05 November 2011

Bahasa Inggeris wajib dipertingkatkan - tetapi PPSMI bukan penyelesaiannya

Dr Mahathir berkata DS Najib boleh menyelesaikan isu PPSMI yang sedang dibahaskan oleh rakyat. Dr Mahathir merupakan orang yang bertanggungjawab melaksanakan PPSMI semasa beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dahulu.

Muhyidin telah mengambil keputusan dan meminta sokongan dari kabinet dan Parlimen untuk kembali kepada mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia. Apabila isu ini masih menjadi perbahasan kita tidak terlepas dari bertanya, kenapa sudah 54 tahun merdeka isu medium pengajaran dalam bahasa apa ini masih tidak terlerai.

Mahathir berkata Najib boleh menyekat implimentasi pengajaran dalam Bahasa Malaysia ini kerana beliau (Najib) adalah Perdana Menteri. Najib sendiri adalah seorang pemimpin yang sebenarnya masih mahukan pembelajaran sains dan matametik ini dalam Bahasa Inggeris.

Tetapi Najib tidak berapa berani untuk meminta Muhyiddin untuk membatalkan hasrat beliau (Muhyidin) untuk tidak meneruskan pembelajaran Sains dan Metamatik dalam Bahasa Malaysia.

Ada berita yang sampai kepada saya yang Najib telah berpesan melalui seorang yang berpengaruh supaya meminta Muhyidin untuk meneruskan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Ingeris, kerana Najib tidak berani untuk membuat teguran terhadap Muhyidin. Malahan Muhyidin semalam telah membuat kenyataan yang DS Najib telah bersetuju untuk perlaksanaan pembelajaran subjek sains dan matematik kembali menggunakan Bahasa Malaysia.

Hakikatnya Najib dan Muhyidin sangat berbeza dalam isu PPSMI ini tetapi Muhyiddin telah mengambil sikap bertegas untuk kembali kepada pengajaran dalam Bahasa Malaysia ini kerana sentimen ini menguatkan beliau di kalangan ahli-ahli UMNO. Muhyidin mengambil sikap kemelayuan yang kuat dalam isu ini. Muhyiddin telah memberitahu media yang tindakan PAGE untuk mendesak Muhyidin menimbangkan saranan mereka untuk meneruskan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris lagi tidak akan di layan.

Muhyidin mendapat markah tambahan di kalangan ahli-ahli UMNO tetapi Muhyiddin lupa yang UMNO itu sendiri sudah kehilangan markah yang banyak dalam menghadapi isu ini. Popular di kalangan ahli UMNO tidak semestinya popular dari pandangan orang ramai dan rakyat jelata. UMNO itu sendiri sedang menghadapi masalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

Saya tidak lagi berkeupayaan untuk menentukan sikap dalam isu ini kerana isu ini terlalu komplikated dan amat payah untuk memberikan pandangan secara konklusif. Tetapi yang jelas Muhyidin tidak berkeyakinan dengan apa yang telah di dasarkan oleh Dr Mahathir dahulu untuk memperkuatkan penggunaan Bahasa Inggeris dengan pembelajaran matemetik dan sains dalam bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris itu adalah bahasa antarabangsa.

Saya secara peribadi tidak begitu berkeyakinan yang PPSMI akan membina kekuatan pelajar-pelajar dalam berbahasa Inggeris kerana matematik dan sains itu merupakan subjek yang kuantitatif yang tidak boleh membantu murid-murid atau pelajar kita untuk memperkuatkan penguasaan mereka dalam Bahasa Inggeris.

Saya berpendapat kalau benar kerajaan ingin melihat Bahasa Inggeris di kuasai oleh pelajar-pelajar kita kerajaan patut menjadikan English 1119 dalam peringkat SPM di wajibkan kerana subjek English 1119 itu akan memaksa pelajar mengambil subjek English Literature sekali gus akan memperkuatkan penguasaan Bahasa Inggeris dengan lebih jelas di kalangan lepasan sekolah menengah negara kita.

Bahasa ini akan hanya menjadi kuat jika kita belajar dan mempraktikannya secara praktikal (bertutur dan menulis) dan mengajar dalam Bahasa Inggeris dalam subjek matematik itu tidak mencukupi untuk seorang pelajar itu menguasai bahasa itu.

Sesuatu bahasa itu termasuk Bahasa Inggeris akan hanya boleh di majukan jika kerajaan memberikan penekanan kepada satu subjek ini iaitu subjek English 111 ini kerana ianya akan memberikan penekanan terhadap nahu dan ‘pronounciation’ sekali dan benar-benar Bahasa Inggeris yang betul.

Kita sepatutnya mengambil jalan yang tengah dengan memberikan pembelajaran dalam Bahasa Malaysia untuk kemajuan bahasa kebangsaan kita dan menekankan murid-murid untuk belajar Bahasa Inggeris secara khususnya dan lengkap melalui English 1119 itu.

Memberikan peluang untuk murid-murid mengambil subjek English Literature di peringkat tingkatan 5 akan menjadikan murid itu memahami Bahasa Inggeris dan sekali gus melengkapkan mereka dengan Bahasa Inggeris yang betul dan bukan setakat bercakap inggeris semata-mata tetapi berbahasa inggeris yang sebenarnya.

Setidak-tidaknya dijadikan subjek English 1119 itu di peringkat tingkatan 5 sebagai option yang digalakan kepada mereka yang serius untuk menguasai bahasa antarabangsa itu. Penekanan bukan sahaja setakat memperkuatkan Bahasa Inggeris tetapi juga bahasa-bahasa ilmu yang lain seperti bahasa jepun, mandarin dan yang lain-lain.

Saya bersetuju supaya medium persekolahan dinegara kita ini di dalam bahasa kebangsaan. Dalam ‘obsession’ kita untuk menguasai bahasa lain kita tidak boleh membiarkan bahasa kita sendiri tidak terbina. Bahasa jepun menjadi bahasa antarabangsa kerana sikap patriotik orang jepun untuk memperkayakan bahasa mereka.

Bahasa mereka maju bukan dicapai dalam sekelip mata. Bahasa mereka maju kerana perjuangan bangsanya memperkayakan bahasa mereka sejak ratusan tahun dahulu. Maka kita juga berkewajipan untuk membina bahasa kebangsaan kita terus menerus sehingga bila-bila; dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.

Dalam isu PPSMI ini saya membuat ‘conclusion’, yang bahasa Inggeris tidak akan berjaya diperkayakan jika diteruskan pengajarannya dalam dua subjek ini malahan ia akan membantutkan usaha untuk membina bahasa kebangsaan kita. ‘It will be neither or there’.

Adalah lebih baik jika PAGE mendesak kerajaan supaya memberikan masa pembelajaran yang secukupnya kepada subjek English 1119 di ajar secara serius di sekolah-sekolah jenis kebangsaan kita.

Itru lebih potensinya untuk bahasa Inggeris dikuasai oleh murid-murid yang akan berguna untuk masa depan rakyat dan negara.

Hentikan mengambil keputusan berdasarkan kepada kehendak politik sesuatu pihak kerana jika ianya terus di lakukan secara begini kita tidak akan kemana-mana. Kita perlu ingat yang kita sudah merdeka selama 54 tahun dan tidak ada sesiapa di dalam dunia ini yang akan menyangka yang kita masih lagi terkial-kial untuk menentukan jalan serta arah kemajuan untuk bahasa dan penggunaan bahasa bagi rakyatnya yang berbilang kaum ini.

Keadaan yang kita hadapi ini sudah cukup untuk membuat ‘conclusion’ yang bahasa selama ini telah menjadi alat politik bagi setengah pemimpin yang lemah dan tidak berupaya mengurus negara yang kita cintai ini.

Mungkin cadangan Dr Mahathir untuk mengadakan referendum terhadap isu ini perlu di pertimbangkan. Dr Mahathir berkata ini undang-undang manusia bukannya undang-undang tuhan kerana ianya boleh di mansuhkan. Cadangan ini agak lebih demokratik jika kita mahukan pandangan rakyat yang sebenarnya terhadap isu ini.

Hanya saya ingin menekankan sekali lagi yang pengajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris tiu tidak boleh pelajar menguasai bahasa Inggeris kerana mmetamatik dan sains ini adalah ‘subjek yang ‘quantitative’ dan tidak mungkin bahasa inggeris boleh dipertingkatankan penguasaannya jika PPSMI ini terus di laksanakan.

04 November 2011

Saya tidak percaya DS Rosmah membeli belah di David Jones. It's a low class shopping mall for her

“Anak saya tidak berada di Perth semasa persidangan CHOGM baru-baru ini dan anak saya tidak pernah membeli belah di sana” kata Najib lebih kurang seperti mana yang saya terbaca.

‘Apparently’ cerita ini di buat oleh sebuah akhbar berpengaruh di Western Australia dan Najib menafikannya melalui twitter beliau dan beliau berkata ini adalah fitnah yang sengaja di ada-adakan oleh akhbar tersebut.

Najib juga menafikan berita yang isteri kesayangan beliau Datin Seri Rosmah Mansor membeli intan berlian di Australia dan isteri beliau tidak pun pergi ke pusat membeli belah itu. Saya pun hendak juga tahu bagaimana akhbar tersebut tahu jumlah AUD60000 itu telah dibelanjakan oleh anak perempuan Najib.

Saya tidak tahu samada perkara ini benar atau pun tidak kerana saya tidak mengikuti perkembangan isu ini. Tetapi saya di minta untuk mengulas tentang isu yang di bawa oleh akhbar Western Australia ini.

Saya tidak berminat sebenarnya untuk mengulas kerana membeli belah secara besar-besar ini adalah satu persepsi yang sinonim dengan DS Rosmah ini dan saya tidak langsung mahu mengambil tahu tentang isu ini lagi. Kalau DS Rosmah dan anak perempuan beliau membeli belah sekali pun itu tidak menghairankan lagi bagi rakyat negara ini.

Saya tidak menjangka yang anak DS Rosmah boleh membelanjakan sejumlah wang yang begitu kecil di tempat yang dikatakan anak beliau membeli belah itu. Pusat membeli belah David Jones itu tidak lah sehebat pusat membeli belah di New York kerana tempat itu hanya lah pusat membeli belah yang biasa sahaja.

Kalau pun keluarga Najib hendak membeli belah mereka tidak akan membuat shopping di tempat itu. Pusat membeli belah itu tidak sampai ‘standard compliance’ bagi Rosmah atau anak beliau itu. Saya tidak percaya Rosmah atau anak beliau akan membelanjakan wang di sana kerana tempat itu tidak setaraf dengan kemampuan berbelanja untuk keluarga ini.

Tempat itu hanya untuk orang seperti kita membeli belah sahaja…tempat kita hendak membeli sepasang dua stokings, coli-coli serta seluar dalam dan panty wanita sahaja. Rosmah dan anak beliau tidak akan masuk kedalam pusat membeli belah yang tidak ada ‘standard’ itu. Saya yakin itu merupakan fitnah atau akhbar tersebut tidak tahu yang tempat membeli belah itu bukan setaraf dengan tempat-tempat DS Rosmah membeli belah.

Saya berpendapat untuk mempercayai Rosmah boleh pergi ke tempat shopping itu memang satu perkara yang mustahil. AUD 60,000 bukan jumlah untuk dikaitkan dengan DS Rosmah. Itu terlalu kecil bagi ahli keluarga ini.

Saya tidak percaya yang pusat membeli belah David Jones ini ada menjual tas tangan yang berharga AUD125,000 untuk di sesuaikan dengan ‘taste’ Rosmah dan mengaitkan beliau dengan barang murahan sebanyak AUD60,000 itu merupakan satu ‘insult’ yang besar terhadap wanita pertama negara kita itu. DS Rosmah tidak membeli belah dengan jumlah wang yang sebegitu kecil dan elok kita jangan percaya dengan berita ini.

Saya percaya DS Rosmah merasa terkilan dengan akhbar Western Australia yang mengaitkan sejumlah AUD60,000 sahaja. Jumlah itu hanya akan menjatuhkan air muka beliau sahaja.

Pendeknya saya tidak percaya dengan apa yang ditulis oleh akhbar tersebut. David Jones tidak setaraf dengan DS Rosmah. Kalau isteri dan anak-anak PM negara-negara lain membeli belah di David Jones saya percaya, tetapi tidak bagi DS Rosmah Mansor.

Wisma Putra patut membuat batahan terhadap akhbar tersebut dan katakan untuk DS Rosmah membeli belah di David Jones adalah mustahil kerana pusat membeli belah itu bukan tarafnya untuk wanita pertama kita membeli apa-apa pun.

02 November 2011

A dead fish swims with the flow.

Saya telah menerima beberapa email dari mereka yang mengikuti tulisan saya bertanyakan samada saya boleh memberikan komen tentang perlantikan Nalla Karrupan sebagai ahli Dewan Negara. Nalla telah mengangkat sumpah petang tadi dengarnya.

Nama Nalla ini dikenali ramai kerana penglibatan beliau secara rapat dengan Anwar dan popular dengan persepsi ramai yang beliau pernah menjadi ‘tennis partner’ kepada Anwar Ibrahim. Beliau merupakan di antara orang yang paling hampir dengan Anwar semasa Anwar ada sikit-sikit kuasa dahulu.

Apabila Anwar di penjara dengar ceritanya beliau kehulu ke hilir mencari naungan baru dan cara yang paling senang bagi beliau ialah dengan bermain politik dan mengambil tindakan menyebelahi musuh-musuh politik Anwar dan membuka segala cerita sensitive tentang Anwar kepada khalayak ramai untuk menghampiri pihak yang berkuasa.

Secara peribadi saya tidak mengenali orang yang bernama Nalla Karrupan ini tetapi saya diberitahu beliau di gunakan oleh musuh Anwar untuk menekan sahabat lamanya itu. Tindakan Nalla itu tentulah akan dibayar dan perlantikan beliau ke Dewan Senate ini adalah satu dari cara memberikan imbuhan terhadap jasa beliau kepada pemimpin yang berkuasa dengan membidas Anwar secara terbuka.

Ramai lagi yang lebih layak untuk di lantik tetapi Nalla Karupan mempunyai kelebihan lain; iaitu mengampu dan melakukan perkara yang ‘amusing’ terhadap pihak yang memusuhi Anwar.

Orang seperti ini ramai di kalangan kumpulan yang hampir dengan Anwar dahulu. Kalau nak sebut seorang dua, diantaranya ialah bekas Setiausaha Politik Anwar Ezam Mohd Nor, Eskay, seorang lagi sahabat Anwar yang berpaling tadah sokongan kepada menyokong musuh politik Anwar.

Saya tidak dapat memberi komen yang detail terhadap Nalla dan mereka yang serupa sikapnya dengan Nalla ini. Tetapi cukup jika saya katakan mereka-mereka ini adalah kumpulan ‘cari makan’ dan membunuh karektor sahabat sendiri yang pernah memberikan nikmat kepada mereka ini adalah perkara biasa.

UMNO memang memberikan keutamaan kepada mereka yang jenis ini kerana ahli-ahli UMNO tidak mungkin menentang kerana ahli-ahli ramai dalam UMNO itu hanya di jadikan sebagai dahan bongkok tempat kera-kera liar meniti.

Orang seperti Nalla dan Ezam Mohd Nor ini memang ramai. Orang-orang seperti ini adalah ibarat ikan mati. Mereka ini hanya dan sentiasa berada ‘on the buttered side of the bread’ serta akan berenang seperti ikan mati. Ada perbilangan Inggeris yang sesuai untuk mereka ini, iaitu ‘dead fish swims with the flow’.

Kalau ditakdirkan pihak lain yang diberi mandat untuk berkuasa orang-orang seperti ini masih akan selamat kerana mereka bijak untuk menghampiri mereka yang mempunyai kuasa. Orang-orang seperti ini amat ramai di dalam UMNO. Orang-orang seperti ini akan akhirnya membidas UMNO dan BN serta pemimpinnya jika pihak lain yang akan berkuasa. Mereka akan lebih pandai dari pihak lain untuk membidas dan membinasakan UMNO apabila pihak lain pula yang akan berkuasa.

Saya mengatakan mereka sebagai ikan mati dan akan berenang mengikut arus sungai. Tetapi ada setengah pihak yang lain memberitahu saya yang mereka seperti ini merupakan ‘political prostitute’.

Bagi saya, perbilangan yang paling sesuai untuk mereka ini ialah ‘a dead fish that swims with the flow’ kerana mereka tidak akan mampu untuk berenang melawan arus.

Cukuplah komen saya setakat itu. Kalau komen lebih-lebih nanti ramai pula yang membidas saya dengan kata-kata nesta seperti anjing, babi dan sebagainya. Penyokong-penyokong UMNO garang-garang semuanya dan mereka amat fasih menyebut istilah-istilah kotor itu,; lebih fasih dari bertahmid dan menyebut perkara-perkara yang baik-baik.

01 November 2011

Sekali ombak memukul, sekali pantai berubah

Segala-galanya berubah mengikut waktu dan masanya. Dunia pun berubah apatah lagi makhlok-makhlok lain ciptaan tuhan yang Maha Esa itu. Yang tidak berubah hanya zat tuhan yang tidak bermula dan tidak berakhir.

Kalau kita iktikatkan tubuh badan kita sendiri sebagai alam yang kecil, kita sendiri nampak dan terasa perubahannya. Kalau dulu kita penuh dengan tenaga apabila sudah tua kita akan kekurangan tenaga dan kudrat itu secara beransur-ansur.

Dulu kita boleh berlari seratus meter dengan kepantasan 11.67 saat kini kita hanya mampu untuk melakukan larian itu dalam kepantasan 116.7 saat dalam seratus meter. Semasa mudanya kita berambut tebal dan berwarna hitam, tetapi kebanyakan di antara kita apabila tua rambut kita akan menipis dan beruban pula. Jadi rupa kita pun berubah dan semuanya berubah.

Itulah sebabnya agama kita pun memberikan kenyataan yang kita mesti hidup mengikut waktu dan zamannya. Dalam peperangan kita wajar bersiap sedia dengan peralatan peperangan yang moden dan tidak lagi menggunakan panah dan pedang.

Walaupun harganya mahal tetapi kita tidak boleh mengelak dari mempersiapkan alat persenjataan canggih dengan secukupnya. Itulah sebabnya rakyat marah kerana harga pembelian peralatan yang berharga RM1 billion, tetapi sebanarnya harganya tidak melebih RM300 million misalnya.

Pemimpin kerajaan pun berubah. Kalau dahulu pemimpin-pemimpin kerajaan bertungkus lumus untuk menyelamatkan wang rakyat dengan berusaha untuk membeli bekalan untuk kegunaan kerajaan sekarang ini pemimpin-pemimpin kita berusaha habis-habisan untuk membayar harga barangan setinggi yang boleh menggunakan wang rakyat untuk mendapat ‘kick backs’ dengan jumlah yang besar. Segala kos ini menggunakan wang dari pembayar cukai dari rakyat yang ramai.

Ada kementerian atau jabatan yang membeli beras yang berharga RM170 dengan harga RM1700 sekampit dan semuanya ini kerana mengisi poket pihak yang dipertanggung jawabkan untuk menjaga rakyat yang rata-rata susah. Orang ramai boleh meneliti lapuran Ketua Audit Negara jika mahukan kepastian tentang apa yang saya katakan ini. Harga blender yang berharga rm400 dibeli oleh pihak kerajaan atau jabatan tertentu dengan harga melebihi seribu ringgit.

Perubahan ini adalah perubahan etika dan nilai kemanusiaan yang sudah terlalu jauh berubah dalam kepimpinan kerajaan di setiap peringkat pentadbiran. Rasuah…rasuah dan rasuah. Ini adalah kerana kekurangan tanggungjawab di kalangan pegawai-pegawai serta politikus yang tidak mempunyai perasaan dan pertimbangan terhadap rakyat yang bertungkus lumus mengisi kantung kerajaan kita.

Tetapi di sebalik perubahan yang tidak baik ini ada pihak yang juga berubah untuk kebaikan dan ingin melakukan sesuatu yang baik untuk negara. Ini juga adalah perubahan. Pihak yang sedar ini sedang berusaha untuk memperbaiki keadaan dan sedang mengadu kepada rakyat tentang apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan yang sedang berhadapan dengan ‘mahkamah’ rakyat, iaitu pilihanraya yang akan datang ini.

Rakyat dari berbilang kaum dan keturunan sedang berusaha untuk mempastikan kerja hina yang dilakukan oleh pihak yang berkuasa ini diberhentikan. Kerja ini bukan kerja yang mudah kerana tentangan dan reaksi pihak yang sedang memerintah ini adalah kuat. Segala media perdana dipergunakan untuk menangkis perbahasan yang dikemukakan oleh pihak alternatif ini.

Berbagai cara dan kaedah dilakukan oleh pihak yang sedang berkuasa untuk mengekalkan kuasa. Cara yang paling ampuh selama ini ialah dengan menaikan perasaan perkauman di kalangan rakyat. Orang Melayu dengan UMNOnya menggunakan cara menyemai perasaan benci dengan kaum lain. MCA pula dengan chauvinis Cinanya untuk mengumpulkan sokongan orang Cina terhadap parti itu. Begitu jugalah MIC yang memainkan isu Indianya untuk membawa sokongan kaum India terhadap parti itu.

Tetapi perubahan sedang jelas berlaku. Rakyat sudah begitu jemu dengan permainan isu rasis dari parti-parti BN. Mereka sedar jika isu rasis ini berlarutan ianya tidak membawa negara dan rakyat kemana-mana..Yang untung hanyalah opotunis yang menjadi pemimpin kepada parti-parti tersebut dan keuntungan untuk ‘war lords’ dalam parti-parti dalam BN khususnya UMNO. Mereka yang membentuk perasaan orang berbilang kaum membenci di antara satu bangsa dengan yang lain tetapi di antara pemimpin berbilang kaum mereka bersatu untuk memperdaya orang ramai sambil membina kekayaan yang menggunung.

Parti-parti yang berdasarkan kepada keahlian mengikut kaum sudah mula ditolak dan keadaan ini telah kita lihat dalam pilihanraya yang lalu. Parti-parti yang berlandaskan kepada semua kaum sedang beransur-ansur mengambil tempat di hati rakyat. DAP. PKR dan Pas adalah parti-parti yang tidak berlandaskan kepada kaum tetapi untuk semua kaum, walaupun di antara parti-parti itu didominasi oleh sesuatu kaum.

Masing-masing parti sedang berusaha untuk membuktikan yang mereka mahukan penyertaan semua kaum kerana hanya parti-parti berbilang kaum sahaja yang akan kekal berpengaruh setidak-tidaknya bagi beberapa dekad yang akan datang.. Itulah sebabnya DAP sudah mula di terima oleh kaum Melayu dan parti itu pun mengambil sikap realistik dengan mengalu-ngalukan orang-orang Melayu untuk menyertai parti itu.

Bermacam-macam cemuhan terhadap DAP dan momokan terhadap parti ini sejak penubuhannya sudah mula ditolak oleh sebagaian orang Melayu. Tetapi bagi mereka yang faham pihak chauvinistik Melayu akan membabikan serta menganjingkan mereka yang tidak termakan dengan momokan pihak berkuasa itu. Saya yakin yang benarnya akan akhirnya timbul dan yang bathil akan tetap terbukti dihadapan rakyat.

Tetapi kesusahan merupakan makanan pihak yang berjuang. Tidak ada usaha yang baik itu akan mudah diterima oleh orang ramai apatah lagi dari kumpulan pemerintah yang sesama sendiri tergulung dalam kumpulan yang rakus dan tamak tadi. Berbagai nama dan gelaran yang buruk dilemparkan terhadap pejuang-pejuang ini. Nama dan gelaran-gelaran itu bermacam-macam bunyinya. Di antaranya anjing, babi, sial, bingai, celaka dan berbagai-bagai lagi.

Mungkin itulah sikap semula jadi bagi pihak yang akan hilang kuasa. Oleh kerana mereka sudah terlalu lama berkuasa mereka akan bersikap takbur dan garang sehingga membabikan serta menganjingkan orang lain itu sudah menjadi budaya bagi mereka. Membabikan serta menganjingkan orang lain itu adalah ‘attribute’ bagi manusia yang hilang pedoman dan tidak lagi berdaya untuk mempertahankan budaya yang baik yang sesuai dengan kehidupan manusia yang diberikan akal fikiran oleh Tuhan Maha Esa.

Tetapi panggilan ini tidak mematahkan semangat mereka yang sedang berubah kepada kebaikan. Mereka yang ingin membawa perubahan ini cekal dengan perjuangan mereka. Mereka diberikan oleh pihak yang memberikan sokongan membuta tuli kepada pihak yang rasuah ini tidak mungkin mencederakan mereka yang tulus untuk memperbaiki keadaan.

Tidak ada dalam sejarah perjuangan yang melalui jalan mudah melainkan jalan yang sukar dan berliku. Perkara yang pasti ialah, perubahan terhadap makhluk tetap berlaku dan perubahan itu berlaku secara ‘natural’.

Alam dan manusia tetap berubah mengikut waktu dan masanya. Bak kata perbilangan, sekali ombak memukul sekali pantai berubah. Apabila perubahan digerakan untuk berlaku ianya tidak akan dapat ditahan oleh sesiapa. Ia akan tetap berlaku.