06 July 2008

Pemimpin yang terpesong

Keindahan bernegara dan keselesaan hidup di dalamnya sudah tidak ada lagi kecuali bagi mereka yang berpangkat, bernama dan bergelar sahaja.

Rakyat dihidangkan dengan cerita dan drama yang menjijikkan dan apa yang memalukan ialah lakonan-lakonan yang ditayangkan itu adalah lakonan cerita yang penuh dengan ‘deception’ oleh pembesar-pembesar negara.

Mereka tidak tahu dan tidak mempedulikan rasa jemu rakyat mendengar perkara yang dilakukan mereka yang sangat rendah nilainya, hina moralnya dan lebih memeningkan lagi kegiatan-kegiatan buruk mereka ini sudah menjadi sebahagian daripada budaya kita.

Kita sebut sahaja perkara buruk, tidak ada yang tidak dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kita.

Rasuah, menyalahgunakan kuasa, perempuan, fitnah-menfitnah antara satu sama lain dan apa-apa lagi yang tidak sempat disebut, semuanya adalah permainan pemimpin zaman sekarang.

Pemimpin-pemimpin kita khususnya pemimpin UMNO sudah jauh terpesong, dan mereka saolah-olah sudah tidak berjumpa lagi jalan keluar untuk menjadi pemimpin yang disayangi dan dihormati.

Sampai bila kita harus bersabar, kerana lebih lama budaya songsang ini diamalkan lebih buruk padahnya kepada negara dan rakyat Malaysia.

Bayangkan Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri yang saya tahu merupakan seorang yang sangat susah untuk ditemujanji dan berjumpa dengannya walaupun yang meminta temujanji itu adalah orang-orang penting parti.

Tiba-tiba, seorang budak berumur 23 tahun boleh singgah berjumpanya di pejabat dan sampai ke rumah dan kenal pula dengan isterinya, Rosmah.

Najib memberikan alasan bahawa budak muda itu memohon bantuan pelajaran sedangkan ramai yang memohon bantuan itu daripada Najib tidak pernah dapat.

Orang ramai bertanya apakah istemewanya budak ini: Adakah oleh kerana budak ini boleh melakukan perkara-perkara yang luar biasa untuk ‘political expediency’ beliau?

Seorang rakan dari Pahang pernah memberitahu saya, “Bro, saya dah membuat appointment dengan DPM selama 4 tahun, sampai hari ini belum dapat lagi. Aku ini pemimpin Bahagian UMNO tapi tak dapat jumpa.”

Semalam, orang yang sama menelefon saya dan bertanya, “Bro, budak kecik 23 tahun tu senang aje jumpa. Aku bertahun nak jumpa tak dapat. Mungkin aku tak mampu nak berbuat sesuatu yang lain kot. Aku pun tak kenal Anwar Ibrahim tu,” katanya lucu.

Orang yang untung dalam isu ini ialah Abdullah Badawi kerana beliau boleh gunakan isu ini untuk menyekat Najib naik menjadi PM dan di samping dapat membuatkan Anwar susah untuk kembali berkuasa.

Jadi, inilah yang berlaku dalam parti UMNO kita ini, dan kita hanya menjadi ‘pawn’ kepada permainan chess yang begitu kompleks.

Sampai bila kita hendak biarkan negara kita berada ‘di hujung tanduk’ yang bila-bila masa sahaja boleh jatuh dan berkecai.

Saudara-saudara fikirkanlah. Bagi saya, sudah lama berfikir dan berkeputusan tolak sahaja pemimpin seperti ini.

Kita bukan tidak ada calon untuk menjadi pemimpin pilihan dalam UMNO ini. Calon kita lebih berpengalaman dan jauh daripada sifat yang menjijikkan yang kita lihat dalam kepimpinan hari ini.


Sekian…………………………………………..Aspan Alias.

2 comments:

Akar Umbi said...

Betul tu, pawns in whatever moves will be victimised.Why in chess queen is given more powers & roles?

pakbelalang said...

Anwar is the most hypocrite political leader of all times. He is having split personality who will continue to manipulate the minds and hearts of the rakyat who are naive and gullible, thinking that Anwar is the "Caliph" who does no wrong and really care for the rakyat. How grossly ignorant these people are. Those ardent supporters of him will continue to protect him blindly at whatever costs it takes. It is more or less like "JIHAD" for them to fight alongside with him for his cause.
They never realise that Anwar is blatantly making use of them for his vested interset. Anwar still feels that as if he could make Malaysia a "paradise" but if given the opportunity for him to wrest control of the government he will instead turn this country into "hell". Anwar is just an impressionist taking advantage of his oratorial skills to mislead the rakyat. If you continue to listen to several of his statements and speeches, he is nothing more than a "poltical clown". All his speeches were in fact just like "a quack doctor" having product demonstration of his expired medicinal products behind the backlane of Masjid India. He has the energy, without doubt, to continue ranting, ranting and ranting until the wee hours of the morning with no substance and sad to say that certain section of the people are really mesmerised by his antics.

If you analyse his personal character, he is a born leader but unfortunately he is too ambitious a person that he will make use of whatever actions and tactics within his means (morally or othewise) to achieve his objectives.

He is actually a callous and dangerous politician. He is a menace or "makhluk perosak". He is fighting for political survival but I think the majority of the rakyat will not fall into his trap. By now the majority of the rakyat know exactly what sort of person Anwar is. His credibility is gone and hopefully his politcal career will soon be gone too, deep into the twilight zone. He is a nuisance and distracting the rakyat to live peacefully and harmoniously. HE CANNOT BE TRUSTED AT ALL. Make no mistake about it. He is taking advantage of Pak Lah's weak , haprak and HP6 administration to the fullest. He knows Pak Lah is ITEK TEMPANG (lame duck) prime minister who has no backbone.