30 March 2013

Macamlah Tuhan tak tahu...

Saya pernah terbaca dalam sebuah buku lama yang menceritakan bagaimana seorang yang seakan cuba mengelirukan Tuhan. Ia menceritakan bagaimana seorang yang telah menghidapi satu penyakit yang tidak terubat sejak beberapa tahun. Dia tidak tahan menanggung sakit yang dihidapinya itu.

Oleh kerana merasa tertekan dengan penyakitnya yang tidak kunjung sembuh, si kedekut dan tamak ini sanggup berbohong termasuk memungkiri nazarnya kepada Tuhan. Si pesakit ini telah bernazar jika sakitnya sembuh dia akan menjual sebuah rumah besarnya yang bernilai 50,000 dirham itu dan memberikan hasil jualan rumah besarnya itu kepada rumah anak yatim.

Setelah penyakitnya baik dia merasa keliru samada penyakitnya itu sembuh disebabkan ubat yang dimakannya selama ini atau pun oleh kerana nazarnya kepada Tuhan yang dia telah pasang itu. Tetapi dia mengakui janji terhadap Tuhan wajib dibayar dan tidak boleh melarikan diri. Nanti berdosa pula.

Dia pun terus mengiklankan dan memberitahu orang ramai yang dia hendak menjual rumahnya yang bernilai lebih kurang lima puluh ribu dirham (50,000) itu dalam masa yang singkat. Dia telah mengiklankan untuk penjualan rumahnya itu dengan memberikan satu syarat penting jika seseorang hendak membeli rumahnya itu.

Dia telah memberikan syarat sesiapa hendak membeli rumahnya, pembeli itu akan diberikan diskaun sebanyak 90% daripada harga rumahnya yang bernilai 50,000 dirham itu, iaitu 10,000 dirham sahaja tetapi mensyaratkan pembeli mesti membeli barang-barang yang sudah lusuh dan tidak bernilai di dalam rumahnya itu dengan harga 40,000 dirham. Semua orang yang datang untuk melihat rumah itu merasa pelik, kenapa rumah yang berharga 50,000 dirham dijual dengan hanya 10,000 dirham sahaja? Tetapi terpaksa pula membeli barang di dalam rumahnya itu dengan 40,000 dirham walaupun sudah tidak mempunyai apa-apa nilai lagi.

Oleh kerana si pembeli itu tahu yang harga rumah itu sememangnya bernilai 50,000 dirham maka si pembeli ini pun bersetuju untuk membayar 10,000 untuk rumah dan membayar 40,000 untuk barang yang tidak mempunyai apa-apa nilai tadi. Si pembeli tadi membayar 50,000 dirham kesemuanya...10,000 untuk pembelian rumah dan 40,000 untuk membeli barang yang tidak berharga yang ada di dalam rumah itu. Dua set perjanjian telah ditandatangani dengan penjual tadi. Satu perjanjian membeli rumah satu lagi perjanjian membeli barang yang lusuh dan tidak berharga di dalam rumah itu.

Maka si penjual tadi memberikan 10,000 dirham kepada rumah anak yatim dan 40,000 dirham lagi disimpannya sendiri. Si penjual tadi ingat yang beliau telah berjaya melakukan ‘intrigue’ terhadap Tuhannya. Dia tidak jujur untuk memberikan bantuan kepada anak-anak yatim tadi. Dia ingat dia akan mendapat diskaun terhadap dosanya itu.

Tetapi itu bukannya berlaku kepada penjual rumah yang hendak memenuhi nazarnya terhadap Tuhan tadi sahaja. Sampai ke hari ini pun budaya itu hidup malah ia masih berlaku dalam kehidupan kita sekarang. Pimpinan kita selalu melakukannya untuk membuat ‘intrigue’ terhadap rakyat negara ini. Itulah yang dilakukan terhadap rakyat, empunya negara ini oleh pimpinan kita sejak hampir tiga puluh tahun dahulu.

Setelah memusnahkan segala harta rakyat yang banyak tadi melalui perlakuan rasuah yang sistematik tadi, maka diberikanlah rakyat sejemput dalam bentuk pembayaran BR1M sebanyak RM500 seisi keluarga. RM500 itu diberikannya melalui pemimpin BN. Penerima terpaksa mendengar leteran Najib dan Muhyiddin supaya mereka menggunakan RM500 ini sebaik-baiknya seolah-olah rakyat yang menerima BR1M itu boleh menjadi kaya-raya dengan jumlah sejemput itu.

Najib tidak tahu ramai di antara penerima BR1M yang sejemput itu cepat-cepat menggunakan RM500 itu untuk membayar saman lalu-lintas yang sudah lama tidak dibayar itu. Tetapi pemimpin telah menggunakan wang mereka (rakyat) dalam jumlah berbillion-billion ringgit melalui projek-projek cadangan kroni mereka.

Projek cadangan kroni-kroni ini harganya berlipat kali ganda untuk mengembalikan sejumlah besar daripada keuntungan projek itu untuk pimpinan yang berkuasa memberikan projek tadi. Rakyat ramai ditipu dan dikelirukan oleh pimpinan yang kemudiannya menuntut pula sokongan setelah membuat penipuan terhadap rakyat tadi. Dengan RM500 yang diberikan itu rakyat diminta memberikan sokongan kepada mereka (UMNO) bagi mereka merompak dan menyamun terus-terusan.

Begitulah yang telah berlaku dan ia akan tetap berlaku lagi jika UMNO masih mendapat mandat dari rakyat yang telah dirasuah dengan sejemput wang yang dikembalikan kepada mereka secara sistematik melalui BR1M itu.

Janji-janji pimpinan BN serupa seperti janji si pesakit yang membayar nazarnya kepada Tuhan seperti yang terkandung di dalam cerita yang telah dipendekkan tadi. Mereka ini yakin yang mereka ini akan selamat sampai bila-bila.

11 comments:

Alam Flora said...

As Salam Tuan Aspan.

Selalunya yang menipu Tuhan ini adalah pemimpin Bani Israeli yang di zaman jahiliah lagi. Di zaman moden ini para pemimpin UMNO pula yang mengambil alih sifat tersebut kerana itulah mereka ada APCO sebagai penasihat yang dibayar ratusan juta, kerana para pemimpin Melayu/Israeli ini sudah tidak lagi mempercayai kekuasan Allah melalui Islam sebaliknya lebih mempercayai perangai jahat muslihat Bani Israeli melalui APCO-nya.

Nak memiliki pakej permit teksi persendirian kenalah beli Proton Exora dahulu (harganya melebihi RM70 K) dan hanya diberi geran RM5 K sahaja. Berhutanglah seumur hidup untuk menampung para Pemimpin Melayu Dajjal yang di akhir zaman ini. Selamat ditipu dulu, kini dan selamanya.......

ahmadyani said...

Seperti kata penceramah,...'dia ingat tuhan tu pak sedara dia?'. Hakikatnya ini kelakuan orang tiada iman. Dia mahu mempermainkan rakyat, sebenarnya dia mempermainkan amanah tuhan!

Anonymous said...

Encik AA,

Saya syok baca artikel ini. I adalah artikel yang memberikan realiti sebenarnya yang berlaku dalam kerajaan kita.

Judin

Anonymous said...

Bagi rm500 2 kali dengan harapan dapat merembat 5 tahun lagi. Tak ada beza langsung dengan cerita orang sakit kepala yg tuan ceritakan tu

Anonymous said...

Tuan...
Sy sllu bgtau kwn2 totok umno sy..
Ttg jenayah pemimpin umno...
Kau tahu...aku tahu..tuhan tahu...
X pyh nk berbalah psl spesis umno ni..
Buang masa...

Anonymous said...

Puak2 UMPORNO dan macai2 mereka tak yakin akan soal kubur..dosa dan pahala..syurga dan neraka..itu sebab mereka buat mcm2 asalkan terus berkuasa..menipu..fitnah..menyeleweng..rasuah..salahguna kuasa dll..tak cukup kertas kalau nak tulis satu persatu! Hanya Allah SWT saja yg dapat menghancurkan UMPORNO. Nabi Musa, Nabi Lut, Nabi Ibrahim, Nabi Noh,Nabi Hud, Nabi Salih dll..semuanya Allah yg bantu menghancurkan pemerintahan zalim zaman itu. Sama2lah kita berdoa memohon bntuan dari Allah SWT semoga Allah melindungi kita dari kezaliman dan fitnah yg dasyat UMPORNO ini. Wallahualam..Allah Huakbar!!

Anonymous said...

salam saudara,
inilah masalah ISLAM yg kebanyakan di anuti di malaysia.bukan sekadar takut kepada TUHAN,malah takut itu boleh pula di kongsi pula takut dengan hantu,keduanya benda yg ghaib.
mai tang yg zahir pulak,takut kat pemimpin,ketua jabatan,peralihaan dan terkini,,,nak bubaq parlimen pun takut.....makin lama makin rosak...setakat depa saja takpa...niii,,degan kita2 sekali nak tertomoih,,,,depa takpalah,,,dunia dah depa merasa nikmat,,,,,yg dok kalut pasai kita,,bukannya apa,,takut dua2 tak merasa...sama2lah kita PERCAYA(beriman)dan TAKUT hanya pada ALLAH,TUHAN YG MAHA MENGETAHUI.dan kita pulangkan kembali masalah yg di rancang dengan rakus oleh pemimpin2 barisan nasional terhadap apa yg berlaku sekarang...hanya ALLAH YG MENGHUKUM.dan kita hanya dapat memohon agar hasrat kita dan KEHENDAK ALLAH berjalan pada PRU13...hanya ALLAH YG MAHA MENGETAHUI lagi BIJAKSANA...t/k

Umar Khair said...

An excellent piece, Brother.

antisyaitan said...

Salam,

Sememangnya Kumpulan Syaitan Yang Dikenali memang mengikuti sepenuhnya ajaran sifu mereka yang menipu Nabi Adam dan Hawa sehingga terkeluar dari syurga kurniaan Allah swt.

Sebelum dihumban kedalam neraka dihari akhirat nanti sempat lagi mereka bernazar/berjanji untuk menyesatkan seramai mungkin anakcucu Nabi Adam AS dengan berbagai cara termasuk menggunakan wang ringgit/harta dunia. Walau pun mereka tahu mereka akan kalah didalam pengadilan dipadang mahsyar tetapi mereka tetap dengan kerja-kerja penipuan mereka sehingga hari kiamat walaupun mereka tahu Allah maha mengetahui tentang penipuan mereka Mereka sanggup berpura-pura tidak ingat/lupa tentang kerja-kerja penipuan yg telah mereka lakukan selama lebih 50tahun.

Sesungguhnya ALLAH tidak lupa, hanya MELAYU sahaja mudah lupa.

wanizan said...

Somethin to ponder..thoughtful write up

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Friendly mode: (kita tak boleh nak dgr apa yang kita nak dgr saja dan ini note to self juga): Benar kita tak boleh 'play God'. Nanti kita yang terkejar bayang bayang sendiri. Misal kata, kelirukan Tuhan untuk tutup kesilapan sendiri daripada diketahui golongan tertentu pun ialah satu 'play God' juga. Pasal Tuhan dia boleh je buat konon kita dah berjaya cover silap kita, bila kita dah syok silap dah dicover, life dah nak bounce back, rupa rupanya itu juga yg dikeluarkan Tuhan last minute. Nauzubillah.