23 September 2011

KITA - Ketuanya ke hulu ahli-ahlinya ke hilir

Parti KITA sedang menghadapi masalah dan krisis yang agak besar tetapi parti ini merupakan parti yang masih kecil dan belum lagi mempunyai apa-apa ‘consequence’ kepada politik negara kita. KITA adalah parti lama yang diperbaharui namanya dan ianya diketuai oleh Zaid Ibrahim yang kita semua kenal.

Saya dijemput untuk menghadiri majlis pelancarannya di Sime Darby Convention Center tahun lepas dalam satu upacara yang agak gemilang dan ‘impressive’ penampilannya. Parti yang bernama baru itu baru setahun jagung umurnya dan masyarakat belum lagi melihat parti ini sebagai parti yang mendapat perhatian rakyat. Parti ini hanya dikenali sebagai parti yang sinonim dengan Presidennya yang terkenal itu, Zaid Ibrahim.

Saya adalah orang yang agak ‘familiar’ dengan wajah-wajah dan individu dalam parti ini termasuklah Presidennya sendiri Datuk Zaid Ibrahim yang saya kenali sejak 40 tahun dahulu. Dari awal lagi saya melihat KITA adalah parti yang seolah-olah kepunyaan Zaid Ibrahim sendiri dan telahan saya yang parti ini akan menghadapi masalah sekarang menjadi kenyataan.

Saya sudah mengagak yang KITA akan hanya menjadi parti Zaid Ibrahim dan perlembagaannya adalah perlembagaan Zaid Ibrahim dan cara mentadbirnya adalah cara Zaid Ibrahim. Saya pernah bertanya kepada salah seorang yang rapat dengan saya baru-baru ini sebelum berlakunya perbalahan di dalam parti ini samada KITA telah mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi atau apa-apa nama yang diberikan kepada barisan pimpinan parti itu.

Saya diberitahu TIDAK ADA. Dengan jawapan itu saya sudah mengagak yang parti ini belum lagi dikendalikan secara sebuah parti yang dipunyai ahli-ahlinya. Parti ini hanya bergerak mengikut kemahuan dan kehendak Presidennya sahaja iaitu Datuk Zaid Ibrahim.

Tetapi kita lupakan isu KITA tidak berfungsi sebagaimana yang dikehendaki oleh sebuah parti, tetapi yang lebih penting lagi Presiden dan ahli-ahlinya tidak sehaluan dalam pandangan dan arah tuju politik masing-masing.

KITA dianggotai oleh ahli yang tidak sebulu dengan parti-parti pemerintah. Ramai di antara mereka adalah bekas ahli PKR yang menyokong Zaid Ibrahim dan sekarang mempunyai ahli seramai 600 orang dan bukannya sebagaimana yang diberitakan seramai 3000 orang oleh pejabat KITA.

Tetapi perkembangan terakhir kini Presidennya telah bermain politik apologetic terhadap BN malahan Zaid telah memohon maaf daripada Najib kerana kononnya beliau tersilap anggapan yang Najib tidak akan berani memansuhkan ISA. Pemansuhan ISA merupakan alasan yang ‘expedient’ bagi Zaid untuk kembali rujuk terhadap kepimpinan kerajaan yang pernah beliau sertai dan ditinggalkannya dahulu.

Zaid mempunyai hak untuk mengalih dan menganjak pendirian beliau tetapi beliau tidak boleh lupa yang parti pimpinannya ada ahli-ahli dan beliau tidak pernah merujuk dan bertanya kepada ahli-ahli partinya sebelum mengalih dan menganjak pendirian dan pandangan beliau maka sekali lagi Zaid meninggalkan orang-orang yang menyokongnya dan pandangan rakan-rakan beliau sendiri percaya yang Zaid hanya main politik peribadi yang menebal.

Sekarang saya hampir percaya seperti apa yang diadukan oleh beberapa ahli senior parti itu yang beliau menganngap yang KITA itu adalah parti peribadi beliau dan betullah cerita yang saya dengar beliau pernah berkata kepada pemimpin-pemimpin parti itu, “This is my party, you do the way I ask you to do”.

Kalau benar kata-kata ini terluah dari mulut Zaid, maka kita boleh nilailah Zaid ini samada beliau ada semangat ‘team work’ yang sangat diperlukan oleh parti politik lebih-lebih lagi parti yang begitu kerdil dalam politik negara ini.

Usaha ramai di antara ahli-ahli parti ini untuk mendesak beliau meletakan jawatan itu adalah isu yang tidak memeranjatkan sesiapa lagi. Bagi saya Zaid tidak mempunyai ‘future’ lagi dalam politik kecuali orang yang melobi untuk beliau (Zaid) kembali menyertai Kabinet itu berjaya melakukannya.

18 comments:

jazlan said...

AA,
Tak usahlah tulis pasal Kita ni. Kita bukannya ada taring pun, hanya gusi yg lembut sahaja.

Zaid Ibrahim yang memikirkan diri dia aje.

Dia sudah tentu tidak relevan kepada politik negara.

Anonymous said...

KITA sama dengan AKU

Anonymous said...

Saya pembaca regular Aspan, tak pernah pulak saya terbaca Aspan pernah mengkritik KITA, malahan dipuji dilambung sebegitu sekali. Komen saya ketika itu, harap-harap Aspan join parti KITA...

Dah lama saya agak KITA ni akan terkubur juga, Kalau dah gah pelancarannya, hanya setakat 600 ahli sahaja, pesan kat Zaid, rentikanlah.Habehkan boreh jo, ikut kato orang Nogori,

Saya tak heranlah kalau Zaid buat KITA buat macam parti diri sendiri kerana dia yang banyak keluarkan duit untuk parti itu. Apa bezanya, PKR dan DAP. Bukankah PKR parti keluarga Anwar Ibrahin dan DAP pula parti keluarga Lim Kit Siang. Takkan Aspan tak perasan hakikat ni atau buat-buat tak perasaan.

Parti PAS serupa macam tu jugak. Seorang MB yang dah tua dan tak berkemampuan untuk memerintah masih lagi nak jadi MB selagi beliau masih hidup, macam parti PAS juga dia yang punya. Ikutlah cara UMNO, bila dah tiba masa, berundurlah secara hotmat.

Anonymous said...

AA,
leave him alone in his own world for the world of his political wilderness is nowhere in sight.In the legal circles everybody knows him too well....... arrogant, self centred, and he is above everything else.My advice is to leave him alone in his own world of political fantacies. Let him day dreaming for ever and whenever he desires to sunk himself. sayonara to him

Anonymous said...

Nak ke hulu merujuk balik kat UMNO malu. Nak ke hilir merujuk balik kat PKR lagi malu.Apa dah jadi Zaid?

RDA

Anonymous said...

kat n9 memang tak boleh masuk lansung parti KITA ni sobab Org Nogori payah nk sebut parti ni.. org N9 sobut parti KITO..lain bunyi eh..

nick said...

Pak,

A political party with 600 members? Sounds like a "social club" to me. And just like a social club, the supremo leader is dictating everything about the running, the agenda and the finances of the "club". And some may argue that since that leader is financing and injecting life into the club, why shouldn't he?

That in a nut shell is what's wrong with KITA. It's not a "true blue" political party in as so much as a Fan club of Zaid Ibrahim, and being groomed and nurtured by UMNO Baru, Zaid could not but make the party into a different "UMNO Baru" albeit with a curiously "good political slogan" name but somehow came off sounding too cartoonish to be taken seriously. I wouldn't waste much time debating the merit nor the necessities of Zaid forming a political party let alone forecasting "KITA" impact on the political scene. KITA might no be a joke but it is turning into one!

Nick.

saji said...

Anon 22:36:00

"Saya tak heranlah kalau Zaid buat KITA buat macam parti diri sendiri kerana dia yang banyak keluarkan duit untuk parti itu. "

Antara pemimpin parti yang banyak tabur duit dengan yang banyak tabur idea yang mana satu boleh bertahan?

Yang saya tahu, duit yang Zaid tabur tu usahnya untuk membina dan mempromosi KITA.

Apa komen sdr mengenai pemimpin parti yang tabur janji, duit dan projek untuk mendapatkan kedudukan dalam partinya?

RDA

Anonymous said...

Anon 22:36,

Quote `Ikutlah cara UMNO, bila dah tiba masa, berundurlah secara hotmat'

Sejak bila?

makaikui said...

Tuan AA
Zaid ni memang jenis kepala batu. Nak semua orang termasuk AAB dan DSAI ikut cara dia suka. Kalau tak Zaid akan merajuk dan bercerai talak satu. Makhluk macam ni akhirnya akan bawa prinsipnya keliang lahat dengan penuh kekecewaan. Sesiapa saja yang bersama Zaid akan meluat sampai keluar air hempudu. Zaid masa dah tiba...tutup saja KITA sekarang juga .Jangan buang masa

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Saya menjangka dengan tahap kederasan pergerakan NGO Amanah setakat ini, maaflah jika saya menjangka (bukan berdoa) yg AMANAH juga akan mengalami nasib yg sama. Jika KITA akan mati selepas hidup secara sah yg berdaftar, saya harap Amanah akan sempat hidup dengan berdaftar sebelum mati tanpa berdaftar.

Selain Ibrahim Ali, Zaid ini antara yg pernah memenangi hati Nik Aziz dan kemudian mengkhianati beliau. Terfikir juga bagaimana Nik Aziz boleh terpedaya tetapi kenalah terima hakikat yang Nik Aziz ini insan biasa macam kita.

Anonymous said...

ibni ismail said that Nik aziz is just insan biasa mcm kita and i agree with him. But the only different is ilmu agamanya yg tak sama mcm kita seperti langit dan bumi. Ibni Ismail seems to forget that Nik Aziz is much much better than some of BN culprit.

Asam Pedas said...

Encik Aspan,

The way I can see it KITA and Zaid Ibrahim represents symbiotic problems of unhealthy politic in Malaysia. 

Like we can see more and more of PM image constantly choreograph (too good to be true) and half of media air time dedicate to negative politic particularly brandishing political opponents while real issues are being avoided especially effecting the nation. It is politic of perception and very far from reality which unchecked will bring our nation down through the gutter.....which somehow feel we are that far way.

Any ruling government and the leaders  must realize perhaps be reminded that their obligations  are to the nation first and above politics that they represent when they hold the sacred office. Accept defeat gracefully while holding dear to the principle that brought the elected person/party to the office. But leave the nation intact.

I hope we can make our politicians(BN or PR) clear of our desire in the coming election despite all the non issues being brought for the sake of winning  the election. Let's give them the medicine that they deserve would probably the right way when voting in the coming GE. Then only we will see no repeat of KITA and Zaid episode which will go down unrecorded in history once new leaf is turned.

Datuk Basdor Shah Jobi said...

Pak Aspan,

Saya predict parti KITA ini akan terkubur sebelum PRU 13 nanti, di bubarkan atau hilang senyap sunyi tanpa kubur.

Pada masa itu, separuh daripada 600 ahlinya akan terguling-separuh bogel di padang bola meraung-menangis memohon keahlian PKR, & separuh lagi akan masuk UMNO.

Part ini seperti hidup segan mati tak mahu.


Alasan yg sama akan di gunakan utk masuk UMNO balik, kepimpinan yg lebih mantang di bawah Najib, utk berkhidmat bagi negara bla bla bla bla..


Mark my words. This will happen soon.


Datuk Basdor Shah Jobi Mericcan.
President Seumur Hidup.

Persatuan Mamak United P.Pinang

Anonymous said...

parti kita hanyalah parti nyamuk. tujuan utama memecahkan undi pr.

setiausaha PPM (Pertubuhan Punan Malaysia)

Anonymous said...

anon:
Walaupun satu2 parti di anggotai oleh anak beranak sedar mara sekalipun tetapi mengikut procedures lantikan, Mesyuarat Agung, pemilihan dsb itu bukan semua ikut aku.

Tapi pengajaran bagi KITA, bukan mudah kita nak urus parti walaupun nama KITA, bukan boleh ikut kita saja.

Masuk umno, pKR keluar umno PKR - sebab orang tak mahu ikut KITA!

Anonymous said...

Buek apo kau crito pasal KITA ni Pan ?? Dulu den nampak kau ngekor yo Zaid ni bilo dia baghu koluar UMNO.

Ramli Mohd Yunus said...

Aspan,

I can bet with my last ringgit, KITA will be a `political dust' and will end up in a political dustbin.

Lets go for a round of `singapore sling or taquila'....

Please la...pi main jauh jauh la..