14 March 2013

Kita bentuk sebuah negara baru

Pandangan Tun Musa Hitam (TMH), bekas Timbalan Perdana Menteri berhubung dengan isu politik negara baru-baru ini mendapat reaksi yang agak menggegarkan perasaan banyak pihak dalam kerajaan dan BN keseluruhannya. TMH merupakan pesara politik dan kerajaan yang sudah lama tidak bercakap tentang hal politik kerana beliau menghormati diri beliau sendiri sebagai seorang bekas pemimpin utama negara.

TMH hanya memberikan pandangan di tempat yang betul dan sesuai sebagai seorang pemimpin yang telah bersara dan tidak mudah teruja untuk campur lagi dalam hal politik negara secara aktif. Beliau hanya memberikan pandangan apabila diminta untuk mengulas sesuatu isu yang hangat sekarang ini yang berkaitan dengan pertembungan di antara dua pihak yang sedang berebut untuk menambat hati dan jiwa rakyat.

Beliau telah ditanya dalam temubual bersama Sinar Harian dua hari lepas dan beliau telah memberikan pandangan beliau secara bebas tanpa condong kepada mana-mana pihak yang sedang bertarung bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 ini. Sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam politik beliau memahami keadaan dan situasi sebenar dalam politik dan siasah negara sekarang ini.

Beliau bukanlah agen politik kepada mana-mana pihak, maka beliau memberikan pandangan semasa ditemubual oleh akhbar Sinar Harian dengan bebas. Beliau memberikan pendapat yang sebenar-benarnya beliau rasakan tanpa takut dan ragu. Tetapi apabila beliau memberikan pendapat tulen beliau, tentulah pendapat yang beliau rasakan benar itu tidak akan diakui sebagai kebenaran oleh pihak yang tidak mahukan kebenaran itu diluahkan.

Ini fenomena biasa dalam politik negara. TMH yang tidak lagi bergiat dalam politik lebih realistik pandangannya. Beliau telah meletakkan diri beliau sebagai seorang yang ‘magnanimous’ dalam memberikan apa-apa pendapat politik semasa. Tidak ada sebab kenapa ada pihak yang mengkritik TMH kerana pandangannya.

Sesungguhnya dakyah UMNO yang mengatakan manifesto PR itu tidak betul dan akan menjadikan negara bankrap itu tentulah tidak dapat diterima oleh seorang bekas pemimpin utama negara itu. Bukan semudah itu UMNO mahu mengelirukan seorang pemimpin yang tahu tuduhan terhadap Pakatan Rakyat itu adalah semata-mata dakyah politik pilihanraya.

Tentulah TMH tahu mempercayai atau terpengaruh dengan dakyah BN itu merupakan penghinaan kepada keupayaan daya pemikiran ramai. TMH bukannya taraf penyelia kemas atau pegawai penerangan khas serta yang tidak mempunyai tugas yang lain selain daripada membuat fitnah dan melangsungkan niat UMNO yang sekarang sedang hebat bertarung melawan kehendak rakyat jelata waktu kita di ambang pilihanraya ini.

UMNO yang begitu defensif tentulah merasa tertekan dengan kenyataan TMH yang begitu terang tidak mahu tunduk kepada dakyah pihak yang sedang ketagih dengan kuasa yang telah mereka salahgunakan selama ini. UMNO dan pimpinannya sedang menghadapi ketagihan kuasa sehingga mereka tidak rela menerima kekalahan yang lazim berlaku kepada parti-parti pemerintah di mana-mana negara demokrasi yang betul. UMNO tidak mampu untuk menerima kuasa bergilir walaupun sememangnya sudah sampai pada masanya untuk parti itu digilirkan mentadbir negara ini. UMNO mahu melangsungkan konsep 'lepas UMNO itu UMNO dan selepas itu UMNO lagi dan sampai bila-bila UMNO. UMNOlah yang mampu menjamin masa depan rakyat dunia dan akhirat'. Parti lain itu semuanya tidak pandai dan bodoh belaka.

Apa yang diperkatakan oleh TMH itu merupakan manifestasi sebenar rakyat yang terus-terusan menolak tohmahan UMNO yang negara kita akan bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah negara selepas pilihanraya nanti. TMH menyatakan dengan terus terang yang Pakatan Rakyat tidak mungkin membankrapkan negara kerana Pakatan Rakyat juga mahu memimpin negara dalam jangka masa yang lama dengan melakukan kerja dengan niat yang terbaik.

UMNO menggunakan isu perkauman yang menebal dalam menghadapi plihanraya ini dan banyak kenyataan pimpinan UMNO lebih-lebih lagi Dr Mahathir dan Muhyidin Yassin memainkan isu Melayu akan hilang segala-galanya jika UMNO dan BN tidak lagi memerintah negara. Mahathir merupakan ‘champion’ yang memainkan isu perkauman ini dan ini juga tidak dipersetujui oleh TMH. TMH jelas-jelasnya menyatakan yang permainan isu perkauman ini hanya dilakukan oleh mereka yang bankrap kepimpinannya dan ia tidak lagi relevan pada zaman ini.

Isu perkauman yang begitu menebal ini sangat merbahaya untuk masa depan rakyat dan negara kerana jika berlaku kekecohan kaum yang sengsara ialah rakyat. Yang akan mengaut keuntungannya hanyalah pimpinan lemah yang akan mengambil kesempatan untuk berkuasa lebih lama dan meneruskan budaya mengaut kepentingan peribadi yang tidak ada hadnya seperti yang berlaku pada hari ini.

Kalau dikaji secara halus maksud bekas TPM ini ia memberikan maksud jelas yang isu keselamatan merupakan isu yang sangat besar yang akan dihadapi oleh pimpinan hari ini. Isu Lahad Datu bukan setakat menghalau atau membunuh mereka yang menceroboh tetapi ia amat jelas ada perkara atau isu besar di sebalik berlakunya pencerobohan musuh yang telah mengorbankan sepuluh anggota pasukan keselamatan negara kita setakat ini.

Isu keselamatan wajar menjadi pertimbangan rakyat dalam menghadapi pilihanraya kali ini kerana sudah terlalu jelas keselamatan persempadan darat dan laut kita begitu mudah dibocori oleh mana-mana pihak yang ingin melakukan pencerobohan terhadap persempadan kita. Rakyat beranggapan pembelian dan pembekalan alat pertahan negara semata-mata untuk tindak perniagaan pimpinan yang kroni yang hampir dengan kepimpinan besar negara.

Pencerahan TMH ini sepatutnya diseminarkan dan diforumkan oleh rakyat di seluruh negara. Ia juga wajar dijadikan contoh dan sempadan kepada penguasaan pimpinan kerajaan hari ini. Nampaknya sekarang ini sesiapa juga boleh memasuki perairan Malaysia tanpa kemampuan pihak keselamatan menyekatnya. ‘Trust nobody and suspect everybody!’…itulah yang sepatutnya sikap kita terhadap mereka yang memimpin negara yang selama ini begitu lantang meminta mandat semata-mata untuk kemajuan dan keselamatan negara jangka panjang. Laungan itu berkumandang setiap kali pilihanraya mendatang dan kita mesti berhati-hati dengan kempen dan niat pimpinan BN khususnya UMNO kali ini.

Jangan diambil enteng terhadap isu yang ada di sekeliling kita hari ini. Tidak boleh lagi kita berdiam diri selain dari kita melakukan yang terbaik untuk keselamatan dan kesejahteraan negara pada masa depan.

Kali ini rakyat sendiri perlu melakukannya kerana sudah terlalu banyak bukti yang pimpinan UMNO yang menerajui negara kita sekarang ini sudah sampai masanya untuk diketepikan buat sementara ini. Jangan bersorak-sorak lagi, kampung kita sudah lama tergadai rupanya.
Marilah kita bina negara yang baru dan hidup dalam ‘ambience’ politik yang lebih nyaman untuk masa depan kita. Kita hidup secara muhibah di kalangan semua kaum dan rakyat Malaysia yang amat kita kasihi ini. Kita tiada lain tempat untuk hidup selain dari negara ini.

Kita bukannya seperti sesetengah orang yang mampu untuk meninggalkan kita dan hidup di negara lain setelah mengumpulkan harta yang menggunung semasa berkuasa selama puluhan tahun.

8 comments:

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah! Syabas, TMH! Tun terbukti seorang negarawan nan patriotic, juga seorang Muslim Mu'min sejati. Terima kasih kami buatmu; semoga dirimu sekeluarga berada dalam naungan berkat, rahmat, redha dan ampunan-Nya. (Perkenankanlah, duhai Rabb Semesta 'Alam.)

O ya, pencerobohan ... OK-la, bayangkan sekarang ini, pintu rumah kita dah rapuh pagarnya sehingga mudah dibolos remaja-remaja nakal yang sekaligus mengundang perompak dan penyamun tegar ... Itulah nampaknya antara jasa Mahathir dan para ahzabnya dalam kerajaan sekarang ni, kan? Itu, belum dikira lagi, umpamanya, pengambilalihan asset dan Tanah peribadi rakyat, perjudian kekayaan Negara kepada "speculator" antarabangsa seperti penyenaraian saham FGVH, diskriminasi terhadap sesama keluarga seperti penafian hak petroleum ke atas Kelantan selama lebih daripada dua dekad, semberono melintasi lampu merah dengan mentafsir undang-undang, hatta hukum-hakam agama, sesuka nafsu, menyamun-rompak khazanah Negara untuk dijoli lantas meminggirkan golongan mustadh'afin seperti fakir miskin, kelainan upaya, warga emas, saudara-saudara baru Islam ... Sudahlah; nak disenaraikan, tak tahulah, berapa banyak lagi, kan? Itupun, masih tak mau insaf juga sedangkan media-media alternative telah Berjaya mendedahkan segala salah laku ini, apatah lagi, pada hari yang tiada siapapun yang mampu menjamin lagi menebus mereka ... Oleh itu, marilah kita humbankan sahaja computer yang dah memang "corrupt" ini dan beli sahaja peralatan dan perisian terkini; semoga sekalian kita akan beroleh manfaatnya, insha Allah. Maaf, kiranya terlebih panjang ulasan ini; cuma, inilah rasanya antara luahan hati yang mampu saya kongsikan.

Terima kasih dan salam jihad.

nick said...

Pak,

It is always fascinating to hear UMNO's nonsensical arguments to vilify the capability of PR to be the next government or to justify their own bogus claim of being a good and "janji ditepati" government. UMNO's attack on PR manifesto are simply the childish ranting of a spoil and immature person even though it is voiced out by an octogenarian (simply pathetic to think that this person was PM of malaysia for 22 years and we wonder why we are in a mess!).

It is a matter of public record that UMNO was never able to put forward a compelling and convincing arguments to justify their existence and position especially on issues relating to justice, freedom of association and most importantly, democracy! UMNO for so long had relied on slander, propaganda, lies and worse, intimidation to silence its critic and opposition. Therefore having so long lived under the impression that might is right, UMNO has lost the ability to connect with the rakyat and more importantly, lost the mandate to lead the Malays and Malaysian.

UMNO and BN is a dinosaur and a T-rex (a vicious predator) at that. In the changing Malaysian political climate and environment, UMNO is only useful if it is extinct and non-existence. The fact that it is still alive and kicking albeit in its death-throes, spells doom for Malaysia and its future. For the sake of Malaysia and our children's future, let us bury it and bury it deep underground so that we can start anew and fresh. Let the name UMNO, Mahathir, Najib remain in history under the section titled "the dark days of Malaysia and when tyranny rules, the people suffer"! ABU! We can do it this time!

Nick.

Anonymous said...



Saudara Aspan,

I was fascinated by yr speech at Jitra last night and that was the first time seeing you in person.

You have huge political experience and congratulation for your terrific approach towards current relating issues.

All of us are your avid followers.


Brian and zain

Anonymous said...

Teringat masa TMH di Segamat masa saya kanak2 dulu. Cikgu Alias org kuat UMNO lama bertanya pada TMH apa nak buat lebihan bajet pilihanraya(dlm RM100k) ni Dato? Apa kata beliau? "Simpan dlm simpanan tetap di bank dan gunakan keuntungan itu masyarakat spt utk anak2 cemerlang, bencana, majlis rakyat dll." Murni nya ingatan TMH. Byk jasa-jasa beliau di Segamat dan Johor khususnya. Kalau lah puak2 UMNO baru sekarang dapat duit tu alamatnya habis laaa masuk ke poket masing-masing. Benar lah TMH layak disanjung sebgai negarawan jika dibandingkan byk pimpinan UMNO baru skg. Smpai skg pun TMH hidup sederhana dan tak pun kaya raya spt yg lain-lain.

Anonymous said...

Pak Aspan,

How The Nation Is Sold By Mahathir!

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Jutaan maaf kerana mencelah lagi, serta terima kasih tak terhingga di atas penyiaran ulasan-ulasan saya selama ini. Nah, jelas sudah, berdasarkan tiga ulasan yang telah saya kunjungi sebentar tadi, ternyata rakyat Malaysia kini dah dewasa dan matang. Malah, perkongsian rakan kita semasa sekolah dulu mengenai pendirian dan perwatakan Tun Musa Hitam serta pelbagai jasanya di Segamat dan Johor adalah bukti nyata, siapakah sebenarnya yang sepatutnya memimpin Negara, kalau benar-benar UMNO nakkan dan ketagihan kuasa sehingga qiamat, bukan orang-orang macam Mahathir, Najib, Hishamuddin, Muhyiddin dan ... Of course, ini bukan bermakna kita hendak menyamakan perilaku Tun seperti mereka itu; ia lebih bermaksud Tun Musa, Ku Li, Tamrin dan sekalian mereka yang cintakan kebenaran dan keadilan itulah yang lebih layak, meskipun daripada UMNO. Kalau empayar-empayar Islam yang asalnya dipunyai bangsa Arab pun boleh saling diwarisi pelbagai bangsa, kalau tentera Islam sendiri pernah kecundang dalam Perang Uhud, apa lagi yang puak-puak dajjal ni takut sangat? Oleh itu, tepat benar jika dikatakan, siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya, kan? Bersamalah kita renungkan; apapun, Allah yang Maha Mengetahui.

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

betol, betol, tak kan pakatan rakyat nak bangkrapkan negara,

abuamir said...

Hanya pemimpin yg bodoh sahaja bila ada kuasa biarkan negara bangkrup macam pemimpin umno. Sebagai cth berapa banyak hutang yg ditinggalkan oleh pemimpin umno semasa memerintah kelantan, kedah, PPinang & selangor. umno hanya tahu berhutang tetapi tak tahu nak bayar hutang sehingga negara menuju bangkrup. Nasib baik hutang negara kebanyakannya dlm negara spt KWSP,Saham amanah dll. Sekiranya berhutang dgn IMF atau bank dunia pasti negara kita sudah bangkrup macam greece, sepanyol dll.

Pemimpin umno ingat semua org bodoh macam mereka tetapi hakikatnya ramai rakyat yg telah pandai cuma segelintir penyokong mereka yg masih jahil & taksub.Jika tidak menipu dlm pilihanraya melalui pengundi hantu, undi pos dll dah lama umno lingkup.

Pemimpin umno menang cara haram, makan harta haram, memerintah cara haram sebab itu hati gelap dgn perkara2 haram. Selamatkan negara dari pemimpin haram umno/bn.