22 December 2014

Kepada cendiakawan Melayu: Penggubalan undang-undang Islam tidak perlu 'consent' bukan Islam

Kumpulan 25 orang yang dianggap sebagai cendiakawan yang penting dalam politik kini mempunyai tujuan yang baik dan murni asalkan mereka tidak merentasi larangan agama dan budaya kita. Mereka menggunakan isu ini untuk politik yang lebih baik bagi negara dan jika benar mereka mempunyai tujuan untuk kebaikan dan betul caranya ia patut disokong.

Tetapi sesuatu tindakan itu boleh dinilai dengan betul jika kita fahamai apa yang mereka maksudkan dalam matlamat mereka menulis surat terbuka terhadap kerajaan itu dan juga dari cara mereka mengendalikan isu yang mereka bangkitkan.  Isu yang mereka bawa ialah untuk memberikan input dan pandangan tentang perundangan agama Islam dalam negara kita yang mereka anggap sebagai tidak betul dan salah dari moral dan undang-undang Islam sendiri.

Tetapi niat yang baik sahaja tidak mencukupi jika niat kita itu dikudakan oleh pihak yang mahu Islam itu berkecamuk dan berbelah-belah. Kita mesti sedar yang sesuatu kaum itu selalunya akan dicerobohi melalui agama mereka. Di zaman moden ini jika pihak yang ingin memusnahkan sesuatu bangsa dan menghilangkan identiti mereka cara yang paling ampuh ialah dengan memesongkan akidah dan nilai agama mereka.

Orang Melayu ini merupakan satu-satunya bangsa yang di definasikan oleh perlembagaan negara. Orang melayu itu didefinasikan sebagai yang beragama Islam dan mengamalkan kehidupan secara Islam. Jika orang Melayu meninggalkan Islam mereka sudah tidak Melayu lagi.

Saya bergembira dengan pujian dan galakan yang diperolehi oleh kumpulan 25 orang cendiakawan negara yang merupakan bekas-bekas pegawai tertinggi negara yang pernah berkhidmat dengan kerajaan dan telah mendapat kedudukan yang tinggi dalam perkhidmatan mereka. Mereka perlu pastikan yang apa yang mereka lakukan itu tidak mengurang atau menghilangkan identiti mereka sebagai orang Islam kerana Islam itu merupakan komponen dalam pengenalan identiti bangsa mereka.

Maka kumpulan ini tidak sepatutnya mempunyai apa-apa ‘apprehension’ untuk bertemu dan bersikap ‘inclusive’ terhadap Jabatan-Jabatan pentadbiran Islam seperti Jakim yang dikatakan tidak mendapat layanan dari kumpulan 25 orang ini. Kumpulan 25 orang ini jangan ditenggelamkan oleh pujian-pujian yang melangit yang mereka perolehi dari pihak yang sentiasa mencari jalan untuk melihat Islam itu terseleweng dan nilai serta budaya Melayu mereka.

Sikap memperlekehkan NGO-NGO yang dianggap sebagai puak berhaluan kanan Melayu itu adalah tidak tepat. Jika mereka benar-benar mempunyai masalah kumpulan cendiakawan ini wajar bertemu dan berbincang untuk bertemu mencari penyelesaian. Menghentam dan mengkritik kumpulan seperti Perkasa dan Isma, sebelum pun bertemu dan mencari penyelesaiannya maka jika berjaya pun kumpulan cendiakawan ini untuk mendapat sokongan dan mungkin berjaya memperolehi keadaan tidak akan berubah.

Mempunyai sikap. ‘saya sahaja yang benar dan awak semua salah’ itu merupakan pembawa masalah baru dalam usaha penyatuan umat dan kita mesti mengakui yang hajat untuk mendapatkan penyelesaian yang ‘ultimate’ itu tidak akan tercapai. Tidak guna kita dapat menyelesaikan satu masalah tetapi timbul pula masalah yang baru. Tidak boleh dan jangan dibiarkan nilai agama dan cara kita melaksanakan dan meng ‘addin’ kan Islam itu hanya dilakukan dengan ‘fatwa-fatwa’ yang mendapat ‘consent’ yang diberikan oleh saudara-saudara kita yang bukan beragama Islam.

Tidak boleh kita berpuas hati dengan memperlekehkan pandangan satu puak dari kalangan kita orang Islam itu, tetapi membuat keputusan tentang hukum dan adat resam kita yang beragama Islam itu ditentukan oleh pihak lain seperti bangsa dan agama yang lain dari agama kita sendiri.

Itu sebabnya sehari dua ini kita mendengar dan melihat ada pihak yang beragama dan bangsa yang berlainan bercakap begitu lantang dan bergembira dengan tindakan 25 orang cendiakawan kita itu. Kita tidak boleh membiarkan mana-mana pihak yang lain memberikan definasi yang berlainan tentang agama kita.

Islam itu agama fundamentalis dan itu bukannya perkara yang buruk untuk semua yang beragama Islam dan bukan Islam. ‘Fundamental’ Islam itu ialah agama yang menjadi ketua dan pemimpin ummah dan ‘attribute’ Islam itu ialah bersifat sayang menyayangi di antara sesama Islam dan menghormati agama-agama lain.

Tetapi ‘fundamental’ Islam itu disalah tafsirkan dengan sengaja oleh pihak lain dengan menganggap orang Islam yang suka membunuh dan berperang itu sebagai fundamentalis. Jika seseorang itu fundamentalis Islam, ia akan melaksanakan dan mengikut segala fundamental penting dalam agama itu. Dia akan mengikut segala undang-undang yang disyariatkan sebagai seorang yang beragama Islam. Melaksanakan dan mempraktikkan semua rukun Islam yang lima itu untuk membina semangat dan memperkayakan rukun iman yang enam itu.

Hidup seorang fundamentalis Islam itu adalah kehidupan yang ‘spiritual’ dan akan cuba untuk menghalang dirinya melakukan perkara yang salah dari hukum syariat dan undang-undang negara mereka. Orang Islam fundamentalis bukannya mereka yang berperang dan membunuh atau mereka yang bersifat ‘confrontational’ terhadap pihak lain. Pemimpin Islam yang baik ialah mereka yang sentiasa terbuka untuk berbincang dengan pihak yang dikatakan tidak sesuai dengan tuntutan agama kita.

Jika kumpulan 25 orang yang mengaku sebagai cendiakwan terulung negara ini melihat Perkasa dan Isma tidak betul maka mereka wajar lebih kerap berjumpa dan berbincang dengan kumpulan ini dan bukannya terus sahaja membidas dan menghina mereka dan melihat mereka seperti anjing kurap di tepi jalan sahaja.

Kumpulan cendiakawan ini tidak boleh menjadikan musuh sesuatu pihak itu musuh mereka sekali. Kumpulan cendiakawan ini wajar bersifat ‘magnanimous’ dan menolak cadangan untuk bertemu kumpulan itu oleh pihak yang berkaitan dan agama kita itu, merupakan sikap angkuh dan merasakan mereka itu ‘the best among the best’.

Tidak ada siapa yang mempunyai sifat ini akan berakhir dengan kebaikan untuk diri mereka. itu sebabnya saya tidak dapat mengelak dari memberikan kritikan terhadap mana-mana pemimpin dan individu yang bersikap sombong dan merasakan mereka atau dia sahaja yang lebih baik dari yang lain.

Kumpulan ini dan mana-mana individu pemimpin yang lain yang menganggap mereka seperti pemimpin yang datang dan turun dari langit itu tetap akan mendapat kritikan dari blog ini kerana mereka yang bersifat memandang rendah kepada pihak lain ini merupakan pembawa kepada perubahan budaya yang menjadi ‘attribute’ asas kepada bangsa dan agama kita.

Pemimpin yang berhidung tinggi tidak akan kemana-mana dan tidak akan membawa apa-apa faedah kepada rakyat yang dipimpin mereka, kerana fokus mereka adalah terhadap membina ego mereka sendiri yang akhirnya akan membunuh jiwa dan diri mereka sendiri.

Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang merendah diri dan menjauhi dari berkata-kata secara sombong sambil memandang rendah kepada pihak lain. Hentikan bercakap seperti, ‘you are not within the wavelength to say anything about politics, as you are nowhere compared to me. I have social and political positions and you are just an ordinary drifter who dubiously comes from nowhere’.

Mereka bersifat sederhana dalam segala-galanya dan itulah dia fundamental dalam Islam seperti yang ramai dan saya fahami. Sifat mereka adalah ‘spiritual’ dan tidak mudah melatah dan sentiasa bersifat tenang menghadapi segala cubaan dan pancaroba.

18 comments:

Unknown said...

tangan jadi kudung bole kurangkan pencuri ke??

come on laa...

hukum gantung mati untuk pengedar dadah pun tak Stop drugs on street...

Law meant to evolve, not stuck in the past...

jom bawak skali style pancung kepala ala French Revolution n hukum tembak komunis China...

bukti forensik, DNA semua bole buang... kita cari 4 saksi rogol je...

XUMNO said...

The 25 has-been ini sebenarnya cuma menunjukkan sifat2 semulajadi yg mereka terbiasa semasa dalam perkhidmatan kerajaan dulu yg sukar padam dari personalti mereka. Sebagaimana sdr Aspan nukilkan mereka sentiasa beranggapan cuma mereka saja yg pandai dan betul walhal semasa dalam perkhidmatan dulu inilah individu2 yang bersifat lap dogs yg sentiasa menjilat kaki tuannya.Mereka mendapat kedudukan tertinggi dalam perkhidmatan dulu not so much sebab they are the best tetapi termasuk juga kerana mereka Melayu dan islam. Ini membawa kita kepada persoalan level pegangan islam dan degree kefahaman islam pada diri mereka. Dan apabila mereka merendahkan Perkasa dan Isma pula kita patut bertanya pula level ke-melayuan mereka.Ramai dari kita yang tidak begitu setuju dengan gelagat dan tindakan kedua2 pertubuhan melayu tersebut tetapi apabila kita melihat asakan2 provokatif bukan- islam tertama pemimpin2 tinggi Dap, Gerakan dan Mca tehadap islam dan parti2 politik melayu terkadang2 kita mula memafahimi kenapa.

Li said...

To Unknown at 13:21.
1. Hujah anda tanpa fakta.
2. Berhukum dengan apa yang ditentukan oleh Allah swt kepada umat Islam itu adalah fakta.
3. Kamu tidak menyatakan perbezaan di antara dua bentuk hukuman itu iaitu sivil dan jinayah islam.
4. Kamu dilihat sebagai menghalang hak umat Islam untuk beramal dengan agamanya. Kamu juga sebenarnya merampas hak asasi umat Islam.

Anonymous said...

Unknown atas mmg bodoh lg bangang...tak tau psl hudud tp nk tunjuk terror..akhirnya menunjukkan diri yg bodh dan bebal...hudud hukuman maksimum...qisas dan takzir utk hikuman setrusnya. Klu x ckp 4 saksi...masih blh guna qisas dan takzir...dna dan forensic blh digunakan utk qisas dan takzir...bangang punye unknown. Susah klu x mengaji tp perasan pandai. Mudah2an kau ni org kafir sbb klu islam tapi memperlekehkan agama sendiri...nauzubillah. Nasihat aku...belajar kt masjid. Tuntut ilmu..selagi x mampus..taubat masih diterima. Jgn plak mampps kemudian dlm keadaan kapir...kekal dlm neraka smpi bila2.

Alias Bin Hasan 02 said...

25 orang ni nak tiru sejarah lepas??
Bagi saya ia siaran ulangan...
Kita perhatikan je...
Kalau ditepuk, deme2 ni lagi menjadi2...

Anonymous said...

Melayu islam mesti sedar. Mereka skrg terpecah kepada 3 puak utama dalam politik iaitu umno, pas dan keadilan. Skrg. Macam2 ngo pulak yg. Timbul. Terbaru cendekiawan melayu. Kononnya cendikiawan tapi tindakan dan kenyataan tidak menunjukkan mereka mempunyai ciri2 tersebut bahman menambahkan mudharat kepada perpaduan orang melayu islam. Susah sangat ke nak faham apa yg. Berlaku pada orang melayu islam sekarang? Musuh sedang bergembira kerana mereka masuk perangkap dan berpecah belah. Bila berpecah belah mereka jadi lemah dan musuh mendapat kekuatan untuk dapat apa yg. Mereka mahu dan menghancurkan orang melayu islam. Taktik sama yg. Digunakan penjajah dan musuh dari dulu hingga sekarang terhadap org islam di seluruh dunia. Yg. Jauh dari amalan islam perlu kembali kepada fundamental islam supaya akhirnya semua bersatu padu.

Anonymous said...

Dengan isu persoalan dlm komen diri yg dikenali sebagai Unknown di atas, jelas menunjukkan individu tersebut bukanlah penganut yg beriman pada ajaran Islam. Secara tanpa sedar, dia sendiri telah mendedahkan warna dan bau hapak dirinya yang sebenar.

tebing tinggi said...


Makin lama makin ramai Melayu jadi bodoh ,tapi belagak pandai .
Apa yang nyata ,25 kerat menampakan kebodohan yang sebenar .

Kobou Den, pon pandai pilih rumput yang tidak memudaratkan .

Anonymous said...

Why consult the bukan Muslim? They are not equal citizens in the country. They have no rights. They are the minority. That is Islamic Law.
If Muslims live in Australia where they are minority, they have more rights than the Australians.If they conquer a country, they have a right to kill all the male for resisting them and take the women and girls as slaves. We Muslims are God's chosen people. One day we will take over the world. Today the Muslims must start in Malaysia!

Anonymous said...

Kalu nak dapat pangkat tertinggi dalam kerajaan melalui meritokrasi atau daddykasi?

Anonymous said...

Oleh kerana sayang bangsa sendiri, kebenaran, keadilan,kesederhanaan ..semua diketepikan. Buat keputusan memihak orang kita. Orang Melayu berpecah 3?
Orang India berpecah 12? Cuba kira. Orang Cina berpecah berapa?
Islam memberi hak kepada orang Muslim bunuh bukan Muslim, merompak harta bukan Muslim, menjadikan orang lain hamba.

Anonymous said...

yang 25 tu tak habis-habis dengan sifat membodek dan pegangan freemason mereka ....

Anonymous said...

pengomen di atas tu lembu ker ?

Anonymous said...

Sultan Brunei dan kaum kerabatnya tertakluk dalam hukum hudud tak? bagaimana pula dengan Sultan Kelantan dan kerabatnya? kalau tak laksana hukum hudud semua berdosa dan masuk neraka tak? kalau takut neraka sebab tak laksana hudud bermakna DIA bukanlah Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Penyayang dan manusia yang nak sangat hudud ini adalah manusia yang langsung tidak 'mengenalNya' cuma kebetulan lahir jadi penganut ikut-ikutan amalan nenek moyang dan akal fikiran yang dikurniakan hanya sekadar jadi bahan hiasan semata-mata. Demikianlah malangnya manusia melayu...

Anonymous said...

Macamana agarnya jika orang Dayak mahu undang-undang sendiri?

Anonymous said...

The arrogance of the ignorant! Before we do anything, anything at all we should take into consideration everything and everybody. How our actions affect the environment, the ecosystem and the other insects, animals etc. all these should be considered. How anyone can say that a group of religious supremacists can act without consulting others shows level one stupidity. Of course if the Christians or Buddhists want to do the same thing then would the Muslims just say, carry on....? Muslim intellectuals?

Anonymous said...

Noor Farida ni bising pasal 'name calling'.Tapi apa haknya untuk klasifikasikan orang lain sebagai extremist.

Kau kumpulkanlah group pencen tua tak sedar diri ganyut sampai beratus malah beribu pun tidak akan membawa kesan.

Kami golongan marhaen,pertengahan dan sejumlah besar yang sedang menjawat jawatan tinggi dan masih bekerja (tidak seperti ayam pencen yang bekokok macam bagus) yang sebenarnya mewakili kehendak majoriti melayu beragama Islam.

Anonymous said...

Apa ni bang ...dlm banyak2 kuman ... kuman e-coli pulak yg lekat kat Najib.