PKR pun terbelah sekarang ini.
Sekarang PKR Selangor mahukan Azmin sebagai Menteri Besar jika Khalid
diketepikan. PKR sesungguhnya sudah sampai keperingkat cacar-marba dan jika
PAS tidak bersetuju untuk meletakkan Wan Azizah. PKR Selangor sendiri mempunyai
pendirian yang tidak selari dengan PKR Pusat pimpinan Wan Azizah dan Ketua
Umumnya, Anwar Ibrahim kerana kenyataan bersama setiausaha PKR Selangor dan
ketua penerangannya Shuhaimi Shafiei telah membuat kenyataan bersama hari ini
mahukan Azmin Ali sebagai pengganti kepada Khalid Ibrahim.
Walaupun PKR Selangor mahukan
Khalid diketepikan, mereka mahukan Azmin, Ketuanya di Selangor sendiri menjadi
pengganti kepada Khalid itu. Saya telah pun menyebut dalam posting yang lepas
yang Azmin mempunyai ‘moral standing’ untuk menuntut jawatan Menteri Besar itu
kerana selain dari beliau adalah Timbalan Presiden PKR Kebangsaan, beliau juga
adalah pengerusi PKR Selangor dan anak jati Selangor sendiri.
Itu sebabnya buat sementara ini
untuk mempastikan PKR tidak berpecah maka cadangan PAS untuk mengekalkan
Khalid itu merupakan pilihan yang tepat dan PAS tetap dengan pendirian itu
seperti yang di zahirkan oleh Jawatankuasa Ulama nya semalam. PAS berpendapat
yang Khalid hanya boleh diganti jika terbukti dengan keputusan mahkamah yang
Khalid telah mengkhianati mandat rakyat Selangor.
Itu sebabnya telah saya katakan
beberapa kali dalam blog kecil saya ini, jika hanya bermain politik dengan
‘intrigue’ politik Anwar semata-mata, PKR akan berhadapan dengan kerumitan yang tidak akan dapat di selesaikan dengan mudah. Jika bermain
politik peribadi yang keterlaluan, PKR khususnya Anwar sendiri akan melalui
zaman muramnya, kerana ‘Anwar can’t be lucky all the time’.
Perbezaan pendapat PKR Selangor
dengan pemimpin pusatnya akan menambahkan perpecahan diperingkat ‘intra-parti’
nya. Anwar tidak boleh berbangga yang beliau mempunyai penguasaan yang penuh
dari pemimpin bawahannya serta ahli-ahli PKR itu keseluruhannya.
Dengan sikap PKR Selangor ini,
Anwar tidak memerlukan musuh yang lebih besar lagi, kerana musuh beliau dalam
parti beliau sendiri sudah cukup untuk menyekat kemaraan Anwar ke destinasi
idamannya, iaitu Putrajaya yang tidak jauh dari tempat ia bermula iaitu di Kajang
pada bulan Mac yang lepas.
Sesungguhnya parti seperti DAP
akan menghadapi masalah besar dalam perjalanan politik mereka jika mereka
terpaksa tersangkut dengan isu dalaman PKR, parti peneraju Pakatan Rakyat itu.
PAS telah pun membuat keputusan yang tepat dengan tidak bersama dengan Anwar
dan PKR dalam isu Khalid Ibrahim ini dan kita tidak tahu samada DAP tetap mahu
terjun dengan PKR bersama dengan labu-labu PKR sekali.
Hasil dari pergolakan PKR ini, ia
juga akan membawa parti-parti rakannya khususnya DAP ketepian dan jatuh bersama
PKR yang di junjungnya sekarang ini. tetapi itu hak DAP untuk menentukan
sikapnya termasuk untuk bersama dengan Anwar, tetapi DAP tidak boleh
menyalahkan mana-mana pihak jika tindakan itu menjadi ‘baggage’ kepada DAP
dalam usahanya untuk memanjat tangga Putrajaya.
Saya nampak hanya satu jalan
sahaja untuk mengekalkan ke 'releven'an Anwar, iaitu jangan bermesyuarat terlalu
lama pada 10hb nanti. Apa yang perlu mereka lakukan ialah dengan menarik balik
cadangan menukar Menteri Besar Selangor sehingga pilihanraya yang akan datang
dan bermaaf-maafan bersama Khalid dan pimpinan diperingkat tertinggi PKR dan PR
sesuai dengan semangat Hari Raya Puasa ini. Lakukan perkara yang baik sempena
Syawal yang Mubarak ini.
PAS pula pada hakikatnya tidak
perlu menghadiri mesyuarat penting pada 10 hb nanti kerana keputusan parti itu
dalam isu berbangkit ini adalah ‘predictable’. DAP pula boleh hadir tetapi
bukan untuk menyebelahi mana-mana pihak dalam perkelahian keluarga PKR ini. DAP
jangan memanaskan lagi situasi dengan memberi nasihat kepada kepimpinan PKR
khususnya Anwar untuk mempertingkatkan ‘wisdom’ beliau dalam politik tanahair
kita ini.
Beberapa hari yang lepas saya
telah menulis dengan panjang lebar tentang isu Selangor ini dan saya telah
memberikan pandangan ‘conclusive’ yang perbalahan di Selangor ini memulakan
perjalanan Anwar ke arah kejatuhannya. ‘Anwar is speedily moving towards his
political oblivion’. Menafikannya bermakna kita berada dalam ‘denial syndrome’
yang mendalam.
Anwar sedang menjinjing partinya
yang berpecah belah hasil dari pemilihan diperingkat cabang-cabangnya baru-baru
ini dan sekarang berpecah-pecah dalam menentukan isu Menteri Besar Selangor
pula yang beliau mulakannya sendiri. Dalam isu ini PAS pula menambah masalahnya
secara ‘compounding’ dan akhirnya sekarang kita menyaksikannya dengan mata
kepala kita dengan terang-terangan Anwar sedang berhadapan masalah ‘intra’ dan
‘interparty’ yang sangat mendalam.
Tidak pula kita ketahui samada
DAP hendak bersama bermasalah dengan menyokong sepenuhnya apa yang dilakukan
oleh Anwar yang beliau sendiri tidak mendapat sokongan bulat dari partinya, PKR
sendiri.
Jika Anwar tidak mendapat
sokongan penuh dari PKR Selangor yang merupakan rumpun PKR yang terlebat di
negara ini, tidak nampak pula sebab kenapa DAP mahu masuk campur dan bersama-sama
dalam pergolakan dalaman PKR itu.
Jika salah langkah DAP kali ini,
ia akan menjebak DAP dalam jerat politik yang paling kuat dan akhirnya
ditakuti parti itu akan menjadi ikan mati yang terpaksa ‘swim with the flow’.
Biarkan sahaja Anwar dengan konco-konconya
menyelesaikan masalah-masalah dalam partinya. Tidak ada siapa yang memulakan
masalah rumit ini selain dari diri beliau sendiri yang tidak berhenti-henti
bersilat dan menari sepanjang zaman dalam politik negara kita ini.