertulis tak penting yang penting NIAT....Allah terima niat bukan Syariat yang tercatat dalam tulisan Pindaan Perlembagaan.....