Selagi permainan politik dikuasai
oleh pemimpin-pemimpin yang ‘non-talented’ selagi itulah Malaysia tidak akan
berjaya kembali kepada keadaan yang pernah rakyat Malaysia alami semasa
pemerintahan dua atau tiga Perdana Menteri selepas merdeka dahulu. Bagi pemimpin
yang jenis ini mereka hanya pandai berpolitik tanpa memahami apa sebenarnya
yang perlu ada dalam politik itu sendiri. Politik yang tidak berjiwa merupakan
‘attribute’ kepimpinan apabila negara dipimpin oleh mereka yang tidak mempunyai
‘talent’ kepimpinan seperti yang saya katakan itu.
Mereka-mereka ini selayaknya
duduk dan bersembang kosong sambil menghisap rokok daun dengan orang-orang
seperti kami dibawah ini yang tidak ‘talented’ ini. Itulah sebabnya kita
memerlukan mereka yang berkebolehan untuk memimpin negara dengan pimpinan yang
berjiwa dan mempunyai keupayaan untuk membuat perancangan yang terbaik untuk
negara, apatah lagi bagi negara kita yang penuh ‘diversified’ dari segi kaum,
agama dan cara hidup ini.
Sekarang ini nasi sudah hampir menjadi
bubur. Dalam serba serbinya kita sudah kehilangan pedoman. Kepimpinan yang
berpedoman itu adalah dari mereka yang mempunyai pemikiran yang tertumpu kepada
membina jiwa negara itu. Bagi pimpinan sekarang mereka hanya bercakap tentang
ekonomi semata-mata kerana mereka menganggap pembangunan ekonomi dan
pembangunan fisikal itu merupakan satu-satunya elemen yang perlu diberikan
perhatian dalam ‘nation building’ itu. Unsur-unsur lain diketepikan sehinggakan
negara dibangunkan dengan keadaan tempang dalam serba serbinya.
Mereka tidak percaya mengekalkan
budaya bangsa-bangsa rakyat dalam negara itu merupakan satu kemestian bagi kita
tidak menjejaskan pembangunan budaya bangsa-bangsa yang ada dalam negara kita
untuk kita saling hormat menghormati di antara kaum-kaum yang berbeza itu.
Malahan ramai dikalangan orang Melayu sendiri sudah terbentuk cara hidup Melayu
itu menyekat pembangunan bangsanya. Kita boleh berjaya untuk menempa kemajuan
tanpa meninggalkan budaya kita kerana budaya itu adalah lambang bangsa kita.
Orang Jepun tetap maju walaupun
mereka mengekalkan budaya hidup menghormati dan tunduk menunduk bila bercakap
dan berbicara sesama mereka dan orang lain. Begitu juga sifat dan ‘attribute’
bangsa Thai yang masih mengekalkan budaya asalnya tetapi tidak terhalang untuk
maju mengikut peredaran
zaman dan waktunya.
Kita disini tidak mengakui yang
asas dan budaya serta cara hidup kita itu boleh dikekalkan sambil membawa
kemajuan kepada bangsa dan negara. Kini kita telah meninggalkan segala-galanya
sehinggakan kita sudah mula kehilangan identiti kerana mengejar kemajuan
seolah-olah ‘attribute’ yang diberikan Tuhan itu tidak memberikan ruang bagi menempa
kemajuan.
Kita semuanya sibuk mencari
kekayaan tanpa mengira moral yang sepatutnya bersama dengan kita dalam menuju
kemajuan itu. Sikap materialistik bangsa kita telah menghilangkan sifat jiwa
luhur bangsa kita sehingga kita boleh melakukan rasuah dan berbagai-bagai lagi
tindakan buruk diatas nama mengejar kemajuan di dunia ini. Bagi pemimpin pula
mereka merasakan pembinaan fisikal adalah komponen terbesar dalam pembangunan
negara sedang pembangunan fisikal itu merupakan hanya sebahagian kecil komponen
dalam proses membangunkan negara.
Kita tidak mempunyai ‘natural’
dan ‘talented leaders’ dan mereka tidak berpijak di atas bumi yang nyata. Maka
pemimpin-pemimpin yang ‘unnatural’ dan ‘untalented’ ini telah membawa padah
kepada rakyat dan negara kerana mereka dipimpin oleh mereka yang tidak
berkepimpinan.
Mereka adalah dikalangan
pelakon-pelakon yang berpura-pura memahami apa yang mereka hendak lakukan tetapi hakikatnya mereka tidak memahami apa yang mereka perlu lakukan. Mereka
bercakap tentang ekonomi ‘which they know too little’ dan mereka tidak lebih
pengetahuan mereka dari saya dan kami yang berada dibawah ini. Mereka bercakap
tentang perpaduan nasional (national unity) tetapi segala tindakan mereka
bertentangan dengan apa yang mereka perkatakan. Mereka sekali sekala bercakap
tentang pembersihan negara dari budaya rasuah sedangkan intergriti mereka
tentang isu ini amat diragui.
Selagi kita dipimpin oleh mereka
yang meragukan integriti mereka, selagi itulah masalah dan kekalutan ini tidak
akan selesai. Bagaimana mereka yang menyumbang kepada permasalahan negara boleh
membetulkan keadaan kerana manusia ini mempunyai kebolehan masing-masing.
Jika kebolehan mereka ialah untuk
memecah-belahkan negara bagaimana mereka boleh dan berkemampuan untuk
menyatukan negara? Jika pemimpin mempunyai kepentingan peribadi dan keluarga
yang besar bagaimana mereka hendak mengambil keputusan dengan betul kerana
setiap keputusan penting untuk negara itu di tempelkan dengan kepentingan
peribadi serta keluarga dan keturunan mereka.
Yang dikatakan ‘talented leaders’
bagi negara kita ialah mereka yang sejujurnya mendahulukan kepentingan negara
bukannya menyelitkan kepentinagn keluarga bersama dengan slogan dan keputusan
yang dibuat itu. ‘Untalented leaders’ selalunya menumpukan masa dan tenaga
untuk menaikan imej dan ‘disposition’ mereka kerana mereka tidak ‘natural’ dan
tidak berpijak di atas bumi yang nyata. ‘They are faked leaders stand-in like
true and natural leaders’
Terlalu banyak masa dan tenaga
dibazirkan untuk menunjuk-nunjukkan yang mereka adalah pemimpin berwibawa
sedangkan semua yang mereka tunjukkan itu merupakan kosmetik yang ditempelkan
kepada diri mereka yang terlalu banyak kekurangan itu.
Mereka adalah dari gulungan yang
fakir jiwa dan kepimpinan. Kesilapan dan kerendahan akhlak kepimpinan mereka mudah terserlah kerana apa yang digambarkan hanya pada kulit itu tidak kekal lama dan mudah pudar, maka yang akan berlaku mengikut 'consequence' nya ialah apa yang kita sedang alami sekarang ini...sebuah negara yang seolah-olah tidak berkerajaan lagi.
3 comments:
Pak aspan...berilah contoh sejati ttg talented leader walau dikesampingkan.. At least we know like them we're follow..
Yea pemimpin yang hidup, menghabiskan sisa2 usia.. Blum terlambat utk meminta buah fikiran mereka:-)
Pak Aspan, jelas terang lagi bersuluh. Pimpinan Negara yang diterajui UMNO kini dilihat telah ternoktah lalu tercabut kebijaksanaannya. Wallahualam.
Post a Comment