UMNO sebuah parti yang teramat
unik sekali dalam pembacaan kita yang berada di dunia ini. UMNO adalah sebuah
parti lemah kepimpinannya tetapi tetap memegang kuasa kerana keunikan politik
di negara ini. UMNO perlu diubah hanya dalam keadaan tertentu sahaja.
Semasa UMNO lemah ia tidak perlu
diubah kerana kelemahan itu dilakukan oleh semua yang berkuasa. UMNO terpaksa
mengubah kepimpinannya apabila parti itu hanya mendapat 140 kerusi dan hilang
dua pertiga. Itu yang dihadapi oleh Abdullah Badawi pada PRU ke 12 dahulu. Jika
mendapat rendah dari angka itu UMNO tidak perlu diubah.
Dalam pilihanraya yang akan
datang pula UMNO mesti mendapat kemenangan jauh rendah dari 133 seperti yang
diperolehinya pada PRU yang ke 13 baru-baru ini dan ia tidak perlu berubah. Yang
perlu diubah jika parti itu mendapat 140 kerusi sahaja.
Sekarang ini jawatan Presiden dan
Timbalan Presiden tidak boleh ditandingi maka jawatan Naib Presiden juga tidak
perlu ditandingi dan hanya mengekalkan ketiga-tiga yang menyandang jawatan itu
sahaja. Ada
suara lagi, iaitu jawatan Ketua Pemuda dan Wanita juga jangan dipertandingkan.
Jika begitu keadaannya elok semua
jawatan yang dipegang oleh penyandang dari semua lapisan kepimpinan parti itu
jangan dipertandingkan. Alasannya ialah supaya tidak ada perpecahan dalam
parti. UMNO hanyalah satu-satu parti yang akan bersatu jika tidak ada
pertandingan jawatan. Saya pernah mencadangkan agar UMNO itu di ubah Perlembagaan
nya. Jawatan kosong itu hanya boleh dipertandingkan jika penyandangnya mati
atau sudah bercakap seorang diri (gila).
Buku perlembagaan parti itu dipenuhi
dengan atur peraturan mesyuarat dan cara serta kaedah untuk memilih kepimpinan
setiap peringkat sahaja. Oleh kerana terlalu banyak suara-suara yang tidak
membolehkan ahlinya melaksanakan atur peraturan perlembagaannya elok hanya
kekalkan BAB 3 (Asas dan Tujuan) perlembagaan itu sahaja dan yang lainnya dibuang sahaja melalui
satu Perhimpunan Agung khas.
Dengan cara ini ia akan
membolehkan kumpulan dan ‘warlords’ yang tertentu sahaja menentukan semua kes
pertelingkahan dalam parti. Banyak parti dalam negara ini mempunyai perangai
dan nilai seperti ini dan ia tentunya satu fenomena yang tidak akan mampu
menjaga kebaikan ahli-ahli parti dan seterusnya akan melemahkan kepimpinan
negara. Justeru, itu lah sebabnya berlaku situasi jika 140 kerusi dimenangi
maka pimpinan perlu diubah jika lain dari angka 140 malahan lebih kurang dari
itu, pimpinan semua peringkat tidak perlu diubah.
Di negara ini kuasa itu ialah
untuk pimpinan dan orang tertentu sahaja. Hanya mereka yang mempunyai otot yang
keras dan kuat sahaja boleh melakukan apa-apa yang mereka kehendaki. Ada parti yang melakukan
kesilapan dan kesalahan dalam pengkiraan undi dalam partinya, tidak mahu akur kepada ROS kerana hendak tahu
mana undang-undang yang diguna-pakai untuk meminta pemilihan parti dibuat
sekali lagi.
Tetapi mereka tidak bertanya apa
pula undang-undang yang dipakainya jika kesalahan pengiraan undi yang di syaki
dilakukan dengan sengaja itu, untuk menukar jumlah undi tanpa diketahui oleh
mereka yang mengundi itu. Parti itu sendiri tahu yang mereka telah melakukan
kesalahan dan berbagai permohonan untuk menangguhkan keputusan dari ROS telah
diterima dengan baik oleh ROS.
Sekarang apabila ROS terpaksa
melakukan tanggungjawabnya maka ROS pula yang menjadi sasaran parti itu.
Sekarang siapa yang menjadi penentu kepada keputusan itu? Parti itukah atau
badan yang dikhaskan untuk menjadi pemantau kepada semua pertubuhan di negara
ini?
Lakonan dan sepak terajang parti
itu sangat jelas dan mereka tahu jika tidak di laksanakan arahan ROS itu, parti itu mungkin akan di batalkan
pendaftarannya. Adakah ini sebenarnya yang dikehendaki parti itu? Kalau itu
kehendak parti itu maka nyatakan dengan jelas yang mereka mahu melakukannya
seperti apa yang dilakukan oleh UMNO dahulu. Dengan cara itu sahaja kumpulan
yang sedang hebat dengan kuasa itu boleh menentukan siapa yang hendak
dikekalkan dan siapa yang hendak dibuang apabila jawatankuasa penaja kepada
parti penggantinya nanti ditubuhkan.
Itu sebabnya ada pihak dalam
parti itu hendak mengambil tindakan undang-undang terhadap ROS kerana telah
membuat kenyataan yang ada pihak dalam parti itu hendak menubuhkan parti baru. Mereka
terasa malu apabila kehendak mereka yang ada di dalam hati mereka dikeluarkan
dipengetahuan umum oleh ROS.
Apabila kita mendengar dan
mengetahui perkara ini berlaku maka ramai yang rasa tertipu dengan permainan
mereka yang berkuasa. Rakyat yang mahukan perjuangan yang jujur di selewengkan
oleh pimpinan yang semakin hari semakin lemah itu. Sesungguhnya penyakit yang
dihadapi UMNO selama ini merupakan penyakit yang begitu ‘contagious’ dan
kumannya telah hidup dalam sebuah parti pembangkang itu juga.
Maka dimana dia pihak yang
sebenarnya jujur untuk rakyat? Rakyat berarak kehulu kehilir untuk menyokong
mereka tetapi akhirnya rakyat sudah sedikit semi sedikit sedar yang mereka yang
menyokong perubahan itu juga tidak mempunyai kejujuran. Malahan menerima budaya
yang ada didalam UMNO untuk dimesrakan dengan budaya parti pembangkang itu.
Mereka terlalu takut menghadapi
pemilihan sekali lagi kerana mereka tahu yang mereka tidak begitu ‘legitimate’
kepimpinan mereka. Tetapi orang ramai tahu. Mereka bolehlah lakonkan
berbagai-bagai adegan politik mereka akhirnya mereka akan menghadapi masalah
jua. Itu lah sebabnya mungkin mengapa mereka tidak pernah mendapat kuasa
kerajaan pusat kerana mereka mesti percaya yang segala-galanya ditentukan oleh
‘nature’.
Kemenangan yang sudah sampai
kebibir tidak dapat ditelan malahan kejayaan itu lari sekelip mata sahaja. Maka
sangat besar hikmahnya dengan kegagalannya mendapatkan mandat rakyat dalam
pilihanraya dahulu kerana usaha mereka tidak di bawa bersama niat dan kejujuran
yang sebenarnya.
Selepas ini jangan di salahkan
mana-mana pihak diatas kegagalan masing-masing. Bagi mereka yang sayangkan
negara nilai dan pemikiran ‘migrant’ ini perlu dikikis habis-habisan sebelum
boleh mengaku berjuang untuk kepentingan negara yang tercinta ini.
Sesungguhnya jika niat kita
terlalu tidak bersih di dalam, ia akan terzahir juga diluaran dan mudah dibaca
dan di fahami oleh manusia yang kini lebih berfikir dan berbudaya.
Mereka yang mempunyai ‘migrant
mentality’ tidak akan berjaya memperjuangkan kehendak negara Malaysia yang penuh dengan adat dan
budaya berbilang kaum ini. Mereka yang masih mempunyai ‘migrant mentality’
tidak boleh berjuang untuk kepelbilangan kaum dinegara ini.
Bolehlah berlakon sana sini sedikit-sedikit
tetapi rakyat ramai akan tahu juga akhirnya. Rakyat juga pandai
mengintai-ngintai niat dan tujuan apa yang kita lakukan itu.
Saya selalu bercakap yang rakyat
yang matang boleh ‘menyelam air didalam tunggak’