06 September 2012

UMNO masih tidak menyedari yang perjuangannya telah gagal

Saya berharap UMNO wajar memberhentikan pendustaan kepada perjuangan orang Melayu dan rakyat berbilang kaum di negara ini. UMNO telah melakukan pendustaan terhadap orang Melayu terlalu lama, tiga puluh tahun lamanya. UMNO telah mendustakan rakyat kerana apa yang dijanjikan kepada rakyat khususnya orang Melayu sampai ke hari ini tidak terlaksana.

Orang-orang Melayu tertunggu-tunggu untuk melihat bangsanya benar-benar maju seperti yang dijanjikan oleh UMNO, khususnya apabila pilihanraya mendatang. UMNO juga telah mendustakan orang bukan Melayu bagi memajukan orang Melayu supaya kestabilan politik negara dapat dipertingkatkan. Orang bukan Melayu pun sudah kecewa melihat bangsa Melayu diabaikan oleh partinya sendiri dalam kebingitan pemimpin-pemimpinnya bercakap tentang isu memperjuangkan bangsa Melayu.

Setiap waktu tibanya pilihanraya kedengaran di sana-sini kononnya UMNO telah berjaya memperjuangkan nasib orang Melayu di samping rakan-rakan kita dari bukan Melayu. Melayu tidak kemana jua. Yang kita dapat warisan yang besar dari kepimpinan UMNO sejak tiga dekad yang lalu ialah rasa curiga mencurigai di antara kaum-kaum semakin menebal.

Orang bukan Melayu khususnya kaum Cina memahami yang jika Melayu tidak maju, kestabilan negara akan tergugat kerana orang Melayu merupakan penduduk yang terbesar di negara ini. Orang Cina mahukan sebuah negara yang stabil kerana mereka mengutamakan peluang untuk berniaga dan jika orang Melayu tidak maju ia akan menjejaskan kestabilan negara dan akan akhirnya memberikan masalah kepada bangsa itu untuk berniaga dan hidup secara aman.

Semasa kepimpinan UMNO bersusah payah menyatukan perhubungan kaum yang telah terjejas disebabkan kejadian 13 Mei dahulu semua kaum telah bersetuju untuk tidak bergaduh dan berpecah semata-mata untuk mencapai matlamat yang satu: iaitu perpaduan nasional dan hidup dalam suasana muhibbah, saling menghormati di antara satu dengan lain.

Perkara yang lebih membanggakan kita semasa itu rakyat bukan Melayu telah menerima hakikat yang orang Melayu (Bumiputra) perlu dan wajib dibantu dan diberikan keistimewaan kepada Bumiputra untuk maju dalam bidang perdagangan dan perindustrian. Orang bukan Melayu telah bersetuju penggubalan dasar-dasar untuk menambahkan pegangan kekayaan negara untuk orang Melayu dan Bumiputra.

Persetujuan yang dicapai itu tentulah hasil dari perundingan yang serius oleh pemimpin-pemimpin yang terdahulu dari semua kaum dan akhirnya menerima kenyataan yang kita seharusnya hidup dalam suasana saling hormat menghormati  di antara  agama dan adat resam serta kepercayaan masing-masing.

Kita sebelum itu telah menyempurnakan usaha kearah kemerdekaan negara yang kita capai pada bulan Ogos 1957 dahulu. Wakil-wakil dari semua kaum, Melayu, Cina dan India telah pergi berunding dengan penjajah British untuk menuntut kemerdekaan dan mentadbir negara kita oleh kita sendiri.

Dalam usaha pengisian kemerdekaan negara, UMNO semasa itu mendapatkan persetujuan semua pihak untuk melaksanakan dasar yang dipersetujui bersama iaitu DEB (Dasar ekonomi baru) dan ia telah terlaksana dengan baik dan penuh dan membanggakan kita. Orang Melayu yang begitu miskin semasa itu telah mula bernafas dalam ekonomi kerana pimpinan semasa itu sangat prihatian dan mensyukuri kejayaan untuk penggubalan dasar yang menjurus kepada penyusunan semula masyarakat berbilang kaum di negara kita. Dasar-dasar yang digubal semasa itu berlandaskan kepada premis pembahagian kekayaan secara 'equitable' sebagai resipi ampuh sebelum kita mencapai matlamat yang 'ultimate' iaitu perpaduan kaum dalam negara kita.

Kejayaannya memberangsangkan. Bayangkan semasa DEB dilancarkan pegangan kekayaan negara oleh orang Melayu dan Bumiputra hanyalah 2.7 peratus sahaja. Tetapi oleh kerana pimpinan kerajaan kita telah dengan jujur melaksanakan dasar-dasar itu dengan sempurna pegangan Bumiputra telah meningkat kepada 18.4 peratus dalam pertengahan 1984 dahulu. Begitu banyak dan tinggi lonjakan pegangan Bumiputra dalam bidang perdagangan dan perindustrian serta pegangan bumiputra dalam bidang industri dan ‘commerce’ semasa itu.

Resepi kejayaan itu ialah kejujuran dan tidak lari dan menganjak serta mengalih dasar yang telah lama difikirkan sebelum digubal dan dilaksanakan. Tetapi kejayaan itu telah terhenti setakat itu.

Kenapa terhenti? Ianya terhenti apabila Dr Mahathir mengambilalih kepimpinan negara dan beliau tidak menghiraukan DEB kerana beliau mempunyai rancangan yang lain dan telah melalaikan dasar-dasar yang telah terbukti menunjukkan kejayaan itu. Mahathir mahukan ‘legacy’ kejayaan pimpin-pimpinan sebelum itu tidak dipandang tinggi oleh rakyat. Segala-galanya hendak dilakukan semasa pentadbiran beliau tanpa menghiraukan pelan pembangunan negara dengan teratur.

Beliau mempunyai perancangan ‘ambitious’ yang lain yang berjaya pada pandangan mata kasar kita tetapi telah mengorbankan dasar-dasar yang amat hampir dengan hati rakyat. Dari saat itu rakyat tidak lagi bersama menentukan dasar serta perlaksanaannya. Rakyat hanya menerima dan mendengar sahaja semua perancangan secara ‘ad hoc’ dan tidak berlandaskan kepada perancangan teliti.

Bersoraklah rakyat dengan pembangunan ‘express’ anjuran Mahathir dan akhirnya apabila beliau sudah tiada dalam kepimpinan maka kitalah yang menerima bala dari perancangan peribadi seorang pemimpin seperti Dr Mahathir itu.

Setelah kian lama barulah rakyat sedar apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu bersalah-salahan dengan kehendak sistem dan kaedah pembangunan negara yang menuntut perancangan yang berlandaskan kepada keperluan jangka panjang. Dalam kes negara kita pembangunan fizikal seharusnya selari dengan pembangunan politik serta siasah yang boleh membawa kepada perpaduan nasional yang berkekalan.

Rupa-rupanya pembangunan ‘express’ yang terlaksana di zaman pemerintahan Dr Mahathir itu ibarat apam yang tebal, masaknya cepat dan di luar pun nampak masak. Tetapi apabila diambil lidi dan dicucuk apam yang tebal itu, maka kedapatan yang lidi itu menjadi basah apabila dicabut. Rupa-rupanya di sebelah dalam apam yang tebal itu masih mentah dan berair.

Kerana mahukan apam cepat masak, Mahathir bakarnya itu dengan api yang terlalu besar. Hasilnya di luar masak di dalam mentah. Itulah sebabnya kalau kita hendak buat sesuatu kerja, kita buat ‘slow-slow’ sikit tapi tahan lama. Barulah sempurna....masak di luar, masak di dalam.

Bersambung besok…..

22 comments:

Anonymous said...

Setelah begitu banyak kecelaruan yang diakibatkan oleh PM Dr Mahatahir, negara telah menjunam hinggakan rakyat marhein merintih kesusahan. Kita tak dapat bayangkan bagaimana khazanah negara dicabul oleh DrM dengan skandal KWSP, BMF, BNM dll yang berjumlah RMbilion. Tidakkah layak DrM ni dikategorikan sebagai pengkhianat negara dan Melayu?

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Jika ada masa lapang, sudi2lah saksikan blog2 bloggers umno (baru) yg sudah mula bercambah dgn berbagai kesensasian melampau! Perkara ini sudah dijanjikan oleh mereka beberapa bulan lalu!

Ini saja usaha politaik yg ada pada nama umno!

Bagi anon2 yg nak membela umno, silakanlah linkkan blog2 bodo tu kat sini. (Oops sori, kena mintak izin Pak Aspan dulu tau! Hahaha)

Sekian,

Gheng lama

P/s - tunggulah cerita2 ultra sensasi terbongkar dalam mereka sedang bercakaran dgn sesama sendiri. Terang2 poster mahu anak yassin PM baru da klua kat johor! Katanya BN negeri (team anak othman) tak terlibat, dan mereka sudah buat repot polis. Anak hussein taknak bela sepupu?

Dalam blog tukartiub da kluar gambau head huncho semula. Assan ahlee, riduan tee, rahim nor pun ada, Gerun gua! Haha

bwh said...

Salam tuan,

Saya amat tertarik dgn perincian
tulisan tuan yg tepat dan padat. Tak ramai penulis yg berbakat dan jujur dlm hal ini dan sy doakan tuan diberikan hidayah supaya usaha kearah mencelikkan mata rohani org2 melayu berjaya akhirnya. Sy nantikan sambungannya.

Anonymous said...

AA,

Tindakan awak meninggalkan Umno adalah tindakan celaka. hanya babi sahaja yang menyokong DAP, Pas dan Pkr. celaka kaqmu.

Anonymous said...

Aloooo anon 14.52 @ pondren

Nak maki orang, bubuh namalah.....kat blog2 sekandang kamu, kengkawan ko sibuk sebar fitnah....yang ada sikit berani kat sini rupenyer pondan!!

ni saki baki kerbau balau dalam kubang pasu kah?????

KERBAU BALAU PONDAN!!!

kehkehkehkehkeh....erksss!

sekian,

gheng lama

P/s - Sebab itu Dato Onn, Tunku dan Tun Hussein tinggalkan kubang tu terlebih dahulu!....ahakss!!

Anonymous said...

Anon14:52:00. Keluaq UMNO celaka? Saya setuju dgn anon ni, cumanya KECELAKAAAN tu hanya untuk UMNO jer.... Sebaliknya ia membawa KEBAIKAN kepada orang lain. Apa baiknya berada dlm parti yg ditadbir setan!!!. Bukan aku kata tp kutty kerala yg kata- lebih baik pilih setan yg dikenali dari malaikat yg tidak diketahui. UMNO pilih setan, jadi dok la diam-diam ngan setan tu sebab setan tu dah tentu CELAKA. Setan kejenye nyesatkan orang, sama la mcm UMNO la ni. Mana ada makhluk yg kurang ajarnya mcm setan hingga minta nak sesatkan makhluk lain dari TuhanNya=UMNO- anak kutty bole kata hukum dalam AlQuran lapuk. Sama la bodo setan ngan UMNO. kalau bengap tanya yang pandai kalsu tak diam ja. Jgn tanya menteri yg suka gaduh pasai hal rumput...
Terima kasih...

Rakyat Bodo Selamanya said...

As Salam Tuan AA.

Nak puaskan hati Tun Mahathir apabila pengganti yang beliau pilih adalah seorang klon kepada beliau, 100% boleh di "remote control" oleh beliau, seorang jantan dayus dan bodoh, seorang jantan yang bebal dan bertelinga badak, mampu jual negara, pandai bergulung lidah macam Kutty Penang, pandai mengaku Melayu walaupun datang dari Kerala (Melayu Kerala), jantan yang berkempen sorang diri untuk PRU13, isteri pengganti tersebut (Bik Mama) mesti dibenci oleh rakyat supaya rakyat akan terkenangkan kebaikkan Siti Asemah dan boleh menjaga segala harta Tun dan harta anak-anak Tun seperti hasil dari kilang arak, hasil judi kereta lumba dan yang sama waktu dengannya. Rumusannya adalah, setiap pemimpin yang disokong oleh Tun M itu mestinya amat bermasalah dengan rakyat tetapi mesti mengikut telunjuk Tun M. Sebaliknya Tun Dollah.... Tidak mengikut telunjuk kerana telunjuk Khairi J lebih panjang dari Tun M, mana tidaknya Terminal Jabatan Bengkok RM400 juta dibatal begitu sahaja dan menerima Lynas untuk RM500 juta (itu sudah melawan Tun M). Dah dipencenkan ada wang RM500 juta dok diam-diam atau teruskan hobi tidur tu dan biar rakyat aje yang menerima bala dari tindakan kamu. Yang tinggal hanya PM yang berkempen sorang diri selagi tidak habis kesan radioaktif (nasi kangkang) selagi itulah tak mahu bubar parlimen (bimbang masih tak cukup wang untuk bayar ansuran cincin berlian).

Anonymous said...

" hanya babi sahaja yang menyokong DAP, Pas dan Pkr."

Name calling is NOT going to change anything....ordinary people want ABILITY leaders NOT CELEBRITY leaders.

Ordinary people must be left to live their ordinary lives.

Anonymous said...

Saudara aspan menulis menggunakan ilmu dan analisa yang menyeluruh. Anda hanya menulis menggunakan emosi yang pramatang menggambarkan sikap ahli umno yang jumud.

Anonymous said...

Rasanya tidak perlu berbahasa sumbang.Yang pasti Pak AA mungkin partly berjaya menarik kebenvisn pembaca pada mahathir tapi untuk apa ?.Mahathir tidak berniat mahu jadi PM pun.Saya lebih suka Pak AA memberi banyak nilai nilai murni dan bukan nilai kebencian kepada satu tokoh yang telah banyak berbakti pada orang melayu.Beliau tidak akan dapat memenuhi kehendak semua orang.Apa benar PR boleh memerintah ? Tunggu saja di PRu 13 ya.

mamat teksi

Anonymous said...

Anon19:09, Pak AA rasanya tidak pernah membangkitkan kebencian pada mahadet@ex-PM tapi menyatakan kebenaranNya sbb AA dah lama ada bersama UMNO. Kalau yg bercakap tu zul nordin ka, anak ali perkasa ka, ulam ek geting RM2juta ka mungkin susah nak percaya sbb diorang ada kepentingan. Jadi terima ja la hakikatnya. Mahadet meme pemusnah bangsa melayu sbb dia sendri pin separuh masak- kutty kerala. Mana ada dia setia pada melayu. Anak jadi tokey arak pun dia suka. Bukit Malut penuh dgn pendatang haram yang 'dihalalkan' untuk undi BN pun keje kutty ni. Dah tu nak kata mahadet ni pembela Melayu... piiiiiirah mabuk!!!

stk said...

Anon, 14:52:00 GMT+08:00
Lebih baik kamu ni bisu sahaja,siapa yang buat "name calling"saya rasa babi lebih cerdik dari kamu ini.

Anonymous said...

Orang buta pun kalo kita bagi duit mereka boleh berbelanja, nak bermewah2 pun mereka boleh!

Bila mahatdeyyy naik jadi PM hampir kesemua infrastruktur kewangan termasuk petronas sudah tersedia. Apa yg dia buat hanya belanjakan duit2 tu! Maka hari ini kita dapat saksikan hasil dia membelanjakan duit2 tu!

Apa sudah jadi pada negara? Kepada institusi2 negara? Di Sabah dan Sarawak kemiskinan tegar masih ketara! Pendalaman pahang, terengganu, kelantan serta perak dan kedah semua orang sudah kaya raya? Drebar2 teksi di KL setiap hari merungut, pendapatan ciput tapi permit dan lesen teksi
Orang lain/syarikat2 sapa yg punya? Ini sistem hamba abdi moden?

Gamai kata mahatdeyyy tak bertanding, dan dia tak nak jadi PM! Tapi kita semua tahu apa dia sudah buat di belakang Paklah dan kini Najib. Kenapa Perkasa terwujud? Hebat sangat kah berahim ali? Orang buta pun tahu untuk apa berahim buat kerja2 itu, kalau bukan utk melemahkan Najib! Nanti bila PRU samalah hasilnya dengan apa yg Paklah capai tahun 2004!

Lepas tu nanti adalah yg akan mencucuk! Bukan nak bela Najib, tapi sampai bila negara nak tengok permainan bodo sang haprak ni?

Tapi tanda2 sudah kelihatan, bila Musa sudah bersuara, dan Paklah sudah akrab dgn Najib (mangsa2 bersatu?). Kini cuma samada Najib berani atau tidak! Ku Li sudah lama bersedia, sejak sebelom 2008 lagi! Sah ler umno (baru) akan bergolak!

TGHA, LKS amacam? Udah ready? Nuar mana? Hahaha

Sekian,

Gheng lama

P/s- Ku Li ada tanya.... sapa kata mahatdeyy godfather dsai? Dia ada hint jawapannya, cer baca buku 'Rahsia Yang Terpendam'. Ahakkss!

Anonymous said...

Gua nampak cam ada sentimen peribadi jer ni!!

Anonymous said...

Kemenangan pakatan rakyat dlm pru 13 nnti sehingga dpt membentuk kerajaan yg memerintah,sebagai tanda kebebasaan rakyat malaysia dari dibelenggu kerakusan,penyelewenggan,rasuah dari kerajaan barisan nasional..

Rakyat malaysia kebanyakkan positif terhadap perubahan yg akan berlaku..

Pemimpin umno yg rasuah telah buta mata,buta hati terhadap rancangan mahadey..untuk menggilangkan jati diri melayu/islam di malaysia serta rancangan untuk melantik muhriz sebagai pm..

Bangsa melayu BANYAK hilang serba serbi disebabkan umno dan mahadey..JAHATnya mahadey pada bangsa melayu akan terbongkar bukan rahsia kepada rakyat yg mau berfikir..

Anonymous said...

Mamat teksi bawalah teksi tu tipulah arab2 tu bodeklah najib dan makan nasi redioaktif rosmah ya,macamana kau bodek UMNO kau masih lagi jadi hamba orang jangan seronoklah bawa teksi orang.....ha ha ha. mamat teksi don't be a cunt!ABU

Anonymous said...

"Hanya babi saja menyokong dap,pas pkr " adalah keterlaluan dan bukannya budaya kita.Kata2 kesat seperti itu menggambarkan mahluk yang berkata itu tidak layak dilayan,tidak layak diikut dan didengar kerana terlalu extreme dan bukan mahluk yang bolih berunding atau behujah kerana pendiriannya hanya satu didalam semua keadaan dan kemungkinan.Kalaulah mahluk itu ahli UMNO ramai orang UMNO tidak mengundi UMNO kerana malu dengan ragam dan sikap yang sungguh memalukan.Babi kalau faham sampai mampus pun takkan menyokong mahluk yang menghina babi itu .Bila berhujah biarlah disokong dengan fakta jangan jadi ahli parlimen UMNO dalam parlimen yang berhujah tanpa fakta ,beremosi sementara yang tak tahu berhujah samaada dia tidur atau jaga tahu mengetuk meja tanda sokong hujah sahabat umno atau dia "boo" jika bukan dari BN.Kata kesat itu jelas bahawa UMNO tenat dan tinggal nyawa2 ikan saja kerana jawapan yang diberikan terlalu berimosi dan hilang pedoman dan pertimbangan ..Wallah hu alam

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

Hati orang Melayu sudah berkecai,setelah dipermainkan UMNO berkali2.

Memang janji ditepati tetapi 40% je lagi 60% kena sapu dan dilarikan ke bank2 pesisir pantai seperi Cayman Island dan Swiss Bank.

Jumlahnya mencecah trillion ringgit semenjak sedekad lalu.

Masalah Mahathir bermula melalui projek2 penswastaan yang pada mulanya menyelamatkan wang negara melalui pengurangan kos 'turnkey project' dan 'build-operate-transfer'.

Projek penswastaan berjaya melahirkan billionaire segera seperti Tajuddin Ramli,Ibrahim Saad,Syed Mokhtar Al-Bukhary,Ananda Krishnan,Vincent Tan.

Penswastaan yang berjaya menjimatkan wang kerajaan sebaliknya meningkatkan kos pengguna bila keuntungan pelabur menjadi keutamaan.

Maka berlakulah monopoli dan cartel dari segi penguasaan dari pengimpotan gula dan beras,tol,IWK,Astro,air dan elektrik.

Mahathir ketika ditanya kenapa memberikan projek kepada kroni2 yang sama mengatakan dia kata lebih baik memberi kepada yang telah terbukti berjaya daripada memberi kepada mereka yang baru nak bermula.

Ini terbukti bila beliau melantik Daim Zainuddin yang sudah kayaraya sebagai Menteri Kewangan bagi mengawal dan melindungi kepentingan kewangan UMNO melalui proksi2 dan 'cash-cow' seperti Renong Bhd dan UEM.

Jurang semakin membesar antara sektor koporat,antara kaum dan sesama kaum.

Ini tidak termasuk lagi kegagalan2 seperti MAS,Empangan Bakun,IWK yang menelan kos tinggi untuk penyusunan semula dan penstrukturan melibatkan suntikan dana awam seperti KWSP,Tabung Haji,LTAT,dll.

Terlalu banyak kerosakan2 yang hendak diceritakan disini,tetapi terlalu terhad ruang.

Ingatlah pada suatu masa sekitar 1980'an sosio-ekonomi Malaysia adalah setanding dengan Korea Selatan,Taiwan dan Singapura.

Hari ini kita jauh ditinggalkan kerana kerakusan,ketamakan dan kebejatan segelintir elit UMNO yang berselindung disebalik ketuanan Melayu.

Adakah kita tidak patriotik semata2 menentang kemungkaran UMNO/BN?

Adakah kita anti nasional bila semua kaum bergabung dan bersatu di luar UMNO/BN?

Adakah kita dianggap derhaka bila meminta raja/sultan/Agong tidak memihak kepada UMNO/BN sebaliknya membela rakyat tertindas?

Cuma kita yang ada jawapannya pada peti undi PRU13 nanti.

Jom Tukar!

Surrogate

ZAKRI ALI said...

Tuan,

DOSA DOSA MAHATHIR SEPANJANG 22 TAHUN MEMERINTAH

Anonymous said...

tuan,
"Itulah sebabnya kalau kita hendak buat sesuatu kerja, kita buat ‘slow-slow’ sikit tapi tahan lama. Barulah sempurna....masak di luar, masak di dalam"
-i like....

Anonymous said...

Surrogate,

Ya benar sekali jawapannya di peti undi pru 13.Sekira diteliti rapi mana mungkin rakyat memihak Pakatan satelah berbagai usha ETP berjalan lancar dan banyak kelemahan diatasi.Keputusan lebih memihak BN nampaknya kerana rakyat melhat kesungguhan Najiv neneruskan wawasan 2020.Hanya miracle yang mampu bagi pertukaran berlaku.Saya kira over rertorik pun akan membagi kesan negatif untuk PR sedangkan pemerintah cool sahaja nampaknya.Sama sama tunggu dan lihatlah ya.

anak felda.

Adlan said...

UMNO/BN tidak pernah sedar dan TIDAK MAHU sedar. Itulah penyakitnya. Sekiranya berita negatif sampai kpd pimpinan mereka, insan yg membawa berita itu akan dilihat sebagai tidka menyokong UMNO/BN. So, the best thing to do is to bring back home good news.
UMNO/BN has actually been living in self-denial for 55 years. Let's kick them out.