Najib mengambil keputusan untuk
membawa Rafizi Ramli dan Tony Phua ke muka pengadilan kerana kritikan keras
kedua-dua ahli parlimen pembangkang ini terhadap beberapa isu termasuk isu
1MDB yang berterusan dibangkitkan oleh kedua-dua pemimpin pembangkang ini. Ada pihak yang memberikan
reaksi sebagai tindakan kebudak-budakan dan ada yang juga menyokong tindakan
Najib itu.
Bagi saya, tindakan Najib itu
boleh didukung dan juga boleh ditentang. Saya menyokong tindakan Najib itu
kerana Najib sudah kehilangan jalan dan usaha yang betul untuk menolak tuduhan
yang dilemparkan kepada beliau. Sebagai seorang pemimpin lemah Najib tidak
mempunyai kudrat untuk bertindak secara politik kerana 1MDB itu sesungguhnya
telah membawa pimpinan Najib sekarang merudum ke peringkat yang terendah.
Maka mengambil tindakan
undang-undang merupakan jalan yang terakhir bagi beliau untuk mempertahankan
diri beliau yang sudah tersepit dengan isu 1MDB ini. Dalam situasi sekarang
Najib tidak boleh dipersalahkan kerana beliau sedang berhadapan dengan masalah
besar dalam memimpin negara dan apabila terdesak tentulah beliau akan
melakukan perkara-perkara dan tindakan yang tidak tepat. Pemimpin yang sudah
lesu tidak akan membuat keputusan yang baik.
Dalam masa yang sama tindakan itu sendiri akan menambah ‘aura’
kepimpinan kedua mereka yang sedang di ambil tindakan itu.
Sesungguhnya tindakan Najib itu
telah menambahkan kekurangan keyakinan rakyat terhadap beliau kerana tidak
mempunyai kemampuan untuk mempertahankan isu ini dengan cara politik. Mungkin
tindakan undang-undang merupakan satu-satunya jalan untuk melengahkan isu 1MDB
ini terjawab kerana Najib sedang menghadapi terlalu banyak beban dalam
kepimpinannya untuk diselenggarakan.
Najib tidak mahu jika boleh,
untuk melepaskan tanggungjawab memimpin negara ini kepada orang lain kerana
mempertahankan jawatan di Putrajaya itu selama yang boleh merupakan ‘ultimate’
bagi beliau dan beliau akan melakukannya ‘at all costs’.
Najib lebih rela negara jatuh dan
jahanam daripada turun dari jawatan yang beliau tidak mampu lagi melaksanakan
tanggungjawabnya itu. Najib bukan tidak sedar yang beliau sudah kehilangan
panduan dan arah untuk kembali membawa negara ke landasan yang betul, tetapi
kerana kepentingan peribadi beliau, Najib sanggup membawa negara jatuh dan
berkecai.
Sekarang Najib sedang menghadapi
masalah kejatuhan harga minyak dunia yang secara ‘direct’ memberikan impak
terhadap kepimpinan beliau. Bagi mereeka yang rasional dan prakmatik Najib
sepatutnya mengubah angka-angka yang di ‘baca’ nya dalam pembentangan bajet
2015 Oktober lalu kerana seperti yang kita sedia mengetahuinya bajet itu telah
didasarkan kepada harga minyak yang melebihi USD80 dan dengan kejatuhan harga
minyak ke paras bawah USD70 sekarang ini, ia tentunya akan mempengaruhi bajet yang
beliau telah bentangkan itu.
Kalau ditanya mereka yang tidak
mempunyai kecenderungan untuk memihak kepada mana-mana parti politik dan
memberikan pandangan dengan betul dan adil, Najib sepatutnya mengangkat bendera
putih dan berundur dari jawatan yang beliau pegang sekarang ini. Beliau
sepatutnya berkorban untuk negara kerana berkorban dan meletakan jawatan itu
juga merupakan satu pengorbanan untuk negara.
Kita mesti mengakui setiap orang
itu ada yang mereka tidak dapat melakukannya dan dalam isu kepimpinan negara
ini Najib sememangnya tidak kena pada tempatnya untuk bergayut lagi. Mungkin
Najib lebih pandai melakukan kerja dan tanggungjawab lain tetapi untuk terus
menjadi Perdana Menteri adalah satu kerja dan tindakan yang salah. Saya
berharap pandangan ini tidak akan dianggap sebagai menghasut kerana Akta
Hasutan sudah tersedia dilengkapi untuk menahan sesiapa yang dianggap
menghasut.
Ramai yang berpendapat Najib
tidak akan mampu untuk membetulkan keadaan yang negara sedang hadapi sekarang
ini, apatah lagi dalam keadaaan politik dan ekonomi dunia yang tidak menentu
sekarang ini. Najib perlu berfikir panjang dan memikirkan mencari jalan untuk
berehat. dan membiarkan rakyat memikirkan siapa yang boleh menjadi seorang
‘planner’ untuk membetulkan segala kesilapan atau kesalahan yang berlaku dalam
kerajaan hari ini.
Tidak siapa sepatutnya menafikan
yang kepimpinan beliau tidak lagi relevan kerana jika ia masih relevan, masakan
keadaan negara kita sedang berdepan dengan ketidak tentuan yang begitu ketara,
seolah-olah negara ini sudah tidak berkerajaan lagi. ‘Najib and Gang should own
up all the misdeeds they have committed to the nation and all Malaysians’
Sememangnya tidak ada lagi jalan
bagi beliau untuk menebus kelemahan beliau dan jika beliau masih berada di atas
itu negara akan menghadapi ‘unmitigated problems’ yang lebih besar yang tidak
dapat dibayangkan padahnya.
Najib tidak boleh memindahkan
masalah beliau kepada rakyat biasa seperti kami ini. Najib sekarang lebih
menumpukan usaha untuk mengekalkan kuasa dari memberikan khidmat yang baik
kepada rakyat dan negara. Sampai bila
Najib hendak bertahan dengan menggunakan kelemahan yang sedang berlaku dalam
pembangkang sekarang ini?
Kita memerlukan pemimpin yang
berpengalaman dan tahu untuk membawa transformasi yang drastik serta memulakan
sebuah negara yang baru dengan kepimpinan yang memahami masalah yang kita
sedang hadapi.
Ini amat perlu memandangkan semua
‘fabrics’ politik negara kita sekarang sudah hancur lumat dan kita perlu
melakukan sesuatu dalam kadar yang segera dan tidak melambatkan usaha menuju
ke arah politik baru dan membawa negara ke arah situasi dan keadaan yang lebih
menjamin masa depan negara dan generasi kita keseluruhannya.
Jangan malu-malu untuk mengakui
kelemahan kita. Tidak perlu saman-menyaman kerana ia akan lebih menunjukan kelemahan
beliau yang lebih besar jika perkara ini dibawa ke mahkamah.
Usaha mempertahankan jawatan itu
adalah haknya tetapi ia mempunyai limitasinya juga. Jika melintasi sempadannya
ia akan memudaratkan negara dan generasi rakyat negara kita ini. Jangan ditunggu sehingga negara tergadai baru hendak berhenti. Tinggalkanlah nama semasa berhenti. Cara bagi Najib untuk meninggalkan nama yang baik ialah dengan bersara agar tindakan beliau itu dikenang sebagai jasa terbesarnya untuk kita semua.
2 comments:
Salam Tuan,
Saya memerhatikan Najib sekarang semakin kelam.Cuma ahli dan penyokongnya saja yang masih buat bodoh, kerana tak mahu kehilangan tempat mereka mengaut kekayaan. Sebenarnya najib tidak sedar sejak dari dulu lagi bahawa rakyat malaysia sebenarnya ramai yang berpelajaran dan mempunyai fikiran yang kompleks.Ini tidak termasuk yang duduk didalam kalangan kandang PAU yang lalu. Mereka itu tak ubah seperti mayat hidup. atau kubor bergerak. Mereka sebenarnya telah mati sebab otak dah berhenti berfungsi.
Saya perasan yang najib dan juak-juak mereka masih anggap orang malaysia ni boleh diperkotak-katikkan. Sebenarnya mereka telah silap. Segala kelaku dan gelagat ahli-ahli, pemimpin-pemimpin mereka termasuk Najib sendiri diperhatikan dengan teliti dan menunggu masa saja untuk dibungkuskan dari arena politik malaysia.Selepas ini mereka akan menangis tak berlagu lagi.
Ketika itu dengan pertolongan SPR sekali pun tidak dapat menyelamat mereka kerana rakyat sudah buat keputusan.Itulah yang menjadi kegelisahan Mahathir. Jadi sebelum terlambat Mahathir mahu tak mahu kena singkir najib,sebab saya percaya rakyat terbanyak sangat membencinya dengan kerosakan yang dia lakukan kepada negara dan rakyat malaysia.
Kalau yg dua org tu berani membuat fitnah mengapa mereka takut di saman? Saya sangat setuju PM saman mereka baru padan muka.
Nampak sangat sebahagian orang terutama ahli politik pembangkang atau penulis upahan pembangkang menyalahgunakan kebebasan media dan mengeksloitasi kemudahan media baru. Hampir setiap hari ada sahaja isu kecil atau besar ditimbulkan dan disebarkan secara besar-besaran biarpun belum tentu perkara itu betul atau salah, kes cincin, kes Datin berbelanja besar di luar negara, kes belanja PERMATA...bla bla, sengaja dicanang dan pasti mempengaruhi minda masyarakat terutama org2 muda/pelajar u yang banyak terlibat dengan media baru.
Lihatlah bagaimana kes lembu naik condo dicanangkan. Perlu diingat wang rm 250j itu ialah pinjaman, bila pinjam maka perlu dibayar, bukannya bagi free. Namun, lihat bagaimana media baru mencanangkan isu tersebut.Pun begitu, saya tidak setuju duit untuk beli lembu digunakan untuk beli kondo.
RON 95 dan 97 dikatakan berharga lebih sikit rm1/liter. Perkiraannya harga per barrel dibahagikan dgn bilangan liter dapatlah harganya. Benarkah begitu, di mana kos pengangkutan, di mana kos penapisan bla bla, tetapi lihatlah bagimana isu itu digembar-gemburkan. Siapa tak percaya dgn berita spt itu.
BN boleh dijatuhkan dgn pembohongan media baru ini jika silap hari bulan. Soal BN tidak mendapat sokongan rakyat itu halal, tetapi pihak lawan mendapat undi dgn menipu dan membohong merupakan satu perbuatan hina dan keji.
Post a Comment