10 August 2014

Tunggu keputusan PAS besok

Pemecatan TS Khalid dari PKR sememangnya telah di rancang dari awal lagi, sebaik sahaja Pakatan Rakyat tidak memenangi PRU yang lepas. Ini di sebabkan Selangor sahajalah negeri yang membolehkan PKR dan Ketua Umumnya untuk berpaut, justeru PKR terpaksa mengenepikan Khalid untuk memberikan laluan untuk Anwar untuk memperkuatkan ototnya bagi menghadapi masalah-masalah yang terlalu ‘mountable’ yang beliau sedang hadapi.

Masalah ‘verdict’ mahkamah tentang isu sodominya menghantui beliau kerana masalah ini merupakan ‘circumvention’ yang terlalu besar baginya untuk mencapai ‘ultimate’ nya menjadi orang yang paling berkuasa dalam negara ini. Jika beliau tidak terbabit dengan isu ini tentunya beliau telah menjadi Perdana Menteri sekarang dan mungkin sedang menghadapi masalah lain dari yang beliau hadapi sekarang.

Untuk menyelesaikan masalah beliau itu, beliau memerlukan ‘understanding’ dari puak-puak yang menyokongnya termasuk Khalid Ibrahim sendiri, maka Khalid di berikan dukungan untuk menjadi Menteri Besar. Anwar mengharapkan Khalid ‘reciprocates’ terhadap sokongan peribadi terhadap beliau (Khalid) apabila Anwar memerlukan sokongan balas darinya. Itu sebabnya diatas pengakuan Anwar sendiri ‘kajang move’ itu telah di rancang dari awal dan Anwar telah pun memberitahu Khalid yang beliau akan di ambil alih oleh Anwar sendiri sebagai Menteri Besar Selangor itu.

Tetapi malang bagi Anwar, Khalid tidak mahu berganjak kerana merasakan tindakan itu adalah tindakan yang sangat susah bagi beliau untuk berkorban untuk Anwar. Khalid tahu yang Anwar memerlukan jawatan itu untuk menyambung ‘lease’ usia politiknya kerana jika beliau dipenjarakan maka peluang beliau untuk kembali aktif terlalu tipis kerana beliau akan hanya boleh kembali bergiat setelah berumur 76 tahun.

Keengganan Khalid untuk memberikan bantuan terhadap beliau bagi menyelesaikan masalah undang-undang yang sedang beliau hadapi ini membuatkan Anwar marah, maka ini lah tindakan terhadap Khalid yang dilakukan oleh PKR, parti yang Anwar kuasai ini.

Anwar telah bersabar agak lama juga, maka akhirnya beliau mengumumkan yang Khalid perlu meletakkan jawatannya untuk di gantikan oleh Presiden PKR yang kebetulan adalah isteri beliau sendiri. Anwar telah mengambil ‘for granted’ yang beliau seperti biasa akan di sokong oleh PAS, rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat itu seperti yang sentiasa perolehi sejak pembentukan secara ‘informal’ Pakatan Rakyat itu.

Tetapi PAS mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak menyokong penyingkiran Khalid dan alasannya telah di beritahu oleh PAS dan tidak payah di ulangi berulang kali. Anwar kecewa lagi dengan tindakan PAS itu maka beliau terus bertindak dengan menggunakan jawatankuasa disiplin parti untuk menyingkirkan Khalid dari parti dahulu. Bagi beliau ini adalah untuk menjaga maruah beliau dan tidak mahu dilihat sebagai seorang yang lemah dan mengikut sahaja kehendak PAS itu.

Kita tidak tahu apakah tindakan balas PAS dalam isu ini. PAS boleh menerima tekanan Anwar dan PKR untuk menyingkirkan Khalid dalam mesyuarat penting mereka besok hari, tetapi jika ini berlaku ia akan menjejaskan PAS itu sendiri di mata rakyat yang ramai, apatah lagi keputusan itu di ambil oleh majlis syura parti itu yang di anggotai oleh ulama-ulama tersohor.

Untuk menarik balik ‘stance’ nya dengan membenarkan PKR menyingkirkan Khalid bermakna majlis syura itu tidak mempunyai kredibiliti kerana membuat keputusan yang ‘flip-flop’ dalam isu Khalid ini. Samada PAS rela menghadapi isu kredibiliti ini kita tunggu sahaja apa yang akan berlaku dalam mesyuarat penting PAS besok hari. Mesyuarat PAS besok itu juga akan menentukan kedibiliti PAS dan jika parti itu berganjak maka PAS akan berhadapan dengan masalah besar iaitu masalah keyakinan dari rakyat yang ramai.

Tetapi jika PAS kekal dengan keputusan majlis syura itu, maka PAS akan kekal dengan persepsi ramai sekarang yang parti itu mampu mengutamakan perjuangan mereka dari hanya setakat untuk mempastikan kerusi-kerusi yang dipeganginya sekarang.

Besok hari merupakan hari yang terpenting bagi penentuan samada PAS ada kredibilti atau sebaliknya. Ia juga penentu samada PAS benar-benar memperjuangkan perjuangan dan bukannya memperjuangkan nasib individu yang telah menyumbang kepada masalahnya sendiri.

PAS tidak perlu mengambil sikap ‘flip-flop’ kerana sikap itu akan memberikan impak negatif parti itu di mata rakyat dan amat susah untuk di perbaiki selepas itu. PAS merupakan parti yang tertua di negara ini dan parti itu telah melalui banyak kali krisis dan parti itu masih wujud sebagai parti yang tidak mungkin hilang dalam siasah negara kita.

Bumi mana yang tidak di timpa hujan dan segala yang berlaku pastinya ada hikmahnya sendiri. Sama-sama kita tunggu keputusan PAS dalam isu membersarakan Khalid ini.

Kalau boleh PAS hentikanlah berjuang untuk keperluan individu yang tidak ada batasnya ini. Kadang-kadang PAS ini di lihat sebagai parti yang 'underestimate' kemampuannya sendiri.

Kadang-kadang mereka tidak sedar yang mereka mampu berdiri diatas kaki mereka sendiri dan masih sanggup mengorbankan perjuangan mereka semata-mata untuk mendapatkan sokongan yang tidak 'legitimate' dari pihak lain yang akhirnya menyepit parti mereka sendiri.

Dari mendapat 22 kerusi PAS hanya memenangi 21 kerusi dalam PRU yang lalu kerana terlalu rela menjadi lat pihak yang lain.Orang lain seronok berpesta. PAS pula hanya di jadikan penyusun kerusi untuk orang lain berpesta sakan.

Ingat satu perbilangan, 'jangan jadi dahan yang bengkok untuk kera dan beruk bergayut dan menyeberang'

09 August 2014

Seperti yang dijangka, Khalid akan menerima surat pemecatan dari PKR

Akhirnya Khalid Ibrahim dipecat dari PKR. Hilang satu lagi kerusi bagi Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri Selangor dan di satu lagi di Dewan Legislatif Parlimen. Pakatan telah hilang satu kerusi di Parlimen setelah kalah dalam pilihanraya kecil Teluk Intan beberapa bulan yang lalu.

Di Parlimen Pakatan 87 kerusi dan di Dewan Undangan Negeri Selangor Pakatan Rakyat tinggal 43 kerusi. Selepas ini tidak tahu siapa yang akan dipecat atau di minta mengundurkan diri oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Sekarang Khalid masih Menteri Besar dan jika hendak mengeluarkan Khalid dengan cepat tindakan selanjutnya ialah dengan mencadangkan usul undi tidak percaya terhadap Khalid di Dewan Undangan Negeri Selangor dan adakan usul undi kepercayaan kepada Wan Azizah Wan Ismail salah seorang anggota DUN Selangor sebagai Menteri Besar yang baru. Jika Wan Azizah tidak di terima, Azmin Ali sememangnya orang yang paling layak untuk menggantikan Khalid kerana beliau adalah pengerusi PKR Negeri Selangor.

Jika usul tidak percaya kepada Khalid lulus, barulah di persembahkan keputusan itu kepada kebawah Duli Sultan Selangor dengan membawakan cadangan seorang yang baru untuk menjadi Menteri Besar yang menggantikan Khalid. Sementara ini Khalid tetap Menteri Besar kerana Khalid mempunyai 14 hari selepas menerima surat pemecatannya dari Jawatankuasa Disiplin PKR.

Jika Dewan Undangan Negeri gagal untuk melepasi usul undi tidak percaya Khalid boleh melantik semula Exco-Exco baru dikalangan yang menyokong beliau dalam Dewan semasa usul tidak percaya itu di lakukan.

Buat masa ini PKR hanya mempunyai 13 kerusi sahaja setelah Khalid di pecat sementara PAS dan DAP masing-masing mempunyai 15 kerusi.  Kerusi-kerusi yang lain adalah kerusi yang di menangi oleh UMNO. Pakatan terpaksa mempastikan yang kesemua ahli-ahli Dewan Undangan dari PAS, DAP dan PKR sendiri bersatu dan bulat dalam keputusan memberikan usul tidak percaya terhadap Khalid.

Persoalannya, sejauh mana sokongan yang akan di perolehi dari parti-parti komponen PR itu? Jika itu menjadi persoalannya, elok jangan sesiapa memberikan telahan kerana apa-apa sahaja akan berlaku dalam kemelut yang sebegini. Hanya apa yang di harapkan oleh semua, keadaan akan pulih dan kerajaan Selangor berjalan dengan baik seperti yang kita alami selama ini.

Kemelut politik adalah biasa dan mana-mana negara terutamanya di negara-negara dunia ketiga seperti kita ini akan berlaku dalam tiga atau empat dekad sekali. Di Selangor terutamanya ini bukanlah kemelut kali pertama berlaku. Ia telah berlaku dalam era pemerintahan Perikatan dan BN dan kenapa Selangor acap kali menghadapi kemelut seperti ini adalah kerana negeri Selangor ini adalah negeri terkaya dalam Malaysia.

Di mana ada gula di situlah semut berpusu-pusu. Di mana ada minyak di negara itulah peperangan sering berlaku.  Kita tunggu apa yang akan berlaku setelah parti-parti dalam PR bermesyuarat dan mengambil keputusan. Tetapi apa pun keputusannya waimma jika semua parti bersetuju untuk menggantikan Khalid dengan Wan Azizah, kerajaan Selangor tidak akan berada dalam keadaan sediakala lagi.

Bagi PKR kemahuan Anwar wajar di patuhi kerana Anwar itu adalah bakal Perdana Menteri dalam anggapan mereka. Perdana Menteri negara mana,  tidak pula di ketahui. Siapa yang cedera dan luka berdarah, jangan di ambil kira kerana kepada mereka rakyat semuanya suka dengan tindakan mereka ini.

Sesungguhnya perkelahian diantara parti dan pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat ini merupakan insiden yang sangat serius kerana ia membabitkan perasaan rakyat yang ramai yang telah memberikan sokongan kepada mereka dalam pilihanraya yang lalu.

Setengah pihak menyamakan keadaan sekarang seperti apa yang berlaku diantara Dr Mahathir dengan Anwar pada tahun 1998 dahulu. Tetapi saya memohon untuk membezakan diantara kedua-dua insiden ini. Semasa kes Dr Mahathir dan Anwar dahulu ia hanya melibatkan perpecahan dalam UMNO sahaja, tetapi kes ini melibatkan perbezaan dan pertentangan diantara dua parti komponen di dalamnya, dan ia melibatkan 'cross-section' rakyat yang lebih meluas.

Apa pun ada atau tidak perbezaannya apa yang berlaku sekarang ini akan mempengaruhi sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Cita-cita untuk mengatasi BN akan berhadapan dengan kerumitan dan masalah yang lebih besar lagi.

Nampaknya Pakatan Rakyat tercari-cari peluang untuk hanya kekal sebagai parti pembangkang sahaja. Mungkin itu sahajalah yang layak bagi mereka selepas ini. Jika itu yang mereka mahukan, mereka akan mendapatinya dengan mudah tanpa masalah.

Kita ingatkan dulu mereka mahu menjadi parti alternatif kepada BN, tetapi rupa-rupanya mereka hanya mahu kekal sebagai pembangkang sahaja. Kenapa tak cakap dari dulu lagi? Bermaharajalela lagi lah UMNO!

Patah tumbuh hilang berganti, tetapi jangan di patahkan semata-mata untuk mengganti

Pepatah kita ada menyebut, ‘patah tumbuh hilang berganti’. Maksud pepatah ini, jika patah, ia boleh diganti dengan yang lain, tidak kira samada ia dari jenis yang sama atau yang lain. Tetapi yang patah itu tetap akan berganti. Tetapi pepatah itu tidak menyebut pula samada untuk mengganti dengan yang lain  yang ada boleh di patahkan. Maksudnya yang patah boleh di ganti tetapi jangan pula sengaja di patahkan semata-mata untuk mengganti.

Itulah yang berlaku di Selangor. PKR sengaja cuba untuk mematahkan Khalid semata-mata untuk di gantikan dengan Wan Azizah. Sesungguhnya sebab Khalid hendak di ganti ini bukan kerana isu air, Kidex atau yang lain. Isu-isu ini keluar sebelum ‘Kajang Move’ berlaku. Malahan Anwar sendiri mengakui melalui media yang Khalid telah di beritahu yang beliau akan di gantikan dengan beliau sendiri melalui Kajang Move yang mana beliau sendiri sepatutnya bertanding dan mengambil alih jawatan MB itu dari Khalid.

Semasa Anwar memberi tahu Khalid itu, tidak wujud pun isu-isu yang kita dengar sekarang yang menyebabkan Khalid di panggil oleh jawatan disiplin parti untuk menjawab pertuduhan salah laku beliau sebagai Menteri Besar. Kajang Move itu tidak lain dari agenda Anwar sendiri. Anwar mahukan jawatan itu kerana sebab yang ‘obvious’ dan di ketahui ramai. Tetapi ada masalah pula, kerana Anwar telah di sabitkan dengan kesalahan melakukan sodomi maka kes ini tidak melayakkan beliau bertanding.

Itu sebabnya Anwar mahukan isterinya untuk menggantikan dirinya untuk mengambil alih jawatan MB dari Khalid Ibrahim. Begitu rapat beliau dengan Azmin Ali, Anwar tidak percaya dengan Azmin kerana beliau tahu Azmin bukannya mudah untuk di kawal. Yang beliau boleh kawal tentulah isterinya sendiri yang juga Presiden PKR.

Anwar tidak mahu apa-apa bentuk ‘circumvention’ terhadap gerakan beliau untuk menjadi Perdana Menteri dan akan menggunakan jawatan MB Selangor untuk menyelesaikan masalah undang-undang yang beliau sedang hadapi. Sebenarnya kalau dari segi moral persahabatan, Anwar sepatutnya mengambil Azmin sebagai Menteri Besar dari awal lagi. Tetapi beliau mengambil Khalid Ibrahim kerana Khalid bukan serapat dengan beliau seperti Azmin justeru mudah untuk di alih dan di anjak seperti yang mahu dilakukan terhadap Khalid sekarang ini.

Jika Azmin, beliau ambil dari awal sebagai MB, untuk menolak Azmin akan menambah masalah pada pandangan beliau (Anwar) dan Anwar faham Azmin bukan calang-calang orang. Beliau mempunyai pengaruh besar di akar umbi dan seperti pemimpin-pemimpin dalam UMNO yang mempunyai kuasa akan sentiasa mencari jalan untuk melemahkan musuhnya secara sistematik. Ingat Anwar belajar banyak dari tok gurunya Dr Mahathir yang akhirnya menjadi lawan beliau sampailah sekarang.

Lantaran memilih Khalid untuk di jadikan ‘stop-gap leader’ di Selangor itu gagal dan hasilnya meleset, Khalid rupa-rupanya bukanlah orang yang beliau percayai lagi. Bagi Anwar kecemerlangan Khalid mentadbir negeri bukanya kriteria yang baik untuk kepentingannya. Sekarang ini Anwar hanya ada Wan Azizah sebagai orang yang paling dipercayainya. Maka Wan Azizah mesti di letakkan di Pejabat Menteri Besar untuk menyandang jawatan itu. Anwar sejak beberapa ketika dahulu,‘suspects everybody and trusts nobody’. Azmin yang telah bersama beliau sejak dari dulu sehingga hari ini pun, tidak mendapat kepercayaan beliau sepenuhnya.

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku selepas hari ini kerana tiada siapa yang nampak sebagai ‘clear winner’ di antara Khalid dengan kumpulan-kumpulan berperang dalam PKR itu. Ini mewajarkan parti-parti sekutunya dalam Pakatan Rakyat terpaksa berhati-hati kerana kecundangnya PKR, maka kecundang seluruh anggota dalam Pakatan Rakyat itu.

PKR dan pimpinannya sedang berebut-rebut memanjat kuasa dan ini lah satu perkara biasa dalam mana-mana parti yang sudah hilang punca perjuangannya kerana mereka hanya menumpukan waktu dan tenaga untuk memenangi dan merebut harta rampasan perang sahaja.

Dengan apa yang kita lihat berlaku dalam PKR kini, tumpuan untuk membuktikan ia sebagai sebuah parti ‘alternative’ yang terbaik untuk menggantikan BN sudah tidak menyengat lagi, kerana keseluruhan pimpinannya sedang berpecah-belah. Untuk memenangi Putrajaya bukan boleh di lakukan oleh Anwar seorang sahaja...‘sebatang lidi mudah dipatah-patahkan, tetapi segumpal lidi-lidi yang halus itu jika di susun dengan rapi ia akan menjadi penyapu’ yang mampu membersihkan keadaan. Sekumpulan lidi penyapu itu payah untuk dipatah-patahkan.

Kita perlu ingat mana-mana parti atau kumpulan yang mahukan mandat rakyat ia perlu mendapat sokongan sebahagian besar orang Melayu. Tiada sokongan besar orang Melayu tidak mungkin mendapat mandat untuk ke Putrajaya itu dan jika masih berangan untuk mendapatkannya dengan berpecah-belah ia hanyalah mimpi di siang hari. Kepada penyokong-penyokong Anwar mereka boleh berteriak dan memaki hamun sesiapa yang mereka tidak bersetuju, tetapi hakikatnya tetap sama, tanpa mendapat sokongan orang Melayu mereka tidak akan kemana-mana.

Itu sebabnya seperti yang saya sebutkan awal-awal tadi, jangan dipatahkan semata-mata untuk mengganti, walaupun setiap yang patah itu akan tumbuh dan berganti. Tindakan terhadap Khalid ini sebenarnya hanyalah tindakan politik beragenda Anwar, tidak lebih dan tidak kurang dari itu.

Isu-isu terhadap Khalid yang di hebohkan itu merupakan isu yang tidak mempunyai kekuatan untuk membuktikan Khalid itu sebagi Menteri Besar yang tidak bertanggungjawab. 

Baru beberapa bulan yang lalu sahaja Khalid itu di jadikan ‘testimonial’ yang hebat sehinggakan Pakatan Rakyat mendapat kemenangan yang begitu besar dalam PRU yang lalu di Selangor. Akhirnya semua penyokongnya termasuk pemimpin seperti Khalid Ibrahim dan yang lain-lainnya sebagai papan landasan untuk menyiang dan menyembelih seiapa yang hendak di sembelihnya.

08 August 2014

PKR dan PR sudah ada Rafizi, tak perlu ada musuh lagi

Rafizi Ramli, pengarah strategik PKR, berkata dengan sombongnya yang beliau sanggup melihat Pakatan Rakyat kalah jika itulah harganya untuk memberhentikan Khalid Ibrahim daripada memegang jawatan Menteri Besar Selangor. Kata-kata seperti ini melambangkan sikap dan sifat pimpinan PKR dan ia menunjukkan beliau sendiri bersifat angkuh dan rela semuanya hilang asalkan sahaja musuh politik dalam partinya dapat dihapuskan.

Bagi Rafizi. Biar hancur semua, Khalid wajib dibuang dan tidak boleh lagi memegang jawatan Menteri Besar. Saya tidak tahu bagaimana masyarakat memandang Rafizi dengan kenyataannya yang sangat tidak baik matlamatnya dan kekurangan akhlak politiknya.

Dengan adanya pemimpin seperti Rafizi ini, PKR tidak perlukan musuh lagi. Orang-orang seperti Rafizi ini sudah cukup jika ada dua atau tiga orang dalam kepimpinan PKR sekarang ini sudah cukup untuk menjatuhkan parti itu.

Jika tidak dapat menjatuhkan buah yang dikaitnya, pokok buah itu akan ditebang. Yang penting buah itu mesti jatuh, biar pun kehilangan pokok itu. Dengan adanya pemimpin seperti ini ia akan lebih membuatkan rakyat terutamanya yang pernah menyokong PKR akan terasa terguris kerana mereka telah bersusah-payah untuk menaikkan pemimpin seperti Rafizi ini dan PKR itu keseluruhannya.

Jika benar apa yang akan dipaparkan oleh PKR tentang salah laku Khalid, tidak sepatutnya ayat dan cakap-cakap seperti Rafizi itu keluar dari mulutnya dengan begitu lancar kerana beliau dipersepsikan sebagai seorang yang berpendidikan tinggi melangit.

Di Croatia dahulu setiap keluarga bukan Islam mesti membunuh orang Islam walaupun orang Islam itu adalah jiran mereka. Walaupun sudah berjiran dan bersahabat begitu lama mereka mempunyai hati untuk membunuh rakan dan jiran mereka semata-mata kerana sikap untuk menghapuskan orang Islam semasa peperangan saudara di negara itu.

Kita begitu hairan kenapa mereka mempunyai kudrat untuk membunuh saudara tetangga mereka di sana, tetapi rupanya sikap seperti itu sudah berputik di negara kita ini di kalangan pemimpin-pemimpin kita dari PKR ini.

Kita tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap Rafizi ini, hanya kita mengucapkan ‘May God bless you’ sahaja kepada beliau kerana hanya Tuhan sahaja yang boleh mengubah sikap beliau itu. Inilah pemimpin didikan Anwar Ibrahim. Seperti Rafizi, Anwar tidak kira apa yang berlaku kepada negeri dan negara, yang penting jalannya ke Putrajaya jangan ada halangan. Isterinya mesti menjadi Menteri Besar ‘at all costs’.

Jalan ke Putrajaya ini sememangnya terbuka luas untuk beliau melaluinya, tetapi aneh, beliau sendiri yang meletakkan halangan terhadap dirinya sendiri untuk ke sana. Tetapi pihak-pihak lain pula yang disalahkan kerana ada halangan untuk beliau ke sana,

Sesungguhnya PKR sedang menghadapi kemusnahan kerana sikap pemimpin mereka sendiri. Rupa-rupanya pendidikan yang tinggi tidak dapat memperbaiki sikap dan nilai negatif yang ada dalam sesetengah manusia pemimpin ini. Rupa-rupanya kekalahan PR dalam PRU yang lalu mempunyai hikmah yang sangat besar. Kalau PR berjaya dan Anwar menjadi Perdana Menteri, tidak dapat dibayangkan apa yang beliau lakukan terhadap mereka yang beliau tidak suka. Ingat Perdana Menteri Malaysia mempunyai kuasa memasukkan orang dalam dan mengeluarkannya dari penjara itu. Perdana menteri Malaysia lebih berkuasa dari Presiden AS.

Kasihan juga saya terhadap DAP kerana begitu taksub untuk membela PKR, tetapi mereka tidak nampak yang PKR sendiri melakukan perkara-perkara yang menzalimi diri mereka sendiri.

Setidak-tidaknya PAS sudah mulai sedar akan kelakuan pimpinan PKR ini walaupun agak terlewat. ‘BUT it’s better late than never’.