Sesungguhnya pilihanraya kali ini
ialah pilihanraya untuk mengalahkan Pakatan Rakyat. Begitulah situasi
sebenarnya kerana banyak dalil yang menunjukkan yang BN sedang tercari-cari
waktu yang sesuai sejak setahun yang lalu untuk menentukan tarikh pilihanraya
umum ini. Sesungguhnya jika PRU di adakan sekarang PR akan mendapat mandat
rakyat dan hakikatnya BN sedang berusaha untuk mengalahkan Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyatlah yang sebenarnya yang sedang mempertahankan mandat itu..
Sebagai parti yang memerintah BN
masih membelek tarikh-tarikh yang sesuai
kerana jika salah tarikh mereka khuatir BN akan dikalahkan dengan teruk oleh
Pakatan Rakyat yang kini mendapat perhatian rakyat sebagai satu-satunya pilihan
jika hendak menolak BN.
Inilah kali pertama kita melihat
keadaan parti pemerintah tidak dapat menentukan tarikh pilihanraya walaupun
segala usaha telah dilakukan untuk memujuk rakyat kembali kepangkuan BN
khususnya UMNO Baru. Usaha untuk membetulkan UMNO Baru sudah tidak akan berjaya
lagi kerana untuk membetulkan UMNO itu ia mesti di lakukan oleh pemimpin UMNO Baru
yang tidak terlibat dengan pentadbiran sekarang.
Ia tidak boleh lagi dilakukan
oleh pemimpin-pemimpin yang telah secara ‘collective’ membinasakan UMNO Baru itu. Baik Najib, atau pun Muhy (muhyiddin) dan
semua barisan pimpinan pada hari ini tidak akan mampu untuk mengembalikan UMNO
ketahap yang pernah mereka alami dahulu. Bagaimana mereka yang merosakkan UMNO
boleh memperbaikinya?
UMNO Baru ini sepatutnya diperbetulkan semasa parti
ini belum mengalami kerosakkan yang seburuk sekarang. Kalau diperbaiki dari
dulu mungkin jugalah parti ini mampu diperbaiki. Semasa dahulu belum ramai lagi
barisan pemimpin yang melakukan rasuah misalnya. Maka UMNO boleh membaikinya
dengan cara kita makan tebu….busuk seruas kita buang seruas.
Tetapi sekarang ini keseluruhan
batang tebu itu telah berulat dan tidak ada lagi ruas yang baik untuk dimakan.
Maka terpaksa kita buang keseluruhan batang tebu itu, dan itu pun yang hendak
dilakukan oleh rakyat termasuk ahli-ahli UMNO yang akan membuat perhitungan di
dalam peti undi nanti.
Ibarat kata keseluruhan tanaman
tebu itu mesti dilakukan ‘replanting’ keseluruhan kepada kebun tebu yang
berulat itu jika masih berminat untuk mendapatkan tebu-tebu yang boleh mendatangkan hasil. Rakyat mahukan
batang-batang tebu yang tinggi kualitinya, bukan setakat batang-batang tebu
yang layak untuk dimakan oleh gajah sarkis sahaja.
Pendeknya sekarang begitulah yang
dihadapi oleh UMNO Baru ini. Kalau UMNO
masih lagi berkeyakinan untuk menang tidak munasabah Najib belum berani
mengadakan pilihanraya umum kali ke13 ini.
Jika begitu keadaannya,
hakikatnya BN sedang berjuang untuk mengalahkan pengaruh PR yang mereka anggap
akan memenangi PRU ini jika dipanggil sekarang atau sebelumnya. Jika kita
hendak fahami lagi maksud saya itu, BN sudah kalah, dan jatuh sebelum terbang
(crashing before taking off).
Maka menghadapi situasi ini
bukannya satu perkara yang mudah kerana BN tahu yang parti itu akan tewas dalam
pilihanraya kali ini. Justru itu jugalah sebabnya beberapa orang pemimpin besar
UMNO Baru telah membuat berbagai-bagai cerita yang kita akan menghadapi
huru-hara jika PR kalah dalam PRU ini
Sebenarnya BN lah yang akan kalah
dan BN jugalah yang akan ‘orchestrate’ huru hara itu. UMNO belum pernah hilang
kuasa lagi. Oleh kerana itulah untuk menerima penolakkan rakyat itu sangat
susah bagi BN, seolah-olah seperti hendak memisahkan kulit dengan daging. UMNO
sebenarnya tidak ‘gentleman’ seperti parti-parti pemerintah di negara-negara
maju.
Di negara-negara maju, parti
pemerintah yang kalah dalam pilihanraya begitu ‘gentleman’ dan menyerahkan
kuasa dengan berhemah dan halus mengikut tata-cara peralihan kuasa yang telah
dimaktubkan dalam perlembagaan dan undang-undang negara. BN ini jika kalah
sekali pun, ia akan berusaha untuk menyekat PR untuk mengambil alih kuasa dan
semuanya bersebab.
Sebenarnya jika pimpinan itu bersih
mereka tidak akan takut dengan kekalahan dalam pilihanraya kerana itu adalah
biasa dalam mana-mana negara yang demokratik. Di negara Jepun, PM nya pernah
bertukar sebanyak tiga kali dalam dua tahun tetapi tidak memberikan masalah
kepada negara itu. Tetapi disini pemimpin-pemimpin kita terlalu banyak
kesalahan dan jenayah yang mereka lakukan semasa berkuasa. Jika terlepas dari
kuasa mereka takut untuk menghadapi ‘consequence’ kepada kekalahan itu.
Ini adalah akibat dari kita tidak
menghormati sistem pentadbiran dan memilih untuk menjahanamkan sistem itu untuk
kepentingan politik peribadi yang tiada hadnya. Sejak Mahathir menjadi PM ,
beliau yang menguasai sistem bukannya sistem yang menguasai negara. Mahathir mahukan segala-galanya berada di
dalam tangan beliau.
Beliaulah Hakim, beliau jugalah
Polis, beliau jugalah Undang-Undang. Akhirnya undang-undang yang mengikut
kehendak beliau dari beliau mengikut undang-undang. Cara beliau mentadbir tidak
ubah seperti P Ramlie dalam lakonan beliau dalam filem ‘Ahmad Albab’ yang
beliau sendiri arahkan. Kalau kita tengok filem itu beliau mengaku yang
beliaulah general manager, beliau lah peon dan beliau jugalah yang menjadi
salesman dan kontraktornya.
Apabila beliau merasakan tekanan
setelah begitu lama memerintah, beliau meletakkan jawatan dan menyerahkan
segala warisan yang luntur itu kepada Pak Lah. Segala-galanya telah berkecai
semasa Pak Lah mengambil alih dan Pak Lah tidak mampu untuk membetulkannya
kembali. Rakyat melihat ini semua dan
sejarah Mahathir ini akan ditulis dengan teliti oleh beberapa orang sejarawan
apabila sampai waktunya.
Sekarang Mahathir menyalahkan
semua orang terutamanya menyalahkan Pak Lah sedangkan Pak Lah semasa mengambil
alih kuasa, segala sistem negara telah hancur lebur. Tinggal lagi Mahathir
bijak untuk meletakkan jawatan betul-betul sebelum masalah ciptaan beliau itu
meletup. Beliau melepaskan tangan dan akhirnya Pak Lah lah yang menerima akibatnya.
Kerosakkan itu sekarang di warisi
oleh Najib dan Najib menerima jawatan itu kerana menjadi PM itu adalah
‘ultimate’ bagi beliau dan Najib sekarang sedang menghadapi masalah yang lebih
besar dari yang dihadapi Pak Lah kerana Najib sendiri menambah masalah negara
dengan lebih besar lagi.
Isu terhadap Najib dan BN terlalu
besar dan tidak dapat diperbaiki lagi. Usaha Najib untuk membetulkan keadaan
ibarat tikus membaiki labu. Ini semua mendapat perhatian rakyat yang sudah
terlalu jemu dengan isu-isu yang tidak dapat lagi diterima oleh sebahagian
besar rakyat.
Rakyat sudah letih dengan gelagat
pemimpin-pemimpin kita maka mereka (rakyat) mengambil pendirian, ‘enough is
enough’. Rakyat sudah tidak lagi mahukan ‘faked leadership’ yang terlalu
bergantung kepada ‘form’ mereka sahaja dan tidak kepada ‘substance’ kepimpinan
mereka.
Kalau dahulu seorang PM yang
tidak ‘effective’ itu boleh diganti dengan orang kedua dan ketiga atau
seterusnya, kali ini amat malang bagi UMNO Baru kerana keseluruhan kepimpinan
di bawah Najib, iaitu Muhy dan yang lain-lain itu tidak akan berjaya memperbaiki
keadaan kerana mereka tidak mempunyai ‘legitimacy’ untuk mewarisi kepimpinan
negara. Ada
pihak yang memberi komen, ‘jika Najib yang begitu teruk, Muhy lagi teruk dan
yang lain pun lebih teruk’.
Maka rakyat kini mengambil sikap,
‘let’s go for a change…real change’ untuk negara kita. UMNO Baru masih tidak
tahu formula untuk memperbetulkan keadaan politiknya sendiri.


