Kali ini saya menyambung posting yang lepas dan ingin mengupas, mungkin kurang mendalam tentang satu isu besar iaitu ‘rakyat sudah kehilangan pimpinan’. Secara ‘convention’ nya pemimpin utama UMNO itu adalah secara otomatik menjadi PM. Dengan cara pemilihan PM selama ini dilakukan secara ‘convention’ ini maka sesiapa sahaja yang menjadi Presiden UMNO itu akan menjadi Perdana Menteri. Kita masih lagi belum melaksanakan sistem yang sebenarnya. Sistem yang sebenarnya ialah sesiapa yang mendapat keyakinan Parlimen walaupun dengan ‘majority’ yang mudah akan menjadi PM.
Itulah sebabnya ada orang yang sanggup membunuh UMNO kerana UMNO itu sudah tidak menyakinkan beliau untuk terus menjadi PM negara ini. Memimpin parti baru akan meletakan beliau sebagai penyandang yang kuat dengan tiadanya seteru politik beliau berada bersama di dalam parti yang baru itu. Walaupun parti ini baru sahaja berusia 23 tahun tetapi segala penyakit yang ‘terminal’ sedang menghinggapi parti itu. Parti UMNO telah berjaya memilih ketua-ketuanya di setiap peringkat tetapi tidak berjaya mendapat ketua-ketua yang berkepimpinan.
Perlu diingat ketua tidak semestinya seorang pemimpin. Seperti seorang imam, ia tidak semestinya mampu menyampaikan doa ke hadirat Tuhan. Mungkin seorang dari jemaah yang ramai yang zuhud itu yang mampu menyampaikan doa dan hajat kepada Tuhan. Imam itu hanya mengetuai 'congregation' yang ramai itu sahaja.
Tetapi ini semua cerita lama dan cerita lama ini lah yang memulakan penghakisan pimpinan Melayu itu secara beransur-ansur dan diambil alih oleh pemimpin-pemimpin yang tidak sepatutnya berada di tempat yang mereka berada sekarang. Saya sekali lagi akan dinesta kerana menyebut isu ini kerana mereka memang tidak suka mendengar sejarah perlakuan mereka sendiri yang boleh direkodkan sebagai peristiwa yang paling malang bagi orang Melayu khususnya di dalam membina pemimpin pelapis yang bertanggungjawab dalam erti kata yang sebenarnya.
Tetapi saya tidak kisah dengan cemuhan mereka kerana saya yakin dari saat inilah bermulanya kita secara beransur-ansur kehilangan kepimpinan yang ‘viable’ untuk negara. Saya sanggup diapa-apakan namun untuk menarik kembali apa yang saya persepsikan ini tidak sama sekali akan saya lakukan. Dari peristiwa ini pimpinan kita telah memulakan ‘precedent’ yang kita boleh bertukar parti tanpa segan dan silu lagi kerana keseluruhan pimpinan UMNO telah membunuh parti mereka dan menubuhkan parti baru itu.
Tetapi oleh kerana kuasa ada kepada mereka dengan pengaruh yang kuat pula mereka menamakan parti baru itu sama nama seperti yang dibunuh itu. Tidak mengapalah itu. Tetapi ‘consequence’ buruk yang kita hadapi ialah UMNO itu sudah tidak lagi menjadi parti yang membina kepimpinan Melayu lagi. Apabila UMNO sudah luntur kepimpinannya maka ianya akan membawa bencana kepada negara kita kerana ‘by convention’ tadi Presiden UMNO itu adalah Perdana Menteri Malaysia.
Begitulah besar ‘effect’ nya terhadap nasib rakyat semua kaum dan negara keseluruhannya apabila UMNO sudah gagal membentuk kepimpinan yang berkesan untuk negara. Apabila pucuk pimpinan sentiasa tidak selesa dan sentiasa merasa tidak selamat, akan hanya memilih mereka yang memberikan sokongan yang membuta tuli, maka pimpinan pelapis itu akan hanya di perolehi oleh mereka yang tidak berkemampuan untuk memimpin kerana politik wang serta lantkan dari atas sebagai imbuhan kepada sokonganyang diberikan terhadap pimpinan.
Jadi keadaan ini akan dan sudah pun terbukti yang pimpinan utama akan di ambil alih oleh yang lemah dan kemudiannya akan dituruti dengan pimpinan yang lebih lemah dari yang sebelumnya. Pemimpin seperti ini selalunya akan menutupi kelemahan pimpinan mereka dengan penonjolan media yang berlebihan. Retoriknya akan lebih besar dan akan menumpukan untuk menonjolkan ‘form’ dari ‘substance’ dan jika kita kurang berfikir maka kita akan terpengaruh dengan ‘deception’ itu.
Dalam pada itu rakyat tidak juga terbela kerana pimpinan yang lemah akan menumpukan sepenuh masa ‘politicking’ peribadi dari berpolitik untuk kesejahteraan negara. Pemimpin seperti ini akan sentiasa diburu bayang-bayang dan sentiasa mencari jalan untuk menonjolkan diri dan tidak berhenti-henti melakukan perkara yang boleh membina keyakinan rakyat.
Dengan kelemahan pimpinan itu, maka akan ramailah pihak yang akan mengampu dan menonjolkan diri mereka untuk mengambil kesempatan, dan selalunya mereka ini juga adalah dari kalangan yang tidak dan kurang wibawa. Itulah sebabnya ada di kalangan professor-professor yang mengambil kesempatan memuji dan mengampu kerana mereka tahu pimpinan yang lemah amat memerlukan ampuan dan jolokan dari mereka ini.
Kepimpinan Melayu mungkin terbina di dalam PAS dan NGO-NGO tetapi itu sahaja parti yang terbaik untuk Melayu untuk menjadi alternatif kepada UMNO untuk mengasah kepimpinan. Tetapi masih lagi belum cukup memberikan impak kepada pembinaan kepimpinan Melayu itu secara menyeluruh. Melayu telah gagal untuk membina kepimpinan melalui UMNO seperti dahulu kerana UMNO dipenuhi oleh mereka yang tidak ada roh perjuangan itu lagi. Dalam konteks ini PKR tidak mungkin mampu melakukan pembinaan kepimpinan Melayu kerana kebanyakan dari kepimpinan parti itu adalah dari UMNO dan ‘mentality’ mereka sedikit sebanyak bersamaan dengan UMNO.
Sekarang sudah mula bercambah pemikiran Melayu yang berkepimpinan melihat DAP sebagai parti yang patut orang Melayu menyertainya secara beramai-ramai. DAP mengalu-ngalukan orang Melayu untuk menyertai mereka kerana mereka adalah parti berbilang kaum. Mungkin masih ramai orang Melayu yang menganggap parti ini sebagai parti yang masih patut di musuhi. Momokan terhadap DAP selama ini sangat kuat dan berkesan tetapi setakat ini parti itu tetap berjaya untuk kekal sebagai parti yang paling disiplin selain dari PAS.
Kedua dua parti ini mempunyai ‘seriousness’ yang tinggi dan usaha mereka untuk bersama rakyat itu sentiasa berterusan. Ianya berlainan dengan UMNO dalam mana pemimpin cawangan-cawangan tidak mampu untuk mengendalikan program parti kerana mereka sentiasa memerlukan wang ringgit setiap kali hendak bergerak. Tidak ada duit kerja tidak jalan. “Mesti ada fulus kalau tidak parti boleh mampus” kata beberapa orang anak-anak muda kepada saya.
Setakat ini DAP belum lagi berjaya sepenuhnya menangkis tohmahan parti-parti yang berlawanan dengan mereka walaupun rakyat sudah mulai memahami keadaan sebenarnya. Sudah ramai orang Melayu memahami bahawa DAP itu adalah sebuah parti yang ‘multiracial’ dan berwibawa. Malahan untuk membawa orang Melayu ke dalam kepimpinan parti itu merupakan agenda yang tidak berhenti-henti dilakukannya. Momokan yang mengatakan DAP sebagai parti yang kotor itu sudah tidak di yakini oleh orang ramai secara beransur-ansur.
Kata perbilangan ‘lulus jarum lulus kelendan’ dan ini sudah di dapati oleh DAP. Apabila DAP berjaya mengambil alih kepimpinan P Pinang parti itu telah berjaya membuktikan mereka itu bukan seperti apa yang dimomokan oleh pimpinan BN dan media perdana. Kerajaan P Pinang telah berjaya mentadbir negeri P Pinang dengan baik dan di yakini oleh semua rakyat P Pinang. Tetapi pandangan ini akan dibenci oleh ahli-ahli UMNO dan pimpinannya serta penyokong-penyokong yang tegarnya.
Bangsa India merupakan bangsa yang terkecil di Semenanjung Malaysia tetapi kaum India mempunyai kepimpinan yang besar dan mereka mempunyai perwakilan yang besar di Dewan Lagislatif negara. MIC merupakan parti yang mewakili mereka dan telah berpecah belah sejak lebih 20 tahun yang lepas. Tetapi dalam perpecahan MIC kaum India telah bercambah perwakilan mereka di Parlimen melalui BN, DAP, PKR, PPP dan beberapa parti yang lain
Begitu jugalah kaum Cina. Mereka berada di dalam banyak parti-parti yang multiracial. Hanya kaum Melayu sahaja yang masih ingin menggunakan UMNO untuk mengasah kepimpinan mereka selain dari PAS. Oleh kerana UMNO tidak mampu lagi menghasilkan kepimpinan yang berwibawa lagi maka tinggallah PAS sahaja yang kini diminati oleh ramai anak-anak muda dan professional . UMNO kini hanya menumpukan masa untuk membentuk acronym-accronym ciptaan Idris Jala untuk dilaungkan oleh PM kita.
Bagi saya DAP boleh menjadi parti dalam mana orang Melayu boleh bersama-sama membina kepimpinan mereka. Hapuskan pandangan serong masyarakat Melayu kepada parti itu kerana kepada orang politik yang serius mereka akan mengakui pandangan serong itu adalah hasil dari usaha pihak UMNO untuk menggambarkan persepsi buruk terhadap parti itu, kerana kepentingan politik kepartian. Pihak yang tidak mahu melihat parti ini berkembang telah melakukan segala cemuhan dengan menggunakan isu rasis yang sangat merbahaya.
Bagi pandangan setengah pihak, penyertaan ramai orang Melayu di dalam DAP boleh mengurangkan permainan politik yang rasis dan sempit. Pandangan ini tentu sekali akan mendapat berbagai reaksi penyokong kepada politik rasis tetapi satu perkara yang semakin nyata ialah politik sempit rasis sudah mula dibaham zaman.
Rakyat sudah mula tidak berselera dengan politik perkauman. Pemimpin-pemimpin kita menggunakan politik perkauman yang begitu menebal tetapi tidak juga mampu untuk mempertahankan nasib orang Melayu. Politik mereka kini hanya indah khabar dari rupa. Dibelakang kebanyakan mereka yang berkobar-kobar memainkan sentimen perkauman yang menebal itu mesti ada kaum Cina di belakang mereka.
Bagi saya tidak akan hilang Melayunya jika kita bersama dengan parti-parti berbilang kaum ini. Melayu tidak akan menjadi Cina atau India jika bersama-sama membina kepimpinan melalui parti-parti berbilang kaum jika melayu di dalam dirinya hidup. Ibarat seekor ikan yang hidup di dalam lautan ikan itu tidak masin dan terpengaruh dengan ‘environment’ persekitaran yang masin.
Tetapi jika Melayu itu Melayu yang mati di dalam diri mereka, dia juga diibaratkan sebagai ikan mati yang terpengaruh dengan persekitarannya. Jika ikan mati direndam dengan air yang masin dan dijemur selepas itu ikan itu akan menjadi ikan masin yang akan menjadi bahan hidangan mereka-mereka yang lapar.
Itulah sebabnya kita mesti memahami satu kenyataan yang sepatutnya difahami oleh semua kita ini; iaitu yang penting ialah nilai apa yang ada di dalam diri kita itu. Sebabnya jelas kita fahami yang akan menerima bahagia atau celaka di alam yang kekal nanti ialah roh kita. Itulah sebabnya kita dilingkungi oleh elemen pahala dan dosa kerana roh kita tadi.
Itulah sebabnya kita selalu bertawajjuh dengan Rasul dan bertawassul dengan Tuhan Maha Esa memohon rahmat dan syufaat agar roh kedua-dua ibu bapa kita dan datuk nenek kita diletakan di kalangan roh-roh aulia-aulia dan ambia-ambia serta soleh dan solehah. Kita tidak mendoakan tubuh mereka yang telah kembali kepada asalnya.
34 comments:
Memang begitulah yg lazim berlaku jika ada pimpinan yg memulakan leadership cleansing seperti Mahathir lakukan dulu. Tun Razak pemimpin yang jujur tetapi satu kesilapannya ialah mengetengahkan Mahathir. Keasilapan ini memnjahanamkan terus semua sistem demokrasi negara. Penyelesaiannya hanya satu cara sahaja.....tumbangkan BN dlm pru nanti.
albakri
Apa nak dihairankan, sejarah dunia terbukti bahawa Empayar2 besar dunia sekalipun, telah tumbang. Empayar Rom tumbang. Empayar Islam juga telah tumbang. Inikan pula Kerajaan Pimpinan BN, pastilah mudah untuk tumbang.
Punca kejatuhan tidak lari daripada 5 sebab utama yakni 1. Tamak kuasa, 2. Tamak harta, 3. Hidup berfoya-foya, 4. Penipuan berleluasa dan faktor akhirnya 5. penganiayaan/kezaliman bermaharajalela.
Hari ini, media telah mengtiktiraf kesemua faktor-faktor di atas ini sebagai bahan propoganda untuk diwadahkan menjadi kehidupan manusia di bumi nyata. Yang benar menjadi salah dan yang salah seolah-olah benar.
Hari ini, Pihak yang diamanahkan memegang kuasa melandaskan faktor di atas tersebut sebagai wadah untuk menafikan hak manusia dan untuk terus berkuasa dengan jalan yang sia-sia.
Apabila 5 petanda besar ini sudah menjadi lumrah, bermakna kehidupan Rakyat akan susah, Negara bertambah parah, Pemerintah akan digenangi dengan pelbagai masaalah dan musibah.
Kalau tak percaya, tunggulah. Penghakiman bukan lagi dari manusia tetapi akan dilaksanakan oleh yang maha esa melalui bala tenteranya yang diduga oleh sesiapa.
Balasan2 kezaliman tidak akan ditangguh di alam lain, tetapi pelaksanaannya harus di dunia juga dengan kata lain bahawa balasan berlaku di alam nyata.
Ini bukan lagi kehendak manusia tetapi ianya qodar yang maha esa.
Wahai Penguasa! di saat-saat penghujung ini, masih ada 5 jalan, kiranya kasyaf mata hatimu untuk menghidupkan sinar harapan. Fikirlah sendiri dan carilah jalan.
"Hamba Tafakkur"
Pak Aspan
Kepimpinan semasa tampak gagal menjelaskan kepada rakyat dengan data dan fakta. Bukankah lebih baik Tok Jib itu tonjolkan imej penyayang dan penyantun dan bukannya kaki pukul rakyat? Ada sokong yang membawa rebah dan pagar2 di dalam UMNO, banyak yang makan padi.
sokong,
madey punca melayu melarat
Terima kasih Pak Aspan. Saya bersyukur kerana masih ada saki baki orang melayu yang boleh berfikir secara tenang dan waras. semoga usaha dan doa pak aspan dan orang orang melayu yang ikhlas dan waras dan tidak emosional termakbul demi kesejahteraan negara.
Aladilla
Dalam politik tak ada yang mustahil. Hari-hari UMNO BARU mempersetankan DAP, PAS dan PKR.
Tunggu la, kerana apabila sampai masanya, UMNO BARU demi mengekalkan kuasanya akan cuba pula membeli, menipu dll untuk menubuhkan kerajaan pulak. Masa tu apabila terdesak, sesiapa lawannya pun akan dijadikan kawan dan segala cemuhan yang dilontarkan pun sudah dilupakan dan diagung-agungkan pula lawannya.
Kemungkinan penyatuan UMNO BARU dengan DAP dan PAS mungkin agak sukar kerana ibarat dah dijatuhkan Talak 3. Dengan PKR, cuma Talak 1 dan tidak mustahil ada penemuan bersama jika kepentingan peribadi mula diutamakan.
Faktor yang tidak diperlihatkan ialah naiknya kuasa di Malaysia Timur. Mereka kini memegang block kerusi yang mungkin tidak berubah banyak selepas PRU 13 untuk menentukan siapa yang akan jadi PM jika BN menang tipis. Kebangkitan pribumi Sabah dan Sarawak untuk menduduki kerusi PM tidak mustahil selain menjadi Menteri saja. Kira sahaja la sudah berapa jawatan dalam Kabinet dan UMNO BARU dah diberikan atau dikuasai oleh pribumi ni kerana percaturan ni.
PR telah menjanjikan 20% duit royalti minyak kepada negeri-negeri Malaysia Timur berbanding 5% saja yang dinikmati sekarang jika PR dapat menguasai Parlimen. Orang-orang kat Malaysia Timur bukan kisah sangat dengan ABT ataupun ABN kerana tu semua slogan untuk orang Semananjung saja selama ni.
Soalan yang paling penting ialah dengan kuasa yang akan memihak kepada mereka kelak, adakah percaturan macam ni baik untuk rakyat secara keseluruhan dan Negara untuk masa hadapan?
Adakah pemimpim-pemimpin Malaysia Timur lebih baik memimpin negara atau akan jugak macam sekarang Kong Kali Kong.
Kemungkinan Malaysia Timur berpisah dari negara Malaysia seperti yang berlaku dengan Singapura pada tahun 1963 juga tidak boleh ditolak bulat-bulat.
Kesemua ni lah yang mungkin dan akan terjadi jika UMNO BARU masih teruskan dengan cara pemerintahan sabagini dan yang akan merugikan Melayu dan rakyat Malaysia secara keseluruhan kerana pimpinan yang lemah.
Jasa-jasa bakti Allahyarham TAR (Bapa Kemerdekaan) untuk membentuk negara Malaysia dengan rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama hidup secara maju, aman dan berharmoni mungkin hancur berkecai
kerana permainan politik sempit dan pimpinan lemah UMNO BARU.
Negaraku.
Kesalahan Mahathir ialah memparachutekan Anu-War, entah dari gunung mana!
BIG MISTAKE. UNFORGIVEABLE!
Quiet Despair,
Saya bersetuju dengan anda. Anwar tidak sepatutnya duduk di tempat itu (DPM). Apabila terjadi sesuatu Mahathir membuang Anwar, maka di gantikan dengan orang-orang lemah.
Maka timbullah Abdullah Badawi, Najib dan Muhyiddin sebagai pemimpin.
Pemimpin lain yg bagus-bagus dimatikan. Sampai bila tak akan selesai maslah ini selagi tidak di gantikan semua pimpinan pada hari ini untuk mendapat imej dan stail yang baru.
Sir, I think this time UMNO and the whole BN will collapse. I hope not, but that is the truth.
Let's not brood over things. Let it be.
Aspan and all, Apa perlu gundah gulana. Mesti terima apa yang digerakan tuhan. Jika UMNO gugur, ianya hanya sekelumit dari gerak tuhan maha esa.
Apa nak herankan umno itu mati? sedangkan nyawa akan bercerai dan badan, apa lagilah umno dgn melayu.
Yakinlah tuhan akan tentukan semuanya.
Pak Aspan,
Saya berpendapat kita tidak boleh lagi berharapkan Umno sahaja yang boleh menyelamatkan melayu,kerana pe'el pemimpin nya yang tidak pernah berubah,lihat bagaimana menteri menggunakan kuasanya sewenangwenangnya semasa demontrasi BERSIH,bagaimana PM yang mungkir janji untuk membenarkan penggunaan stadium kemudian berdolak dalik,semua ini dibaca dengan jelas oleh rakyat.Pernahkah kita buat kajian sebenar berapa peratus orang melayu yang membaca Utusan Malaysia,tonton berita TV3 dan media arus perdana yang lain.Tahukah kita Astro telah mempunyai pelanggan berbayar seramai 3 juta orang.Apakah maksud semua ini,ini adalah kerana rakyat sudah mula tidak ambil kisah dengan kerajaan.Mereka lebih senang menonton CNN,BBC dan AlJazeera yang ditayangkan di Astro.Apakah kesan dari semua ini,rakyat dah bosan denagan kerajaan BN dan kita boleh agak apa akan jadi jika perkara ini berlanjutan, akan hilanglah sokongan dan dokongan rakyat kepad kerajaan BN/UMNO
Aspan Alias,
Quite interesting piece. I agree with yr point that UMNO is no longer a party that builds up leadership.
Do not hope it will ever be able to do so.
My thirty odd year old son is already DAP member. My daughter is now a PAS member.
I am amused by yr posting.
Pak,
IMHO, the problem with the Malay leadership is in our fanatical reliance on UMNO (and with it's demise, the pseudo UMNO created by TDM). Over reliance and fanatical worship of anything that's is man made is always doomed and in most cases led to eventual disaster and destruction. UMNO was doomed to fail the malay race because its existence is worshipped as the ultimate and the one and only (by the malay people). The malay considers (at that time) anyone or anything that is not with UMNO as the evil enemy and must be shunned and hopefully destroyed. Thus we, the malay people limited our own capabilities and thus placed so much power on a single entity (which of course with so much power at their disposal, they began to corrupt and corrupt everything around them too especially the nation).
But with all thing said and done, the malay never listen and worse, they never learn (in the word of the mantan PM : "Melayu mudah lupa"). Until now most malays in the rural area are reluctant to listen, slow to think and most unfortunately very very hesitant to move. Malaysia as a country has it's fate very much tied with it's people and Malays being the majority race, is the proverbial "dead weight" that pulling this country down.
That is why the BERSIH rally was so important to the Malay people (even though most of them didn't realized it). It could be the long awaited catalyst that could bring the necessary element to change the malay mindset. The opposition saw it's potential and even UMNO knew what it could do. Thus it was necessary for UMNO to stop and kills the BERSIH movement. In other word if BERSIH is allowed to live and legitimized, it will be a magnet for the many partyless malay (the undecided lot) and gave them a vehicle where they can nurture malay leadership that is devoid of UMNO and it's feudal and patronage culture (and be a third force to be reckoned with). The stronger Bersih becomes, the weaker UMNO will be and to UMNO's frightening realization, they could not infiltrate and manipulate BERSIH leadership becauseoif it's apolitical nature and it's NGO type of movement. UMNO has no place in BERSIH nor anyone who is loyal to UMNO able to survive in BERSIH. An organization that could nurture so many malay leaders that are committed to truth, justice, fairness and equality is of course a huge threat to UMNO and it's dominance in the malay political sphere.
After all, BERSIH came to being from the realization about injustice and enslavement being perpetrated on the people and if we look closely we can see the similarity between UMNO of 1940' to the BERSIH of present time. It might be Dejavu or history repeating itself. Either way, it certainly something that could be of monumentally beneficial to our country and especially to the malays (political and leadership wise).
Nick.
Salam.
zailan ibrahim
Doakanlah jangan jadi begitu.
Sebusuk-busuk UMNO boleh juga kita menaruh harapan.
Better the devil you know, than the angels you don't. No?
Like our wife lor, queen nagger or whatever, we stay true to her.
Life warranty lor. That's how I regard UMNO - the only saviour of the Malays.
Quiet Despair,
Pak Lah and Najib wouldn't have been a leader at their level if Mahathir had not ostracized good leaders whom he was envious with.
True, UMNO had been the savior of the Malays but not with Najib and the whole 'jing beng' up there.
Np more..no more...UMNO as the savior...no more.
Don't be naive.
saudara aspan,
maybe its time....if u want to be active and maybe relevant in national politics, join DAP....it's time for non racial politics...at the moment they are the best party compared to PKR...PAS is also a better option...but it would probably be difficult for a new person to climb up....try DAP...i think they also need more malay blood..they are credible and very well principled...i'm from penang...so far our CM is really good...no nonsense person straight to the point...and he cares for the people regardless of race/religion...as an indian muslim i feel better and i think we can be better than singapore or any other country anytime if our govt is well managed...this is the right time for you to join DAP...umno baru is gone case already...sometimes i wonder what are my relatives still doing there...bersih has shown that its time for a change...for once lets listen to the younger generation...i think they are right...we need to change...umno is too stubborn to change...2008 sudah kasi chance...tukar PM masih sama...
salam,
dawood
Saya lebih suka dengan KuLi yang teraniaya tetapi masih steady. Semoga beliau masih mampu untuk memimpin dan melahirkan pemimpin pelapis.
bro aspan,
tidak dapat dinafikan bahawa jawatan pm sekarang dibuat secara amalan tradisi iaitu sesiapa yang menjadi presiden umno, orang itulah yang bakal menjadi pm (selagi umno sebagai big brother dalam bn dan bn masih memerintah!) dalam perlembagaan persekutuan dinyatakan bahawa yang dipertuan agong perlu melantik seorang pm di kalangan ahli dewan rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan.
sekiranya pada pilihan raya umum nanti bn tidak lagi memerintah, ahli-ahli dewan rakyat perlu memikirkan seseorang yang mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli dewan untuk dilantik sebagai pm. sekiranya majoriti memilih untuk melantik bos saudara sebagai pm, maka senanglah hidup saudara. selamat berjuang.
Tuan Aspan, zailan dan all
Jadi you cadangkan siapa pengganti?
I am open to all suggestions.
Tapi nak cakap sikit ya. Masa Tun M lantik Anu-War, saya ingat bapa dan rakan-rakan berkata: "Mahathir is looking for trouble."
Saya diam sahaja kerana masih bersekolah.
But if you study Najib's steps in UMNO, you can see he's the successor whoever is PM be it Razaleigh, Ghafar, Musa, Abdullah or Anwar.
He's patient, like he said he learnt from his dad. Smiling and biding his turn.
Not even agitated when Anu-war was anointed above everyone else.
That is why I said in Sakmongkol's blog he's a smooth operator.
Anu-war perlu belajar dari dia. Jangan kecoh, jangan gelojoh.
P.S. Saya cuma komen dalam blog ni dan blog Sakmongkol.
Saya pohon Tuan Aspan janganlah banyak sangat delete comments saya.
Anggap saya sebagai kawan dan bukan musuh.
Sayapun tak pernah marah kalau orang hentam saya.
Janganlah jadi macam blog Din Merican yang luluskan komen pro-Anwar sahaja. Nak bacapun saya takut.
Orang UMNO must be above that.
Mr aspan,
you are spot on...let us look at DAP as that party has been too far from us Malays.
I am agreeing to some opinion that DAP is more dignified as compared to UMNO. We can't be harping on racial issues that UMNO raise just because that party is ailing politically.
this is a new development and DAP just need to show up with dignity that it's a real multiracial political organ.
OR look at PAS. I hope the sickly political situation will turn for the better with multiracial outlook.
Zailan ibrahim,
pandangan sdr amat saya setuju. just admit that UMNO is already a defunct morally.
UMNO tidak lagi satu party yg dihormati. Melayu tidak terbela lagi.
Orang ramai sudah tidak perkenan lagi dgn party ini.
Orang Melayu mesti berada di setiap party untuk membina kepimpinannya.
Kalau persepsi saya betul itulah yg dimaksudkan oleh Aspan.
Not a bad idea at all. Be everywhere. Be in UMNO, be in PAS and DAP...i mean everywhere and every party.
Aspan, you have to agree with me.
In BN, UMNO is the sick party.
In Pakatan, PKR is the sick party.
UMNO and PKR should merge...both have same mentality....agree with me?
Jangan kita ikut parti yg sakit. jangan ikut pemimpin yg berpenyakit.
Nanti hati kita sakit, hidup kita jadi perit.
UMNO tak akan baik dari penyakit yg mereka hadapi
Quiet Despair,
Jika semasa Mahathir melantik Anwar, awak masih bersekolah, beri orang yang sudah puluhan tahun menjadi ahlu UMNO sedikit hormat. Politik mesti ada seni sikit. Bukan siapa yang menang atau siapa yang kalah.
Saya unjurkan kpd sdr Najib bukan ikut bapanya. Jika dia benar seperti bapanya negara dan UMNO tidak jadi begini.
Bila bapanya meninggal, he was no where in politics. He is entirely different than his father. His other siblings may have some of his father's trait.
Saya telah menjadi ahli UMNO sejak 1979 di Pahang dan saya tahu sikit-sikit sejarah manis dan pahit UMNO.
You don't have the feel of real UMNO. A lot of us here do.
What say you Aspan?
Zahari Taib,
Saya tidak ada apa-apa komen tentang Quiet Despair.
He is above all of us. i am just a novice to him and therefore keep me aside from any polemics that involves this friend of mine.
Thanks Zahari Taib.Anyway Zahari, where have you been? How's Mas and the children and all?
Thanks
Tuan Aspan,
Satu penulisan yang ketara jujurnya. Jika ramai ahli UMNO yg berfahaman seperti tuan, lama kelamaan UMNO akan pulih atau berubah kearah lebih baik.
UMNO kita ini tidak akan berubah jika kita semua tidak mengubahnya. Hendak mengubahnya bukan mudah. Setakat cacian dan cercaan di ruang siber tidak akan berkesan.
Kita hanya mempunyai dua pilihan iaitu A) menentang UMNO B) Menyertai UMNO. Izinkan saya berkongsi pemikiran saya tentang 2 pilihan ini.
A) MENENTANG UMNO.
Menentang UMNO pastinya secara politik iaitu melalui sistem pilihanraya dengan menjadikan salah satu parti politik pembangkang sebagai wadah perjuangan. Saya melihat hanya PAS dan DAP yang berwibawa dari segi struktur organisasi dan kualiti pemimpinnya. PKR? saya setuju dgn Tuan Aspan, PKR ini tidak ubah seprti UMNO malahan lagi bobrok.
Gandingan PAS dan DAP akan menjadi alternatif terbaik kepada BN. Saya tiada sangsi dengan DAP yg telah mebuktikan jauh lebih berwibawa berbanding MCA dan Gerakan. PAS kena bergerak tanpa kelibat Anuar. Persepsi majoriti pengundi senyap UMNO adalah PAS dilihat sebagai parti sokongan berbanding PKR dan DAP. Persepsi ini perlu ditangkis kerana saya amat yakin PAS sepatutnya bertindak sebagai parti dominan seperti UMNO di BN. Majoriti sudah terbiasa dgn UMNO sebagai no. 1 dan tidak mungkin aakan beralih kepada parti no 3. PAS kena faham hal ini. Saranan saya, bertandinglah di semua kerusi UMNO barulah kami yakin akan seriusnya PAS menuju ke Putrajaya.
Kepimpinan baru dgn adanya Mat Sabu, Salehuddin, husam dan Mahfuz merupakan gandingan terbaik yg tidak memerlukan anuwar untuk berhubung dgn DAP. Saya amat berharap gandingan PAS dan DAP akan menjadi kenyataan terutana bila PAS dilihat sedia bertolak ansur dgn negara islamnya.
Apa pun, menentang UMNO bukannya mudah dan perlukan kesabaran. Saya jangka ianya memerlukan lagi dua pilihanraya mungkin semasa menteri amaran menjadi Presiden UMNO.
B) MENYERTAI UMNO.
Bukan mudah. Saya tidak mahu ulas panjang hal ini kerana ianya jauh lagi sukar dari menentang UMNO. Biarlah saya pilih yang ini kerana jika dibiarkan UMNO dipenuhi oleh parasit2 maka akan semakin bersultan dimata dan beraja dihatilah kumpulan ini.
Sebagai penutup, marilah kita semua menyertai parti politik. Merungut di rumah Tuan Aspan ni ok tapi pasti lebih bermakna kita berjuang dalam UMNO, PAS atau DAP. Wak Jerman tak perlulah bernostalgia dgn UMNO lama. Geli dgn UMNO saya, joinlah PAS atau DAP.
DS Najib dari golongan bangsawan, sama dengan Ku Li, and it will stay that way. Mungkin dia tak pernah rasa kehidupan orang kebanyakan.
Semasa DSAI recruited by TDM, saya sedang hadapi SPM. Bila masuk U, masa tu DSAI merupakan idola mahasiswa. Pengikut setianya masih ramai dari kalangan yang sebaya dengan saya sekarang.
QD got a point there. Silap TDM recruit DSAI, and bigger mistake DSAI accepted the offer. ABIM was very strong during DSAI tenure, TDM feels the heat, jadi kena sejukkan keadaan.
The issue : who has the credibility and quality to become `The Next Ichiban'?
Come out and play QD, maybe you are the chosen one!
Tuan Aspan
I hope you are sincere. Don't want to judge that you are being sarcastic.
Takkanlah saya above all of you guys. Like Zahari Talib said I am a novice, a greenhorn.
Kira-kira taraf Pemuda UMNO sahaja.
Memang baru dalam UMNO.
I look up to you and Sakmongkol whom I respect as being experienced. Like a big brother.
Saya tak akan baca blog si-anu kalau saya tak hormati pandangannya, apatah lagi nak komen.
My dad is as old as you are. You can easily defeat me with your fans behind you. Coupled with that your experience in UMNO which I cannot surpass.
As I said. everyone can have their opinions and no quarrels about it.
We agree to disagree.
You guys can always berpolemic with me. Please look at all my previous comments.
I was never rude or kurang ajar to anyone here whom I think are mostly my seniors.
Taulah cara tulis - siapa yang tua, siapa yang muda. Tapi janganlah mengecap seorang yang pro govt itu sebagai bodoh.
Kerap kali komen tentang diri saya disiarkan tapi komen saya tidak.
Let's play fair. Hentam saya ramai-ramai, saya terima.
Siapa yang kenal saya pun tahu saya saja suka provoke. Maybe it's due to my schooling.
Bukanlah obsess sangat tentang sesiapa.
I am, as someone close to me, describe me as very contrary.
QD,
Kamu boleh kata apa saja, itu pendapat kamu.
Pendapat saya, kamu tak berpijak di bumi yang nyata.
Najin Wakil rakyat Pekan, apa yang Najib buat di Pekan?
Kamu tak belajar ke dari trajedi di sebalik PRU 1999 di Pekan dulu.
Jangan lah bohongi diri sendiri..
Anon 22.17
Okay bro. Kita tunggu je ye. Anda mungkin benar, mungkin tidak.
Tapi biasanyalah orang kampung takkanlah nak buang MPnya yang jadi PM.Mereka bangga MP mereka PM.
Of course, masa dah berlalu orang kasi walk-over or menang tak bertanding for their PM like days of yore.
Letak calon badutpun takpe asalkan lawan PM. Si anupun jadi famous you walaupun kalah deposit.
Anyways, you must know the mentality of Pahangnites especially.
Sebagai anak Pahang, kami kuat sangat kepada adat beraja dan Najib adalah Datuk bergelar terapat sekali dengan Tuanku. Zaman datuknya lagi Orang Kaya Indera Shahbandar dahpun dihormati.
Apatah lagi Allahyarham Tun dan puteranya Najib.
Pahang memang terkenal menghormati Dato' bergelar like Orang Kaya ber-4, ber-8, ber 16 etc.
Ya, memang Najib hampir kalah dulu. Itu masa dia not so big lor.
Itu bukti terbaik EC menjalankan pilihanraya dengan adil dan telus, kan.
For your info, orang UMNO Pekanpun nampak relaks, rasa tak perlu kerja kuat ngat (Pahangspeak for sangat) kerana boleh tumpang nama Najib.
Bro Sakongkol amat mengetahui hal ni.
Jangan marah bro. Syok berborak dengan you all sambil tengok live telecast Murdoch being queried on the phone-hacking scandal.
Good Night. Jumpa lagi kalau dibenarkan oleh bro Aspan di sini lagi.
QD,
jgn pejam sebelah mata, cam ne dia boleh menang? Tanya la Dato SAK
'kami kuat sangat kepada adat beraja' koi rasa tu hanyalah khayalan aok jer QD, kalau buat memo la ni rasanya dah ....
Selamat pagi Bro Aspan dan semua
Anon 20 July 01.50
Yaeh, maetnya aok tak caya cakak kaeh? (kalau awak orang belah Lepih (Lipis) or koin (kalau dari Temerloh).
Koin pandai cakak Pahanglah sebab abah koin oghang Pahanglah.Macam Najib juga.
Translation: Why don't you believe what I said.
Kahkahkah. Just to brighten up the day.
salam tn aspan,
kepada pembenci dsai,
boleh tak kalian eja nama beliau dgn betul? walaupun saya bukan pentaksub dgn beliau, tapi sakit juga mata tengok nama anuar dieja a*u-war, tak kirala apapun maksudnya.
hormatlah sikit beliau sebagai seorang insan, apatah lagi sebagai yg pernah berjasa memegang jawatan tpm/menteri kewangan. walau takde langsung jasa beliau di mata sesetengah orang, seingat saya, beliaulah yg mula2 memperkenalkan bonus sebulan kepada kakitangan kerajaan, berbanding menteri2 sekarang yg kononnya jauh lebih pandai dlm mengurus kewangan negara...
Qd,
Saya pada mulanya hairan juga kenapa Sdr. Aspan dikatakan tidak siarkan komen saudara ataupun delete sebahagian sedangkan banyak lagi komen yang kurang elok bahasanya beliau lepaskan.
Saya tidak bercakap bagi pihak Sdr. aspan, tapi bila tuan Aspan lepaskan semua komen tuan dalam 2 posting beliau maka saya fahamlah kenapa komen Sdr. QD ditapis.
Tuan Aspan in tuan rumah. Kita ini semua tetamu beliau. Beliau menjamu kita dengan hidangan pemikiran beliau atas tajuk yang beliau sendiri tentukan. Tajuk adalah hak beliau sebagai tuan rumah. Kita menikmati hidangan secara percuma dan dalam masa yang sama tuan rumah juga menikmati kepelbagaian pemikiran dari tetamunya. Win-win situation.
Masaalah saudara saya lihat sebagai terlalu banyak sangat bercakap dan kerap lari dari tajuk yg ditentukan oleh tuan rumah. Saya nasihatkan saudara agar berhemah dengan jgn terlalu kerap hantar komen dalam satu posting. satu atau dua komen yang panjang sudah cukup.
Saudara mungkin bertindak demikian kerana untuk menjawab persoalan atau kecaman dari orang lain di rumah tuan Aspan ini tetapi saudara kena ingat yg Tuan Aspan juga jarang menjawab persoalan yg kita tujukan pada dia kerana dia lebih suka menikmati pemikiran kita dari bersoal jawab. Jadinya jika tuan rumah lebih selesa sedemikian, saudara sebagai tetamu harus ikutlah cara beliau. Soal jawab jarang dapat selesai masaalah.
Post a Comment