Saya ingin bertanya kepada
Setiauaha Agong UMNO T Adnan, apa yang telah dirosakkan oleh Muhyiddin terhadap
UMNO sehinggakan beliau menggertak untuk membuang Muhyiddin dari menjadi ahli
parti? T Adnan telah memberi amaran terhadap Muhyiddin yang Ketua UMNO Bahagian
Pagoh itu boleh dipecat keahliannya jika beliau terus merosakkan UMNO. Saya
hendak bertanya kepada Adnan apa yang telah Muhyiddin lakukan sehinggakan UMNO
boleh rosak kerananya?
Bagi ramai orang Najib lah yang
telah merosakkan UMNO sehinggakan UMNO sudah hilang rupa bentuknya. Najib telah
menjadikan UMNO itu sebagai kelab eksekutif yang di anggotai oleh 'the rich and
the famous' yang tidak mengendahkan parti dan disebaliknya menjadi Maharaja yang
tidak boleh ditegur dan diberikan pandangan yang berbeza.
Najib telah menghancurkan UMNO
sehinggakan yang kuat menyalak mempertahankan UMNO itu hanyalah dari kalangan
individu yang berkepentingan peribadi. Diantaranya ada yang mahu mengambil
kesempatan untuk menjadi Perdana Menteri secara 'express' dan ada yang mahu
menjadi kaya raya sebagai balasan kerana menyokong Najib. Seluruh anggota UMNO
diminta menyokong individu bernama Najib dan bukannya menyokong dan membina
kembali UMNO yang sudah punah ranah oleh kerana permainan kotor politik
pemimpin yang berjiwa fakir seperti Najib dan konconya.
Sangat menghairankan tindakan
Muhyiddin yang tidak selesa dengan tindakan rakus Presiden partinya itu
sememangnya timbul secara natural jika beliau sudah tahu apa sebenarnya yang
dilakukan oleh Presiden parti dan setelah menerima ‘briefings’ dari pihak yang
berwajib seperti Bank Negara, AG Gani dan SPRM. Kenapa pula yang ingin melihat
perkara buruk itu dihentikan menjadi mangsa pemimpin dan parti buas dan mahu
memecat keahliannya pula. Siapa sebenarnya T Adnan ini? Dia masih seorang ‘novis’
politik tetapi oleh kerana pandai memainkan peranan dan mengampu dan sebagainya
beliau diberikan jawatan yang beliau jadikan sebagai modal untuk berniaga.
Tetapi jika hendak pecat
keahliannya bolehlah dilakukan tetapi ia pasti memberikan imbasan yang UMNO dan
pimpinan peringkat tertinggi itu semuanya tidak mempunyai jiwa, manusia yang
terdidik. Ia hanya menunjukkan yang mereka merupakan dari gulungan ‘poorly bred’
yang sekarang menguasai kuasa yang disalahgunakan.
Elok pemimpin palsu seperti T.
Adnan ini belajar untuk berfikir sejenak untuk kebaikan diri nya sendiri. Kata
ulamak yang muktabar dan agama kita, 'berfikir sejenak itu lebih baik dari
beramal sepanjang malam'. Beliau patut berfikir samada beliau mempunyai moral
jika terus terusan menjadi ‘tentera upahan’ kepada pemimpin yang zalim dan
tidak memahami yang diri nya sudah dibenci rakyat seluruhnya.
T Adnan ini seperti 'anak muda
julung berkeris'. Anak muda yang julung berkeris selalunya batang pisang pun
hendak disanggahnya. Jangan berpencak dengan orang yang sudah tidak mempunyai
senjata.
Jika sesiapa yang mempunyai sifat
malu ia tidak akan bercakap yang ‘decorum’ seperti T Adnan ini. Kenapa sanggup
menjadi ‘conduit’ kepada pemimpin yang sah tidak jujur dan tidak boleh
dipercayai ramai? Jika tidak merasa malu kepada orang lain, cuba-cuba lah berusaha
untuk merasa malu terhadap diri sendiri.
Itu sahaja pandangan saya
terhadap saudara saya T Adnan ini. Kenapa hendak bersama dengan Presiden parti
saudara yang dicemuh oleh rakyat dimana-mana kita pergi. T Adnan tidak ubah seperti 'orang ambil upah untuk menebas belukar' lagak nya. Tentunya upahnya mahal. Maklumlah, tuan tanah nya Najib yang kaya raya itu.
9 comments:
Pemimpin UMNO yang dilantik oleh najib semua kaki mengangguk itulah sebabnya T nan berkata sedemikian rupa.
Teu Adnan tu bergaya macam orang besar yang malangnya bertingkah laku samseng.
Saudara Aspan,
Dalam kelompok BINATANG tiada yg manusia tetapi dalam kelompok MANUSIA terlalu banyak binatang...malah ada yg buas!
Contoh ketara....adnan 'the freddie'...en azalina....salleh keruak...rahmah dahalan...mad maslan...sharizat lembu pawah...dan nazri bodoh ?
Ini kah rupa nya pemimpin? Phuiiii...
Pemimpin mem bodohkan rakyat.
Saya asih di zaman TDM menjadi Perdana Menteri, apabila mesyuarat MT hendak dilangsungkan, wartawan serta TV akan mengambil gambar2 para ahli MT (the men with powers). Bila TDM masuk ke dalam bilik mesyuarat, semua orang bangun, TDM pun terus menuju ke kerusi utama di bhg tengah kepala meja.
Akan ada seorang lelaki gemuk yang tugasnya menarik kerusi Presiden dan menyorongnya penuh tertib bila Presiden duduk. Ala..ala.. seorang pelayan restoran eksklusif.
Saya selalu terfikir, siapa orang ni? Apa tugas dia kat situ. Nak kata office boy, dah tua... nak kata body guard, fizikal beliau tak mungkin.
Bila najib jadi Presiden, baru saya kenal... rupanya itulah Tg Adnan.
kah..kah..kah... dan sekarang yg ambik alih tugas dia ialah Mohamad Raof (another powerful adviser of najib)...
kah..kah...kah... berbaloi dia buat kerje Tarik kerusi sorong kerusi tu dulu kan... sekarang dah jadi powerful man in Malaysia..
Salam sdr Aspan,
Pengantungan TSMY memburukkan lagi "perang saudara " dalam UMNO.UMNO akan punah dalam PRU 14 nanti. Banyak protest votes atau penyokong yang menyokong UMNO tidak akan keluar mengundi. Penyokong pembangkang akan keluar mengundi.
Ini adalah telahan yang realistic.
Hang Kasturi
seronoknya aku klu umno jahanam...nk tengok muka2 tak malu yg skrg cakap berdegar2 tu, mana mereka nk lari....
Buat malu anak cucu!! Macamana pak? Sokong orang yang memesong wang rakyat?
Ku Nan khadam yang dah kaya raya terisi temboloknya . Terhutang budi termakan dedak tak terkira banyaknya maka bagaimana bisa harus di-abandon saja sang daeng raja rampok?
Satu jer yang saya nampak, ku nan ni seorang yg paling kurang ajar. Said Keruak tak lama lgi cakap memakan diri sendiri. Husni dah merajuk sekarang tinggallah sendiri
Post a Comment