29 March 2011

Jangan ambil alih tugas Tuhan

Berbagai-bagai cara masing-masing pihak untuk menegakan kebenaran masing-masing. Cara yang paling popular di kalangan pihak-pihak yang bertelagah ialah dengan membawa isu agama. Satu pihak mengatakan yang pihaknyalah yang paling benar dari sudut pandangan agama.

Ada pihak memberikan alasan yang mereka melambakan aib seseorang dengan isu seks kerana agama. Katanya nak jadi pemimpin tidak boleh terlibat dengan seks. Walaupun belum tentu seseorang yang dituduh itu benar melakukannya nampaknya kita sudah boleh mengaibkan orang itu dan tidak payah mencari saksi-saksi yang muktabar. Tetapi mereka tidak pula menyalahkan pihak yang melakukan iniaya dengan merakamkan orang lain yang sedang bersetubuh itu. Kerana apa? Kononnya kerana agama.

Ada pihak lain yang tidak percaya dengan isu itu menuduh pihak lain melakukan konspirasi politik yang menjijikan kerana ingin mempastikan kuasa yang enak dipegang itu tidak jatuh ketangan pihak lain. Masing-masing dengan alasan masing-masing dan semuanya mengaku kerana hendak menjaga kesucian agama.

Mengintai dan merakamkan orang lain sedang bersetubuh di dalam bilek yang berkunci itu apa hukumnya? Tidak pula diketengahkan persoalan ini. DAN yang paling hebat berbahas ini ialah orang-orang yang belum lagi melihat video yang menjadi isu itu tetapi bercakap dan bercerita seolah-olah orang yang dituduh berzina itu dilakukan depan mata mereka sendiri.

Berzina itu haram, tetapi kenapa tercari-cari dan terintai-intai orang yang sedang berzina itu. DAN kenapa pilih hanya orang yang tertentu sahaja? Kalau benar isu tegahan agama adakah mengintai dan memilih seseorang yang tertentu sahaja itu disuruh agama? Carilah jawapannya dengan jujur.

Yang di cegah agama bukan sahaja berzina tetapi ada yang lain yang lebih besar dosanya dari berzina. Kenapa tidak tekankan yang rasuah itu lebih besar dosanya. Maklumlah, agama kita mengkategorikan manusia yang rasuah itu sama seperti memakan daging saudaranya sendiri. Kenapa tidak intai dan videokan kegiatan rasuah di dalam jabatan-jabatan kerajaan, pejabat-pejabat MB-MB dan Menteri-Menteri?

Yang melakukan kerja-kerja ini kebanyakannya dari orang Islam. Saya ingin bertanya, bagaimana pula, bagaimana agaknya pendapat saudara/i sekelian tentang peperangan Shifin, iaitu peperangan di antara kumpulan Saidina Aisyah yang disokong oleh muawiyah dengan puak yang di ketuai oleh Saidina Ali? Ini merupakan peperangan di antara Islam dengan Islam yang pertama yang telah mengorbankan ribuan nyawa? Boleh sesiapa menentukan siapa yang bersalah?

Kita perlu diingatkan yang Saidina Aisyah merupakan janda Muhammad s.a.w. dan Ali pula adalah menantu dan sahabat Rasul? Adakah anda hairan perbezaan di antara Islam dengan Islam? Saya menekankan jika ilmu tentang Islam itu nipis seperti saya juga, elok kita jangan cuba merendahkan kedudukan seseorang di sisi tuhan, kerana itu adalah tanggungjawab yang Maha Esa sahaja.

Menuduh orang lain lalai dengan Tuhan seolah-oleh diri mereka lebih baik itu merupakan kerja yang tidak di tuntut Tuhan. Yang saya tahulah; jika seseorang itu hampir kepada Tuhan dirinya akan merasa lebih kotor lagi kerana Tuhan yang Maha Suci. Lagi hampir dengan Tuhan lagi terasa kecilnya kita dan kotornya diri kita yang berbentuk baharu ini.

Berhati-hatilah kepada sesiapa yang merasakan dirinya sudah bersih di sisi Tuhan ini. Takut-takut sampai di Yaumil Mahsya nanti kita akan kecewa. Jangan kita ambil tugas Tuhan kerana tugas kita masih terlalu banyak belum selesai lagi sebelum kita kembali kepadaNya.

Kita pilihlah! Hendak mati dengan dicabut nyawa atau dengan dijemput untuk kembali kepadaNya. Kalau kita ikuti cara setengah pihak membelasah musuh seperti Anwar seolah-olah mereka sudah pasti masuk syurga dan Anwar sudah pasti masuk neraka.

Saya tidak pernah bersesuaian dengan Anwar tapi saya tidak akan bersekongkol untuk menghina beliau dan keluarga beliau. Nasib kita sendiri pun belum tentu lagi, tetapi ada pula yang sudah bersedia untuk bertemu Anwar di neraka.

Jangan ambil tugas Tuhan. Tuhan telah memberikan tugas sepanjang hayat kepada kita; iaitu untuk melawan diri kita sendiri…maksudnya melawan hawa nafsu kita sendiri.

28 March 2011

Terima sahaja cabaran untuk berdebat terbuka itu

PKR ulangi cabaran untuk mengadakan debat di antara Najib dan Anwar dan cabaran ulangan ini dinyatakan dengan terbuka oleh salah seorang Naib Presidennya iaitu Nurul Izzah Anwar. Cabaran ini telah dibuat beberapa bulan dahulu oleh Anwar tetapi ditolak oleh Najib dengan bermacam-macam alasan tetapi bukan bersebab.

Saya berkeyakinan Najib boleh mengambil kesempatan jika beliau benar-benar terbuka dan yakin beliau telah melakukan yang terbaik dan diterima rakyat dan akan dapat membuktikan apa juga yang dicadangkan oleh PR itu tidak akan dapat menandingi apa yang telah dilakukan oleh beliau (Najib).

Di dalam perdebatan itu jugalah Najib mempunyai kesempatan untuk menidakkan buku jingga anjuran PR itu tidak baik dan membuktikan yang negara akan bangkrap jika dilaksanakan apa yang ada di dalam buku jingga itu.

Jika benar Najib mempunyai kelebihan dari perancangannya beliau tidak akan ada ‘hessitant’ untuk menerima cabaran itu. Hanya jika beliau tidak ada keyakinan untuk memberikan perbahasan yang baik sahaja yang boleh menyebabkan beliau keberatan untuk berdebat. Tidak ada alasan yang lain kenapa perdebatan ini tidak diterimanya.

Pihak kita telah berulang kali dan sentiasa memberikan persepsi yang apa yang dilakukan oleh PR itu tidak boleh dilaksanakan. Didalam berdebatan ini jugalah Najib boleh membuktikan yang PR itu hanya berangan dan tidak akan mampu untuk melaksanakan apa yang dirancangkan oleh ‘coalition’ pembangkang itu.

Najib tidak boleh bersikap defensif di dalam isu perdebatan ini. Rakyat ramai tahu dan boleh ‘menyelam air di dalam tunggak’ dan cara yang paling effektif bagi Najib untuk memberikan perbahasan yang apa yang dirancang oleh pihak pembangkang itu ada mustahil untuk dilaksanakan.

Apabila rakyat sudah dapat membaca dan ‘menyelam air di dalam tunggak’ itu maka pihak ramai akan mula memberikan pandangan masing-masing dan kepada siapa yang menunjukan keberanian itu membuka perancangannya, pihak itulah yang akan diyakini oleh pengundi di dalam pilihanraya nanti.

Pihak kita tidak boleh lagi memberikan alasan yang PR hanya tyemberang kerana pihaknya telah meminta perdebatan secara terbuka. Tindakan ini sahaja akan memberikan kelebihan kepada PR. Jika apa yang pihak kita kata yang mereka itu temberang maka di dalam perdebatan itulah Najib ambil kesempatan untuk membuktikan tuduhan kita benar. Jika Najib berjaya membuktikannya pihak kita tidak aka nada masalah untuk berkempen selepas itu dan tidak payah lagi kita menggunakan tektik yang tidak beretika untuk memenangi pilhanraya itu nanti.

Jika kita tidak beranai menghadapai cabaran ii akhirnya nanti rakyat akan membuat persepsi yang pihak kita adalah pihak yang sebenarnya temberang dan pihak yang takut untuk menghadapai manusia yang digeruni oleh pihak kita.

Kepada DS Najib, jika kita betul-betul di pihak yang benar, jangan ditangguh lagi. Terima sahaja cabaran dari mereka. Jika kita bukan dari pihak yang benar-benar, pandai-pandailah memberi alasan untuk menolaknya. Tetapi untuk memberikan alasan menolaknya itu merupakan satu usaha yang sangat berat untuk dilakukan.

Sekarang bola di kaki DS Najib. Tendanglah kemana yang beliau rasakan arah yang baik. Kita tidak boleh ber’taici’ lagi. Rakyat sedang memerhatikan kita dengan begitu dekat sekali.

26 March 2011

PKR tamak - PR mungkin menggigit jari di Sarawak.

PKR jangan terlalu tamak. ‘Orang tamak selalu rugi’, kata perbidalan kita. Apa yang saya maksudkan ialah isu berkaitan dengan pembahagian kerusi bagi Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan tiba tidak beberapa lama lagi. Hari pencalunan hanya tinggal 10 hari lagi tetapi PKR masih bertelagah membuat tuntutan yang tidak berpatutan yang akan menjejaskan prestasi ‘coalition’ ini dalam pilihanraya itu nanti.

Setidak-tidaknya ada enam kerusi yang diperebutkan dengan DAP, iaitu Padungan, Senadin, Piasu, balai Ringin dan Dudong. PKR nampaknya tidak berkemampuan untuk menjadi ketua kepada PR di Sarawak dan kerakusan PKR untuk meletakan calun di banyak kerusi walaupun kebanyakan kerusi itu tidak boleh memberikan kemenangan kepada PKR. PKR lebih pentingkan jumlah kerusi untuk bertanding, bukannya jumlah kerusi yang boleh dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Ketamakan PKR ini amat jelas dan yang tidak boleh diterima oleh akal ialah tuntutannya untuk bertanding di kawasan Padungan dan Batu Kawah yang mana sudah hampir pasti boleh memberikan kemangan yang agak besar jika kerusi itu diturunkan calun DAP. Kerusi-kerusi ini adalah kerusi-kerusi yang ditandingi oleh SUPP bagi pihak BN dan lebih dari 75 peratus adalah terdiri dari pengundi Cina. Pengundi-pengundi Cina Sarawak sedang bersemangat untuk memberikan sokongan kepada DAP untuk mengambil alih SUPP yang sudah tidak mendapat perhatian kaum Cina di sana lagi.

PKR tidak mempunyai semangat sebagai ahli kepada ‘coalition’ PR. PKR hanya hendak menggunakan pihak lain untuk kepentingan partinya sendiri. Azmin diktakan sebagai ketua ‘negotiator’ bagi pihak PKR dan sebagaimana yang diketahui ramai, Azmin adalah Azmin. Azmin tidak mempunyai ‘wisdom’ yang mencukupi untuk menjadi tulang belakang kepada urusan pembahagian kerusi di Sarawak. Azmin rela kecundang asalkan jumlah kerusi yang dipertandingkan itu diturunkan cakun dari PKR.

PKR begitu tamak sehinggakan parti itu bernafsu untuk menurunkan lebih banyak calunnya dari calun parti PBB, tunjang BN di Sarawak. Malahan UMNO sendiri tidak dapat meletakan walaupun satu calun di Sarawak tetapi pemimpin UMNO berpusu-pusu untuk memberikan sokongan kepada semua calun BN yang bertanding nanti.

Tetapi permainan bodoh PKR ini akan memberikan banyak kemenangan kepada BN dan jika PR tewas dengan teruk di Sarawak, tidak ada pihak lain yang bertanggungjawab selain dari PKR sendiri.

Anwar elok tumpukan kepada isu pertindihan pencalunan dari menumpukan kepada isu seks beliau. Adalah terlalu bodoh bagi Anwar untuk melayani opotunis seperti Eskay dari melayani keperluan kesatuan PR di Sarawak.

Jika BN menghadapi pertanding tiga atau lebih penjuru maka tidak payah kita membuat kira-kira lagi. “PR will crash before taking off” kata beberapa rakan saya di Kuching.

25 March 2011

Serupa dan seiras itu biasa - jadi jangan terburu-buru buat kesimpulan

Selagi pengesahan secara saintifik dilakukan terhadap video yang di katakan melibatkan Anwar dalam skandal seks yang dipaparkan oleh Dato Trio baru-baru ini tidak siapa yang boleh membuat pengesahan secara sendirian. Tuduhan ini merupakan tuduhan yang serius dan perkara ini merupakan perkara yang boleh memecah belahkan negara.

Di akhir zaman ini tidak boleh sesiapa menganggapkan apa yang kita nampak benar itu betul dan apa yang kita nampak salah itu fitnah dan tidak betul. Bayangkan jika kita hidup di zaman Nuh alaihissalam dahulu mungkin kita akan percaya yang nuh adalah seorang yang gila kerana semua manusia di zaman itu percaya persepsi semua dalam masyarakat nuh itu seorang yang gila kerana membina kapal yang begitu besar di padang pasir yang berbukit-bukit. Akhirnya apabila bah besar tiba barulah terbukti bahawa orang yang di katakan gila itu adalah manusia yang mempunyai mukjizat yang besar.

Tidak ada siapa yang percaya kepada Nuh kecuali beberapa orang yang telah dibuka hijabnya oleh Allah, tuhan semesta alam. Junjungan besar Muhammad saw sendiri dikatakan oleh setengah orang Islam di Kota Mekah sebagai berbohong dan kembali murtad. Ramai kembali murtad apabila Muhammad saw memberitahu yang baginda telah di israkkan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan seterusnya dimikrajkan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha bersama Jibril. Muhammad saw telah menghadap Allah bersendirian di Arash dan kembali ke Mekah dalam masa setengah malam sahaja.

Tetapi kepada siapa yang telah diangkat hijab mereka terutamanya di kalangan Yahudi semasa itu terus sahaja bermusyahadah dan berkeyakinan yang inilah sebenarnya Muhammad yang mereka di beritahu akan tiba suatu masa nanti. Mereka terus tanpa berlengah-lengah lagi dan bermusyahadah dan menjadi penganut Islam yang benar-benar mukmin.

Dalam isu video yang di katakan sebagai video seks Anwar ini, kita perlu berhati-hati membuat tuduhan yang sangat serius ini. ‘Pelakon’ yang di katakan itu mempunyai iras-iras Anwar dan ini sangat merbahaya untuk dibuat kesimpulan yang muktamad terutamanya kepada kita yang belum menyaksikan video ini.

Kita semua tahu ramai manusia yang seiras dengan manusia yang lain. Contohnya kalau kita kenal dengan Shuhaimi Ibrahim kita akan lihat yang beliau adalah seiras dengan Anwar Ibrahim. Percakapan dan suara beliau sekali pun serupa dengan Anwar Ibrahim. Eskay sendiri ada iras-iras Anwar. Kalau kita tengok gambar Ahmad Said, MB Terengganu, beliau ada iras Pol Pot dari Kamboja dahulu. Rais Yatim kalau kita tengok betul-betul ada rupa Dato Aziz Sattar, pelakon veteran era P Ramlee dahulu. Saya selalu keliru apabila melihat gambar Aziz Sattar dan Rais Yatim.

Oleh yang demikian elok kita tunggu sahaja penyiasatan secara saintifik dilakukan oleh pihak yang berwajib. Jangan terburu-buru dengan sentiment politik semata-mata kerana ianya mungkin membawa mudharat kepada politik, terutamanya kepada pihak yang berkuasa.

Oleh yang demikian fokuskan lah kepada isu-isu lain yang banyak boleh diperkatakan.

24 March 2011

RTC - Dari pelakon menjadi penerbit?

Rahim Thamby Chik sepatutnya ditangkap kerana menayangkan filem lucah serta menimbulkan aib bagi seseorang yang lain. Menayangkan filem lucah itu dan cuba melibatkan orang lain sebagai pelakon itu merupakan kesalahan yang bukan kecil. Jika benar pun beliau yakin yang ‘pelakon’ itu adalah musuh politik beliau yang beliau demdami sekian lama, ianya tidak semestinya dipercayai oleh mereka yang menonton.

Apa yang Rahim patut lakukan ialah untuk menyerahkan video itu kepada pihak polis atau mana-mana pihak berkuasa untuk melakukan penyiasatan dahulu dan pastikan kesahihan orang yang beliau tuduh itu adalah benar. Sehingga penyiasatan itu selesai Anwar terpaksa menanggung perasaan lebih-lebih lagi jika isu itu dibangkitkan oleh orang yang mendendami beliau.

Dulu Rahim dituduh terlibat dengan skandal seks tetapi orang yang di kalangan yang berkuasa selalunya akan terlepas dari tuduhan-tuduhan itu. Walau macam mana pun persepsi orang ramai terhadap beliau tidak berubah sehinggalah beliau menjauhkan diri dari politik secara aktif walaupun beliau adalah Ahli MKT.

Apa yang dilakukan oleh Rahim sekarang ini mengingatkan kembali isu beliau ini, beliau telah menjadi bahan lawak dan jenaka di kalangan orang yang ‘non partisan’. Ada yang mengatakan Rahim TC ini macam Jins Shamsuddin. Dulu Jins merupakan pelakon tetapi sekarang sudah menjadi penerbit filem. Rahim Thamby Chik tidak seperti A. Rahim yang sentiasa berlakon sebagai ‘crook’ dari awal penglibatan beliau dalam lakonan sehingga beliau meninggal dunia lebih dari sepuluh tahun dahulu.

Rahim Thamby Chik nampak kemajuannya; dari hanya seorang pelakon sekarang sudah menjadi penerbit yang sangat popular dalam sekelip mata. Tetapi yang pandai hanya penulis skrip dan pengarahnya yang berada di luar isu ini. Dalam filem yang diterbitkan Rahim ini, pengarahnya lah yang mendapat faedah yang besar.

Yang menjadi mangsa dan bahan ketawa oleh pengarah dan penerbitnya ialah orang ramai seperti kita semua yang berbahas sepanjang masa bagi mempertahankan puak masing-masing. Maka bergaduh dan pecah belahlah orang ramai di bawah ini dan perpecahan ini hanya akan menguntungkan seseorang yang pandai mengambil kesempatan seperti yang pernah beliau alami dahulu.

Bagi diri saya, saya tidak mahu bergaduh kerana lakonan yang diarah oleh pengarahnya yang duduk senyap sendirian sambil senyum melihat betapa bodohnya orang di bawah ini.Siapa yang hendak bergaduh juga bergaduhlah di antara saudara/i sekelian. Saya pun hendak senyum seperti pengarah yang duduk senyap-senyap di luar sana.

Perniagaan video seks akan berjaya - Dapat juga menambah pencen sikit-sikit

Pengendap bilik tidur dan mengintai orang berkelamin merupakan penyakit yang begitu sebati terutamanya di kampong-kampong dahulu kala. Mungkin penyakit itu sudah tidak lagi menjadi kebiasaan di zaman morden sekarang ini. Dulu-dulunya kegiatan mengendap itu merupakan perkara biasa tetapi ianya hanya menjadi mainan nakal anak-anak muda sahaja.

Ramai pasangan yang baru berkahwin menjadi mangsa pengendap ini tetapi ianya tidak membawa apa-apa keburukan kepada masyarakat kerana mereka bertindak mengendap itu hanyalah untuk suka-suka sahaja. Itu hanyalah merupakan ‘practical jokes’ yang biasa. Tetapi kalau diceritakan kepada orang muda-muda bawah empat puluhan ianya merupakan cerita dongeng kerana di zaman mereka ini penyakit ini sudah lama berkurangan dan mungkin sudah tiada lagi.

Tetapi budaya mengintai ini tidak hilang secara total kerana mungkin penyakit ini ada bersama orang Melayu walaupun budaya itu sudah lama tiada. Di zaman morden ini mengintai bilek tidur dan mengintip orang berkelamin itu sudah menjadi satu kegiatan penting di dalam politik dan lebih jauh lagi ianya sudah menjadi alat untuk perniagaan.

Kejayaan mengintai dan mengintip orang berkelamin terutamanya musuh politik pengintai itu, boleh menjadi modal perniagaan dan jika berjaya melakukannya dengan baik dan boleh pula membantu orang atasan atau kelompok yang berkuasa, kejayaan itu besar kemungkinan boleh membawa kehidupan yang lebih baik pada masa yang akan datang.

Kalau dahulu kegiatan mengintai ini hanya untuk suka-suka sahaja, di zaman sekarang mengintai ini boleh mendatangkan faedah kewangan serta taraf sosial kepada pengintai-pengintai ini. Cerita yang terakhir yang kita semua mendengar ialah tentang pengintaian yang dilakukan keatas seorang pemimpin yang di katakan sebagai pemimpin pembangkang negara.

Tetapi sekarang ini zaman modern; mengintai ini dilakukan dengan mengambil video sekali dan orang yang tidak mengintai boleh melihatnya melalui video yang di ambil oleh pengintai-pengintai ini. Jika ada peluang saya juga ingin melihat tayangan itu tanpa bersusah payah untuk mengintai. Rahim ini pernah berkawan dengan saya dan jika beliau sudi, saya juga ingin memohon dari beliau untuk mendapat kebenaran melihat tayangan dan adengan seks oleh pemimpin pembangkang itu.

Sekarang saya sudah tahu di mana hendak mendapatkan video lucah. Kalau Rahim tidak ada, kita pergi berjumpa Eskay dan jika kedua-duanya tidak ada mungkin kita boleh tempah dari Shuib Lazim. Kalau Dato T ini berjaya untuk membuktikan tuduhan mereka saya sangat berkeyakinan akan ramailah yang akan menjadi egen untuk mengedarkan video ini dan saya tidak tahu berapa peratus kah ‘margin’ yang akan diterima oleh agen-egen pengedar ini. Mungkin kah perniagaan ‘multi-level ini akan mampu menyaingi Amway? Kita tidak tahu lagi.

Dulu perniagaan ini dilakukan oleh orang-orang bawahan sekarang perniagaan ini sudah dilakukan oleh orang-orang besar yang bergelar dan bernama. Mungkin hasil dari perniagaan ini boleh menambah sedikit sebanyak pencen yang mereka sedang terima sekarang ini.

Nampaknya kegiatan ini mugkin boleh menjadi elemen yang akan menjayakan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) yang di umumkan oleh pucuk pimpinan kita.

Letih dibuatnya - Tak habis-habis cerita politik celah kangkang.

It’s all political. Dato T sudah menzahirkan wajah-wajah mereka. Rahim Thamby Chik terlibat, Dato Shuib Lazim dan Shazryl Eskay merupakan trio yang terlibat dalam isu ini.

Dalam sidang akhbar mereka kalau dikaji secara kasar isunya hanya di sekitar isu politik peribadi semata-mata. Rahim telah membuka cerita lama bagaimana beliau diminta oleh Anwar untuk meletakan jawatan Ketua Menteri Melaka setelah terlibat dalam isu beliau dengan perempuan dibawah umur dahulu. Dendamnya tidak berkesudahan.

Cara beliau bercakap seolah-olah mahukan kita semua supaya menolak Anwar kerana membuang beliau dari kerusi Ketua Menteri Melaka dan kedudukan beliau selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Tidak ada langsung kata-kata yang membayangkan isu negara seperti isu pembangunan rakyat dan negara yang menjadikan Anwar patut dibuang dari politik negara.

Eskay pula menjauhkan diri dari Anwar kerana beliau merasakan beliau telah dipergunakan oleh Anwar sebegitu lama dan beliau tidak mahu lagi diperlakukan oleh Ketua Pembangkang tersebut. Samada beliau sedar atau tidak sekarang beliau diperguna pula oleh pihak yang tidak mahu melihat Anwar menapak lebih jauh dalam politik negara.

Eskay hanya mahu menunjukan yang beliau hanya mahu berada di sebelah ‘buttered side of the bread’ sahaja. Itu lumrah di kalangan orang yang hanya melayani kehendak peribadi semata-mata. Kalaulah ditebalikkan oleh Tuhan hijab manusia di Malaysia dan memilih Haji Hadi menjadi Perdana Menteri, orang seperti Eskay ini akan mencari jalan pula untuk mengikut punggung Haji Hadi kesana dan kemari.

Shuib Lazim adalah bekas Ketua UMNO Bahagian Sg Petani dan beliau adalah ‘foot soldier’ kepada Dr Mahathir dan semua di antara kita tahu dan tidak terkejut jika beliau bersama-sama terlibat untuk menjauhkan Anwar dari kekuasaan negara. Lagi pun anak menantunya adalah salah seorang dari Naib Presiden UMNO ini sekarang.

Jadi dalam isu ini saya tidak mengambil serius kerana kita sudah nampak cerita sebanarnya, Ia hanyalah cerita lama yang kembali timbul melalui dendam lama yang tidak padam-padam. Rahim masih bercita-cita, Eskay mahukan beliau diletakkan dipihak yang berkuasa dan Shuib pula akan mungkin mendapat pujian dari pihak-pihak yang sedang berkuasa.

Anwar pula sangat mudah untuk dikaitkan dengan kerja-kerja seperti ini kerana imej beliau yang telah dimomokkan oleh pihak media perdana yang ditugaskan untuk menjaga kuasa yang ada di tangan pimpinan pada hari ini.

Bak kata orang utara, ‘pi mai pi mai tang tu jugak’. Semuanya seronok untuk menjadi perkakas orang politik yang tidak bermoral. Saya secara peribadi tidak lagi mahu komen tentang isu ini kerana ‘it’s all personal politics’.

Biarlah apa yang nak jadi sekali pun. Kekusutan politik negara hanya Tuhan sahaja yang mampu untuk menyelesaikannya. ‘la haulawala kuata illa billah’.

Kita semua tahu Rahim Thamby Chik ini pun dulu sarat dengan isu benda-benda di celah kelangkang juga. Dalam hal ini Rahim memang orang yang mempunyai pengalaman luas dalam hal-hal kelangkang ini dan beliau memang secocok untuk menjadi pembawa kepada isu ini.

Saya tidak mahu bergaduh dengan isu kotor ini. Biarlah rakyat menentukannya nanti.

22 March 2011

Kenali Dato T dahulu, baru ambil kesimpulan

Saya diminta oleh beberapa orang pembaca saya melalui e-mail dan komen di dalam blog saya tentang isu video seks yang dikatakan melibatkan Anwar Ibrahim. Sebenarnya saya tidak berapa berminat untuk menulis tentang isu ini tetapi oleh kerana ada yang meminta saya mengomennya saya tulislah sedikit apa yang ada di dalam fikiran saya ini.

Yang meragukan ialah, benarkah ‘pelakon’ di dalam video itu Anwar kerana bak kata Anwar di dalam ‘press conference’ beliau yang perut pelakun itu buncit dan tidak seperti perut Anwar. Akhirnya jika dilakukan penyiasatan yang betul manusia yang dikatakan pelakon itu akan dapat diketahui umum juga.

Tetapi kemusykilan yang sangat besar ialah siapa kah dia ‘Dato T’ ini? Kenapa Dato T tidak tampil kehadapan dan menunjukan identity beliau? Jika orang umum hendak menjadi pengadil kepada isu ini, Dato T mesti terlebih dahulu zahirkan dirinya di khalayak ramai. Orang ramai mesti hendak tahu siapa Dato T ini. Setelah mengenali siapa Dato T ini barulah orang ramai boleh mengolah isu ini samada isu ini di lakukan oleh Dato T ini adalah bermotifkan politik.

Kita tidak boleh membuat kesimpulan yang pelakun itu ialah Anwar sedangkan kita tidak tahu siapa Dato T ini. Hanya orang politik yang tidak ‘center’ pemikiran sahaja yang terus mempercayai yang pelakon itu adalah Anwar Ibrahim.

Buat masa sekarang pihak yang berwajib patut menyiasat siapa ini Dato T dahulu. Setelah tahu siapa Dato T barulah kita buka mahkamah awam dan kita lakukan perbahasan dengan cara terbuka.

Dalam keadaan politik sekarang timbulnya video lucah ini tidak mustahil dilakukan oleh pihak-pihak yang sedang mengalami ‘political desperation’ yang ingin mengambil kesempatan di dalam keadaan dan situasi politik yang gawat.

Di negara ini bukan kita tidak pernah menyaksikan bagaimana pemimpin yang naik sampai ke kemuncak kerana pandai mengambil kesempatan dari keadaan krisis yang besar.

Dalam isu ini kita mesti tahu siapa Dato T dahulu. Selagi identity Dato T tidak dapat dipastikan isu ini mungkin menjadi isu ‘counter-productive’ kepada pemimpin-pemimpin dan parti yang memusuhi Anwar.

20 March 2011

Taib hendak berundur? - Jangan hiraukan janji itu.

Taib Mahmud berkata beliau akan mengundurkan diri sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas kemenangan BN di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang akan tiba tidak lama lagi. Walau bagaimana pun beliau akan berundur sesudah dapat mencari pengganti beliau yang sesuai. Tidak diberitahu pula kita samada yang sesuai untuk beliau atau untuk rakyat yang inginkan kerajaan yang bersih. Sudah 30 tahun beliau menerajui negeri itu, namun sehingga hari ini beliau masih tidak dapat mencari pengganti beliau. Mungkin rakyatlah yang patut mencari pengganti Taib ini.

Setakat ini beliau hanya mampu untuk membuktikan yang Sarawak tidak ada pemimpin yang boleh memimpin selain dari diri beliau sendiri. Kalau dahulu, dalam keadaan Sarawak mempunyai ramai pemimpin yang boleh menggantikan beliau, Taib tetap tidak mahu berundur. Maka kita tidak nampak sesiapa yang mampu pada hari ini setelah pemimpin yang berkemampuan semuanya telah berhenti dan bersara dari bergiat dalam politik negeri itu.

Di kalangan kepimpinan BN Sarawak khusunya PBB sekarang sedang menghadapi ketandusan kepimpinan dan ‘vacuum’ yang disebabkan keengganan Taib untuk berundur selama ini menjadi masalah yang sangat besar di Sarawak. Jika pilihanraya di adakan dengan bersih sudah pasti Taib dengan BN nya sudah lama jatuh dan tidak berkuasa lagi.

Tetapi oleh kerana Sarawak masih mundur dan ramai di antara pengundinya berada di pedalaman dan miskin mereka akan terus bersama BN apabila Taib dan wang ringgitnya sampai lima tahun sekali bagi membeli belah undi untuk berkuasa selama 5 tahun lagi. Dalam lima tahun itu segala perbelanjaan pilihanraya itu akan dapat digantikan dengan kerja-kerja rasuah dan melalui penebangan hutan belantara negeri itu.

Janji pemimpin rakus seperti ini memang sudah biasa didengar oleh rakyat khususnya mereka yang sudah lama hidup dan banyak pengalaman. Janji pemimpin untuk berundur diri hanya mainan bibir sahaja. Lidah yang lembut itu mudah mengenakan kata-kata manis untuk menabur janji yang akhirnya tidak ditepati.

Di antara yang saya ingat ialah janji Dr Mahathir semasa ucapan penggulungan Perhimpunan Agong UMNO 1981 dahulu semasa mengambil alih kepimpinan dari Datuk Husein Onn. Semasa itu perhimpunan agong tahunan UMNO masih di adakan di Dewan Nirwana Hotel Hilton Kuala Lumpur. Saya mendengar ucapan itu dengan jelas kerana perwakilan dari Bahagian saya duduk di hadapan sekali didalam Dewan Persidangan itu. Dr Mahathir memberi tahu perhimpunan itu agar memberi beliau signal jika ada tanda-tanda yang beliau tidak digemari lagi oleh rakyat dan ahli UMNO, dan beliau akan berundur secara terhormat.

Tetapi apabila ahli-ahli UMNO telah menunjukkan tanda-tanda itu beliau tetap bertahan sehingga beliau memimpin negara selama 22 tahun. Apabila UMNO sudah menunjukkan yang beliau sudah tidak popular lagi beliau menubuhkan parti baru untuk membawa pemulaan baru bagi beliau dan terus memimpin sambil meninggalkan ramai pemimpin yang beliau geruni duduk di luar parti yang baru beliau tubuhkan itu.

Pada tahun 1985 apabila PBS ditubuhkan dengan pantas untuk menyertai pilihanraya negeri Sabah bagi menandingi parti Berjaya pimpinan Ketua Menteri Haris Salleh, Dr Mahathir telah berucap keseluruh negara melalui stesen-stesen TV, Dr Mahathir berkata “I will sink and swim with Berjaya’.

Tetapi apabila Berjaya kalah dan Haris sendiri kalah di tangan Kaduh Agundung Dr Mahathir “swam with PBS and ignored the sinking Berjaya”. Berjaya hanya tinggalkan dalam coretan ahli-ahli sejarah dan kalau tidak silap saya parti itu sudah tidak ada lagi di dalam pendaftar pertubuhan. Dr Mahathir bermain politik mengikut resmi air; dimana lekok di situ beliau berhenti.

Berbalik kita kepada janji Taib Mahmud tadi, lebih elok jangan kita hiraukan janji-janji manis beliau itu sehingga beliau benar-benar berundur. Kita anggap sahaja beliau akan terus duduk di singgahsana kuasa sampai beliau meninggalkan kita semua. Janji-janji seperti ini memang selalu kita dengar. Jarang-jarang janji-janji itu ditepati.

Kadang-kadang ingin rasanya meminta pemimpin kita membuka mulut mereka luas-luas; nak tengok lidah di dalam mulut mereka itu lidah manusia atau lidah…… .

17 March 2011

Bergantung kepada dubur untuk 'mileage' politik

Saya terpanggil untuk memberi komen pendek tentang isu DNA Anwar yang hangat diperkatakan terutamanya oleh penggiat politik dan pertubuhan yang berkait dengan politik. Anwar telah dihadapkan ke mahkamah dan apa juga yang diperkatakan oleh sesiapa di luar mahkamah adalah salah daripada segi undang-undangnya.

Biarkanlah mahkamah menyelesaikan isu itu dan lebih baik di sisi undang-undang dan di sisi etikanya agar pihak yang lain tidak masuk campur dalam menentukan Anwar menyerahkan DNA beliau atau tidak. Undang-undang ada untuk menyelesaikannya.

Berdemonstrasi di jalanan untuk memaksa Anwar menyerahkan DNAnya itu secara automatik akan dianggap sebagai tindakan politik yang murahan dan 'desperate'. Takkanlah kita guna isu dubur untuk mendapatkan atau untuk mengekalkan kuasa? Elok kita tunggu dan biarkan pihak mahkamah untuk melakukan apa yang sepatutnya.

Kumpulan-kumpulan yang berkepentingan politik eloklah menggunakan isu lain untuk meraih sokongan dan janganlah kita menggunakan isu jelek ini untuk mendapatkan sokongan dan simpati orang ramai. Apa pun alasan yang diberikan oleh kumpulan yang mendesak ini ia tetap merupakan permainan politik yang tidak beretika.

Masakan kumpulan yang menjerit-jerit meminta Anwar menyerahkan DNA itu mengambil tindakan yang betul dengan menggunakan kesempatan ini untuk melakukan tindakan yang desperado ini.

Kumpulan-kumpulan ini seolah-olah tidak berkeyakinan kepada mahkamah atau mahukan mahkamah untuk memutuskan keadilan mengikut kehendak demonstrasi jalanan. Terlalu ramai penggiat politik sekarang ini mengingatkan dubur daripada mengingatkan perkara-perkara lain yang lebih berfaedah.

Carilah isu lain untuk dijadikan bahan politik. Janganlah tunjukkan sangat desperado kita di khalayak ramai.

14 March 2011

Slogan 'Kepimpinan Melalui Teladan' Dr Mahathir amat berjaya

Bagi seseorang pemimpin yang inginkan ‘self-actualization’ peribadinya, Dr Mahathir adalah pemimpin yang paling berjaya di dalam sejarah negara merdeka kita ini. Apa sahaja yang beliau mahukan berjaya di dapati dan dinikmati beliau. Saya menulis lagi tentang beliau kerana akhir-akhir ini nama beliau menjadi sebutan orang ramai selepas beliau menulis memoir beliau ‘Doctor in the house’ yang sekarang telah mencecah jualan melebihi 10,000 naskah.

Beliau mahir bagaimana hendak mendapatkan apa yang beliau mahu. Beliau memahami apa yang ada di dalam hati rakyat terutamanya orang Melayu dan lebih khusus lagi ialah orang Melayu di dalam UMNO. Dr Mahathir mahir mengambil kesempatan kepada kelemahan orang Melayu dan kefahaman beliau tentang sifat dan perangai orang Melayu.

Itulah sebabnya Dr Mahathir mengambil sifat mudah mengalah dan baik hati orang Melayu itu sebagai kelemahan yang boleh diperguna untuk kepentingan beliau sendiri. Beliau faham orang Melayu mudah percaya dan memberikan keyakinan kepada beliau walaupun banyak dari apa yang dilakukan oleh beliau itu memudharatkan perjuangan orang Melayu sendiri.

Beliau tidak sehaluan dengan semua pihak termasuk UMNO sendiri. Apabila UMNO (asal) itu seperti pertubuhan yang lain yang mempunyai perlembagaan membenarkan pertandingan di dalam parti, beliau mengambilnya ‘personal’ dan apabila parti mencalunkan orang lain untuk mendapatkan pilihan beliau secara sistematik menjadikan parti itu mati di sisi undang-undang.

Beliau kemudiannya menuduh orang lain kerana matinya UMNO itu. Beliau menyalahkan perlembagaan yang membolehkan ahli memilih pimpinan. Sekarang wujud UMNO (baru) yang di tubuhkannya dan parti ini adalah satu-satunya parti di dalam dunia ini yang tidak membolehkan ahli membawa apa-apa kes untuk ‘arbitration’ ke mahkamah. Keputusan undang-undang hanya terletak di tangan pemimpin-pemimpin semata-mata. Undang-undang hanya mereka yang memimpin untuk menentukan.

Keputusan undang-undang hanya untuk kepentingan mereka yang sedang di rasuk kuasa. Yang penting kuasa jangan terlepas kepada pihak lain. Biar putih mata jangan sesekali berputih tulang. Alasannya tentulah untuk menjaga perpaduan UMNO walaupun tujuannya ialah untuk perpaduan di antara mereka segelintir pemimpin yang mabuk kuasa.

Saya selalu bercakap yang slogan ‘kepimpinan melalui teladan’ anjuran Dr Mahathir sangat berjaya. Teladan ini di ikuti sampai kehari ini oleh pimpinan-pimpinan yang menggantikan beliau. Malahan sudah pun menjadi budaya yang diterima pakai oleh kebanyakan yang memimpin kita. Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli serta penyokong UMNO pada hari ini ramai yang telah meneladani kepimpinan Dr Mahathir dan ini lah satu-satunya slogan ciptaan Dr Mahathir yang paling berjaya dilaksanakan dan dipraktikan.

Projek pembangunan yang mega-mega hanya dianugerahkan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai orang-orang yang berpengaruh di belakangnya. Setengah syarikat-syarikat itu ada Raja-Raja di belakangnya. Setengah syarikat itu ada Menteri-Menteri si sebaliknya, malahan hanya syrikat-syarikat dan kumpulan yang berpengaruh sahaja yang mendapat segala peluang dalam pengagihan ekonomi negara kita.

Bagi sesebuah negara menjadi negara yang stabil politiknya, asas yang paling penting ialah negara yang mempunyai kelas menengah yang besar. Kelas menengah ini merupakan kumpulan yang berpengaruh untuk menentukan jatuh bangunnya politik sesebuah politik dan negara. Itulah sebabnya di zaman perlaksanaan DEB dahulu Malaysia telah melebarkan kelas menengah rakyat dan apa yang menggembirakan ialah pertambahan bilangan orang Melayu yang termasuk di dalam gulungan ini.

Itulah sebabnya usaha merapatkan perbezaan pendapatan di antara yang berada dan tidak berada menjadi teras utama di dalam usaha mencapai perpaduan rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Kalau kita lihat contoh-contoh yang nyata, kita boleh melihat di negara-negara maju. Negara maju yang sangat ‘familiar’ bagi rakyat Malaysia ialah England, negara bekas penjajah Tanah Melayu itu dan elok kita lihat contoh yang terbaik untuk menyaksikan negara yang mempunyai kelas menengah yang besar.

Kesetabilan politik negara itu sudah sampai keperingkat optima kerana kebanyakan rakyatnya adalah tergulung kedalam kategori kelas menengah dan tidak banyak perbezaan dari segi pendapatan dan ‘social disparity’ yang besar. Kumpulan yang terkaya memperolehi kekayaan yang besar itu bukan dari keistimewaan dari kerajaan dan tidak kita mendengar PM Britain terlibat di dalam pembahagian projek-projek gergasi seperti yang berlaku di sini.

Gulungan yang terkaya hanya kecil bilangan jika dibandingkan dengan 55 juta rakyat negara itu. Begitu juga sebaliknya junlah yang miskin tidak begitu tinggi peratusannya seperti yang ada di sini.

Dr Mahathir lah yang memulakan budaya seorang PM mempengaruhi pembahagian projek-projek raksaksa kepada kawan-kawan dan kroni yang rapat sehinggakan sekarang ini kita mendengar ahli-ahli perniagaan yang bertanya serta tercari-cari siapa yang boleh membuka jalan untuk memajukan ‘proposal’ perniagaan terutamanya jika jumlah yang terlibat itu melibatkan berbillion ringgit.

Sesiapa yang mengenalkan dan membuka laluan kepada PM dan orang yang berkuasa yang lain sudah tidak bersusah payah untuk berniaga kerana komisyennya sangat besar. Jumlah kos komisyen itu sudah dimasukan ke dalam kos projek itu sebagai ‘pelincir’ untuk pemimpin-pemimpin yang membuat keputusan kepada siapa projek itu di anugerahkan.. Budaya ini sudah menjadi budaya yang sudah sebati dan sesiapa yang menegur dan membangkitkan isu ini akan dianggap sebagai kesalahan.

Itulah sedikit sebanyak coretan yang membuktikan bahawa slogan ‘kepimpinan melalui teladan’ anjuran Dr Mahathir itu sangat berjaya sehingga ke hari ini. Budaya ini tidak akan dapat di hilangkan selagi UMNO masih dipimpin oleh jenis pemimpin didikan pemimpin besar dunia ketiga ini.

13 March 2011

Semua orang tidak ada jasa kecuali Dr Mahathir

Ada beberapa orang rakan-rakan komentar dalam blog saya ini menuduh saya tidak tahu mengenang jasa Dr Mahathir semasa menulis sedikit komen tentang buku memoir beliau. Mereka meminta saya jangan memberikan komen negative tentang Dr Mahathir kerana jasanya banyak dan beliau tidak patut di kritik oleh sesiapa yang tidak berjasa seperti saya ini.

Mereka membayangkan kepada saya bahawa Dr Mahathir terlalu banyak jasanya dan beliau tidak boleh di kritik jika ada kesalahan yang dilakukan oleh beliau. Bagi mereka hanya Dr Mahathir sahaja boleh mengkritik orang lain. Jika Mahathir mengkritik itu teguran ikhlas tetapi jika sesiapa yang mengkritik beliau orang itu ialah manusia yang tidak mengenang jasa namanya.

Dr Mahathir boleh memusuhi sesiapa tetapi tidak siapa pun, termasuk yang beliau musuhi itu memusuhinya. Dr Mahathir boleh mengkritik semua orang tetapi semua orang tidak boleh mengkritik beliau. Apa sahaja yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu jasa namanya termasuk membunuh UMNO dan memusnahkan telapak perjuangan bangsa saya (kita) sendiri.

Dr Mahathir sewenang-wenangnya menuduh pemimpin lain berbelanja RM20 juta untuk membeli undi semasa perhimpunan agung UMNO (asal) pada tahun 1987 dahulu tetapi ada orang (pemimpin) yang menggunakan wang rakyat yang berbillion untuk menyelamatkan perniagaan seorang anaknya itu juga di anggap jasa.

Menggunakan ratusan billion untuk membina projek raksaksa yang tidak penting itu jasa dan mengambil balik pembiayaan pelajaran dan biasiswa untuk anak-anak kita untuk belajar itu juga jasa.

Merugikan wang BNM dalam perniagaan mata wang asing sebanyak 30 billion lebih itu jasa dan sesiapa yang mengkritik isu ini tidak mengenang jasa namanya. Itu dikatakan fitnah.

Banyak lagi yang telah merugikan rakyat yang dilakukannya semuanya jasa. Sesiapa yang mengkritik itu adalah pembawa fitnah dan orang yang pendendam namanya.

Sesungguihnya semua orang ada jasa mereka: tidak banyak sedikit. Jasa tetap ada bergantung jasa itu kepada siapa. Botak Chin adalah perompak yang di tembak oleh penguat kuasa undang-undang lebih dari 20 tahun dahulu. Botak Chin tidak ada jasanya. Tetapi wang rompakan itu digunakannya untuk membantu peniaga-peniaga kecil di Jinjang dan di Kepong. Kepada peniaga-peniaga kecil yang dibantu oleh Botak Chin itu, mereka menganggap perompak itu adalah seorang yang berjasa setidak-tidaknya kepada mereka.

Semua orang berjasa. Tidak ada orang yang tidak berjasa, termasuk pemimpin-pemimpin kita. berbillion ringgit yang diperolehi secara haram itu digunakan untuk memperkayakan anak-anak dan keluarga dan itu adalah jasa setidak tidaknya kepada anak-anak dan ahli keluarganya.

Anggota tentera dan polis banyak jasa kepada negara. Petani yang besar dan kecil ada jasa mereka kepada negara. Pengayuh beca di Melaka banyak jasa mereka kepada industri pelancungan negara kita. Pegawai-pegawai dan penjawat awam ada jasa mereka. Negara perlukan jasa pemandu teksi. Begitu juga pemandu bas dan keretapi.

Ada yang bertanya apa jasa saya selama ini kepada negara. Mungkin saya seorang di dalam dunia ini tidak ada jasa tetapi kita mesti akui selain dari saya seorang semua manusia yang lain dinegara ini ada jasa mereka.

Imam-imam dan bilal-bilal banyak jasa mereka kepada masyarakat. Pendeknya semua orang ada jasa. Menabur jasa ini bukan ‘privilege’ Dr Mahathir seorang. Malahan ramai yang menabur jasa kepada Dr Mahathir akhirnya di kecewakan oleh beliau sendiri.Mungkin Dr Mahathir patut berfikir dan mengenang jasa-jasa orang lain terhadap beliau sehingga beliau boleh memimpin negara selama 22 tahun.

Kita mesti ingat Muhammad saw lagi besar jasanya kepada dunia dan alam ini. Jasa Baginda pun selalu di lupakan umat sekarang ini. Kalau semua orang ingat kepada jasa, masakan ajaran Muhammad supaya jangan mengambil harta rakyat dilakukan dengan sewenang-wenangnya oleh setengah-setengah pihak yang mempunyai kuasa?

Tetapi yang orang ramai persoalkan itu ialah tentang kesalahan yang dilakukan terhadap rakyat. Rakyat tidak mahu menerima segalanya itu sebagai jasa kerana wang mereka diambil oleh pihak-pihak yang bertaraf tinggi melalui rompakan kolar putih melalui rasuah dan sebagainya yang dilakukan secara sistematik itu.

Teringat pula kepada satu kata perbidalan; ‘jika kita duduk di dalam rumah kaca jangan membaling batu ke rumah orang lain’.

Itu sahaja setakat ini.

12 March 2011

Mahathir 'paranoid' dengan Anwar

Anwar Ibrahim, nama yang tidak dapat dilupakan oleh Dr Mahathir dan nama Anwar adalah nama wajib untuk disebut di dalam memoirnya yang baru dilancarkan beberapa hari yang lalu. Setelah buku itu dilancarkan polimik Anwar-Mahathir kembali bergema. Dua hari yang lepas Anwar telah merembat kembali Dr Mahathir di hadapan ribuan manusia yang hadzir di dalam rapat umum PKR.

Tulisan Dr Mahathir ini telah mengingatkan kembali segala-gala yang berlaku di antara kedua-dua pemimpin yang pernah bersekutu dan mentadbir negara kita bersama. Seorang jadi Perdana Menteri dan seorang lagi Timbalan Perdana Menteri. Perpecahan Dr Mahahir dengan Anwar telah menukar lanskap politik tanahair dengan begitu ketara.

Jika Dr Mahathir menyebut isu Anwar, tentulah isu sodomy merupakan isu yang paling gemar disentuh oleh Dr Mahathir. Malahan isu sodomy inilah yang menjadi alasan atau sebab kenapa Mahathir untuk memecat Anwar dan sekali gus dapat mempastikan tempatnya sebagai PM kekal sehingga melewati 22 tahun lamanya.

Dr Mahathir memang seorang yang sentiasa berjaya di dalam krisis. Di dalam situasi yang aman Dr Mahathir tidak akan berjaya menempa kejayaan. Dari kaca mata psikolojinya orang-orang yang lemah selalunya akan berjaya di dalam keadaan krisis yang besar. Lagi besar krisis itu lagi besar kejayaan yang ditempanya. Itulah sebabnya di dalam memoirnya Dr Mahathir terpaksa menulis dengan mengatakan dan mencerca teman-teman seperjuangan beliau kerana beliau dalam sejarah politiknya sentiasa berkrisis dengan semua pihak.

Isu sodomy Anwar ini merupakan santapan batin Dr Mahathir yang paling enak di makanya dan isu yang paling lunak di dengarnya bersama-sama penyokong-penyokongnya. Dr Mahathir sebenarnya tidak berapa kisah tentang sodomy Anwar. Tetapi Mahathir hanya menggunakan isu itu secara ‘expedient’ setelah beliau merasakan kedudukan beliau tercabar jika Anwar masih berada di sisinya di dalam pentadbiran negara.

Mahathir hanya kisah siapa yang akan menjadi pencabar kepadanya. Dia tidak suka dicabar dan di tentang walaupun beliau sudah selayaknya ditentang. Dr Mahathir sendiri mengakui yang Ketua Polis Negara Tan Sri Hanif Omar telah memberikan lapuran kepada beliau tentang kegiatan sodomy Anwar pada tahun 1992 dan Hanif sendiri mengajui lapuran itu.

Tetapi jika Mahathir benar-benar mempunyai moral dan etika kepimpinan yang baik beliau sepatutnya bertindak terhadap Anwar pada 1992 dulu lagi. Tetapi Mahathir tidak berbuat apa-apa malahan pada tahun 1993 Anwar dijadikan Menteri Kewangan, menggantikaqn Daim yang begitu ‘tersohor’ dengan manipulasinya bagi memperkayakan diri sendiri. Daim menjadi Menteri Kewangan sejak tahun 1984 menggantikan Tengku Razaleigh Hamzah yang telah dipindahkan ke Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Tetapi pada pertengahan sembilam puluhan cakap-cakap di bawah terlalu ‘rampant’ yang Anwar akan menandingi Mahathir pada pemilihan parti. Mahathir mengambil berita ini dengan penuh ketakutan dan di dalam salah satu perhimpunan agong UMNO Mahathir telah menyebut isu ini secara terbuka dan memberikan gambaran betapa buruknya nasib Anwar jika pertandingan itu berlaku.

Mahathir berkata jika beliau di kalahkan beliau sudah duduk di kerusi PM begitu lama tetapi jika Anwar kalah maka itulah saat yang terakhir bagi Anwar untuk berangan menjadi PM negara ini. Hasutan demi hasutan di dengar oleh Dr Mahathir tentang Anwar terutamanya dari mereka yang telah berkerat rotan dengan Anwar seperti Rahim Thamby Chik. Rahim terlalu marah dengan Anwar kerana beliau di turunkan dari jawatan Ketua Menteri di sebabkan isu skandal Rahim dengn perempuan bawah umur semasa itu.

Akhirnya Mahathir menggunakan isu sodomy Anwar sebagai alasan yang sangat sesuai untuk menjatuhkan Anwar. Isu itu telah dipengapkan oleh Mahathir sejak bebarapa lama dan waktu untuk menggunakan isu itu pun sampai dan kita telah lihat apa yang telah pun berlaku. Anwar sebenarnya seorang yang begitu bodoh kerana terlibat dengan perkara tidak senonoh yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemimpin yang menjadi harapan rakyat dan negara.

Pendeknya tindakan Dr Mahathir terhadap Anwar semata-mata kerana keresahan beliau jika Anwar menandingi beliau sebagai Presiden UMNO dan menggantikan beliau sebagai PM negara ini. Tindakannya terhadap Anwar bukan kerana isu sodomy sebagai mana yang difahami orang ramai. Inilah akibatnya jika seseorang pucuk pimpinan memilih barisan kepimpinan mengikut kehendak politik peribadi semata-mata.

Nampaknya isu ini tidak pula ditulis di dalam memoir beliau yang begitu popular itu. Jika ada percetakan tambahan elok di masukkan isu ini di dalam memoir tersebut kerana inilah isu yang telah membuat beliau tidak nyenyak tidur sehingga hari ini.

10 March 2011

Memoir Dr Mahathir tidak lengkap

‘Memoir Dr Mahathir’ dengan ‘memoir orang ramai’ yang lain banyak bezanya jika dipandang dari sudut perjuangan sebenar seorang pemimpin. Dr Mahathir telah menerajui kepimpinan Negara dan kepimpinan BN begitu lama dan saya beranggapan memoir yang ditulis beliau itu sedikit sangat, kerana terlalu banyak perkara yang beliau tidak tuliskan.

Lagi pun kalau dilihat dari isi kandungan buku yang ditulis beliau itu ianya melambangkan beliau lebih fokus kepada perkara peribadi sahaja dan amat sedikit yang ditulis tentang perjuangan rakyat dan perjuangan Melayu melalui parti UMNO yang asal dan parti UMNO baru yang beliau tubuhkan sendiri itu.UMNO yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir ini tidak ada kena mengena dengan pencapaian kemerdekaan negara kerana usia UMNO ini adalah lebih muda dari umur anak bongsu saya.

Banyak perkara yang beliau terlupa untuk menulisnya atau sengaja beliau lupakan kerana beliau tidak mahu fakta itu diketahui umum terutamanya kepada generasi yang baru.

Beliau tidak mengakui yang beliau sengaja tidak mahu UMNO lama itu terus hidup kerana jika UMNO lama itu masih kekal hidup UMNO terpaksa mengadakan pemilihan lagi sekali. Itu perintah Hakim Harun Hashim. Mahathir takut untuk melalui pemilihan lagi sekali kerana khuatir akan menghadapi kekalahan.

Beliau tidak sebut yang mengikut Akta pertubuhan 1965 beliau selaku Menteri Dalam Negeri semasa itu, beliau boleh menghidupkan mana-mana pertubuhan yang telah diharamkan oleh mahkamah termasuk UMNO dengan menggunakan seksyen 70, iaitu seksyen yang akhir sekali di dalam akta tersebut. Tetapi jika beliau hidupkan UMNO itu beliau merasakan yang beliau terpaksa mengadakan pemilihan sekali lagi dan itulah yang amat ditakutnya. Bagi beliau, biar UMNO itu lebur, jangan kuasa beliau hilang.

Ramai di antara ahli UMNO semasa itu menyeru beliau untuk menggunakan seksyen itu untuk menghidupkan UMNO itu tetapi beliau enggan kerana sebab yang telah di sebutkan tadi. Semuanya kerana kepentingan peribadi beliau.

Beliau tidak mahu dan mengakui yang tindakan 38 Bahagian UMNO telah mencalunkan Tengku Razaleigh untuk menawarkan diri jawatan Presiden UMNO itu ialah kerana semasa itu sudah ada tanda-tanda apa yang sedang berlaku sekarang sudah mula berputik. Ahli-ahli UMNO telah meminta Tengku Razaleigh untuk menjadi pilihan kepada Dr Mahathir di dalam pemilihan parti 1987 dahulu. Semasa itu sudah mula nampak dengan jelas yang ada pihak yang sedang berkuasa sedang memperkayakan diri dan keluarga mereka.

Urusetia UMNO telah membiarkan beberapa cawangan yang tidak berdaftar dan ada beberapa orang yang tidak layak dan tidak dibenarkan menjadi perwakilan telah mewakili Bahagian-Bahagian dan tindakan itu menjadikan perwakilan UMNO itu tidak sah jika dipandang dari sudut undang-undang.

Hasilnya beberapa ahli-ahli UMNO telah berbincang untuk membawa keMahkamah untuk meminta mahkamah membetulkan keadaan itu dan mereka telah berunding dengan Abdullah Badawi di kediaman Pak Lah di Jalan Medang Kapas, Bukit Bandaraya semasa itu.

Menuduh Tengku Razaleigh yang membawa isu itu keMahkamah adalah tidak benar. Kepada sesiapa yang ingin tahu silalah bertanya kepada Pak Lah jika beliau mahu mengaku yang tindakan ke mahkamah itu adalah di atas galakan beliau.

Tengku Razaleigh hanya terlibat dengan kumpulan 11 orang ahli UMNO itu untuk menghidupkan UMNO melalui Mahkamah Agong dan usaha ini telah dihalang oleh Mahathir dengan menggunakan kuasa yang tidak betul dan tidak bermoral. Beliau telah membuang Ketua Hakim Negara itu dan empat Hakim Mahkamah Agong yang lain memlalui penubuhan Tribunal yang juga menjadi isu yang memalukan dan dari saat inilah institusi kehakiman negara punah ranah dan tidak kebah sehingga hari ini.

Dr Mahathir juga patut memasukan juga di dalam memoir beliau bagaimana Tribunal pemecatan Tun Salleh dan hakim-hakim yang lain ditubuhkan. Tribunal itu ditubuhkan pada 1hb Mei 1988 dan ianya sangat memalukan kerana Tribunal ini ditubuhkan dengan seribu satu macam spekulasi yang buruk yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh sesiapa yang masih mengingati peristiwa itu. Peristiwa itu amat menyayat hati bagi sesiapa yang sayangkan negara yang semasa itu mempunyai tahap demokrasi yang amat membanggakan.

Nasihat PM kepada Yang diPertuan Agong untuk menubuhkan Tribunal itu dibuat pada 1 hb Mei 1988. Persetujuan Yang di Pertuan Agong juga didapati pada 1hb Mei. Melantik hakim Mahkamah Tinggi dari luar negara untuk menganggotai Tribunal itu juga pada 1 hb Mei. Penerimaan oleh Hakim-Hakim tersebut pun pada 1 hb Mei.

Malahan ada satu surat yang sepatutnya ditanda tangani oleh PM kepada Yang diPertuan Agong ditandatangi oleh Tuanku Agong sendiri. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Yang lebih membingongkan ialah 1hb Mei itu adalah hari cuti umum kerana hari itu adalah hari buruh. Lagi pula 1hb Mei itu adalah hari Ahad.

Dr Mahathir sepatutnya memasukan isu ini di dalam memoir beliau kerana ini adalah satu kejadian yang sangat ganjil dan tidak pernah berlaku di mana-mana negara maju dan membangun.

Mungkin sejak saat inilah timbulnya slogan ‘Malaysia boleh’ diwujudkan kerana dibawah Dr Mahathir semuanya boleh dilakukan. Yang mustahil boleh berlaku di negara lain, di sini di bawah Dr Mahathir boleh berlaku. Patutlah beliau selalu berkata yang Malaysia mempunyai demokrasi acuan sendiri.

Semuanya ‘Malaysia boleh’ kecuali menyaingi kedudukan beliau walaupun usaha untuk menyaingi beliau itu adalah untuk mengelakan apa yang sedang kita alami pada hari ini berlaku.

Tetapi apakan daya ramai juga yang percaya dan menganggap beliau sebagai hero bagi rakyat kita yang sentiasa dikelirukan oleh juak-juak ini. Oleh kerana itu janganlah hendaknya sesiapa menyalahkan pihak lain kerana keadaan yang kita alami hari ini tidak kunyung padam.

Banyak lagi kejadian yang sepatutnya disebut di dalam memoir itu yang masih belum disentuh. Kalau begitu mungkin kita yang akan menyentuhnya satu persatu nanti. Buat setakat ini elok diteliti apa yang telah sikit-sikit disebut dalam tulisan saya ini.

Di dalam kabinet hari ini Rais Yatim dan Shabery Cheek tahu segala-galanya tetapi mereka ini tidak akan berkata apa-apa kerana mereka sedang berusaha untuk menyambung keseronokan menjadi Menteri dan berglemor setakat yang mereka mampu lakukan.

Mereka tidak akan menyebut perkara ini lagi kerana tidak mahu hilang kenikmatan yang sedang mereka alami sekarang. Mereka sudah menjadi orang lain.

Semoga Ibrahim Ali berjaya

Ibrahim Ali bercakap tanpa berfikir. Tetapi itu tidak memeranjatkan sebab itulah Ibrahim Ali. Kali ini beliau mencadangkan untuk menubuhkan suruhanjaya bagi melucutkab kerakyatan bagi sesiapa yang tidak setia kepada negara. Beliau mencadangkan supaya suruhanjaya ii melucutkan kerakyatan orang yang racist yang boleh memecah belahkan perpaduan di antara kaum.

Ibrahim mencadangkan supaya dilucutkan kerakyatan sesiapa yang memburukan kerajaan serta mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menjatuhkan imej negara di mata dunia luar. Selain dari itu beliau juga mencadangkan supaya undang-undang hasutan dipinda untuk melucutkan juga kerakyatan sesiapa yang memburukan kesucian Islam dan sebagainya.

Pertamanya elok kita tanya Ibrahim ini adakah seseorang yang tidak suka kepada kerajaan itu adalah orang yang tidak setia kepada negara? Tidakkah Ibrahim terfikir yang ramai di antara yang tidak suka kepada kerajaan hari ini ialah kerana mereka menganggap kepimpinan kita itu yang tidak setia kepada negara? Ramai di antara rakyat yang cintakan negara terpaksa membenci kerajaan kerana banyak yang dilakukan oleh pimpinan itu merosak dan menjahanamkan negara dalam jangka masa panjang,

Oleh kerana mereka setia kepada negaralah yang mereka melakukan tentangan terhadap perasuah, kerana menerima dan memberi rasuah itu adalah mereka yang tidak setia kepada negara. Jika suruhanjaya ini diwujudkan maka ramailah di antara pemimpin-pemimpin kita yang patut dilucutkan kerakyatan mereka kerana rasuah.

Ibrahim mesti faham yang perasuah itu adalah perompak kolar putih dan tidak ada bezanya dengan perompak seperti Botak Chin yang telah ditembak polis pada hujung tujuh puluhan atau awal lapan puluhan dahulu.

Jika dipandang dari sudut Islam sendiri kita akan lihat dan percaya yang ramai pemimpin kitalah yang paling awal untuk dilucutkan kerakyatan mereka kerana telah merosakan kesucian Islam. Bukan kah Islam mencegah melakukan rasuah? Bukan kah telah berulang kali disebutkan yang perasuah itu di ibaratkan sebagai orang yang memakan daging saudaranya sendiri? Bukan kah itu kata-kata agama kita?

Kalau lah di persetujui suruhanjaya ini di tubuhkan maka saya percaya entah berapa orang sahaja di kalangan pimpinan negara kita yang terlepas dari perlucutan kerakyatan mereka.

Ibrahim sendiri akan menerima nasib yang sama kerana beliaulah orang yang paling lantang menaikan semangat racist di kalangan orang-orang Melayu. Kalaulah Ibrahim dilucutkan kerakyatannya tidak dapat saya bayangkan kerakyatan mana pula yang beliau akan terima selain dari menjadi kerakyatan negara Siam jika di terima.

Pendeknya apa yang di katakan oleh Ibrahim Ali itu elok kita jangan ambil pusing kerana beliau bercakap seperti itu kerana ada udang di sebalik batu. Saya telah pun menulis tentangnya di dalam posting saya yang lepas.

It’s all political talk. Beliau nak cari tempat dan caranya ialah menyaluti diri beliau dengan imej Ultra Melayu. Ada orang yang menjadi ikutan beliau kerana berimejkan Ultra Melayu semasa dahulu telah menaikan beliau kepada puncak kekuasaan negara begitu lama.

Tetapi saya kurang yakin Ibrahim akan berjaya seperti orang yang menjadi ikutan beliau itu. Walau macam mana pun saya ucapkan selamat berjaya kepada Ibrahim Ali. Cubalah Ibrahim! Mana tahu nasibnya baik; dilantik dan di letakan di mana-mana oleh pucuk pimpinan kita.

07 March 2011

Berilah tempat kepada Ibrahim Ali

Pilihanraya umum akan tiba tidak lama lagi. Tanda-tanda dan dalilnya sudah banyak kita lihat dan perhatikan. Piliharaya Sarawak akan sampai selewat-lewatnya pada bulan Julai ini tetapi tanda-tanda ia akan berlaku lebih awal memang jelas. Orang-orang politik yang bercita-cita tinggi sudah mula mundar mandir dari kawasan masing-masing ke Kuala lumpur untuk mencari jalan menjadi calun dan ada juga yang sedang mencari peluang untuk medapatkan peluang perniagaan semasa pilihanraya sudah hampir ini.

Di bahagian-bahagian UMNO sudah ramai yang sedang memasang badan dan mendekati rakyat untuk mendapat sokongan jika diberi peluang menjadi calun. Masalahnya setiap kawasan Parlimen atau DUN hanya seorang sahaja yang akan dicalunkan sedangkan yang memasang badan terlalu ramai. Ketua-ketua cawangan sudah mula mendapat ‘handouts’ mereka yang bercita-cita dan ketua-ketua cawangan ini sedang mendapat perhatian istimewa dari ‘bakal-bakal’ calun ini.

Itu cerita di peringkat kawasan. Di peringkat pusat pula ramai penggiat politik juga sedang memasang badan dan selalu sahaja muka-muka dan wajah mereka terpampang di dada-dada akhbar. Kali ini Ibrahim Ali misaknya dengan cekap mengucapkan tahniah kepada UMNO dan BN kerana berjaya di dalam PRK Kerdau dan Merlimau walaupun beliau melangkah ke Parlimen dengan sokongan PAS.

Ibrahim ini pandai orangnya. Beliau sentiasa berada dalam perhatian pimpinan dan orang ramai kerana beliau itu adalah Ibrahim Ali. Semasa beliau dipecat dari UMNO kerana bertanding sebagai calun bebas beliau adalah orang kuat Nik Aziz. Pada masa itu Nik Aziz adalah orang yang tersangat mulia dan dihormati oleh Ibrahim dan kebijaksanaan Ibrahim jugalah yang meyakinkan Nik Aziz untuk membenarkan Ibrahim bertanding menggunakan simbul PAS dan beliau telah mendapat majoriti melebihi tujuh ribu undi.

Sekarang Nik Aziz dan PAS dimusuhinya kerana ingin mendapat tempat di dalam parti yang memerintah. 'Habis madu sepah dibuang'; itulah ibaratnya perlakuan Ibrahim kepada PAS dan Nik Aziz yang dipujanya semasa kesaorangan dahulu. Sekarang Nik Aziz seolah-olah tidak ada langsung budinya kepada Ibrahim dan tidak bernilai walaupun se zahrah bagi beliau.

Semasa Ibrahim bertanding di dalam PRK di Pasir Mas beliau hanya mendapat 600 undi sahaja kalau tidak silap saya dan telah hilang wang pertaruhannya. Dengan menggunakan pengaruh PAS dan Nik Aziz, Ibrahim berjaya menjadi Ahli Parlimen yang lantang dan didengari oleh semua orang. Sekarang Ibrahim sudah berputus arang dengan Nik Aziz dan PAS seperti dia berputus arang dengan UMNO selepas beliau dipecat sehinggakan beliau sanggup bertanding di atas tiket bebas untuk menentang UMNO.

Ibrahim orang berani mengambil keputusan asalakan sahaja beliau berada di dalam arus politik tanahair.'He will always be at the buttered side of the bread' kata setengah yang memberikan pendapat tentang Ibrahim.

Itulah sebabnya saya selalu menasihati kawan-kawan yang sama-sama mengenali Ibrahim Ali ini supaya jangan diikutkan sangat gelagatnya semasa berbaik dengan dia sebab pada bila-bila masa beliau akan meninggalkan kita. Sebaliknya jika kita berada dalam situasi yang bertentangan dengan beliau jangan membenci beliau habis-habisan kerana pada bila-bila masa sahaja beliau akan datang bersama kita apabila beliau ditinggalkan oleh kawan-kawan dan kumpulannya. Di dalam politik Ibrahim mengikut resmi air; di mana lekok di situ dia berhenti.

Kepada UMNO dan BN elok diterima Ibrahim ini sebagai calun dalam pilihanraya kali ini dan kawasannya tidak lain dan tidak bukan ialah Pasir Mas. Ibrahim telah dipecat seumur hidup dari UMNO dan tidak tahulah caranya UMNO untuk menerima Ibrahim sebagai ahli kepada parti itu. Tetapi rakan-rakan beliau yang masih berada bersama beliau hari ini mencadangkan supaya Ibrahim diberikan keistimewaan sekali lagi untuk bertanding sebagai calun bebas tetapi menggunakan simbul BN seperti yang beliau lakukan bersama PAS dalam pilihanraya UMUM yang lalu.

Saya mengenali Ibrahim dengan dekat. Saya tahu apa yang dimahukannya. Beliau mahukan tempat di dalam pilihanraya yang akan datang ini. Kata rakan-rakan yang rapat beliau mengharapkan akan mendapat sokongan Dr Mahathir untuk mempengaruhi UMNO atau bekerjasama dengan UMNO untuk bertanding di Pasir Mas. Pada hemat saya berikan sahajalah tempat kepada beliau supaya politik kita tidak bising sangat. Berilah tempat kepada beliau kerana beliau ialah Ibrahim Ali.

Beliau adalah seorang yang cekal. Bermacam-macam orang mengata beliau. Mohamad Sabu memberikan beliau gelaran ‘Datuk Kaya Parti’ kerana terlalu banyak parti yang beliau sertai bermula dari parti Berjasa sampailah tidak ada parti sekarang ini. Lim Kit Siang pula memanggil beliau sebagai katak dan banyak lagi gelaran yang didengari untuk Ibrahim ini.

Pengaruh beliau sebagai ketua kepada PERKASA mungkin boleh membawa sedikit sebanyak undi untuk UMNO dari kalangan orang Melayu walaupun MCA mungkin tidak bersetuju. Elok jika Ibrahim ini masih berada dalam politik negara kita walaupun beliau sentiasa berubah-berubah pendirian mengikut keadaan dan masa.

Ibrahim Ali ini penting untuk berada di dalam arena politik negara. Ibrahim ini penting ibarat pentingnya garam dalam masakan kita. Dalam masakan kita mesti ada garam, barulah masakan itu sedap dimakan.

Tetapi gunanya garam ini hanyalah setakat sesedap rasa sahaja. Kalau banyak sangat dibubuh garam di dalam masakan kita masakan itu akan terlalu masin untuk dijamah.

Tetapi yang pentingnya garam itu mesti ada untuk mengenakkan masakan.

06 March 2011

Sarawak Election - Is Taib an asset or liability to BN?

Let me predict that BN will retain Kerdau and Merlimau state seats without much exertion. This twin by elections is hoped to be the last of the unprecedented series of by elections both in Parliamentary and State constituencies since the 2008 General Election (GE). It has been terribly tiring for past 3 years with by election came one by one unendingly.

With BN victory in Kerdau and Melimau State constituencies it squares the score between BN and Pakatan. Out of the 16 by elections Pakatan managed to win over the BN incumbent constituencies in 2 Parliamentary seats ie in Kuala Trengganu and Sibu while BN won over the PR incumbent in Hulu Selangor and state constituency of Galas. The rest of the 12 by elections went to the incumbents from both coalitions.

The play off will be the Lenggeng by election if there is any. But if the convicted BN State Assemblyman wins his appeal against his conviction then the real play off will be the forth coming GE. Hence both sides of the divide at this moment should not be claiming and crying for victory as everything is square and does not change numbers for both sides of the contesting divide.

In the final analysis BN has failed to add to their numbers despite of tens of billion of project pledges add up together in all the by elections. So far BN is just in its normal defensive position. On the other hand PR managed sustainable performance by maintaining the numbers despite of strong pressure from the ruling coalition. Thus the claim by BN that there is strong indication that the voting public is back to BN fold is quite baseless and unfounded.

In the peninsula there may be some seats currently held by PR will loose to BN but there also some others that are currently held by BN will unquestionably change hands to PR especially the seats currently held by the 15 MCA MPs. Most of those seats are going to be taken over by DAP. I believe that the trend and pattern of voting in the peninsula remains very liquid. The votes can go either way and it is going to remain that way until the GE.

Now what is the closest indication as to whether BN will be able to retain the current number of seats after coming GE? It is Sarawak State election that is going to tell all. Currently the opposition holds 8 seats in the State Assembly out of 71, which is fractionally over 10 percent of the total. Many political observers from both local and international say that it is impossible for the current administration to maintain the figures even if the one of the richest leaders of the world, Taib spends all what he has frivolously snatched from the people in vote shopping in the election.

DAP is reassuringly going to win in almost all the urban and sub-urban seats while the other 30 seats with Dayak and Iban dominated constituencies are for grabs. If the opposing parties manage to find reconciliatory solution to face BN one to one, the situation is going to be more unpleasant for Taib Mahmud and he is going to go through new political experience.

The inability of BN leadership in Kuala Lumpur to advise Taib to go for retirement is a real political flop for the forty-year old coalition. There is no reason what so ever for Najib to retain Taib as the chief of BN as this man is nothing more than just a pest to the coalition and that is going to affect BN unenthusiastically nation wide. The heavy losses in this state will obviously affect BN’s performances at the national scale especially in the peninsula.

I am told that DAP is set to secure at least 9 parliamentary seats in the GE while other opposition candidates are going to take away another 4 from BN, and the issue is just floating and hanging around Taib’s corruptible and vacillating issues.

Taib is not just affecting his party but he is going to have an effect on the coalition partners, SUPP, SPDP and PRS as well. Some say that Taib should not be loitering around anywhere in the leadership lineup of BN in the state to any further extent. His time is over.

If Taib is not anywhere in the state BN lineup the chances of maintaining the good number of parliamentary seats is manageable and that can up to the already unsecured numbers in the peninsula. Losing just few seats to the opposition in Sarawak simply means that the Federal Legislative is certain to be in the hands of the PR. That’s it.

05 March 2011

Pilihanraya Sarawak - PKR tidak matang

Pilihanraya Sarawak merupakan pilihanraya yang akan menjadi isu tumpuan bagi banyak pihak baik di Sarawak mahu pun di Semenanjung kerana ianya kait mengait di antara satu dengan lain yang akan menentukan nasib kedua-dua belah pihak, BN dan PR.

Pakatan Rakyat, khususnya PKR sedang menghadapi sedikit kekeliruan dengan SNAP dan belum lagi berjumpa dengan formula terbaik untuk berkerjasama dan mengadakan kesepakatan untuk menghadapi BN yang akan bermatian-matian untuk mempertahankan kekuasaan di Sarawak.

Pembangkang di Sarawak akan menghadapi kerugian yang amat besar jika tidak berjaya bergerak seiringan kerana BN Sarawak adalah di dalam keadaan yang paling lemah jika dibandingkan dengan keadaan pada masa-masa yang lalu.

Dalam PR di Sarawak hanya DAP sahaja yang tidak berhadapan kerana parti itu hanya menumpukan kepada 20 kerusi DUN di kawasan bandar dan tidak bercita-cita besar seperti PKR yang mahukan 52 kerusi dari 71 kerusi di dalam DUN Sarawak. Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR nampaknya begitu keras mahukan kerusi yang begitu banyak tanpa memikirkan perasaan pengundi tempatan yang jauh berbeza dari pemikiran pengundi di Semenanjung.

Bagi setengah pendapat jika PKR sensitive kepada keadaan tempatan, parti itu sepatutnya memberikan kelebihan kepada SNAP kerana SNAP merupakan parti yang begitu lama wujud di Sarawak dan pernah mendapat tempat di hati rakyat Sarawak yang mewakili Iban dan Dayak yang merupakan pengundi yang ‘substantial’ di bumi kenyalang itu. SNAP telah terkeluar dari BN di sebabkan pergolakan politik Sarawak hampir dua dekad dahulu.

Apa yang boleh dilakukan di Semenanjung tidak semestinya boleh dilakukan di Sarawak. UMNO tidak dapat menjejakan kaki di Sarawak kerana rakyat Sarawak tidak bersetuju dengan kehadiran UMNO, walaupun UMNO merupakan tunjang kepada BN. Tidak ganjil rasanya jika PKR hanya mengambil kerusi dengan jumlah yang agak munasabah bagi rakyat Sarawak.

Kenyataan Azmin yang memberi amaran kepada SNAP supaya tunduk kepada apa yang ditetapkan oleh PKR itu adalah satu bahasa politik yang tidak matang jika dilakukan applikasinya di Sarawak. Sudahkah PKR berunding secara khusus denga DAP dan anggota PR yang lain sebelum meluahkan perasaan yang agak tidak cerdik itu?

Bagi Sarawak kaedah yang paling baik untuk menghadapi BN ialah dengan memberikan kelebihan kepada parti-parti tempatan yang lebih lama dan memahami keadaan di negeri itu, terutamanya SNAP. Dalam pada itu PKR mesti faham bahawa SNAP juga sedang menjalini hubungan dengan MCLM yang juga merupakan satu kumpulan yang inginkan representasi di Sarawak di dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Sesungguhnya usia SNAP lebih lama dari usia PKR dan memebrikan kelebihan kepada parti-parti tempatan merupakan satu kompromi yang berkesan untuk menghadapi BN yang sangat besar kekuasaan kewangan dan kemudahan yang lain.

Jika ada kompromi yang baik dan mempunyai matlamat yang satu maka tumpuan kepada 30 kerusi Dayak dan Iban yang pernah mewakili mereka di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak dan pernah menjadi komponen yang besar di dalam BN Sarawak dan di wakili di dalam kabinet Sarawak. Disinilah lebihnya UMNO kerana sanggup berkorban dengan rakan-rakan komponen dan bersetuju tidak diwakili didalam legislative persekutuan dan negeri dari Sarawak.

Pemimpin PKR sepatutnya menumpukan usaha memberikan sokongan kepada komponennya di Sarawak jika SNAP bersetuju untuk menjadi komponen kepada PR. Jika titik pertemuan tidak tercapai maka akan ada perentapan di antara SNAP dengan PKR di kawasan-kawasan Iban dan Dayak yang akan memberikan kemenangan mudah kepada BN di dalam mana-mana pertandingan 3 penjuru di Sarawak.

Kali ini kita lihat samada PKR mempunyai kematangan dalam mengendalikan ‘coalition’ yang lebih besar.

03 March 2011

Wajarkah BN terus diberi mandat semata-mata kerana budi lama?

Sejak beberapa hari yang lepas saya telah melayari banyak tulisan dalam blog-blog yang saya jarang melayarinya. Saya telah banyak membaca pandangan-pandangan politik yang berbeza diantara satu dengan yang lain dan itu merupakan lumrah di dalam sebuah negara demokrasi seperti di negara kita. Kalau hendak diulas kesemuanya agak mustahil kerana ruang dan masa yang terhad untuk saya melakukannya. Tetapi saya sangat tertarik dengan tuduh menuduh di antara satu pihak dengan pihak yang lain.

Penyertaan Zairil Khir Johari ke pari DAP di ulas oleh beberapa penulis yang dikenali ramai dan menganggap Zairil seolah-olah tidak patriotik dan tidak setia kepada negara. Anak muda ini dicemuh dan dianggap tidak mempunyai semangat Melayu dan berbagai-bagai lagi panggilan terhadapnya.

Saya berdiri bukan untuk membela Zairil tetapi semata-mata untuk kita perbetulkan definasi-definasi tentang kesetiaan kepada negara dan bangsa yang kini dipandang dari sudut yang sempit dan tidak membawa faedah kepada diri masing-masing mau pun kepada negara.

Pada pandangan saya seorang yang setia dan patrriotik kepada negara dan bangsanya ialah orang yang tidak melakukan perkara-perkara yang boleh merosakan negara dan rakyatnya. Pandangan ini juga boleh kita lebarkan kepada badan-badan siasah dan apa-apa organisasi yang sepatutnya memberikan perlindungan kepada elemen keluhuran dan kebersihan kepada kerajaan serta negara lebih-lebih lagi melindungi maruah dan harta benda kepunyaan rakyat.

Pertamanya kalaulah benar kita mengambil initiatif yang kuat untuk menjadikan sistem demokrasi sebagai sistem yang kita yakini, maka yang paling utama kita perlu terima ialah setiap pertubuhan politik yang terdaftar dengan pendaftar pertubuhan itu adalah halal. Apabila pertubuhan politik itu diterima oleh negara ianya memberi makna yang pertubuhan itu boleh bergerak tanpa ada elemen-elemen yang merbahayakan negara.

Parti Komunis Malaya (PKM) merupakan satu-satunya pertubuhan politik yang diharamkan oleh kerajaan kerana parti itu telah mengangkat senjata untuk berkuasa di negara ini. Selain dari itu pertubuhan politik yang ada sekarang adalah pertubuhan politik yang di halalkan dan boleh bergerak mengikut undang-undang yang digubal dan ianya termasuklah DAP, UMNO, MIC, MCA dan yang lain-lain.

Sejak mencapai kemerdekaan UMNO yang mengetuai ‘coalition’ PERKATAN dan kemudiannya Barisan Nasional (BN) dengan jumlah parti yang bertambah di dalamnya telah mendapat mandat untuk mentadbir negara dan rakyat. Lima dekad pentadbiran BN telah membawa negara ke arah kemajuan dan pembangunan negara dengan pemikiran rakyat.

Tetapi apa yang terjadi sekarang ialah kelalaian kita sebagai pihak yang memerintah tidak mampu untuk berfikir dan berubah mengikut peredaran zaman dan masanya. Pimpinan kita sekarang merasakan bahawa negara ini adalah kepunyaan parti kita bukannya rakyat, maka apa-apa juga yang dilakukan oleh pihak yang lain untuk membetulkannya dianggap sebagai satu kesalahan besar dan dianggap berhak untuk dihina dan dinesta.

Kita mesti menerima hakikat yang perasuah itulah sebenarnya penderhaka kepada negara. Perasuah itu merupakan mereka yang telah memerah keringat rakyat dan negara maka merekalah sebenarnya yang penderhaka. Pemimpin yang menyalah gunakan kuasa itulah sebenarnya penderhaka yang terbesar kepada negara. Menteri-Menteri Besar yang mengaut keuntungan peribadi itulah sesungguhnya penderhaka kepada rakyat dan negara.

Ketua-ketua Menteri yang berkuasa dengan sepernuhnya yang telah menarah dan memperkosa tanah dan hutan rimba untuk kekayaan yang tidak ternilai banyaknya itulah penderhaka kepada rakyat.

Kita masih berfikir di takok lama dan telah sebati anggappan yang negara ini adalah hak kepimpinan kita sahaja dan jika ada usaha pihak parti lain untuk mendapatkan mandat pengundi itu adalah satu kesalahan. Budaya dan pemikiran seperti ini telah tertanam sehinggakan ‘bercakap benar itu adalah dicegah’ dan ‘berkata benar itu adalah penderhaka’ semata-mata untuk meneruskan kuasa.

Kekurangan yang nyata yang ada kepada kita ialah budaya melakukan introspeksi terhadap kita sendiri. Kita tidak berkemampuan untuk melihat kesalahan dan kesilapan kita secara objektif. Apabila kita tidak melakukan introspeksi ini maka kita akan dipandang sebagai pihak yang statik dan tidak ‘abreast’ tentang perubahan yang diingini oleh rakyat mengikut masa dan waktunya.

Sebagai parti pemerintah pemimpin UMNO dan BN yang telah diberi mandat selama lebih dari lima dekad mesti memahami dan tahu sebab yang menyebabkan sebahagian dari rakyat menolak kita dari terus menuduh anak-anak muda seperti Zairil dan yang lain-lain membelakangkan UMNO dan BN. Isu ini telah terlalu banyak kali diulas tetapi pemimpin kita masih belum faham lagi sebab yang sebenarnya mereka kenapa mereka menjauhi parti yang dikatakan telah berjasa begitu besar kepada rakyat dan negara.

Muammar Gadaffi merupakan akitek pembangunan Libya. Libya telah menjadi negaranya ‘vibrant’ dari segi ekonomi dibawah pimpinannya. Libya telah keluar dari kelompok negara mundur dan ramai teknokrat-teknokrat dari barat telah tiba di Libya untuk tujuan perniagaan dan melakukan kerja professional sejak hampir dua dekad lalu.

Tetapi rakyatnya tetap memberontak terhadap beliau dan meminta beliau turun dari kuasa dan ada yang ingin melihat beliau meninggalkan negara Libya secepat yang mungkin. Apa kah rakyat Libya tidak berterima kasih kepada Gadaffi? Apa kah rakyat Libya terpaksa memberi sokongan kepada beliau secara berteruan semata-mata kerana jasa beliau membangunkan negara Libya itu?

Rakyat menolak Gadafi kerana sikapnya yang tamak haloba dan memperkosa kekayaan negara melalui kroni-kroni beliau di dalam dan luar negara. Jasa beliau banyak kepada Libya tetapi beliau tida terlepas dari hukuman dari rakyat kerana tidak amanah. Sekarang semua harta beliau diluar negara telah dibekukan oleh kerajaan-kerajaan negara di mana beliau menyimpannya.

Persoalan ini perlu kita beri jawapan secara betul kerana tendensi pemimpin kita mengungkit apa yang telah BN lakukan itu mesti dibalas dengan sokongan yang berterusan dan melupakan apa-apa kesalahan yang besar terhadap negara dan rakyat semasa membangunkan negara. Kerana BN telah membangunkan negara pemimpin-pemimpin kita mengkit-ngungkit apa yang telah dibangunkan oleh mereka. Mereka berfikir seolah-olah wang dan dana membangunkan negara itu adalah duit rakyat termasuk cukai-cukai yang dikutip dari individu-individu termasuk ahli-ahli PAS dan DAP.

Mereka lupa mereka melakukan pembangunan telah dibayar dengan gaji serta kemudahan (perks) yang begitu besar dan hidup bermewah-mewahan yang tiada batasnya. Rakyat memerhatikan gelagat mereka dengan rapi dan mereka tahu mereka bermewah-mewahan dengan wang rakyat.

Di negara kita rakyat di mana-mana pun masih bercakap tentang apa ‘relevance’nya ETP yang dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini. Mereka beranggapan yang projek ETP tidak dirasakan oleh rakyat secara menyeluruh kerana mereka beranggapan yang hanya segelintir dari rakyat yang merasakan nikmatnya.

Setakat ini projek yang terlalu raksaksa seperti MRT hanya dirasakan nikmatnya oleh GAMUDA-MMC dan hanya beberapa syarikat yang lain seperti Ekovest yang merasakan kepentingan di dalam ETP itu. Di belakang syarikat-syarikat ini kedapatan nama-nama keluarga yang ternama yang bergelar, sedang rakyat yang ramai tidak merasakan apa-apa nikmat darinya. Rakyat ramai sebaliknya dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi dan penarikan kembali subsidi-subsidi yang mereka nikmati selama ini.

Rakyat bukannya menolak tidakan kerajaan menarik balek subsidi-sibsidi tersebut tetapi mereka kesal pengorbanan mereka diberikan faedahnya kepada mereka-mereka yang dari keluarga ternama dan bergelar tadi yang mempunyai pengaruh di kalangan pucuk pimpinan negara. Teguran ini telah dibuat acap kali tetapi tidak ada reaksi yang menggalakkan dari pimpinan negara dan kerajaan. Samada mereka tidak memahami apa yang diperlukan oleh rakyat atau pun sengaja tidak mahu mengambil peduli tentang keresahan yang dialami oleh orang ramai.

Apabila DAP atau PAS telah menunjukan kemampuan mentadbir beberapa buah kerajaan negeri dengan lebih baik dari apa yang rakyat di negeri-negeri tersebut alami maka rakyat mendapat bukti bahawa tuduhan oleh pihak kita yang parti lain tidak mampu mentadbir merupakan hanya tuduhan yang disandarkan kepada tuduhan politik semata-mata.

Jika kerajaan-kerajaan tempatan di Pulau Pinang telah menunjukan kemampuan untuk menunjukan akaun yang ‘surplus’ sejak DAP memerintah negeri itu anak-anak muda mula bertanya; bukankah itu yang rakyat mahukan? Salahkah jika rakyat dibuktikan bahawa semua kerugian dan defisit yang dialami oleh kerajaan-kerajaan tempatan P Pinang semasa GERAKKAN, UMNO dan MCA mentadbir negeri itu dahulu adalah disebabkan ketirisan yang berlarutan?

Betul kah tindakan kita meminta rakyat P Pinang untuk membalas budi kita kerana membangunkan negeri itu dahulu, walaupun BN tidak lagi bersih seperti dahulu? Takkanlah kerana jasa lama kita mahukan rakyat terus memberikan kuasa walaupun pemimpin-pemimpin BN di negeri itu telah melakukan salahguna kuasa yang tidak berhenti-henti.Kalau seorang ayah telah termakan budi seseorang, takkanlah si ayah akan membiarkan orang yang berbudi kepadanya sewenang-wenangnya memperkosa anak isterinya semata-mata untuk membalas budi.

Bukakah negeri ini adalah negeri kepunyaan rakyat? Mereka berhak untuk menggantikan pentadbiran yang tidak telus walaupun sudah banyak berjasa. Kejatuhan BN di Pulau Pinang adalah disebabkan kelemahan pemimpinnya. Oleh itu jika BN bercita-cita untuk mengambil alih balek sokongan rakyat siapakah pemimpin yang BN hendak tomjolkan untuk meneraju kepimpinan P Pinang?

Jika kita masih mengharapkan pemimpin yang telah ditolak semasa pilihanraya yang lalu, bagaimana rakyat hendak menyokongnya kerana rakyat menolak BN kerana ketidak jujuran mereka?

Sebenarnya inilah delima yang dihadapi oleh BN di semua negeri-negeri yang ditadbir oleh PR sekarang. Keadaan yang sama berlaku di Selangor dan yang lain-lain.

Masakan rakyat mahu percaya kepada mereka yang sudah ditolak? Di Selangor, Kedah P Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan BN sebenarnya sedang menghadapi delima untuk memilih pemimpin yang berwibawa untuk menandingi pemimpin-pemimpin yang ditonjolkan oleh PR khususnya DAP dan PAS.

Selagi BN tidak dapat mencari ganti kepada pimpinan yang pernah ditolak rakyat untuk mengambil alih dari kerajaan PR maka ianya akan ‘crash even before taking off’ kerana rakyat mahukan kepimpinan yang berimej baru yang bersih.

Tidak usahlah mengharapkan ralyat untuk menerima program-program pembangunan yang besar-besar jika manusia yang memimpinnya tidak ada kredibiliti yang secukupnya untuk mentadbir kerajaan.

Kepada yang sudah ditolak oleh rakyat itu berhentilah secara ‘voluntary’ dan duduklah minum kopi dengan saya di kedai-kedai mamak yang ada sedikit kebersihan di premis-premis perniagaan mereka.

Jangan marah-marah dengan saya kerana memberi pandangan seperti ini.