Semalam saya menulis dengan
bahasa yang sangat mudah tentang isu buku yang yakin menjadi bahan bacaan yang
panas, iaitu, ‘The awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia’ yang
bakal berada dipasaran.untuk difahami ramai. Saya memilih selama ini untuk menulis
dalam bahasa yang sangat mudah kerana matlamat sesuatu penulisan itu ialah
untuk memahamkan apa maksud semua yang saya tulis itu.
Setelah memahami apa yang saya
tulis itu terpulang kepada pihak ramai untuk mempercayainya kerana ia merupakan
sustu pemikiran peribadi saya dan sesiapa juga berhak untuk menolaknya dan
tidak bersetuju dengannya. Selama ini pun saya menulis dengan bahasa yang mudah
untuk memudahkan mereka yang baru berjinak-jinak dengan budaya membaca memahami
segala apa yang saya catatkan.
Berhubung dengan isu Abdullah
Badawi dan Dr Mahathir ini saya telah banyak menulis tentangnya beberapa tahun
dahulu dalam blog yang tidak sepertinya ini. Blog ini menulis mengikut apa yang
saya lihat secara peribadi. Saya tidak pernah menulis dari penyelidikan pihak
lain yang dilakukan oleh professor-professor yang duduk di kerusi empuk sambil
membuat komen-komen politik dari bilik berhawa dingin sahaja.
Itu sebabnya saya tidak memilih
untuk membuat ‘cut and paste’ terhadap tulisan dan pemikiran orang lain dalam
blog kecil saya ini. Samada orang suka atau tidak terhadap pandangan peribadi
saya itu terpulang kepada selera masing-masing. Saya tidak pernah memarahi
sesiapa yang tidak bersetuju dengan saya. Hanya saya sedikit terkilan dengan
sikap setengah pengomen yang menggunakan bahasa yang kotor yang melambangkan
mereka tidak mempunyai daya perbahasan yang baik dalamm benak mereka.
Mereka tidak percaya kepada
hakikat bahawa nilai seseorang itu banyak dinilai dari cara percakapan dan bahasa
yang digunakan dalam perbahasan mereka. Mereka kurang sedar bahawa cara kita
bercakap dan memaparkan diri dalam media itu menunjukkan cara dan bagaimana
mereka di besarkan oleh penjaga masing-masing.
Mungkin mereka tidak mahu sedar
bahawa sikap kita itu melambangkan bagaimana ibu dan bapa kita mendidik kita
semasa membesar dahulu. Maksud saya ia melambangkan nilai dan sifat ibu bapa
mereka sendiri. Mereka yang menggunaka bahasa yang ‘abusive’ jelas-jelasnya
tidak menyayangi ibu bapa mereka kerana perlakuan mereka melambangkan sikap dan
sifat ibu bapa ibu bapa mereka sendiri. Kalau tidak kasihan kepada diri sendiri
kesianlah kapada ibu bapa kita yang telah membesarkan kita.
Tulislah nama seseorang itu
dengan betul. Seperti nama bekas PM kita Mahathir, jangan ditukar kepada
Mahadey dan mamak kutty dan nama-nama yang tidak baik. Kalau Lim Kit Siang itu
jangan ditukar dengan nama Lim Babi dan sebagainya. Mereka ada nama yang betul,
maka panggillah mereka dengan nama mereka yang betul. Susah
sangat ke kita hendak berbuat baik ini? Bercakap dan berbahas dengan bahasa
yang baik itu adalah lebih disenangi oleh pembaca.
Saya selalu berkata ‘it does not
cost anyone even 0.5 cents to be nice by not calling names on others’ Berbuat
baik dengan memanggil seseorang itu dengan nama mereka yang betul bukannyanya
mahal harganya.
Saya menyentuh hal ini kerana
saya amat khuatir dengan budaya kasar yang terlalu jauh dari sifat kita sebagai
orang Islam dan Melayu yang penuh dengan adab dan sopan yang tinggi. Kita
jangan sekali-kali menghilangkan identiti kita sebagai orang timur apatah lagi
kita mempunyai Tuhan dan agama.
Banyak bangsa didunia ini telah
hilang dimuka bumi ini dan kehilangan bangsa-bangsa tersebut bermula apabila
bangsa itu kehilangan identiti mereka. Bagaimana hendak kita katakan seseorang
pemimpin itu tidak baik sedangkan kita sendiri menunjukkan sikap tidak
bertanggungjawab terhadap diri kita dengan menzalimi diri kita sendiri dengan
menunjukkan sikap angkuh dengan kata-kata yang kotor? Bagaimana kita hendak
mempengaruhi orang lain dengan bahasa yang tidak senonoh dan menunjukkan sikap
‘arrogant’ bodoh kita?
Sebenarnya mereka yang kita
panggil dengan nama-nama kotor itu tidak ada apa-apa kesan kepada mereka.
Mereka tetap dalam keadaan yang sama. Tetapi kalau kita memanggil mereka dengan
kata-kata kotor, maka kita yang berbeza dengan mereka. Kita telah menunjukkan
kelemahan dan keaiban kita sendiri dengan menunjukkan sikap ganas dalam
pemikiran kita dan tidak ada siapa yang akan mengikut kita.
Siapa yang hendak menimbangkan
pemikiran kita kalau kita sendiri bersikap perongos dan tidak berbahasa?
Bukankah bahasa itu melambangkan bangsa dan budaya sesuatu kaum itu? Tidak usah
menunjukkan samseng dalam blog sesiapa dan berselindung di sebalik ‘anonymous’
dan tidak berani memaparkan wajah dan nama mereka yang betul. Itu menunjukkan
kelemahan kita sendiri yang pengecut sahaja. Itu sebabnya saya menulis dalam
blog saya sendiri dimana nama dan wajah saya dengan terbuka tanpa menggunakan
nama samaran dan sebagainya kerana saya mahu bertanggungjawab diatas apa yang
saya katakan dan tulis dalamnya.
Berkata-katalah dengan bahasa
yang baik sepadan dengan budaya bangsa dan anutan agama kita yang suci ini.
Sebelum kita membuat komen, ingat kepada ibu bapa kita samada yang masih didup
dan lebih-lebih lagi yang telah meninggal dunia.
Ingat kalau kita berkata bahasa
yang kotor ia akan melambangkan ibu bapa yang mendidik kita itu kotor dan tidak
baik. Kalau kita tunjukkan perbahasan yang tidak sekata dengan bahasa yang baik
dan berwibawa ia sekali gus menunjukkan yang kita telah dididik oleh pasangan
ibu bapa kita yang berwibawa dan tinggi moralnya.
Walau bagaimana pun, terpulang
kepada anda untuk memikirkannya. Kalau dengan berbahasa kasar dan busuk itu
menyenangkan semua teruskanlah sikap itu. Kita pun tidak boleh berbuat apa-apa
kerana yang bathil itu amat mudah mempengaruhi seseorang itu. Pemikiran yang
kotor itu adalah tempat yang paling subur bagi syaitan dan iblis untuk
bersarang.
Ikutlah selera masing-masing.

