Deklarasi Rakyat yang diwujudkan
oleh rakyat untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri wajar mendapat
sambutan dan diterima oleh semua pihak untuk menyelamatkan negara ini dari
cengkaman Najib yang semakin hari semakin ganas meruntuhkan moral dan kebajikan
negara tanpa hentinya itu. Semua pihak dari semua pihak yang berbeza pendapat
dan kecenderungan politik serta NGO-NGO yang waras wajar memberikan sokongan kepada
deklarasi rakyat itu. Ini sahaja caranya bagi menyelamatkan negara dari terus
merudum ditangan seorang pemimpin yang telah gagal memikul tanggungjawab sebagai
pemimpin utama negara.
Najib telah gagal dalam membawa
obor kedaulatan negara kerana imej yang melekat dan terpahat di diri beliau itu
terlalu buruk dan tidak dapat diperbetulkan dan dibersihkan lagi. Bukan tidak
ada cara untuk beliau,membersihkan namanya dan negara, iaitu dengan menyaman
semua akhbar dan majalah antarabangsa yang melibatkan dirinya dengan skandal
terbesar yang pernah di saksikan oleh dunia, iaitu skandal 1MDB dan derma RM2.6
billion yang menghantui dirinya sejak isu-isu ini diketahui umum ‘globally’.
Tetapi beliau takut dan tidak
mempunyai kudrat untuk melakukan saman itu kerana beliau tidak mempunyai kudrat
dan moral untuk menghadapi isu ini di mahkamah antarabangsa. Tentulah kita
boleh mengagak kenapa beliau mempunyai ketakutan itu. Beliau hanya memberikan
reaksi yang ada konspirasi antarabangsa bersama pihak dalam negara ini untuk
menjatuhkan beliau terutamanya Dr Mahathir Mohammed tetapi beliau tidak berani
untuk kemuka ke mahkamah untuk memberikan bukti tentang konspirasi itu.
Beliau hanya bertindak
menggagalkan jawatankuasa penyiasat tentang dua isu mega ini dan membuang serta
menamatkan perkhidmatan setengah dari mereka kerana takut dengan keputusan
penyiasatan itu. Beliau bertindak dengan mengugut mana-mana individu dan pihak
yang cuba untuk melakukan tindakan bagi mencari kebenaran ini. Undang-undang
baru digubal untuk menyekat rakyat dari mengetahui isu sebenar dan peranan yang
beliau mainkan dalam isu beliau menjahanamkan negara ini. Beliau tetap mahu
kekal berkuasa walaupun dalam keadaan beliau sudah hilang kelayakan untuk
memegang apa-apa ‘public office’ dari segi moral dan etikanya.
Sekarang rakyat tertekan dengan
kos kehidupan yang terlalu tinggi dan ‘standard of living’ yang semakin rendah.
Tetapi disamping itu Najib masih petah berjanji untuk menjadikan negara ini
sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Tidak ada
lagi kata-kata beliau sebagai pemimpin yang boleh diyakini. Beliau terus
berbohong dan mengelirukan rakyat tanpa segan dan silu sedangkan rakyat ramai
hanya mentertawakan apa-apa yang beliau kata serta janji-janji kosong yang beliau
tidak akan mampu melaksanakannya. ‘Once a liar he will remain a liar’ bak kata
perumpamaan Inggeris.
Oleh kerana itu semua pihak
walaupun mempunyai perbezaan pandangan dan bemusuh-musuhan telah bersatu dengan
deklarasi rakyat untuk bersama-sama menyelesaikan isu negara yang sangat
kritikal untuk diselesaikan ini. Masing-masing pihak sedar yang mereka tidak
akan dapat membantu membetulkan segala kepincangan yang dilakukan oleh Najib
dan kabinetnya sekarang jika mereka terus dengan perbezaan dan perkelahian
tentang isu politik masing-masing.
Kita memerlukan bersepaduan dalam
menangani isu Najib dan skandalnya ini. Kita mahukan semua rakyat bersatu tidak
kira mereka dari orang awam atau setiap individu dalam ‘uniform units’ dan
pemimpin mereka untuk tampil bersama menyokong tindakan rakyat untuk memperbetulkan
negara ini secara aman dan damai. Kita mahukan setiap Raja-Raja Melayu memainkan
peranan untuk bersama rakyat tanpa takut kerana jika rakyat sengsara Raja-Raja Melayu pun akan hilang dari muka bumi Malaysia ini.
Kita mahukan sebuah negara baru
yang dipimpin oleh orang yang berkemampuan untuk membina semula negara yang
sudah hancur ini. Kita mahukan seorang pemimpin yang mempunyai ‘attribute’
sebagai seorang teknokrat dan mempunyai sisik dan kualiti yang tinggi
semata-mata untuk membina semua dasar dan pelaksanaannya dengan betul dan
tepat. Kita mahu kembalikan institusi demokrasi di berikan nafas baru dan
kembali segar melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan kepada mereka. Kita
mahukan negara ditadbir dengan bersistem yang boleh diguna pakai dalam jangka
masa yang panjang.
Kita mahukan negara memberikan
kembali peruntukan perubatan dan pelajaran yang sudah di potong oleh pimpinan
Najib ini. Kita tidak mahu peruntukan untuk hospital awam di potong kerana itu
adalah tanggungjawab asasi bagi semua rakyat dan manusia yang tinggal dalam negara
yang berdaulat dan merdeka ini.
Kita mahukan pemimpin yang tegas
dan bukannya pemipin-pemimpin yang garang. Kita mahukan seorang pemimpin yang
mempunyai ‘passion’ yang kuat dalam membina rakyat baik dari segi ekonominya
mahu pun dari segi ‘spiritual value’ mereka tanpa mengira perbezaan bangsa, agama
dan cara hidup mereka.
Rakyat tidak mahu lagi hidup yang
sentiasa dihantui oleh ugutan dari pihak polis dan Ketua Polis Negara lagi.
Kita mahukan AG yang adil dan saksama sebagai orang yang mengetuai undang-undang
negara. Kita tidak mahu lagi menyaksikan undang-undang disalah gunakan oleh
perompak dan penyamun untuk menutupi dosa dan noda mereka.
Itu sebabnya rakyat mahukan semua
pihak termasuk mereka dan individu dalam unit beruniform dan semua NGO serta
parti politik untuk bergabung mengnyahkan hanya seorang pemimpin yang sudah
melebihi imej bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos dahulu.
Inilah impian rakyat sebenarnya
dan ia memerlukan sokongan dari segenap lapisan masyarakat yang tegas untuk
melihat negara kita kembali segar dan diketahui oleh masyarakat antarabangsa yang
rakyat Malaysia masih mempunyai maruah dan harga diri mereka, dan tidak seperti
setengah pemimpin mereka.
Our leadership is nothing more and nothing less than a pest to the nation.
Our leadership is nothing more and nothing less than a pest to the nation.
3 comments:
Nampak sangat bodohnya orang UMNO menyokong pemimpin tanpa syarat. Rakyat mengetahui semua fakta rm2.6 bilion jadi sepatutnya sokong TDM untuk dapatkan keadilan kerana wang itu wang rakyat . Kalau ianya bukan wang rakyat mengapa pejuang Bugis tak berdiam diri termasuk penjelasan dari menteri2 bangang yang tak masuk akal.
Melalui UMNO mungkin tak bolih berjaya kini hakim akan diuji pula jadi kita sama2 tunggu jangan mengelabah macam yang ditunjukkan tiga menteri bangang Umno . Rakyat telah mula buka mata dan bersimpati dengan TDM kerana dialah yang bersedia untuk membela rakyat sungguhpun TDM dah dalam keselesaan. Kita berterima kasih kepada TDM yang kemenangan belian nanti adalah kemenangan rakyat . Sokongan untuk Umno dah lama merudum jadi kalau pilihan raya dibuat sekarang kami yakin calun Umno akan hilang pertaruhannya .Jadi tak perlulah pengampu2 Umno membuat kenyataan bodoh kerana mana orang UMNO dah takut dan malu untuk mengaku ahli Umno kerana mereka tak bolih bezakan pemimpin dengan individu....
Najib siap berhimpun bersama para HUFFAZ di masjid wilayah. Pemimpin muda PAS mesra skli dgn Najib.
Keadilan, amanah dan kejujuran ialah 3 perkara yg teramat-amat mahal dalam Malaysia hari ini dan hampir2 tiada.
Pembohongan, penipuan, pecah amanah, rasuah, munafik ialah perkara2 seperti air minum dan amat murah sekali di negara ini.
Apakah Malaysia masih mempunyai maruah seperti dahulu dipuji, dihormati dan disegani dunia luar?? Rasanya sudah hampir pupus seperti Brazil yang berada di tangga pertama korupsi.
Post a Comment