Selagi pemimpin-pemimpin Melayu bergaduh sesama sendiri dengan menggunakan taktik kotor untuk menjatuhkan musuh masing-masing secara keterlaluan, selagi itulah negara tidak akan aman dan rakyat terus merasa tertekan.
Sudah diyakini rakyat sekarang sedang berpecah-belah disebabkan oleh karenah para pemimpin yang main ‘chah keting’ untuk memusnahkan rakan-rakan sendiri untuk berkuasa.
Najib tidak boleh menafikan bahawa orang-orang kuatnya sedang membuat persediaan untuk mendapatkan pencalonan jawatan Presiden dalam beliau memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Abdullah Badawi.
Muhyiddin Yassin pun tidak kurang main politik bermuka-muka dan selalu sangat bercakap sehingga kata-katanya bertentangan antara masa dan tempat beliau bercakap.
Isu Anwar bukannya kecil kerana isunya melibatkan dakwaan yang mengatakan ada pemimpin besar UMNO terlibat dalam konspirasi untuk menyekat beliau daripada menjatuhkan kerajaan BN.
Tidak kurang pula yang mendakwa bahawa Anwar sendiri yang mewujudkan konspirasi terhadap dirinya bagi kepentingan politik beliau.
Wan Azizah pula bertemu dengan Perdana Menteri untuk memastikan Anwar mendapat perlindungan dan PM sudah pun memberi jaminan bahawa suaminya akan dilindungi yang menggambarkan seolah-olah PM sendiri mengakui akan wujudnya komplot buruk terhadap Anwar.
Dalam masa yang sama, bekas orang kuat Anwar iaitu Ezam Mohd Nor yang baru menyertai UMNO berkata bahawa beliau tidak terkejut sekiranya Anwar terlibat dalam kegiatan sodomi berdasarkan sebab-sebab yang hanya beliau sendiri yang tahu.
Kenyataan Ezam ini sangat mencurigakan. Kenapa beliau tidak mahu memberitahu sebab dia yakin benar bahawa Anwar melakukannya? Apakah pengalaman beliau dengan Anwar berkenaan isu ini?
Sedang cerita liwatnya sibuk diperkatakan, Anwar pula mendakwa 4 Ahli Parlimen BN akan menyertai pembangkang malam tadi tetapi sehingga tengah malam tiada apa-apa yang berlaku.
Berita-berita yang kita dengar semuanya menakutkan seolah-olah negara kita sudah tidak ada siapa yang mengawalnya dan rakyat sudah naik bingung mendengarnya.
Saya cadangkan supaya Adullah Badawi, Najib, Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin besar kita yang lain mengadakan ‘referendum’ bagi membolehkan rakyat membuat keputusan mencari jalan penyelesaian sekiranya para pemimpin kita tidak mampu menanganinya.
Lagi lama keadaan ini berlarutan, lagi merbahaya keadaan rakyat berbilang kaum.
Marilah kita mengakui dalam keadaan sekarang cuma Tengku Razaleigh(TR) yang tidak terlibat dengan isu-isu kotor seperti yang menyaluti pemimpin-pemimpin besar kita yang lain.
TR pun bukannya jauh daripada UMNO dan jasa beliau kepada negara dan rakyat bukannya kecil.
Bak kata perpatah ‘buah tidak jatuh jauh dari pokoknya’ dan TR senantiasa bersedia untuk menjadi pemimpin yang mampu melakukan yang terbaik untuk rakyat khasnya bagi kita orang Melayu.
Menjelajahlah ke seluruh negara sambil mengingati satu sama lain untuk mendukung TR menjadi pemimpin nombor wahid negara.
Peluang untuk memperbetulkan UMNO masih terbuka, tetapi jika kita tidak ambil kesempatan ini maka kita takut UMNO akan menjadi ‘arwah’ dan tidak akan kembali lagi.
Sekian……………………………………………..Aspan Alias.
2 comments:
We can simply deduce that Pak Lah just doesn't have the mental capacity to think outside the box. In this period of time when everybody is struggling to make ends meet, Pak Lah should be able to create something more constructive to reduce the burden of the rakyat in their daily life. Instead, we observe he is more or less at a lost how to counter or cushion the adverse effect of price escalation and higher cost of living to an almost unbearable situation for the rakyat. All his statements thus far were very superficial and not very convincing indeed. This is really a reflection of his lacking in leadership quality. To test whether a leader is dynamic is during the time of serious crisis. Now we are facing major economic and political crisis and it is proven that Pak Lah has failed in his responsibility to manage this crisis well. Such being the case, I think it is only fair for the rakyat to demand him to step down.
He is really a liability to the rakyat and he must admit this reality. He simply cannot carry on with his "flip flop" policies which are damaging the whole fabric of our political and economic standing. My sincere advice to Pak Lah is not to overstay his welcome and gracefully resign. That will be the most respectable thing to do instead of continuing to be a dreamer and in a state of denial, as if he could still turnaround his dwindling fate to be popular again. The time for him to "feel good" and to claim a "Mr Clean" image is over. The writing is clearly written on the wall that his handling of the current economic and political crisis is just haprak and HP6 !! Make no mistake about it.
Bang Pan,
Hati-hati dengan keadaan Malaysia yang kaya dengan isu apatah lagi isu panas. Ramai (selain kita kot?) yang naik kerana menumpang isu dan bukan atas kekeuatan idealisme mereka. Tolong tak mahu, dah menang, silap-silap gaya dia yang lebih2 dari Bang Pan!!!
Post a Comment