18 January 2014

Mahukan perubahan?....biar masa menentukannya

Di negara ini semuanya sudah menjadi isu politik. Dari salah guna kedudukan dan rasuah oleh pimpinan negara, isu menjalar sampai ke kangkung di parit-parit dan longkang-longkang di negara ini. Isu kangkung menyebabkan pemuda UMNO di Pulau Pinang menjadi berang kerana seorang ADUN PR menyumbat kangkung ke dalam mulut patung Najib. PR pula satu hal, sudah tahu UMNO bersikap kebudak-budakkan, ADUN PR pun sama juga kebudak-budakkan nya.

Semua pihak mudah melatah dan semua pihak suka bergaduh dan berperang mulut setiap hari di setiap tempat di negara ini. Agama menjadi isu politik kerana dengan menggunakan isu agama itu boleh melekatkan pandangan manusia yang melihatnya. Semua di antara mereka baik dari pihak kerajaan mahu pun pembangkang, semuanya menunjuk garang tetapi sampai mana garang mereka itu belum diketahui oleh sesiapa pun.

Hanya isu ini dijadikan landasan bagi setengah orang yang keciciran sokongan mahu mendapatkan semula perhatian akan menggunakan apa sahaja isu sampaikan isu kangkung pun boleh membawa berdemonstrasi. Di Pulau Pinang mereka yang bernama pemimpin pun berlagak seperti aktivis, seperti Rizal Merican dan Musa Sheikh Fadzir. DAP pula dalam keadaan ‘honeymoon’ kerana mereka buat kali kedua penggal mendapat menguasai kerajaan Pulau Mutiara itu.

Mereka sudah beranggapan yang mereka sudah sampai ke tahap ‘invincible’ dan mereka merasakan yang mereka tidak boleh diganggu-gugat lagi oleh sesiapa sekarang ini. Mereka sudah merasakan sedikit kuasa politik dan mereka sudah merasakan mereka adalah lebih tinggi dari undang-undang walaupun mereka selalu mengkritik BN selalu melanggar undang-undang.

DAP sudah menjadi seperti Dr Mahathir dahulu, yang membenci apa sahaja yang menghalang kemahuannya. Parti itu mahukan semua perkara yang meibatkan salah laku mereka itu didiamkan sahaja dan RoS perlu mengikut telunjuk dan kemahuan mereka sahaja. Bagaimana RoS hendak mengiktiraf barisan CEC nya sedangkan penyiasatan terhadap aduan ahli-ahli yang ramai itu belum ada kesudahannya. Banyak ‘complain’ rasmi yang dibuat oleh ramai ahli dari banyak cawangan belum selesai penyiasatan yang dilakukan oleh RoS itu.

PKR sedang menghadapi krisis yag bukan kecil akhir-akhir ini. Timbalan Presidennya, Azmin Ali sedang berperang dengan Menteri Besar Selangor yang dikatakan memecat Azmin dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Akhirnya tuduh menuduh di antara satu dengan lain berlaku dan tidak ada siapa yang mengaku melakukan pemecatannya. Ironi nya Azmin sudah pun terpecat dan tidak ada siapa yang mengaku memecat beliau sehingga Ketua Pembangkang Anwar mengumumkan yang Azmin masih ahli lembaga pengarah PKNS sehingga ke hari ini.

Inilah contoh-contoh parti dan pemimpin yang menawarkan diri menjadi ‘alternative’ kepada BN. Siapa yang berfikir dalam-dalam akan merasa hairan bagaimanalah mereka ini berkelakuan jika diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk menggantikan UMNO dan BN yang kini sedang dalam ketenatan itu? Mereka ini juga tidak kurang menakutkan ramai jika mereka berkuasa.

Belum pun berkuasa di Putrajaya sudah kita lihat sikap dan tahap kejujuran mereka untuk menjaga rakyat dan negara. Baik DAP dan PKR mereka sedang berperang sesama sendiri kerana mereka sudah merasa sedikit sebanyak kuasa di peringkat negeri buat seketika ini. Kedua-dua parti itu menampakkan dengan jelas mahu menguasai parti masing-masing oleh kroni dan keluarga masing-msing.

Itu sebabnya ramai yang menulis email kepada saya yang menzahirkan tidak ada perubahan jika perubahan itu tidak berlaku dalam UMNO. Elok semua pihak menumpukan perubahan dalam UMNO dari melakukan perubahan dari luar, kerana yang di luar itu pun sebaik mana keadaan mereka.

Setelah UMNO berubah dengan drastik barulah budaya mengubah untuk kebaikan parti masing-masing boleh berlaku. Sementara menunggu perubahan itu rakyat jugalah yang menanggung segala perit maungnya.

Sampai bila rakyat harus menunggu, biarlah masa menentukannya.

28 comments:

Anonymous said...

Masa tidak akan menentukan apa2 melainkan kuasa Allah Yang Esa. Marilah bantu mana2 pejuang Kebenaran walau terasa seperti merangkak di atas salji

DanHifi said...

I think the Adun are from PKR. Encik Aspan

Anonymous said...

pemimpin pkr yang sumbat kangkung kedalam replika, parti dap yang jadi mangsa.Ternyata yang hadir himpunan kangkung itu tidak perkara dan sebenarnya cuma menunjukkan kekangkungan mereka.lawak kangkung pemimpin kangkung sudah jadi isu perkauman pula.

ahmadyaniDotCom said...

Sebab itulah saya selalu berharap yang Pas akan bergerak sendiri. lambat laun Pkr dan Dap akan terkena tulah jika tidak ubah perangai. Pas pun akan terbabit sama.

Kawan hanya wajib ditolong jika mereka bersedia ditolong dan sedia berubah dngan pertolongan itu.

Unknown said...

ahmadyaniDotCom. I'm with you.
Bila melihat rentitan yang melanda PR, Azmin Ali dengan karenah yang mengambarkan beliau masih di dalam UMNO yang ternyata membosan kan dan macam macam lagi, saya rasa sudah sampai masa nya untuk PAS bergerak bersendirian.

Apa guna kuasa sekira nya tidak tenteram. Bila tak tenteram sukar lah sesebuah parti itu untuk menjalan kan dasar nya.

Anonymous said...

Ahmad,
I say again. Good luck to you. if you really wanna play the number game again, also good luck to you

Aspan,
To add on to what Dan Hifi's comment

http://milosuam.blogspot.com/2014/01/adun-pkr-sumbat-kangkung-dap-pula-yang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FzwLfhy+%28MiLo+SuaM%29

Whatever DAP does, UMNO has done it better. Under Tunku time, UMNO is allowed bermaharajalela in singapore. I dare to say majority of melayu singapura hated UMNO to the core. Else why free land offer by Tunku not accepted.

http://beta.malaysiakini.com/news/252122

Aspan Alias said...


looes74,

Good luck to you too, amd may God bless you. Thanks looes74!

Anonymous said...

Aspan apakah benar masa menentukan? Jangan lari akidah bro.

brian said...


Both side of the quarreling divides are fucked up. I agree with you that to change Umno has got to change first. letting Dap and Pkr be the alternative forefront will be a misadventure. We can't trust those leaders in them either.

Anonymous said...

56 tahun umno berak dan sekarang setiap langkah mereka terpijak tahi sendiri tetapi tanpa henti menyalahkan orang lain.

Anonymous said...

http://ourstory.asia1.com.sg/independence/ref/race.html

Othman Wok has spoken. Who's Othman Wok?

Anonymous said...

Dear Sir

Please correct your article

It was a PKR rep who was the 'perpetrator' and not DAP

Thanks

Aspan Alias said...


DanHifi,

Thanks for the correction bro.

Aspan Alias said...


Anon 21:08,

Apabila saya menyatakan 'masa akan menentukannya' saya maksudkan Tuhanlah yang menentukan. Elemen masa itu bukankah wujud setelah ditajallikan Nur Muhammad. Sebelum Nur Muhammad ditajjalikan, mana ada elemen masa.

Oleh itu saudara kenalah faham bahasa ketuhanan sedikit. Saya ulangi, jika seseorang menggunakan bahasa yang menyatakan 'biar masa yang menentukan' itu adalah ayat penyerahan kepada Maha Pencipta.

Saya memahami sdr sedang mencuba untuk mendekatkan jiwa kepada Tuhan dan saya ucapkan tahniah. Tetapi perkara yang sekedil ini kena sdr faham ya?

salam

Anonymous said...

Tuan AA,
Saya sokong tuan. Bila org 'lama' bersuara...jgnlah fahami sesuatu di permukaan shj... cuba fahami dgn menyeluruh....

insan biasa said...


saya pernah terbaca tuan Aspan berkata yang kemampuan manusia ada batasannya. Isu yang dihadapi negara kini, seolah-oleh tidak dapat dibetulkan oleh manusia pemimpin terutamanya pemimpin politik yang mempunyai agenda masing-msing.

Kini sampai waktunya kita sedar yang kita mempunyai tempat terakhir untuk mengadua hal dalam masalah ini.

Saya orang kampong dipendang, hanya saya nampak setiap orang yang jujur daningin melihat keamanan kita wajar memohon dengan sesungguhnya dariMaha Pencipta untuk menghalang manusia jin dan syaitan untuk mengganggu proses pembetulan ini.

Sudulah, beriktikaflah memohon agar negara kita kembali puih seperti sediakala.

Amin yarabbal alamin.

Anonymous said...

Sama-sama kita menyokong dan memastikan pakatan rakyat mengantikan pimpinan umno bn.Memang masa akan menentukan tapi harus diingat selagi umno berada diatas selagi itu negara akan mendapat pemimpin kangkung @ menteri cap ayam.

jeff said...


Anon 16:27, Gelagat parti-parti dalam Pakatan macam Dap dan Pkr tidak meyakinkan kami untuk memberikan sokongan.

Good luck lah bro.

Aisyah M.Yusuf said...

Setiap perjuangan perlukan usaha dengan selalu berdo'a , bertawakkal dan berserah diri kepada Allah Swt karena dialah yang Maha Mengetahui, Maha Mengatur Sgala Sesuatu dan Maha Kuasa Atas Segalanya.

Anonymous said...

Saudara jeff,

Semoga berjaya juga kepada saudara.Kami juga tidak yakin kepada umno bn kerana mereka tiada suatu mekanisme menyelesaikan segala masaalah dengan cara akedemik mahu pun dengan keagamaan, penyelesaian kepada segala permasaalahan politik-ekonomi-sosial ditutup dengan sentimen agama dan bangsa.ABU...kami pilih pakatan rakyat



Anonymous said...

Tuan AA

Apa? Harap UMNO akan berubah? Mintak maaflah....Melayu boleh hidup tanpa UMNO....wasalam.

Anonymous said...

pada pendapat saya sebagai rakyat biasa, umno sama sekali tidak akan berubah.umno sudah kehabisan moral dan intergriti untuk mentadbir negara secara baik demi menutup segala salah laku yang telah dilakukan selama ini.contoh didepan mata, sama-sama kita tunggu dan lihat apa tindakan undang2 pihak polis dan kdn terhadap provokasi perkauman umno pulau pinang.

bumi-non-malay said...

Yahlah kita tunggu masa aje Adolf Hitler berubah agar dunia lebih aman....

Kita juga harus tunggu Gadaffi berubah, Sadam Hussein Berubah, President Assad berubah agar rakyat beloh kembali kepada hidup yang penuh Kebahagian...

Nasib baik Saya dan 65% warga negara dunia ini bukan ROMATIK kepada Kezaliman dan KeIBLISAN UMNO-BN.......Namakan Hari Citizen Arrest Serentak kat Malaysia....kita berkumpul dalam kumpulan seramai 50 kat setiap rumah ketua UMNO-BN......cukup amaran untuk mereka hidup dengan penuh ketakutan....

Anonymous said...

looes 74,

Good luck to you and your Singapore PAP.That kiasu PAP Singaporeans has no relevence to UMNO anymore.They can be happy living in theircpigeon hole.Ha...ha...ha...

Anonymous said...

Looes 74,

Othman Wok has been paid by LKY of PAP.LKY wore songkok maa.... and Singapore malays believed him.I think we treated our minority chinese here in Malaysia than LKY treated Singapore minority Malays lor..Malaysian first Navy Chief was an Indian you know (TS Thanabalasingam).Name me one Malay pilot in SAF.Singapore Malays has no place in Singapore .

Siput

hangus said...

gambar besar PM makan kangkung memang lawak gila la....tergolek aku nampak....


cantik lukisan. ada cretivity betul... mulut bukan besarx2 . macam saja lapa sungguh..

Kampong man said...

Aspan,

Cerita kangkung ini amat melucukan.Izinkan saya paste my comment dalam blog Aspan apa yang Kampong man komen dalam beberapa isu politik negara dari blog The Scribe Dato A kadir Jasin bagi peminat Aspan disini.

"Kampong man5:37 PM
Salam Dato,

1.The Najib bashing will still continue everywhere and it is getting hackneyed and become almost a trite.I wonder if Najib ever read these blogs.I hope he does and the message is clear that they don't want him to open his mouth.Is it ?.Poor Najib, they hit him below the belt now.I am sure the people of Pekan (Najib won with a majority of 35,613 there) loves this man a lot so are most of the UMNO members nationwide. They gave him a free passage unchallenged last UMNO election He must be some kind of a MAN and they give him BIG thumbs up too.But the opposition , as expectedly ,thinks otherwise. Ini biasa. Pedulikan depa Najib.Just focus and be a good PM for good Malaysians.

My advise to most people, according to my teacher Cik Gu Lau Hut Yee dulu .He said to those who like to banyak bercakap , berceloteh dan ' unproductive ', sentiasa ada saja yang tak kena is simple "It is better to keep your mouth shut then be looked at like a fool when you speak up "and "If you have nothing good to say just shut up !!".He was a dedicated and most loved teacher then in our school ,STAR Ipoh. Demer ni kritikal gamak nya kot.

2.I did not spend much time in France (a hitch hiker in Europe yes)but many years in Scotland.If one ever had a chance to be in Edinburgh ( spend many years there ) don't forget to visit the historical Edinburgh Castle perched high on solid rock dominating the city across Princess Streets.It is one of the most beautiful city in Europe. Scotland has her own separate history about their Mary Queen of Scots born in 1542 and was tragedically executed in 1587 believed ordered by Elizabeth 1.She too had colorful life and lived a lavish spending like that of Marie Antoinette of France.

3.Talking about food.I am not an arabic man but I enjoyed nasi arab.Try Saba Restaurant at Jalan Jelatik.Hmm....just had my lunch there this lazy sunday noon. Very nice but they don't serve kangkung my favourite vegetable there though.

But this ADUN Macang Bubuk Lee Khai Loon has gone further.According to report " Khai Loon di anggap biadap apabila bertindak menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai Perdana Menteri di pasar Bukit Mertajam....." Dengarnya lebih 3000 masyarakat Melayu berarak secara aman di Bandar Seberang jaya , Permatang Pauh , P Pinang membantah.Sekira ini benar berlaku ianya tentulah keterlaluan dan tidak dapat diterima.It is not gentleman of Khai Loon and it is not very nice.Come on boy.I think I better watch this badminton final now than talking about this stupid and naive Khai Loon, better right?. I too will not want to miss my MU team against Chelsea EPL tonight.

4.I am proud of our badminton double pair Goh V S and Lim K W (not that DAP LGE,of the Lim dynasty who is a pain in the neck to me) who won their Malaysian Badminton Open today with a cool USD39,500 price a first for them.Congratulations boys!.Hopefully Lee Chong Wei win his single title for he 10th time next .Have fun and enjoy the badminton sport.Sports unite and politics divide.Agree?. Cheers."

P/S My MU lost to Chelsea 1-3. Cuba LAIN KALI LAH !!!

Anonymous said...

Siput,
What about Yusuf Ishak & Rahim Ishak? Hahahaha, how about Subir zaid? Hahahahaha!

One children song for you

http://www.youtube.com/watch?v=XIt7Z7aW6Pk

No need Islam this Christian that.

Secular song the best