Tan Sri Muhyiddin mengingatkan komponen dalam BN supaya menghentikan perpecahan di antara satu dengan lain serta mengingatkan juga UMNO dan ahli-ahlinya supaya bersatu untuk menghadapi pilihanraya yang tidak berapa bulan sahaja lagi. Selama ini BN memang satu gagasan yang mana parti-parti di dalamnya mempunyai disiplin dengan tidak membuat kenyataan-kenyataan yang boleh merosakan perhubungan di antara satu parti dengan parti yang lain.
Tetapi sejak kekalahan banyak kerusi di dalam pilihanraya yang lalu dan kehilangan 5 buah kerajaan negeri parti-parti komponen mula menyanggah di antara satu dengan lain dengan pemimpin-pemimpin masing-masing menuduh parti-parti dalam komponen bertanggungjawab di atas kekalahan itu.
GERAKKAN misalnya, terang-terang telah menyalahkan UMNO kerana kelemahan pimpinannya dan oleh kerana terlalu sabar mengikut telunjuk sambil melihat perangai dan ragam UMNO maka UMNO telah membawa parti-parti lain terkorban bersama di dalam pilihanraya itu.
MCA juga pernah mendakwa yang UMNO merupakan parti yang bertanggungjawab atas kekalahan itu dan menyalahkan UMNO yang berjuang dengan sikap rasisnya telah menyiahkan sokongan kaum Cina dan bangsa lain dalam pemilihan itu. MCA dengan lantang telah meminta kerajaan suapaya memberi peluang sama-rata dan membuang keistimewaan orang-orang Melayu di dalam perdagangan dan perindustrian. Dasar-dasar kerajaan memberi keistimewaan orang-orang Melayu itu telah memerangkap negara kita ke dalam ‘middle-income trap’ dan cita-cita untuk menjadikan negara sebagai negara maju yang rakyatnya berpendapatan tinggi akan terbantut.
Kenyataan-kenyataan pimpinan MCA ini telah mendapat reaksi panas dari UMNO dan beberapa orang pemimpinnya telah meminta MCA supaya keluar dari gagasan BN. Perkasa juga telah mengambil kesempatan untuk masuk dalam gelanggang polimik dengan parti-parti yang didominasi oleh bangsa Cina dan sikap rasis yang tinggi yang ditunjukan oleh Perkasa telah membuatkan orang-orang Cina conclusive untuk menolak BN tunjangan UMNO ini.
Kata-kata telah terlanjur. Kata perbilangan ‘terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata membawa padah’ kepada diri kita sendiri. Bukti-bukti jelas memang telah kita alami sebelum ini tetapi kita pernah mahu belajar dari kesilapan-kesilapan yang terdahulu. Orang-orang Cina sekarang tidak ada halangan untuk menyokong PAS dan ini bukannya elemen baru dalam politik negara.
Pada tahun 1969 Dr Mahathir telah tumpas di tangan PAS di Kota Setar kerana mulut celuparnya. Mahathir telah berkata yang beliau tidak memerlukan undi Cina kerana Mahathir menyangka yang orang Cina tidak akan mengundi PAS. Tetapi jangkaan beliau meleset kerana orang-orang Cina telah memberikan undi yang padu kepada Mursyidul Am PAS semasa itu Hj Yusuf Rawa. Dr Mahathir telah tumpas dengan majoriti undi sebanyak seribu lebih kerana lidahya sendiri.
Bagi pandangan politik rasis yang sangat menebal pada hari ini tidak mudah untuk di ubati. Rakyat ramai sudah begitu mual dengan isu rasis ini siang dan malam. UMNO menggunakan isu rasis ini untuk menyatukan orang Melayu di bawahnya sedangkan orang Melayu sendiri sudah penat dengan isu rasis ini. Orang Melayu sendiri berfikir yang mereka tidak boleh tahan dengan isu ini kerana mereka sendiri mempersoalkan apa yang mereka dapat dengan peningkatan isu ini.
Malahan jika berjaya pun ianya akan membelahkan lagi rakyat yang inginkan kerukunan dan melihat bagaimana pemimpin UMNO kita sendiri mengambil kesempatan di atas sokongan orang Melayu untuk memperkayakan diri sendiri sedangkan mereka sedang berperang dengan berbagai-bagai isu seperti kenaikan harga barangan yang melibatkan kehidupan seharian mereka.
Isu imej pimpinan UMNO bukan isu kecil kerana dalam politik elemen persepsi itu adalah proponent yang terpenting di dalamnya. Apabila imej sudah begitu tercalar selalunya ia tidak akan kembali pulih seperti sediakala lagi. Itu tidak ada siapa yang boleh memberikan jawapan kenapa keadaan itu berlaku, tetapi itulah dia kenyataannya.
Contohnya isu rasuah yang bermain di bibir semua rakyat pada hari ini. Semua orang yang berfikir akan mengakui yang rasuah ini terutamanya rasuah yang besar-besar itu merupakan penyakit ketagihan. Ketagihan rasuah ini merupakan imej yang melekat dan menjadi stigma kepada UMNO dan pimpinan BN. Tetapi masih lagi ramai yang percaya yang imej rasuah ini boleh dibersihkan dengan retorik dan pengumuman acronym-acronym yang hebat-hebat dari Idris Jala.
Membilang acronym yang banyak tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada persepsi rakyat terhadap kemampuan kerajaan untuk membersihkan imejnya dan seterusnya mendapat sokongan ramai. Rakyat tetap mahukan ‘result’ secara organic. Jika kita lihat pengalaman rakyat yang sedang menghadapi kesempitan kehidupan pada hari ini dengan kos kehidupan yang tinggi dan standard kehidupan yang menurun, laungan pemimpin untuk menjadikan negara ini negara yang berpendapatan tinggi sangat payah untuk diyakini rakyat.
Sikap ‘defensive’ pemimpin kita pada hari ini menambahkan ‘apprehension’ rakyat ramai untuk meyakinkan diri mereka yang pimpinan kita menpunyai masa yang cukup untuk membetulkan keadaan. Apa yang kita lihat pada hari ini tindakan pimpinan kita hanyalah setakat menyambung yang putus dan menampal lubang-lubang yang bertaburan di merata-rata tempat. Kadangkala lubang-lubang itu terlalu besar sehinggakan tidak boleh ditampal lagi.
Rakyat mahukan perubahan yang hakiki. Tuntutan rakyat ini tidak akan dapat dipenuhi dengan ‘walk-about’ dan yang sepertinya. Kalau ‘walk-about’ secara ini dilakukan pada tahun-tahun enam puluhan dan awal tujuh puluhan mungkin boleh laku, tetapi tidak lagi sekarang kerana setakat bersalaman dengan pemimpin tidak akan dapat mengubah keadaan.
Rakyat tidak payah pun mengenali pemimpin tetapi yang rakyat mahu dan tuntut pada hari ini ialah dasar-dasar baik yang memberi faedah secara ‘direct’ kepada rakyat yang datang ‘walk-about’ dengan mereka. ‘Walk-about’ pemimpin hanya merasa makan karipap dan minum air bandung sahaja……tidak boleh menaikan pendapatan dan merapatkan jurang perbezaan kaum. yang berpecah-pecah kini.
Najib perlu membetulkan masalah dalaman UMNO dahulu dan di turuti dengan masalah di kalangan parti-parti komponen BN. Muhyiddin tidak payah berulang alik ke Sarawak kerana Sarawak BNnya kuat. Lagi pun UMNO tidak wujud di Sarawak. Tidak perlu bersuluh di tempat yang terang. Yang perlu di suluhkan ialah tempat-tempat yang mana BN dalam kegagalan.
Yang perlu di perbetulkan oleh Muhyiddin ialah masalah rasuah yang dikaitkan dengan pimpinan BN khususnya UMNO. Yang lebih penting lagi ialah masalah rasis yang mendalam. Itulah sebabnya Muhyiddin telah melakukan kesilapan dengan meminta Perkasa mempergiatkan hentaman terhadap parti-parti politik pembangkang dan NGO NGO yang mereka anggap di dalangi pembangkang. Jika Perkasa dianggap rasis maka itu jugalah anggapan ramai terhadap UMNO.
Yang lebih serius lagi UMNO perlu cari nama atau orangnya yang akan dijadikan Menteri Besar di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang serta Kelantan jika BN menang. Saya bersama ramai orang yang sependapat dengan saya tidak nampak ada nama yang ‘viable’ untuk ditonjolkan di negeri-negari ini. Kalau ini tidak di selesaikan janganlah menaruh harapan untuk mengambil kembali kerajaan-kerajaan negari ini. Tidak mungkin pemimpin UMNO sekarang yang telah menyebabkan jatuhnya negeri ini untuk di gunakan bagi mengambil alih kembali pimpinan negeri-negeri itu.
Penyakit rasuah ini merupakan penyakit yang begitu contagious dan ianya telah meresap kedalam sistem dan jiwa hampir kesemua pimpinan UMNO. Betul atau tidak saya pun tidak begitu tahu….tetapi itulah yang dipersepsikan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO setiap peringkat.
Untuk menghilangkan persepsi ini tidak cukup untuk memaksa mendiang Teoh Beng Hock untuk menjadi saksi pendakwa untuk membuktikan pimpinan Pakatan Rakyat juga rasuah.
Rasuah itu adalah stigma yang melekat kepada batang tubuh UMNO. Rakyat telah menganggap rasuah dan UMNO itu ibarat aur dengan tebing, saling sandar menyandar di antara satu dengan yang lain.
Mungkin masa terlalu suntuk untuk parti ini berubah.
20 comments:
kalau diberi masa banyak pun UMNO tidak akan berubahlah Aspan!
imbrahimkoyan
Hentikan usaha menegur UMNO ini Tn Aspan. UMNO tidak suka. UMNO hendak tuan puji tinggi-tinggi, baru dia orang suka. UMNO sangat menyampah dengan tuan.
Saya sukalah Tuan mengkritik itu, tapi bagi UMNO dia akan chop Tuan sebagai pembangkang.
amir mahmud
Rasuah under Najib lg hebat.
Direct nego Pdp 70 bil
Tanah RRI/SgBesi/Jln Duta 20 bil
Enabler2 untuk EPP 10 bil
kira2 nih program sapu habis PSH
Yang sedih untuk kaum2 kecil semua kena tender.
Nih makan seorang punya haprak.
Rakyat di perbodoh dgn acronym.
Next program nak sapu GLCs non core (konon)
Ni kes samun yg di rancang tapi bertopeng pemandu.pemusnah,pemudah,telanjang.
Najib is the worse PM ever. .replica of the african monsters.
setuju dgn anon 20:30, semua projek mesti billion2. tapi projek sampai sekarang pon x nampak klu nampak pon yg kecik2 ada la.Najib is the worse PM ever.
pelik penyokong tegal UMNO tak nampak ke? atau memang main sokong saja.
special request Tuan Aspan, saya hormat tuan tapi link kat blog ni memang hampeh. kecuali MS ,dato sak, KJ kira okaylah. tapi yang lain tu mintak dideletekan kan je mcm tak kena dgn blog tuan.
Kalau nak berubah nyahkan dulu najib, muhyidin dan hisyamudin!!!
Jatuhkan UMNO dulu, yg lain cerita kemudian
Pak,
Najib and his UMNO underling are very similar to Abdullah bin Ubai and his followers. Therefore, in so much as asking them to change or reform is futility in action. Not only it is futile but most of the time can be quite dangerous too as many law abiding citizens (the late TBH and Allahyarham Ahmad Sarbaini to name a few) paid the toll with their lives.
The addiction has reached a chronic stage whereby it is now done in plain view with all Malaysian witnessing it firsthand. And to top it off, it has come to the realization of these addict that IF they we to lose the power to rule and govern, they might have to face the risk of going to jail and maybe even worse, the death penalty (for those who were involved in murder, treasonous act of registering illegal alien as citizen and such like selling off national interest and property and rights). So now they are coming down hard on anyone who they deemed as jeopardizing their safety and interest. And they will use anything and every thing including the government machinery and the security forces to remain in power and be safe in looting the state coffers.
So it will be more fruitful for all Malaysian to band together in combating these corruption addict than telling them or advising them to change and repent. With billions at stake and the the future of this nation in peril we Malaysian, can no longer drop our head and sighed "tak apalah!". It is time to take action and time to fight. And hopefully Ku Li can merge his resources with those of the legitimate NGO and opposition and start doing something conclusive where all Malaysian can see that something is being done and some sort of result can be seen even if it it quite miniscule.
The main point here is that everyone needs to band together and work cohesively. A fractured and disorganized movement where every else is doing their own thing is very frustrating to the rakyat and it will diminish the morale and the support of the rakyat. The rakyat is looking at someone or something to take up the struggle on their behalf. It's time to ante up and take the risk on behalf of the rakyat. One thing for sure, the time is right and ripe for someone to lead that movement and for sure most Malaysian will be behind that person. NO MORE TALK, ONLY ACTION IS NEEDED!
Nick.
Salam and GOD bless.
Salam sdr Aspan,
OMG.... Kalau tak sempat berubah , Tobat saja bak kata orang kampong tobat nasuha. DS Njib bolehlah panggil semua ahli umno yang telah sedar untuk mengimamkan sembahyang sunat tobat. Begitu juga ketua mca, mic ,gerakan, ppp dll bolehlah menyempurnakan tobat mereka mengikut cara maseng2 atau mengikut DS najib dlm sembahyang sunat tobatnya....
Pak Aspan
Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana Pak Aspan berterus-terusan memberikan teguran kepada UMNO dan pemimpinnya. Sikap inilah yang hendak disuburkan. Pembetulan mesti dilakukan dari dalam DAN luar menerusi tekanan politik dan desakan rakyat. Kesannya sedikit lagi UMNO akan berubah, samada ia mati kerana kanser atau kerana dibunuh kerana derhakanya kepada misinya membela bangsa Melayu yang kerdil ini. Selamanya orang Melayu itu lambat marahnya, tetapi bila marah..habis di amuknya.
Salam tn aspan,
kami rakyat ni, menyampah pada pemimpin umno yg racist tu bukan pasal apa, depan cakap lain, belakang cakap lain. depan melayu cakap mcm ni mcm ni, depan bukan melayu siap ada yg boleh cakap i help u, u help me. bukanke hipokrit namanya tu?
tak dinafikan saya pun sedikit sebanyak ada sifat racist ni, terutama bila balik kg, taim pergi ke pekan tu, dah mcm melancong ke hongkong. masalahnya kalau mereka2 ni tahu hormat undang2, boleh maaf juga, tapi undang2 diperlekehkan. parking kereta mcm kat rumah sendiri, tak fikirkan pengguna lain. kertas2 saman kdg2 kita boleh lihat terbiar di wiper2 mereka bukan sehelai, tapi berhelai2 ditiup angin seolah2 mengejek2 sang penguatkuasa.
ada juga yg bila bela anjing tak fikir jiran, dibiar merayau ke mana2, buang najis merata2. rasa mcm nak baling saja anjing2 ni, tapi mikirkan anjing2 ni takde akal, patut tuan punyalah yg kena jaga.
maaflah tn aspan, ke lain pulak tajuknya. cuma nak ingatkan pemimpin2 jgnlah depan melayu cakap lain, tapi bila buat projek bilion2 tulah dgn tokeh2 bukan melayu tu yg mereka minta persen.
bagi saya, tak melayu pun tak apa, asal ISLAM....
UMNO ini tak dapat diubat lagi.Yang depa dok pikiank hari hari macam mana lagi nak belasah harta negara dan terus menerus menipu rakyat. Yang terbaru nak beli kapal terbang typhoon dengan harga RM 3 billion sebiji wal hal harga satu tak sampai pun RM 400 juta. Alasan nya pesawat ini akan dilengkapkan dengan pelbagai peralatan canggih malah terlalu canggih sehingga ada pesawat yang terdahulu terdampar dipadang pasir entah berapa kurun lamanya. Tentang submarine yang terlampau canggih hingga tak dapat menyelam usah cakaplah. UMNO sekarang ini tak lagi bercakap juta juta tapi berbillion billion untuk mereka rembat. Rakyat ni pun satu, dapat se amas se rial terus menyokong tanpa sedari sedikit kerak kerak itu rasuah nama nya. Percaya lah pemerintahan yang di dirikan dengan makan suap amat dimurkai ALLAH. Bala petaka ini is not a question of if but when.
Mengikut pandangan kasar laa...PRU 13 ni mungkin MCA, MIC, PPP dan Gerakan akan habis... tapi UMNO akan bertahan di kawasan kampung dan felda serta Sabah Sarawak.
sekurang-kurangnya umno menjadi pembangkang satu penggal barulah perubahan akan berlaku. mana-mana pemimpin yg sengal dan tidak perform akan di kick out oleh ahli mereka sendiri. secara semulajadi pembaharuan dan pemulihan akan berlaku. pemimpin-pemimpin yg rasuah dan selama ini berlindung dibelakang parti memerintah akan didakwa dimahkamah satu-persatu. inilah masanya negara ini memulakan anjakan menuju negara maju. integriti polis, mahkamah, spr dan lain-lain akan dipulih dan dijaga dgn baik. rakyat akan mula memberi kepercayaan kepada badan-badan kerajaan ini. jika saudara-saudara sayangkan parti bernama umno ini tolonglah biarkan mereka kecundang pru13 nanti. ini adalah utk kebaikan parti umno juga. saya tak kisah, saya bukan ahli umno.
Saya suka Ku Li. Nampaknya beliau kesuntukan masa nak melancarkan partinya.
Pilihanraya tak lama lagi. Beliau perlu daftarkan partinya sekarang.
Ada ke susunan calon untuk melawan the might of UMNO?
Anda dan bro Sak perlu lebih gigih membantu menyiarkan agenda Amanah memandangkan MSN tak melaporkan apa-apa mengenai Amanah.
Jadi ramai orang tak tahu. Tak ramai yang baca blog especially our kampung folks.
AA
1. Cara mudah membetulkan UMNO ialah dengan merehatkan UMNO sepenggal. Mad di atas pun cakap begitu.Bunyinya pahit, tetapi itu telah dilalui oleh parti Congress India yang UMNO, mahu tidak mahu, kena pelajari.
2. Cara sukar membetulkan UMNO ialah dengan ahli UMNO sendiri mengkritik para pemimpin UMNO yang dalam blog dsb seperti yang sdr sedang dilakukan ini. Begitulah AMANAH.
saji,
Apa yang sdr katakan itu benar kerana segala-galanya telah dilakukan agar UMNO itu berubah.
Tetapi semuanya tidak menjadi. saji, sertailah Amanah, saya serius, kerana iatulah pemulaan kita untuk kita sendiri malkukan perubahan.
Let us do it ourselves bro. We have to change and time is running out. Let us be the doer rather than being a commentator. I trust you that you can do it, at least with me.
nick,
True, the situation is already chronic. nothing can be done anymore. Everything is rotting up to the core and no one within the line of leadership is going to succeed if they ever want to change.
The addiction of corruption is real and more serious than drug addiction.
There is no more hidayah and hijab to ecpect any change from the current ruling leaders.
AA
What shall I do?
Saji, jangan undi umno
Apabila rasuah ditakrif sebagai komisen. Apabila setiap projek atau pembelian bermatlamatkan komisen. Apabila berebut menyertai umno dan berebut nak jadi pemimpin umno bermatlamatkan projek dan berebut untuk memperkayakan diri dan kroni. Apabila laungan agama, bangsa dan negara sekadar menutup perbuatan merompak khazanah rakyat dan negara.
Climaxnya? Itulah umno yg kita saksikan hari ini.
Terpulang samada orang2 kampung dan peneroka2 felda samada masih dalam mimpi indah dari laungan pemimpin umno demi utk agama, bangsa dan negara. Maka selagi itulah pemimpin umno akan terus merompak keringat rakyat.
Drp; ahli umno yg tidak lagi mengundi umno.
Post a Comment