01 August 2015

Diantara pelapik-pelapik baru dengan pelapik-pelapik pencen

Sekali fikir apa yang dialami oleh Muhyiddin sekarang adalah disebabkan sikap dan tindakan beliau yang membenarkan dirinya dipergunakan untuk kepentingan orang lain. Akhirnya beliau terhumban ketepi juga kerana memberikan sokongan dan sanggup dirinya dipermainkan oleh orang lain juga. Setengah pemikiran politik yang saya dengar bercakap Muhyiddin terbuang disebabkan oleh orang yang sama juga. 

Beliau adalah orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan Abdullah Badawi. Beliau menolak Abdullah Badawi dengan berhempas pulas bukan kerana Abdullah Badawi melakukan kesalahan kepada beliau, tetapi kerana Dr Mahathir tidak mahu melihat Abdullah terus mentadbir negara. Justeru Muhyiddin telah digunakan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir semasa itu untuk menurunkan Abdullah untuk menaikkan Najib sebagai pengganti kepada Abdullah.

Mahathir mahukan dirinya dibawa berunding di dalam semua hal pentadbiran negara setelah beliau meletakkan jawatan dan bersara setelah menjadi PM selama lebih dari dua dekad. Mahathir kecewa dengan sikap Abdullah seolah-olah tidak memahami yang beliau dinaikkan oleh Mahathir untuk menjadi proxi kepada beliau. Mahathir tidak tahan rasa kesunyian dalam persaraan. 

Abdullah berdegil dengan Mahathir maka Muhyiddinlah yang dirundingkan untuk menjatuhkan Abdullah dan menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri yang baru dan Muhyiddin yang ketika itu seorang Naib Presiden menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Tetapi Najib juga tidak mahu beliau dijadikan proxi kepada Mahathir maka dalam tempoh setahun lebih Najib juga menjadi sasaran Dr Mahathir kerana kedegilan beliau seperti Abdullah dulu juga. Ditambah pula dengan sikap Najib yang dipersepsikan ramai sebagai pemimpin yang tidak jujur dan amanah maka ia menjadi satu alasan yang begitu 'convenient' bagi Dr Mahathir untuk memulakan usaha untuk menjatuhkan Najib pula. 

Mahathir telah membawa berbagai-bagai isu yang real terhadap Najib dan isu-isu yang dibawa ke tengah oleh Mahathir merupakan isu yang jelas benar tetapi yang lebih menyedihkan Mahathir ialah beliau telah gagal untuk mencari pengganti-pengganti beliau yang mahu mengikut telunjuknya dari luar.

Kali ini Muhyiddin sendiri telah dijadikan umpan untuk menjatuhkan Najib dan akhirnya Muhyiddin menjadi mangsa keadaan dan dipecat pula oleh Najib dari menjawat jawatan dalam kerajaan khususnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Muhyiddin dianggap oleh Najib sebagai 'conduit' Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib dan setelah keadaan mula panas ramailah yang bermain kayu tiga politik untuk mengambil kesempatan menaikkan diri masing-masing dalam kerajaan. 

Zahid Hamidi yang begitu senyap dalam isu 1MDB telah dengan senyap bermain politik untuk dirinya. Berita kencang yang mengatakan Zahid akan menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Muhyiddin adalah Perdana Menterinya. Dalam keadaan tertekan maka Najib telah membuang Muhyiddin dan mengambil Zahid sebagai Timbalan beliau dan Muhyiddin telah terduduk melihat jawatannya diambil alih oleh orang yang sepatutnya menjadi Timbalan kepada beliau setelah beliau menjadi Perdana Menteri. Nyata Zahid pandai membaca keadaan dan senario politik terkini dan beliau mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi beliau.

Muhyiddin menjadi mangsa dan Najib kini merasakan beliau boleh menutup segala-gala kecurangan beliau terhadap negara dengan adanya Zahid sebagai Timbalan kepada beliau. Kini Zahid pula menjadi 'conduit' kepada Najib dan beliau sanggup bersama-sama menutup segala kecurangan Najib dari pengetahuan umum.

Kini Kabinet Najib tidak memberikan fokus untuk mentadbir dan membangunkan negara. Segala ahli Kabinet beliau mempunyai satu tugas penting, iaitu untuk menutup dan menjadi pendinding kepada semua kesalahan Najib. Zahid dan yang lain dalam kabinet bukannya dijadikan pelapis kepada kepimpinan Najib tetapi sebaliknya dijadikan pelapik kepada kepimpinannya. Zahid bukan pelapis, Khairy bukan pelapis tetapi sebaliknya mereka ini semua telah dijadikan pelapik kepada kecurangan Najib sebagai Perdana Menteri.

Pendeknya barisan kabinet hari ini adalah barisan pelapik kepada kabinet dan Perdana Menteri yang kotor ini. Sekarang ini kita mendengar di sana sini ada sahaja yang bertindak untuk menunjukkan sokongan terhadap Muhyiddin. tetapi percayalah sokongan itu tidak lama kerana Najib akan melakukan segala usaha untuk menekan sesiapa yang menyokong Muhyiddin. 

Muhyiddin yang selama ini bersama-sama menjadi pelapik kepada Najib kini beliau hanya berada sebagai seorang pelapik pencen sahaja. Najib tidak ada pelapis. Semua yang ada di sekeliling beliau adalah pelapik beliau semata-mata. Najib memerlukan ramai pelapik-pelapik untuk menutup semua kemungkaran politik dan ekonomi beliau terhadap rakyat dan negara.

Mahathir dulu pun begitu. Beliau tidak pernah menggilap pemimpin untuk menggantikan beliau, di sebaliknya beliau hanya memilih untuk dikelilingi oleh pelapik-pelapik kepada beliau sahaja. Blog ini selalu mengingati isu ini tetapi saya secara peribadi mendapat hamunan dari banyak pihak.

Sekarang 'ambik kau'. Nasi sudah hampir menjadi bubur. Semua pelapik-pelapik yang lama dan yang baru dilantik ini bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku sekarang ini. Muhyiddin ini 'sudah terhantuk' baru tengadah kata orang tua-tua. 

8 comments:

Anonymous said...

BAGI SAYA ALLAH BAGIKAN KITA OTAK SURUH FIKIR, MUHYIDDIN MESTI FIKIR APA YANG PERLU DIBUAT PERKARA YANG BAIK ATAU BURUK, TIDAK LOGIK JIKA DIA IKUT TELUNJUK DARIPADA MAHATHIR, KALAU DIA IKUT TIDAK IKUT PUN TIDAK ADA UNTUNG BAGI MAHATHIR, KEMUNGKINAN CEPAT NAK JADI PM, ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.

Anonymous said...

Tak apalah pelapik pun pelapiklah asalkan Najib beri BRIM hasil samun harta rakyat $42 billion. Hudud Hadi pun telah bersetuju agar tangan Najib tidak di potong. PAS pun dapat sedikit habuan agaknya dari harta rampasan dan memeras keringat rakyat.Hanya Jihadist Syria boleh membela rakyat dan menghapus gerombolan perompak perompak ini.

tebing tinggi said...

Mahyudin ni dha senior dalam politik , mengatakan Mahyudin dipergunakan , adalah sangat jangal dan memperbodohkan beliau.

Kobou Den pon pandei pilih mana daun yong boik ,tolak yang tak elok .

Anonymous said...

Pelapik kayu

XUMNO said...

Bukan saja Kabinet terdiri daripada pelapik kayu mati. ramai pula yang jadi terompah kayu bila dilantik jadi menteri dan timbalan. Dari lantang mengkritik Najib, tiba2 berubah jadi penyokong totok Najib. Begitulah perangai manusia sesumpah, berubah warna mengikut tempat hinggap. Mahyuddin hinggap pada pokok salah, atau adakah ia satu kifarah atas tindakan2 lalu terhadap Anwar dan Abdullah Badawi?

awang batuburok said...


Salam Tuan AA,

Sekarang semakin ramai ahli-ahli politik Terompah Kayu yang mudah dipergunakan sebagai pelapik kaki oleh orang yang berkuasa.....

Anonymous said...

Tahniah Mahyuddin atas menyatakan kebenaran....ini namanya perjuangan ...bukannya bila disuap duit langsung berubah ....ini adalah kehancuran...inilah yang melanda UMNO perjuangan berlandaskan habuan...tetapi bohongi rakyat untuk melayulah untuk islamlah untuk bangsalah....untuk pancing undi melayu dari kalangan kampung tradisi dan yang katak bawah tempurung ....Tetapi penyokong ini dah berkurangan dan lari kerana tak bolih terima temberang UMNO ..
kalau bolih ikut ragam dan dasar penipu tu memang layak untuk pegang pelapik . Ketuanya tak ada apa2 ijazah tetapi perlapisnya ada PhD tapi punya akidah yang satu...semua bisa diurus..
Tahniah Mahyuddin aturlah strategi untuk hapuskan pengkhianat2 dan pengikut2nya ......

kampong lad said...

adakah pakdin tak reti politik? pak lah letak jawatan kerana che det's personal interest & pakdin jadi enabler. najib disaran letak jawatan pun kerana che det tak puas hati tapi kali ni pakdin yg jadi mangsa.

apakah pakdin dah lupa bila pak lah jadi pm, dia berhasrat melantik pak din jadi timbalan hanya disekat oleh che det? apa salah pak lah kpd pak din sampai sanggup jadi alat kpd che det yg reject pakdin jadi timbalan?

memang he deserved it.