30 November 2014

UMNO telah dirampas oleh gulungan elitis, mengaku sebagai wakil Melayu

Perhimpunan Agung UMNO yng baru sahaja selesai Sabtu lalu, walaupun tiada apa yang ‘significance’ berlaku, ia juga membawa satu paparan yang jelas tentang ketakutan UMNO akan jatuh dan tersungkur dihadapan mata rakyat yang kini sedang dalam kemarahan dan kritikal terhadap parti itu.

Timbalan Presidennya dengan ringkas merumuskan yang UMNO perlu berubah jika tidak mahu diubah. Beliau telah memasukan isu ini sebagai inti parti dalam ucapan perasmian tiga sayap parti itu Selasa lepas.

Elok juga kita tanya setidak-tidaknya dua soalan penting dalam usaha untuk berubah ini. Pertamanya apa yang hendak diubah dahulu, kerana UMNO perlu melakukan perubahan dalam terlalu banyak perkara. Kesemua perkara yang perlu diubah itu semuanya dalam keadaan tenat sehinggakan UMNO sudah tidak tentu rupanya lagi dan parti itu sedang berada dalam keadaan ‘brain-death’, hanya tubuh sahaja yang nampak besar tetapi tidak berfungsi lagi.

UMNO bagi setengah orang sedang bergantung kepada ‘life-support’ ia itu kuasa dan jentera kerajaan yang kian hari kian lemah dan tidak diyakini lagi oleh rakyat yang ramai dibawah-bawah ini. Apabila ‘life-support’ itu sudah tidak berguna lagi atau dicabut dari tubuh UMNO itu UMNO akan mati dan akan tinggal nama sahaja. Itu lah kemungkinan maksud Muhyiddin itu.

Tetapi persoalan terhadap Muhyiddin ialah, mahukan Muhyiddin sendiri menjadi agen kepada perubahan itu? Bagaimana jika salah satu dari perkara yang perlu dilakukan ialah Muhyidn sendiri yang perlu melakukannya waimma jika beliau sendiri terpaksa berhenti dan bersara bagi meninggalkan jasa beliau kepada UMNO. Berkorban untuk parti bukan sahaja kekal dengan jawatan, tetapi bersara dan meninggalkan jawatan dan tanggungjawab juga adalah pengorbanan yang besar.

Najib sudah pasti tidak mahu berundur dan jika boleh beliau mahu memerintah negara ini selama 22 tahun sekurang-kurangnya. Masalah UMNO itu bukan masalah ahli-ahlinya. Masalah UMNO ialah masalah pemimpin-pemimpin mereka termasuk ‘warlords’ yang disebut oleh Muhyiddin itu.

Ahli-ahli UMNO seperti biasa adalah pengikut tegar yang tidak tahu pun apa masalah yang dihadapan mereka. Ahli-ahli biasa UMNO itu hanyalah diperguna oleh pemimpin mereka untuk memberikan dokongan kuat dan selalunya untuk mendapatkan representasi untuk menampakkan sokongan itu ialah melalui perhimpunan parti itu sekali setahun. Perhimpunan yang baru selesai Sabtu lepas boleh memperlihatkan mentaliti dan nilai perwakilan yang datang yang berjumlah beribu-ribu orang itu.

Perhimpunan itu adalah premis untuk memperlihatkan yang UMNO itu adalah parti yang kuat dan bersatu. Tetapi hakikatnya ahli-ahli parti itu hanya bersatu dengan teguh ialah semasa menyanyikan lagu UMNO itu sahaja. Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat, itulah cogan kata lagu yang dinyanyikan oleh semua perwakilan dalam perhimpunan itu. Selepas sahaja mereka menyanyikan lagu itu, mereka tidak menampakkan bersatu dan bersetia, lebih jauh lagi untuk berkhidmat.

Mereka, terutamanya pemimpin-pemimpinnya betul-betul bersatu tetapi bersatu untuk menambah kekuasaan kepada segelintir ahli-ahli UMNO dan orang Melayu. Mereka setia dengan pemimpin mereka yang rasuah dan menguruskan negara dengan ketirisan yang amat besar sehinggakan kantung kerajaan semakin menurun malahan ramai yang berpendapat kerajaan kita sedang dalam keadaan kering kontang. Mereka tidak ada lagi khidmat kepada ahli-ahlinya jauh sekali untuk berkhidmat dengan jujur terhadap rakyat keseluruhannya.

UMNO itu sudah bertukar menjadi kelab untuk elitis dan bukannya untuk ahli-ahli dan orang ramai yang berbilang kaum ini. Rakyat tidak boleh menyalahkan UMNO kerana tidak mahu berkhidmat untuk rakyat, kerana parti itu telah menganak tirikan ahli-ahlinya sendiri, masakan parti itu ada waktu dan kemampuan untuk memberikan fokus kepada rakyat yang ramai.

Pimpinan elitis UMNO mempunyai dokongan dari segelintir ‘industrialists’ dan peniaga-peniaga besar. Mereka lebih cenderung untuk bersama dengan elitis dan kumpulan ‘industrialists’ ini kerana pimpinan kita akan lebih menerima untung dan laba yang besar.

Mereka beranggapan rakyat yang ramai ini adalah kumpulan yang banyak masalah dan mereka rimas dengan tindakan ramai yang membuat kritikan terhadap mereka (pimpinan). Memperjuangkan rakyat itu dianggap mereka sebagai kerja yang membosankan. Parti ini di kuasai oleh elitis ini yang sekarang memparmirkan kumpulan mereka sebagai kumpulan yang mewakili orang Melayu.

“Dah beri BRIM setahun sekali, apa yang mereka hendak lagi?” mungkin itulah yang terpahat dalam jiwa dan nilai itulah yang ada dalam diri kepimpinan kita. Tetapi diperingkat zahiriahnya mereka melaungkan slogan yang besar-besar. Laungan untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju menjelang tahun 2020 dan rakyat negara yang berpendapatan tinggi. Apa ini semua? Sedangkan rakyat sedang berhadapan dengan kemungkin menjadi rakyat yang termiskin dengan kos sara hidup yang tidak dapat di zahirkan oleh rakyat yang ramai.

Sesungguhnya seperti yang disebutkan diatas tadi, persoalan yang penting itu sekarang ialah apakah yang hendak diubah itu? Pendeknya yang pelu diubah ialah perubahan persepsi rakyat terhadap mereka yang memimpin negara. Melaunglah dengan sekuat yang boleh rakyat tetap dengan persepsi yang pimpinan  UMNO parti ini adalah pemimpin-pemimpin yang tidak boleh dipercayai dan itulah lagunya tahun demi tahun dalam perhimpunan agung parti itu.

Mereka hanya pandai menunjukan otot yang besar dan memberikan ugutan yang bodoh-bodoh terhadap rakyat yang ramai. Pengekalan akta hasutan oleh Najib itu adalah tindakan membesarkan otot untuk menakut-nakutkan sesiapa yang cuba mengkritik kerajaan.

Mereka memberikan alasan yang tindakan itu ialah untuk menurunkan suhu perbezaan kaum dan agama bagi menjamin keselamatan negara. Mungkin itu sahaja lah alasan yang agak boleh diterima. Itu sebabnya saya selalu berkata kepada parti-parti diluar BN itu, supaya beragak sedikit untuk membuat kritikan, kerana mereka mengkritik apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan dan menganggapnya sebagai rasis. Kita pun hendak melihat bagaimana Akta Hasutan ini dipergunakan oleh pihak kerajaan dari sekarang.

Persoalan keduanya ialah siapa yang hendak melakukan perubahan itu? Sudah terlalu panjang tulisan ini. Mungkin kita sentuh dalam posting yang akan datang ini.

29 November 2014

Kalau semasa pemerintahan Jepun boleh makan ubi kayu, kenapa sekarang tidak boleh?

Apakah hasil Perhimpunan Agung UMNO 2014 perolehi? Jawapannya semua tahu. UMNO tetap sama…sama keadaannya seperti sebelum Perhimpunan Agung itu. Kalau ada pun hasilnya ia tidak begitu diminati oleh rakyat yang tidak suka dan gemar dengan Akta Hasutan 1948 di kekalkan. Ya, itu sahaja perbezaan di antara sebelum dan selepas Perhimpunan Agung itu.

Selain dari itu UMNO tetap UMNO sebelum Perhimpunan Agung dahulu. Ia masih memainkan isu yang boleh menyatukan ahli-ahli UMNO walaupun buat seketika walau seburuk mana pun isunya. Selepas Perhimpunan perwakilan yang tidak tahu isu sebenar yang dihadapi oleh UMNO akan balik kampung dan seperti yang saya sebut beberapa hari lepas, ‘business as usual’.

Tidak ramai di antara perwakilan itu balik ke kawasan masing-masing dengan memahami kenapa mereka mewakili UMNO kawasan mereka ke Perhimpunan Agung itu dan apakah yang mereka perolehi yang baik dari perhimpunan tahunan itu. Cuba kita tanya mereka apa yang mereka sumbangkan dalam perhimpunan itu selain dari membaham karipap yang disediakan oleh urusetia pusat UMNO itu?

Perhimpunan seperti itu pada asasnya ialah bermatlamatkan untuk melihat apakah perbezaan yang menambah kebaikan kepada parti itu, dengan perwakilan dan pemimpin yang berbaris duduk di atas ‘high table’ di Dewan Merdeka itu lakukan.

UMNO yang sepatutnya menumpukan untuk menambah keyakinan terhadap kepimpinan yang sedang menghadapi krisis keyakinan yang amat kritis itu. Isu ekonomi tidak langsung disentuh oleh Presiden parti dalam ucapan dasar Presiden dan itu amat pelik sedangkan itulah masalah dan isu terbesar yang dihadapi oleh UMNO dan kepimpinan kita.

Isu rasuah tidak dapat dibangkitkan dengan baik dan tidak ada perwakilan yang mengupas itu dengan teliti sedangkan imej rasuah yang sedang melekat dan bergayut kepada kepimpinan negara yang kebanyakannya adalah dari UMNO tidak hilang-hilang lagi, malahan bertambah kuat lagi.

Yang membuat masalah kepada negara adalah kepimpinan UMNO yang duduk diatas ‘high table’ itu. Jika keadaannya sama, maka UMNO tidak boleh berharap yang kejayaan mereka akan pasti dalam pilihanraya yang akan datang, kerana rakyat dan dikalangan ahli-ahli UMNO sendiri tidak berpuas hati dengan hasil perhimpunan itu.

Saya bertanya kepada salah seorang perwakilan perhimpunan itu tentang hasil perhimpunan yang begitu mendapat liputan meluas itu. Beliau menjawab, “tak ada apa-apa, setakat menghabiskan karipap sajalah bang! Rasanya sudah malas hendak bergiat lagi sebabnya ia hanya untuk kepentingan pimpinan sahaja...dibawanya kita dibawah ni bersorak dan bertepuk sahaja”.

Tidak ada suara yang bercakap secara betul tentang isu-isu ekonomi. 1MDB tidak diberikan penjelasan secara teliti dan isu pendidikan langsung tidak ada pencapaiannya. Malahan perwakilan Kelantan sahaja yang berkata yang ada pihak yang cemburukan tentang kejayaan 1MDB. Entah apa yang dicemburui oleh sesiapa yang mempunyai pemikiran dan kefahaman sedikit sebanyak tentang 1MDB ini pun tidak siapa yang tahu. Apa sebabnya orang cemburu dengan syarikat pelaburan kerajaan yang hanya boleh disertai oleh mereka yang berkesanggupan untuk mengalami kerugian besar sahaja yang boleh bersama dengan 1MDB itu.

Tidak ada apa-apa isu yang boleh membawa ‘consequence’ besar terhadap parti itu dalam perhimpunan agung itu, hanya setakat melihat pemimpin utamanya berucap bergegar-gegar dengan genggaman tangan yang kuat untuk menambahkan senario pembohongan yang sedang mereka lakukan terhadap ahli-ahli UMNO dan rakyat keseluruhannya.

Yang kita tahu kita masih dalam genggaman pemimpin yang gila dengan kuasa dan sifat lahap yang tidak terkawal sahaja. Bagi mereka semuanya bersalah kecuali mereka sahaja. Jika kita lihat kerajaan kita begitu lemah, ia adalah disebabkan oleh kita semua, bukannya oleh kerana kelemahan pimpinan mereka.

Jika ada perselisihan faham di antara rakyat berbilang kaum, ia disebabkan oleh kita, bukannya oleh kelembapan pimpinan mereka. Jika negara sarat dengan rasuah itu kerana kesalahan kita, pemimpin kita tidak rasuah dan akan membawa negara kearah negara maju dan berpendapatan tinggi, walaupun sudah ramai rakyat yang sedang bergelumang dalam kesusahan untuk mengharungi kehidupan yang kian menyempit mereka.

Melebarnya jurang pendapatan di antara segelintir rakyat dengan rakyat yang ramai itu adalah kesalahan kita semua. Ia bukannya kerana sifat pemimpin kita yang mengamalkan budaya kronisma dan nepotisma.

Tidak diberitahu bagaimana kah Najib hendak mentadbir negara dengan kejatuhan harga minyak ketahap USD70 semalam sedangkan Najib hanya tahu menghadap rakyat sahaja apabila berdepan dengan keadaan ini. Bila pula cukai-cukai lain hendak dikenakan kepada rakyat kerana isu penurunan harga minyak ini bukan satu isu kecil.

Yang kaya-kaya hanyalah mereka yang berada di ‘corridor of power’ dan itu pun salah kita semua, kenapa tidak mengampu dan berkhemah di pejabat menteri-menteri dan mereka yang berkuasa.

Menghapuskan subsidi bahan bakar itu pun salah rakyat. Subsidi bahan bakar yang diberikan kepada industri tidak dihapuskan tetapi subsidi terhadap rakyat ditarik balik. Itu pun salah kita. Semuanya salah kita dan pimpinan UMNO yang mengaku bijak itu tetap tidak bersalah.

Bagaimana hendak menyalahkan pimpinan  UMNO, kerana mereka berada diatas itu bukannya tahu apa-apa. Kita tidak boleh menyalahkan kepada mereka yang tidak tahu apa-apa kerana ‘ignorance is not a crime’. Begitu juga ‘stupidity is not a crime’.

Tetapi kita masih bernasib baik. Kita masih mempunyai tanah terbiar yang luas. Rakyat marhein boleh mulakan menanam ubi kayu sebagai ganti ‘staple food’ kita apabila negara kita jatuh merudum nanti.

Apa nak ditakutkan, bukankah datuk nenek kita biasa dengan makan ubi semasa pemerintahan Jepun dahulu? Jika Jepun membuatkan datuk nenek kita makan ubi, kenapa kita bermasalah jika UMNO akan membuatkan generasi kita makan ubi sebagai pengganti beras hancur yang sedang dimakan rakyat biasa dibawah-bawah ini?

Yang pentingnya mereka yang berada diatas ‘high table’ di Dewan Merdeka itu kenyang dan senang lenang dengan memerah keringat rakyat biasa yang serba miskin sekarang ini. Walau bagaimana pun kita tunggu ucapan penangguhan pemimpin-pemimpin kita petang ini dahulu. Manalah kita tahu, mungkin ada yang baik kita akan dengar.

Kepada perwakilan UMNO diucapkan kembali ke kampung dengan selamat. Jangan memandu terlalu laju, elakan kemalangan dijalanraya. Terima kasih banyak-banyak kerana bertepuk dengan bergegar-gegar selama 5 hari berada di ibu kota. Bukannya tidak letih bertepuk dalam dewan itu.

27 November 2014

LGE vs Khairy, Ketua Pemuda UMNO itu benar

Khairy Jamaludin merasakan kekecewaan terhadap Lim Guan Eng kerana menggelarkan beliau sebagai rasis dan menyamakan Khairy dengan Isma dan yang lain. Saya tidak nampak di mana rasisnya kenyataan Khairy itu kerana beliau bercakap tentang agenda Melayu dan keistimewaan orang Melayu sebagai yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Bagi saya, Khairy hanya mahu melangsungkan apa yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan jika ada pihak yang mempersoalkan isu ini ia adalah perlanggaran terhadap perlembagaan persekutuan itu secara ‘head-on’. Itulah sebabnya kadangkala saya bersetuju untuk mengekalkan ‘akta hasutan’ yang sedang hebat didebatkan sekarang ini.

Lim Guan Eng selalu beretorik tentang ‘rule of law’ dan tidak henti-henti meminta semua pihak menghormati Perlembagaan Malaysia, tetapi dalam isu ini Lim Guan Eng sudah terbawa-bawa dengan perasaan prejudis terhadap Khairy atau sesiapa yang bersama dengan pandangan dan tindakan Khairy itu.

Lim Guan Eng tidak boleh menyalahkan pihak yang berusaha untuk melakukan sesuatu yang dipandu oleh Perlembagaan Negara. Jika Guan Eng masih memanggil Khairy sebagai rasis ia bermakna LGE ini sentiasa mencari peluang untuk mengkritik dan meremehkan perjuangan partinya sendiri.

Ini bukannya masalah siapa yang benar dan yang salah di antara Setiausaha Agung DAP dan Ketua Pemuda UMNO ini, tetapi ia melambangkan dan memperlihatkan apa yang ada di dalam pemikiran dan sikap seseorang pemimpin itu. Guan Eng sepatutnya tidfak menunjukan apa yang tersirat dalam pemikiran dan sikap beliau terlalu terang yang beliau mempunyai prejudis besar apabila seseorang pemimpin Melayu yang ingin menjayakan agenda Melayu yang khas diperuntukan oleh perlembagaan itu.

Dalam isu ini saya lebih cenderung untuk menyatakan yang Guan Eng lebih rasis dari Khairy kerana membawa isu rasis walaupun itu adalah isu dalam parti UMNO yang ingin mencari penyelesaian terhadap peruntukan perlembagaan negara itu.

Jika Guan Eng tidak dapat menerima pandangan blog ini ia sesungguhnya membuktikan apa yang di persepsikan oleh orang melayu kepada pemimpin ini sebagai lebih rasis dari mereka yang rasis.

Guan Eng wajar berpijak kepada bumi yang nyata, yang negara ini ada peruntukan keistimewaan orang Melayu dan memberikan perlindungan kepada rakyat yang lain. Tetapi jika isu ini pun membuatkan beliau merasa marah, maka saya ulangi, LGE ini sememangnya ada dalam dirinya sifat prejudis yang menebal terhadap orang Melayu, kerana beliau tidak mahu pun orang Melayu membincangkan dan berusaha untuk membina bangsa Melayu itu.

Sekarang ini elok Guan Eng menerima kenyataan yang beliau lah yang sebenarnya rasis. Beliau tidak mahu melihat bangsa Melayu untuk berbincang untuk kemajuan mereka.

Guan Eng perlu diberitahu yang bukan kaumnya sahaja yang mahukan kemajuan, orang Melayu pun mahukan kemajuan. Salah benar cara orang Melayu melaksanakan agendanya itu terpulang kepada orang melayu untuk belajar, walaupun terpaksa melalui berbagai rintangan untuk mencapainya.

Guan Eng wajar melakukan introspeksi pada diri beliau sendiri dari menumpukan pandangan mencari kesalahan orang lain. Saya tidak mempunyai apa-apa perasaan benci terhadap LGE tetapi sekadar mengingatkan pemimpin yang sarat dengan publisiti ini supaya lebih matang dan berhati-hati dalam membuat kenyataan beliau.

Sebagai seorang rakyat biasa, seperti juga orang ramai yang lain, saya impikan keadaan yang damai dan harmonis dalam negara yang berbilang kaum ini. Apabila keluar kenyataan seperti ini dari pemimpin utama sebuah parti besar seperti LGE ia akan membuatkan setengah rakyat merasa curiga dengan laungan beliau selama ini, iaitu laungan ‘multiracialism’ yang tiada hentinya itu.

Dengan kenyataan beliau itu tentunya telah timbul perasaan saling tidak percaya dan mempercayai di antara rakyat berbilang kaum di negara ini. Bagi Khairy teruskanlah perjuangan agenda Melayu itu jika anda berkemampuan. Saya pun, seperti ramai yang lain menantikan apakah tindakan susulan yang beliau dan pemuda lakukan selepas ini.

Khairy perlu ingat, anda telah menerima ‘testimonial’ yang baik terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan secara 'organic' dan jelas dilihat. Yang penting bagi beliau ialah untuk membuktikan yang beliau adalah berbeza dengan pemimpin-pemimpin lain dalam UMNO di barisan tertinggi parti itu.

Bertanya kepada yang tahu, dan jangan berpijak di atas awang-awangan. Berpijaklah di atas bumi yang nyata. Jadikan alam yang terbentang luas sebagai guru. Ingat, jika UMNO itu gugur anda sendiri tidak akan kemana-mana.

26 November 2014

Jangan dijadikan perhimpunan agung seperti pementasan teater percuma

Ucapan Muhyiddin dalam perasmian perhimpunan pemuda, wanita dan putri UMNO semalam telah menyentuh isu-isu penting yang agak hampir kepada masalah sebenar yang UMNO hadapi hari ini. Muhyiddin telah memaparkan isu yang benar iaitu cabaran-cabaran sebenar yang UMNO hadapi, dan ia memerlukan ‘fresh restart’ bagi parti itu untuk terus menjadi relevan untuk masa yang mendatang.

Cabaran yang dimaksudkan ialah cabaran dari kumpulan ‘liberalism’ yang kini sedang menghantui UMNO dan tekanan ini tentulah datangnya dari luar parti. Gulungan ini bercakap diatas nama ‘human rights’ dan demokrasi terbuka dan bebas. Jika dahulu isu yang dihadapi oleh UMNO ialah untuk mendapatkan imej siapa yang lebih Islam, UMNO atau PAS,  tetapi apa yang dihadapi UMNO kini bukannya lagi siapa yang lebih Islam tetapi siapa yang lebih liberal.

‘Paradigm’ yang baru yang ingin ditonjolkan oleh Melayu liberal sekarang ini  merupakan elemen yang sangat besar yang membawa kepada perpecahan UMNO dan juga PAS dan ini merupakan kemahuan dan kehendak setengah pihak untuk berlaku kerana kepentingan bangsa dan agama mereka.

Kumpulan Melayu liberal kini lebih liberal dan kesemua yang dilakukan oleh pihak nationalis dan kumpulan yang memperjuangkan untuk mengekalkan identiti Melayu itu sebagai bodoh, dan hanya mereka sahaja yang betul. Bagi gulungan ini yang menggunakan individu-individu Melayu yang kononnya professional dan liberal untuk menerjah segala apa yang dilakukan oleh UMNO dan PAS itu sebagai kuno dan tidak relevan bagi bangsa Melayu lagi.

Gulungan ini akan mengkritik apa sahaja yang dilakukan oleh pimpinan Melayu Islam dan tidak ada lagi yang betul kepada pimpinan ini. Mereka memandang rendah kepada bangsanya sendiri dan sanggup memberikan gelaran yang buruk-buruk terhadap bangsanya sendiri. Mereka sudah merasakan yang mereka sudah professional dan hebat. Mereka ini diperguna oleh pihak tertentu secara tidak sedar dan mereka ini seolah-olah ‘lebih sudu dari kuah’ semata-mata mereka mendapat pujian dari pihak yang memberikan galakan untuk merencatkan bangsanya sendiri.

Tetapi bak kata setengah pihak yang bijak pandai, ‘there must be a cause for a cause’. Semuanya ini diambil kesempatan oleh pihak yang mengaku diri mereka sebagai Melayu liberal ini adalah oleh kelemahan badan-badan politik dan pejuang Melayu itu sendiri khususnya UMNO yang memerintah sekarang ini.

Apabila UMNO menunjukan kelemahan pimpinan dengan kekurangan daya pemikiran yang membawa parti dan perjuangan sesat-barat tanpa hala tuju yang selari dengan kehendak dan perjuangan parti politik Melayu itu, UMNO menjadi ‘defensive’ dengan tekanan pihak Melayu liberal yang mahukan Melayu itu mempunyai ‘identiti baru’ itu.

UMNO seperti yang disebut oleh Timbalan Presiden malam tadi sedang menghadapi cabaran-cabaran baru iaitu untuk mempertahankan ancaman baru dari pihak yang memperjuangkan liberalism dan kebebasan demokrasi seratus peratus, bebas sebebas haiwan dihutan. Malahan haiwan dihutan itu sendiri tidak sebebas dengan apa yang dituntut oleh gulungan ini.

Kehilangan identiti merupakan permulaan kepada kehilangan satu-satu bangsa di dunia ini, kerana satu-satu bangsa itu wujud dengan identitinya sendiri. Jika hilang identiti itu maka tiada lagilah bangsa itu.

Disini lah letaknya kesalahan UMNO yang pucuk pimpinannya sudah mula mahu dan sanggup tunduk kepada pihak yang membuat tuntutan ini, sedang pihak ini tidak pun mahu memberikan ‘recognition’ tentang apa yang sudah diliberalisasikan oleh pihak yang menuntut itu. Pihak ini akan menuntut dan menuntut sehingga segala-gala yang ada kepada kita lupus segala-galanya.

Itulah sebabnya adalah mustahak dan penting seperti yang disebut oleh Muhyiddin dan ramai pemimpin Melayu yang lain yang kita perlu memulakan negara baru dan sesiapa yang membaca blog ini selalu mereka akan membaca saranan blog ini tiada hentinya untuk giat memulakan politik baru.

Kegentingan yang kita hadapi bukannya sedikit bahayanya, tetapi kita juga tahu tiada siapa di kalangan mereka yang dipertanggungjawabkan dalam Majlis Tertinggi UMNO itu tahu dan memahami apa yang sedang berlaku dan bagaimana untuk mencari penyelesaiannya.

Pandangan saya telah dikecam hebat oleh banyak pihak tetapi sekarang kita telah dibuktikan dengan keadaan itu sesungghuhnya mengancam bangsa Melayu. Jika Melayu terancam ia akan mengancam negara kerana bangsa Melayu itu merupakan bangsa yang terbesar penduduknya di negara ini.  

Apa pun yang hendak dilakukan ia mesti dan perlu mendapat persetujuan orang Melayu. Jika pihak melayu liberal ini berfikir yang mereka akan berjaya untuk merosakan identiti dan perjuangan bangsanya yang asal itu, mereka sesungguhnya bermimpi di siang hari.

Untuk memulakan perjuangan ini ia wajar dipimpin dan dilakukan oleh manusia pemimpin yang berwibawa yang lain dari yang ada, kerana yang ada ini adalah penyumbang kepada keadaan haru-biru perjuangan ini. Mereka tidak dapat mengikis imej rasuah dan imej suntuk pemikiran ini kerana untuk membina kembali masyarakat yang adil ia memerlukan dasar-dasar yang digubal setelah meneliti segala aspek dengan baik. 

Untuk melakukan ia memerlukan seorang pemimpin yang mampu memberikan pemikiran dan berwibawa kerana jika ia diberikan kepada sesiapa yang kurang dari ini perjuangan dan niat kita tidak akan tercapai.

Terutamanya Najib, pimpinan UMNO sekarang ini hanya petah bercakap dan melakukan ‘action’ diatas pentas dengan baik sahaja. Lakonan dan adegannya mudah difahami dan semua orang tahu jalan ceritanya dan bagaimana cerita dan filem lakonannya itu akan berakhir.

Kalau mengikut contoh yang terdahulu perhimpunan agung ini hanya satu pementasan ‘theater’ yang hebat. Selepas pementasan itu pelakon-pelakonnya termasuk pelakon utamanya, Najib akan kembali dengan kehidupan dan cara yang biasa baginya.

Jiwa dan sikapnya akan masih fakir dan akan melakukan apa yang beliau selama ini lakukan berbeza dengan peranan dan adegan lakonan beliau dipentas perhimpunan agung itu.

Kita ada Istana Budaya dijalan Tun Razak untuk menyaksikan pementasan teater seperti itu, tak perlu pentas yang lain.

25 November 2014

'Business as usual' selepas perhimpunan agung UMNO

Dalam taklimat tertutup dengan perwakilan UMNO semalam. Presiden parti itu telah menyebut untuk memberikan peluang yang lebih mudah bagi gulungan professional untuk menjadi ahli dengan membuat permohonan menjadi ahli. Sekarang permohonan menjadi ahli secara on-line supaya lebih ramai gulungan itu menjadi ahli dan seterusnya memperkuatkan parti untuk menghadapi rakyat dalam pilihanraya nanti.

Bagi pimpinan UMNO ini beliau memberikan sebab yang salah satu dari kelemahan parti ialah kerana kepayahan untuk menyertai UMNO selama ini.  Ini adalah cara untuk menjayakan usaha meremajakan parti dan isu ini merupakan isu yang lama. Elok kita bahaskan isu ini dengan terbuka dengan penuh kejujuran dan berpijak di bumi yang nyata.

Adakah dengan penyertaan gulungan professional ini mampu untuk memberikan lonjakan sokongan kepada parti ini setelah begitu teruk sejak dua penggal pilihanraya yang lalu. UMNO merupakan parti yang terbesar tetapi sejak sepuluh tahun dahulu parti ini telah merosot sokongan ramai terhadapnya. Jumlah ahli yang besar tidak memberikan apa-apa faedah kerana ia boleh menjejaskan dan mengelirukan parti itu sendiri.

UMNO telah keliru selama ini dan menyangkakan yang parti itu kuat kerana jumlah ahlinya yang begitu besar. UMNO ibarat tubuh yang besar tetapi terlalu banyak penyakit yang dihidapinya dan sampai kini masih tidak dapat disembuhkan.

Sejak tiga empat hari ini, banyak publisiti telah dibuat bagi membuat laporan tentang agenda perhimpunan agung kali ini yang penuh dengan perancangan dan agenda besar bagi memperkasakan parti dan kali ini tag-line nya ialah untuk meremajakan UMNO. Beginilah situasinya setiap tahun sehari dua sebelum perhimpunan agung itu tetapi keadaan tetap sama dan tidak ada perubahan dan jika ada perubahan pun ia adalah perubahan yang lebih teruk dari tahun-tahun sebelumnya.

Meremajakan parti tidak boleh membawa apa-apa kebaikan jika parti itu sudah dipandang remeh oleh rakyat ramai lebih-lebih lagi sekarang ini. Masalahnya ialah UMNO sudah tidak diyakini oleh rakyat yang ramai malahan ia juga tidak diyakini oleh sebahagian dari jumlah 3.5 juta ahli itu. Malahan dalam pilihanraya dahulu ramai ahli-ahli UMNO tidak memberikan sokongan kepada UMNO itu sendiri.

Tidak guna mempunyai ahli yang ramai dan mempunyai gulungan professional di dalamnya jika parti itu sudah tidak diyakini ramai. Seperti yang blog ini sebut UMNO sedang menghadapi krisis keyakinan yang sangat teruk dan apa sahaja yang dibuat oleh UMNO tidak lagi di hiraukan oleh orang ramai.

UMNO itu tidak diyakini kerana manusia pemimpin yang menerajui parti itu. Jika pimpinan yang sama cuba membawa perubahan tidak ada yang percaya ia akan berjaya seperti yang berlaku sebelum dan tahun-tahun yang lampau. Tidak masalah bagi parti UMNO itu, tetapi yang bermasalah ialah mereka yang memimpinnya dan sekali gus ia menjejaskan sokongan ramai terhadapnya.

Saya secara terbuka acapkali menyebut, jika parti terbesar ini masih dipimpin oleh yang ada pada hari ini ia akan gugur bersama pemimpinnya. Dan secara jujurnya apakah masalah yang sebenarnya dalam UMNO ini? Jawapannya ialah rakyat tidak mahu UMNO kerana rekod integriti kepimpinan sudah terjejas dan jika pemimpin yang sama membuat laungan untuk mentransformasikan parti, tidak siapa yang akan percaya dan meyakininya.

Orang biasa yang ramai-ramai ini tidak dapat digula-gulakan lagi kerana inilah janji-janji pemimpin kita setiap kali perhimpunan UMNO diadakan. Sekarang ini pemimpin-pemimpin yang sama sedang berjanji lagi dan adakah salah jika rakyat tidak mempercayainya lagi. Selama ini UMNO telah berjaya besar dalam menggula-gulakan rakyat tetapi kali ini rakyat tidak mahu lagi percaya dengan apa-apa tindakan pimpinan UMNO, kerana kepada mereka hasilnya adalah ‘predictable’, iaitu walhasil balik asal ‘and business as usual’.

Seperti yang blog ini selalu tekankan kekuatan UMNO bukan boleh dipulihkan dengan kemasukan bilang professional atau menambah ahli yang ramai, tetapi ialah keyakinan rakyat terhadap parti itu.

Banyak parti-parti yang berjaya di negara-negara maju tidak mempunyai ahli yang ramai tetapi ahli-ahlinya walaupun sedikit tetapi mereka adalah dari gulungan yang ‘talented’ untuk memperkayakan perjuangan parti itu. Itulah cara mereka meremajakan parti pimpinan mereka dan memerintah negara dengan aman dan damai.

Bawalah seramai mana ahli-ahli professional ke dalam UMNO selagi imej dan persepsi rasuah masih melekat dengan kuatnya kepada parti itu selagi itulah parti itu akan mengalami kemerosotan sokongan ramai. Selagi UMNO dipersepsikan sebagai parti yang dipimpin oleh mereka yang fakir jiwa, parti itu akan terus merosot sokongannya dari rakyat ramai.

UMNO sepatutnya menumpukan tenaga dan usaha untuk memulihkan penyakit dan bukannya untuk menghilangkan sakit. Memakan ubat tahan sakit sahaja tidak akan menghilangkan penyakit parti itu. Mengubati penyakit dengan menghilangkan sakit adalah dua perkara yang berlainan.

Sesungguhnya penyakit UMNO itu adalah dibatang tubuh dan daya pemikiran pimpinan dan barisannya di majlis tertinggi parti itu. Rakyat biasa memandang barisan pimpinan UMNO itu dengan pandangan yang rendah. Penyakit dalam UMNO itu merupakan penyakit yang mudah merebak. Walaupun ada pemimpin-pemimpin yang muda berada di dalam barisan pimpinan tertinggi parti itu, mereka ini juga tidak lagi efektif kerana termakan dan terpengaruh dengan budaya dan nilai kepimpinan yang lain dalam parti itu.

Kehadiran seorang dua yang muda dan berpendidikan yang tinggi dalam parti itu tidak dapat mengubah parti itu kerana parti itu dan pimpinan tertinggi parti itu tidak mempunyai roh perjuangan dan kepimpinan yang kuat dan betul. Mereka dalam pimpinan tertinggi merupakan barisan pimpinan yang keliru dan tidak memandang ke dalam untuk bertanya bagaimana mereka boleh berada ditempat yang mereka tidak sepatutnya berada.

Percayalah selagi perubahan dan tindakan untuk berubah itu masih diusahakan oleh mereka yang merosakkan parti ini, selagi itulah segala apa yang dilaungkan dalam perhimpuna besok lusa ini akan gagal dan ‘business will be as usual’.

Hanya letih berhimpun, hasilnya tidak kemana…..seperti yang berlaku diperhimpunan agung di tahun-tahun sebelumnya. Ia akan tetap sama dahulu, sekarang dan sampai bila-bila.

Kenapa lah pimpinan tertinggi parti tidak berhenti mengingati kita yang jika UMNO kalah kali ini, Melayu dan Islam akan hanyut. Kenapa mereka tidak berkata, 'kami akan mengundurkan diri agar Melayu dan Islam tidak hanyut dan dibangsatkan' di masa-masa akan datang?

Najib mesti sedar ramai muda dalam UMNO itu menghidapi penyakit tua

Dalam beberapa hari yang lepas PM Najib tidak lekang dari memberikan pandangan yang UMNO perlu di remajakan dan pemimpin yang sudah lama patut memberikan laluan kepada yang muda. Ramai di antara yang memberikan pandangan dan komen, mempunyai pendapat yang kata-kata itu adalah satu ‘signal’ dan isyarat yang beliau mahukan Muhyiddin memberikan laluan kerana di kalangan pemimpin yang memimpin kerajaan dan parti Muhyiddin lah yang tertua sekarang ini.

Dua isu yang disebut yang sedang disentuh oleh ramai secara ‘parallel’ hari ini ialah persepsi yang Muhyiddin tidak selari dengan Najib dalam banyak hal dan keyakinan ramai yang Najib mahukan Hishamudin Hussein untuk mengambil alih kepimpinan dari beliau. Bagi Najib kata setengah pendapat, Hishamudin merupakan pemimpin yang boleh menjamin beliau (Najib) boleh hidup dengan aman dan tenang sesudah bersara nanti. Samada persepsi ini benar atau salah itu masa akan menentukannya.

Tetapi yang saya hendak sentuh bukan isu Muhyiddin atau mana-mana di kalangan pimpinan UMNO dalam Majlis Tertinggi itu tua atau muda dari segi umur dan usia mereka, tetapi kita lihat mereka mendefinasikan yang muda itu adalah dari segi umur dan usia itu sahaja. Parti mungkin dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang muda dari segi umurnya, tetapi parti itu tetap sebuah parti yang mempunyai penyakit seperti penyakit orang tua.

Jika pun Hishamudin diusahakan untuk mengambil alih kepimpinan parti sekali pun, adakah ia pasti UMNO itu tidak menghidapi penyakit tua nya? Adakah persepsi rasuah yang melekat kuat kepada UMNO itu akan hilang jika Hisham mengamboil alih walaupun Hisham itu masih muda terang tang tang. Saya rasa Azeez Rahim masih muda tetapi adakah negara akan selamat jika Azeez diberikan tempat utama untuk menjaga negara dan rakyat diserahkan masa depan nya kepada Azeez misalnya?

Ramai pemimpin dalam Majlis Tertinggi sekarang ini masih muda tetapi remaja kah UMNO itu jika diserahkan kepimpinan negara kepada mereka. UMNO tetap akan menghidap penyakit tua nya jika di antara mereka-mereka yang muda-muda dalam Majlis Tertinggi UMNO itu memimpin negara.

Apakah yang tua nya dalam UMNO itu? Tua nya UMNO itu ialah dari segi penyakit terminal yang sedang mereka hadapi. Apakah penyakit tua yang sedang UMNO hadapi itu? Penyakitnya ialah penyakit sudah lemah daya pemikiran dan lemah dalam mentadbir rakyat dan negara. Rasuah itu merupakan penyakit ‘terminal’ yang tidak lepas dari UMNO kerana rasuah itu sudah menjadi budaya yang tidak lagi salah untuk dilakukan oleh pemimpin UMNO sekarang ini.

Lagi satu penyakit yang dihidapi oleh UMNO sekarang ialah mereka sudah hilang ingatan tentang bagaimana pimpinan terdahulu membina parti itu. Mereka sudah tidak dapat membezakan di antara tangan kanan dan tangan kiri. Yang mana satu yang baik dan yang buruk dilakukan oleh pimpinan dahulu pun sudah tidak mereka ketahui lagi. Fikiran pimpinan UMNO dalam Majlis Tertinggi walaupun ada yang muda seolah-olah sudah mengidap penyakit terencat akal.

Lepas satu isu dan skandal timbul akan datang lagi satu isu dan skandal besar yang akan berlaku dihadapan mata rakyat. Pemimpin-pemimpin muda termasuk memainkan peranan dalam skandal-skandal besar yang dilakukan oleh UMNO itu, setidak-tidaknya mendiamkan diri dan membiarkan ia berlaku kerana kepentingan masa depan peribadi mereka.

Oleh itu kita bertanya kepada Najib, siapa kah pemimpin muda yang beliau hendak cari itu? Apakah definasi muda dan remaja yang beliau maksudkan itu? Bukan kah Majlis Tertinggi itu sarat dengan mereka yang berpenyakit tua seperti disebutkan tadi? Siapa yang tua dan siapa yang muda yang anda maksudkan itu?

Apakah ‘testimonial’ secara organik kepimpinan terhadap negara yang ada dikalangan pimpinan Majlis Tertinggi sekarang ini. Apakah jasa kepada negara yang mereka telah buktikan selain dari membawa negara ketahap sekarang ini?

Meremajakan negara bukannya dipandang dari sudut umur. Meremajakan negara dan kerajaan itu ialah membawa negara dan politik kepada ‘ambience’ yang baru yang lebih ‘pragmatic’ dan berdiri di atas bumi yang nyata yang sesuai dengan keperluan negara kita yang unik ini. Rakyat sudah loya dengan situasi politik sekarang ini yang amat membimbangkan kita semua.

Lagi pun yang muda tidak semestinya mempunyai ‘attribute’ orang tua. Tua atau muda itu bergantung kepada keadaan organ-organ dalam tubuh mereka. Ramai yang masih muda telah menghidapi penyakit kencing manis dan tidak berupaya untuk berfikir dengan betul. Ramai yang masih dibawah enam puluh tahun umurnya sudah hilang keseluruhan kekuatan fisiknya kerana lemah jantung, kerana jantungnya sudah tua dan tidak berfungsi dengan baik.

Ramai yang masih muda tidak mempunyai buah pinggang yang baik lagi kerana buah pinggangnya sudah tua walaupun tubuhnya masih muda. Walaupun mereka muda tetapi banyak organ-organ dalam tubuh mereka sudah terlalu tua dari tubuh mereka dan itu pun sebabnya kita melihat ramai yang mati sebelum tua. Itu semua kerana kerosakan organ-oragan mereka.

Di sebaliknya ramai yang sudah berusia masih mempunyai organ-organ yang muda terutamanya otak dan pemikiran mereka. Walaupun  sudah berusia, gigi mereka masih penuh dan boleh berenang dengan baik. Pendeknya yang patut di pandang ialah organ-organ dalam tubuh mereka. Mampukah organ yang terpenting iaitu otak dan pemikiran mereka tidak lemah.. atau mana-mana organ yang lain yang tidak berfungsi dengan baik?

Bukan sedikit di kalangan yang muda terpaksa dilakukan pembedahan kerana ada organ-organ yang sudah rosak walaupun masih muda. Ada yang terpaksa membuat ‘bypass’ kerana saluran darah mereka sudah tersumbat kerana terlalu banyak makan yang lemak-lemak dan makan terlalu banyak. Bukan gitu?

Kita perlu cari pemimpin yang masih muda daya pemikiran mereka dan lebih bertanggungjawab kepada ramai dan negara. Ramai pemimpin-pemimpin muda dalam UMNO sekarang ini akan menjadi tua apabila menyertai UMNO dengan mengamalkan cara tua UMNO sekarang ini.

Elok diadakan debat perdana tentang isu muda dan tua yang disebut oleh Najib ini kerana beliau hanya melihat dari segi dan sudut umur dan usia sahaja. Beliau seolah-olah memberitahu kita untuk UMNO selamat wajar pemimpin yang muda tanpa mengira samada mempunyai ‘wisdom’ atau pun sebaliknya.

Kita perlu lihat dari sudut penting yang lain dalam usaha meremajakan negara. jangan memilh yang muda semata-mata untuk diperguna menutup segala kekotoran dan noda yang kita telah lakukan.

Memilih darah daging sendiri untuk menggantikan kita ini perlu dihentikan. Negara ini bukan keluarga mereka yang punyai. Negara ini dipunyai oleh semua rakyat.

23 November 2014

Kita tunggu hasil Konvensyen Perpaduan Nasional

Saya dijemput menghadiri konvensyen Perpaduan Nasional yang berlangsung di Pusat Islam pagi tadi. Saya berminat untuk menghadiri majlis perasmian yang dilakukan oleh Tun Hamid Mohamad, bekas Ketua Hakim Negara yang menggantikan Tun Mahathir yang tidak berkesempatan hadir kerana sedikit gangguan kesihatan.

Sebagai seorang yang bersama dengan rakyat ramai yang sedang dalam pencarian saya menerima jemputan itu untuk mendengar ucapan-ucapan bagi meneruskan tindakan pencarian yang sedang dilakukan oleh orang ramai dan saya berpendapat acara pagi tadi yang dihadiri oleh perwakilan 85 NGO dari seluruh negara itu. mungkin boleh memberikan input yang betul dan tepat bagi memahami masalah-masalah sebenar yang dihadapi oleh rakyat yang ramai ini. Saya mahu meneruskan pencarian saya dalam isu negara yang kita sama-sama cintai ini.

Ucapan utama yang disampaikan oleh Tun Hamid Mohamad bagi saya amat benar, hanya media massa alternatif sahaja tidak menyiarkan segala kata-kata yang beliau sampaikan kerana hendak menyampaikan berita berat sebelah untuk setengah pihak sahaja. Niat masing-masing terpulang kepada kehendak masing-masing dan biarkan sahaja keadaan akan menentukan niat mereka sebenarnya.

Dua asas yang terpenting yang disentuh dalam ucapan utama Tun Hamid, ialah masalah keselamatan dan kedudukan orang Melayu dan dalam masa yang sama Tun Hamid juga mengkritik kelemahan-kelemahan pimpinan sekarang. Bagi Tun Hamid, jika pimpinan sekarang tidak melakukan pengorbanan dan bertindak mendahului orang melayu yang mereka pimpin sekarang ini, mereka sendiri akan berakhir nyawa dan kekuatan politik mereka bersama dengan parti yang mereka pimpin hari ini.

Isu ini sudah pun di sentuh oleh blog ini dalam postingnya semalam dan apa yang dinyatakan oleh Tun Hamid pagi tadi selari dengan pandangan posting saya semalam. Jika di nilai dari isi yang mendalam dalam ucapan Tun Hamid pagi tadi, beliau hanya mahukan pimpinan dan parti yang memerintah sekarang ini berubah dan yang terbaik ialah untuk berkorban dan melakukan apa sahaja yang perlu untuk menyelamatkan orang Melayu dan rakyat negara ini amnya.

Bagi konvensyen itu, pimpinan hari ini tidak ada jalan lain selain dari melakukan transformasi bukan sahaja dengan slogan besar-besar, tetapi dengan menilai kemampuan pimpinan sendiri untuk terlibat untuk dalam perubahan itu.

Konvensyen itu telah membuat satu ‘conclusion’ yang masalah yang dihadapi oleh pimpinan hari ini ialah masalah imej dan persepsi ramai terhadap pimpinan kerajaan hari ini. Masalah persepsi itu ialah imej rasuah yang melekat terhadap UMNO dan BN yang susah untuk dibersihkan. Imejnya ialah rasuah itu UMNO dan UMNO itu adalah rasuah.

Banyak negara dan pimpinannya merasakan yang mereka mampu untuk bertahan dengan imej buruk itu, tetapi mereka tidak melihat bagaimana banyak negara telah jatuh kerajaannya kerana rasuah yang tidak dapat dikawal. Masa untuk UMNO itu jatuh kerana rasuah ini sudah hampir tiba kerana isu rasuah ini sudah begitu lama melekat kepada BN khususnya kepada UMNO.

Rasuah ini merupakan satu ketagihan yang sukar di ubati. Maka adalah tidak menasabah untuk meminta dan menyerahkan usaha pembaik pulihan itu dilakukan oleh pimpinan hari ini. Ia hanya boleh dilakukan oleh pemimpin yang tidak terlibat dengan rasuah. Ia tidak boleh diganti dari kalangan pimpinan yang lain dalam barisan yang sama kerana mereka dalam kabinet itu juga bertanggungjawab kerana segala keputusan kabinet itu merupakan keputusan bersama atau apa yang di sebut sebagai ‘collective responsibility’.

Jika hendak melakukan perubahan ia mesti ‘nothing less than all cabinet members to resign and to give way for new line of cabinet members led by a new viable and a leader with astounding integrity and towering nobility ’. Kurang dari itu tidak ada siapa yang boleh menjamin UMNO itu boleh membersihkan imej kotornya yang telah terabai sebegitu lama kerana rasuah dan menyalahgunakan kuasa itu sudah dibudayakan dalam sistem kepimpinan kita.

Kerajaan itu sinonim dengan orang dan politik Melayu dan jika kerajaan mempunyai imej buruk itu ia secara ‘direct’ melambangkan orang melayu sebagai kaum yang buruk perangai dan budaya nya yang tidak sesuai dengan kemahuan waktu dan zamannya sekarang ini.

Adalah wajar bagi barisan pimpinan sekarang untuk berunding sesama sendiri untuk memulakan langkah berundur itu. Mereka terpaksa menerima hakikat yang mereka sudah tidak boleh menjaga negara dengan betul dan jika tidak dilakukan ia akan hanya membawa parti mereka bersama tersungkur bersama mereka.

Pimpinan  sekarang sudah lupa yang mereka bukan sahaja bertanggungjawab kepada orang Melayu tetapi juga terhadap semua rakyat berbilang kaum bagi mencapai cita-cita yang ‘ultimate’, iaitu perpaduan kaum dan hidup bersama-sama dalam situasi kasih mengasih di antara satu dengan lain.

Kita sudah sampai merasakan kejemuan dengan masing-masing bangsa mengkritik sesama sendiri dan jika perlu dikekalkan akta-akta yang penting seperti akta hasutan dikekalkan dan mengembalikan kewujudan ISA, ia perlu dilakukan kerana nampaknya permainan isu rasis yang merbahaya sudah tidak ada kawalan lagi.

Konvensyen Perpaduan Nasional wajar mengemukan usul supaya isu ini menjadi asas yang penting dalam membuat keputusan konvensyen ini. Tidak payah gusar dengan apa yang dikatakan oleh mana-mana pihak kerana kepentingan perpaduan negara adalah lebih penting dari segala-galanya.

Usul-usul yang diterima dalam isu ekonomi, keselamatan dan isu sosial negara juga merupakan isu penting dan wajar disokong untuk negara walaupun ia mungkin tidak memberikan faedah kepada individu yang berkepentingan.

Jika disiplin ini dapat dilakukan barulah boleh dikatakan rakyat didahulukan seperti yang diwar-warkan setiap hari dan waktu.

UMNO: Tepuk dada tanyalah selera

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui yang UMNO dalam keadaan kritikal dan mempunyai peluang untuk ditolak rakyat jika tidak melakukan pembetulan dan perubahan. Pandangan ini merupakan pandangan yang jujur dan saya menyertai pihak ramai yang menyambut pandangan TS Muhyiddin ini secara terbuka itu.

Muhyiddin menyebut tentang perbezaan dahulu dan sekarang dalam UMNO, terutamanya perbezaan dipihak Pergerakan Pemuda parti. Pemuda dilihat begitu senyap seolah-olah UMNO tidak mempunyai masalah dan keadaan ini sudah berlaku sejak beberapa lama dahulu. Muhyiddin sedar yang Pemuda UMNO dulu-dulu nya sangat berani dan sensitif terhadap isu yang berada di depan mereka yang mereka tidak akan teragak-agak untuk menyuarakannya secara terbuka.

Malahan Pemuda telah berani menukar pimpinan yang mereka anggap sebagai tidak bermaya pada tahun 1976 dahulu dalam mana mereka telah menonjolkan Jaafar Albar sebagai Ketua Pemuda nya walaupun Syed Jaafar Albar telah berusia 62 tahun semasa itu. Pemuda berani bertindak dan maju ke depan apabila mereka tidak berapa setuju dengan Hussein Onn dalam beberapa isu penting termasuk isu Dato Harun Idris. Pemuda menganggap tindakan Hussein terhadap Harun Idris semasa itu sebagai satu tindakan penganiayaan politik terhadap Ketua Pemuda semasa itu..

Pemuda mempunyai suaranya sendiri dan apa yang disebut oleh Muhyiddin itu ada kebenarannya. Pemuda sekarang tidak boleh dibandingkan dengan pemuda zaman Harun Idris atau zaman Suhaimi Kamarudin dan Jaafar Albar yang dianggap sebagai singa UMNO itu. Saya kira Pemuda sekarang bukan tidak pandai tetapi mereka telah terperangkap dengan budaya menjadi jurucakap UMNO induk. Pemuda sekarang lebih mempertahankan pucuk pimpinan dari mempertahankan orang Melayu dan ahli-ahli UMNO dibawahan.

Jika diberitahu pun pimpinan pemuda Umno sekarang ini, mereka akan menganggap kita ketinggalan zaman kerana pada mereka yang mengikut zaman ialah dengan mempertahankan pucuk pimpinan walaupun pucuk pimpinan itu melakukan dosa dan noda terhadap ahli-ahlinya serta orang melayu dan rakyat amnya. Pemuda sekarang hanya melakukan gerak kerja parti dengan mengampiri ahli-ahlinya tanpa sebarang gerak kerja dan program yang mempunyai hubung kait dengan Pemuda.

Pemuda zaman dahulu mempunyai ‘consequence’ yang besar terhadap politik negara khususnya orang-orang Melayu. Pemuda UMNO di zaman Datuk Harun merupakan agen perubahan besar terutamanya dalam proses memperbandarkan orang Melayu, kerana sebelum berlakunya 13 Mei 1969 dahulu jumlah penduduk orang melayu dibandar-bandar besar di negara ini amat kecil.

Hasilnya kita telah melihat dengan jelas yang orang Melayu mempunyai pengaruh besar dibandar-bandar kerana kita boleh melihat di Kuala Lumpur sahaja kita mempunyai ahli-ahli legislatif persekutuan dari kaum Melayu dan dari UMNO. Sebelum itu ia merupakan pemimpin disiang hari sahaja untuk melihat wakil orang Melayu di Dewan Legislatif dari Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar di negara ini.

Pemuda di suatu zaman dahulu merupakan agen bagi mempastikan perlaksanaan dasar kerajaan itu dilaksanakan dengan betul. Dalam perlaksanaan dasar untuk mengimbangi bilangan bumiputra dalam bidang aktisad semasa itu Pemuda UMNO telah turun padang untuk mempastikan semua syarikat-syarikat awam dan korporat besar mengadakan program menambah bilangan penyertaan orang Melayu dalam tahap pengurusan sekarang-kurangnya 30 peratus itu terlaksana dengan baik.

Maka telah banyak syarikat-syarikat bertindak mengadakan 'management trainees' untuk membawa bumiputra yang terlatih dalam bidang iktisad dan separa iktisad untuk menjalani latihan dalam pengurusan yang akhirnya di serap dan berkerja dalam syarikat-syarikat tersebut. Maka kita telah melihat begitu cepat dan bercambahnya anak-anak muda yang telah diberikan peluang untuk berada di tahap pengurusan syarikat-syarikat awam semasa itu.

Tetapi dasar itu telah terabai dan pemuda UMNO pula tidak nampak isu ini sebagai isu besar untuk mereka ketengahkan dan disebaliknya mengambil jalan mengkritik pihak-pihak swasta sebagai penjenayah yang prejudis terhadap bangsa Melayu. Sesungguhnya ‘respect and recognition has got to be earned’. Pemuda di zaman itu sangat dihormati atau digeruni oleh semua pihak kerana mereka semasa itu mempunyai kurang agenda peribadi masing-masing selain dari untuk melihat orang melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

Jadi bagaimana kah Muhyiddin hendak membetulkan keadaan ini kerana mengkritik pemuda UMNO itu dianggap sebagai jenayah kepada orang Melayu. Pemuda sekarang lebih seronok mendapatkan ‘amusement’ dari pengampu dan ‘sycophants’ disekiling mereka.

Mahu tidak mahu kita perlu mengakui yang rasa hormat kepada kepimpinan sangat rendah malah pimpinan hari ini sedang berhadapan dengan krisis keyakinan yang amat serius. Itu sebabnya segala perancangan yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan pimpinan hari ini sudah di persepsikan sebagai slogan kosong yang tidak akan pergi kemana-mana.

Malahan segala dasar-dasar yang dikatakan oleh Najib dan barisan pimpinan beliau sebagai dasar-dasar transformasi itu tidak mendapat kejayaan semuanya. Tidak ada pihak yang yakin lagi terhadap segala pengumuman dasar-dasar yang baru yang dibuat oleh pimpinan kerajaan hari ini kerana semuanya itu sudah mempunyai hasil yang ‘predictable’, iaitu kegagalan.

Malahan sudah ramai yang berpendapat ‘if we want to break the country continue giving the job to the current leaders. If we want to break it further let them fix it back’.

Justeru apa yang dikatakan oleh Muhyidin itu betul dan benar. Kali ini mungkin barisan kepimpinan hari ini akan jatuh dan membawa kejatuhan UMNO bersama mereka. Mereka masih tidak rela untuk turun dan meninggalkan UMNO dalam keadaan selamat.

Jika mereka jatuh mereka mahukan UMNO itu jatuh sekali. Susah untuk mengeluarkan pandangan ini, tetapi apakan daya ia merupakan kebenaran, dan jika kita mahu melihat kebenaran dengan apa yang saya sebutkan ini, berikanlah pimpinan hari ini terus memimpin. Selepas pilihanraya nanti kecenderungan UMNO akan menjadi sejarah itu adalah besar.

Tepuk dada tanya selera.

18 November 2014

1MDB: Najib dan barisannya patut berundur atau diundurkan 'instantaneously'

Perhimpunan agong UMNO kali ini merupakan perhimpunan agong yang sangat dinanti-nantikan oleh orang ramai, bukan sahaja oleh ahli-ahlinya. Rakyat mahu tahu dan melihat apakah perbezaan yang boleh dilihat dalam perhimpunan itu kali ini. Persoalannya adakah UMNO akan menunjukan ‘seriousness’ untuk menangani masalah kereputan parti itu atau pun perhimpunan agong itu akan hanya seperti lazim kita lihat, dalam mana pemimpin-pemimpinnya akan bercakap dengan nada yang tinggi ibarat hala-lintar dan bergegar-gegar yang di selangi oleh lawak-lawak jenaka bodoh oleh pelawak yang datang dari seluruh negara.

Banyak resolusi dan ketetapan telah diambil dalam perhimpunan-perhimpunan yang dulu-dulu tetapi parti itu seperti biasa, semakin hari semakin lusuh seolah-olah tidak bermaya untuk melakukan apa-apa untuk menunjukan perubahan dan perbezaannya.

Adakah perhimpunan kali ini masih seperti perhimpunan yang terdahulunya dengan lawak jenaka yang tidak henti-henti dengan pemimpin di atas pentas ketawa besar yang boleh dilihat dalam akhbar-akhbar pemimpin-pemimpinnya ketawa terbahak-bahak dengan menepuk tangan diatas kepala masing-masing?

Adakah perhimpunan seperti dahulu juga, yang tiada mempunyai ‘substance’ yang boleh membawa perbezaan dari sekarang ini, dan hanya pentas tempat Presidennya berucap bergegar-gegar bagi mengalihkan pandangan ramai terhadap isu-isu besar yang sedang melanda negara?

Jika benar perhimpunan agong itu membawa perubahan kepada parti, kenapa hari demi hari parti itu reput dan ia bertambah lemah dan tidak bermaya menghadapi keadaan dunia yang kian berubah ini?

Jika perhimpunan ini benar-benar menjadi premis dan lonjakan kepada imej parti, kenapa UMNO itu bertambah buruk persepsinya dipandangan rakyat dan parti itu sudah sinonim dengan rasuah? Rasuah dan UMNO itu adalah ibarat aur dengan tebing, saling memerlukan diantara satu dengan lain. Tanpa rasuah UMNO itu tidak dapat kekal dan tanpa UMNO rasuah itu tidak akan berkembang dan berbagai-bagai lagi persepsi buruk yang menghimpit UMNO kini.

Bolehkah perhimpunan kali ini menyatukan ahli-ahli dan pemimpin mereka kerana seperti yang kita ketahui mereka hanya bersatu semasa menyanyikan lagu UMNO itu sahaja. Perhimpunan agong parti itu selama ini hanya merupakan acara pementasan tahunan dan setiap perwakilan akan kembali tanpa apa-apa perubahan dari sikap dan nilai pimpinan mereka sahaja.

Kali ini rakyat mahu tahu, sejauh mana seriusnya UMNO untuk menyelesaikan masalah 1MDB misalnya. Kali ini rakyat yang tahu apa yang berlaku dengan 1MDB itu. Selebar manakah ‘variation’ di antara apa yang diketahui umum tentang 1MDB ini dengan apa yang bakal disebut dan dijawab  oleh pimpinan parti itu dalam perhimpunan itu.

Apakah asas-asas yang mewajarkan usaha kerajaan untuk menyenaraikan syarikat yang paling ‘controversial’ itu di Bursa Saham Kuala Lumpur sedangkan semua tahu yang 1MDB itu mempunyai ‘equity value’ yang sangat rendah. Kita mahu tahu segala-galanya kerana ramai yang berpendapat isu 1MDB ini merupakan isu yang akan membawa pentadbiran Najib ke arah kehancuran yang tidak mungkin mampu mendapatkan ‘mitigations’ yang betul dari tindakan pemimpin yang ‘deceitful’ seperti Najib dan rakan-rakan yang menyokong beliau.

Saya bersetuju dengan pandangan ramai yang 1MDB ini akan menentukan masa depan kepimpinan Najib kerana pelaburan 1MDB dalam bidang ‘equity’ ini merupakan pelaburan yang tersangat tinggi risikonya dan ia hanya mampu dan sesuai dengan sesiapa yang bersedia dan berkesanggupan untuk menghadapi kehilangan seluruh pelaburannya.

Inilah yang di ceburi oleh kerajaan kita dan tentunya ia di sebabkan kepentingan besar individu berkuasa hingga sanggup menceburi bidang pelaburan yang hampir pasti akan merugikan rakyat yang akhirnya akan menanggungnya seratus peratus semua kegagalannya itu.

Saya mempunyai sedikit  minat untuk menulis tentang isu ini, kerana ingin memberikan keyakinan apa yang saya bakal tulis itu akan menjadi kenyataan dan kita semua akan menjadi mangsa ‘devilish leaders’ yang kita ada hari ini.

1MDB ini merupakan ‘financial scandal’ yang terbesar dalam sejarah negara dan jika ada pimpinan di masa depan berhajat untuk melakukan ‘scandal’ besar pun ia tidak akan sebesar apa yang sedang dilakukan oleh 1MDB ini. Sesungguhnya mereka (barisan kepimpinan) yang duduk berhadapan dengan ribuan perwakilan dalam perhimpunan agong nanti adalah mereka yang bertanggungjawab menjahanamkan negara dan rakyat pimpinan mereka.

Kita lihat nanti dalam perhimpunan agong UMNO samada perwakilan yang hampir lima ribu orang itu akan sanggup menyentuh isu ini dengan betul dan memahami yang mereka sedang berhadapan dengan barisan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab diatas isu ini, duduk betul-betul di (high table) dihadapan mereka nanti.

Kita akan memerhati situasi dalam perhimpunan agong tahunan UMNO, parti yang kian reput dari hari ke hari itu.

17 November 2014

Jika tidak ada penyelesaian, tiada siapa yang akan bercakap tentang UMNO selepas pilihanraya nanti

Untuk memenangi pilihanraya yang akan datang merupakan isu terbesar dikalangan pimpinan UMNO di semua peringkat. Berbagai-bagai kenyataan didengari yang datang dari pemimpin setiap peringkat bagi memberikan pandangan dan cadangan bagaimana UMNO boleh mempertahankan kuasa dalam pilihanraya yang akan datang, terutamanya di negeri-negeri yang telah jatuh ke tangan pihak pembangkang.

Yang terbaru ialah penekanan Tajudin Abd Rahman, Ahli Majlis Terrtinggi UMNO yang meminta Najib menukar pimpinan peringkat negeri yang tidak berfungsi dengan baik, yang tidak mampu mempertahankan kekuatan UMNO atau untuk mengambil alih kerajaan-kerajaan negeri yang telah berada di tangan pembangkang itu.

Ini merupakan cadangan yang amat merumitkan kerana jika ditukar pimpinan UMNO negeri-negeri itu satu persoalannya ialah, siapa yang hendak menggantikan pimpinan yang ada sedangkan semuanya adalah dalam kategori yang sama. Menggantikan dengan pimpinan yang lain dalam sesebuah negeri itu tidak akan merubah apa-apa kerana mereka mempunyai budaya yang sama.

Malahan ia bukan sahaja bermasalah diperingkat negeri-negeri, masalah ini juga adalah masalah yang besar diperingkat persekutuan dan tidak ada siapa yang boleh mengganti sesiapa jika dilihat dan dicari dikalangan pimpinan dalam Majlis Tertinggi parti itu. Apa yang disuarakan oleh Tajuddin itu betul, sebetul-betulnya tetapi apa yang Tajudin tidak boleh menjawabnya ialah siapa di kalangan mereka yang boleh menggantikan pimpinan negeri-negeri dan persekutuan itu.

Jika di Perak itu UMNO lemah dibawah pimpinan yang ada Tajudin sendiri tentunya tidak mampu untuk membetulkan keadaannya kerana Tajudin juga merupakan pemimpin yang berbudaya yang sama seperti yang ada. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Perak tetapi juga di negeri-negeri lain dan persekutuan.

Sesungguhnya UMNO sudah kosong dalam hal kepimpinannya dan tidak mungkin boleh melakukan perubahan keatas parti itu lagi. Yang ada kepada UMNO hanyalah pemimpin yang mempunyai kuasa kerajaan yang telah menghilangkan roh dan dan perjuangan serta tidak lagi mempunyai jiwa perjuangan seperti yang telah digariskan oleh parti itu.

Masing-masing pemimpin dalam negeri-negeri dan persekutuan itu menyalahkan sesama sendiri tanpa keupayaan menyelesaikan masalah-masalah yang mereka hadapi. Mereka merasakan yang mereka sedang berada dihujung tanduk tetapi mereka tidak terjumpa formula penyelesaiannya selain dari menyalahkan sesama sendiri.

Teringat pula cerita pergaduhan diantara ‘ayam dengan kambing’ Kambing menyalahkan ayam kerana ayam walaupun cantik dengan bulu dan balongnya yang lawa tetapi ayam tidak berkasut dan tidak lengkap sifatnya. Ayam pula membalas yang kambing itu apa kurangnya. Walaupun kambing berkasut dan cantik bulunya dan tanduknya tetapi kambing jantan itu tidak ada rasa malu, kerana menunjukan telurnya yang berbuai-buai itu kepada khalayak ramai.

Akhirnya kedua-dua ayam dan kambing itu akan disembelih dan dimakan oleh manusia yang kelaparan. UMNO juga begitu, akhirnya nanti UMNO itu akan jatuh dan akan dipandang seperti sampah ditepi jalan yang tidak akan ada yang mengambil perhatian lagi.

Pendeknya UMNO sudah sampai ketahap tidak menjumpai jalan penyelesaiannya lagi. UMNO wajar mencari seorang yang boleh mencari penyelesaian kepada isu besar parti ini dan juga kepada masalah-masalah negara yang terlalu besar dan berat untuk diselesaikan. Penyelesaiannya hanya akan mampu dilakukan oleh seorang pemimpin yang tidak mempunyai kontroversi dan dihormati oleh semua pihak.

UMNO terpaksa mencari pemimpin luar dari Majlis Tertinggi bagi proses pencarian jalan untuk mengekalkan UMNO dalam kerajaan. Jika pimpinan UMNO di setiap peringkat benar-benar jujur dan serius untuk melihat partinya terus relevan maka itulah caranya yang ada untuk mencapai matlamat itu.

Tidak mungkin  UMNO boleh kekal dengan BRIM nya kerana itu juga adalah rasuah terbesar terhadap rakyat untuk mengekalkan kerakusan kuasa pimpinan hari ini. Bak kata Tun Dr Mahathir, BRIM merupakan rasuah yang tidak ada tolok bandingnya yang dihalalkan oleh kerajaan kerana kelemahan pimpinan parti itu sendiri.

Barisan pimpinan hari ini tidak akan membawa UMNO kepada ‘lubang kubur’ yang dalam dan apabila ianya terjadi UMNO tidak akan mampu bangun lagi. Ia terbukti di Selangor. UMNO di negeri itu dianggap seperti ‘kucing kurap’ oleh rakyat Selangor.

Pemimpin-pemimpinnya terus mendiamkan diri kerana mengalami luka dan kecederaaan dan sedang menumpukan masa menjilat luka-lukanya sendiri. Pemimpin hari ini sanggup dan merelakan partinya hancur semata-mata mahu mengekalkan kuasa dan rakusnya itu.

Najib dan pimpinan hari ini mungkin merupakan pemimpin UMNO yang terakhir dalam kerajaan jika tidak berani dan mempunyai kudrat untuk berundur dan berkorban untuk parti yang telah menaikan beliau dan rakan-rakan mereka sekarang ini.

Tidak ada siapa yang mengambil perhatian terhadap kata-kata dan tindakan Najib sekarang ini selain dari mereka yang mendapat laba yang masih menyokong beliau.

UMNO sedang menghadap penyakit tua, hanya pandai bengis dan marah-marah dengan semua pihak kerana pemikiran dan tubuh mereka sudah tidak lagi berfungsi seperti biasa. Sesungguhnya kepimpinan Najib sedang menghampiri ‘brain death’ yang hanya mampu kelu dan tidak berfungsi lagi walaupun masih belum diisytihar mati secara resminya.

Ianya hanya hidup diatas ‘life support’ yakni hanya kuasa-kuasa yang masih ada sebagai parti yang masih dalam kerajaan. Jika ‘life support’ ini dicabut maka matilah ia. Satu lagi ‘life support’ yang ada ialah kerana kelemahan Pakatan Rakyat yang dalam ‘as good as dead’ sekarang ini.

Pandai-pandailah mencari pemimpin yang secocok untuk membawa perubahan dan membawa politik negara ke situasi yang baru dan meyakinkan. Ingat kepada janji Tuhan, yang selagi masih ada manusia yang berzikir kepadaNya walaupun seorang, dunia masih tidak akan kiamat.

Jika UMNO bersedia untuk berubah dan memberikan sokongan kepada sesiapa yang masih mempunyai pengalaman dan kemampuan untuk membawa perubahan itu, UMNO akan masih kekal dan menjadi relevan. Tanpa melakukannya UMNO akan kiamat.

12 November 2014

Melayu mana yang menjual agama dan bangsa seperti yang dituduh Hishamudin itu?

Hishamudin Husein berkata semalam yang UMNO sedang menghadapi musuh dari segelintiran pemimpin Melayu sendiri yang sanggup menggadaikan agamanya, bangsanya serta rajanya semata-mata kerana kerakusan kuasa dikalangan segelintir pemimpin Melayu ini. Naib Presiden UMNO itu tidak pula menyebut nama-nama yang beliau maksudkan itu tetapi kenyataan ini melambangkan keresahan UMNO yang pimpinan mereka sedang berhadapan dengan permainan bayang-bayang mereka sendiri.

Bayang-bayang mereka sedang menakutkan mereka sendiri dan sekarang sedang merapek dan meroyan kerana ketakutan itu. Menuduh mana-mana pihak menggadaikan agama, bangsa dan Rajanya sendiri itu tidak sepatutnya diarahkan kepada mana-mana pihak kerana tuduhan-tuduhan Hishamudin itu sepatutnya diarahkan kepada UMNO itu sendiri, bukannya kepada pihak-pihak lain.

Biar kita berterus terang, dan mari kita bertanya kepada Hishamuddin, apa yang tidak dilakukan oleh UMNO dan pimpinan sekarang yang menafikan mereka tidak menggadaikan maruah bangsa, agamanya dan Rajanya sendiri seperti tuduhan Hishamudin terhadap pihak lain, yang beliau sahaja yang tahu siapa yang beliau maksudkan itu.

Wajar diberitahu Hishamudin yang membiarkan atau melakukan rasuah itu adalah menggadaikan agama. Apa tidaknya, kerana rasuah itu amat dibenci oleh agama, mana-mana agama sekali pun, tetapi itulah yang sedang berlaku dalam kerajaan seolah-olah tidak ada cara untuk mengawalnya lagi. Malahan inilah isunya yang telah membawa imej negara ini sebagai salah sebuah negara yang mana rasuah itu adalah berluas-luasa. Rasuah itu merupakan tindakan ‘head-on’ dengan kemahuan dan nilai agama suci Islam kita ini.

Yang ingin mengambil alih kuasa dari beliau itu mungkin ada sebabnya, tetapi usaha beliau untuk mengekalkan kedudukan walaupun beliau sudah ternyata tidak mampu untuk menyelesaikan dan membina roh kepimpinan politik beliau dan rakan-rakan beliau itu juga adalah usaha yang tidak bermoral. Mengekalkan kuasa dengan apa cara walaupun beliau sememangnya wajar berhenti itu, merupakan penggadaian moral agama sebenarnya.

Tidak mungkin beliau dan rakan beliau boleh menyalahkan pihak atau individu lain kerana rakus kuasa sedangkan beliau dan rakan-rakan dalam kabinet itu sendiri begitu rakus untuk mengekalkan kuasa walaupun dari sudut moralnya beliau berada dalam sebuah pentadbiran yang telah gagal dalam semua bidang. Jika ada pun dikalangan pimpinan Melayu yang ingin mengambil alih kepimpinan Melayu dari dipegang oleh pemimpin seperti Hishamudin, ia merupakan satu tuntutan moral yang tinggi bagi mengelak negara terjerumus ke lembah kehinaan.

Yang pentingnya negara mesti diperkemaskan dan moral pentadbiran mesti dipertingkat dan roh kepimpinan politik dan kerajaan wajar di transformasikan secepat yang mungkin. Pimpinan hari ini telah mengumumkan berbagai-bagai dasar yang tidak difikirkan dengan teliti dan hampir kesemuanya yang di umumkan itu berakhir dengan kegagalan dan tidak membawa apa-apa kebaikan, sebaliknya ketirisan dan rasuah serta salah laku pimpinan dan kerajaan tetap berlaku tanpa ada pihak yang ingin memperbaikinya.

Skandal kewangan berulang-ulang dan setiap skandal yang berlaku itu lebih besar dari apa yang berlaku sebelumnya, dan pimpinan kita sentiasa memberikan alasan dan sebab yang lemah untuk menutup skandal yang melibatkan wang rakyat itu. Rakyat telah membiarkan ia berlaku tanpa tindakan dan seolah-olah pimpinan kita telah mengambil kebaikan orang ramai itu sebagai kelemahan dan boleh dikotak-katikkan rakyat semahunya. Maka jika ada pihak dikalangan pimpinan Melayu yang berusaha untuk membetulkan keadaan maka tindakan itu tentulah tindakan yang amat perlu mendapat sokongan.

Memberikan kritikan untuk membetulkan kepimpinan hari ini tidak berupaya mengubah sikap dan nilai kepimpinan mereka, maka mengambil alih pimpinan dari mereka merupakan satu-satunya cara terakhir bagi menyelematkan negara dari terhumban ke lembah kehinaan yang mungkin tidak dapat diperbaiki lagi.

Justeru, apa yang di sebut oleh Hishamudin semalam itu mungkin kerana beliau sudah merasakan kepanasan dalam memimpin negara. Mungkin beliau sedang dalam kekeliruan bagaimana beliau telah berada di tangga kepimpinan  yang tinggi, samada oleh kepimpinan beliau atau kerana budaya mengampu dan nepotisma Umno selama ini.

Sesungguhnya Hishamudin wajar meneliti kenapa keadaan kepimpinan yang beliau anggotai hari ini mendapat celaan yang terlalu hebat dari banyak pihak. Beliau wajar membuat introspeksi mendalam kenapa situasi ini wujud, kerana ‘there must be a cause for a cause’.

Beliau tidak boleh terus menuduh dan menyalahkan pihak lain jika beliau dan rakan-rakan terus ditekan untuk mengundurkan diri. Beliau begitu resah dan terpaksa menyorok dicelah ketiak Najib dan tentunya niat Najib untuk Hishamudin mengambil alih dari beliau kepimpinan negara ini mempunyai sebab yang hanya diketahui oleh beliau sendiri walaupuin orang ramai boleh juga membuat spekulasi yang agak hampir kepada kebenarannya.

Tetapi biarlah ianya berada dan berlegar di antara dua sepupu yang rapat itu.

05 November 2014

Lakukan apa sahaja yang dihalalkan untuk menyelamatkan negara

Negara kita bukan setakat memperbaiki keadaan politik, ekonomi, sosial dan apa-apa lagi yang perlu tetapi ia memerlukan transformasi yang drastik dengan memulakan sebuah negara yang berlandaskan kepada keadaan yang realistik dan nyata.

Kita sedang berada di ambang kehancuran dalam semua bidang dan kehidupan dan tidak ada siapa di kalangan yang sedang mentadbir untuk bertanggungjawab menunaikan mandat yang diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya yang lepas-lepas.

Semua perlu meningkatkan tekad dan usaha untuk bersama-sama menjadikan transformasi dalam semua hal di negara ini menjadi kenyataan bagi kita keluar dari kepompong dan ‘ambience’ politik yang tidak menentu sekarang ini.

Ia memerlukan peralihan dan anjakan dari keadaan yang sentiasa mengelirukan sekarang ini kepada keadaan dan situasi yang boleh menambah keyakinan kita yang negara kita masih boleh diperbaiki. Sesungguhnya pimpinan kita sedang menghadapi krisis kepimpinan yng amat serius dikalangan rakyat biasa secara keseluruhannya.

Apa sebenarnya yang hendak diperbaiki bagi negara ini? Persoalan ini penting kerana kita wajar memahami segala masalah secara terperinci dahulu sebelum kita memulakan usaha untuk transformasi itu. Kita tidak mungkin dapat memperbaiki atau melakukan transformasi jika kita tidak tahu masalah sebenarnya yang kita hadapi.

Itulah menjadi masalah bagi kerajaan sekarang kerana negara dipimpin oleh mereka yang tidak tahu apakah masalah-masalah yang kita hadapi secara spesifik. Itulah sebabnya kita melihat pimpinan kita memberikan kesemuanya penyelesaian jangka pendek untuk rakyat tanpa mempunyai perancangan yang mantap untuk diguna pakai buat satu jangka masa yang berpanjangan.

Dulunya blog ini pernah memberikan anggapan yang penyelesaian yang diberikan oleh kerajaan kita hanyalah ibarat memberikan ubat tahan sakit sahaja tetapi tidak mempunyai keupayaan untuk mengubati penyakit sebenarnya. Maka kos memberikan ubat sakit itu terlalu tinggi sehinggakan kita terpaksa membayar semua kos dari tindakan penyelesaian secara adhoc dan tidak berpanjangan itu.

Beberapa hari yang lepas Tengku Razaleigh telah bersuara dengan jelas dan memberikan pandangan yang negara kita sedang menghadapi masalah yang terlalu besar dalam semua bidang pembangunan negara. Ahli Parlimen Gua Musang itu telah menulis surat kepada semua Ahli Parlimen negara termasuk Yang diPertua Dewan Legislatif Persekutuan  sambil memberikan kritikan yang sangat berharga untuk negara kita.

Tentunya beliau menulis surat itu sebagai cara yang terakhir untuk mencari penyelesaian yang negara sedang hadapi sekarang ini. Bukan mudah bagi beliau untuk melakukannya memandangkan beliau adalah Ahli Legislatif yang paling 'senior' dalam Parlimen Malaysia itu. Tindakan beliau menulis surat itu dengan menggariskan segala permasalahan kepada semua Ahli Dewan itu sahaja sudah cukup untuk kita fahami yang keadaan sekarang wajar diselesaikan secara deras dan cepat.

Tindakan TR itu sepatutnya isu yang paling utama untuk di fahami oleh semua Ahli-Ahli Dewan Legislatif Persekutuan itu untuk melakukan sesuatu yang boleh menyelamatkan negara kita yang seolah-olah tidak berkerajaan lagi ini. Kritikan TR itu merupakan kritikan yang paling bertanggungjawab dan ianya amat menyentuh perasaan rakyat yang memerlukan perubahan yang drastik semata-mata untuk merasakan hidup dalam negara yang benar-benar tidak terabai.

TR telah memberikan teguran dalam banyak perkara dan kesemua perkara yang disentuh oleh beliau itu adalah isu-isu yang sangat besar yang kita hadapi dan memerlukan kepimpinan yang mempunyai kudrat untuk bertekad melakukan perubahan.

Rasuah merupakan isu yang paling utama yang beliau sentuh kerana rasuah sudah tidak dapat dibendung lagi dan budaya rasuah itu sudah sampai ketahap tidak dapat diselesaikan oleh yang sedang memimpin kita ini. Isu rasuah sudah begitu lama dan bertambah serius dan kita tahu tidak ada sesiapa dalam barisan mereka yang berkuasa sekarang ini serius untuk memperbaiki keadaan ini. Rasuah merupakan penyebab besar kenapa kos kehidupan rakyat negara ini terlalu tinggi dan tidak dapat dicari penyelesaiannya oleh mereka yang membiarkan budaya itu berkembang.

Harga kontrak yang dinaikkan harganya untuk memenuhi kepentingan mereka yang makan untung diatas angin (rent seekers) merupakan penyebab utama yang membuatkan harga satu-satu kontrak pembangunan itu menjadi mahal dan yang akan membayar kos yang tinggi itu adalah kita rakyat biasa yang sudah terlalu terhimpit dengan kos kehidupan yang keterlaluan tinggi sekarang ini.

Tengku Razaleigh juga mencadangkan supaya perlaksanaan GST hanya dilaksanakan setelah sampai waktu yang sesuai untuk dilaksanakan sepenuhnya. Memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu pada tahun-tahun yang mendatang ini, perlaksanaan GST itu mungkin menambah beratkan keadaan rakyat yang sudah tersedia dengan masalah kos himpitan yang tidak pernah dijangkakan akan sampai ketahap sekarang ini.

Kerajaan sepatutnya sedar yang pimpinan sekarang ini memperuntukan bajet untuk pembangunan hanya setakat 15 peratus sahaja tetapi kita pernah merasakan peruntukan untuk pembangunan sebanyak 30 peratus atau pun lebih. Dalam Bajet bagi tahun 2015 hanya diperuntukan sebanyak RM50 billion dari jumlah RM273 billion dan ini bermakna kerajaan menggunakan lebih dari 80 peratus peruntukan bajet itu untuk mengurus tadbir kerajaan.

Ini juga membayangkan dengan tepat yang ketirisan yang begitu jelas sedang dan akan berlaku dalam pengurusan kerajaan kita walaupun pemimpin kita mendengar keluhan rakyat tentang keborosan pentadbiran kerajaan pimpinan sekarang.

Persoalannya sekarang, bagaimana kah keadaah buruk ini dapat di perbetulkan selain dari semua Ahli-Ahli Dewan Legislatif kita mengambil tanggungjawab dan bertekad bagi pembetulannya? Banyak isu yang di sentuh oleh TR dalam surat beliau kepada semua Ahli-Ahli Parlimen itu. Pandangan beliau itu adalah pandangan seorang yang sarat dengan pengalaman dalam membentuk dan membina asas-asas ekonomi negara semasa beliau diberikan tanggungjawab itu dahulu.

Elok kita teliti kembali apa yang disentuh oleh Tengku Razaleigh dalam surat beliau itu kerana blog ini tidak dapat memuatkan semua pandangan beliau kerana kesuntukan ruang dan waktu yang blog ini hadapi.

Apabila beliau memahami apa masalah sebenar yang negara hadapi, maka adalah ‘natural’ bagi beliau mampu untuk memberikan penyelesaian terhadap isu-isu penting yang memerangkap negara kita ini.

Seperti yang sebutkan tadi hanya seseorang yang memahami masalah secara spesifik sahaja yang mampu memberikan penyelesaian dan pemulihan keadaan negara kita yang kian reput ini.

Kita mesti kembali kepada ‘drawing board’ bagi memulakan situasi baru yang boleh memastikan keadaan dan derita rakyat dan negara sekarang ini dapat disembuhkan kembali.

Jika pemulihan ini terpaksa dilakukan lain dari cara ‘conventional’ yang lazim kita lakukan, maka ia terpaksa dilakukan demi rakyat dan negara yang sedang dalam kegelapan ini.