20 August 2008

Pemimpin buntutkan rakyat, Anwar dituduh buntutkan Saiful

Sudah banyak hari saya tidak menonton TV untuk mengelak daripada mendengar cerita liwat yang tidak habis-habis.

Sudah banyak hari juga saya tidak membaca akhbar kerana takut terbaca cerita liwat dan sumpah Quran si budak Saiful ini.

Akhirnya terpaksalah saya membaca akhbar luar negara dan saya berasa senang sekali kerana tidak ada cerita liwat yang menjadi tajuk utama akhbar-akhbar.

Sudah terlalu banyak mendengar dan membaca cerita liwat ini, sehinggakan apa sahaja yang nampak dipandang akan mengingatkan saya kepada buntut si budak Saiful ini yang sedang menjaja dan ingin memberitahu seluruh dunia bahawa dia telah dibuntutkan oleh orang lain.

Si budak Saiful ini diikuti oleh lensa-lensa kamera TV3, RTM, Astro dan banyak lagi yang membuat liputan mengenai buntutnya.

Macam manalah negara nak berkat jika kita asyik bercerita tentang lubang tahi ke sana ke mari…kadang-kadang terpaksa berhenti makan kerana berasa jijik.

Bilakah masanya media dan kepimpinan kita nak buat cerita bagaimana hendak menyelesaikan isu kemiskinan rakyat yang bertambah tenat?

Saya tidak dapat menerima hakikat bahawa cerita ini disebut-sebut oleh pemimpin-pemimpin besar negara. Ini sangat menampakkan bahawa mereka tidak membuat kerja yang baik kerana terlalu banyak masa dihabiskan untuk menguruskan isu buntut si budak Saiful ini.

Cukup-cukuplah…isu ini sudah sampai ke mahkamah…apa yang hendak disebut siang dan malam tentang isu buntut budak yang masih kencing bercabang ini.

Tak payahlah paksa Anwar untuk bersumpah kerana bukan semua orang menerima bersumpah menggunakan Quran ini sebagai cara yang sesuai…masih ramai yang ragu-ragu.

Tunggu sajalah keputusan mahkamah…jangan diheboh-hebohkan lagi.

Kalau pun Anwar benar melakukan kerja buruk ini biarlah mahkamah yang membuat penghakimannya, dan saya ingin sekali mendengar keputusan mahkamah nanti.

Kalau Anwar benar-benar melakukan perkara sekeji ini, maka akan tampak hinalah dia.

Kenapa cerita Anwar membuntutkan Saiful ini diisukan begitu menggila?

Kenapa tidak dihebohkan cerita pemimpin-pemimpin kita yang telah ‘membuntutkan’ rakyat jelata dengan mengikis harta rakyat melalui rasuah dan penyalahgunaan kuasa?

Apakah bezanya dosa Anwar meliwat Saiful dengan dosa pemimpin-pemimpin rasuah yang merugikan 27 juta rakyat negara ini? Bukankah itu juga tindakan ‘membuntutkan’ rakyat?

Bukankah melakukan rasuah yang menjahanamkan negara itu sama seperti ‘membuntutkan’ rakyat?

Malahan dosanya lebih besar lagi kerana ianya melibatkan berpuluh juta rakyat yang telah ‘dibuntutkan’ oleh pemimpin-pemimpin kita yang membawa kesusahan kepada mereka.

Jika tuduhan terhadap Anwar ini benar, ia hanya akan menyusahkan Saiful seorang sahaja. Tetapi pemimpin-pemimpin kita telah ‘membuntutkan’ seluruh rakyat, khususnya kita ahli-ahli UMNO.


Sekian………………………Aspan Alias

17 August 2008

Living in vacuum

I am like many other Malaysians of all races, is in grave concern about the leadership crisis we are now facing, which certainly gambles our very own future.

This great nation has been going through long history of existence with trustworthy leadership and government until recently when we feel that there exist huge leadership vacuities and this is the worst political ill will this country has ever experienced.

We somehow feel there are some unseen and invincible current that moves towards foreseeable destructions of identity of the nation and her population.

We can unmistakably see and feel that we are not anymore in the country we used to take pleasure living in.

The crisis of confidence are as obtrusive as such we believe that everything the government does is fallacious and subsequently add on to the currently unbearable feelings towards the leadership and the government as a whole.

Malaysians are just unable to appreciate happenings around them and find themselves at odd with everything that surrounds them.

Politicians are morally doomed and can do almost anything, however heinous it can be just for the sake of uncharacteristic political culture of the day.

The most recent happening was when the Quran was debased as a lying detector, when Saiful went to the mosque to swear that he was sodomized by Anwar just a day before the nomination of Permatang Pauh by-election.

I am no saint but I know that was done with bad tastes and intent…it was purely and crudely a political move.

One can even take his own ass for political expediency and worst still it was for the advantage of another desperate politician who is trying to survive his political existence.

I am not protecting anyone who commits this heinous act of sodomy but I am against the ill-intended action of Saiful as he was with somebody high-ups before going to the police to make a report on the sodomy.

His action must be driven by a predictable politician who is in dire need to see Anwar flops politically.

The police have ceased to be an agency to protect the safety of the people as they are just a little bit soiled than the criminals they apprehend.

The crime rate is rising to an appalling state and shamelessly our leaders are claiming that this is the safest nation that one can live in.

The police and the Minister in charge have not given the public the reasons as to why there are too numerous murder cases unsolved, and many robbers were unable to be apprehended.

The underworld seems to rule the nation, while the police seem to be more focus on attending to the political activities of the oppositions.

The racial unity is at the lowest ebb under the current leadership and there are parties who dare enough to question of Malay privileges provided by the constitution which has been agreed between races.

Corruption is already in the blood system of politicians and the government implementers, and only God knows how these inept leaders are going to mitigate this severe problem.

Corruptors are apprehended and charged selectively, as some who commit that offence are guarded by the Official Secret Act (OSA).

Corrupt leaders with huge followers are put at ransom, and forced to support weak and shoddy top leader in the wake of party election in December.

Everything is going to go bust and the current leaders are still dreaming and do nothing of consequence to address all these serious hiccups the nation is facing.

Abdullah and Najib don’t even realize that we are all in danger and the total system of workings in the government is in jeopardy.

What do ordinary Malaysians like us do to mitigate these unwarranted problems? Are we doing enough to help? Do we really realize that our current leaders are not doing anything to save us and the nation?

Let us all once and for all wake up and change these leaders. The efforts should come from everybody and from all quarters.

It should come from all component parties, oppositions and Ngo’s. The Malay rulers are not spared from these noble duties as well.

Let us all Malaysian work towards change and subsequently live happily ever after.

We have missed life in solace far too long, with prudent and magnanimous leaders like we used to enjoy decades ago. After all we still have at least one leader with courage to offer his irrefutable self as an alternative to the current moronic set.

You don’t need to guess who. You know him.


Thanks……………………….Aspan Alias

15 August 2008

Zahid Hamidi berang

Himpunan Pelajar Melayu Merdeka anjuran GPMS yang diadakan di Dewan Intekma, UiTM Khamis lalu melihat ucapan panas Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang memberi amaran jangan diajak orang Melayu mengamuk.

Saya mengetahui program ini diadakan melalui laman web agenda daily yang saya baca.

Zahid berucap di hadapan para pelajar UiTM berhubung dengan isu yang dicetuskan oleh Khalid Ibrahim yang meminta UiTM memberikan 10% tempat di universiti itu kepada pelajar-pelajar bukan Melayu.

Isu ini memang satu isu yang sangat membebankan pemikiran ramai termasuk saya sendiri, sebagai seorang bekas penghuni dan pelajar di kampus UiTM itu.

UiTM memang tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak tentang keunikan kedudukannya kerana ianya wujud atas premis Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu dan Bumiputra sebagaimana yang termaktub di dalam Pelembagaan Persekutuan.

Perasaan marah kepada pihak-pihak yang cuba untuk melacuri keistimewaan UiTM memang kuat dan cadangan Khalid Ibrahim itu patut ditolak dengan apa cara sekalipun, 'waimma' dengan amuk yang disebut-sebut oleh Zahid itu.

Tetapi kenapakah orang bangsa asing serta orang yang bersekutu dengan pemikiran kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini berani menimbulkan isu-isu seperti ini secara terbuka?

Kenapa dahulu tidak timbul isu ini? Kenapa dulu orang bangsa asing sendiri menerima kedudukan istimewa orang Melayu di dalam negara ini?

Kenapa dulu Samy Velu menerima hakikat bahawa orang Melayu begitu bersopan-santun dan bertoleransi yang tinggi?

Kenapa sekarang mereka bercakap secara terbuka mempersoalkan hak keistemewaan orang Melayu?

Tentu ada sebabnya…yang kita sendiri wajib membuat introspeksi diri serta memandang ke dalam diri kita sendiri dahulu sebelum kita nak ajak orang mengamuk.

Saya telah banyak menulis tentang isu ini di dalam blog saya setahun yang lalu.

Sebab yang nyata ialah kerana kelemahan kita yang mempunyai pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak dihormati oleh rakan-rakan daripada bangsa asing seperti Zahid itu sendiri.

Pemimpin UMNO tidak dipandang tinggi lagi kerana imej mereka yang rendah disebabkan rasuah dan salahguna kuasa dan banyak lagi yang telah kita semua sebutkan acap kali.

Apabila nampak sahaja pemimpin UMNO terbayang imej rasuah, lemah pemikiran, mudah diajak berunding untuk kontrak-kontrak besar.

Pemimpin-pemimpin ini akan menerima habuan wang ringgit sebagai persediaan untuk bertanding jawatan naib presiden UMNO dan sebagainya.

Nampak lagi seorang pemimpin UMNO terpampang pula imej berkereta besar yang ansuran bulananannya dibayar oleh taukeh-taukeh Cina dan India.

Pemimpin UMNO dilihat sebagai pemimpin yang boleh berbuat apa jua kesalahan sekalipun tetapi terlepas daripada hukuman kerana semuanya boleh ‘disettlekan’ dengan kuasa yang ada pada mereka.

Pemimpin-pemimpin Melayu kini adalah pemimpin yang boleh dibeli dengan wang ringgit.

Kalau nak dengar pemimpin yang berpidato panas tentang isu UiTM dan sebagainya carilah pemimpin lain…bukannya Zahid Hamidi, Reezal Marican, Nanaaaa Merican dan orang-orang sejenis ini.

Orang ramai akan ketawa besar…kerana mereka ini adalah daripada kumpulan pemimpin UMNO yang sekarang dianggap sebagai barangan ‘reject’. Siapa yang nak dengar?

Kalau tidak masakan UMNO hilang banyak kerusi dalam pilihanraya baru-baru ini.

Itulah sebabnya ramai ahli UMNO termasuk diri saya meminta semua pihak untuk perkuatkan UMNO dengan mencari pemimpin dan barisan baru yang boleh dihormati oleh rakyat agar tidak timbul isu-isu seperti ini lagi.

Ambillah kesempatan ini untuk memilih batang tubuh yang baru untuk memimpin kita dalam pemilihan parti pada bulan Disember yang akan datang…insya-Allah kita akan dihormati.

Tak payah kita menyelesaikan isu UiTM ini dengan mengajak sesiapa untuk mengamuk…itu adalah tindakan bodoh…kita yang salah, kita pula yang mengamuk…

Silly isn’t it?


Sekian……………………………..Aspan Alias.

13 August 2008

UMNO Bandar Tun Razak keluar parti

Naib ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Norasidi Salim telah mengambil keputusan untuk meninggalkan UMNO bersama 151 orang ahli dalam Bahagian itu pada 11hb Ogos lalu.

Beliau dan pengikut-pengikutnya mengambil tindakan ‘decisive’ ini kerana sudah kurang yakin UMNO akan dapat memperbetulkan keadaan untuk menjadi terus releven.

Tindakan ini akan disusuli dengan sekumpulan lebih 200 orang lagi dalam masa yang terdekat ini dan kesemuanya akan menyertai PKR pimpinan Dr Wan Azizah.

Saya sempat bertanya kepada beberapa kenalan yang telah mengambil tindakan itu mengapa mereka begitu ‘decisive’ dalam tindakan mereka.

Jawapan mereka adalah ‘standard’; kerana UMNO tidak mungkin dapat memperbetulkan keadaan dan tidak lagi perlu bersusah-payah mempertahankannya.

Salah saorang memberitahu saya, “Pemimpin-pemimpin masih dengan sikap lama mereka, dengan menekan dan memaksa orang bawah untuk menerima sahaja apa yang mereka lakukan di peringkat atas,” katanya keras.

“Kalau setakat Pak Lah yang lemah boleh lagi dibendung, tetapi yang nak mengambil alih mengikut pelan peralihan kuasa itu ialah orang yang terlalu kontroversial dan kami tidak nampak kita akan memerintah lagi! Jadi buat apa nak tunggu?" sambungnya.

Rakyat kawasan Bandar Tun Razak diwakili oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, daripada PKR di Parlimen, dan tentulah mereka yang merasakan perbezaan yang dialami rakyat di sana.

Kalau tidak masakan mereka meninggalkan parti dengan begitu mudah dan tidak merasa bersalah, kerana sekarang ini mereka dipimpin oleh barisan Abdullah dan Najib yang sangat tidak meyakinkan.

Sesungguhnya PKR bukanlah parti yang kuat dan segar tetapi oleh kerana kelemahan pimpinan UMNO membuatkan PKR ini terus menjadi pilihan ramai.

Kata orang tua-tua, “lulus jarum lulus kelindan”. Oleh kerana PKR sudah mampu memberikan pilihan maka kita yang mempunyai kepimpinan yang lemah ini mudah akan ditinggalkan oleh ahli-ahli yang berfikir.

Saya tidak terkejut jika ada lagi pemimpin-pemimpin Bahagian akan turut mengikut langkah Norasidi Salim untuk bertindak keluar parti.

Jika keadaan ini berterusan maka telahan saya yang UMNO akan hanya mampu bertahan sehingga tengah malam pada hari mengundi PU13 akan menjadi kenyataan.

UMNO terlalu banyak penyakit, tetapi apa yang dilakukan oleh pimpinan ialah hanya untuk menghilangkan sakit, tetapi tidak berusaha memulihkan penyakitnya.

Perlu kita ingat, sakit dan penyakit itu adalah dua perkara yang berbeza.

Jika UMNO masih bernafsu untuk meneruskan pemerintahan ramai-ramailah kita bertindak menukar Abdullah Badawi dengan seorang pemimpin yang lain yang telah pun menawarkan diri beliau untuk menjadi Presiden UMNO.

Jika tidak dilakukan maka UMNO dan lambangnya bolehlah bersedia untuk ditempatkan di dalam Muzium Negara di Jalan Travers.

Mungkin saya dan rakan-rakan akan ke Muzium Negara sehari dua ini untuk menengok-nengokkan jika ada ruang untuk letakkan lambang UMNO kita di sana nanti.

Jika benar perkara ini berlaku saya cadangkan lambang UMNO yang bakal diletakkan di dalam muzium itu mestilah diapitkan dengan gambar Abdullah Badawi dan Najib.

Jika ada ruang yang lebih kita letakkan gambar Rosmah, Khairy, Kalimullah, Kamal Badawi, Muhammad Taib dan lain-lain sekali.

Ini penting untuk dijadikan tatapan generasi yang akan datang bagi mengenali petualang-petualang bangsanya.


Sekian……………………………Aspan Alias