Pemimpin yang sebenar dan yang
'natural', tidak akan bermatlamatkan untuk mengekalkan nama atau legasi mereka.
Pemimpin seperti ini akan melaksanakan tanggungjawabnya secara jujur dan tidak
akan melakukan sesuatu untuk legasinya sendiri. Legasinya akan dengan
sendirinya wujud secara natural. Pemimpin seperti ini mempunyai sahsiah yang
tinggi dan tidak akan mempunyai kesanggupan untuk menjatuhkan keunggulan negara
dan rakyatnya serta nama buruk bagi nya selepas persaraan.
Pemimpin yang unggul bagi
sesebuah negara itu tidak akan membenarkan dirinya di pengaruhi oleh unsur
untuk kepentingan peribadi dan keluarganya. Pemimpin yang mempunyai unsur
kepentingan peribadi yang tinggi ia akan membawa negara kekancah perpecahan
kerana setiap keputusannya tidak akan lagi keputusan yang betul dan tepat.
Selalunya pemimpin seperti ini
adalah seorang yang ‘gentleman’ dan mempunyai etika yang tinggi. Pemimpin yang
beretika itu tidak perlu bertindak atau tidak bertindak kerana takutkan kepada
undang-undang kerana pemimpin yang beretika yang tinggi itu tidak akan mudah
melanggar undang-undang. Etika yang tinggi itu dengan sendirinya mengelak
mereka dari terlanggar undang-undang itu. Mereka seperti ini mempunyai maruah
dan mempunyai sikap malu terutamanya kepada rakyat yang dipimpinnya itu.
Etika itu lebih tinggi dari
undang-undang kerana ia terbit dari kemulian hati dan nuraninya dan sentiasa
peka dengan apa yang baik dan yang tidak baik dalam segala tindakannya.
Pimpinan yang mempunyai etika yang tinggi selalunya tidak menghadapi masalah
besar kerana pemikiran mereka tidak mempunyai kepentingan peribadi yang tinggi.
Sesungguhnya itulah yang
membezakan diantara sebuah negara yang maju dan yang belum maju. Ia bukan
terletak kepada bangunan yang tinggi sampai kelangit, atau jambatan yang
terpanjang di dunia atau mempunyai tiang bendera diantara yang tertinggi
didunia ini. Pembangunan fisikal seperti ini hanyalah merupakan sekelumit dari
apa yang dikatakan sebagai ‘nation building’ itu.
Pemimpin negara yang baik tidak
diukur dari pembangunan fisikal yang besar dan cepat dialami oleh negara.
Pemimpin yang mempunyai kepimpinan yang baik dan terpuji itu tidak akan melakukan
sesuatu untuk menunjuk-nunjuk kerana perlakuan pemimpin seperti ini akan
melaksanakan pembangunan yang terlalu cepat itu akan terpaksa mengorbankan
perkara dan elemen penting yang lain dalam negara itu.
Pimpinan negara yang beretika
tidak tergesa-gesa berusaha untuk menunjukkan apa yang mereka boleh tunjukkan
kepada rakyatnya. Mereka akan melaksanakan sesuatu itu mengikut kehendak waktu
dan masanya. Mereka yang seperti ini mengakui jika dilaksanakan usaha pembangunan
dalam masa yang singkat ia akan membawa masalah sampingan yang besar dan
akhirnya memudharatkan negara.
Pemimpin yang tahu cara memimpin
yang baik tidak akan mendongak kelangit sambil memberitahu rakyat, ‘aku sudah
buat itu dan ini. Aku sudah membina bangunan tertinggi didunia, jambatan yang
terpanjang di dunia dan segala-galanya yang pertama dan terhebat di dunia’.
Pemimpin yang ‘natural’ tahu, melakukan pembangunan besar dengan kadar yang
cepat itu akan membawa rakyat untuk bertanya satu persoalan yang sangat besar,
iaitu “at what costs?”
Persoalan ‘at what cost’ inilah
yang menjadikan salah satu isu besar bagi keseluruhan rakyat kini menilai
kembali kewibawaan pimpinan itu dan rakyat sentiasa dalam pencarian (soul
searching).
Pembangunan yang tidak terancang
boleh mengakibatkan kerosakkan kepada keseluruhan fabrik politik dan
pentadbiran sesebuah kerajaan. Tun Dr Ismail jika dibaca kembali ucapan dalam Perhimpunan
Agung UMNO terakhir bagi beliau sebelum meninggalkan kita, berkata, “Kita boleh
membangunkan negara kita dengan ‘double digit growth’ tetapi jika pembangunan
terlalu cepat dilakukan pertama, ia akan menambah jurang penguasaan ekonomi
negara yang terdiri dari berbilang kaum, dan membuatkan kaum asal negara ini
tidak mampu mencapai kemahuan pimpinan negara itu”.
Projek-projek pembangunan
‘express’ membawa bersamanya kegiatan rasuah yang sistematik terbentuk di
dalamnya. Oleh kerana mahukan pembangunan melalui projek raksaksa berjalan
dengan pantas maka ‘tender-tender rundingan terus’ kerap dilakukan, maka
terbitlah bibit-bibit rasuah terancang yang melibatkan wang negara dan rakyat
dalam kadar yang terlalu besar. Banyak projek-projek raksaksa wujud kerana
galakan kroni-kroni dan semuanya ini melibat wang rakyat yang tidak terhingga
besarnya.
Ini juga telah mewujudkan budaya
ingin menjadi kaya cepat dengan menggunakan dasar tidak terancang kerajaan ini
melalui cadangan-cadangan projek raksaksa dan dilakukan melalui rundingan terus
dengan pihak kerajaan. Harga dalam tender runding terus itu telah menambah kos
yang melibatkan ‘kick-backs’ dan sebagainya yang akhirnya membebankan negara
dan rakyat.
Tiada undang-undang yang mampu
menangkap pesalah-pesalah dikalangan penggubal dan perlaksana dasar kerana
kedua-dua pihak ini selalunya berkonspirasi untuk mendapatkan ‘duit luar’ dari
projek raksaksa secara runding terus ini. Semuanya diletakkan di bawah Akta
Rahsia Rasmi dan tidak ada siapa yang boleh mengetahui kandungan perjanjian dan
dokumen yang berkaitan. Rasuah dilindungi oleh akta-akta ganas dan mungkin
mengakibatkan pengadu sebagai pesalah.
Kalau ada pun bukti yang kita
lihat hanyalah bukti yang ‘circumstantial’ dengan melihat rumah kediaman Menteri-Menteri
dan pelaksana dasar yang berpangkat tinggi yang sebesar Istana Maharaja yang
boleh kita lihat di Bukit Damansara dan tempat-tempat elit lain.
Politik negara dikuasa oleh
‘warlords-warlords’ ini dan ahli-ahli UMNO hanya dijadikan sebagai kaldai untuk
memunggah segala kekayaan untuk mereka dan keluarga mereka sahaja.
Polilitik dikuasai oleh kumpulan
feudal baru hasil dari rasuah yang dilakukan secara sistematik. Rakyat ramai
hanya melihat sahaja tanpa berdaya melakukan apa-apa.
Sistem ini akan terus berlaku
kerana rakyat merelakannya berlaku. Kadangkala apabila di selidik dan dikaji
halus-halusan, tiada pihak yang mampu merobahnya kerana pihak yang membangkang
pun sudah terbit sikap untuk berkuasa semata-mata untuk berkuasa dan mempunyai
nilai moral yang sama seperti yang sudah lama berkuasa.
Hanya doa sahaja yang mungkin
boleh memulihkan keadaan kerajaan yang bermoral seperti yang pernah kita alami
dahulu. Usaha dan kerja tubuh manusia untuk melakukan perubahan sudah sampai ke tahap optima. Apa yang akan akhirnya berlaku hanyalah dalam pengetahuan yang Maha Mengetahui sahaja.
Hanya kita tunggu sahaja apakah hikmah Tuhan di sebalik apa yang berlaku sekarang ini.
Hanya kita tunggu sahaja apakah hikmah Tuhan di sebalik apa yang berlaku sekarang ini.
9 comments:
Tulisan adik sangat tepat sekali tahniah. Pak Atay
Bukan doa semata...hanya malapetaka besar n bencana serius saja akan merubah lanskap politik korup 'maharaja2 politik' n jerung ekonomi.....jgn lupa tuan..1.4 juta bangla akan masuk bkerja... 1 malaysia...indon,bangla,nepal,myanmar,afrika n sgala mcm perosak sosio... Dah buta n tuli kah pmimpin n plaksana dasar? Lagi 20 tahun...bagaimana gamaknya anak cucu melayu? Tidak mngapa...yg penting anak cucu ' mereka' mkn tak habis segunung emas.
artikal yg sangat baik..masih ada harapan lagi kah di malaysia..
kita hanya mampu berdoa semoga Allah tunjukkan jalan..
politik dan korupsi bagai aur dan tebing..
sampai bila kepercayaan kpd org politik boleh dipertahankan sedangkan yg baik dan layak dicantas dan dibuang hidup2..
kenapa PR masih tak perintah Malaysia kerana mungkin Anwar ada dosa lain tak tertebus..Wallahualam
Perubahan sebenar boleh berlaku hanya terpulang pada rakyat malaysia sendiri..
Jika rakyat mahu kerajaan bebas rasuah..rakyat sendiri hendaklah menolak rasuh,polis elak rasuah,kastam tolak rasuah,pemimpin politik samada kerajaan atau pembangkang tolak rasuah..maka malaysia akan bebas rasuah...
Begitu juga dgn kebersihan,kerajaan yg adil dan sebagainya...terpulang pada diri sendiri..lakukan dgn keingginan dan perbuatan..jika semua rakyat tidak mau kerajaan sekarang..maka pada pru nnti tentukan undi pakatan rakyat..tumpang lah bn nnti..
Perubahan pemimpin dan pertukaran pemimpin perintah hanya ujud dalam bijaksana sahaja. Matlamat pemimpin ini tetap sama iaitu kuasa, wang ringgit, kroni dan anak menantu dll. Siapakah mereka ini pemimpin negara dan pentadbir nya.
Untuk berubah seperti yang tuan maksudkan di atas amat mustahil akan berlaku bagi mereka yang berfahaman sekular ini. Doa pun belum tentu lagi.
Jadi apa yang kita kena buat? Saya serahkan kpd sdra/ri pengulas yang bijaksana.
this is not at what cost
this is was a lost cost
sape itu kerajaan? kita la kerajaan..
sikap kerajaan yg ada..mencerminkan perangai majaroti rakyat malaysia...perubahan dtg atas kehendak rakyat sendiri..``Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum..kaum itu sendiri yg melakukan..
Kerajaan rasuah kerana kakitangan kerajaan sendiri rasuah..
Abang Aspan,
Saya syorkan PR tidak membangkang, malah menyokong akan lonjakan kos kehidupan termasuk kos petrol, kos letrik, kos makanan & minuman, bayaran tol, yuran sekolah dll. juga dibiarkan kemasukan berleluasa penyokong2 baru BN daripada negara luar.
Bila kerja takde, perut dah lapar, kereta & rumah nak kena tarik, baru ada kesedaran yang hakiki.
"Kalau kita tidak menentang penindasan, sekaligus kita kena tindas."
Sesungguhnya hisab Allah itu TUNAI.
~ Khalas.
Saya sangat bersetuju dengan pendapat yang diatas.Seharusnya pembangkang bersetuju dengan segala halatuju umno bn yang membawa rebah negara.tanpa kita sedari perubahan yang sangat diidam-idamkan akan berlaku dengan lebih cepat daripada membuang masa dengan menahannya dari berlaku.Disinilah barulah kita akan memahami pepatah melayu...."sudah terhantuk baru terngadah".
Post a Comment