29 January 2011

Interlock - Akhirnya UMNO sujud kepada MIC.

Apa yang hendak dipinda dalam Interlock itu? Bagaimana Interlock boleh dipinda sedangkan isi kandungannya adalah pemikiran asal penulisnya Abdullah Husein. Bagaimana kita boleh pinda pemikiran orang lain kerana itu adalah hasil nukilan dari pemikiran penulisnya.

Apa sebenarnya yang menjadi masalah kepada pemimpin kita? Setiap tuntutan sebilangan kecil rakyat diterima dan sanggup tunduk kepadanya, sedangkan banyak tuntutan yang ramai seperti tuntutan orang Melayu untuk mendapatkan biasiswa dan penajaan pelajaran tidak dihirau dan diindahkan.

Apa? Bangsat sangatkah kita orang Melayu ini? Tunduk disana dan sujud disini untuk menagih sokongan dan simpati. Bagaimana Palanivel pula yang menentukan mana-mana yang patut dipinda dalam penulisan seorang sastrawan negara? Bukankah Interlock itu adalah hasil penulisan seorang sasterwan negara. Bagaimana perasaan sastrawan negara itu jika penulisannya dipinda, dialih dan dianjak kerana tekanan politik? Segala apa yang ada untuk orang Melayu boleh diabaikan dan dibuang begitu sahaja.

Elok dibatalkan sahaja pengambilan buku itu sebagai buku sastera untuk sekolah-sekolah daripada diteruskan pengambilannya tetapi sudah hilang ‘originality’ pemikiran penulisnya. Jika buku itu masih diterima sebagai buku teks sastera ianya mestilah dalam isi kandungannya yang asal.

Buku ini ditebitkan 40 tahun dahulu lagi, kenapa baru sekarang ianya menjadi isu? Ini hanyalah merupakan isu politik perkauman yang menebal dan ianya adalah disebabkan masing-masing parti terus-terusan menggunakan isu perkauman untuk mendapatkan sokongan politik.

Itulah sebabnya saya ratusan kali mencadangkan supaya negara ini ditadbir oleh seorang Melayu yang dihormati ramai serta yang berkemampuan untuk berunding dengan semua pihak. Kalau dahulu ramai memanggil Abdullah Badawi flip-flop, bagaimana pula dengan pucuk pimpinan sekarang?

Kenapakah kepimpinan kita tidak ada langsung kekuatan tulang belakang dan mengangguk sahaja dengan tuntutan yang tidak menesabah itu. Saya cadangkan supaya Muhyiddin bertukar kekementerian yang lain jika beliau tidak mampu untuk berfungsi sebagai Menteri Pelajaran.

Kalau tidak ada kementerian yang sesuai beliau boleh meletakkan jawatan sahaja kerana gagal untuk menyatakan kebenaran dan sanggup menerima tuntutan walaupun beliau sendiri tahu isi kandungan buku itu tidak ada bab-bab yang menyinggung perasaan kaum India.

Meminda isi kandungan buku itu samalah seperti tidak menghormati orang yang telah dianugerahkan sebagai sasterawan Negara. Meminda isi kandungan buku itu serupalah seperti menarik kembali anugerah sasterawan negara yang telah diterimanya dahulu. Sensitiviti kaum India dijaga dengan baik sedangkan sensitivity orang Melayu telah dorobek dan dipermainkan acapkali.

Mentang-mentanglah orang Melayu ini masih ada sifat burung balam yang mudah mengangguk dan tunduk kepada semua tuntutan pihak lain. Sampai bila kita hendak mengorbankan perasaan orang Melayu semata-mata untuk mendapatkan sokongan pihak lain yang bukannya majoriti dinegara ini.

Saya yakin rakan kita kaum India tidak semuanya yang membuat tuntutan itu. Mungkin hanya MIC dan badan politik yang mengambil kesempatan diatas kelemahan minda pemimpin-pemimpin kita yang sanggup berbuat demikian. Untuk mendapatkan undi yang belum pun pasti kita sanggup menukar dan meminda pemikiran dan penat jerih orang lain.

Selepas ini apa pula yang ada kepada kaum Melayu yang hendak diambil oleh mana-mana pihak? Seorang kenalan saya bertanya kepada saya, “bro, malang sungguh kita menjadi orang Melayu, walaupun kita dipimpin oleh orang Melayu.”

Kehilangan sokongan orang Melayu kepada UMNO bukanlah satu perkara yang tidak berpatutan lagi. UMNO semakin hari semakin lemah, mudah sahaja tunduk kepada tekanan pihak lain. Pihak-pihak lain sekarang benar-benar mengambil kesempatan diatas kelemahan pimpinan Melayu kita.

Kenapa mereka ini menjadi pemimpin pun kita tidak tahu. Nampaknya politik pucuk pimpinan kita ini mengikut resmi air, dimana lekok disitu mereka berhenti.

28 January 2011

Boleh kah UMNO memimpin lagi?

UMNO sudah tiada kepimpinan dan yang lebih malang kita tidak ada pengganti jika piminan pada hari ini berhenti atau pun dibesarakan oleh ahli-ahli parti atau pun oleh rakyat dalam pilihanraya. Yang lebih ditakuti lagi jika UMNO kalah didalam pilihanraya siapa pula yang akan mengambil alih kepimpinannya untuk meneruskan kehadziran parti itu dalam politik tanah air sebagai parti pembangkang.

Kalau diteliti dari sikap dan perangai pemimpin-pemimpin berbagai peringkat dalam UMNO, parti ini akan terkubur terus jika ianya menjadi pembangkang didalam semua Dewan-Dewan Legisltive dinegara ini. Pemimpin-pemimpin kita sudah terlalu biasa dengan keenakkan dan nikmat menjadi pemimpin dalam sebuah negara yang kaya seperti negara kita ini. Pemimpin-pemimpin kita tidak mengendahkan isu etika dan isu-isu yang bersabit dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Pemimpin-pemimpin besar kita sudah biasa dengan melakukan kesalahan tanpa diambil sebarang tindakkan. Rasuah tidak mudah untuk dibuktikan dengan adanya OSA (Official secret Act) dan berbagai-bagai lagi akta yang melindungi kerja aib mereka. Rakyat sedar segala-galanya ini. Itulah sebabnya rakyat sekarang bertindak untuk menolak barisan kepimpinan ini kerana mereka tidak mahu berubah dan menyedari betapa buruknya perbuatan ramai diantara mereka.

Berbagai cara dan petunjuk telah diberikan kepada mereka yang memimpin ini supaya menjadi pemimpin yang baik. Hanya mereka tidak mahu berubah dan meninggalkan sikap dan budaya buruk yang sudah menjolok mata rakyat itu. Didalam mana-mana pertubuhan sekali pun perubah pasti berlaku. Sedangkan agama mengatakan yang kita mesti hidup mengikut waktu dan zamannya. Yang penting kita tidak lari dari asas matlamat dan tata cara perlaksanaan tujuan dan matlamatnya.

Islam telah banyak membawa kejayaan didalam peperangan untuk menegakkan agama dengan bersenjatakan tombak dan pedang. Tetapi Islam dini hari tidak boleh lagi menggunakan tombak dan pedang untuk berlawan dalam zaman moden yang berteknoloji tinggi ini.

Begitu jugalah pertubuhan politik seperti UMNO. Kalau dulu UMNO memenangi pilihanraya dengan mengungkit-ngungkit jasa kerajaan yang dipimpinnya dengan menggunakan isu air dn api serta jalanraya yang besar-besar, itu merupakan senjata yang sudah usang. Dinegeri Cina tidak ada UMNO tetapi jalanrayanya lebih besar dan hebat dari kita. Rakyat boleh menjawab yang wang serta dana yang digunakan oleh UMNO untuk membina jalanraya itu adalah wang rakyat yang menjadi ahli kepada semua parti termasuk parti-parti pembangkang. Wang itu bukannya wang BN.

Dr Mahathir misalnya tidak boleh menggunakan isu membangunkan Putrajaya dan KLCC sebagai senjata untuk meminta sokongan rakyat kerana wang yang digunakan untuk membangunkan itu semua adalah dari PETRONAS kepunyaan mereka. Malahan Dr Mahathir dibayar gaji yang lumayan untuk diamanahkan membangunkan pembangunan seperti itu.

Itulah sebabnya rakyat marah dan bising-bising apabila mereka melihat dengan mata kepala mereka sendiri yang wang untuk membangunkan negara itu ada ketirisan besar melalui rasuah dan guna kuasa yang salah. Mereka mahukan pemimpin yang dipilih mereka itu menerima ‘accountability’nya jika ada kesalahan yang dilakukan oleh pimpinan.

Jadi dalam sebuah negara yang demokratik rakyat akan menukar pimpinan dan parti yang memerintah jika pemerintahan yang ada pada hari ini tidak mahu berubah atau tidak tahu untuk berubah. Pimpinan UMNO memang sudah sinonim dengan rasuah dan menyalahgunakan kuasa dan memang itu pun budaya yang sudah menjadi imej yang sebati.

Jika kepimpinan masih inginkan UMNO itu untuk terus memerintah maka pimpinan mesti pandai dan mahu berkorban untuk memulihkan imej buruk itu. Oleh kerana imej itu berkait rapat dengan manusia yang memimpinnya maka adalah menjadi tanggung jawab ahli-ahli dan pimpinan untuk mencari batang tubuh yang mampu untuk melakukan perubahan itu dan sekali gus membawa imej yang baru dan bersih untuk parti ini terus dianggap releven untuk masa kini.

Sekarang ini pimpinan kita masih lagi menggunakan resipi lama dan kaedah yang usang; berucap berapi-api dengan menggunakan ‘jargon-jargon’ yang ‘bombastic’ sebagai ‘cosmetic’ kepada uacapan-ucapannya semata-mata yang akhirnya dia sendiri tidak faham dan gagal melaksanakannya.

Kalaulah benar pimpinan sekarang ini adalah kepimpinan yang baik kenapa rakyat ramai dimana-mana bercakap dan meluahkan rasa kekecewaan mereka? Nak salahkan pembangkang lagi?

Jawapannya ialah, kepimpinan kita sedang menghadapi krisis keyakinan yang sangat serius; lebih seirus dari zaman pimpinan Abdullah Badawi. Yang orang ramai hairan kenapa Dr Mahathir tidak pula bercakap tentang kelemahan yang nyata ini.

Kita medengar bermacam-macam ‘theory’ sebab kenapa Dr Mahathir tidak ‘meroyan’ dengan kepimpinan hari ini. Tapi tak apalah, kita ketepikan isu ini dahulu. Nanti sampai ketikanya kita boleh kupas isu ini dengan teliti.

Tetapi ramai juga yang tahu sebabnya. Kalau nak ulas isu sekarang pun, ianya ibarat menyuluh ditempat yang terang. ATAU sudah geharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.

27 January 2011

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

‘Air yang tenang jangan sangka tiada buaya’, begitulah kata perbidalan Melayu yang difahami oleh semua orang. Begitulah yang boleh dikaitkan dengan keadaan sebenar yang berlaku didalam pilihanraya Kecil DUN Tenang, Labis Johor. Tetapi perbidalan ini sesuai untuk memperingati parti penyandang bagi kawasan DUN itu, iaitu BN yang diwakili oleh UMNO.

Bagi BN keadaan tidak setenang namanya. UMNO nampaknya tidak bergerak dengan cara yang betul dalam menghadapi pilihanraya kecil ini. Dalam pada kelemahan yang nyata pemimpin-pemimpin UMNO diJohor nampaknya masih berkeyakinan yang BN akan memenangi PRK ini, malahan TS Muhyiddin berkata yang BN akan memenangi PRK ini dengan majoriti yang melebihi 5000 undi.

Saya hanya memberikan komen yang pendek sahaja bila bercakap tentang majoriti yang disebutkan oleh Timbalan Perdana Menteri ini. TS Muhyiddin bolehlah berangan kerana berangan itu percuma; tidak ada kena bayaran apa-apa. Bermimpi itu pun boleh tetapi perbilangan ada mengingatkan kita supaya tidak bermimpi disiang hari. Nanti kecewa dan diketawakan orang.

Johor merupakan kubu kuat UMNO selama ini. Apabila datang tentangan mereka tidak tahu hendak berbuat apa-apa untuk mengekang masalah yang mereka hadapi. UMNO Johor memang dari dulu lagi tidak menghadapi tentangan dari mana-mana parti pembangkang.

Tetapi sejak 3 atau empat tahun yang lalu perubahan mula berlaku dalam mana parti-parti pembangkang sudah mula mendapat perhatian rakyat Johor dan dalam pilihanraya yang lalu pembangkang telah dapat menembusi kubu UMNO ini dan 6 kerusi Dewan Undangan Negeri telah diwakili oleh parti-parti pembangkang. Dua kerusi parlimen juga jatuh ketangan PR.

Kerusi yang dimenangi oleh BN telah mengalami kekurangan majoriti dengan begitu nyata. Kerusi DUN Tenang ini sendiri mengalami kemorosotan yang besar. DUN Tenang telah memenangi kerusi ii dengan majoriti lebih kurang 5000 undi dan majoriti ini telah merosot kepada 2500 dalam pilihanraya umum yang lalu. Jika UMNO tidak dapat majoriti sebanyak 2500 dalam pilihanraya kecil ini maka itu merupakan petunjuk jelas yang UMNO sudah tidak mendapat perhatiam dari rakyat seperti yang mereka alami tahun-tahun yang lepas.

Sekarang isu yang banyak diperkatakan, mampukah BN mendapat majoriti yang melebihi 2500 atau sekurang-kurangnya sama dengan majoriti yang kita dapati pada pilihanraya yang lepas? Persoalan ini merupakan soalan cupu mas. Banyak juga lapuran yang diterima dari Labis yang jentera BN tidak begitu berkesan.

Sayap wanita , pemuda dan puteri tidak berjalan seiringan kerana UMNO Bahagian Labis tidak memberikan mereka tugas yang penting dalam PRK ini. Pengerusi Perhubungan pula tidak mahu orang-orang UMNO dari luar Johor untuk bersama-sama mengendalikan kempen DUN ini kerana beliau berkata yang UMNO Johor berkemampuan untuk mengendalikan PRK ini sendirian.

Masalah ditambah pula dengan isu yang dimainkan oleh Chua Soi Lek yang telah menyentuh perasaan orang Melayu Islam dengan menggunakan isu Normala, calun PAS yang tidak mahu bersalaman dengan orang lelaki. Malahan ada juga dikalangan orang Melayu UMNO sendiri menggunkan isu ini untuk mendapat undi.

Apakah salah dari sudut pandangan UMNO dan MCA jika seseorang Islam itu taat kepada hukum hakam agamanya? Bukankah memang seorang Islam itu tidak boleh bersentuhan jika mereka bukannya mukhrim? Apakah UMNO dan MCA mahukan Normala dan sesiapa juga untuk melanggar hukum hakam agama semata-mata untuk memenangi pilihanraya? Bagi sesiapa yang rasional, isu yang dimainkan oleh BN ini merupaka bayangan yang UMNO dan MCA sudah habis modal untuk dijadikan isu berkempen dan ini akhirnya akan disedari oleh pengundi-pengundi.

Kita sedar yang Chua Soi Lek adalah pengerusi kepada BN Labis dan beliau mahukan kemenangan kepada BN. Tetapi janganlah hendaknya menggunakan isu agama kami untuk mendapatkan sokongan pengundi. Akhirnya Soi Lek akan terjerat dengan jerat yang dipasangnya sendiri. Isu ini sahaja sudah pasti melarikan banyak undi dari BN kepada PAS dan kita jangan sekali-kali menyalahkan sesiapa jika berlaku apa-apa kepada BN bukan sahaja dikawasan Labis malahan dikawasan kawasan yang lain.

Kita semua sedar yang moral itu bukanya penting bagi Soi Lek tetapi janganlah beliau cuba untuk membawa kami kepada hidup secara beliau yang seluruh dunia telah mengetahuinya. Kalau beliau telah tertangkap dengan kegiatan yang tidak bermoral yang buruk itu, janganlah pula hendak bawa orang lain untuk hidup seperti beliau yang tidak kisahkan moral dan akhlak yang tinggi.

Saya memberikan tabik hormat kepada Normala kerana walaupun seorang ahli politik beliau tidak mahu menjual dan mengorbankan syariat agamanya kerna hidup yang beragama sahajalah yang boleh membezakan diantara manusia yang baik dan manusia yang berpandukan kepada yang bathil.

Inilah sebabnya BN semakin hari semakin kurang sokongan dari rakyat. Rakyat seolah-olah boleh nampak yang BN ini semuanya bebas untuk melakukan apa sahaja termasuk yang bertentangan dengan agama kita. Boleh rasuah, boleh menyalahgunakan kuasa, merogol dan banyak lagi kegiatan yang bertentangan dengan kesucian agama dan adat.

Saya telah banyak kali mencadangkan supaya kita mencari jalan untuk memulakan episode baru dalam politik negara untuk selari dengan kehendak masa dan zaman. Kita ada perlembagaan dan kita boleh bersandarkan kepada perlembagaan yang sedia ada. Kita mesti ubah pemimpin-pemimpin yang memimpin kita kerana tidak ada langsung tanda-tanda yang keadaan bertambah baik.

Saidina Ali karamallah huwajhah telah banyak kali melakukan ijtihad untuk kebaikkan tetapi tidak lari dan asas syariat dan kepentingan hukum hakam agama kita yang suci ini. Kita pun boleh malakukan perkara yang sama asalkan sahaja tidak lari dari kehendak perlembagaan negara kita.

Kalau kita semua ingin hidup dalam negara yang aman dan damai kitalah yang sepatutnya mengusahakan perubahan ini. Kita mahukan Melayu dan Islam terjamin kedudukannya dan bangsa-bangsa lain dijaga dengan baik agar kita semua hidup bermuhibbah selama-lamanya.

Kita sudah jemu dengan isu berkauman yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin kaum semata-mata kerana ingin menjayakan kelangsungan politik masing-masing. Akhirnya kita rakyat biasa dibawah ini yang berperang tanpa henti sedangkan pemimpin diatas terus mentadbir kita dengan menggunakan sentiment kaum masing sambil memerah keringat rakyat yang tidak terbela.

Keadaan ini mesti dihentikan. Kita tidak ada tempat atau negeri lain untuk berlindung. Baik buruknya disinilah kita hidup dan mati. Yang telah kaya raya hasil pemerahan kekayaan negara ini boleh lari dan hiup ditempat lain. Kita tidak ada pilihan. Kita akan disini sampai bila-bila.

26 January 2011

Nak Tanya Muhyiddin - Mahukah pemimpin kerajaan persekutuan meletakkan jawatan sama?

Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri kita telah menyarankan supaya MB Selangor TS Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai MB negeri itu kerana gagal mendapat 2/3 majoriti dam siding khas Dewan Undangan Negeri itu 24hb yang lalu untuk meminda perlembagaan bab 52 Negeri Selangor.

Dalam persidangan khas itu PR mendapat 34 undi dan selebihnya dari BN mengundi menentang usul untuk mendaulatkan Sultan Selangor dengan mengembalikan apa yang ada dari Tuianku Sultan sebelum dirampas oleh Perdana Menteri pada 1993 dahulu. UMNO/BN menentang usaha untuk mengembalikan kuasa itu kepada Tuanku Sultan dan kepada UMNO, PR adalah pihak yang derhaka kepada kebawah Duli Tuanku kerana PR hendak mengembalikan kuasa itu kepada Tuanku.

Rupa-rupanya UMNO ini sudah tidak keruan. Benarlah kata setengah orang yang UMNO kita ini sudah hilang hidayah. Menesabahkah PR pula yang derhaka kepada Duli Tuanku kerana hendak memberikan kuasa kepada Baginda? Patutlah ramai alim ulamak yang zuhud berkata yang kini dunia sekarang adalah dalam akhir zaman, yang salah nampak betul dan yang betul dikatakan salah.

Sekarang kita sudah nampak dengan jelas yang UMNO benar-benar tidak menghormati perjanjian persekutuan dahulu dan jika ada usaha untuk mengembalikan kuasa bab52 itu kepada Tuanku Selangor itu adalah penderhaka. Ini pandangan yang sangat gila. DAN Muhyiddin meminta pula supaya Khalid meletakkan jawatan.

Sebagai salah sebuah negeri yang terkandung didalam Persekutuan, Selangor dan rakyatnya mesti dihormati mengukut lunas demokrasi dalam persekutuan ini. Biarlah rakyat dalam negeri-negeri yang berdaulat didalam persekutuan itu berbicara dengan Rajanya untuk menentukan apa yang patut dilakukannya terutamanya didalam isu Raja dan Kerajaan yang dibawah naungan Baginda.

Usaha untuk memecah belahkan kerajaan Selangor dengan kebawah Duli Tuanku Selangor nampaknya tidak surut-surut dan saya yakin ianya akan berhenti apabila Tuanku Sultan sudah bersalah-salahan dengan rakyat Baginda sendiri. Jika ini berlaku maka mudah bagi pemimpin diPutrajaya melakukan semua perkara tanpa halangan, termasuk usaha untuk membunuh demokrasi serta Raja berpelembagaan negara kita.

Muhyiddin memberikan sebab kenapa Khalid perlu meletakkan jawatan, Kata beliau Khalid tidak mempunyai sokongan dua pertiga dari Dewan Lagislatif Selangor maka adalah wajar Khalid untuk berhenti.

Tetapi orang ramai ingin bertanya, kenapa Najib dan Muhyiddin serta keseluruhan pemimpin diPutrajaya tidak meletakkan jawatan kerana kerajaan BN diperingkat persekutuan juga tidak mempunyai sokongan 2/3 itu.

Saya adalah orang yang pertama yang akan memberikan sokongan kepada mana-mana kerajaan untuk meletakkan jawatan jika tidak ada kuasa 2/3 dalam Dewan-Dewan Lagislatif. Jika itu pandangan Muhyiddin mari kita memohon dengan cara yang baik supaya Muhyiddin dan kerajaan pimpinan beliau dengan Najib meletakkan jawatan dan memberikan rakyat membuat pilihan sekali lagi.

Selepas itu Kerajaan Selangor dan mana-mana kerajaan negeri yang tidak mendapat 2/3 sokongan didalam Dewan Undangan pun menyusul kemudian dan memberikan hak kepada rakyat Selangor pula untuk membuat pilihan. Apa-apa keputusan yang kita dapat kita terima dengan ‘gentleman’.

Apa macam Tan Sri?? Setuju??? Kalau bersetuju mari kita mulakan usaha itu mengikut lunas yang betul dan kita serahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan. Ok tak Tan Sri??? Saya seronok betul kalau kita mengaku yang kita juga tidak mempunyai sokongan 2/3 diDewan Parlimen dan memberikan rakyat membuat pilihan lagi sekali secepat yang mungkin.

Kalau setuju katakan setuju, kalau tidak setuju katakan tidak setuju!

25 January 2011

Bersikap seperti cicak kubin dengan rakyat elok dihentikan.

Zairil Khir Johari, 28 tahun telah rasmi menjadi ahli DAP setelah memberikan pertimbangan yang serius sejak beberapa ketika. Anak kepada seorang ahli kepada Jemaah Kabinet yang pertama, Allahyarham Tan Sri Khir Johari ini mengambil keputusan kerana ramai rakan-rakan dan ahli-ahli veteran UMNO sendiri memberikan galakan untuk berbuat demikian.

Sebagai seorang anak kepada veteran UMNO dan pula seorang Menteri Kabinet Tunku Abd Rahman keputusannya itu telah mengundang banyak pertanyaan dan persoalan. Zairil dengan jelas memberikan sebab yang membuatkan beliau mengambil keputusan ini.

Pertamanya parti yang ayahnya sertai dahulu sudah tiada lagi sekarang. Yang ada sekarang hanyalah sebuah parti yang baru ditubuhkan pada 1988 dahulu yang menggunakan nama ‘UMNO’ yang telah mati itu. Beliau menambah yang umur beliau lebih tua dari usia parti itu. Parti yang bapanya sertai dahulu ditubuhkan pada tahun 1946.

Mempertahankan kritikan yang dilebelkan terhadap beliau sebagai penderhaka dan anti Melayu beliau menjawab bahawa jika bapanya masih hidup dan berusia seperti beliau sekarang sudah pasti bapanya tidak akan menyertai parti yang mengelirukan dan yang menggunakan nama ‘UMNO’ yang asal dahulu. UMNO sekarang, kata beliau hanyalah ada kepada namanya sahaja. Katanya lagi, roh dan semangatnya sudah tidak ada walaupun parti itu menggunakan nama keramat itu.

Tetapi yang patut diketahui umum, tindakan Zairil ini merupakan ‘tip of the iceberg’ tentang apa yang berlaku dibawah ini. Anak-anak muda termasuk anak-anak super veteran UMNO (UMNO asal) seperti Zairil ini memupunyai pendirian seperti ini. Jika itu adalah kebenarannya, tentu ianya bersebab. Tidak payahlah kita menyalahkan pihak-pihak yang lain untuk memberikan jawapannya.

Tentu ada sebab-sebab yang kuat kenapa mereka bertindak untuk membelakangkan kita dan mengenepikan parti gantian kepada UMNO asal itu (UMNO Baru). Kenapa kita tidak bertanya kepada diri kita sendiri kenapa mereka tidak berminat kepada kita lagi. Kalau seorang perempuan yang kita suka tidak berminat kepada kita, kenapa pula salahkan orang yang mendapat perhatian perempuan itu. Jika anak-anak muda tidak berminat kepada kita takkanlah kita nak salahkan parti pembangkang pula.

Itulah sebenarnya kesilapan kita. Tetapi kita tidak mahu menerima dan melihat yang kita mempunyai masalah yang besar hinggakan anak-anak muda tidak lagi berminat untuk menyertai dan menyokong UMNO. Apabila kita ditolak kita mulalah mengadakan demonstrasi jalanan seperti apa yang sering berlaku diSelangor.

Zairil Khir Johari adalah diantara ramai anak-anak muda yang meminati parti DAP, sebuah parti berbilang kaum yang kini masih dikuasai oleh kaum Cina. DAP telah berjaya mennunjukkan yang parti itu mampu mentadbir sesebuah kerajaan jika terpilih. Hanya kita yang merasakan kesempitan nafas apabila melihat rakyat memberikan sokongan kepada kerajaan DAP diPulau Pinang.

Maka tugas pemimpin UMNO terutamanya pemimpin pemuda mereka sendang membelek-belek dan tercari-cari jika terjumpa kesalahan sedikit sebanyak dalam pentadbiran P Pinang untuk dijadikan isu politik. Tetapi rakyat tidak terpengaruh juga dengan tindakan pemuda UMNO P Pinang untuk menjadi ‘spin doctor’ bertujuan untuk memburukkan imej kerajaan P Pinang yang ada sekarang ini. Tetapi kerajaan pimpinan Guan Eng ini tidak juga mampu diburukkan oleh pemimpin pemuda UMNO P Pinang.

Permainan biasa media perdana untuk memomokkan DAP sudah tumpul dan tidak berbisa lagi. Permainan politik oleh RTM dan TV3 dan media perdana yang lain dianggap oleh masyarakat seperti angin lalu sahaja atau apa yang kita katakan ‘masuk telinga kiri keluar telinga kanan’.

Tidak keterlaluan jika saya sebutkan yang apa pun yang kita katakan sudah tidak diyakini rakyat lagi. Jika kita berkata benar sekali pun rakyat sudah menutup telinga dan memalingkan pandangan mereka daripada kita. Sebahagian besar rakyat sudah menganggap kita sudah tidak perlu diberikan perhatian lagi.

Dalam pada itu DAP pula tidak terganggu dengan segala tuduhan yang kita lemparkan. Momokan pihak media perdana tidak mengganggu mereka untuk memperkuatkan partinya disetiap peringkat dan kawasan. Nampaknya DAP serius untuk memaparkan parti itu sebagai parti berbilang kaum dan dalam perbualan saya dengan beberapa pemimpin kanan DAP nampaknya parti itu akan menurunkan calun-calun berbagai kaum termasuk dari kaum Melayu didalam pilihanraya yang akan datang.

Zairil mungkin akan menjadi salah seorang anak muda Melayu yang akan dipilih untuk mewakili DAP didalam pilihanraya yang akan datang ini. Pihak kita akan memankan isu panas untuk menakutkan orang Melyu untuk menyokong PAS dan juga akan menggunakan isu agama yang sempit untuk menakutkan orang Cina untuk menyokong PAS.

Politik memecah-mecah ini dengan sendirinya memakan diri sendiri kerana sekarang ini rakyat tidak lagi boleh disuruh arah seperti menyuruh arah kerbau untuk membajak sawah dari pagi hingga kepetang.

Zaman untuk mendapat atau mengekalkan kuasa dengan menggunakan isu perkauman dan agama sudah sampai kepenghujungnya. Rakyat memahami hakikat yang semua rakyat berhak untuk menganut apa-apa agama dan mengakui Islam adalah agama rasmi bagi negara.Tuhan pun memfirmankan kepada kita yang manusia dijadikanNya dengan berpuak-puak dan berlainan diantara satu dengan lain bagi kita memahami dan menghormati diantara satu dengan lain.

UMNO dan pimpinan kita jangan menjadi Melayu apabila bercakap dengan orang Melayu dan menjadi Cina apabila berhadapan dangan orang Cina atau menjadi yang lain apabila bercakap dengan orang lain. Pucuk pimpinan UMNO patut berhenti menjadi cicak kubin, bertukar warna mengikut warna tempat dia hinggap. Politik secara ini membosankan semua orang yang melihat dan mendengarnya. Pemimpin seperti ini selalunya dianggap oleh ramai sebagai pemimpin yang tidak ada ‘batu pelir’.

Untuk mendapatkan sokongan pucuk pemimpin kita terpaksa berwajah yang berbagai-bagai. Ini memalukan kita yang menjadi pengikut ini. Sampai bila kita hendak bermuka-muka seperti ini?

Sikap bermuka-muka hanya dilakukan oleh seseorang yang tidak berkepimpinan dan tidak mungkin boleh membuat keputusan dengan baik. Pemimpin kita mesti belajar dari sikap bermuka-muka individu-individu yang mengelilingi pemimpin-pemimpin ini.

24 January 2011

Rakyat Selangor terpaksa tambah 3 lagi kerusi

Saya bersyukur kerana Dewan Undangan Negeri Selangor telah mengemukakan usul untuk meminda fasal 52 perlembagaan negeri Selangor dan jika pindaan ini berjaya bermakna kita sudah mula mengembalikan premis kewujuddan negera yang berkonsepkan persekutuan. Pelacuran terhadap elemen persekutuan ini telah dialakukan dengan pindaan perlembagaan yang dibuat secara paksa oleh UMNO pada tahun 1993 dahulu.

Dengan pindaan itu dahulu segala kuasa telah dipusatkan kepada Perdana Menteri dan sebahagian besar dari peruntukkan dalam perjanjian persekutuan pada 2hb Februari 1948 telah dicabuli dan diperkosa tanpa sebarang ‘mercy’ terhadap institusi Raja-Raja Melayu, satu institusi yang penting dalam sebuah negara Raja Berpelembagaan.

Walaupun usul ini telah tidak dapat diluluskan dengan majority 2/3 tetapi hakikatnya kerajaan Selangor telah melangkah setapak kehadapan dengan berusaha meminda bab 52 pelembagaan negeri Selangor. Walaupun telah gagal ianya membawa erti yang sangat besar bagi rakyat Selangor yang berani tampil melaksanakan tanggunjawab sebagai rakyat dan menunjukkan kepada dunia bahawa masih ada rakyat yang sedar tentang pencerobohan kepada sistem sebuah negara Persekutuan yang telah ditanda tangani pada 2hb Februari 1948.

Usaha kerajaan negeri Selangor itu juga membawa erti untuk menentang usaha kerajaan persekutuan yang merampas kedaulatan kerajaan negeri pada tahun 1993 dahulu. Peristiwa itu masih jelas teringat dan semasa pindaan pada 1993 itu rakyat yang sedar sangat merasa sedih dengan tindakkan merampas kuasa negeri-negeri seolah-olah Malayan Union telah kembali datang kepada kita dengan nama yang lain.

Penolakkan dari ADUN-ADUN UMNO dan BN itu memang telah dijangkakan dan dengan tindakan Ahli-Ahli Dewan Undangan dari BN itu sekali gus menunjukkan yang mereka tidak mahu mengembalikan kuasa yang telah elok dibahagi-bahagikan semasa pembentukkan Persekutuan Malaya 1948 dan Perjanjian Malaysia pada 1963 dahulu. Sikap kita yang bermuka-muka ini sekarang sudah mula disedari rakyat bukan sahaja diSelangor tetapi juga seluruh Malaysia.

Sekarang UMNO tidak boleh lagi melaungkan slogan-slogan kedaulatan Raja-Raja lagi. Lagi pun UMNO hanya berpura-pura menghormati Raja-Raja semasa kes pengambilan alih kuasa diPerak 2 tahun dahulu dalam mana UMNO telah berselindung dicelah ketiap Sultan untuk mengelirukan rakyat. Sikap berdolak-dalik ini mulai difahami oleh ramai rakyat dan tentunya rakyat akan tahu bagaimana untuk bertindak semasa datangnya pilihanraya umum yang akan datang.

Dalam kes yang terakhir ini kerajaan Selangor telah berjaya membuktikan siapa yang berbohong dalam isu mendaulatkan Raja-Raja Melayu ini. Bagi saya kita mesti menolak mana-mana elemen yang menyerupai tindakan Malayan Union ini kerana kita berpandukan kepada konsep persekutuan yang kuat dan mantap. Seluruh rakyat telah berarak menuntut untuk Malayan Union dibatalkan pada tahun 1946 dahulu dan kita tidak sepatutnya membenihkan kembali sifat-sifat Malayan Union yang mencacatkan keluhuran perjanjian Persekutuan itu.

Walaubagaimana pun keputusan telah diperolehi. BN tidak menyokong pindaan itu dan kerajaan Selangor masih kekurang 3 undi penting dalam persidangan khas itu. Mengikut undang-undang Dewan Undangan Negeri tidak boleh melakukan bacaan kali kedua berhubung dengan pindaan itu.

Jika rakyat Selangor masih mahukan pindaan itu, ianya mestilah diusulkan didalam Dewan Undangan penggal yang akan datang. Seandainya rakyat Selangor serius untuk perubahan itu maka mereka terpaksa berusaha menambah sekurang-kurangnya 3 kerusi tambahan lagi semasa pilihanraya yang akan datang.

Usaha kerajaan Selangor menambah bilangan kerusi didalam Dewan Undangan Negeri Selangor itu memerlukan ketabahan dan usaha yang gigih. Kata orang tua-tua, 'kalau tak dipecahkan ruyungnya, mana kan dapat sagunya'. Kejayaan akan hanya diberikan tuhan kepada pihak yang berusaha keras.

23 January 2011

Berterus teranglah - Jangan dipencilkan oleh kebenaran.

Apa yang sedang dan telah berlaku diTunisia merupakan fenomena yang biasa jika kita baca perkembangan sesuatu pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara itu dalam jangka dan tempoh masa yang panjang. Kebaikan sesuatu pemerintahan hari ini akan membawa kebaikan kepada negara, politik, ekonomi dan semua bidang kehidupan manusia dalam sesebuah negara itu dalam jangka waktu yang panjang.

Begitu juga sebaliknya jika pemerintah menggunakan kuasa secara yang bertentangan dengan moral dan kehendak ramai kita akan menghadapi masalah dengan rakyat sesudah satu atau dua dekad selepas itu. Waktu kita menyedari kesalahan itu selalunya sudah terlalu lewat kerana kebencian rakyat yang tidak ditangani dari awal itu telah memuncak dan pemerintah itu sudah hilang keyakinan rakyat yang ditadbirnya.

DiTunisia dalam mana majoriti rakyat nya beragama Islam, mereka telah menahan dan bersabar sebegitu lama dengan sikap dan kelakuan buruk pimpinan Zainal Abidin ben Ali. Akhirnya rakyat bertindak dan berlaku seperti apa yang telah sama-sama kita saksikan dan dengar kerana sudah hilang kesabaran mereka. Revolusi yang berlaku diTunisia itu merupakan revolusi rakyat dan itu merupakan tindakkan yang ‘natural’ dimana-mana negara serta temaddun didalam rentetan sejarah dunia ini.

Pemusatan kuasa kepada sesuatu puak dan kegiatan rasuah yang terlalu bermaharajalela tidak dapat dikawal oleh pemimpin kerajaan kerana mereka lebih menumpukan kepada pembangunan peribadi masing-masing pemimpin. Pemerintah yang begitu ‘oppressive’ tidak ada tanda-tanda untuk surut.

Pembentukan kroni dikalangan yang berkuasa tidak ada hadnya. Untuk mengekalkan kuasa pemimpin-pemimpinnya melantik sesiapa sahaja yang sanggup menyokong tanpa menilai kualiti kepimpinan mereka. Yang penting mereka mesti memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap pemimpin yang sedang berkuasa.

Pemimpin Tunisia tidak terfikir yang suatu hari nanti rakyat akan memberontak terhadap kepimpinan dan akan membawa bencana kepada kepimpinan mereka. Mereka asyik dengan kekayaan dan glamour kerana mereka memikirkan yang tidak ada satu kuasa pun yang akan menurunkan mereka dari kekuasaan. Mereka berkelakuan seperti apa yang kita lihat dalam filem ‘Titanic’ dalam mana nakhoda kapal yang dinakhodakannya itu sangat kuat dan katanya Tuhan pun tidak akan dapat menenggelamkan kapal yang begitu besar dan gagah itu.

Akhirnya kapal itu tenggelam juga dan melemaskan setiap penumpang dan kakitangan kapal tersebut kecuali seorang.Kita boleh mempelajarai dengan apa yang berlaku diTunisia dan apa yang difilemkan didalam cerita ‘Titanic’ itu tadi. Dalam filem Titanic itu digambarkan betapa takburnya nakhoda kapal tersebut sehinggakan beliau masih bersukaria didalam kapal yang besar itu walaupun kapal tersebut sedang beransur-ansur tenggelam. Dalam keadaan kapal Titanic mula tenggelam nakhodanya masih lagi tidak mempedulikan keadaan itu dan terus menerus bersuka ria dengan musik, arak dan sebagainya.

DiTunisia pemimpin utamanya telah mengelolakan negara seperti negara tersebut adalah negeri kepunyaan beliau dengan isterinya. Isterinya telah mengambil segala peluang perniagaan dan telah terbentuk disekeliling isterinya barisan kroni-kroni yang tamak haloba. Sekarang Zainal Abidin Ali telah lari entah kemana dan negara ditinggalkan kepada orang nombor duanya yang juga mempunyai kelemahan yang sama. Sekarang ini beliau juga sedang menghadapi tekanan dari rakyat untuk meletakkan jawatan dan berundur terus dari menjadi pemimpin mereka.

Semalam seramai lebih kurang 30 orang yang dikenal pasti sebagai ahli keluarga dan kroni yang telah mengambil segala kekayaan negara ditangkap dan akan dibawa kepada pengadilan.Rakyat Tunisia kini terumbang ambing dan puncanya ialah negara dikuasai oleh pemimpin yang tidak berkemampuan. Rakyat akhirnya tidak sanggup menahan keadaan itu lagi. Hasilnya saudara/saudari sekelian telah menyaksikannya dengan mata kepala kita sendiri.

Persoalannya sekarang, apakah ada atau tidak sedikit sebanyak relevannya keadaan diTunisia dan cerita yang difilemkan didalan Titanic tadi kepada kita? Kalau masih tidak mencukupi bukti yang pemimpin dan isteri boleh menghancurkan negara kita ambil contoh dinegara jiran kita Filipina semasa pentadbiran Marcos dan isterinya yang berkuasa dan berpengaruh, Imelda Marcos. Marcos akhirnya telah lari ke Hawaii dimana beliau meninggal dunia.

Seperti diTunisia kita tidak sensitive dengan perasaan orang ramai. Rakyat dari dahulu lagi mahukan pemimpin-pemimpin yang membawa beban diketepikan oleh pucuk pimpinan, tetapi pucuk pimpinan semasa itu dan sekarang memilih untuk mengekalkan mereka kerana mahukan sokongan yang tidak berbelah bagi untuk terus berkuasa.

Sepatutnya dahulu lagi diansur-ansur mengenepikan pemimpin yang tidak berguna ini satu demi satu. Sepatutnya kita lakukan ibarat memakan tabu, busuk seruas dibuang seruas tetapi kini keseluruhan batang tebu itu sudah busuk.

Tidak boleh lagi dibuang seruas lepas seruas tetapi melakukan tanaman semula (replanting) secara besar-besaran. Orang seperti saya tidak mahu melihat keadaan seperti yang berlaku diTunisia berlaku disini.

Kita mesti cari seorang pemimpin Melayu yang berkemampuan untuk menyatukan semua pihak yang bertelagah agar kita segera menyelesaikan masalah yang terlalu rumit untuk diuruskan ini. Semua pihak mesti berikhtiar untuk mencari penyelesaian yang tidak mungkin mampu dilakukan oleh seorang pun yang berada didalam kerajaan pada hari ini.

Rakyat berhak untuk menentukan cara penyelesaiannya jika pemimpin-pemimpin pada hari ini masih beretorik dan menyanyikan lagu-lagu yang lama semata-mata. Pada hakikatnya kita sudah nampak yang rakyat tidak lagi mahu menonjolkan mana-mana parti tetapi sedang mencari pemimpin pengalaman yang mampu menjadi penyelamat kepada keadaan yang menggusarkan ini.

Bagi sesiapa yang berterus terang seperti saya, tekanannya bukannya kecil. Ianya amat memedihkan. Ramai yang bertindak memencilkan saya, tetapi tidak mengapa asalkan saya tidak dipencilkan oleh kebenaran.

UMNO - Sokongan rakyat ibarat tali gasing, semakin kehujung semakin halus.

Dalam waktu lapang saya selalu berfikir bagaimana hendak menyatakan hasrat rakyat yang sebenarnya sehinggakan kita semua sudah tidak faham lagi kenapa masalah yang dihadapi oleh rakyat dalam politik sudah begitu celaru. Semua pihak menuduh diantara satu dengan lain bertanggungjawab kerana wujudnya situasi politik yang berkecamuk sehingga sudah tidak ada lagi ‘political sanity’ yang ‘basic’ kepada kita semua.

Bagi saya mesti ada setidak-tidaknya seorang yang berani tampil menyatakan isu yang sebenarnya yang kita semua hadapi. Suara itu mestilah timbul dengan cadangan dan kaedah penyelesaian yang ampuh terhadap keadaan yang memungkinkan jahannamnya sebuah negara demokrasi yang dianugerah tuhan dengan kekayaan yang melimpah ruah seperti negara kita ini.

Banyak persoalan yang timbul dipemikiran kita bila kita memusatkan pandangan kita terhadap keadaan tidak menentu yang kita alami sekarang ini. Negara kaya tetapi rakyat masih lagi miskin harta benda dan fakir dari segi pemikiran dan sikap kita. Kita tidak boleh menafikan yang negara kita adalah diantara negara yang terkaya.

Kalau Negara kita tidak kaya masakan rakyat tidak pun tersentuh dengan kerugian sebanyak RM36 billion dari tindakan Bank Negara Malaysia (bnm) terlibat dalam perdagangan wang antarabangsa hampir dua puluh tahun dahulu? Orang yang bertanggunjawab dalam pengendalian dan penglibatan BNM dalam pasaran wang antarabangsa semasa itu tidak diambil tindakkan. Malahan beliau sekarang menjadi Menteri Kanan diJabatan Perdana Menteri dan menjadi Ahli Parlimen diPulau Pinang.

Rakyat merelakan kerugian yang dialami kerajaan didalam isu Maminco yang melibatkan RM600 juta. Pembelian Skyhawk yang melibatkan berbillion ringgit tidak diendahkan oleh rakyat dan kepal terbang-kapalterbang itu sampai kehari ini masih tersadai dipadang pasir diAmerika. Puluhan kes yang melibatkan ratusan billion ketirisan wang rakyat mampu ditutupi oleh pemerintah dan rakyat membiarkan sahaja penyelewengan dan kerugian itu tanpa memberikan tentangan.

Maka kerajaan dan pimpinan tidak terganggu gugat dengan penyelewengan sehinggakan melakukan penyelewengan itu merupakan perkara biasa dan tidak lagi menjadi satu dosa yang hina. Mereka merasakan rakyat akan terus menerus membiarkan mereka melakukan perkara hina itu tanpa tentangan. Pemimpin-pemimpin kita sudah merasakan yang apa yang mereka lakukan tidak boleh dialih dan dianjak lagi. Tidak siapa yang boleh menyangkal segala kehendak mereka.

Tetapi rakyat akhirnya mula memahami apa yang tidak kena yang dilakukan oleh kerajaan. Apabila pemimpin-pemimpin berpecah maka ada yang meninggalkan pihak kerajaan dan ada yang dipecat dari parti dan jawatan-jawatan kerajaan. Maka bermulalah pembongkaran semua kesalahan yang suatu ketika dahulu bersama mereka menutupinya.

Perpecahan Dr Mahathir dan Anwar pada tahun 1998 dahulu walaupun menyakitkan rakyat dan negara tetapi kalau dipandang dari satu sudut yang positif, banyak yang tidak betul yang tidak diketahui rakyat sebelum itu mula terbongkar. Hikamhnya rakyat sudah mula berperanan untuk melaksanakan demokrasi dengan terus terang dan terbuka.

Itulah sebabnya jika datang sesuatu yang buruk, jangan terus dibuang kerana mungkin ada hikmah disebalikya. Begitu juga jika datang sesuatu yang cantik dan molek, jangan terus diterkam kerana mungkin ada celaka disebalik kecantikan itu. Pepecahan dikalangan pimpinan yang memerintah kita itulah yang telah memulakan fenomena politik baru yang kita sedang alami sekarang.

Kalau dahulu parti-parti pembangkang hanya berjuang sendirian mengikut kemampuan masing-masing, kini mereka telah bersatu dengan satu ‘front’ untuk menyaingi parti-parti dalam kumpulan BN. Kalau diAmerika terdapat sistem dua parti diMalaysia pula terdapat sistem dua ‘front’. Kini parti-parti kumpulan pembangkang yang menamakan ‘front’ mereka sebagai Pakatan Rakyat (PR) telah mendapat perhatian rakyat dengan memenangi 5 kerajaan negeri.

BN tidak lagi menjadi parti yang mendomasi kuasa disemua negeri seperti yang pernah mereka alami. BN sedang mengharungi liku-liku politik yang belum pernah mereka lalui dan sekarang mereka lebih dalam keadaan ‘defensive’ pula. Mereka terpaksa menempuh jalan yang sukar untuk terus menjadi pemertintah yang monopolistik seperti yang biasa mereka perolehi.

Disetengah negeri dan daerah BN sudah menghadapi kepayahan seperti yang pernah dihadapi oleh parti-parti pembangkang semasa BN dalam kekuasaan mutlak dahulu. DiSelangor misalnya, UMNO sudah menjadi menjadi parti pembangkang yang boleh diibaratkan ‘hidup segan mati pun tak mahu’. UMNO terutamanya sudah ketandusan kepimpinan kerana mereka yang berkualiti berada diluar untuk bersama-sama menggerakkan usaha menentang parti itu atau menyertai parti-parti dalam PR. Selebihnya lebih berminat untuk berdiam diri kerana mereka tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin tempatan kerana kepentingan peribadi yang lebih untuk menjaga keselamatan jawatan-jawatan mereka.

DiSelangor dan dinegeri-negeri yang dikuasai oleh PR UMNO memilih untuk menjadi pendemonstrasi jalanan. Saya sendiri mendapat banyak jemputan untuk menyertai demonstrasi jalanan dari pihak UMNO dan tidak satu pun yang saya sertai. UMNO sudah benar-benar menjadi parti pembangkang dengan berdemonstrasi dan jika parti ini memilih untuk menjadi pembangkang berterusan diSelangor mereka boleh terus berdemonstasi. Demonstrasi itu adalah sinonim dengan ‘attribute’ pihak pembangkang.

Kekuatan gerak kerja UMNO sudah tiada lagi, bukan sahaja diSelangor malahan diseluruh negara termasuk negeri-negeri yang dikuasai oleh BN dan UMNO. Dulu UMNO itu kuat kerana kegiatan yang berterusan disemua cawangan-cawangannya. Tetapi hampir keseluruhan dari lebih kurang 19,000 cawangan UMNO diseluruh negara tidak ada kegiatan yang berlandaskan kepada kesukarelaan dan UMNO sudah terlalu jauh dengan nadi dan naluri rakyat yang ramai.

UMNO tidak mampu bergerak kerana mereka hanya boleh bergerak jika ada 'fulus'. Itulah sebabnya saya pernah menibaratkan ahli-ahli UMNO ini ibarat ayam daging; tidak pandai mencari makan sendiri. PAS dlazat kerana dagingnya keras sedikit dar ayam daging.

Ketua-ketua cawangan yang ramai berinteraksi dengan saya pada keseluruhannya menghadapi masalah tidak mendapat sambutan ahli-ahli yang sudah tidak berminat untuk bersama-sama untuk menggiatkan program parti mereka. Disebaliknya parti-parti dalam PR pula yang sentiasa bersama rakyat kini. Dari saikolojinya PR adalah lebih hampir dengan rakyat dan sentiasa bergelumang dengan rakyat biasa yang masing-masing mempunyai satu undi seorang.

Sokongan rakyat kepada UMNO sekarang ini ibarat tali gasing sahaja; semakin penghujung semakin halus.

21 January 2011

Sebenarnya siapa yang derhaka?

UMNO Selangor akhirnya bersetuju untuk hadzir didalam persidangan khas Dewan Undangan Negeri Selangor pada 24 Januari yang akan datang. Persidangan itu dipanggil untuk meminda perlembagaan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa melantik 3 pegawai Tertinngi kerajaan negeri yang menjadi ahli Ex-Officio didalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) kepada Tuanku Sultan Selangor dengan nasihat Menteri Besar.

Jawatan yang dimaksudkan ialah Setuiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang negeri. Pindaan kepada bab52 perlembagaan Selangor jika diluluskan akan mengembalikan kuasa Tuanku Sultan Selangor seperti sebelum pindaan perlembagaan 1993 semasa krisis perlembagaan yang dicetuskan oleh UMNO dahulu.

Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar telah menyatakan yang semua ADUN BN telah diarah untuk menghadziri Persidangan khas itu tetapi tidak bermakna pindaan akan diluluskan. Noh berkata perkenan Tuanku Sultan untuk Dewan Undangan bersidang tidak semestinya Tuanku mahu undang-undang itu dipinda.

Noh seterusnya menuduh yang TS Khalid Ibrahim durhaka kepada Sultan kerana Khalid mahu kuasa perlantikan pegawai itu dibahagi-bahagikan dengan Tuanku Sultan. Dengan kenyataan Noh itu menunjukkan yang UMNO sedang mencari helah untuk menutup malu kerana sebenarnya UMNO tidak mahu pindaan itu diluluskan untuk memberikan kuasa itu kembali kepada Tuanku Sultan.

Apa pun alasan yang diberikan oleh UMNO, kita mesti ingat satu perkara; mahu kah atau tidak UMNO mengembalikan kuasa yang pernah dipegang oleh Tuanku Sultan dikembalikan kepada Tuanku. Jika mahu, UMNO tidak payah bercakap banyak, hanya sokong sahaja pindaan itu untuk membuktikan yang UMNO benar-benar jujur untuk melihat Tuanku mendapatkan kembali kuasa yang pernah dipegang oleh Tuanku Sultan.

Jika UMNO tidak mahu menyokong pindaan itu maka ianya membuktikan yang UMNOlah yang berdegil untuk tidak mahu memberikan Tuanku Sultan untuk berkuasa melantik 3 pegawai tertinggi kerajaan negeri itu. Itu sahaja dan tidak payah berdolak dalik dan memutar belitkan isu yang sudah jelas boleh dibaca oleh orang yang pandai membaca dan sedikit menulis.

Cuba elakkan menuduh kerajaan Selangor dengan bermacam-macam tuduhan liar kerana rakyat nampak sebab yang menyebabkan UMNO begitu kecewa dengan persidangan khas itu.

Silat yang ditunjukkan UMNO itu tidak lebih dari hanya silat pulut sahaja. Itulah sebabnya kita tidak boleh menyombong apabila kita berada diatas. Hidup ini ibarat roda: duduk diatas dan dibawah ini merupakan pusingan yang natural yang berlaku dalam kehidupan kita ini.

Kalau benar UMNO yang berucap kehulu kehilir kononnya untuk menaikkan kedaulatan Raja-Raja Melayu itu, didalam persidangan khas itulah tempat untuk membuktikan yang UMNO itu mendaulatkan Raja-Raja Melayu dan mendaulatkan Melayu keseluruhannya.

Pemimpin-pemimpin UMNO seperti Noh Omar terpaksa berbohong kehulu dan kehilir, kebukit dan kelurah untuk menutupi sikap UMNO sebenarnya tidak merasa molek jika kuasa itu dipulangkan kepada Kebawah Duli Tuanku.

Didalam isu ini kita bukan untuk menunjukkan siapa yang cekap dan siapa pula yang lembab. Isu ini bersabit dengan masa depan Melayu dan bangsa-bangsa lain untuk hidup bersama-sama dalam kehidupan yang muhibbah dan harmonis diantara satu dengan yang lain.

Kepada Satim Diman yang mengetuai parti pembangkang didalam DUN Selangor perlu memberikan arahan supaya jangan derhaka kepada Raja. ADUN-ADUN BN wajar bersama-sama memberikan penghormatan kepada Tuanku Sultan seperti yang anjurkan oleh kerajaan PR Selangor.

Berbuat baik dan hilangkanlah prasangka untuk bersama-sama mendaulatkan Tuanku Selangor seperti yang dikehendakki oleh rakyat melalui kerajaan pilhan mereka iaitu kerajaan PR. Noh mesti ingat lagi banyak bercakap lagi mudah pihak lain melihat kelemahan beliau. Jangan ditolak usul itu, kerana jika ditolak sekali gus terbukti bahawa UMNOlah yang tidak mahu perlembagaan ini dipinda.

Jadi bagaimana pula Khalid yang dituduh menderhaka kepada Tuanku Selangor? Mana lojiknya pihak yang mengusulkan kuasa itu diberikan kembali kepada Raja itu pula yang derhaka sedangkan mereka (UMNO) yang membebel kerana kecewa dengan pindaan ini mengakui mereka taat dan setia kepada Raja seperti yang dikehendakki oleh semangat Rukun Negara itu?

Kita tunggu 24 hb untuk membuktikan siapa yang derhaka dan siapa pula yang tidak derhaka. Kepada UMNO saya mengucapkan selamat bersidang dan tunjukkan bukti yang UMNO itu menghormati institusi Raja. Pada hari itu nanti ADUN-ADUN dari BN elok bangun pagi-pagi untuk bersiap menyokong pindaan itu. Masuklah kedalam DUN dengan senyuman manis dan berjanji untuk tidak berbohong lagi. Jangan bersilat-silat lagi. Ini bukan masanya untuk menunjukkan kemahiran bersilat. Kalau kita pandai bersilat, ada orang lain yang lebih pantas dan mahir dengan silatnya.

Lidah jangan bercabang-cabang. Berfikir dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang isu ini. Kalau tidak kena cara bercakap rakyat akan naik jemu dan mual terhadap kita semua.

20 January 2011

Tenang - Tidak berapa tenang, harap semua bertenang

“BN bermasalah diPRK Tenang, betul ke?” tanya seorang sahabat saya semasa kami 3 empat orang rakan-rakan sedang minum the tarik mamak yang tidak jauh dari rumah saya. Saya kata yang saya tidak tahu kerana saya tidak pergi keTenang kerana sibuk dengan kerja lain yang perlu saya selesaikan.

Tetapi saya menjangkakan masalah memang akan timbul, kalau tidak besar sedikit-sedikit mesti timbul kerana sebab-sebab yang susah hendak dielakkan. Oleh kerana Tenang adalah kubu kuat UMNO dan BN maka ramai diantara kepimpinan diBahagian Labis berminat untuk menjadi calun didalan PRK ini. Perebutan untuk menjadi calun memang jelas kelihatan dan didengari dari awal-awal lagi.

Akhirnya semua dikalangan yang berebut itu tidak kesampaian hajat untuk menjadi calun, sebaliknya kesempatan itu diberikan kepada seorang bekas Penolong Pegawai Daerah Azhar Ibrahim untuk mewakili BN. Mereka dari pimpinan bahagian tidak diberikan kesempatan itu kerana UMNO kononya sedang mencari ‘winnable candidate’ seperti yang dijanjikan oleh DS Najib dalam perhimpunan agung UMNO baru-baru ini.

Tetapi adakah Azhar benar-benar seorang yang ‘winnable”? Jika Azhar membuatkan barisan kepimpinan UMNO Labis terlopong-lopong bolehkah UMNO dan AJK Bahagian memberikan kerjasama yang secukupnya untuk memberikan tentangan kepada calun PAS Puan Normala Sudirman 38 tahun yang nampaknya boleh diterima dengan agak baik oleh masyarakat disitu.

Pendeknya permasalahan dikalangan UMNO diLabis memang wujud dan kelihatan permasalahan itu semakin hari semakin jelas kelihatan. Semasa pilihanraya inilah isu anak tempatan dan orang luar timbul kerana pemangku ketua bahagian Labis itu adalah dari Negeri Sembilan, sama seperti Arwah Sulaiman Taha dahulu. Memanglah Timbalan Ketua ini merasakan kecil hati kerana beliau diperguna untuk mengetuai bahagaian tetapi apabila memiih calun beliau sewenang-wenangnya diketepikan seolah-oleh beliau tidak pernah berguna kepada UMNO diLabis.

Pengundi Cina merangkumi 39 peratus dari keseluruhan pengundi diTenang tetapi masalah dalaman MCA yang melibatkan Chua Soi Lek dan anaknya yang merupakan Ahli Parlimen disitu bukan kecil masalahnya. Dikalangan ahli-ahli dan pemimpin MCA pepecahan belaku kerana Chua Soi Lek telah mengenepikan ramai pemimpin-pemimpin Cina kerana memberi peluang kepada anaknya sendiri dan ini masih menjadi buah mulut dikalangan orang-orang Cina diLabis itu. Jika tidak ada punmmasalah dikalangan orang Cina didalam MCA kecenderungan bagi orang Cina untuk mengundi parti alternatif, dalam kontek ini DAP adalah amat besar. Setiap penganalisis memberikan angka 80 peratus dari kaum Cina akan mengundi pihak pembangkang.

Usaha Najib untuk memberikan bantuan RM 5juta kepada sekolah-sekolah Cina diLabis itu dikatakan tidak akan mengalihkan minat kaum Cina kepada DAP. Kaum India pula sekarang ini masih terganggu dengan isu interlock dan segala usaha untuk memberikan penerangan jelas terhadap isu masih belum berjaya kerana ahli-ahli MIC sendiri mempunyai pendirian menentang buku interlock itu dijadikan sebagai buku teks untuk pelajar-pelajar tingkatan 5.

Dalam pilihanraya yang lalu undi untuk pembangkang yang diberikan oleh orang Melayu semakin hari semakin bertambah. Parti PAS merupakan pilihan orang Melayu yang tidak menyokong UMNO dan parti-parti dalam BN.

Jika keadaan ini benar maka adalah dikhuatiri imej Tenang sebagai kubu UMNO akan berakhir dan menjadi seperti kawasan-kawasan yang lain dinegeri-negeri yang lain.

Undi penting dalam PRK ini adalah undi-undi orang Melayu dan Cina Jika benar 80 peratus dari pengundi Cina memberikan sokongan kepada pembangkang dan 35 peratus pengundi Melayu memberikan sokongan kepada PAS maka peluang untuk parti pembangkang untuk memberikan tentangan kepada UMNO dan BN.

Walau bagaimana pun adalah terlalu awal untuk melihat keadaan yang sebenarnya kerana penamaan calun hanya akan diadakan pada 22 hb nanti. Apabila sudah selesai penamaan calun barulah mana-mana pihak akan dapat memberikan pandangan masing-masing dengan lebih hampir kepada yang sebenarnya.

Menang atau kalah bagi mana-mana pihak dalam pilihanraya ini akan mempengaruhi situasi dalam pilihanraya umum nanti. Sama-samalah kita tunggu. Bak kata perbilangan ‘tidak lari gunung dikejar’.

KITA - Majlis Pelancarannya Gemilang

Semalam dua peristiwa berlaku yang menarik perhatian saya. Pertamanya lahirnya sebuah parti baru, KITA (Keadilan Insan Tanah Air) dan pengumuman calon BN bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri, Tenang, Johor. Antara dua peristiwa ini saya lebih berminat untuk menulis tentang majlis pelancaran parti KITA dan meneliti buah fikiran yang terkandung dalam ucapan Datuk Zaid Ibrahim pada majlis itu.

Saya telah mendapat undangan untuk menghadiri upacara pelancarannya di Sime Darby Convention Center, dan saya telah menghadiri majlis itu bersama beberapa orang rakan saya yang lain. Majlis itu dihadiri oleh lebih kurang 500 orang jemputan dan telah dijalankan dengan penuh ‘professional’ dan sangat menarik perhatian yang hadir.

Ramai wakil parti-parti lain yang kelihatan bersama dalam majlis pelancaran itu; antaranya Presiden PPP, Kayveas, PKR, SNAP, SAPP serta beberapa yang lain datang mendengar ucapan Datuk Zaid Ibrahim dengan penuh teliti. Zaid telah menyampaikan ucapan yang sangat menarik dan bagi saya Zaid telah memberi olahan tentang perlembagaan secara luhur dan betul mengikut pandangan saya.

Apa pun pihak lain katakan tentang Zaid, beliau tetap merupakan seorang pemimpin yang berani menyatakan perkara yang benar berkaitan dengan inti parti perlembagaan negara serta cara parti-parti yang berpolitiking yang telah merosakkan budaya siasah rakyat kita semua. Zaid telah mencadangkan cara penyelesaian kepada masalah yang penting ini.

Oleh kerana saya terlalu sibuk dengan tugasan peribadi dan keluarga saya tidak dapat mencuri masa untuk menulis tentang parti KITA dalam sehari dua ini. Saya akan menulis tentang pemikiran serta pandangan Zaid dalam kelangsungan politik negara kita mengikut persepsi beliau mungkin esok atau lusa apabila tugasan ‘domestic’ saya selesai. Saya berminat dengan pemikiran Zaid itu.

Zaid telah melahirkan kembali aspirasi politik yang beretika seperti yang pernah dirasai oleh kita sebelum tahun 80-an dahulu yang pernah menjamin kelangsungan politik yang sangat berwibawa serta berjaya menyatukan rakyat yang hidup di negara ini.

Saya akan kembali untuk menulis kerana apa yang dikatakan oleh Zaid itu semuanya adalah kata-kata yang ditunggu oleh ramai. Zaid ada pemikiran yang telah saya tulis dalam blog ini, tetapi mungkin saya gagal untuk menyampaikannya kepada orang ramai dengan baik dan difahami dengan mudah.

Saya jumpa saudara/saudari dalam sehari dua ini.

19 January 2011

PRK Tenang - Najib mulakan kempen dengan isu peribadi

Di Tenang sudah bermula kempen pilihanraya kecil dan BN akan mengumumkan nama calonnya hari ini. PAS telah pun mengumumkan calonnya dua hari yang lepas. Peperangan mulut telah bermula di antara BN dengan PR dan suhu politik semakin panas. Itu belum lagi diadakan penamaan calon.

Semalam Najib telah menyelar Anwar kerana ketua pembangkang itu terus meminta diadakan debat terbuka di antara beliau dengan Najib. Najib tidak berapa berani untuk mengupas dalam khalayak ramai tentang kebaikan pelan transformasinya yang berharga RM51 billion yang terlalu tinggi berbanding dengan pelan alternatif dari PR. Najib cuba mengelak dengan menggertak Anwar akan menelanjangkan semua hal Anwar jika Anwar terus berdegil untuk tidak berdebat dengannya.

Yang Anwar minta ialah untuk berdebat tentang ekonomi tetapi Najib pula memilih untuk mengentam Anwar dengan isu peribadi dan terang-terang mahu menelanjangkan hal peribadi Anwar. Najib berkata beliau tahu segala-galanya hal peribadi Anwar.

Disinilah apa yang saya selalu katakan yang politik negara kita sedang dipimpin oleh pemimpin yang keanak-anakan. Tak berani nak menjawab digertaknya pula Anwar dengan isu peribadi. Apa yang ingin diketahui oleh rakyat ialah bagaimana BN terpaksa berbelanja sebanyak RM51 billion dan PR akan berbelanja hanya RM19.2 billion sahaja. Perdebatan itu bukan hendak mendebatkan isu peribadi.

Sikap Najib itu melambangkan ‘childishness’ beliau sebagai pemimpin yang kekurangan ‘magnanimity’ dan itu sangat membahaya bagi politik tanah air. Saya bukan mempertahankan Anwar kerana saya tidak pernah menyokongnya. Dalam isu ini saya sokong sesiapa yang sanggup memaparkan perancangan masing-masing didalam isu pelan pembangunan yang dicadangkan oleh kedua-dua belah pihak. Dalam hal ini nampaknya Anwar lebih berani dan sanggup melakukannya.

Dalam tulisan saya beberapa hari yang lalu saya juga ingin tahu bagaimana Najib boleh menunjukkan bukti berbelanja 19 billion ringgit boleh mebangkrapkan negara sedangkan membelanjakan 51 billion ringgit itu akan memajukan negara. Tentu Najib ada alasannya. Alasan itulah yang orang ramai nak tahu.

Sebagai orang yang tidak pandai macam saya, saya hendak juga tahu dari Najib yang sangat pandai itu. Najib bersekolah diNottingham sedangkan saya bersekolah disekolah atap sahaja. Sebagai pemimpin adalah tanggungjawab beliau untuk menunjukkan kepada orang-orang seperti saya apa yang saya tidak tahu. Malahan ada pantun yang terkenal yang diketahui oleh semua orang:

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Kalau Anwar boleh membangkrapkan negara semasa debat itulah Najib boleh memberitahu Anwar dan semua yang hadzir nanti dimana salahnya pelan PR itu dan tunjukkan bagaimana hendak mengadakan pelan yang lebih baik dari apa yang diunjurkan oleh PR itu.

Jika diadakan debat itu diTenang akan lebih baik lagi kerana dalam pilihanraya itu nanti ramai rakyat dari seluruh negara akan hadzir dan jika Najib benar-benar pada pihak yang lebih pandai tentang pelan itu, disitulah Najib boleh mendapat mata yang banyak didalam pilihanraya umum nanti.

Sekarang dua tanah rancangan Felda sedang menjadi tumpuan kedua-dua belah pihak. Ada hampir 4000 pengundi disana yang sedang menjadi rebutan oleh pihak-pihak yang akan bertanding itu. Orang Cina mewakili 39 peratus dari jumlah keseluruhan pengundi-pengundi dikawasan DUN ini.

BN mungkin boleh menang lagi tetapi saya menjangka ‘majority’nya akan menurun dan itu sudah cukup untuk membayangkan betapa merbahayanya kedudukkan BN pada pilihanraya umum nanti. Tetapi tidak juga perkara yang mustahil jika PAS memenangi kerusi itu dengan ‘majority’ yang tipis.

Saya tidak pandai untuk menelah apa keputusan yang sebenarnya didalam pilihanraya kecil ini, tetapi cukup setakat mengatakan yang BN terpaksa bekerja keras untuk mempertahankan kerusi yang sangat penting bagi kita ini.

Tetapi eloklah kita elakkan dari menggunakan isu peribadi dalam kita mempertahankan kerusi ini dari diserang PAS. Jangan buat macam Najib yang menggertak untuk menelanjangkan Anwar semalam. Itu cara yang tidak baik. Tumpukan kepada isu-isu dasar sahajalah.

Jangan membidas saya dengan mengatakan yang pembangkang yang memulakan isu peribadi ini. Kalau kita tuduh yang pembangkang memulakannya, dan kita ikut pula cara itu maka kita adalah dalam proses untuk menjadi pembangkang pula.

Sebagai parti yang memerintah kita terpaksa tunjukkan kematangan dan ‘magnanimity’ kita. DAN yang penting sekali cuba sedaya upaya untuk meyakinkan pengundi yang BN dan pemimpin-pemimpinnya tidak pernah menerima rasuah. Barulah kita dihormati…bukan gitu?

18 January 2011

Betuah betul anak Nogori ini - Hebat..hebat!

Pemimpin de facto BN kini berada jauh dari sempadan negara kita. Beliau kini berada diOman dalam siri lawatan mempertingkatkan hubungan dua hala negara kita dengan banyak negara didunia ini. Beliau baru sahaja kembali dari lawatan keSaudi Arabia juga dengan niat dan sebab yang sama.

Dalam lawatan rasmi ini pemimpin de facto kita ini akan mengadakan perundingan yang meliputi perdagangan, perlancungan dan pendidikan awal bagi kanak-kanak Nampaknya renganlah sedikit tugas-tugas Presiden UMNO kita dalam kesibukan membuat persedian menghadapi pilihanraya umum serta persediaan menghadapi pilihanraya negeri Sarawak dalam tempuh 4 atau lima bulan ini.

Kesibukan pemimpin de facto kita ini sangat jelas kelihatan kerana beliau baru sahaja kembali ketanah air untuk menghadziri majlis resepsi pernikahan Tan Sri Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak dua malam yang lepas. Hebat..hebat.

Ini merupakan fenomena baru dalam politik dan kepimpinan kita. Disinilah perbezaan diantara PKR dan UMNO. Jika UMNO diketuai oleh Najib (suami) dan pemimpin difactonya DS Rosmah, PKR pula diketuai oleh Wan Azizah dan pemimpin de factonya ialah Anwar (suami). Ini merupakan perbezaan diantara UMNO dan parti serpihannya PKR. Lain-lain rasanya sama sahaja.

Sambutan rasmi besar-besaran diadakan untuk menunggu ‘keberangkatan’ DS Rosmah diOman dan ini merupakan kali pertama Oman mengadakan sambutan yang sebegini besar dalam tempoh 20 tahun. Kita masih ingat kali terakhir menyambut pembesar negara kita oleh kerajaan Oman ialah semasa lawatan Tuanku Azlan Shah, Yang DiPertuan Agong ketika itu pada tahun 1991 dahulu. Sekarang padan muka kita semua.

Lazimnya perbelanjaan negara untuk menghantar rombongan rasmi seperti ini memakan belanja yang sangat besar; mencecah jutaan ringgit tetapi ini tidak menjadi perkara yang diambil peduli oleh kerajaan dan rakyat jelata. Negara kita kaya dan rakyat tidak ambil kisah jika perbelanjaan untuk isteri Perdana Menteri itu tinggi mana pun.

Kalaulah dijimatkan sedikit dari perbelanjaan kerajaan untuk menghantar rombaongan DS Rosmah itu dapat jugalah diberikan kepada ibu bapa yang sedang sengsara mencari pembiayaan anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tiggi.

Kita merasa banyak keganjilan dengan tindakan isteri seorang PM yang diberikan sebegitu meluas publisiti oleh media masa kita. Mungkin ini merupakan pengalaman baru bagi kita kerana sebelum ini kita tidak pernah mengalam fenomena baru seperti ini.

Mungkin oleh kerana orang seperti saya ini adalah seorang anak kampong dan susah hendak menerima perkara-perkara ini berlaku dihadapan mata orang-orang seperti saya ini.

Kita cubalah untuk mengadaptasikan diri kita dengan keadaan yang baru kita alami ini. Lama kelamaan mungkin kita akan biasa dengannya. Lagi pun diakhir zaman ini tidak hairan lagi fenomena-fenomena terbalik seperti ini berlaku.

Hanya yang malang sedikit dalil-dalil dunia hendak kiamat ini dibawa oleh pembesar-pembesar negara kita. Kita mesti ingat, salah satu dari dalil jelas dunia akan kiamat ialah apabila wanita lebih berkuasa dari lelaki. Kalau ada pihak yang hendak menfikannya, silalah!

Betuah Romah ini. Elok kita calunkan beliau bertanding dalam pilihanraya yang akan datang ini. Ada dua kawasan yang kita boleh letakan beliau untuk bertanding PRU ke13 ini; pertamanya diKuala Pilah, kampong halaman ibunya atau pun diRembau, dikampong halaman bapanya.Kalau beliau menang PM boleh lantik beliau menjadi Menteri Luar negara.

Saya percaya berpusu-pusu pengundi-pengundi 'memangkah' beliau nanti.

17 January 2011

Mengundi pilihanraya umum melalui 'proxy' - SPR buat perangai

Semalam SPR mencadangkan untuk meminda sedikit undang-undangnya bagi melaksanakan sistem pengundian secara ‘proxy’ didalam pilihanraya yang akan datang. Ianya bermakna jika saya tidak dapat hadzir dipeti undi untuk mengundi saya boleh mewakilkan diri saya kepada orang lain untuk mengundi bagi pihak saya.

Ini merupakan satu tindakan yang amat merbahaya kepada demokrasi negara. SPR nampaknya sedang mengundang bencana kepada demokrasi dan memberikan hak untuk mengundi bagi pihak orang lain merupakan satu tektik pihak yang desperado untuk mendapat kuasa atau untuk mengekalkan kuasa kerana sistem ‘proxy’ akan pasti mengundang penipuan dan ketidak telusan pengundian.

Lepas satu datang satu lagi helah pihak yang tertentu untuk memporak perandakan amalan demokrasi kita. Saya mencadangkan supaya usaha ini ditentang kerana pengundian secara ‘proxy’ ini akan mengundang penipuan dan penyalah gunaan sistem ini. Kita tidak mahu melihat keresahan ramai dalam negara ini terus menerus berlaku.

Kalau sistem ini dipraktikan, eloklah kita berikan sahaja ‘proxy’ ini kepada Presiden UMNO sahaja atau Presiden PAS serta semua Presiden parti bagi pihak ahli-ahli untuk mereka gunakan mengikut kehendak nafsu syahwat mereka sahaja. Kalau Najib yang mencadangkan cadangan ini elok saja tidak diadakan pilihanraya lagi. Tidak usahlah berikan kuasa rakyat untuk melaksanakan sistem yang sedang kita amalkan selama ini.

Tidak akan dapat mengelak pandangan orang ramai yang akan menuduh cadangan ini adalah usaha pihak yang ‘desperate’ untuk mengekalkan kuasa kerana rata-rata kita lihat dan mendengar tentangan terhadap kerajaan yang berkuasa hari ini amat besar. SPR tidak mungkin tunduk dengan kehendak pihak yang tidak atau pun belum berkuasa lagi.

Semakin hari semakin banyak ragam pelik yang dilakukan oleh pihak yang memegang atau yang hampir dengan kuasa. Sistem ini akan dicabuli oleh pihak-pihak yang sudah hilang pengaruh untuk terus berkuasa dan akhirnya rakyat juga yang akan menanggung balanya.

Bagi sesiapa yang tidak dapat mengundi tidak payahlah mengundi kerana itu juga adalah satu amalan dalam demokrasi. Saya meminta SPR supaya melupakan sahaja niat untuk melaksanakan sistem gila ini kerana ianya akan menambah keresahan rakyat yang kini sudah sedia dalam keresahan melihat tindak dan laku mereka yang sedang memimpin.

Kita merasa hairan kerana undang-undang ditukar ganti macam kita menukar seluar dalam atau keluar masuk jamban sahaja. Helah ini akan mudah dibaca oleh rakyat. Samada bacaan mereka betul atau sebaliknya bukan menjadi hal.

Yang nyata ianya membayangkan yang pihak yang berkuasa sedang mencari berbagai-bagai helah untuk meneruskan kuasa dengan cara apa sekali pun.

Tak tahulah apa yang nak terjadi selepas ini. Tetapi semua berharap pihak yang bertanggunjawab berfikir habis-habisan dahulu sebelum melakukan kerja yang tidak semenggah ini.

Jangan pula undang-undang baru ini akan menjadikan proses pemilihan dalam pilihanraya itu menjadi berat sebelah. Kepada pihak yang memerintah, berhentilah membuat 'perangai'.

16 January 2011

Kita nombor satu dalam dunia.

Pilihanraya mungkin sudah hampir atau mungkin lambat lagi. Terpulang kepada Najib untuk mengambil keputusannya; nak diadakan sekarang atau setahun lagi atau bila-bila. Nampaknya pilihanraya sudah menjadi isu yang diminati oleh orang ramai dan kali ini penantiannya lebih dirasakan oleh rakyat jika dibandingkan penentian pilihanraya semasa Pak Lah dahulu.

Jika dilihat secara terperinci rakyat sedang tertunggu-tunggu untuk memasuki bilik mengundi untuk membuang undi bagi menggunakan hak mereka sebagai pemilih untuk menentukan masa depan negara. Pihak kerajaan (BN) sedang bersedia dengan pengumuman berbagai-bagai projek pembangunan bagi menambat hati rakyat tetapi hati rakyat rasanya belum lagi tertambat kerana kekaburan yang mereka lihat tentang faedah secara ‘direct’ kepada mereka.

Pilihanraya kali ini akan berhadapan dengan isu kenaikan harga barang keperluan yang melambung begitu tinggi yang diiringi oleh keputusan kerajaan untuk menarik balek subsidi banyak barang keperluan dan perkhidmatan. Rakyat diajak bersama-sama berkorban dengan hidup tanpa subsidi dan sebenarnya rakyat bukanlah tidak mahu berkorban.

Tetapi rakyat juga kecewa kerana banyak pihak yang tidak mahu berkorban bersama mereka untuk membantu kerajaan dalam menempuh zaman kegagalan mentadbir negara dengan sempurna. Rakyat amat sedih melihat pengorbanan mereka tidak disertai oleh ‘concessionaire’ lebuhraya-lebuhraya misalnya untuk menurunkan harga toll sedangkan traffic yang menggunakan lebuhraya-lebuhraya itu bertambah. Mereka (concessionaire’) ini tetap dengan perjanjian berat sebelah yang dimeterai oleh mereka dengan kerajaan dahulu.

Rakyat juga kecewa dengan kerajaan kerana membelanjakan wang mereka dengan projek-projek raksaksa yang kos yang terlalu tinggi dan rakyat sentiasa merasa curiga dengan kos yang terlibat kerana wang yang akan dibelanjakan itu adalah wang mereka dan mereka jugalah yang akan membayar perkhidmatan yang tinggi itu. Projek MRT yang akan menelan belanja sebanyak RM36 billion yang belum termasuk kos pengambilan alih tanah dan lain-lain.

Yang memandu kenderaan pula sedang dibebani dengan saman ekor yang belum tentu salah dan benar mereka terpaksa membayar dengan ratusan ringgit dibalai-balai polis dimana-mana. Ibu bapa pula mundar mandir untuk mencari pembiayaan pelajaran anak-anak mereka kerana kos pelanjaran sangat tinggi. Semakin kaya kerajaan semakin tinggi kos untuk menghantar anak-anak mereka keluar negara.

Pemimpin kita berkata negara kita sudah maju tetapi kita dibawah ini masih dalam keadaan yang sama sahaja malahan lebih susah dari dahulu kerana kenaikan harga barang dan penarikan balek semua jenis subsidi dari kita. Hendak kritik kerajaan pula hanya akan membinasakan peluang kita untuk maju kerana kerajaan tidak suka dikritik walaupun mereka berkata mereka adalah pemimpin-pemimpin yang terbuka untuk ditegur.

Kepada mereka yang sudah berusia kos perkhidmatan perubatan walaupun nampaknya masih rendah dihospital-hospital kerajaan tetapi bagi penyakit-penyakit yang memerlukan perkhidmatan yang specialized seperti kos mendapatkan perkhdmatan dialysis buah pinggang masih terlau berkurangan dan pada mereka yang tidak berpencen terpaksa membayar dengan harga ratusan ringgit setiap kali mendapatkan perkhidmatan itu.

Anak-anak muda yang masih muda yang baru menerima segulung ijazah pula dibebani dengan hutang yang besar untuk membayar kembali pinjaman PTPTN semasa belajar diUniversiti dahulu. Dalam pada itu gaji yang masih kecil itu terpaksa digunakan untuk membantu ibu bapa yang sudah tua yang rata-rata miskin dikampong. Akhirnya mereka terjebak dengan hutang kad kredit pula dan ribuan anak-anak muda sedang menghadapi kemungkinan muflis.

Mereka terpaksa memohon kad kredit untuk menyambung kehidupan mereka kerana kebanyakan pendapatan dan gaji mereka yang tidak seberapa itu digunakan untuk membantu ibu bapa dan membayar balek hutang dengan PTPN.

Akhirnya anak-anak yang masih muda ini terkial kial untuk meneruskan hidup dan dalam pada itu mereka membaca kenyataan-kenyataan pemimpin kita yang mengatakan kita adalah sebuah negara maju dan akan menjadi negara yang berpendapatan tinggi. Pertembungan diantara kenyataan pemimpin-pemimpin dan keadaan sebenar yang mereka hadapi membuatkan mereka merasa keliru.

Saya yang sentiasa berada bersama dengan mereka yang susah-susah ini menerima banyak aduan dari mereka ini yang sedang menhadapi apa yang telah saya sebutkan tadi. Tetapi saya hanya setakat mendengar dan memberi mereka semangat supaya jangan berputus asa dan berdoa sentiasa kepada Tuhan kerana dalam keadaan kesusahan san keresah mereka sekarang ini, mereka hanya boleh dibantu oleh syufaat Rasul dan Rahmat Tuhan semata-mata.

Keadaan ini tidak dirasai oleh mereka yang bergelar pemimpin kerana mereka yang diatas itu terlalu sibuk dengan cita-cita masing-masing dan tidak ada masa untuk memikir dan melakukan apa-apa untuk membantu rakyat seperti ini. Mereka ini mungkin dapat sedikit sebanyak bantuan jika sampai pilihanraya sahaja. Tetapi pilihan raya akan tiba lambat lagi dan jika bergantung untuk mendapat bantuan hanya semasa piliharaya sahaja maka bantuan itu akan hanya datang 5 tahun sekali.

Saya terlalu sensitive terhadap isu pelajaran dan kesihatan yang dihadapi oleh mereka ini. Kadang-kadang saya berfikir dari ketirisan ratusan billion selama ini kenapalah tidak tiris sedikit untuk merperumpukkan untuk pelajaran anak-anak kita. Rakyat nampak keitirisan ini. Tidak bolehkah asingkan 3 atau 4 billion ringgit dari jumlah puluhan billion yang dicuri ini untuk mereka yang hendak melanjutkan pelajaran mereka.

Apa faedahnya bangunan yang gagah seperti Pusat Pentadbiran Kerajaan yang gah diPutrajaya jika rakyat masih ‘menyelapu’ untuk mendapatkan pembiayaan pelajaran anak-anak mereka atau untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan yang baik bagi mereka?

10 Downing Street diLondon hanya diletakan dipenghujung Jalan Downing disana yang berkampir dengan rumah kedai tetapi disitulah kuasa dunia terbesar ditadbir. Pejabat dan kediaman PM Britain terletak disitu sejak dri dulu sehinggalah sekarang. Mereka tidak bina pusat pentadbiran yang melibatkan wang rakyat sebegitu banyak kerana yang penting bagi kerajaan Britain ialah ‘efficiency’ pentadbiran kerajaan untuk mengelolakan rakyat.

Apabila kerajaan sudah kurang effektif rakyat akan tukar kerajaan dan tidak payah menjadikan isu-isu besar dalam menukar pimpinan negara itu. Gordan Brown meletakan jawatan dalam tempuh 5 jam sahaja apabila parti buruh tidak berjaya mendapat majority untuk membentuk kerajaan dan dalam tempoh 5 jam jugalah dimasyorkan PM yang baru mengambil alih.

Tetapi kita tidak dapat membayangkan betapa tingginya kos menguruskan bagunan yang begitu besar diPutrajaya itu. Kalaulah jumlah itu dipergunakan untuk menghantar anak-anak bangsa kita untuk melanjutkan pelaran keluar negara sehingga peringkat yang tertinggi tidak salah jika dikatakan jumlah dana yang digunakan untuk membangunkan Putrjaya itu boleh menghantar sejuta anak-anak kita kel;uar negara bagi mendapatkan pelajaran. Jika tidak jumlah itu boleh digunakan untuk membina banyak lagi pusat pengajian iktsad dan separa iktisad untuk jutaan rakyat.

Tetap apa nak buat. Pemimpin kita lebih hendak menunjuk-nujuk. Bagi mereka lebih besar bangunan lebih besarlah kejayaan kita. Kita hanya mahu nama. Kita bangga dengan tiang bendera yang tertinggi didunia, jabatan yang ketiga terpanjang didunia, Gong yang terbesar didunia yang pernah diletakan diangkasapuri seta bangunan berkembar yang tertinggi didunia dan semuanya yang nombor satu dalam dunia.

Akhirnya kita juga yang berhadapan dengan kegiatan rasuah diantara yang terhebat didunia. Kita juga terjebak dengan perbelanjaan kepada perkara yang tidak perlu yang keterlaluan. Dinagara ini jugalah kos untuk perbelanjaan kegiatan isteri PM yang tertinggi didunia. Saya rasakan wanita pertama kita berbalanja lebih tinggi dari Michelle Obama atau Imelda Marcos dari Filipina dahulu.

Entah apa yang disibukannya kita pun tidak faham. Semuanya itu rakyat yang tanggung. Tetapi apabila rakyat marah-marah, rakyat pula ditempelak akhirnya. Kepada pemimpin-pemimpin kita ingin bertanya; tuan-tuan semua nak jadikan rakyat ini sebagai apa? Jadi lembu? Atau kerbau untuk membajak? Atau apa?

Sampai bila keadaan ini akan berterusan? jawab setengah anak muda sekarang, "lu pikirlah sendiri"

Bahasa Melambangkan keperibadian bangsa

Saya tidak tahu bagaimana hendak menzahirkan apa yang saya maksudkan pembaharuan politik tanahair seperti yang saya nyatakan banyak kali. Politik ditanahair kita hanya tertumpu kepada mendapatkan atau mempertahankan pengaruh sahaja. Didalam usaha untuk mendapatkan pengaruh atau untuk mengekalkan pengaruh serta kuasa pihak yang bertentangan sentiasa berkelahi dan yang lebih menyedihkan penyokong-penyokong sesuatu puak itu pula membidas dan menghina puak yang tidak disukai mereka dengan panggilan nama-nama yang kotor dan menjijikan.

Ada pihak yang memanggil pemimpin dengan panggilan beruk, syaitan, babi, anjng dan berbagai superlatif yang tidak melambangkan sebagai seorang yang mempunyai temaddun dan seolah-olah tidak pernah mendapat pendidikan dari ibu dan bapa mereka. Kita hairan dengan sikap manusia yang begini dan saya tidak tahu apa yang ada didalam pemikiran serta naluri mereka apabila memanggil seseorang itu dengan panggilan yang hina itu. Ini merupakan sikap buruk yang tidak dapat di ‘comprehend’ oleh manusia yang bertemadun.

Tidak semua orang bersetuju dengan semua orang dan tentu ada perbezaan pendapat dan idologi dan tidak ada masalah untuk berbahas dan berdebat. Tetapi jika untuk menunjukkan kebenaran kita mana-mana temaddun pun tidak boleh menerima seseorang tergamak memanggil orang yang berbeza dengan kita dengan babi, anjing, celaka, pembawa ajaran sesat, sial, anak haram, haram jadah dan berbagai-bagai lagi panggilan yang menghina.

Malahan ada pihak yang mempersoalkan anak si anu itu anak haram dan menuduh berdasarkan kepada kebencian politik semata-mata. Saya sendiri memandang setengah pemimpin itu tidak bermoral dan saya selalu mengkritik mereka didalam tulisan saya. Tetapi saya tidak pernah menggunakan bahasa kesat seperti babi, anjing, anak haram, haram jadah, penzina dan sebagainya didalam tulisan saya. Saya hanya menumpukan kepada dasar-dasar dan moral politik dan tidak pernah memainkan isu peribadi seseorang itu secara terbuka didalam tulisan dan artikel yang saya tulis.

Sesekali saya imbas juga tulisan penulis-penulis politik dan sosial yang ada dihadapan saya. Saya amat kecewa dan sedih melihat keadaan ini sudah menjadi budaya dalam alam cyber kita. Sikap dan perangai mereka ini amat memalukan dan saya hairan kenapa mereka tidak malu kepada diri mereka sendiri?

Saya banyak tidak bersetuju dengan dasar-dasar pentadbiran Dr Mahathir, tetapi saya tidak muatkan dalam tulisan saya dengan panggilan yang menhina beliau. Tidak pernah saya panggil Dr Mahathir dengan panggilan mamak atau orang tua kutuk misalnya serti yang dilakukan oleh setengah orang. Saya hanya memusatkan kritikan saya terhadap dasar pentadbiran beliau yang saya anggap tidak telus yang berkai dengan ketirisan dalam kerajaan pimpinan beliau.

Saya ingin menyeru kepada sesiapa yang menjadi rakan atau yang memilih untuk menjadikan saya seorang musuh mereka supaya kita paparkan kematangan kita dan ketemaddunan kita semua. Kritiklah sebanyak mana sekali pun tetapi jangan jadikan ‘name calling’ sebagai budaya kita kerana akhirnya ianya akan melambangkan nilai serta tahap ketemadunan kita.

Kita boleh memarahi sesiapa dengan menggunakan kata-kata yang pedas tetapi jauhilah dari memanggil seseorang dengan panggilan seperti beruk, beruang, bangkai, najis dan apa-apa panggilan yang tidak melambangkan kita sebagai manusia yang Tuhan jadikan sebagai secanti-cantik kejadianNya (surah AT-TIN). Seseorang itu mungkin membenci perangai mereka atau tidak mahu menyokong pihak yang kita sokong, tetapi kita masih tidak boleh membabikan atau menghina manusia yang secantik-cantik kejadian tuhan ini.

Saya menyentuh hal ini kerana budaya ini sudah menjadi sebati dikalangan setengah yang bercakap tentang politik dan saya khuatir satu hari nanti kita akan hilang identiti kita buat selama-lamanya. Hilangnya sesuatu bangsa itu dimuka bumi ini bermula dari kehilangan identitinya. Sesuatu bangsa itu dikenali dengan identitinya yang tersendiri. Melayu beridentitikan budaya yang lemah lembut dan beradap serta beradat. Jika adab dan adat ini sudah hilang maka hilanglah bangsa kita itu.

Bukankah ‘bahasa itu melambangkan budaya dan bangsa kita’ atau pun ‘bahasa itu jiwa bangsa’? Orang Melayu tulin selalunya menggunakan bahasa yang pedas dan sindiran yang pedih jika memarahi pihak yang kita tidak suka, tetapi jika kita menggunakan bahasa kesat untuk tidak bersetuju maka kita bertanggunjawab jika bangsa kita hilang dibumi ini.

Tidak akan ada maknanya kita mengaku yang kita adalah bangsa yang sedang menempa kemajuan jika kita menggunakan bahasa kotor yang menjijikkan yang digunakan oleh manusia zaman batu itu. Tahap ketemadunan kita boleh dinilai dari bahasa yang kita gunakan dalam berinteraksi sesama manusia.

Kalau kita tidak merasa malu kepada orang lain, setidak-tidaknya malulah kepada diri kita sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengata sesiapa yang spesifik tetapi saya tujukan pandangan ini kepada semua pihak termasuk diri saya sendiri.

Siapa yang makan cili mereka tak payahlah menunjukan rasa pedasnya. Pujuklah diri kita sendiri untuk menjaga status kita yang diberi Tuhan sebagai khalifah dimuka bumi ini. Buatlah seruan dengan bahasa yang lembut atau pedas sekali pun, tetapi jangan memanggil manusia yang berbentuk mim ha mim dal ini dengan nama yang jelek dan kotor. Ia akan hanya melambangkan keperibadian kita sendiri.

Akhirnya, Kok tak tersusun bak sirih, Kok tak masin bak garam, Kok tak kuning bak kunyit,Kok tak lomak bak santan. Kok tak manih bak gulo, Kok tolangga maso naik, Kok tolando maso turun, maaf ajo yang sayo pintak.

14 January 2011

Debat Najib/Anwar wajar diteruskan - Pelan pembangunan mana yang lebih benar

Perbezaan pandangan politik harus dinyatakan didalam pilihanraya sahaja. Masing-masing parti boleh menunjukan semua perbezaan itu untuk memberi kita rakyat yang biasa ini untuk memilih parti mana yang boleh mengisi kehendak dan kemahuan kita. Masing-masing mempunyai keinginan dan aspirasi yang berbeza. Itulah satu ‘attribute’ sebagai manusia. Manusia adalah secantik-cantik kejadian dan manusia itu dijadikan Tuhan untuk mengenali dan menghormati diantara puak-puak dan kaum serta cara hidup mereka.

Didalam politik yang menjadi isu besar dalam masyarakat Malaysia pada hari ini perbezaan diantara yang memerintah dan yang menjadi alternatif sangat jelas. Isu yang terakhir ialah perbezaan diantara pelan transformasi yang diperagakan oleh BN dengan pelan transormasi alternatif yang diunjurkan oleh PR.

Dalam ‘convention’ PR yang diadakan baru-baru ini, PR telah mengunjurkan pelan transformasi alternatif yang hanya memerlukan dana sebanyak RM19.2 billion. Angka ini jauh lebih rendah dari unjuran yang diunjurkan oleh BN. Najib memberikan reaksi yang negatif terhadap unjuran PR itu dan meminta rakyat jangan terpedaya dengan pelan PR itu. Najib terus memberi amaran yang jika PR memerintah dan pelan itu dilaksanakan negara akan menjadi bangkrap.

Anwar terus meminta Najib untuk tampil kehadapan dan mengadakan debat terbuka dihadapan rakyat untuk menunjukan kebenaran dan kelebihan masing-masing. Ramai dikalangan orang ramai memandang alasan Najib yang negara akan bangkrap jika dilaksanakan program dan pelan yang diunjurkan oleh PR itu akan membuatkan negara ini bangkrap sebagai tidak berasas.

Mereka bertanya kepada Najib bagaimana pihak yang membelanjakan RM19.2 billion itu boleh mengbankrapkan negara berbanding dengan pihak yang membelanjakan RM51 billion? Bagi masyarakat yang ‘simple’ Najib memberikan reaksi tanpa meneliti apa yang hendak dikatakan beliau di khalayak ramai.

Anwar begitu ‘persistent’ dengan cabarannya untuk berdebat dengan Najib secara terbuka dan saya merasakan rakyat suka untuk melihat debat ini diadakan untuk melihat dengan mendengar perbezaan diantara kedua belah pihak ini.

Disebaliknya Najib menolak sebarang debat dan beliau berkata beliau tidak peduli dengan persepsi rakyat terhadap beliau dengan penolakkan itu. Hanya Nazri Aziz dan Khairy disebelah BN yang meminta Anwar untuk berdebat dengan mereka dahulu sebelum berdebat dengan Najib.

Kedua-dua belah pihak elok jika diadakan perdebatan kerana rakyat sedang didalam pencarian kearah mana kita nak arahkan negara kita ini. Rakyat mahu tahu yang mana satu yang boleh memperagakan kebolehan masing-masing. Rakyat hendak tahu apa benarkah setiap projek pembangunan itu betul-betul dalam harga yang sebenarnya.

Apabila Najib memperlekehkan pelan yang dianjurkan oleh PR mereka telah mengatakan yang pelan mereka dibantu oleh pakar-pakar ekonomi dan mampu mewujudkan pembangunan yang secara relatifnya lebih murah dan tidak payah membebankan negara dengan membelanjakan wang rakyat yang banyak. Ini semua rakyat hendak tahu dan PR pun mahu menunjukan yang apa tuduhan terhadap ketirisan dialam perbelanjaan wang rakyat oleh BN itu ada benar.

Bagi BN pula kita harus sedia mempertahankan apa yang kita lakukan. Maka Najib sepatutnya menerima cabaran itu. Berdebat secara terbuka bukannya perkara baru didalam sistem demokrasi. DiAmerika dan di UK perdebatan seperti ini adalah perkara biasa dan rakyat akhirnya akan membuat keputusan. Kita jangan lari dari sistem yang biasa dilakukan dalam negara yang ingin menyuburkan demokrasi.

Jika kita benar-benar betul dan jujur maka sepatutnya kita menerima cabaran Anwar itu untuk membuktikan kejujuran kita dalam mentadbir negara selama ini. Inilah kesempatan yang patut diambil dengan suka hati kerana kita telah mengatakan yang segala urusan untuk meneruskan pelan pembangunan itu adalah telus dan transperen.

Rakyat ingin tahu yang tuduhan BN selama ini yang negara akan bangkrap jika PR memerintah. Betul kah tuduhan itu? Maka debat terbuka merupakan jawapan yang terbaik. Kalau tidak berani jangan main tuduh-tudah sahaja. Buktikan tuduhan itu dengan debat terbuka ini. Ini adalah isu besar bukannya kecil. Dalam perdebatan inilah Najib boleh menggariskan dalil-dalil yang pelan transformasi yang dianjurkan oleh PR itu akan mengbankrapkan negara.

Umumkan sehari cuti umum untuk rakyat mendengar perdebatan ini. Jika cuti umum boleh diberikan kepada rakyat kerana Malaysia memenangi Piala Suzuki masakan perdebatan yang penting untuk menentukan masa depan rakyat ini tidak boleh diberikan cuti umum.

Tetapi samada perdebatan ini berlaku atau pun tidak, rakyat akan tetap membuat keputusan. Marilah kita harapkan yang terbaik bagi masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita.

13 January 2011

Kerajaan Selangor - Jika bapa kencing berdiri, cuba jangan kencing berlari.

Perbilangan orang tua-tua dahulu banyak benarnya. Salah satu darinya ialah ‘kalau bapak kencing berdiri anak kencing berlari’. TS Khalid telah mengumumkan bahawa semua ADUN yang mewakili PR akan mendapat RM1 juta untuk menampung pembangunan kecil-kecilan dikawasan masing-masing. Ini bermakna ADUN-ADUN BN yang merupakan wakil-wakil pembangkang diSelangor tidak akan mendapat peruntukkan itu.

UMNO Selangor memberikan reaksi yang marah-marah dengan keputusan TS Khalid itu dan menganggapnya sebagai tidak adil dan menuduh TS Khalid sebagai hipokrit kerana cakap tak serupa bikin. Itulah yang dikatakan oleh Dr Mohd Khir Toyo semalam. Isu ini merupakan isu yang sangat menarik untuk ditelaah.

Jika semua pihak mahu mengambil isu ini untuk dijadikan pelajaran, ambillah kesempatan yang ada ini untuk masing-masing memperbaikki etika dan kepimpinan yang telah dilunaskan oleh sistem demokrasi yang kita amalkan. Ada perbilangan Inggeris yang boleh kita jadikan sebagai peringatan kepada kita; ‘what goes around comes around’.

Sebagai pihak yang memerintah (diperingkat persekutuan) kita menghadapi pembangkang dengan tidak memberikan peruntukkan kepada wakil-wakil rakyat kawasan kawasan-kawasan pembangkang dan ini telah menjadi amalan kita yang telah menerajui kerajaan sejak merdeka dahulu. Ini telah menjadi budaya yang sebati dan kita lihat disini bahawa rakyat tidak dihormati oleh pihak kita kerana tidak memberikan undi kepada kita.

Dari satu sudut saya berasa sukacita dengan apa yang dilakukan oleh TS Khalid ini; setidak-tidaknya pihak kita merasakan bagaimana peritnya sebagai pembangkang dinegeri Selangor kerana itulah yang dialami oleh rakyat bukan sahaja diSelangor tetapi diseluruh negara apabila mereka menggunakan kuasa undi mereka kepada parti yang lain dari UMNO atau pun BN.

Dulu kita mempunyai persepsi bahawa peruntukan kecil ini hanya untuk parti yang memerintah dan kita lupa wang atau dana itu juga datangnya dari cukai dari rakyat tanpa mengira perbezaan politik, agama dan bangsa yang tinggal dinegara ini. Kalaulah benar peruntukkan itu hanya untuk parti dan penyokong yang memerintah, sepatutnya dipulangkan balek semua wang yang dikutip dalam bentuk berbagai macam cukai kepada ahli-ahli pembangkang.

Menginiaya rakyat memang perkara yang biasa yang telah dilakukan oleh BN selama ini dan tidak siapa yang menegur dan membuat introspeksi terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan kita. Sepatutnya jika kita benar-benar bertanggungjawab dan menerima demokrasi yang dilaung-laungkan itu sesiapa pun yang dipilih oleh rakyat, tak kira BN atau pembangkang mesti diberikan peruntukan itu kerana itu adalah kehendak rakyat yang demokratik.

Perlu diingat wang itu juga datangnya dari mereka yang menyokong pembangkang yang sama-sama membayar berbagai-bagai cukai kepada perbendaharaan negara dan negeri. Berbagai helah samada dari segi politik dan undang-undang dicari untuk meminggirkan negeri dan kawasan yang diwakili pambangkang. Sepatutnya jika kita benar-benar bertanggungjawab kita mesti mencari segala usaha untuk membantu, bukannya untuk menginiaya.

Jika BN tidak dapat menerima hakikat demokrasi maka kita ubah sahaja sistem pemerintaha negara kita. Wujudkan sistem yang hanya membolehkan BN memerintah dan tidak payah kita nak bermain-main dengan undang-undang.

Sekarang saya ingin menyeru kepada kerajaan Selangor supaya melakukan perkara yang berbeza dengan BN. Berikan jugalah peruntukkan itu kepada wakil BN. Jika kerajaan PR Selangor melakukannya maka rakyat akan dapat memberi penilaian yang tinggi kepada kerajaan negeri pimpinan Khalid dan nescaya PR akan kembali menjadi pihak yang berkuasa diSelangor dalam jangka masa yang panjang.

Mari kita lakukan yang terbaik untuk rakyat. Sikap menginiaya itu adalah budaya politik yang selalu lihat dilakukan oleh BN. Jika PR mahukan perbezaan maka jangan ikut tari dan pencak BN itu.

Untuk mencari perdamaian mesti ada satu pihak yang ada kedinginan pemikiran. Kepada PR Selangor saya mencadangkan supaya dilakukan apa yang ‘needful’ untuk menyemarakan semangat demokrasi itu. Kepada kerajaan Selangor, terajuilah politik secara baru dan politik secara ini memang dilakukan dinegara-negara maju. Tunjukan perbezaan itu, TS Khalid. Saya mengenali TS Khalid begitu lama dan saya tahu beliau mampu melakukan politik secara baru ini.

Orang ramai telah lama menunggu BN untuk melakukannya tetapi tidak nampak sikap itu bertunas dipihak parti pemerintah diPersekutuan ini. Jadi biar Khalid dan kerajaan Selangor yang memulakan langkah menyuburkan demokrasi ini. Sejukanlah hati dan jiwa rakyat. Ikutlah contoh yang baik dan elakan dari meniru contoh yang buruk. Lama kelamaan rakyat akan faham dan berterima kasih kepada kerajaan Selangor.

Biar BN pula yang mengikut langkah yang baik ini jika mereka masih ada hidayahnya. Jangan kita mengharapkan hidayah itu datang dari pihak BN. Sekarang inilah peluang yang terbaik untuk PR menunjukan sikap keterbukaannya dalam mentadbir negeri dan negara.

Jangan merasa letih dan jemu dalam mencari kebaikan ini. Mencari kebaikan itu adalah perjuangan sepanjang hayat. Itulah fardhu kifayah yang sangat suci. Melakukan fardhu kifayah secara intensif adalah jalan yang paling singkat untuk kesyurga.

12 January 2011

Cukuplah - Jangan lembukan rakyat.

Pembaharuan yang akan dilakukan oleh PR jika diberi memerintah hanya memakan belanja RM19.2 billion sahaja dan bukannya RM51 billion seperti perancangan BN yang diumumkan oleh Najib. Najib memberi reaksi yang merendah-rendahkan perancangan PR itu.

Sebenarnya jumlah yang diperlukan untuk pembangunan dan transformasi itu berbeza diantara satu dengan yang lain. Jumlah peruntukkan untuk sesuatu projek yang sama juga berbeza bergantung kepada cara pengendalian projek-projek tersebut dan juga samada ada elemen tumbuk rusuk dan peruntukkan untuk rasuah didalam kos projek-projek tersebut.

Sebahagian besar kos itu ialah untuk pembayaran ‘consultancy’ yang lazim berlaku didalan sesuatu cadangan projek pembangunan untuk membayar mereka yang berkuasa dalam pembahagian projek-projek tersebut.

Oleh yang demikian jika Anwar Ibrahim mengatakan yang kos untuk pembaharuan dan transformasi ekonominya hanya melibatkan RM19 billion berbanding dengan RM 51 billion itu memang ada asasnya. Kita semua tahu banyak projek-projek pengswastaan selalunya melibatkan kos yang terlalu tinggi kerana terlalu banyak ketirisan kerana sifat tidak amanah dan tamak yang tidak terbatas dikalangan mereka yang berkuasa.

Apabila ada sahaja projek yang besar untuk rakyat kosnya akan ditingkatkan untuk mendapatkan kembali sebahagian dari kos itu sebagai imbuhan selain dari gaji yang telah ditetapkan. Bagi mereka sebahagian dari keuntungan besar itu mesti kembali kepada pegawai dan mereka mereka yang berkuasa. Mereka yang tidak amanah ini tidak segan dan silu untuk menerima rasuah seolah-olah memang sudah menjadi hak mereka untuk berbuat demikian. Bagi mereka yang sudah biasa dengan rasuah ini mereka akan terus rasuah walau pun itu kerja yang hina. Memakan rasuah ini ibarat makan petai; walaupun petai itu busuk tetapi ramai yang berselera makan jika ada ulam petai.

Itulah sebabnya kos pembangunan kendalian kita sangat tinggi kerana terlalu banyak kos ‘variable’ yang tidak berpatutan yang timbul dalam sesuatu projek itu. Semuanya itu adalah ketirisan yang sengaja diadakan untuk kepentingan setengah pihak yang tidak jujur dan telus melaksanakan amanah yang telah diberikan kepada mereka.

Akhirnya rakyatlah yang terpaksa membayar segala wang kerajaan yang datangnya dari rakyat melalui berbagai macam cukai dan duty. Jadi jika ada rancangan yang lebih murah dari apa yang dirancang oleh pihak pemerintah sekarang kenapa pula dijadikan isu?

Bagaimana pula pemimpin kita mengatakan yang jika diikut perancangan PR negara akan jadi bangkerap sedangkan perancangan yang dicadangkan oleh kerajaan sekarang adalah lebih tiggi dan akan menggunakan wang rakyat? Bagaimana mungkin yang berbelanja lebih kecil boleh membawa lebih kebarangkalian untuk bangkerap dari kita yang akan membelanjakan lebih dari 2 kali ganda dari jumlah yang mereka rancangkan untuk dibelanjakan itu?

Jika RM19 billion boleh membawa pembangunan yang sama dengan perancangan yang akan membelanjakan RM51 billion, tidak salah kalau rakyat memilih yang lebih murah..bukan gitu? Masalahnya kita selalu memandang rendah kepada kemampuan orang lain sedangkan kita tidak sedar yang kita tidak pun mampu untuk membentuk sifat memikirkan untuk membentengi rakyat dari kerugian. Tetapi slogan semuanya hebat-hebat, tetapi bak kata perbilangan, ‘wal hasil balik asal’ sahaja.

Najib berkata yang nasib cucu kita akan tergadai jika PR memerintah. Tetapi sedarkah kita semua yang kita ditolak adalah disebabkan masalah yang sama? Rakyat menolak kita kerana mereka memikirkan yang UMNO tidak lagi boleh menjamin masa depan generasi yang akan datang. Maka kita hampir kecundang didalam pilihanraya dahulu.

Rakyat sudah jemu untuk bergiat mempertahankan UMNO kerana rakyat yang ramai hanya memandang dan memerhati dengan air lior yang meleleh melihat hanya kumpulan peniaga dan ahli koporat yang sama menikmati perjuangan orang ramai menegakkan UMNO dan BN. Balik-balik kita dengan MMC-Gamuda, YTL, dan beberapa kumpulan yang lain yang diberikan keistimewaan sedangkan yang berpeluh dan berkeringat mempertahankan BN adalah rakyat biasa.

Jadi pemimpin kita hendak jadikan rakyat ini sebagai apa? Projek raksaksa yang puluhan billion senang sahaja diperolehi oleh mereka yang rapat dengan pucuk pimpinan sedang rakyat dibawah terpaksa kehulu kehilir untuk mendapatakan biasiswa dan penajaan untuk melanjutkan pelajaran. Dimana kah dia slogan yang mengatakan rakyat didahlukan itu? Hakikatnya slogan itu hanya tin kosong sahaja, tetapi diajak rakyat menyanyikannya siang dan malam.

Rakyat ramai hanya disuruh arah sahaja ibarat kerbau disawah; membajak dari pagi hingga kepetang sedangkan tikus kenyang dan gemuk dikepuk padi. Yang berat-berat disuruhnya rakyat untuk memikul tetapi YTL, Gamuda, MMC dan syarikat kroni yang lain yang membaham segala nikmat hasil perjuangan rakyat yang biasa tadi.

Sekarang rakyat sedang memerhatikan tingkah dan laku pucuk pimpinan kita. Jika masih tidak berubah sikap dan nilai kepimpinannya rakyat akan tinggalkan UMNO dan BN kali ini. Saya bukan ahli nujum atau pun seorang yang kashaf untuk mengetahui apa yang berlaku dimasa yang akan datang.

Tetapi dengan hanya menggunakan kekuatan akal yang diberikan Tuhan itu sudah cukup untuk menelah yang BN akan terjerumus kelembah yang lebih dalam lagi dalam pilihanraya yang akan datang. Apabila sampai ketahap itu nanti, jangan menyalahkan pihak lain pula.

Pemimpin yang tidak jujur akhirnya akan kesaorangan ibarat anjing yang menjilat lukanya sendiri. Saya berharap apa yang saya jangkakan ini semuanya salah. Tetapi ‘intuition’ saya tetap mengatakan yang BN akan kecundang dibanyak lagi kawasan.Kita tidak payah nak panggil semua Ahli Parlimen untuk bertanya kerana keputusannya adalah ‘predictable’. Kita akan menghadapi jalan sukar.

UMNO patut mula belajar untuk menyalahkan diri sendiri sebelum menyalahkan pihak lain. Rakyat bukannya berpihak kekumpulan yang lain kerana suka-suka. Mereka lari dari kita kerana mereka sudah meluat dengan sikap dan perangai kita dan kebanyakan rakyat sudah tidak sabar lagi menyaksikannya.

Perasaan luka yang dialami rakyat bukannya kecil. Selama ini kepimpinan kita sudah terlalu leka dengan kuasa yang mereka masih anggap sebagai hak dan kepunyaan BN sahaja. Anggapan seperti ini ternyata salah.

Ingatkan dan tandakan apa yang saya cakapkan hari ini. Jangan menyesal apabila sudah terjatuh didalam gaung yang dalam. Takut-takut tidak berdaya memanjat tebing untuk naik keatas.

11 January 2011

Sesal kemudian tidak ada gunanya - Terimalah badainya.

Perjumpaan Najib dengan Ahli-Ahli Parlimen BN beberapa hari yang lepas menambahkan lagi keyakinan ramai yang pilihanraya umum akan tiba tidak lama lagi. Tetapi tidak kurang juga yang mengatakan PRU 13 tidak akan diadakan secepat itu dan tindakan Najib untuk memanggil Ahli-Ahli Parlimen BN itu hanyalah sebagai helah untuk meletihkan parti-parti pembangkang bila menjelangnya PRU itu.

Samada PRU dipanggil sekarang atau bila-bila pun tidak ada pihak yang akan berhenti untuk mendekati rakyat. Bagi PR peluang untuk mendapat mandat untuk memerintah bukan perkara yang mustahil maka adalag tepat jika mereka terus menerus mendekati rakyat sehingga bila-bila pilihanraya itu diadakan.

Bagi BN pula mereka akan terus mendekati hati rakyat untuk mengembalikan sokongan mereka terhadap BN seperti yang dialami sebelum tsunami politik 2008 dahulu. Pendek kata aktiviti politik akan terus menerus bersemangat sampai pilihanraya yang akan datang.

PR sedang berusaha untuk menunjukkan perbezaan dengan kerajaan BN yang pernah memerintah dahulu dinegeri-negeri yang diberi mandat untuk memerintah sekarang. BN yang berkuasa dengan majoriti tipis diPersekutuan pula sedang berusaha untuk menunjukkan kepada rakyat yang mereka sedang membuat segala perancangan rapi untuk membangunkan negara kerana BN beranggapan politik itu adalah berhubung kait dengan ekonmi semata-mata.

Dinegeri-negeri yang ditadbir oleh PR, BN sedang melakukan apa sahaja untuk memberikan tentangan terhadap kepimpinan PR dengan mengorek segala kelemahan PR jika ada. Kerajaan BN dinegeri-negeri pula agak mudah untuk menentang tekanan BN kerana mereka boleh membuktikan apa-apa yang tidak senonoh yang pernah dilakukan oleh pimpinan BN semasa memerintah negeri-negeri tersebut.

Pendeknya untuk membuktikan kesalahan PR terpaksa dicari secara halus oleh BN, ibarat mencari kutu dalam rambut yang tebal. Jika tidak dapat BN dan penyokong-penyokongnya mengambil pendirian untuk menghentam pemimpin PR dengan mengambil isu peribadi, sehinggakan mereka mengintai-ngintai segala gerakan pemimpin PR.

Berbagai-bagai spekulasi dibuat oleh penyokong BN semata-mata untuk memecahkan PR keran UMNO dan BN memang selama ini hanya ‘survive’ dalam krisis. Dr Mahathir sendiri menggunakan perpecahan sebagai cara terbaik untuk ‘political survival’ beliau. Seandainya beliau tidak pecahkan rakyat dan parti yang dipimpinnya Dr Mahathir tidak mungkin kekal sebagai pemimpin utama selama 22 tahun.

Saya bersamasama dengan penyokong ‘totok’ beliau dan mengakui beliau adalah seorang yang bijak untuk ‘political survival’ peribadi beliau. Mungkin saya tidak bersama dengan penyokong beliau jika dijawab satu soalan yang penting; iaitu ‘at what cost?’

Untuk ‘political survival’ beliau banyak institusi demokrasi telah hancur lebur dan punah ranah dibuatnya. Bagi kepentingan beliau untuk terus berkuasa beliau terpaksa berperang dengan Raja-Raja Melayu dan kemuncaknya ialah pada tahun 1993 dahulu. Usaha menyekat keluhuran Raja-Raja Melayu memang sudah bermula pada tahun 1983 lagi apabila segala undang-undang yang dipinda oleh Parlimen akan berkuat kuasa walaupun Yang DiPertuan Agong tidak memberikan ‘consent’ terhadap apa yang diluluskan oleh Parlimen.

Dr Mahathir tidak percaya kepada ‘seperation of power’. Beliau mahukan segala kuasa dipusatkan kepada beliau. Budaya tidak mahu ‘co-exist’ dengan norma-norma demokrasi tulin ini sudah menjadi budaya sampai kesaat ini.

Tidak ada yang tidak pernah ditentang oleh Dr Mahathir semasa memegang tampuk kuasa. Sistem kehakiman yang bebas telah musnah dan belum lagi kebah sampai hari ini. Bergaduh dengan Bar Council merupakan perkara yang biasa. Bertegang leher dengan kesatuan pekerja juga menjadi santapan politik beliau.

Tetapi perkara itu sudah berlalu jauh dan elok kita berfikir dengan tenang tetapi intensif bagaimana untuk mencari penyelesaian yang baik bagi memperbetulkan masalah yang telah dilakukan oleh pemimpin terdahulu. Kita pandang hadapan dan terus kedepan dan cari penyelsaian dengan teliti.
Kita perlu melakukan introspeksi untuk mencari jalan kearah memperbaikki keadaan dan ianya memerlukan ketabahan dan pengorbanan.

Setakat ini belum lagi kita bertemu dengan kaedah yang terbaik untuk menuju kearah itu.

Masalahnya mereka yang mencetuskan masalah masih berada dikeliling kita dan mereka adalah dari manusia yang berpengaruh. Mereka ini masih lagi bercakap tentang masalah yang mereka lakukan dahulu seolah-olah mereka tidak ada kena-mengena dengan kepayahan yang kita hadapi sekarang.

Setakat berjumpa dengan Ahli-Ahli Parlimen BN sahaja belum lagi mencukupi untuk mencari apa yang kita sedang cari itu. Kita semua dalam pencarian dan akan terus mencari.

Kalau kita tengok seorang demi seorang Ahli-Ahli Parlimen yang bertemu dengan Najib itu, siapa agaknya diantara mereka yang akan kecundang jika mereka masih lagi dicalunkan sebagai calun BN dalam piliharaya yang akan datang?

‘Kalau Nor Mohamed Yakcop masih dicalunkan kita akan hilang satu lagi kerusi Parlimen diPulau Pinang.” Kata seorang rakan saya dari P Pinang.

Tetapi ramai lagi calun-calun yang sama seperti Nor Mohamad Yakcop itu. Pandai-pandailah selesaikan masalah ini. Bukan kita yang membentuk mereka. Mereka kekal selama ini kerana kecuaian pucuk pimpinan memilih calun-calun secara tangkap muat.

Sekarang terimalah badainya.