Di antara keunikan yang jelas
terlihat ialah rakyat negara ini adalah rakyat yang baik hati yang kadangkala
dianggap sebagai rakyat yang lesu dan tidak bermaya. Mereka tidak mudah
merasakan apa-apa yang dilakukan terhadap mereka walaupun banyak perkara yang
tidak sepatutnya dilakukan terhadap mereka. Rakyat negara ini adalah rakyat
yang boleh diperlakukan apa sahaja oleh pihak yang memerintah mereka.
Mereka adalah rakyat yang pemaaf
sifatnya. Walaupun berbagai-bagai skandal terhadap kewangan dan harta benda
negara yang mereka punyai ini, yang memimpin mereka tetap berada ditampuk kuasa
tanpa banyak masalah. Skandal kewangan yang dalam jumlah berpuluh-puluh billion
jumlahnya boleh dilakukan oleh kerajaan yang memimpin mereka. Mereka tetap
tidak merasai apa-apa kerana mungkin mereka mendapatkan negara merdeka mereka
tanpa banyak pertumpahan darah dan mendapatnya dengan begitu senang secara ‘comparative’
nya dengan negara-negara lain yang mendapatkan kemerdekaan mereka.
Jika skandal seperti yang berlaku
di negara ini berlaku di negara Jepun misalnya, kerajaan kita sudah sepatutnya
bertukar tangan puluhan kali sejak merdeka. Negara Jepun pernah menukar Perdana
Menteri nya dua kali dalam setahun. Pertukaran itu terjadi hanya kerana kesilapan yang dianggap jauh lebih
kecil berbanding dengan apa yang berlaku di negara kita. Negara itu tetap utuh
walaupun Perdana Menteri nya bertukar ganti dalam jangka masa yang singkat.
Kerajaannya tetap berjalan kerana kerajaan dipandu oleh sistem yang baik dan
bukannya oleh individu pemimpin yang boleh melakukan segala-galanya mengikut
‘whim and fancies’mereka.
Di negara kita telah berlaku
banyak kali kes pembunuhan yang tidak ada ‘criminal’nya. Pembunuhan itu berlaku
seolah-olah berlaku tanpa pembunuhnya. Pada pertengah tahun lapan puluhan
dahulu, saya mengenali seorang wanita yang dibunuhnya dan sampai ke hari ini
tidak tahu siapa yang membunuhnya. Mustakizah yang saya kenali, dibunuh dan
dalam proses siasatannya semua mereka yang dianggap sebagai saksi yang mersik
telah sama-sama mati seorang demi seorang juga dengan pembunuhan.
Altantuya, gadis Monggolia mati
dan jasadnya dihancurkan dengan menggunakan bom C4 dengan niat untuk
menghilangkan bukti pembunuhan itu, tetapi sampai ke hari ini tidak tahu siapa
yang membuatkan dua orang anggota keselamatan kita membunuhnya. Di mahkamah
tidak pernah disoal dua anggota keselamatan itu siapa yang mengarahkan
pembunuhan itu.
Pendeknya tidak ada usaha untuk
mencari dan mengenal pasti motif pembunuhan itu. Semuanya ini dilakukan
dihadapan mata dan kepala rakyat dan rakyat hidup seperti sedia kala tanpa
merasakan rasa bersalah membiarkan keadaan sebegini berlaku.
Skandal pembunuhan ini diiringi
oleh begitu banyak skandal kewangan dan jenayah yang besar yang tidak pernah
berlaku di negara lain yang pemimpinnya masih kekal ditampuk kuasa. 1MDB sudah
nyata begitu meragukan ketelusan cara pengendaliannya. Hutang yang hampir RM40
billion itu merupakan skandal yang terbesar bukan sahaja dalam sejarah negara
tetapi juga dalam sejarah dunia moden ini. Ia lebih besar dari sejarah
kerugian RM36 billion yang dialami oleh negara dalam ‘business’ yang dilakukan
oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam pertukaran wang asing pada tahun sembilan
puluhan dahulu.
Dengan berlakunya skandal yang
berskala puluhan billion ringgit ini maka kerugian dalam isu Maminco dahulu
yang melibatkan kerugian RM600 juta itu sudah dianggap kerugian yang kecil
ibarat sekecil tahi kuku sahaja kepada negara dan pemimpinnya. Banyak lagi
kerugian yang disengajakan dilakukan yang melibatkan ratusan juta berlaku
tetapi pimpinan tetap selamat berada ditampuk kuasa tanpa masalah tanpa sesiapa
yang mengambil ‘accountability’ terhadap kejadian yang mengerikan itu.
Ratusan billion ringgit wang dan
harta rakyat telah hilang ‘dilongkang’ kerana kerajaan yang tidak
bertanggungjawab dan ‘accountable’.. Tetapi oleh kerana rakyat begitu pemaaf
maka perkara seperti ini berulang-ulang berlaku kerana kebaikan dan sifat
pemaaf rakyat itu diambil sebagai kelemahan oleh pemimpin-pemimpin kita yang
serong hati dan jiwanya itu. Perlakuan yang menjijikkan itu dilakukan tanpa
segan dan silu seolah-olah tidak ada undang-undang atau syariat agama yang
melarangnya.
Sudah menjadi budaya yang setiap
pemimpin apabila berada dipesada kuasa ‘mencari duit luar’ melalui jawatan dan
kuasa yang dipegang mereka itu sudah menjadi sebati dalam jiwa mereka. Budaya
‘Mencari duit luar’ ini sudah menjadi amalan yang dihalalkan. Inilah yang
menyebabkan pemimpin kita tidak dapat membuat keputusan yang betul walaupun
dasar yang baik itu jelas wujud. Mengimplementasikan dasar yang baik itulah
yang menjadi masalah kerana kepentingan ‘duit luar’ mereka itu mengganggu daya
pertimbangan mereka dalam membuat keputusan yang betul.
Keadaan sekarang sudah terlalu
lama di tanggung oleh rakyat dan rakyat juga ada had kesabaran mereka. Situasi
buruk ini sekarang sudah sampai ketahap yang tidak boleh diubatkan lagi, maka
rakyat wajar membuat keputusan dan tindakan yang sepatuitnya mereka lakukan
sejak lama dahulu. UMNO perlukan perubahan yang drastik kerana jika parti itu
masih membiarkan ‘set’ pimpinan yang ada sekarang masih berkeliaran di
Putrajaya itu maka riwayat parti pemerintah sekarang tidak akan boleh bertahan
lagi.
Selepas ini rakyat mahu UMNO yang
dipimpin oleh ‘set’ yang baru atau memilih parti-parti alternatif yang boleh
diyakini untuk mentadbir negara dengan wajar dan bertimbang rasa terhadap
rakyat.
Ini sahaja lah pilihan yang ada kepada
pemimpin UMNO jika mereka benar-benar mahu melihat UMNO itu terus relevan. Yang
UMNO masih boleh berada di Putrajaya sekarang ini hanyalah perasaan curiga dan
was-was terhadap kemampuan pembangkang kerana di antara mereka masih bercelaru
seperti yang kita baca dan dengar melalui media-media massa sekarang ini.
Rakyat pun tidak mahu
menggantikan dengan pihak yang akan menyumbang nasib yang sama kepada mereka.
Pembangkang perlu menguatkan iltizam dan benar-benar melaksanakan apa yang
mereka laungkan, bukan setakat beretorik dengan isu-isu yang lama dan basi
sahaja.
Jika perjuangan mereka melaungkan
keperbilangan kaum, perlaksanaannya perlu ‘real’ dan bukan hanya tipu helah dan
muslihat yang mengelirukan ramai semata-mata untuk mendapatkan kuasa dan menangguk
di air yang keruh.
Tetapi jika UMNO dapat melakukan
perubahan drastik sekarang ini maka ia merupakan keadaan yang sangat berfaedah
kepada rakyat. Perubahan dan transformasi itu pun perlu benar dan 'real', bukan
setakat berucap dengan gegaran suara yang lantang seperti halalintar yang kuat
sahaja.
Rakyat sudah kenyang dengan tipu
muslihat dan janji kosong semua pihak selama ini. Kali ini siapa yang boleh
berubah dahulu dengan ‘real’ mereka lah yang selayaknya mentadbir negara yang
telah terabai sejak dua tiga dekad yang lalu.
12 comments:
Rakyat Malaysia yang baik hati tu cuma 47% jer. Yang tak baik hati lebih ramai..(kalau dinilai kepada pilihanraya yang lalu0.
Yang saya pelik, tiadakah sesuatu peruntukan di dalam perlembagaan kita yang boleh memecat Perdana Menteri yang gagal? Kenapa mesti menunggu Pedana Menteri memecat dirinya sendiri?
Kalau di dalam mana2 organisasi bahkan kerajaan sendiri, prestasi dinilai melalui KPI, takkah Pedana Menteri tidak perlu melalui proses KPI yang sama, di mana prestasinya mesti di nilai oleh rakyat ? Senang cerita,
wujudkan sistem pemilihan PM sebagaimana pemilihan Presiden di USA dan Indonesia. Rasanya, sudah tiba masanya Malaysia wajib memulakan sistem seperti itu..
Alhamdulillah, mudah handle org Melayu ni. Siapa yg tipu mereka dialah yg orang melayu sokong. Dalam Umno pemimpin baik semua melantung kat luar pimpinan. Yg haprak menjadi pemimpin kita semua.
Baguslah, dah jatuh Umno nanti baru mereka tahu langit tinggi rendahnya. Kata merasa tak tahu, kata org kan?
Saya ajk bhg Umno tetapi saya undi Pas dalam pru lalu....calon Umno kalah ditempat saya. Pru yg akan datang ni pasti kalah lagi....
(sambungan)
Saya ni tuan, kalau lain dari DSAI menjadi PM pilihan, saya berikrar keluar Umno ni.
Tapi pakatan masih mahu anwar nampaknya. Inilah masalah saya, itu sebab tunggu dalam Umno.
Tuan,
47% rakyat yg telah memberi undi kpd BN tersebut bukanlah rakyat yg baik hati tetapi adalh rakyat yg BANGANG. Mereka terdiri drp pengundi d kawasan pendalaman. Mereka lah yg telah memilih pemimpin2 bertaraf bahlol untuk memimpin mereka. Untuk menjayakan agenda bodoh mereka ,pemimpi2 ini akan memilih pegawai2 yg terbangang untuk mengetuai kementerian dan jabatan kerajaan supaya senang d cucuk hidung. Inilah hakikatnya yg rakyat Malaysia kena terima berketuakan pemimpin2 yg BODOH.
Pada hemat saya rakyaat malaysia ni memerhatikan sahaja kecurangan yang dilakukan oleh pemerintah kerana ada nya PDRM dan ATM, sekiranya kedua dua organisasi ini betul betul menjaga kepentingan dan keselamatan rakyaat dan bertindak seadil adilnya sudah tentu kecurangan yang berskala besar ini tidak terjadi
OBA,
kau tunggulah umno sampai kiamat...memang hancusssss....
Salam,
Bro aspan masih mngaharap umno akan berubah ? Sebenar bro ini masih bermimpi di siang hari dan malam pula mngigau . Tdk mngkin berlaku bro, dari era tun m, pak lah, kini najib dgn selogan yg tdk kurang hibat nya, jelas tdk satu perubahan yg berlaku, melainkan perubahan yg jelas mmberikan mnfaat pada rakyat, ia itu UTC.
saya lebih yakin umno dan bn akan tumbng dlm pru 14 nanti. Walau pun umno dan bn akan dpt menolak najib dari kerusi PM, yg di idam2 banyak warlord umno yg ada kini.
Salam terima lah realiti.
perubahan parti tdk akan mnjanamkan msia. Tdk satu nas pun dlm Al quran, umno pada di berikan kepercayaan sepanjang masa .
Macam ini la..saya yakin dah benar..mlaysia bakal hancur..bahkan menjadi negara sperti korea pd tahun 40an dahulu..indonesia yg miskin pun skg makin maju..kalau bangsat2 umno yg dah nak pupus ne masih ada lg memerintah..alamatnya malaysia bakal jd..jwpkan tuan..
OBA
Menarik komen sdra - kalau lain dari DSAI menjadi PM pilihan, saya berikrar keluar Umno ni.
Bolen nyatakan s3bab Anwar tak layak? Siapa sdra rasa yang layak?
Tq
Jalan paling baik untuk menyelesaikan masaalah dalam kerajaan kita ialah dengan menukar semua pemimpin yang tidak mempunyai harga diri dan yang korap. Ada menteri yang sanggup mencium tangan isteri perdana menteri demi menjaga kedudukan. Alangkah rendahnya harga diri nenteri ini!Terimalah pembalasan dan bala dari Allah!
Setuju. Rakyat Malaysia pemaaf orangnya.
Pemimpin juga bodoh kayu.kekadang rakyat tak sedar hak diri sendiri, dari bayar hutang yang dibuat pemimpin bangang bagus lagi duit itu digunakan utk pendidikan anak2 sendiri.
Post a Comment