14 December 2013

Berbagai transformasi dilaungkan, tetapi UMNO 'business as usual'

Global Financial Integrity (GFI) sekali lagi memberikan lapuran yang jumlah pengaliran wang secara haram keluar negara meletakkan Malaysia sebagai negara yang keempat tertinggi di dunia ini. Terdahulu Malaysia telah kehilangan sejumlah  RM1.03 trillion dari tahun 2001 sehingga tahun 2009 dan rakyat masih lagi berdiam diri dan hakikat ini tidak menjadi perkara besar bagi rakyat negara ini.

Entah bagaimana negara ini merupakan johan dalam isu yang buruk seperti ini dan isu ini ditatap oleh masyarakat antarabangsa. Tetapi dalam bidang lain Malaysia masih merangkak tidak dapat bergerak untuk kebaikan jika berbanding dengan negara lain. Bola sepak kita tidak menunjukkan apa-apa kemajuan malahan lebih mundur dari keadaan dahulu.

Kita menduduki tempat ke 160 dari 180 buah negara yang berkerajaan dan mempunyai pasukan bolasepaknya sendiri. Kita ketinggalan jauh dari Bangladesh dalam sukan ini dan kita adalah di antara negara yang paling hebat slogan yang di bawa ke negara tempat sukan ini di adakan. Dalam semua bidang, diperingkat antarabangsa kita ketinggalan. Kita hanya duduk di hadapan dalam bidang rasuah dan bidang membawa lari ‘ill gotten monies keluar negara dalam jumlah yang besar.’

Kalau kita harapkan pimpinan dan kroni-kroni ini untuk memperbaiki diri mereka dan berhenti atau memulangkan kembali wang yang di bawa lari keluar negara ini secara sukarela diatas kesedaran masing-masing, ia tidak akan berlaku. Sesiapa yang mengharapkan itu berlaku mereka adalah 'bermimpi disiang hari'. Jika ahli-ahli UMNO sedar mereka lah yang boleh melakukan pemulihan itu. Jika ahli-ahli UMNO tidak mampu melakukannya kerana himpitan budaya buruk ini, maka rakyat akan melakukannya.

Puak-puak yang melarikan wang rakyat secara sistematik keluar negara ini jugalah yang bercakap tentang Islam. Mereka lebih Islam dari Islam itu sendiri dan akan berbuat apa sahaja untuk menempelkan imej palsu itu untuk menutup kelemahan dan kesalahan mereka. Malahan mereka memainkan isu yang sebelum ini tidak pernah timbul iaitu isu Syiah dan yang berkaitan.

Tetapi orang ramai menerimanya dan tidak nampak yang mereka (orang ramai) sedang diperbodohkan oleh mereka yang mahir dalam membodohkan manusia yang jujur dan lurus dalam kehidupan mereka. Kali ini mereka memilih agama sebagai umpan dan pendinding untuk menutupi perangai rakus dan tidak bermoral mereka.

Siapa sahaja yang mereka rasakan perlu akan dianggap sebagai musuh mereka. Mohamad Sabu sekali lagi menjadi sasaran dengan menuduh beliau sebagai pengamal Syiah. Mat Sabu, seperti saya sendiri, menghormati dan menjadikan semangat yang wujud dalam naluri pimpinan Syiah seperti Khomeini itu sebagai sumber semangat untuk dibentuk dalam diri saya yang serba serbi lemah ini dalam usaha memperbaiki daya juang sebagai seorang rakyat dalam mana rakyat sedang dikelirukan sebegitu jauh dari kebenaran sekarang ini.

Jika kita hendak mencari sumber semangat jitu untuk diri kita, takkanlah kita hendak meniru dan mengagungkan Najib, Rosmah, Hishamudin, Zahid dan Shafiee Apdal serta Anwar Ibrahim pula. Tentulah kita pilih orang seperti Khomeini, Nelson Mandela, Mohamad al Fateh, Tunku Abdul Rahman, Onn Jaafar dan banyak lagi nama-nama yang baik dan berharga kepada dunia dan umatnya.

Bagaimana pemimpin-pemimpin yang sekarang ini hendak di jadikan contoh. Takkanlah kita hendak jadikan contoh terhadap orang dan pemimpin serta kroni mereka yang membawa lari wang negara keluar kita jadikan ikutan?

Rakyat tidak memberi apa-apa masalah kepada negara. Yang menyumbang masalah sekarang ini ialah pemimpin-pemimpin kerajaan yang sudah hilang hidayah dan tidak berupaya membuka hijab untuk bertindak dan melakukan perkara yag di suruh agama dan mengelak dari melakukan tegahan agama kita yang suci.

Perginya Nelson Mandela diratapi oleh rakyat negara itu, bukan kerana Nelson telah membangunkan negara secara fisikal tetapi pemimpin utama kebebasan manusia yang tidak ada tolok bandingnya. Itu lah sebabnya beliau dihormati oleh dunia dan kematian beliau ditafakurkan oleh manusia seluruh dunia. Walaupun beliau bukan seorang Muslim tetapi nilai Islamnya ada di dalam dirinya sejak dari awal lagi.

Di sini walaupun ramai yang Muslim tetapi amat berkurangan Islamnya kerana kebanyakkan perlakuan oleh pimpinan hari ini di negara kita semuanya bertentangan dengan kehendak Islam itu sendiri walaupun bergegar-gegar bercakap dan beretorik tentang Islam.

Nelson dikenang kerana beliau adalah penyumbang kepada negara dan rakyatnya. Beliau semasa hayatnya tidak pernah merasakan kesenangan kerana hampir satu pertiga dari usia dewasanya dipenjara oleh kerajaan Apartheid Afrika Selatan. Kejayaan beliau melepaskan rakyatnya dari cengkaman Apartheid tidak di ambil kesempatan untuk memperkayakan diri dan keluarganya. Kalau hendak dibandingkan jasa Nelson kepada negaranya dengan pemimpin kita terhadap negara ini, jasa Nelson lebih jauh besar.

Nelson tetap hidup seperti biasa dan tidak pula mengambil kesempatan untuk menggunakan wang rakyat untuk anak dan isterinya. Nelson tidak membiarkan isterinya menjadi ‘centre stage’ dalam negaranya sehingga boleh menggunakan jet peribadi. Keluarga Nelson tidak 'glamour' dan isterinya tidak dikenali oleh ramai umat di dunia ini.

Ini lah nilai yang sudah tiada kepada negara kita. Kebanyakkan pemimpin kita mungkin juga dikenang jika mereka meninggalkan kita, tetapi mereka akan dikenang kerana sebab yang lain. Mereka akan dikenang sebagai pemimpin-pemimpin yang telah banyak memberi masalah kepada rakyat dan negara ini.

Berbeza dengan Nelson Mandela, pemimpin-pemimpin di negara kita mencengkam rakyat dan membunuh semangat untuk memajukan negara. Rakyat di sini, perasaan dan jiwa mereka terikat kepada tekanan pemimpin-pemimpin dan mereka tidak dibenarkan membangunkan minda mereka. Rakyat tidak dibenarkan berfikir. Tugas untuk berfikir itu tanggungjawab pemimpin UMNO sahaja.

Rakyat hanya diminta menjadi 'burung balam', tugasnya hanya untuk mengangguk sahaja dan setahun sekali hanya diminta bertepuk tangan dengan penuh semangat dalam perhimpunan agung UMNO sahaja.

Itu sebab berbillion ringgit harta benda mereka (rakyat) dilarikan keluar negara setiap tahun. Lagi banyak pemimpin mereka menipu dan mengelirukan mereka lagi kuat sorakan dan tepukan mereka di setiap perhimpunan agung mereka.

Mereka diselangi dengan lawak jenaka yang sangat menghiburkan. Malahan ramai di antara yang hadir dalam perhimpunan agung itu hanya untuk mendengar lawak dan jenaka semata-mata.

Apabila kembali ke tempat masing-masing, ‘business as usual’.

4 comments:

Anonymous said...

Minda rakyat kebanyakan telah dimandulkan. Seperti yang saudara perkatakan pemimpin menipu dan berterusan menipu, itulah kehebatan mereka. Di luar sana mereka pula ditipu oleh yang lebih hebat dari pemimpin kita itu. Dalam menjayakan satu-satu penipuan perlu pula ditutupi dengan beberapa penipuan yang lain. Rakyat dan generasi akan datang juga menjadi mangsa permainan tipu menipu mereka ini.
Mana ada lagi sosok ahli yang dapat melakukan pemulihan UMNO ketika ini. Sekiranya ada, sudah tentu akan ditunjukkan pintu keluar seperti Zaid Ibrahim dan Anwar. Walaupun mereka berdua ini mewatakkan diri seperti pemimpin UMNO yang lain semasa masih bersama, apabila ada perkara yang baik untuk rakyat diunjurkan, maka jadilah mereka sepertimana sekarang ini. Menjadi kepantangan besar jika ada ahli yang berusaha untuk kebaikan rakyat. Ini disebabkan jika rakyat menjadi senang dan pandai pula, UMNO pastinya dalam kepayahan perjuangannya mengekalkan kuasa ataupun melakukan rasuah. Ia berbentuk 'reciprocal' sifatnya, satu pihak di atas dan satu pihak lagi mesti di bawah. Falsafah UMNO bersama rakyat, tidak ubah seperti gurindam yang amat lunak didengar tetapi tidak mengenyang atau menyihatkan. Satu-satunya anak kunci pemulihan hanyalah keikhlasan perjuangan setiap ahli dan pemimpin di atas trek yang betul, malangnya ia telahpun hilang. UMNO itu berlambangkan United Malays Never Occur.

Anonymous said...

memang business as usual..

bila ada orang jerit? kasi 1BRBM. RM 500 jer maruah rakyat.... bila rakyet terima... maksud murah tuh jer maruah rakyat... macam kambing makan rumput cakap si nik Aziz sebelum ini..

mentality rakyat tak mau maju... mau scodeng jer..


Aidil said...

amat ramai bangsa melayu yang amat mudah dimomokkan. ini yang agak mengecewakan. hmmm - blog -

Anonymous said...

persidangan tahunan - ANNUAL DINNER

boleh pakai dana yg besar utk annual dinner!