Dulu saya selalu berkata apa
yang berlaku semuanya bersebab, dan penyebab itulah yang selalu tidak diambil
kira apabila bercakap dan membuat analisa terhadap apa yang berlaku pada hari
ini. Saya secara peribadi dengan beberapa ramai yag lain, hampir tiga puluh
tahun dahulu, bercakap dan berucap dengan panas hati dengan apa yang berlaku
semasa itu kerana kami telah mengenal pasti apa yang akan berlaku selepas itu.
Hasilnya setelah tiga puluh tahun
berlalu, apa yang kami jeritkan semasa itu sudah menjadi kenyataan. Penyakit
yang dihadapi oleh UMNO pada hari ini ibarat penyakit ‘cancer’ penyakit yang
hanya akan disedari setakat begitu lama tubuh dan kesihatan kita terbiar. AIDS
juga bermula selepas lebih dari dua puluh tahun kuman atau apa-apa penyebabnya
menghinggapi tubuh kita.
Apa yang berlaku sekarang dalam
UMNO pun begitu. Ia bermula dengan kelalaian pimpinan tiga puluh tahun dahulu
kerana semasa itu pimpinan merasa kuat dan melakukan apa sahaja yang boleh
untuk kepentingan peribadi pucuk pimpinan semasa itu. Apa yang berlaku hari ini
disebabkan kelalaian dan kerakusan pimpinan tiga puluh tahun dahulu. Semasa itu
tidak ada siapa yang dikalangan yang berkuasa memikirkan yang kelakuan dan
sifat mereka itu akan menjadikan negara seperti yang kita alami sekarang.
Semasa itu pemimpin asyik membunuh roh politik negara dengan sibuk berniaga dan
menjaga kepentingan perut dan kepentingan keluarga masing-masing.
Semasa itu semua pemimpin
bergerak berkumpulan hanya untuk menyokong siapa yang sedang memegang kuasa
tanpa memberikan sedikit pemikiran apa yang akan terjadi kepada UMNO jika
budaya yang berputik semasa itu tidak dihentikan. Nah, sekarang timbul kembali
penyokong kumpulan itu untuk meminta pemimpin yang memulakan masalah kepada
UMNO kembali ke Putrajaya untuk membetulkan keadaan.
Saya secara peribadi tidak dapat
‘comprehend’ bagaimana pemimpin yang memulakan dan menjadi penyebab kepada
masalah yang kita warisi dari kepimpinnya itu boleh melakukan pembaik-pulihan
terhadap masalah yang terhasil dari budaya buruk yang bertunas semasa
kepimpinannya?
Cadangan yang dilemparkan oleh
seorang bekas Menteri yang meminta pemimpin itu kembali ke Putrajaya sudah
pasti tidak akan membawa apa-apa perubahan. Jika ada pun perubahannya ia akan
kembali kepada mereka yang bebas berfikir…’kembali ke dalam penjara dan kem-kem
tahanan’ dan budaya yang ‘menang ambil semua dan kalah hilang semua’ itu akan
kembali berhadapan dengan kita.
Perubahan yang diperlukan hari
ini bukan perubahan kepada ‘hardware’ politik kita. Kita sepatutnya tidak lagi
bercakap tentang siapa yang boleh mengurangkan tariff letrik atau pengurangan
kadar tol lagi. Kita perlukan perubahan kepada ‘software’ politik itu sendiri,
maksud saya roh kepada politik itu wajar dikembalikan untuk menjadikan politik,
tidak kira poilik kerajaan atau pun pembangkang itu hidup dengan sihat dan
bermaya.
Jika ‘software’ kepada politik
itu hidup kembali maka isu tol dan harga bahan api itu akan dengan sendirinya
terlerai kerana hidupnya roh politik yang sihat itu tadi. Negara tidak
memerlukan pembangunan fisikal dengan cepat lagi. Kita mahukan politik yang
baik dan terdasar kepada ‘political software’ yang sihat.
Yang sangat-sangat diperlukan
sekarang ialah menghidupkan kembali semangat politik itu supaya kita tidak akan
berhadapan dengan isu-isu rasuah yang besar dan salahguna kuasa yang begitu
jelas dan pancung-memancung kepimpinan dengan zalim dan tidak berperi
kemanusiaan. Kita mahukan moral politik itu kembali kepada moral yang tinggi,
beretika dan tidak melanggar tata susila bangsanya dan agamanya. Kita tidak
mahu agama dijadikan bahan isu politik pimpinan yang lemah dan terus berusaha
untuk kesatuan di antara rakyat berbilang kaum dan agama.
Pimpinan hari ini adalah
hulubalang kepada pemimpin yang diminta oleh bekas Menteri kembali ke Putrajaya
itu. Abdullah Badawi dulu pun adalah hulubalang kepada pemimpin ini. tetapi
pemimpin ini mahukan supaya kroni-kroni yang menjadi pemimpin yang beliau
wariskan itu mengikut dan tunduk kepada kehendak beliau sahaja. Kalau tidak
tunduk mereka dianggap sama seperti ‘iblis yang enggan tunduk kepada Nabi Adam’
dahulu.
Jika pemimpin yang lama bersara
ini tidak lagi masuk campur saya dapat merasakan ada sedikit harapan untuk
mendapatkan pembetulannya. Tetapi jika beliau ini kembali kita akan bemasalah
berpanjangan kerana masalah lain akan timbul pula yang kita tidak tahu berapa
lama selepas itu masalah-masalah itu dapat dihapuskan.
Kita tidak mahu lagi pemimpin
yang berdendam terhadap musuh-musuh politik beliau dan kerana ia akan memberikan
impak yang amat buruk jika ia berlaku. Biarkan sahaja Ahli-Ahli Legislatif yang
ada pada hari ini mencuba pembaharuan itu. Pemilihan pengganti kepada yang ada
pada hari ini wajar dipilih dari Ahli-Ahli Legislatif Persekutuan yang terpilih
rakyat dan tidak wajar ia digantikan dengan sesiapa yang memulakan masalah yang
kita hadapi hari ini.
Walau bagaimana pun ‘sepandir’
mana pun cadangan bekas Menteri Penerangan itu, satu hakikat yang benar dari
kata-kata dan cadangan beliau itu ialah barisan kepimpinan hari ini sudah
ternyata tidak lagi berguna kepada rakyat negara ini. lagi. Daripada pemimpin
menyelesaikan masalah rakyat, rakyat pula yang terbeban untuk menyelesaikan
masalah yang terhasil dari kepimpinan yang sudah hilang panduan dan tertutup
hijabnya untuk mentadbir negara dengan baik dan benar.
Najib sesungguhnya kesaorangan.
Buat masa ini hanya beliau seorang yang bercakap dan tidak ada seorang pun
Menteri lantikan beliau membuat kenyataan terbuka mempertahankan beliau apabila
Zainudin Maiden memberikan cadangan mengembalikan Mahathir ke Putrajaya.
Keadaan ini menjelaskan yang Ahli-Ahli Jemaah Kabinetnya berdiam diri kerana
mahukan Najib cepat-cepat berundur dan ini adalah tindakan ‘insubordination’
dari rakan-rakan kabinet beliau sendiri.
Najib sudah sampai ketahap
menjadi masalah nombor satu negara. Masalah yang disumbangkan Najib kepada
negara sama besarnya dengan semua masalah yang disumbangkan oleh semua pihak
dalam negara ini termasuk penagih-penagih dadah.
Najib akan terpaksa berhenti tidak
dapat tidak dan kita wajar menerima perubahan ini secara baik. Hanya satu
‘hurdle’ lagi yang wajar dihadapi ramai, iaitu jika cadangan Zainudin Maiden
untuk mengembalikan ‘hero’ nya ke Putrajaya sebagai penyelesaiannya mahu
dilakukan oleh Barisan Nasional. Jika itu berlaku, pada hakikatnya tidak ada
perubahan secara ‘structural’ kepada politik negara berlaku.
Negara akan terbeban lagi dengan
masalah besar, malahan lebih besar dari apa yang kita alami sekarang ini. Kalau
kita hendak berubah kita perlu ke hadapan bukannya ke belakang.
Pucuk pimpinan hari ini pun
merupakan bekas hulubalangnya juga. Najib ibarat anak kepada beliau ini. Kita
tidak pula bersetuju untuk melihat anak dimakan oleh ibunya sendiri seperti
haruan memakan anak-anaknya.
Jangan kita selesaikan masalah
dengan masalah yang lain pula.
9 comments:
Jika keadaan menjadi semakin teruk, maka munculah pendekar kangkung umno dengan bermodalkan bangsa dan agama.Pendekar ini handal bersilat dan menepis semua kesalahan menjadi kesalahan orang lain.
Pak Aspan...
Kenapa kita masih menunggu...asyik protes, kutuk dsb. Klau pemimpin dah x boleh pakai, nyahkan mereka dari jawatan tu, tak payah ulas lg, buang masa, buang tenaga, buang segalanya.
Takde kekuatan kita semua ni...celiklah kita semua kita masih beretorik atas diri kita sendiri...cari perubahan segera, dah lama kita bermain dengan ayat-ayat...bergeraklah pulak.
Sdr Aspan,
DYMM Sultan Kedah menjadi YDP Agong kali kedua, TDM pun nak merasa juga mengikut jejak itu, kalau tidak kempunan pula nanti. Pada masa yang sama, adalah beberapa perkara yang perlu disettlekan agaknya. Maklumlah, perjuangannya belum selesai dan tidak pernah akan selesai pun. Habis punah jahanam negara, berpotensi besar untuk melingkupkan lagi dan akhirnya rakyat menjadi mangsa. Melepaskan jawatan kepada Pak Lah dulu pun, semata-mata kerana sudah tersepit oleh keadaan masa itu, jika tidak kerusi PM pasti masih didudukinya. Malaysia telah disyarikatkan dan sebagai pemilik syarikat, tentulah akan mewariskan syarikat kepada anak-anaknya. Apa nama ..., selain itu dosa-dosanya akan difaraidkan kepada rakyat untuk mendapat habuan kita masing-masing.
AA, the ex premier has still lots of outstanding that he needs to settle. Just that.
AA....spot on bro.
Betul Aspan,
Dah dia yg rosakan dia pula yg nak betulkan. Tak munasabh kan?
-para peniaga yg naikkan harga barang akan dikenakan tindakan undang2.
-kerajaan tubuh jawatankuasa siasat sbb2 kenaikan barang(BODOH sangat, nak siasat apa). Siapa yg mulakan?????
Dulu kita sama-sama menyaksikan perilaku kangkung puak umno disensasikan dimedia massa utama negara, diantaranya ialah tarian punggung, hadiah kek tahi, kencing gambar pemimpin pr, bakar patung paderi dan berbagai lagi aksi mentaliti kangkung.Sekarang sudah kena batang hidung mereka sendiri apabila replika kepala disumbat kangkung.Sepatutnya mereka boleh bertahan kerana apa yang mereka buat dulu pun tidak akan dapat menyelesaikan masaalah rakyat sedangkan mereka dipihak yang punya kuasa.Bantahan rakyat yang tertindas pun boleh mereka lencongkan menjadi kepada fatwa haram/bughah,sentimen bangsa dan sentimen agama.Tanpa puak kangkung ini sedar setelah sekian lama ialah kelebihan mereka dalam puak kangkung umno untuk membuat apa saja aksi kangkung tapi terbukti tidak akan diambil tindakan.
Menambah apa yg sudah dikupas. Pertama cadangan dari mantan menteri penerangan tu melihat kan kurangnya daya analitikal beliau. Sama sprt sewaktu beliau jd menteri tdl banyak yg beliau lakukan hanya menyalak bagi boss beliau. Masih ingat gaya dan stail beliau yg menjerit2 dan memaki hamun org. Jd apa yg nak diharapkan kepada seorang Maidin? Ke teringin juga nak jd menteti lagi?
Kedua saya setuju dgn Pak Aspan utk melihat isu sekarang dlm perspetif yg lebih besar. Maslah yg timbul adalah masalah berakar dr parti yg menunjang BN termasuk kelompok kaum Melayu yg takut dgn bayang2 sendiri. Sbab tu gendang yg dimainkan bila dikomen ditegur adalah menghujat, memaki, perang, bakar! Langsung tak mahu guna akal folirsn yg Allah karnuiakan, jumud dan raksin melulu. So jadi la pengikut2 pemimpin td sprt
Si Lincai terus terjun dgb labu2 mereka......... wallahhualam
Post a Comment