22 September 2011

Bajet Santa Claus?

Najib dikatakan akan membentangkan bajet 2012 pada 7hb Oktober yang akan menjadi satu bajet pilihanraya. Ramai berpendapat bajet kali ini adalah bajet ‘santa claus’ dan akan memberikan hadiah yang berbentuk tunai kepada pegawai-pegawai perkhidmatan awam. Banyak lagi hadiah untuk petani-petani seperti pemberian baja percuma dan lain-lain bentuk ‘pembelian’ undi yang akan dibuang rakyat dalam pilihanraya yang tidak berapa lama lagi.

Buat pemulaannya Najib telah memberikan ‘hadiah’ kepada seratus orang ketua kampong untuk menunaikan ibadah haji dengan tanggungan 1MDB dan beliau sendiri memberikan sumbangan sebanyak RM1000 kepada bakal-bakal jemaah haji tersebut. Bergembiralah seratus orang ketua kampong ini kerana dapat menunaikan fardhu haji secara percuma.

Kalaulah saya seorang ketua kampong sekarang ini peluang untuk mendapatkan hadiah istimewa itu mungkin saya dapati dan tentu sekarang saya sedang sibuk membuat persiapan untuk melangkah ke tanah suci itu. Agaknya jika Dato Ariff Sabri seorang ketua kampong di Pekan mungkin Ariff juga dapat peluang untuk menunaikan ibadah haji percuma itu.

Saya berharap Najib tidak menyisihkan 17,000 orang ketua kampong serta pengerusi JKKK seluruh negara untuk mendapatkan ‘naik haji percuma’ ini. Selepas ini tentu dikampong-kampong akan berlaku perebutan untuk menjadi ketua kampong untuk menunggu peluang ke tanah suci secara percuma dari 1MDB itu. Berpecah lagi masyarakat di kampong untuk meerebut jawatan ketua kampong serta pengerusi JKKK pula.

Bagaimana pula ahli-ahli jawatankuasa JKKK? Bukankah mereka juga merupakan orang-orang penting dalam menjaga kemajuan dan keselamatan kampong masing-masing? Mampukan kerajaan menaja semua orang ke tanah suci?

Selain dari itu banyak pihak telah mengandaikan yang semua rakyat akan mendapat imbuhan secara tunai mengikut saiz isi keluarga. Ada yang mengatakan yang Najib akan memberikan RM 3000 sekeluarga dan ada yang berkata RM 1500 bagi satu keluarga.

Petani-petani pula akan mendapat baja percuma dan sebagainya. Tidak tahu pula berapa kampit seorang yang akan di terima mereka dan tentulah ianya tidak akan dapat ‘hadiah’ ini berterusan.

Semua ‘hadiah-hadiah’ ini hanya diberikan semasa musim pilihanraya sahaja. Manakan mampu kerajaan untuk terus menerus memberikan subsidi sebegini sampai bila-bila. Jumlah segala gula-gula ini sebenarnya kecil jumlah billionnya kerana jumlahnya lebih kecil dari jumlah wang rakyat yang disonglap oleh pemimpin-pemimpin kita melalui projek-proek kerajaan yang dilaksanan secara runding terus dan pemberian kembali ‘hadiah’ secara ini hanya melibatkan jumlah yang terlalu kecil kerana pemberian seperti ini hanya berlaku sekali dalam tempuh 5 tahun penggal pilihanraya itu.

Jika benar pemberian secara ini dilakukan tentulah tidak lari dari andaian yang pimpinan kita melakukan penyelesaian dengan membeli undi dengan wang ringgit sahaja. Bagi pemikiran seperti ini mereka menganggapkan yang rakyat akan memberikan sokongan kepada kerajaan apabila menerima subsidi sementara ini.

Sesungguhnya rakyat lebih memerlukan sebuah kerajaan yang bersih dan boleh diyakini untuk menjaga nasib negara dan bangsa-bangsa di dalamnya hidup di dalam sebuah negara yang bersih dan aman.

Jumlah seribu dua yang mereka dapat itu boleh mereka dapatkan melalui usaha sendiri yang mampu dilakukan jika kerajaan itu bersih dari isu rasuah dan salah guna kuasa. Pemberian cara ini bolehlah memberikan kelegaan sedikit kepada rakyat sebulan dua, tetapi sampai bila sebuah kerajaan itu boleh kekal jika rakyat hanya disogokan dengan tunai seribu dua dalam pilihanraya sahaja?.

Sekampit dua baja yang diberikan kepada petani-petani tidak mungkin boleh menjamin petani-petani kita untuk hidup sempurna selama-lamanya. Cara memberikan imbuhan tunai ini tidak akan membantu negara kerana wang rakyat tadi tidak terurus secara optima dan baik dan akan berlaku ketirisan dimana-mana.

Elakan kita dari memberi ikan kepada rakyat tetapi lebih baik diberikan pancing dan umpan untuk mereka memancing sendiri. Sampai bila kerajaan hendak memberikan ikan itu. Najib perlu ingat yang wang yang diberikan secara salah ini merupakan wang yang di cukai dari semua rakyat. Rakyat memerhatikan perilaku kita sentiasa. Rakyat akan marah jika Najib berbangga memberikan subsidi sementara ini dengan membelanjakan berbillion wang mereka yang mengisi kantung perbendaharaan kita.

Janganlah dipergunakan wang rakyat untuk kepentingan politik kepartian dan peribadi semasa pilihanraya kerana itu menyakitkan hati orang yang membayar cukai itu. Mungkin PM tidak tahu berapa ribu rakyat yang di hadapkan ke Mahkamah kerana tidak mampu membayar cukai pendapatan dan tentulah mereka terpaksa bersusuh payah untuk mencari jalan untuk melunaskan pembayaran cukai kepada jabatan cukai negara.

Setelah bersusah payah membayar cukai tentulah mereka akan merasa benci kepada pemimpin-pemimpin kita yang senang-senang menggunakan wang mereka untuk kepentingan politik kepartian

Rakyat tahu parti mana pun yang mentadbir negara jabatan yang mengutip cukai itu adalah jabatan yang sama. Pegawai pegawai jabatan kerajaan tahu yang mereka menyumbang dan berkhidmat kepada ‘government of the day’, tidak kiralah jika UMNO atau PAS yang memerintah.

Jika Najib memaparkan bajet ‘santa claus’ maka rakyat hanyalah mendapat seperti ‘ang pow’ yang hanya diperolehi semasa hari natal setiap tahun. Tetapi ‘santa claus‘ ini hanya membahagi-bahagikan duit raya hanya lima tahun sekali. Jika setiap rakyat mendapat ‘ang pow’ RM 1000 dalam pilihanraya ini maka jika dinilai rakyat hanya mendapat RM1000 dibahagikan dengan 5 tahun, maka rakyat dapat RM200 sahaja setahun untuk menyerahkan negara kepada mereka yang akan membinasakan negara. Pada penilaian pemimpin kita hanya bernilai RM250 sahaja setahun dan jika dibahagikan dengan 12 bulan kita dinilai hanya sebanyak RM21 sahaja sebulan atau 0.80 sen sehari.

Oleh itu rakyat kali ini akan memilih pihak mana yang boleh diharapkan untuk menjaga wang ringgit rakyat yang dimasukan kedalam kantung perbendaharaan kerajaan itu. Mungkin rakyat mahu mencuba pihak lain pula untuk menjaga harta benda negara kita. Jangan dibahaskan kredibiliti pihak lain kerana belum dicuba lagi, tetapi yang pasti kerajaan pada hari ini telah terbukti menjahanamkan harta benda rakyat tanpa henti-henti, serta segan dan silu.

10 comments:

saint said...

AA, saya pun nak lobi jadi ketua kamponglah. Dapat naik Aji!!

Quiet Despair said...

Bukan Santa Claus. Just caring.Tak salah.
Kasi orang naik haji dapat pahala berganda. Tulah bro Sak asyik hentam je. If not dapat naik haji free.
Soon government officials get bonus or pay rise during the budget.
Mereka adalah pengundi yang wajib dapat penghargaan.
Yang tak ada power tapi nak power lagi teruk.
Bayar bloggers, bayar commentators, bayar NY Times and AWSJ to promote him.
Bayar budak-budak jantan jambu dan amoi call girl to play with him.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Ini bukan perangai najib dan parti pimpinannya sahaja. Bab tabur janji ni dah perangai ahli politik kita. DAP tuan pun dah mula mahir tabur janji cuma pastinya kuranglah ditabur sebab hanya ada Penang. Muak dan meluat dengan ahli politik kita ini. Lebih menarik tunggu komen tuan bila kerajaan PR keluarkan bajet mereka sendiri dan di dalamnya ada gula gula macam yg najib tabur.

Anonymous said...

AA saya bersetuju dgn apa yg anda katakan.usah kita pertikaikan kredibiliti pihak lain kalau kita x cuba.Tuan ismail,saya rasa kalau PR memerintah negara kita,x ada ayat gula gula sebab saya yakin PR dapat memerintah dengan lebih baik dan caranya sudah pasti bukan macam bn yang terang2 mengula gulakan rakyat.duit rakyat dibelanjakan seolah olah duit mak bapak mereka punya.jgn kita takott cuma 5 tahun ja.kita tengok macam mna nanti?

Anonymous said...

Buto la QD, baik ko pegi berayok lg baik

Anonymous said...

ibni ismail dan yang bersamaan
1-kalau kata tiru dari buku jingga(modified)tentu tuan marah kerana taksub berlebihan pada najib.dulu najib & geng juga kata,kalau kita belanja macam ni,Malaysia bolih bangrup
2-Haji-kalau buat macam yang Johor buat barulah dikatakan tanggong jawap dan menghargai,tapi kalau tahun ini bagi,kemudian tunggu pulahraya baru nak bagi lagi,inilah yang dinamakan barjet pilahnraya.
3-Dah berbuih cuepec minta bonus,dijawap tak ada duit.Sekarang mai mana pula duit tu.
jabsp

"Tak Mahu Tongong" said...

Salam TN Aspan/Semua,

Apa ada pada nilai yang Najib nak berikan berbanding RM800,000,000,000 duit tiris yang dah hilang?
Duit 800 billion ni, kalau betul2 ditadbir urus, Rakyat Malaysia lagi kaya melebihi Rakyat Singapura dan lain2 negara Asia. Pasti denga duit ini, harga barang murah, gaji tinggi, BN boleh selamat dan tak perlulah IC Biru warga asing. Sayang semuanya sudah terlambat.

Kesian negara ni, sebahagian rakyatnya tongong, dapat pemimpin2 tongong.

"Tak Mahu Tongong"

nick said...

Pak,

It is really despairing me that our Malay people are so easily swayed by RM50 pocket money, "kain pelikat", Baja cap dacing and the latest "once is 5 years, an all expenses paid haj pilgrimage for selected tok penghulu".

As sad as I am with the shallowness of faith and the hollowness of moral fiber of our race, I'm much more disgusted with those malays who are paid to create trouble, raise racial tension, slander and lie in the real and cyber world, in order to prop up and defend corrupt and immoral "leaders" (not leaders actually but people with so much ill-gotten wealth that they are able to buy the position of leaders and ministers). In other word, "malay paid mercenaries" who has no moral, integrity and patriotism whatsoever and having frequented your blog, I have in my disgust encountered many of them here.

The problem with the malays and Malaysia in general is that TDM and his UMNO baru has created thousands and maybe hundreds of thousand of them. These " pengadu-domba", slanderer, liar and traitors of islam and melayu, are freely and with impunity roaming the country and the cyberworld, creating disunity, creating chaos and spreading fear and mistrust among Malaysian with the aim of keeping their corrupt master in power as long as possible (many of whom are deluded in thinking their action is for the good of melayu and islam, which of course is "nothing can be further than the truth!") This is the worse legacy of TDM and his UMNO Baru, and it's this legacy that will ultimately destroy this country if we, true and patriotic Malaysian do not put a stop to them and their master. And we have to and can do it in the next GE. WE MUST and if we fail then ALL IS LOST!

Nick.

albert magic said...

Tuan Aspan,
Saya setuju dengan budget santa claus tetapi dalam bentuk beberapa pemansuhan akta saperti akta rahsia rasmi di mana perjanjian dengan konsesi lebuhraya, dengan IPP atau pun degan SYABAS dapat di ketahui oleh raayat malaysia, dapat lah kita ketahui bagaimana pegawai pegawai di Economic Plundering Unit melaksanakan amanah mereka. Pekara yang saya sebutkan dapat meringankan beban rakyat.

Anonymous said...

tak kiralah 'hadiah' diberi untuk haji atau apa-apa perkara yang baik. yang dikira ialah cara pemegang amanah itu mengagihkan kekayaan/hasil negara secara adil. lagipun orang yang tak mampu tak diwajibkan pergi haji. yang diwajibkan adalah menuntut ilmu walaupun tak mampu, jadi pemegang amanah perlulah membantu golongan ini dahulu daripada terseksa dengan hutang belajar. inilah akibat memilih pemegang amanah dari golongan yang lemah akal fikiran.

satu lagi, kakitangan kerajaan tak perlulah tolong kerajaan merompak harta negara dengan minta bonus tak habis-habis. mintalah sesuatu yang dapat membantu rakyat keseluruhan. pekerja sektor swasta bertahun-tahun takde bonus dan bergaji rendah, tapi tak mati pun, cuma tak dapat bergaya lebih ajelah.

kamunting.