Apabila kita berfikir tentang
Najib dan kroninya menjawab persoalan orang ramai yang beliau hadapi, kita
merasakan yang Najib sebenarnya sedang melaksanakan apa yang dikatakan sebagi ‘if
you are not able to give straight answers confuse them’. Berbagai-bagai jawapan
yang kita dengar, walaupun hakikatnya kita tahu ia hanya mempunyai satu jawapan.
Dalam soalan ‘derma politik’ sebanyak RM2.6 billion yang masuk kedalam akaun
peribadi beliau itu, berbagai-bagai jawapan yang telah diberikan oleh
penyokong-penyokongnya temasuk dari beliau sendiri.
Ada yang berkata itu hanyalah
derma dari rakannya dari Timur Tengah dan ada yang menjawabnya dengan
mengatakan tidak salah jika ia diberikan sebagai hadiah peribadi untuk Najib.
Ketua Bahagian Kepong telah memberikan jawapan yang baru, iaitu ia adalah derma
dari Raja Saudi. Jumlah derma itu adalah terlalu besar dan sudah diketahui
umum. Ramai yang berpendapat yang jawapan itu hanya untuk mengalihkan pandangan
ramai terhadap tuduhan yang wang sejumlah yang besar itu datangnya dari 1MDB
yang telah melalui berbagai saluran sebelum ia akhirnya sampai kepada akaun
peribadi Najib, orang yang mempunyai suara muktamad dalam apa-apa yang
dilakukan
Isu derma yang berbillion ringgit
ini timbul semasa kehilangan wang 1MDB yang beribu juta ringgit yang sehingga
hari ini tidak mendapat jawapan yang sahih dari orang yang paling berpengaruh
dalam 1MDB itu. Mahu tidak mahu Najib terpaksa menerima hakikat yang tuduhan
terhadap beliau yang wang derma sebanyak RM2.6 billion itu berasal dari wang
1MDB. Najib boleh membawa semua orang untuk melibatkan undang-undang dan
berbagai cara untuk melindungi jawapan sebenarnya tetapi itu cerita yang lain.
Selagi Najib tidak dapat menjawab dengan tepat dari mana RM2.6 billion itu
datangnya selagi itulah persepsi masyarakat itu tetap dengan andaian yang wang
itu datangnya dari 1MDB.
Yang pentingnya sekarang Najib
wajar menjawab apa yang tertanya-tanya oleh naluri orang ramai itu, bukannya
dengan memberikan jawapan seperti belum selesainya ‘investigations’ terhadap
isu itu. Lagi pula penyiasatan terhadap isu ini diganggu oleh Najib sendiri
dengan memindahkan pegawai yang menyiasat itu dari jabatan ini ke jabatan itu
dan ini merupakan tindakan ‘displacements’ terhadap penyiasatan itu. Seperti
yang saya sebutkan tadi, Najib perlu memberikan jawapan kepada apa yang
terpahat di dalam naluri orang ramai itu. Kita perlu akui yang politik itu ‘is
about perceptions’ dan tidak seharusnya dinafikan oleh sesiapa.
Bagi saya yang terpenting
sekarang isu memperbaiki persepsi buruk rakyat terhadap kepimpinan Najib itu
tidak dapat dipulihkan lagi kerana rakyat berpendapat dan mempunyai persepsi
yang Najib terpaksa berbohong untuk menutup bohongnya yang sebelum itu. Itu sebabnya rakyat mahukan perubahan
kepimpinan walaupun ia masih dalam kepimpinan BN atau UMNO. Rakyat tidak
sejahat itu untuk membunuh UMNO itu. Tetapi masalahnya ditubuh UMNO itu melekat
pemimpin-pemimpin yang tidak berwibawa dan tidak mempunyai ‘finesse’ yang
secukupnya untuk dihormati sebagai pemimpin.
Sekarang ini perasaan rakyat
bertambah takut lagi. Setelah mereka merasakan yang Najib akhirnya akan
berhenti dan bersara, keadaan politik yang tidak stabil ini akan berterusan
dengan adanya Ahmad Zahid Hamidi yang sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri
telah menunjukkan siapa beliau yang sebenarnya. Jika Najib berhenti Zahid mahu
mengambil alih dan beliau ini (Zahid) bukanlah orang mempunyai ‘allegiance’
yang kuat terhadap parti dan negara.
Kenyataan-kenyataan sombong yang
terselit dengan elemen gertak menggertak di dalam ucapan dan kata-katanya ini
akan hanya menambah dan menyambung keresahan dan kekeliruan rakyat di masa
depan. Blog ini telah puluhan kali menyebut yang budaya dalam kepimpinan UMNO
ini sudah begitu rosak sehinggakan tiada siapa di kalangan yang berada di dalam
kepimpinan tertinggi parti atau kabinet itu layak untuk diberikan tanggungjawab
memperbaiki negara ini. Zahid hanya mementingkan diri untuk mempastikan yang
beliau akan mengambil alih kepimpinan Najib ‘and there is no change there. If
there is any it will be a change for the worst’. Banyak diantara tindakan dan
kata-kata beliau yang melemahkan pandangan dan persepsi rakyat terhadap Najib
itu sendiri.
Ingat kata-kata ini, yang boleh
menjatuhkan Najib itu bukan musuhnya. Yang akan menjatuhkan Najib ialah orang
yang hampir dengan beliau. Orang yang memeluk Najib dan menggosok belakang
Najib itu hanya untuk mencari tempat yang lembut dibelakang Najib untuk ditikam
sahaja. Harimau yang mengaum di depan kita kurang bahayanya kerana kita boleh
berikhtiar membunuhnya, tetapi harimau yang paling bahaya ialah harimau yang
menghendap menunggu untuk menerkam beliau (Najib) itu. Ramai orang menelah yang
tengkok Najib akan diterkam oleh harimau belaan beliau sendiri. Dalilnya sudah nampak
sedikit sebanyak dan meyakinkan orang ramai.
Apa pun Najib diyakini tidak akan
kekal lama tetapi masalah negara akan kekal berterusan jika Zahid dan yang
sejenisnya menjadi alternatif kepada Najib dan impian ramai untuk hidup dalam
politik dan siasah yang lebih baik tidak akan tercapai
Sekian.
NB. Hanya untuk pengetahuan yang tidak sempat melihat pasaran wang antarabangsa, semasa saya menulis artikel ini ringgit sudah mencecah 4.23 berbanding dengan satu dollar Amerika. Menakutkan?
Sekian.
NB. Hanya untuk pengetahuan yang tidak sempat melihat pasaran wang antarabangsa, semasa saya menulis artikel ini ringgit sudah mencecah 4.23 berbanding dengan satu dollar Amerika. Menakutkan?
6 comments:
Masa duduk jaga Kementah dulu mamat ni dah rembat US$1b untuk beli dua biji tukun Scorpane. Bila jadi PM tak tau dah berapa banyak Malaysia digadai olehnya. Tanah KTMB di Tanjung Pagar adalah lebih mahal harganya dari tanah di Bukit Bintang, tidak siapapun yang tahu berapa ringgit Singapura sudah di bayar kepadanya, sebab proses itu dibuat semasa dia laki bini ke singapura semasa itu. Sepatutnya satu referandum perlu dibuat sebelum keputusan dibuat. Kabinet juga tidak boleh membuat keputusan sebab ianya hak milik rakyat Malaysia, bukan milik Umno/BN..... Najib perlu dibicarakan di mahkamah rakyat, dia telah menyamun harta negara. Dia menganggap Malaysia adalah kepunyaan peribadinya. Kesemua penguatkuasa adalah sebagai orang suruhannya. Tindakan beliau telah memaparkan sikap seorang yang sudah tidak waras lagi dan satu pemeriksaan perubatan mesti dilakukan terhadap beliau agar Malaysia bukan diperintah oleh seorang yang sakit jiwa...............
Semua rakyat tahu bahawa semua ucapan Najib dah tak bolih masuk kepala lagi kerana dah bercelaru dan mengelirukan dengan berbagai andaian dibuat atas penerimaan rm2.6 billion kedalam akanun peribadinya. Kalau kita uji terimaan itu dengan tiga akta iaitu Akta Cukai Pendapatan ,Akta anti Rasuah,Akta Pengubahan Wang tentu tak lepas bukan sahaja dikenakan cukai tetapi juga berkemungkinan besar keSungai Buloh .
Dalam amalan biasa penggantinya adalah timbalannya yang masih bolih diterima tetapi tentu diatu lebih berhati tidak mengugut seperti sekarang melalak kehulu kehilir tapi rakyat dah tak hairan. Sekarang barulah rakyat tahu apa maana ringgit jatuh tapi dah terlambat kerana nasi dah jadi bubur. TPPA bila ditandatangani akan himpit lagi rakyat bukan dengan harga perubatan lebih mahal tetapi tender kerajaan untuk bumiputra diberhentikan tetapi juga apa2 perkara2 berkaitan menunjukkan keistimewaan kepada sesuatu kaum. Jadi kempen pilihan raya tidak timbul untuk bangsa atau untuk ugama.Jadi apa agaknya modal untuk umno kempenkan kerana modal temberangnya dikunci kuat2 diNew York. Indonesia Dan Thailand siang2 dah keluar dari TPPA tapi Tok Pa tak tahulah mengapa ego sangat besok yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran....
Read what RPK writes.... I think he is drunk.
Read our lips...
Malays will not die if umngok dies.
Malays will not eat grass if Najis goes.
Malays are not stupid.
Dalam Quran, setiap pemimpin adalah amanah rakyat tidak kira apa jenis pangkat. Kalau pemimpin amanah kita sokong penuh. Kalau pemimpin tidak amanah kita mesti perbetulkan keadaan.
Untuk lebih mudah memahami perjuangan untuk rakyat sila lihat khazanah filem dunia Melayu kita sendiri :
1. https://www.youtube.com/watch?v=eCgCIpPNOZo
2. https://www.youtube.com/watch?v=X8yMYJ7CO9c
3. https://www.youtube.com/watch?v=BddCXJwHswA
4. https://www.youtube.com/watch?v=lIyl0ToTNUQ
Mata pena, skrip, filem dsb boleh menyedrkan rakyat.
Najib is getting good at this game of removing threats before becoming a problem and turning the threats into his favour. A good example is of his Nazir's appointment into his economic committee. Wonder who are his backroom advisers?
Post a Comment