28 November 2010

PKR bergelumang dengan masalah, BN masih bergelumang dengan salah laku

PKR sedang menghadapi dugaan besar dan ianya boleh dilihat dengan jelas semasa PKR mengadakan Persidangan Agungnya hari pertamanya semalam. Baik di dalam atau di luar Dewan Persidangan keadaan tidak tenteram dilihat berlaku.

Di luar dewan sekumpulan ahli PKR menunjuk perasaan kerana tidak berpuas hati dengan cara pemilihan dikendalikan oleh jawatankuasa pemilihan parti dan ini tentunya lanjutan kepada keputusan Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada pertandingan jawatan Timbalan Pesiden PKR dan seterusnya meninggalkan parti itu.

Dalam keadaan kepincangan semasa persidangan agung tahunannya, persidangan itu telah mengambil ketetapan untuk memberikan sokongan padu kepada Anwar Ibrahim sebagai pemimpin de facto PKR. Walaupun ada cadangan dari Wanita PKR untuk dijadikan Anwar sebagai pemimpin de facto diwujudkan secara formal dan dimasukkan ke dalam perlembagaan parti namun Wan Azizah, Presiden parti itu menolak usul itu kerana struktur kepimpinan yang ada adalah baik dan tidak perlu dipinda atau dianjak.

Hasil daripada perbalahan yang berlaku di dalam PKR ada pihak yang bertentangan dengan parti itu merasa gembira dan menganggapnya sebagai hikmah bagi mereka yang sedang berkuasa. Ada pihak mengambilnya sebagai proses ‘elimination’ dalam PKR dan yang tinggal itu adalah yang benar-benar setia sahaja yang akan bergerak dengan lebih cemerlang pada masa yang akan datang dan akan memberikan kekuatan kepada parti itu.

Apa pun pandangan dan persepsi siapa pun ianya tidak bermakna UMNO dan BN akan pasti mendapat ‘advantage’ dalam pilihanraya yang akan datang. Jika kepimpinan UMNO dan ahli-ahlinya merasakan ini akan pasti membawa kemenangan kepada BN ini merupakan satu pandangan dan persepsi yang amat salah.

Kalau diimbau kembali apa yang berlaku dalam pilihanraya yang lalu PKR semasa itu belum pun stabil malahan PKR menghadapi masalah untuk mencari calon-calon untuk diturunkan bertanding. Itulah sebabnya ramai di antara ahli-ahli Legislative samada di Parlimen atau di Dewan-Dewan Undangan negeri adalah dari mereka yang tidak mempunyai ‘disposition’ yang baik dan PKR wajar menggantikan mereka untuk menjamin penerimaan pengundi-pengundi. PKR hanya menangkap muat sesiapa sahaja yang mahu dan rela diturunkan sebagai calon semasa itu.

Ramai penyandang yang ada mewakili PKR sekarang ini tidak akan mendapat kemenangan kali ini jika mereka tidak digantikan dengan calon-calon yang lebih baik dari mereka yang ada sekarang ini.

Jika PKR benar-benar serius untuk menjadi parti ‘alternative’ maka calon-calonnya mestilah dari mereka yang berwibawa dan mempunyai pembawaan peribadi yang baik dan dikenali oleh pengundi-pengundi tempatan. PKR mesti berani dan mempunyai kekuatan untuk berubah kerana sokongan yang diperolehi dalam pilihanraya yang akan tidak sama dengan sokongan yang didapati dalam pilihanraya yang lalu.

Jika PKR tidak berusaha untuk mencari calon-calon yang baik maka ianya akan mengalami apa yang dialami oleh UMNO. UMNO sedang menghadapi dilemma pemilihan calon-calon pilihanraya kerana memilih calon-calon dari kalangan pemimpin bahagian dalam mana mereka menduduki barisan kepimpinan bahagian melalui proses pemilihan yang tidak legitimate.

Budaya ‘patronizing’ dalam UMNO menjadikan mereka yang tidak layak menjadi barisan kepimpinan banyak bahagian-bahagian di seluruh negara. Budaya ini juga agak jelas berlaku di dalam PKR, tetapi tidak seburuk yang berlaku di dalam UMNO kerana kaedah pemilihan secara ‘direct’ yang dilakukan dalam PKR sedikit sebanyak telah memilih mereka yang dikenali dan disukai dari kalangan mereka yang keluar mengundi.

Tetapi oleh kerana tidak ramai dari ahli keluar membuang undi dalam pemilihan parti kali pertamanya ini, maka pimpinan yang dipilih tidak lah begitu ‘representative’ kepada kehendak ramai.

Yang akan menjadi asas penghakiman dari rakyat ialah samada parti pemerintah bersedia untuk menjadi hamba kepada rakyat dan memberikan khidmat kepada mereka seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan negara maju yang secara ‘relative’nya lebih telus dan ‘people friendly’.

Samada PKR dan PR mampu untuk menerima dugaan politik yang besar ini bukan menjadi hal sangat. Yang lebih penting ialah samada UMNO dan BN mampu berubah.

UMNO sebagai parti pemerintah masalah perhubungan di antara ahli-ahli, walaupun ada perpecahan tetapi kuasa yang ada pada UMNO itu boleh membendung perpecahan itu dari dilihat dan ditutupi dari pemerhatian rakyat.

Tetapi didalam pilihanraya keputusan mereka untuk mengundi hanya akan dibuat di dalam bilik mengundi dan di sanalah akan dinyatakan segala keluhan dan gulana mereka. Ahli UMNO tidak akan keluar parti tetapi mereka mempunyai keberangkalian membelakangkan partinya dalam bilik mengundi. Itu pun yang berlaku di dalam pilihanraya yang lalu di mana hanya 2 juta ahli UMNO yang memberikan undi kepada parti mereka sedangkan ahli-ahli UMNO adalah seramai 3.2 juta orang.

Rakyat masih keliru dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan kerana semua peluang yang mega hanya diperolehi oleh segelintir kumpulan atau kroni yang hampir dan berkuasa dalam dunia korporat tanah air. Segala yang asas yang mampu dilakukan oleh GLCs dan badan-badan yang mempunyai kepenting Bumiputra dan rakyat keseluruhannya diberikan kepada syarikat besar-besar yang sama sejak pertengahan 80-an dulu.

Yang terakhir kita telah mendengar bagaimana YTL telah diberikan ‘head start’ untuk mengendalikan 700 MHz spectrum. YTL diberikan contract untuk menyiapkan ‘infrastructure’ kepada projek mega ini. Kenapa ‘infrastructure’ ini tidak dilakukan oleh Telekom sendiri kerana YTL akan mengambil kesempatan untuk membohongi semua pihak yang kos ‘infrastructure’ itu hanya memakan kos tidak sampai RM 250 juta.

Jika Telekom tidak mahu membina kemudahan asas untuk 700 MHz ini kita ada Khazanah dan banyak lagi GLCs yang berkemampuan untuk menyediakan kemudahan asas ini dengan kos yang rendah. Kenapa YTL begitu istemewa dan kenapa pihak lain yang mempunyai pengetahuan tentang isu ini tidak diberikan kesempatan. Semua orang tahu YTL tidak mempunyai apa-apa pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ini dan bidang ini bukanlah 'core' bisnes bagi konglomerat istimewa ini. Yang hanya ada keada YTL ialah kepandaian menjual tenaga eletrik kepada TNB dengan pembayaran diperolehi setiap minggu.

Kenapakah GLCs atau 'public companies by Guarantee ini tidak kembali kepada asas dan tujuan GLCs ini diwujudkan. Bukan tidak ada dasar yang ditetapkan oleh kerajaan lebih dari 3 dekad dahulu dalam penubuhan syarikat-syarikat kerajaan ini. Kenapa penggubal dasar dan pelaksana tidak mengikut dasar-dasar yang telah ditetapkan itu? Nampaknya GLCs yang ada pada hari ini hanya menonjolkan dan mebina ego dan glamour ketua-ketua eksekutif mereka sahaja. Segala dasar yang ada tidak diendahkan secara total.

Saya akan menulis tentang isu ini kerana ianya mempunayi elemen salahguna wang rakyat yang dilakukan secara terancang. Jika projek seperti ini terus diberikan kepada YTL untuk mengendalikannya maka kos kehidupan rakyat akan menjadi tinggi kerana kemudahan ini akan diguna pakai oleh semua lapisan rakyat tidak lama lagi.

Kos penyelengaraan ini harus dan wajar dilakukan oleh Telekom, PNB, Khazanah dan badan-badan yang berkepentingan orang Melayu agar ianya akan membolehkan rakyat membayar perkhidmatannya dengan lebih murah.

Kepada Najib, anda wajar diingati; yang akan menggunakan perkhidmatan ini adalah rakyat maka ini sepatutnya diberikan perhatian serius kerana kos kehidupan yang akan dialami oleh rakyat akan bertambah dengan begitu tinggi jika segala parcel projek ini diberikan kepada YTL untuk mengendalikannya.

Rakyat kena tahu isu ini sampai keakar umbi. MCMC wajar diperhatikan dengan teliti dan kita lihat samada badan ini mempunyai moral dan integriti yang baik dalam isu ini.

Jika isu ini tidak mendapat jawapan yang memuaskan, ia akan memberikan kemampuan PKR untuk melalui dugaan yang mereka sedang hadapi kerana parti itulah yang akan menjadi pilihan untuk melakukan protes terhadap ketidakadilan pembahagian peluang yang ada dalam negara ini.

Rakyat jemu dengan tanggungjawab menjaga kepentingan parti yang memerintah, tetapi apabila berjaya yang memakan serta ‘muntah kedarah’ segala kekayaan negara diberikan kepada kumpulan manusia yang sama yang berkemampuan untuk membayar segala ‘favors’ yang mereka dapati itu dalam bentuk rasuah dan bermacam-macam lagi.

Rakyat dijadikan seperti kerbau di sawah; membajak pagi hingga ke petang, tetapi yang kenyang hanyalah seekor dua tikus di dalam kepuk padi.

26 November 2010

Persepsi negatif rakyat: Mampukah UMNO memperbaikkinya?

Membersihkan persepsi yang tercemar merupakan satu usaha yang jarang mendapat kejayaan didalam masa yang singkat. Seseorang yang tercemar imejnya memakan masa yang panjang untuk dilupakan oleh masyarakat walaupun seseorang itu sudah memperbaikki dirinya dari segala kesalahan dan noda.

Lama kelamaan masyarakat dalam kariah atau daerah dan negeri itu akan melupakan zaman sejarah silam yang buruk dan ditambah pula dengan kerja kebaikkan yang dilakukannya terhadap diri dan masyarakat sekelilingnya itu akan memadamkan segala prasangka buruk terhadap dirinya.

Begitu jugalah halnya dengan pertubuhan dan kepimpinannya. Jika pertubuhan dan kepimpinannya sudah dirobekkan imejnya maka ianya akan memakan masa yang sangat lama untuk memulihkan kembali keyakinan orang ramai terhadapnya. Pertubuhan politik tidak terhindar dari mengalami keadaan ini dan banyak pertubuhan politik dalam dunia ini jatuh kerana persepsi buruk rakyat yang mengundi didalam pilihanraya.

Persepsi buruk sesebuah parti atau pertubuhan politik itu tidak timbul dengan sendirinya. Buruk atau baiknya pandangan sesebuah parti itu adalah bergantung kepada pemimpin-pemimpin serta sikap ahli-ahli yang menganggotainya. Maksudnya disisni ialah sikap dan nilai perjuangan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya yang memberikan persepsi yang baik atau sebaliknya dari rakyat jelata.

Sesungguhnya inilah masalah yang dihadapi oleh UMNO dan komponen yang berada didalamnya. Persepsi buruk seperti rasuah dan salah guna kuasa merupakan elemen yang telah menjejaskan UMNO dan BN sehinggakan parti pemerintah itu telah mendapat amaran yang begitu kuat dari dari rakyat dan telah hampir tersungkur didalam pilihanraya dahulu. Mujurlah Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) telah menyelamatkan keadaan dan BN mampu lagi memerintah kerajaan pusat walaupun dengan majoriti yang tipis.

Apabila kepimpinan negeri-negeri yang BN telah ditewaskan, usaha untuk kembali mendapat kepercayaan merupakan perkara yang amat getir dan sehingga sekarang belum lagi kita melihat kemajuan yang dicapai oleh pimpinan UMNO dinegeri-negeri tersebut. Ini adalah disebabkan oleh rakyat yang bertindak menolak mereka kerana sudah hilang kesabaran mereka melihat segala tindakkan pimpinan negeri-negeri tersebut yang semuanya diambil ‘for granted’ oleh pemimpin-pemimpinnya.

Apabila pimpinan yang membawa kejatuhan parti pemerintah itu juga untuk dijadikan ketua untuk merampas kembali negeri-negeri yang telah jatuh ketangan pembangkang itu, maka keberangkalian UMNO akan diterima kembali amatlah tipis. Kita mesti ingat rakyat menolak UMNO dinegeri-negeri tersebut kerana kepimpinannya, maka jika dipergunakan juga pemimpin yang sama untuk dipertanggungjawabkan untuk merampas kembali pemerintahan tindakkan itu merupakan tindakkan yang boleh dianggap silap dan penolakkannya akan terus menerus dilakukan oleh rakyat.

Sekarang ini pun masih ada kepimpinan negeri yang tidak dihormati ramai tetapi UMNO masih tidak mahu membesarakan mereka kerana permainan politik ampu mengampu yang tidak terbatas. Semua orang mempunyai persepsi yang Negeri Sembilan dan Pahang perlukan bayangan yang Pengerusi Perhubungan mereka wajar dibesarakan tetapi UMNO masih berdegil dan rela mengambil risiko menghadapi kekalahan dalam pilihanraya yang akan datang.

Itu diperingkat negeri. Bagaimana pula diperingkat pusat pula? Formulanya sama. Kejatuhan banyak kerusi Parlimen merupakan indikasi jelas yang pimpinan kerajaan pusat itu lemah. Rakyat akan tetap melihat UMNO itu berkepimpinan yang lemah walaupun pemimpin utamanya telah meletakkan jawatan dan bersara.

Ini disebabkan orang yang mengambil alih itu adalah dari kumpulan pemimpin yang telah bersara itu dan pemimpin yang mewarisi kepimpinan lemah itu memang sepatutnya mengambil ‘accountability’ bersama. DS Najib merupakan pemimpin yang menjadi Timbalan kepada pemimpin yang bersara itu dan beliau wajar mengambil ‘accountability’ bersama. Begitu juga Muhyiddin Yassin, Muhyiddin adalah salah seorang jemaah kepimpinan yang ditolak walaupun beliau diterima dikawasan beliau diPagoh.

Saya memilih untuk menulis isu ini kerana dengarnya kita akan menghadapi pilihanraya umum tidak berapa lama lagi, maka isu persepsi rakyat yang mengundi itu amat penting untuk diperbaikki. Tetapi seperti yang diperkatakan tadi persepsi ini amat rumit untuk melalui pembaikkannya.

Selain dari rakyat menghadapi muka dan pemimpin-pemimpin yang sama, cakap-cakap tentang kegiatan rasuah dan salahguna kuasa masih lagi menjadi isu dimana-mana. Imej itu masih tidak mampu dibersihkan. Walaupun pimpinan sedang mencuba berbagai cara seperti mengumumkan berbagai bagai pelan pembangunan banyak diantara yang diumumkan dan dirancang untuk dilaksanakan telah mendapat tentangan rakyat yang ramai.

Contohnya rakyat menolak cadangan PM untuk membina Warisan Merdeka setinggi seratus tingkat ianya telah menjadi bahan kritikkan ramai. Jika membina bangunan tinggi-tinggi itu boleh menjamin kemenangan maka elok setiap kerajaan negeri membina bangunan seratus atau dua ratus tingkat dan seterusnya memenangi pilihanraya. Tetapi itu bukanlah keadaannya.

Ketinggian bangunan bukanlah modal yang baik untuk menjadikan UMNO dan BN terus menerus mendapat mandat rakyat. Yang penting ialah apa faedahnya yang didapati oleh orang ramai dan ketelusan pembinaan itu dari segi kos dan siapa yang mendapat faedah darinya. Tidak ada dalam dasar perjuangan UMNO untuk membina bangunan tpencakar langit. Yang ada ialah menyatukan bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain seperti yang termaktub dalam Bab 3 perlembagaan parti.

Perlu diingat apa-apa juga cadangan pembangunan yang ingin dilakukan mesti pastikan yang rakyat tidak terhidu potensi berlakunya rasuah yang menggunakan wang rakyat yang keterlaluan. Sekarang rakyat sentiasa memerhatikan tidakkan pemimpin kerajaan kerana pengalaman yang sudah-sudah. Rekod penyalahgunaan kuasa yang keterlaluan dahulu menjadi igauan rakyat dan mereka tidak ingin lagi perkara-perkara seperti iu berulang kembali.

Terlalu banyak ‘express project’ yang besar-besar yang dilakukan oleh pimpinan lapan puluhan dahulu telah membuahkan budaya rasuah yang terancang dan sejarah kepimpinan Dr Mahathir pasti akan dihakimkan oleh ‘magnitude’ kegiatan rasuah dizamannya. Ramai orang mungkin tidak bersetuju tetapi jika sama-sama kita berusia panjang sama-samalah kita saksikan apa yang saya nyatakan ini berlaku.

Budaya buruk ini diwariskan kepada pemimpin-pemimpin seterusnya sehingga kehari ini. Semakain hari semakin berani saya menyatakannya kerana bukti-bukti kehancuran yang diwarisi oleh kerajaan yang rasuah sudah mula dilihat dan dirasakan oleh rakyat jelata amnya. Segala rancangan yang cantik dan molek yang diumumkan tidak mungkin dapat memperbaikki imej kerajaan kerana rata-rata rakyat tahu perlaksanaannya tidak akan serupa perancangan yang diumumkan kepada rakyat.

Banyak pihak ragu-ragu terhadap perlaksanaan segala rancangan-rancangan pembangunan itu. Amalan rasuah merupakan penyakit yang sukar dihapuskan kerana penyakit itu sudah terbiar sejak lebih dari dua dekad yang lalu dan telah merebak tanpa mampu dibatasi. Perancangan yang baik tanpa sistem ‘delivery’ yang baik tidak akan membawa apa-apa makna kepada rakyat dan negara. Justru rakyat tetap akan menghakimkan kepimpinan kita tidak berapa lama lagi.

Walaupun masa sudah tinggal sedikit kita masih mempunyai waktu untuk merobah imej dan persepsi parti dan kerajaan yang memerintah dengan melakukan perubahan yang ‘structural’. Mahu tidak mahu UMNO dan BN wajib berwajah baru untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Tunjukkan kepada rakyat yang UMNO mempunyai kudrat untuk berubah dengan menampilkan ‘facet’ yang baru dengan kepimpinan yang diketuai oleh orang yang tidak berada didalam jemaah kepimpinan yang sedang diragui oleh rakyat. Pemimpin yang melakukan kesalahan dan kesilapan besar adalah mustahil untuk dipaparkan sebagai pimpinan yang baik.

Wajah baru wajib ada kepada UMNO. Kita terpaksa lakukan seolah-olah kita memulakan sebuah negara baru yang berbentuk politik yang baru yang diasaskan kepada perlembagaan negara yang kita ada. Jika pemilihan Perdana Menteri selama ini dilakukan mengikut ‘convention’ yang ada, iaitu Presiden UMNO menjadi PM, kali ini kita lakukan dengan memilih seorang ahli Legislative Melayu yang lain yang mendapat keyakinan majoriti Dewan Parlimen.

Insya Allah UMNO dan BN akan kembali sembuh seperti sediakala. Yang lebih baik lagi kita adakan ‘unity government’ yang mewakili setiap kaum dan parti seluruh negara.

Rakyat sebenarnya mahukan harapan baru untuk kemajuan pembangunan segala bidang dalam negara kita. Untuk menghilangkan persepsi yang buruk ini UMNO perlukan imej dan rupa bentuk kepimpinan yang baru yang agak asing dari apa yang kita lihat hari ini.

Jika ini dapat kita lakukan maka wajah yang baru ini akan mudah untuk diterima rakyat keseluruhannya. Tentunya ramai dan banyak pihak perlu melakukan pengorbanan. Jika ramai pemimpin terpaksa berundur dan bersara mereka mesti lakukannya dengan penuh kejujuran semata-mata untuk menyelamatkan UMNO dan BN pada masa yang akan datang. ‘Anything less’ akan membawa kehampaan untuk melihat UMNO it terus dihormati dan didukung rakyat.

22 November 2010

Kok tolangga maso naik dan tolando maso turun, hanya kemaafan yang saya pinta


Saya tidak mendekati komputer sejak lebih dari satu minggu kerana agak sibuk dengan persediaan majlis makan malam sempena perkahwinan anak lelaki saya Wan Mohd Shafiq dan pasangannya Rini. Alhamdulillah ramai rakan dan sahabat saya yang hadir dan hampir kesemua jemputan seramai 1,500 orang itu menghormati undangan saya sekeluarga. Saya bersyukur kerana masih ramai kawan-kawan yang mahu menerima jemputan saya walaupun sesetengahnya sudah lama tidak saya temui.

Saya menjunjung kasih yang tidak terhingga kepada Kebawah Duli Tuanku Yang DiPertuan Besar NS Darul Khusus di atas sudi pekenan Tuanku mencemar duli ke majlis saya yang tidak sepertinya itu. Keberangkatan Tuanku memberikan seri kepada majlis saya itu dan kehadiran YBM Tengku Razaleigh Hamzah juga memberikan inspirasi kepada saya sekeluarga.


Rakan-rakan dan teman-teman seperjuangan ramai yang hadir. Antaranya ialah YB Khairy Jamaluddin dan Datuk Zaid Ibrahim. Saya bergembira menerima kedatangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Dato' Manan Othman, Dato' Mazlan Harun, Tamrin Ghaffar, Dato' Osu Haji Sukam, Dato’ Fahmi Ibrahim dan ramai lagi rakan-rakan yang tidak dapat saya sebutkan nama mereka satu persatu.

Di kalangan rakan blogger pun ada yang muncul menerima jemputan ikhlas saya; antaranya ialah Sdr Sayuti Omar, Sallahuddin dan Zakir. Tidak dapat saya mengucapkan perkataan yang lebih tinggi daripada ucapan terima kasih daun keladi, kalau saya jemput mesti datang lagi.

Kehadiran sahabat-sahabat lama ini sangat memberikan perangsang kepada saya dan ianya membayangkan bahawa saya masih ada yang bersedia untuk berkawan dan bersahabat dengan saya. Yang lebih menggembirkan ialah perjumpaan di antara kawan-kawan yang sudah lama tidak berjumpa. Saya dapat perhatikan perasaan kegembiraan di antara mereka sambil menjamah hidangan yang saya berikan yang saya tidak tahu samada sedap atau pun tidak. Tetapi yang penting sahabat-sahabat saya bertemu kembali di dalam majlis anjuran saya dan itu membuatkan saya gembira.



Para jemputan nampaknya agak seronok dengan hidangan lagu-lagu moden dan tradisi dan ditambah pula dengan kehadiran dan persembahan Steve Thornton, seorang pemuzik percussion antarabangsa yang terkenal yang kebetulan menjadi salah seorang daripada tetamu saya pada malam itu. Persembahan permainan percussion dari Steve itu memberikan hiburan yang sangat memberangsangkan pada malam itu.

Saya tidak mampu untuk memanjangkan jemputan kepada semua yang saya kenali kerana ruang yang tidak mencukupi di rumah saya. Ruang hanya mampu untuk menempatkan 1,500 orang sahaja dan saya akan menjemput rakan-rakan yang lain yang belum saya jemput di dalam majlis perkahwinan anak-anak saya yang lain nanti.

Pengakhirnya saya tetap bersyukur di atas kelancaran majlis perkahwinan anak lelaki saya itu dalam keadaan cuaca yang baik. Mendapat cuaca yang baik dalam musim hujan ini merupakan kesyukuran yang tidak terperi besarnya kepada Allah swt kerana menurunkan rahmat yang tidak terhingga kepada saya seisi keluarga.

Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kesudian tetamu undangan saya untuk menghadirkan diri-diri mereka dan budi baik serta ingatan mereka saya hargai sampai bila-bila.

Bercabang tiga gunung daik,
Di kaki subur pohonnya meranti,
Budi leluhur dibalas baik,
Dalam kenangan bersimpul mati.

Kok kurang susunannya bak sirih,
Kok kurang merahnya bak saga,
Kok kurang kuningnya bak kunyit,
Kok kurang lemaknya bak santan,
Dan kok kurang kuriknya bak batu permata,

Hanya kemaafan yang saya pinta.

Manalah tahu, kok tolangga maso naik, dan tolando maso turun, ampunkan saya dan jangan tak terima pula jemputan saya lain kali.

13 November 2010

Jangan berselindung di tempat yang terang

Insiden ‘May 13’ dijadikan isu oleh Utusan Malaysia beberapa hari yang lalu dan ini adalah petanda pilihanraya umum sudah hampir tiba. Insiden ’13 May’ ini telah menjadi isu tetap bagi BN setiap kali pilihanraya tiba. Utusan menganggap’May 13’ sebagai hikmah kerana jika tidak berlaku kejadian hitam itu ekonomi negara hanya diborong oleh satu pihak tertentu sahaja. Maksud satu pihak itu ialah kaum Cina.

Dalam kolum mingguan Datuk Zaini Hassan, beliau telah mencadangkan supaya insiden 13 May ini perlu dibaca oleh generasi yang akan datang dan memahami hakikat yang insiden itu adalah ‘blessing in disguise’ kerana dengan insiden itu maka kerajaan kita telah dapat mengenengahkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan telah memberi peluang kepada Bumiputra untuk bersama-sama menikmati kekayaan negara secara ‘equitable’.

Insiden berdarah itu jika dipandang dari sudut yang tertentu ianya relevan untuk diperingati sebagai pelajaran yang berguna untuk kita semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini dan ianya harus diketahui oleh generasi yang baru kita. Tetapi isu ini jika dijadikan sebagai alat kempen pilihanraya untuk mengugut rakyat supaya tidak memberikan perhatian kepada sesuatu pihak untuk kuasa, maka ianya adalah satu niat yang tidak baik.

Kejadian berdarah itu boleh dijadikan pelajaran oleh pihak yang menang yang merayakan kejayaan dengan mencemuh yang kalah seperti apa yang berlaku dalam tahun 1969 dahulu. Semasa itu parti yang didominasi oleh kaum bukan Melayu telah berarak dengan mencemuh Melayu dan ianya amat menyakitkan hati dan jiwa bangsa Melayu yang akhirnya membawa padah yang tidak baik kepada perhubungan diantara kaum dinegara ini.

Majlis Gerakkan Negara (MAGERAN) diwujudkan dan negara ditadbir oleh Majlis ini dibawah ordinan dharurat beberapa ketika. Dalam pentadbiran MAGERAN inilah pemimpin-pemimpin kita telah berunding dengan semua kaum untuk mencari punca dan sebabnya peristiwa itu berlaku. Hasilnya wujudlah satu dasar yang diterima pakai dan dihormati oleh semua pihak dan kaum, iaitu Dasar Ekonomi Baru yang telah banyak melaksanakan dasar ‘social and Economic Engineering’ yang telah memantapkan kembali keamanan dan perhububungan diantara kaum.

Memang dasar ini telah membawa banyak kebaikkan, bukan sahaja kepada kaum Bumiputra tetapi juga kepada pembangunan status ekonomi Bukan Bumiputra. Malahan dasar inilah yang telah melonjakkan ekonomi negara tetapi banyak pihak yang ‘memandai-mandai’ cuba untuk menafikan hakikat ini.

Sejak awal lapan puluhan dasar ini walaupun belum cukup tempoh perlaksanaannya, telah diabaikan oleh pucuk pimpinan negara kita sehinggakan kelalaian itu telah membawa kepada keadaan yang sedang kita alami pada hari ini; iaitu merosotnya perhubungan muhibbah diantara kaum yang telah terbina sejak DEB diwujudkan. Pengabaian ini melampaui kepada generasi yang sekarang ini dan mereka menganggap bahawa inilah keadaan yang sememangnya wujud kerana mereka tidak pernah merasakan hidup muhibbah diantara kaum sejak mereka lahir pada lapan puluhan dahulu sehinggalah sekarang.

Tetapi jika Utusan Malaysia menggunakan isu ini sebagai ugutan yang keadaan itu akan berulang jika pemerintah sekarang ini digagalkan dalam pilihanraya yang akan datang akan membawa kepada berulangnya insiden itu ianya merupakan satu pandangan yang tidak benar. UMNO tidak akan kekal kuat jika ianya bersandarkan kepada ugutan yang negara akan huru-hara jika parti ini digulingkan oleh pihak lawan dalam politik.

Rakyat sebenarnya sedang memberikan tekanan kepada pemerintahan yang mereka sudah kurang keyakinan seperti yang dialami mereka masa kini. Kalau dahulu UMNO dan Perikatan ditolak oleh rakyat kerana sentiment perkauman yang sempit dan merbahaya, tetapi isu yang ada dihadapan kita ialah isu ‘keyakinan’ terhadap pimpinan.

Takkanlah mereka akan mengundi parti yang mempunyai kepimpinan yang dianggap rasuah dan salahguna kuasa semata-mata hanya dengan mendengar ugutan yang berupa racist itu. Utusan seolah-olah ingin meminta rakyat menerima UMNO dan BN walau serasuah mana sekali pun kerajaan yang ada pada hari ini semata-mata kerana takutkan peristiwa berdarah 13 Mei itu berulang. Sampai bilakah kita hendak menyandarkan kemenangan kita kepada ugutan?

Utusan seolah-olah mengugut dengan mengatakan kepada rakyat ‘pilihlah BN, kalau tidak 13 Mei akan berulang! Ini merupakan satu taktik yang sangat rendah nilainya. BN sepatutnya meraih sokongan rakyat dengan menghilangkan persepsi kotor rakyat terhadap ‘coalition’ ini.

Itulah sebabnya banyak pihak termasuk diri saya selalu mengatakan jika UMNO dan BN hendak memastikan ‘survival’nya dengan berterusan pemimpin-pemimpin yang ada pada hari ini patut bersara dan berikan kepimpinan kepada sesiapa yang berpengalaman dan tidak terlibat dengan kabinet yang dianggap rasuah dan selalu menyalah gunakan kuasa. Jika UMNO mempunyai ‘facet’ kepimpinan yang bersih maka UMNO tidak payah lagi menggunakan isu 13 Mei yang bersifat ugutan itu menjadi bahan kempen pilihanraya yang bakal tiba.

Jika kepimpinan UMNO itu kuat, mereka tidak payah mengambil hati bangsa lain dengan mengcilkan hati bangsa sendiri.Jika kepimpinan kita kuat tidak akan timbul kata-kata seperti yang diluahkan oleh Soi Lek yang sistem pelajaran Cina yang ada dinegara inilah yang membawa kemajuan kepada negara seolah-olah menafikan system pelajaran yang lain tidak boleh membawa kemajuan kepada negara.

Kalau pemimpin UMNO kita kuat MCA akan mengakui yang mereka sepatutnya berterima kasih kerana dinegara ini sekolah jenis kebangsaan Cina kita bercambah. Keadaan ini tidak berlaku diIndonesia, Thailand malahan diSingapura sendiri sekolah jenis kebangsaan Cina tidak begitu banyak wujud. Soi Lek masih tidak berterima kasih kepada Melayu yang telah banyak berkorban untuk bangsa Cina dinegara ini. Mereka berani bercakap secara terbuka semata-mata mereka nampak desperado pimpinan kita dalam UMNO. Mereka tahu UMNO lemah dan mereka secara ‘expedient’ menggunakan isu sekolah Cina untuk memaksa pimpinan Melayu UMNO tunduk semata-mata untuk mendapatkan undi yang belum tentu diperolehi dari kaum itu.

Untuk mendapat sokongan berterusan pemimpin UMNO terpaksa melayani kehendak mereka yang bukan-bukan dengan menggadaikan apa yang ada kepada kita secara beransur-ansur. Selalunya orang yang bergadai ini adalah orang yang lemah ekonomi rumah tangganya. Pemimpin yang lemah pula akan menggadaikan bangsa dan negara yang dipimpinnya. semata-mata untuk terus menjadi pemimpin Oleh kerana lemahnya pimpinan kita maka terpaksa menggadaikan sedikit demi sedikit kepunyaan kita kepada bangsa yang sangat pandai berpolitik itu.

Kelemahan pimpinan Melayu itu diambil kesempatan untuk meminta perkara yang bukan-bukan sehinggakan kita orang Melayu merasakan pahit dan pedihnya diatas tuntutan mereka itu. Tetapi orang Melayu tidak mahu merobah dengan menggantikan kepimpinan yang sedang leka dan berenak dalam glamour kuasa yang mereka salah gunakan itu.

Rakyat sedang memerhatikan keadaan; jadi tidak payahlah mengugut-ngugut untuk mengekalkan kuasa yang mereka sedang salah gunakan sekarang ini. Kita mesti mengakui dan beriktikat yang menyalah gunakan kuasa dan rasuah itulah yang akan membawa bala dan kekusutan perhubungan diantara kaum dinegara ini; bukannya kerana penolakkan UMNO dari tampuk kuasa.

Ingat, kesabaran rakyat ada hadnya. Belajarlah dari apa yang berlaku didalam pilihanraya yang lalu. Zaman berkuasa dengan menggunakan ‘buku lima’ sudah berakhir. Sekarang sudah sampai waktu rakyat mencari pemimpin yang diyakini untuk memimpin negara dengan penuh ‘magnanimity’ dan tidak terlibat dengan rasuah, apa lagi untuk melindungi rasuah melalui akta-akta seperti OSA dan sebagainya.

Walaupun OSA itu menghalang untuk mengenengahkan aktibiti rasuah tetapi dalam senyap-senyap rakyat nampak perkara-perkara buruk itu berlaku dengan jelas. Rakyat sekarang ini bukan rakyat dahulu; menerima sahaja apa yang dibuat oleh pemerintah.

Rakyat boleh menerima dan menolak tanpa segan silu lagi sekarang ini. Mereka sekarang sudah faham bahawa negara ini adalah negara mereka dan bukannya kepunyaan UMNO yang dipersoalkan ‘legitimacy’ kewujudannya. Banyak pihak yang menganggap bahawa rakyat itu buta dan tidak nampak apa-apa.

Masakan mereka yang rasuah itu boleh berselindung di tempat yang terang atau pun menyorok di sebalik telunjuk.

10 November 2010

Bagaimana acuan, begitulah bentuk kuihnya

Akhirnya PKR bergolak kerana krisis di kalangan pimpinan parti itu sudah melebar dan pemimpin-pemimpinnya sudah tidak seiringan dan seirama. Perpecahan ini memang dijangkakan akan berlaku sejak beberapa ketika dahulu. PKR harus dan wajar menyelesaikan masalah secara drastik jika parti itu ingin menjadi parti yang relevan sebagai alternatif kepada UMNO dan BN yang juga sedang menghadapi krisis kepimpinan yang agak serius.

Datuk Zaid Ibrahim telah mengambil keputusan menarik diri daripada pertandingan Timbalan Presiden parti itu kerana didapati ada banyak ketidaktelusan dalam proses pemilihan jawatan dalam parti anjuran Anwar Ibrahim itu. Walaupun Zaid menyatakan yang beliau akan berada dalam PKR sebagai ahli biasa tetapi dengan tindakan beliau akhir-akhir ini tidak lebih dan tidak kurang adalah petanda yang beliau akhirnya akan keluar dari parti yang ‘controversial’ itu.

Rungutan tentang tidak ketelusan kaedah pemilihan ini bukan sahaja disuarakan oleh Zaid tetapi juga oleh Mustafa Kamil Ayob, seorang lagi calun Timbalan Presiden dan ramai lagi pemimpin tertinggi didalam PKR. Apa yang dilakukan oleh Anwar itu adalah nilai dan budaya warisan dari UMNO kerana beliau adalah seorang yang pernah memegang kuasa didalam parti itu sebelum dia dipecat oleh Dr Mahathir pada 1998 dahulu. Begitu juga lah Azmin yang merupakan orang yang terhampir dengan Anwar semasa pemimpin ini dibuai oleh kenikmatan berkuasa semasa itu.

Sekarang ini penyakit yang ‘contagious’ itu merebak didalam PKR. Sesiapa juga yang dianggap membayangi kekuasaan mereka berdua akan menerima nasib malang. Ramai pemimpin asal parti itu seperti Ezam Mohad Nor, Ruslan Kasim dan yang lain-lain terpaksa meninggalkan PKR kerana ‘berlaga angin’ dengan Azmin yang gila kuasa itu. Anwar nampaknya tidak berminat untuk memperkuatkan partinya tetapi sebaleknya hanya hendak menggunakan parti itu untuk memperjuangkan nasib peribadinya untuk menjadi PM negara.

Anwar tahu PM Malaysia adalah jawatan yang paling berkuasa; malahan lebih berkuasa dari Presiden Amerika Syarikat. Anwar tahu PM Malaysia boleh memasukkan sesiapa kedalam penjara dan mengeluarkan mereka dari penjara sesuka hati. PM Malaysia adalah pemimpin yang punya ‘immunity’ terbesar, malahan ‘immunity’nya lebih besar dari seorang Raja. Jika jenayah dilakukan oleh ahli keluarga PM jenayah itu tidak akan membawa mereka kedalam penjara. Malahan PM Malaysia boleh melakukan apa sahaja yang dia suka tanpa batas.

Inilah yang diidamkan Anwar; oleh itu beliau akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya walaupun terpaksa menggunakan politik yang kotor terhadap jemaahnya sendiri. Jika pemimpin UMNO sudah luntur perjuangan mereka PKR juga dipenuhi dengan pemimpin seperti itu. Kalau sudah sampai begini ahli-ahli legislative dari PKR patut membina kembali asas perjuangan dengan memilih premis perjuangan yang lain.

Saya bersetuju pengunduran Anwar dan Azmin adalah jalan terbaik untuk yang lain kekal berjuang dalam parti itu. Jika Anwar masih berada didalamnya maka pandangan saya yang mencadangkan agar ahli-ahli legislative dari PKR mencari premise perjuangan diatas landasan yang baru amat-amat perlu dilakukan dengan segera. Ahli-ahli legislative ini mesti menjadi pemimpin yang memberikan makna kepada negara dan bukannya untuk memperjuangkan nasib seorang pemimpin yang berada dalam masalah yang beliau sendiri lakukan.

Jika Anwar tidak bersedia untu berkorban untuk PKR maka hayat PKR tidak akan kekal lama walaupun rakyat tidak memberikan sebelit mata kepada parti pemerintah. Kemungkinan besar PAS dan DAP akan bertambah kuat kerana mereka yang menyertai parti PKR itu adalah dari gulungan yang tidak menggemari UMNO atau parti-parti dalam BN.

Perpecahan dalam PKR tidak semestinya memperkuatkan UMNO tetapi akan memperkuatkan dua parti dalam komponennya iaitu PAS dan DAP. Apa yang berlaku dalam PKR sekarang ini akan memaksa PAS dan DAP untuk menuntut kerusi yang lebih dalam pembahagian kerusi didalam PRU yang akan datang kerana PKR sudah dilihat sebagai parti lemah dan sudah kehilangan sedikit sebanyak sokongan dari orang ramai.

Pengunduran Zaid dari semua jawatan dalam parti ini melambangkan usaha untuk memperkayakan budaya berdemokrasi dalam parti itu sudah gagal. Dari sekarang ini PKR akan berada ditapak tangan Azmin Ali. Anwar akan mendengar segala apa yang diperkatakan oleh Azmin dan akan tiada lagi semangat demokrasi didalamnya.

Budaya ‘patronising’ didalam UMNO kini sudah merebak kedalam PKR dan tidak ada bezanya PKR dengan UMNO kini. Tetapi ini tidak menghairankan kerana pemimpin PKR adalah dari UMNO dan mereka mempunyai budaya yang sama. Bak kata perbidalan, ‘bagaimana acuan, begitulah bentuk kuihnya’.

07 November 2010

GERAKAN should be disbanded

Koh Tsu Koon is now sitting on a hot seat as the pressure for him to quit is mountable. Former President Lim Keng Yeik resigned as the Party Adviser not long a go for the same reason and now he is happy that Koh Tsu Koon had announced his resignation if there is someone who can be accepted by the members as his replacement. Tsu Koon has been known for his indecisiveness and it is more glaring when he was unable to take proper and appropriate action against the party’s Teng Hock Nan, its Penang party Chief’s issue. I do not need to elaborate on Hock Nan issue as that is known to every literate person.

As the main BN component the animosity surrounding GERAKAN is an issue that causes BN in trouble of uniting the components in the coalition in preparing for the imminent General Election (GE) which to some opinion is just around the corner. UP to this moment Najib has not legitimize the people support by calling a GE as previous PM traditionally did. To the best of my memory can recollect it was only DatuK Husein Onn who called the GE 2 years after he assumed the PM post from his brother-in- law Tun Razak in 1976.

Early this year there was a call from BN’s main component party MCA for the party to replace GERAKAN in all the state constituencies allocated for GERAKAN as the party had failed miserably and having zero representation in the Penang State Assembly. To MCA GERAKAN will be the sure losing bet if the allocation of seats remains the way it was.

UMNO too is having the enthusiasm to lead the state government if BN manages to recapture the state government form PR which is DAP dominated government. UMNO’s claim can be relevant as the party has 11 seats in the opposition bench currently and it is always natural for any member wanting to see UMNO to lead the government if BN is given clear mandate by the people. All these years UMNO had the most number of seats while BN was in power but the BN power sharing concept only took UMNO to sacrifice even though with clear disinclination.

GERAKAN, like UMNO is facing succession problem. Keng Yeik had been at the helm of the party far too long and as a result the party didn’t develop leaders for succession. The vacuum that prevails is due to the overstaying of its leadership and it is very normal for all component parties in BN. Mahathir took more than 2 decades to retire, Samy Velu took another 2 decades before talking about retirement, Taib Mahmud is still there and does not seem to even think of taking leave.

Overstaying will drive the party they lead to unmitigated tribulations and in the end that becomes the sure route to tragedy when the time to face the people comes by. As I have mentioned in my earlier write up winning the double by election days ago is definitely not the indicator of impeccable support from the people. A losing basket ball team is certain to have some scoring points. So to BN let it be reminded that there is no reason what so ever for the coalition to be exuberant with the Galas and Batu Sapi victories.

To me, GERAKAN will be offering a great favor to BN if the party is dissolved and disbanded. Its members can either choose to be in MCA or DAP. By doing so BN will be enlightened with fewer numbers of parties within the coalition so take care for. I am certain that DAP will be happy to this idea and so do MCA. With the dissolution of of GERAKAN than BN will have a lighter baggage to carry in facing the GE. Playing reserve in a football team can be very demoralizing for a keen footballer. It is better to be a cheer leader from the sideline and do remember that the best position in football is the position of ‘right outside’.

GERAKAN should consider this option seriously. Maybe this the best sacrifice for GERAKAN for the advantage of BN.

06 November 2010

Tolong! Jangan bersorak dulu!

Pemimpin-pemimpin kita bersorak riuh rendah dengan kemenangan PRK di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi. Kemenangan kedua-dua kerusi ini menjadikan ianya sebagai bahan pemimpin-pemimpin parti kita untuk berpesta dan ada yang mengatakan BN akan kembali seperti sediakala selepas PRK 13 nanti. Apa yang dimaksudkan sediakala itu belum lagi saya fahami sampai kesaat saya menulis artikel ini.

Tetapi jika kita fikirkan sekali imbas sediakala yang dimaksudkan itu ; maksud mereka ialah UMNO akan kembali pulih seperti sebelum tahun 1999 dahulu iaitu sebelum gerakkan reformasi tajaan Anwar Ibrahim bermula. Setengah berpendapat ‘sediakala’ yang dimaksudkan ialah keadaan pencapaian UMNO yang paling baik semasa pilihanraya 2004. Pada pilihanraya 2004 UMNO/BN telah mencapai pencapaian yang tertinggi iaitu sekuat 90 peratus perwakilan BN diDewan Parlimen.

Tetapi kalau dibaca dari kata-kata pemimpin-pemimpin kita ada sedikit kefahaman yang dimaksudkan oleh mereka itu ialah UMNO akan menjadi kuat selepas ini dan akan mampu mengambil alih kerajaan negeri Kelantan, seperti sebelum tahun 1990 dahulu dalam mana BN menguasai hampir sepenuhnya kerusi-kerusi didalam DUN Kelantan.

Memenangi kerusi Galas memanglah kejayaan UMNO tetapi kejayaan itu bukannya melambangkan kekuatan UMNO dinegeri itu. Kemenangan disitu ialah kerana Gua Musang adalah kubu kuat Tengku Razaleigh dan pengaruh beliau itulah penyumbang utama yang wajar diterima oleh semua pihak. Sentuhan TR yang berpengalaman luas itu sebenarnya yang membolehkan kaedah kempen pilihanraya itu dilakukan dengan cara yang berlainan dari cara yang biasa dilakukan PRK-PRK ditempat-tempat lain sebelum ini.

PRK Galas tidak berkempen dengan cara serangan seperti serangan dalam peperangan diantara dua puak yang bemusuhan seperti perperangan Gee Hin dan Hai San untuk merebut kawasan perlombongan bijih timah di Larut satu setengah abad yang lalu. TR tidak gemar berkempen dengan serang menyerang sesama kita yang sebangsa. TR lebih cenderung untuk memilih kaedah berkempen dengan cara berhemah dan menunjukkan kemampuan pihak kita untuk penonjolan kepimpinan yang sesuai dan bukannya dengan melakukan serangan dalam peperangan.

Kaedah pendekatan ini merupakan kaedah yang sepatutnya kita lakukan ditempat lain kerana TR telah membuktikan yang cara berhemah akan memberikan kebaikkan kepada kita. Kita tetap berbangga dengan kejayaan TR disana, walaupun setelah kemenangan diumumkan, seperti yang saya telah jangkakan dan tulis didalam blog ini, TR secara tangkas dilupakan dan kita melihat pemimpin yang tidak laku seperti Awang Adek dan beberapa orang pemimpin lain tidak pun memberikan ucapan terima kasih kepada TR.

Mereka membuat ‘claim’ yang itu adalah kemenangan Najib dan UMNO pusat dan seolah olah tidak kena mengena dengan sentuhan TR dalam kemenangan ini.Sikap tidak berterima kasih inilah yang sangat ketara dalam UMNO dan inilah sikap pimpinan pada hari ini. Mereka tahu jika ditonjolkan nama-nama mereka rakyat akan menolaknya.

Saya telah menulis beberapa minggu yang lalu TR akan hanya disanjung mereka semasa mereka terdesak. Sikap melepaskan ‘anjing tersepit’ ini memang dirasakan oleh rakyat dan itulah yang akan menyungkurkan UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.

TR amat menekankan imej peribadi seseorang pemimpin yang mengetuai jemaah yang besar. Bagi TR pemimpin yang tercemar dengan isu-isu yang berbentuk ‘criminal’ misalnya memang tidak boleh diberi tanggungjawab untuk memimpin. Jika seseorang yang berimejkan rasuah akan menysahkan penyokong yang bekerja untuk parti dan kerajaan. Pekerja parti akan terpaksa menumpukan kepada membersihkan nama pemimpin dari menumpukan kepada usaha untuk mendapatkan sokongan kepada parti.

Jika kepimpinan disaluti dengan imej yang tidak baik maka secara bersansur-ansur barisan kepimpinan akan menghadapi krisis keyakinan, dan itulah sebenarnya yang UMNO dan BN hadapi sekarang. UMNO mempunyai masalah tidak memahami keadaan dan permasalahan yang sebenarnya.

Apabila kita tidak faham permasalahan yang tepat maka kaedah penyelsaian yang akan diambil akan juga akan salah. Dalam pembelajaran subjek pengurusan jelas mengatakan, ‘we must understand problems up to specific before we even think of solving it’.

Sebagai contoh yang ada pada hari dan saat ini, rata-rata rakyat tidak menyokong tindakkan Najib untuk membangunkan menara Warisan Merdeka yang setinggi 100 tingkat itu. Rakyat menolak bukannya semata-mata untuk menolak tetapi rakyat sudah begitu mual dengan cara projek sebesar ini dibangunkan. Rakyat terlalu ‘suspicious’ dengan projek seperti ini kerana penglaan yang dialami semasa yang lampau.

Rakyat tidak mahu ketirisan wang yang besar seperti apa yang berlaku dalam pembangunan menara berkembar KLCC dahulu. Ananda Krishnan mendapat keuntungan tanpa mengeluarkan modal semata-mata beliau merupakan orang yang boleh berurusan terus dengan PM semasa itu. Rakyat mempersoalkan kenapa Ananda membual ‘flipping’ yang begitu terbuka dihadapan rakyat yang empunya kekayaan PETRONAS itu.

Kenapa PETRONAS tidak membangunkannya sendiri? Takkanlah PETRONAS tidak boleh berurusan secara terus dengan Selaungor Turf Club untuk membangunkan menara berkembar yang pernah menjadi menara tertinggi didunia itu? Kenapa mesti melalui Ananda? Semua orang yang berfikir akan mengetahui jawapannya. Ada pemimpin besar mendapat faedah peribadi dengan memaksa PETRONAS membeli bangunan itu dengan harga yang ‘gila-gila’ dan Ananda tidak perlu bermodal untuk meraih keuntungan yang besar dari wang rakyat dan pembayar cukai negara.Ini merupakan ‘modus operandi’ yang sudah begitu biasa dilakukan untuk menutupi tindakkan yang tidak bertanggunjawab itu dilakukan.

Kemenangan diGalas dan Batu Sapi ini diisytiharkan sebagai petanda yang UMNO akan kembali pulih dan akan menadapat sokongan ramai rakyat dan ada pihak yang percaya dengan pandangan ini. Boleh percaya kepada pandangan seperti ini, tetapi tengoklah nanti apa yang akan berlaku.

Selagi UMNO tidk melakukan transformasi dalam erti kata yang sebenarnya selagi itulah kita akan kekal berangan-angan dan bermimpi disiang hari. Apabila kita memburu burung jangan bersorak dulu; nanti burung akan lari. Tembak dulu. Apabila burung itu jatuh menggelepar barulah boleh bersorak.

Terlampau bersorak ditakuti kampong kita tergadai. Tolong, jangan bersorak dulu.

05 November 2010

Tahniah kepada YB Aziz, syabas TR.

Seperti yang dijangkakan dari awal, Aziz Yusuf memenagi PRK DUN Galas dengan majoriti sebanyak 1190, mengalahkan Dr Zulkifli dari PAS. Dalam tulisan saya beberapa hari yang lalu saya telah membuat telahan berdasarkan kepada sedikit sebanyak tentang ‘mood’ pengundi Gua Musang yang akan memberikan kelebihan kepada calun BN itu. Justru kemenangan yang diperolehi oleh Aziz itu adalah kemenangan yang sudah dijangkakan dari awal lagi.

Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang itu adalah pilihan dan dukongan Tengku Razaleigh dan faktor itulah yang menyebabkan kemenangan yang agak besar bagi calun BN ini Banyak pihak tidak mahu mengakui yang siapa sahaja yang didukong oleh TR akan mendapat kemenangan dengan agak mudah. TR merupakan induk kepada sokongan rakyat disana dan kalaulah kita melaksanakan kempen mengikut cara yang lazim kita lakukan ditempat-tempat yang lain kemenangan BN disini mungkin menjadi perkara yang sangat payah untuk dicapai.

PRK diGua Musang ini adalah PRK yang agak lain dari yang lain. TR telah meminta supaya kita tidak sibuk dengan ceramah-ceramah besar dengan poster-poster yang lebat digantung ditepi-tepi jalan. TR mempunyai cara beliau yang tersendiri kerana beliau adalah ‘warlord’ yang besar dikawasan itu kerana beliau telah bergelumang dengan politik Gua Musang sejak lebih dari 40 tahun lalu.

Dengan kekuatan jentera PAS Kelantan menonjolkan UMNO atau BN tidak mampu untuk meraih kemenangan bagi BN. Kemenangan ini merupakan kemenangan TR secara peribadi. Dimana-mana kita menyaksikan anak-anak muda memakai kemeja-T yang tertulis “Ambo nok parti Ku Li’ dan ini merupakan bukti dan dalil sahih yang kemenangan calun BN ini merupakan kemenangan TR secara peribadi, disamping peribadi Aziz yang agak lebih bersih dari calun-calun lain dan dengan calun PAS itu sendiri.

Kita boleh rumuskan kemenangan calun BN ini berdasarkan kepada sebab dan penyebab yang realistik.

Pertamanya pengaruh TR yang telah sebati dikawasan itu tidak boleh dipersoalanoleh sesiapa, keuali ada pihak dalam politik dalaman UMNO itu sendiri tidak merasa senang dengan pengaruh peribadi TR disana. Samada seteru politk dalaman atau seteru politik ‘inter-party’ tidak akan mudah untuk melenyapkan pengaruh peribadi TR diGua Musang.

Kali ini UMNO telah menumpang pengaruh TR walaupun pada masa yang lalu permainan politik ‘intra-parti didalam UMNO telah berusaha untuk menjatuhkan TR dengan gigihnya. Itulah sebabnya TR tidak berapa gemar dengan cara kempen yang dilakukan oleh ahli-ahli parti yang memusuhi pihak lawan dengan keterlaluan sehingga menghilangan semangat demokrasi yang sebenarnya.

TR yang memahami kecenderungan ahli-ahli UMNO untuk berkempen secara kasar dan kata-kata ganas akan belaku maka beliau mengambil keputuan untuk berkempen mengikut cara beliau tanpa meluahkan kata-kata yang boleh menjatuhkan imej parti. Beliau mengambil sikap mendekati rakyat dengan berhemah yang sesuai dengan kedudukkan parti yang memerintah kerajaan pusat.

Walaupun pihak PAS bertindak agak ‘emotional’ diakhir siri kempen tersebut, TR dan jentera beliau tetap mempertahankan sikap untuk bersabar dan terus mengambil jalan yang telah beliau tentukan dalam siri kempen ini. Menunjukkan sifat garang dan bengis tidak memberikan penambahan kepada sokongan orang ramai.

Sikap sederhana tetap menjadi ‘model’ terbaik bagi memenangi hati rakyat jelata dan saya telah pun mencadangkan supaya ‘model’ kempen diGua Musang ini dijadikan contoh bagi BN jika menghadapi pilihanraya yang akan datang. Kaedah kempen yang dipergunakan diGua Musang tentunya akan memberikan impak yang sama jika dilakukan ditempat-tempat yang lain. Tetapi hanya orang yang boleh melakukannya sahaja yang akan berjaya mempraktikkan kaedah kempen ini.

Justru tidak salah jika ramai yang berpendapat yang TR boleh diberikan tanggungjawab itu untuk mengepalai mama-mana pilihanraya samada pilihanraya kecil atau pilihan raya umum dimasa-masa yang akan datang. Perasaan dan ‘sesitiviti’ orang Gua Musang tidak banyak perbezaan dengan perasaan rakyat ditempat lain maka adalah realistik jika TR diberikan tugas mengepalai kempen-kempen itu ditempat-tempat yang lain.

TR dihormati oleh kawan dan lawan samada didalam BN sendiri atau dikalangan pemimpin-pemimpin parti-parti pembangkang. ‘Stature’ beliau sebagai seorang pemimpin yang disegani oleh semua pihak itu boleh memberikan kemungkinan yang TR mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang boleh dijadikan pelengkap kepada usaha mencari titik pertemuan bagi mencapai perpaduan dikalangan pemimpin-pemimpin yang bertelagah dan berpecah kini.

TR perlu memainkan peranan untuk menyatukan kepimpinan semua pihak bagi mengelakkan dari perpecahan besar yang sedang berlaku bukan sahaja didalam UMNO tetapi didalam perhubungan diantara komponen-komponen BN dan masalah dalaman yang melanda setiap parti-parti dalam komponen itu.

Kemenangan TR diGua Musang ini juga mampu mengadun kerjasama baik diantara parti-parti dalam BN dan juga parti-parti didalam PKR kerana TR merupakan seorang pemimpin yang tidak mempunyai perseselisihan dengan mereka. Jika kita serius dalam usaha untuk menyatukan rakyat maka TR boleh memainkan peranan besar dalam pencapaian matlamat murni ini.

Hanya pemimpin yang lemah sahaja yang tidak mahu mengakui hakikat ini kerana hendak melindungan kelemahan-kelemahan yang nyata yang ada pada mereka. Walau bagaimana pun kita berikanlah ucapan tahniah kepada Aziz Yusuf kerana memenangi kerusi DUN Galas dalam pilihanraya kecil ini.

Semoga Aziz tidak menghampakan hasrat rakyat yang telah memberikan mandat kepadanya. Aziz perlu faham yang beliau adalah pilihan rakyat dan pilihan sesiapa. Maka jagalah diri. Jagalah adab dan adat sebagai pemimpin Melayu.

Tetapi saya yakin, beliau mampu menjadi pemimpin rakyat dan bukannya pemimpin dari kayangan. Aziz faham yang Galas khasnya memerlukan pimpinan yang selalu berada bersama rakyat.

Tidak lengkap kalau saya tidak mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada Tengku Razaleigh Hamzah yang mengepalai jentera PRK ini kerana membuat pilihan calun yang tepat untuk melangsungkan PRK DUN Galas ini dengan sempurna dan membawa kejayaan yang memberangsangkan.

01 November 2010

Aziz akan menang, insya-Allah

Kita tidak mendahalui Tuhan, tetapi jika kita gunakan hukum akal anugerahNya calon UMNO yang didukung oleh Tengku Razaleigh (TR), Encik Aziz Yusuf akan memenangi PRK DUN Galas pada 4hb. yang akan datang. Jika Tuhan mengizinkan YB Aziz akan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil pengundi Galas di Dewan Undangan Negeri Kelantan dengan sepenuh hati bagi membela nasib rakyat yang tinggal dalam kawasan DUN Galas.

Aziz adalah seorang anak tempatan yang berkhidmat dengan KESEDAR dan beliau merupakan calon yang sangat sesuai untuk mewakili rakyat Galas kerana familiarity beliau dengan keadaan setempat. Sifat beliau sebagai seorang yang merendah diri dan seorang yang masih bertenaga muda, pemilihan Aziz itu merupakan pilihan yang tepat dan secocok dengan cita rasa rakyat tempatan.

Sentuhan TR sangat memberi kesan kepada sokongan pengundi terhadap Aziz dan dibantu pula dengan sifat rendah diri Aziz yang mudah bergaul dengan masyarakat membuatkan pengundi Galas jelas kembali kepada kita dan memberikan dukungan kepada Aziz, insya-Allah. Dalam pilihanraya kali ini TR membuat gerakan kempen yang sangat bersih; tidak mengajak sesiapa berkelahi malahan penyokong PAS tidak pernah mendapat tempelak dari pemimpin ini dalam siri kempen pilihanraya kecil ini.

“It is a friendly game,” kata seorang sahabat saya, seorang peguam berbangsa Cina yang telah pergi ke Gua Musang semata-mata untuk membantu parti TR (maksudnya UMNO) walaupun beliau tidak mengenali TR. Beliau berkata bahawa beliau nampak pertambahan sokongan kaum Cina terhadap Aziz apatah lagi selepas TR berjaya mendapatkan projek perumahan untuk rakyat Galas yang baru-baru ini dilancarkan di Gua Musang. TR telah berusaha untuk mendapatkan projek ini sejak tahun 2008 dan akhirnya TR mendapat kelulusan dari kerajaan pusat.

TR sangat berpuas hati kerana dengan projek ini maka beliau telah dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat yang tinggal dalam DUN Galas ini yang kekurangan kemudahan perumahan. Rakyat di sana hanya membayar RM40,000 bagi rumah yang berharga melebihi RM100,000 itu. Komitmen TR untuk rakyat Gua Musang yang beliau bela sejak 40 tahun dahulu tidak pernah berhenti.

Gua Musang, jika mendapat sokongan dari kerajaan pusat dan jika dibantu pula oleh kerajaan negeri merupakan kawasan yang mudah membangun. Kedudukan geografinya yang strategik merupakan elemen terpenting yang boleh membangunkan kawasan ini sejak network jalanraya dan lebuhraya menuju ke Kota Baru melalui Gua Musang ini dipertingkatkan.

Gua Musang boleh dihubungi melalui darat ke Terengganu, Utara Perak dan Selatan Kedah serta mempunyai jalanraya yang baik menghubungi K. Lumpur melalui K. Lipis, Raub dan Bentong. Perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Lumpur hanya memakan masa selama 3 setengah jam sahaja sekarang ini. Kedudukannya yang central menjadikan kawasan ini yang dahulunya jauh terpencil akan menjadi kawasan yang akan maju dan membangun dengan mudah.

Apabila Gua Musang sudah mencapai kemajuan yang pesat tidak berapa lama lagi saya merasakan Gua Musang boleh dijadikan Ibu Negeri Kelantan kerana kedudukannya yang begitu strategik.

Nampaknya TR menggunakan pendekatan yang sangat berbeza dengan PRK yang lain-lain sebelum ini. Dalam siri kempen ini TR mendekati rakyat pengundi dengan meneruskan interaksi manusia dengan manusianya dengan baik. Tidak ada pihak UMNO Bahagian Gua Musang yang menempelak PAS secara terbuka kerana TR percaya dengan demokrasi tulen. Bagi beliau, memenangi pilihanraya dengan cara yang kotor bukan sikapnya. TR menekankan cara kemenangan yang paling unggul ialah dengan bukti kepimpinan dan kerelevanan batang tubuh kepimpinan masing-masing.

Itulah sebabnya pengempen-pengempen dari luar kawasan itu tidak dapat berbuat apa yang selalu mereka lakukan dalam PRK-PRK yang lalu di banyak tempat sebelum ini. TR telah bergelumang sejak awal 60-an lagi di kawasan ini dan untuk menjadikan UMNO sebuah parti yang relevan bukannya satu usaha yang mudah. Beliau terpaksa mengorbankan segala-galanya bukan sahaja di Gua Musang malahan di seluruh negeri Kelantan kerana semasa itu tidak ada sesiapa yang sanggup menerima cabaran untuk menghidupkan UMNO di Kelantan.

Insya-Allah Aziz akan mendapat mandat kali ini dan saya hanya mengharapkan beliau akan dikurniakan kesihatan tubuh badan dan pemikiran yang baik untuk menjalankan tugas sebagai wakil kepada rakyat Galas di Dewan Undangan Negeri Kelantan selepas 4hb yang akan datang.

Adalah diharapkan beliau akan bekerjasama dengan 2 ADUN yang sedia ada, Dato' Norzula Md Diah dari DUN Paloh dan juga Yusuf Abd Ghani dari DUN Nenggiri. Ketiga-tiga ini jika bekerjasama dengan baik insya-Allah TR akan berusaha tanpa halangan untuk memajukan bukan sahaja DUN Galas malahan juga seluruh kawasan Parlimen Gua Musang keseluruhannya.

Seandainya ada lagi PRK di mana-mana kawasan lain pada masa yang akan berkempenlah cara yang diatur oleh TR di Gua Musang. Gunakanlah model kempen di sana sebagai contoh untuk diikuti pada masa-masa yang akan datang. Selalunya orang yang marah akan kita akan berlembut kalau kita tidak menunjukkan sikap arrogant kita pada pandangan masyarakat. Malahan orang ramai akan lebih menghormati kita.