Sesungguhnya negara kita sudah
terlalu lama terbiar tanpa selanggaraan yang betul serta kerajaan melakukan
segala-galanya ‘for granted’. Tidak ada usaha yang kuat untuk memperkuatkan
intergriti sebuah kerajaan yang mengaku berdaulat ini. Kita dibebankan dengan
berbagai isu yang telah menenggelamkan imej baik negara diperingkat
antarabangsa.
Malaysia dianggap sebagai sebuah
negara yang ‘scandalous’ dalam serba serbinya seolah-olah etika dan
undang-undang tidak dapat mengawal perlakuan seseorang pemimpin terutamanya pemimpin-pemimpin
kerajaan yang berkedudukan tinggi di dalam parti. Bagi pandangan ramai rakyat
yang berfikir, Najib serta semua barisan kabinet beliau adalah dari mereka yang
tidak bertanggungjawab dan tiada seorang pun di kalangan mereka yang memimpin
kerajaan mahu menerima ‘accountability’ atas kesalahan mereka itu.
Najib dan kabinetnya telah gagal
dalam segala bidang dan isu-isu yang menyentuh mereka semuanya yang melibatkan
kerugian kerajaan dan agensi-agensinya dalam ribuan juta ringgit. Dalam pada
terlibat dengan perlakuan rasuah dan salah guna kuasa masih ada diantara
pemimpin-pemimpin terutamanya dalam kabinet yang begitu berselera untuk menjadi
Perdana Menteri jika Najib terpaksa berundur. Sebagai sebuah kabinet yang
gagal, maka tidak sepatutnya ada diantara mereka yang dibolehkan untuk
menggantikan Najib. Mereka adalah lantikan Najib dan jika Najib terpaksa atau
dipaksa bersara maka seluruh anggota kabinet lantikan beliau sepatutnya
berundur sama.
Ramai tidak dapat membayangkan
bagaimana Muhyiddin akan lakukan jika beliau yang mengambil alih kerajaan ini. Lebih
lagi kerisauan ramai jika pemimpin seperti Ahmad Zahid Hamidi dijadikan
pengganti. Keadaan di bawah penggantinya seperti Muhyiddin atau Zahid Hamidi lebih menakutkan lagi daripada ketakutan
terhadap kepimpinan Najib. Nama-nama pemimpin yang berselera ini amat
menggerunkan sesiapa yang memahami nilai politik dan siasah negara dengan
betul. Mereka ini adalah ahli kepada barisan kabinet yang telah menghancurkan
negara kita dan tidak ada sebab mereka boleh mengakui berkelayakan untuk memikul
tugas untuk memperbaiki negara ini.
Rakyat tidak mahu lagi terpompong
dengan budaya songsang politik negara di bawah pemimpin yang sama budayanya dan
ini tidak akan memperbaiki keadaan, malahan ia akan lebih menjurumuskan kita ke dalam jurang yang lebih dalam lagi. Jika mereka sudah terbiasa bersama budaya
pimpinan Najib maka mereka ini tidak akan berupaya untuk memulakan perubahan
kepada negara. Menggantikan Najib tidak akan
membawa apa-apa makna jika beliau digantikan dengan kepimpinan yang
dibentuk oleh Najib sendiri.
Elok kita tanya Muhyiddin atau
Ahmad Zahid Hamidi, apakah sebenarnya perubahan yang negara perlukan? Apakah
yang ada dalam pemikiran dan bayangan perubahan-perubahan yang kedua-dua
pemimpin ini akan lakukan jika mereka ini dapat dijadikan oleh setengah pihak
untuk menggantikan Najib? Apakah yang mereka ada dalam kepandaian mereka untuk
menyelesaikan masalah dengan dua buah negeri Malaysia timur, Sabah dan Sarawak
yang kini merasakan mereka seolah-olah dijajah oleh Semenanjung? Apakah
pemimpin-pemimpin ini mampu untuk menyelesaikan tuntutan Sabah dan Sarawak
untuk menjadikan mereka ‘equal partners’ dengan Persekutuan Tanah Melayu (Semenanjung)?
Apakah penyelesaian yang mereka
ini dapat lakukan untuk menyelesaikan tuntutan kedua-dua buah negeri timur ini
serta negeri-negeri pantai timur Semenanjung tentang pulangan terhadap hasil
minyak untuk mereka dan apakah pindaan-pindaan terhadap ‘Vestine Deeds’ yang
mereka tanda tangani dengan Petronas pada tahun 1975 dahulu?
Apakah Muhyiddin dengan stigma ‘Malay
first, the rest second’ yang melekat di dada beliau itu mampu untuk memperbaiki
perhubungan antara kaum yang sudah sampai ke peringkat meruncing sekarang ini?
Kita mesti ingat Malaysia diduduki serta didiami oleh berbagai kaum dan etnik dan
mencari ‘formula’ kepada perpaduan negara itu memerlukan seorang yang
berpengalaman dan memahami denyut jantung semua kaum di negara ini.
Bagaimana penyelesaian terhadap
ekonomi negara yang amat meragukan sekarang ini. Kita tidak boleh sentiasa
menyalahkan keadaan dan pengaruh ekonomi dunia untuk menutup kelemahan pimpinan
kita dalam isu kejatuhan ekonomi negara ini. Negara memerlukan teknokrat yang
berkepimpinan politik bersama dalam dirinya untuk membuat perancangan untuk
menyelesaikan masalah besar ini dengan membawa sekali kemampuan untuk
menyesuaikannya dengan kehendak politik dan siasah negara.
Ingat, kita memerlukan usaha ‘reengineering’
politik dan ekonomi negara dan mempastikan kita tidak berkelahi diantara satu
kaum dengan kaum yang lain kerana perebutan kuasa politik dan ekonomi.
Akhir sekali kita perlu hapuskan sistem
politik dalam mana ia dikuasai oleh ‘warlords’ yang tidak bertanggungjawab yang
menggunakan isu benar yang kita hadapi yang dilakukan oleh Najib dengan
menukarnya dengan pemimpin yang berbudaya sama untuk menjadikan mereka sentiasa
relevan untuk mempergunakannya untuk memimpin secara proxy yang begitu nyata
pada hari ini.
Kita ketandusan untuk mendapatkan
kepimpinan yang boleh merancang untuk kepentingan rakyat dan negara dan
mewariskan kepimpinan yang baik itu kepada pemimpin lain dan tidak perlu lagi
masuk campur dengan urusan kepimpinan yang diwarisinya apabila beliau bersara
dari politik nanti.
Untuk semuanya itu kita
memerlukan seorang pemimpin yang berjiwa besar dan yakin untuk hidup dalam
persaraan tanpa gundah terhadap mereka yang mewarisi kepimpinannya selepas
persaraannya nanti. Kita selama ini dipimpin oleh pemimpin yang berjiwa fakir
dan itulah sebabnya kita menyaksikan berbagai perkara buruk yang dilakukan oleh
pemimpin-pemimpin yang berjiwa fakir ini.
Pendeknya Najib wajib bersara dan
diganti dengan pemimpin yang tidak mempunyai peranan dalam kabinet yang telah
memporak-perandakan negara kita selama ini. Persaraan Najib itu dimestikan
kerana kita rakyat Malaysia ingin juga merasakan yang kita mempunyai kepimpinan
yang bersih dari ancaman persepsi buruk untuk kita banggakan di peringkat
antarabangsa.
5 comments:
Saudara AA
Semoga Syawal ini, pemimpin yang berwibawa dan berintegriti dapat wujud di negara kita dan suasana politik menjadi tidak berpartisan.
Selamat Hari Raya.
Salam Aspan
Satu pencerahan yang baik, saya setuju sangat mengenai pendapat serta soalan2 yang di ajukan kepada barisan menteri yang ada sekarang ini.
RJ
Najib tak perlu disuruh letak jawatan kerana kalau dia ada intergriti dan maruah dia akan pergi sendiri dan kita tengok kalau tak letak jawatan kita tunggu pilihan raya untuk dibersihkan semuanya untuk ditalkinkan . Kalau diSingapura , diAustralia ,diJepun ,diEngland perkara kecil berlaku pemimpinnya bolih letak jawatan takkan yang libatkan berbelion2 ringgit dan nyawa ...tak sedia letak jawatan.Kalau dia terima hakitat that he has failed then he must resign and allow Mahyudin take over the leadership based on the established model. Other changes can be made at coming UMNO branch ,bahagian and perhimpunan UMNO .This is the proper way based on our established and accepted model ditambah pula orang melayu ni dengan penuh dengan budaya lemah lembut bersopan berbudi bahasa tentulah terasa dan tersinggung apabila diungkit secara menyeluruh dan berterusan... Drastic changes may not be possible because the structure is such that every branch chairman has enjoyed certain benifits eg as JKKK etc...The states not under BN controlled can take drastic action either by proposing for Najib resignation if unsuccessful they should proposed to dissolve the branch .
Once Mahyuddin takes over he has to carry out ethnic cleansing of all hopeless and corrupted UMNO leaders and corrupted goverment servants based on his approach "Malay first and later others " .If he has the guts to do this he can rule the country for next 100 years and I am very certain the rakyat will all the way behind him...
Tapi kalau sama juga tanpa pembersihan eloklah rakyat suarakan supaya kabinet melayu letak jawatan untuk diserahkan kepada Ku Li...yang saya yakin ini munkin mustahil berlaku.
Kalau duit MARA, duit 1MDB,duit TH ,duit FGV mereka sapu saya tak tahu apa punya makhluk mereka2 tu dan masih ada guts nak terus perentah .Yang malu bukan pemimpin tapi adalah rakyat biasa nak letak muka kat mana terutama apabila melawat negara2 asing kerana inilah yang mereka bangkitkan kerana mereka beranggapan inilah rupa makhluk yang paling tak berguna kerana membenar dan menyokong setiap perkara keji dilakukan olih pemimpin . Macam FGV berniaga rugi memang dijangkan kerana mengapa lanun disuruh jaga duit tetapi yang memalukan duit yang ada diusahan untuk disonglap macam belian bangunan hotel diLondon dan PD .Bila siasat belum menyeluruh tetapi dah sahkan tidak ada kes . Rakyat bukan bodoh macam orang UMNO jadi janganlah buat perkara yang rakyat bila dengar atau tengok muka pemimpin siang2 dah tahu memang songlap tu berlaku .Ini kita belum bercakap tentang tender2 FELDA dan FGV yang lain2 yang diuruskan olih makhluk yang sama dibuat konon secara terbuka dan telus...Ini kita belum cakap berapa juta kerugian ditanggung olih badan2 berkanun dan rakyat lanjutan kejatuhan saham FGV dari IPO rm4.50 ke rm1.60 . MARA dah terperangkap dengan sistem kewangan Australia jadi kita sama2 tengok macam mana lanun Malaysia bersilat dihadapan undang2 Australia . Sistem kewangan Malaysia bawah bank negara berbelion ringgit duit 1MBD tak nampak dan jika gajah depan mata tak nampak jangan harap kuman seberang lautan bolih nampak...ini kerja gila...
Semua kelemahan ini perlu diatasi cuma samaada pemimpin2 sekarang mahu atasi atau diambil kesempatan darinya .Besar kemungkinan kalau dari kelompok yang sama dan ramai suarakan tidak akan ada perubahan berlaku kerana mereka berpegang kepada akidah yang sama...Wallah hu Alaam...
Rahman Dahlan tu patut dikirapkan dulu. Manusia parasit macam dia ni yang banyak merosakkan parti dan negara kita ni.
Salam Sdr. Aspan
DS Najib tidak akan melepaskan jawatan PM dan Presiden UMNO sebaliknya akan berjuang habis-habisan untuk kekal berkuasa. Beliau akan melakukan dan bertindak dengan apa cara kepada mana mana individu atau parti yang cuba mengamcam kedudukan beliau, isterinya dan penyokong tegarnya. Sebenarnya beliau sudah pun bertindak sedemikian semenjak dari mula isu 1MDB dan akaunnya peribadinya didedahkan. Segala dakwaan terhadapnya di tolak bulat bulat tak ubah seperti mencampaknya ke dalam bakul sampah. Alasan alasan, itu pun jika perlu sangat untuk diberikan, akan dibuat sekadar alasan saja tanpa menghirau samaada ianya logik atau tidak. Apa yg lebih penting adalah untuk membuat pengumuman kepada rakyat bahawa dakwaan dakwaan yang di buat ke atasnya semuanya palsu belaka bertujuan untuk mengkianati dan menjatuhkan beliau, kononnya.
Sebab sebab beliau mampu menolak segala dakwaan secara membuta tuli adalah kerana KPN serta kedua dua AG senantisa bersedia memberi perlidungan demi menentukan Najib tidak diganggu gugat. Najib kini bukan Najib yg kita kenali dulu. Najib kini adalah seorang Taiko.
Sebab utama yg beliau bertekad untuk terus berkuasa adalah tidak lain tidak bukan bagi mengelak beliau, isterinya, dan lain lain lagi berdepan dengan tindakan undang. Mana mungkin beliau dapat akhirnya menjalani hidup serta isterinya berakhir di penjara. Tak mungkin, tak mungkin, tak mungkin......
Sudah di congaknya - undur penjara, kedepan pun penjara, sudah tentulah pilih kedepan. Dan, untuk selamat ke depan dengan kemampuan yg ada adalah dengan memimpin Negara melalui pentabiran secara diktator. Malah akhir akhir ini tanpa kita sedari sudah banyak trial run sudah di jalankan dan semua dakwaan langsung tidak tembus. Sebaliknya HM akan memburu individu individu yang membuat angkara. Semuanya ini dalam genggaman Najib jika ada duit dan kuasa. Tidak perlu lagi akta itu dan ini. Banyak cakap aje ke dalam. Tanpa mengira siapalah.
Kalau di perhatikan juga, Najib tidak banyak menampil dirinya akhir akhir ini, org sekelilingnya sahaja yang ke depan. Dia boleh tadbir negara secara tekan butang sahaja sambil melancung sana sini.
Siapa sangka Malaysia boleh ke arah kepimpinan diktator.
Post a Comment