24 October 2015

Najib telah hilang kelayakan sebelum beliau menjadi Perdana Menteri lagi

Jika negara kita dan kepimpinannya mengambil etika dan moral sebagai penentu kepada kewibawaannya untuk terus memimpin atau bersara, negara kita tidak akan berada dalam situasi yang kita alami sekarang. Sesungguhnya Najib dan ramai lagi yang berada dipesada kepimpinan negara kita sekarang sepatutnya tidak berada diatas itu dari dahulu lagi.

Menjadi pemimpin bukannya perkara mudah terutamanya bagi sebuah negara yang berdaulat dan maju. Seseorang yang hendak menjadi pemimpin mesti bersih dari isu peribadi yang buruk kerana peribadinya itu akan membuahkan persepsi samada baik atau buruk bagi seseorang yang memimpin itu. Persepsi buruk terhadap pemimpin utama itu akan membuatkan negara tidak dihormati oleh masyarakat antarabangsa dan ia juga akan membawa padah yang tidak baik bagi negara dan rakyat di dalamnya.

Di sini kita telah lalai dan tidak mengambil perhatian tentang etika dan moral ini walhal negara kita lah yang paling hampir kepada moral dan etika yang tinggi semasa kita mula-mula mendapat kemerdekaan dahulu. Kita telah menjadi negara utama bagi Asia dan Asia Timur. Kita lebih maju dari Korea pada suatu ketika dahulu tetapi sekarang kita telah diletakkan di belakang Vietnam dan banyak negara membangun yang lain.

Najib terpalit dengan isu-isu mungkar lama sebelum beliau dijadikan Perdana Menteri dan ramai yang berfikir kenapa Najib lepas dari halangan untuk menjadi pemimpin utama walaupun beliau telah dipersepsikan sebagai seorang pemimpin yang tidak bersih yang diperlukan untuk memimpin sebuah negara berdaulat yang sedang berada dalam proses membangun yang pesat suatu ketika dahulu.

Isu besar yang dipalitkan terhadap beliau sepatutnya tidak melayakkan beliau memanjat tangga kepimpinan negara kerana itulah etika sebenarnya yang perlu kita semua terima untuk memimpin. Isu pembunuhan Altantuya, isu Scorpene dan berbagai-bagai lagi telah melekat kepada batang tubuh Najib dan menjadi stigma yang payah untuk di hilangkan. Tetapi ramai pemimpin UMNO terutamanya 'warlords' UMNO tidak mengindahkan etika dan moral seseorang yang hendak dijadikan pemimpin itu. 'Warlords' UMNO yang berpengaruh tidak menggunakan pengaruh mereka untuk memilih pemimpin yang bersih tetapi memilih untuk menaikkan pemimpin yang boleh bersama dan selari dengan kemahuan peribadi mereka sendiri.

Akhirnya inilah yang kita hadapi. Kita telah mendapat pemimpin yang tidak langsung memahami perasaan rakyat. Muka-muka tebal mereka tidak mempedulikan moral dan etika-etika penting bagi seseorang pemimpin yang baik untuk sesebuah negara. Apa yang berlaku dalam kepimpinan Najib ini sebenarnya bukan perkara yang 'unpredictable'. 

Najib telah dipersepsikan sebagai pemimpin yang lalai dan tidak menjadikan moral dan etika itu isu penting untuk menjadi pemimpin. Kalau beliau mempunyai moral dan etika kepimpinan yang baik dari dahulu lagi beliau tidak akan berusaha untuk menjadi Perdana Menteri, dan 'warlords' yang menaikkan beliau ketahap kepimpinan tertinggi itu tidak akan menyokong untuk menaikkan Najib ini.

Dengan sikap yang ditunjukkan oleh Najib dan barisan kepimpinan beliau sekarang ini, sepatutnya menjadi pelajaran kepada semua mereka yang berpengaruh dan bertanggungjawab menaikkan pemimpin seperti Najib ini. Kita perlu serius dan jangan bermain-main dalam memilih dan menaikkan pemimpin ini. Kita tidak boleh memilih hanya orang yang boleh bersesuaian dengan kita sahaja. Pemimpin perlu dipilih dari mereka yang berkemampuan untuk membina negara dan rakyat dan bukannya pemimpin yang kita rasakan boleh kita pengaruhi semasa mereka memimpin. 

Jika kita memilih pemimpin yang kita rasakan boleh mendengar cakap kita sahaja maka negara akan menjadi kucar kacir kerana pemimpin seperti ini selalunya adalah pemimpin yang lemah dan tidak boleh dipercayai. Akhirnya apa yang kita hajati itu pun tidak akan tercapai kerana mereka akan lebih menumpukan kepada keseronokan menjadi pemimpin yang beliau tidak pernah layak untuk memegangnya. Contohnya Mahathir sekarang menjadi buruan oleh 'protege' nya yang beliau didik dan jadikan Perdana Menteri sekarang ini.

Akhirnya Dr Mahathir di siasat oleh pihak berkuasa dengan berbagai-bagai tuduhan sedangkan semua orang tahu apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir untuk mengenepikan Najib itu adalah usaha yang sepatutnya mendapat sokongan kerana lagi lama Najib bergayut kepada kuasa lagi besar musibah yang akan rakyat rasakan nanti.

Najib sebaliknya menuduh pemimpin yang ingin beliau berundur itu sebagai 'api dalam sekam,' dan 'gunting dalam lipatan' seperti yang beliau sebut semasa membentangkan bajet 2016 semalam.

Bagi saya sebelum Najib melemparkan tuduhan seperti itu beliau kena sedar yang beliau telah sebenarnya 'api dalam sekam' atau 'gunting dalam lipatan' itu. Beliau telah di amanahkan memimpin negara dengan baik tetapi beliau menggunting dalam lipatan dengan mengambil kesempatan dengan kuasa untuk menjadi kaya raya dan tidak mempedulikan parti dan kerajaan yang beliau pimpin.

Beliau terus dan terus menggunting dalam lipatan. Akhirnya kita rasakan sekarang musibah kepimpinan beliau ini dan beliau masih menebalkan muka untuk terus memerintah walaupun beliau sendiri tahu beliau sudah hilang segala kelayakan jika dipandang dari sudut etika dan moral kepimpinan.

Najib sepatutnya terus meletakkan jawatan beliau setelah beliau didapati memasukkan RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi beliau kerana ia tidak bermoral dan beretika dan sekali gus menghilangkan kelayakan dari segi moralnya untuk menjadi pemimpin.

Etika dan moral seperti ini sememangnya di guna pakai di mana-mana negara yang maju. Negara ini adalah rakyat yang punya dan penyandang jawatan Perdana Menteri itu tidak perlu bersungut apabila di desak untuk meletakkan jawatan setelah beliau tidak dapat menafikan jumlah wang yang begitu besar itu di dapati dengan cara yang tidak bermoral apatah lagi wang itu di sitar oleh Singapura sebaik sahaja beliau memindahkan wang itu ke negara tersebut. Sebenarnya tidak payah sesiapa menggunakan isu lain untuk memaksa Najib meletakkan jawatan.

Perlakuannya sememangnya tidak meletakkan beliau memimpin kita lagi. Membiarkan Najib meneruskan mentadbir negara ini adalah tindakan mendayuskan kita rakyat Malaysia yang berdaulat ini.


6 comments:

Anonymous said...

Saya sokong........Najib telah lama hilang kewibawaan dan sifat amanah

mansor said...

Tuan ...the main issue is...moral is not the issue in UMNO...

Anonymous said...

Kita saja mengatakan Malaysia negara berdaulat tetapi hakikatnya ianya sungguh memalukan . Dipimpin olih saorang yang tak bermaruah diri hampir2 sama dengan Robert Mugabe dan lebih teruk dari Marcos dan Idi Amin tetapi disebabkan olih penyokong dari MCA ,MIC dan UMNO yang berkiblatkan material selamatlan pemimpin ini.
Semua pemimpin politik negara demokrasi mempunyai etika tetapi disini cakap tak serupa mikin.Orang UMNO kebanyakkan buta huruf dan bodoh2 masih tak percaya kejatuhan ringgit tak ada kaitan dengan kepimpinan kerana katanya tak ada bukti . Yang ada bukti pun diselewengkan apa lagi yang tak ada bukti....
Ini satu dilema apabila parti yang penuh dengan bijak pandai pada satu masa dulu tetapi apabila mereka ini berhijrah mereka yang tinggal itu anggap parti mereka masih gah macam dulu . Menteri yang tinggal semuanya bermasaalah berhujah depan TV dan akhbar...jaguh kampung lah tu...

Tukar sekarang...!!! said...

UMNO telah di hijack oleh sekumpulan bangsat yang meletakkan kaum mereka di dalam pentadbiran kerajaan umno dan mengkayakan bangsa mereka.
Sebab itu kita lihat kaum mereka makin kaya dan ahli umno dan orang melayu dipinggirkan oleh kerajaan melayu sendiri.

Contohnya Pemandu 10 dari 15 pengurusannya adalah bukan Melayu!
Azharudin Mat Sah
Tengku Azian
Fadhlullah
Shahrol Halmi -Cina yang transfer duit ke Jho Lo?

Alex Liew
Sarinder Kumari
Amin Khan
Saffura Chinniah
Nisha Kumar
Yong Yoon Kit
Chris Tan
Fabian Bigar
Idris Jala
Miti Nurbaya

Bagi Talent Corpse President UMNO telah mengisi dengan orang Cina dan India 3/4 !!!

Ini kerajaan Melayu UMNO?

Begitu jahatnya pengurusan UMNO mengkhinanti bangsa Melayu.

Dari fakta diatas, jelas ahli UMNO perlu menukar kepimpinan UMNO sekarang.
Talent Corpse

Johan Merican
Verin Hiu
Jeevakuma Govindasamy
Alber Sylerster
Khoo Choo Ki
Carolin Jintoni
Salika Suksuwan
Vaffa Chau
Hadrian Awell
LimPui
Lyne Lee
Bhavvandeep Singh
Selvan Adinaranyanan
Ardi Gunsuh
Shamili Vella pandian
Yuvha Dahashini
Yap Oi Wei

Agnes MAria Sam
Oii boon Han
Sivan kumren Narayanan
Farah Suresh
Tan Keat Meng

Tidak hairan tindak tanduk Pemandu adalah anti BM dan mengagungkan bahasa Inggeris untuk kita.

Tidak hairan Talent Corpse menggunakan 100 juta untuk bawa balek orang Cina dan India untuk memusuhi Melayu.

Anonymous said...

persoalan nya..berapa ramai rakyat yg telah diracun pemikiran mereka (1) pemikiran bhwa pemimpin always right..(2) pemikiran..asalkan bole cari makan, dpt gaji tiap2 bulan..lantak la..dia bukan mkn duit aku..(3) pemikiran ..kalau BN tumbang negara sape nk tadbir?..(4) pemikiran..dpt bantuan sikit..ok le tu...(5) paling sedih...buta ekenomi...dpt bantuan BRIM setahun..guna pakai xsampai 6bulan...licin....pstu undi lgi...kesian...

Hang Kastrui said...

Salam Sdr Aspan,siapa yang patut dipersalahkan bila Najib diangkat sebagai Perdana Menteri ? Salahkan budaya politik BN. Rakyat memberi keperchayaan penuh kepada BN untuk memilih pemimpin-pemimpin di kalangan BN.Tun Dr. Mahathir tahu Pak Lah dan Najib tak sesuai jadi PM tetapi beliau tidak tegas dalam mempengaruhi budaya BN memilih Muhyiddin jadi PM sebagai calun yang paling layak.Ini memerlukan keberanian luar biasa dalam politik.Lawan arus.

Kita patut puji Tun Hussain Onn bila beliau memilih Tun Dr. M jadi PM. Beliau berani mengambil tindakan "outside the box ', tindakan luar biasa. Tun Hussain Onn seterusnya jadi pengkeritik terhadap Tun Dr. M apabila beliau tak setuju dengan polisi Tun Dr. M.

Yang menentukan hala tuju politik ialah rakyat sendiri. Ini akan dilakukan di PRU 14 selewat-lewatnya dalam tahun 2018. Assumsinya ialah BN akan berkubur.

Hang Kasturi