13 July 2008

Budaya lama membunuh

Sejak kita mewarisi kepimpinan yang ditinggalkan oleh Mahathir, UMNO tidak ada ketenangan dan semakin hari semakin lesu.

Abdullah yang lemah dibantu pula oleh Najib yang penuh dengan isu peribadi, dengan Jemaah Menteri yang tidak mampu memberikan pemikiran yang selari dengan kemajuan dunia yang pantas tanpa sempadan.

Jemaah Menterinya juga tidak mampu membuat keputusan berdasarkan pada dasar yang sudah digubal oleh UMNO secara professional dan selalu mengambil ‘keputusan politik’ yang bersifat peribadi.

Akhirnya penyakit yang sudah lama bersemi di dalam UMNO menjadikan rakyat muak dan melemparkan UMNO ke tepi longkang sehinggakan UMNO hampir-hampir menjadi bahan sejarah.

Berbagai-bagai pertubuhan dan individu telah meminta Abdullah meletakkan jawatan bersama-sama barisan kepimpinannya untuk mengambil tanggungjawab atas kekalahan besar UMNO dalam banyak kerusi.

Mereka tidak mahu bertanggungjawab kerana terlalu sayang pada keseronokan menjadi pemimpin hingga ramai yang menjadi 'kufur nikmat' dengan mengumpul harta macam qarun dan berpoya-poya dengan harta curi mereka.

‘Muka sardinnya’ menunjukkan dia tidak ada sifat malu seperti yang ada pada orang yang mengaku penuh dengan iman sedangkan rakyat ramai melihatnya dengan perasaan membosankan.

Najib pula merasa terharu kerana kononnya Abdullah akan memindahkan kuasa kepada Najib pada bulan Jun 2010 dengan alasan untuk memperbaiki UMNO sebelum Najib mengambilalih.

Saya pun hairan bagaimana orang yang menjahanamkan UMNO hendak memperbaikinya? Tambahan pula orang yang hendak diserahkan kuasa ini pun orang yang diragui oleh rakyat tentang kelayakannya menjadi Perdana Menteri.

Kuasa apa yang ada kepada Abdullah sedangkan kuasa yang hendak dipindahkan itu ada di tangan ahli-ahli di akar umbi.

Sampai bila budaya ini hendak berlarutan? Sampai bila Abdullah hendak main silap mata ini? Sejauh mana rakyat hendak diperkudakan?

Saya amat yakin Najib akhirnya akan ditipu oleh Abdullah dan Najib tidak akan dapat berbuat apa-apa jika Abdullah mungkir janjinya dengan alasan-alasan yang akan dicarinya dengan mudah.

Berbohong sudah sebati dalam naluri Abdullah dan dia tidak akan rasa bersalah berbohong kepada orang yang patut dibohonginya seperti Najib.

Bagaimana Najib hendak membuat keputusan tegas jika kesalahan-kesalahannya ada di dalam saku Abdullah.

Bagaimana Najib hendak menjadi Perdana Menteri jika kelemahannya boleh digunakan sebagai senjata oleh kuasa asing untuk memeras kita.

Yang lebih pelik lagi jika benar Abdullah mempunyai kekuatan, kenapa perlu habiskan masa berkempen secara terbuka? Kenapa kod etika yang MKT luluskan dilanggar begitu sahaja?

Siapa dan jabatan apa yang menanggung serta membiayai program-program kempen Abdullah ini kalau tidak daripada wang rakyat?

Kenapa Muhyiddin membiarkan maruahnya dihina sebegitu hebat sekali oleh Najib sedangkan beliaulah yang beriya-iya benar hendak Najib naik ke kerusi nombor satu bagi memudahkan beliau menduduki tempat nombor dua?

Ada seorang Menteri bertanya kepada saya, “Apa salahnya Pak Lah hinggakan kau orang suruh dia berhenti?”

Saya lantas menjawab, “Kalau itulah pertanyaan you, aku sekarang mempersoalkan diri you, kenapa you tak nampak sebab-sebab Pak Lah mesti berhenti. Takkanlah you ni buta dan tuli?” jawab saya.

Dalam pada isu terhadap Abdullah, Najib dan lain-lain ini bertambah panas, Tengku Razaleigh (TR) adalah orang yang tidak terlibat dalam kontroversi-kontroversi buruk ini, dan beliau telah pun menawarkan diri untuk jawatan Presiden.

Dalam senyap-senyap beliau sekarang mendapat perhatian sebagai alternatif yang secucuk kerana yang lainnya terlalu banyak terpalit dengan isu-isu peribadi yang tidak menyenangkan.

Rakyat berbilang kaum sudah jemu dengan apa yang berlaku antara pemimpin-pemimpin kita yang ‘tongong’ ini.

Kita perlu ingat yang kita tidak boleh mengambil risiko dengan pemimpin yang terlalu banyak isu peribadi dan kita wajar mengelak daripada memperjudikan negara untuk pemimpin-pemimpin yang banyak memberi masalah.

Jika Najib menaiki tahkta kepimpinan, stigma yang ada pada dirinya akan membinasakan negara kita kerana mempunyai Perdana Menteri yang tidak memiliki moral yang tinggi.

Jika pemimpin-pemimpin terlalu ‘controversial’, akhirnya rakyat pula yang bersusah-payah menguruskan hal mereka sedangkan rakyatlah yang patut diuruskan oleh pemimpin.

Kita perlukan pemimpin yang tinggi moral dan tersusun hidupnya dan bukan pemimpin yang bersimpang-siur dengan masalah.

Dalam mencari tempat mandi,
Pertamanya pantai keduanya telok,
Dalam mencari pemimpin negeri,
Pertamanya pandai keduanya elok.


Sekian………………………………………….Aspan Alias.

6 comments:

pakbelalang said...

Pak Lah is obsessed about wanting to reform the judiciary and trying to be transparent. But I would like to question Pak Lah if really he is sincere enough to talk about transparency, why doesn't he openly declare the amount of ex-gratia payment to each individual ex-judges who had been charged guilty by the tribunal appointed by the Agong. There is no such thing as to respect the wishes of the guilty ex-judges not to expose the amount given to them. Does he realise that this is very basic for a responsible government to declare the amount to the rakyat because it is given through taxpayers money. The goevernment must be accountable for every sen spent, period.

He must declare before saying bye-bye to the rakyat or else sooner or later it will be exposed by somebody else.

pakbelalang said...

On a lighter note, how I wish all the Malays can think like Tun M at the age of over 80. Ada pemimpin Melayu baru umor 60 tahun dah tak boleh berfikir lagi. Dah nyanyuk !! Segala benda yang di lakukan semuanya haprak dan HP6. Dah berceramuk dan tonggang terbalik negara dan bangsa di buatnya!! Itu baru di beri peluang memimpim selama 5 tahun. Kalau 20 tahun entah macam mana jadinya !!!

pakbelalang said...

Pak Lah is "write off" as far as I am concerned. Those who are still clinging to him are really parasites of the first order.Morally they are not worth a sen. What a pity ! I thought after 50 years of existence UMNO has already become more matured an organisation but unfortunately it has become a haprak and HP6 party waiting to be destryed by their own members.

Unknown said...

Salam Dato

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,mengangguk dan membenarkan,kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri........che det

carcoon

pakbelalang said...

If ever Najib becomes Prime Minister he will last only for 3 years. That would probably be written in the history books ie the shortest period for a Prime Minister of Malaysia to hold office. Yes, Najib has got all the ingredients to be a Prime Minister but rather too little too late for him to taste it. Now he is facing personal credibilty crisis which does not augur well to his "remarkable" credentials in the government, since he first became the Mentri Besar of Pahang at a very young age. His exposure to government administration is quite polish but unfortunately he has no choice but to clear his already dented personal image. All this problem arises is because of his wife personal behaviour which seems to be perceived as not very favourable to the eyes of certain people in the know of her character.

Aspan Alias said...

Sdr Joe and Pak Belalang, Sekian banyak diperkatakan rakyat tentang keburukkan yang kita akan hadapi, pemimpin2 ini masih mahu bergayut diatas itu.

Sekali fikir, sebenarnya orang ramai lah yang bersalah kerana membiarkan mereka disana.

Itulah sebabnya apabila musibah sampai yang tidak bersalah pun kena sekali.

Kalau kita masih tidak membuatkan gerakkan yang kuat kita akan lapar dikepok padi.