30 October 2008

UMNO dan Parti Komunis Malaya senasib

Dalam sejarah negara, ada 2 buah parti politik yang diharamkan; yang pertamanya Parti Komunis Malaya (PKM) yang dipimpin oleh Chin Peng, dan yang keduanya ialah parti UMNO yang semasa itu dipimpin oleh Dr Mahathir Mohammed.

Kedua-dua Chin Peng dan Dr Mahathir mempunyai pengalaman yang sama; parti yang dipimpin mereka diharamkan.

PKM diharamkan kerana Chin Peng dan parti itu cuba untuk berjuang melalui gerakan bersenjata maka kerajaan Malaya semasa itu mengharamkan parti itu daripada berfungsi di negara ini.

Walaupun parti pimpinan mereka sama-sama diharamkan, tetapi asas pengharamannya adalah berbeza.

Chin Peng lari ke hutan apabila PKM diharamkan kerana tidak bersetuju dengan pengharaman yang diputuskan oleh kerajaan sedangkan Dr Mahathir sengaja tidak mahu menghidupkan kembali UMNO yang telah dibatalkan pendaftarannya oleh Mahkamah Tinggi.

Dr Mahathir gembira dengan kematian UMNO kerana beliau boleh menyambung karier politik beliau dan berjaya menafikan keputusan Hakim Harun Hashim Mahkamah Tinggi untuk mengadakan pemilihan sekali lagi bagi jawatan Presiden dan Majlis Tertinggi.

Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1965 memperuntukkan mana-mana pertubuhan yang diharamkan oleh Mahkamah boleh dihidupkan kembali oleh Menteri Dalam Negeri yang secara kebetulan ketika itu merupakan Dr Mahathir sendiri.

Beliau enggan menggunakan kuasa untuk menghidupkan UMNO itu kerana beliau sudah merancang untuk menubuhkan UMNO (Baru) yang kita semua anggotai ini, dengan mewujudkan Jawatankuasa Penaja di semua peringkat.

Dengan bertindak demikian Dr Mahathir dapat mengenepikan musuh-musuh politik beliau. Tunku Abdul Rahman, Tun Husien Onn, Tengku Razaleiegh Hamzah dan ramai lagi pemimpin UMNO semasa itu dicegah daripada menyertai parti ini.

Saya sendiri di Kuala Pilah tidak dipilih untuk menganggotai Jawatan Penaja walaupun anggota jawatankuasa penyandang yang lain di seluruh negara dilantik menganggotai Jawatankuasa Penaja parti yang baru ditaja itu.

Bermula saat inilah UMNO mula retak walaupun Dr Mahathir begitu berjaya menyusun ekonomi negara, dan saham Dr Mahathir yang bercakap banyak pada hari ini, tidak kurang besarnya dalam memecahbelahkan orang Melayu dalam UMNO ini.

Maka tidak hairanlah retak-retak itu akhirnya membawa belah apabila lahir pemimpin-pemimpin lemah dan tidak jujur seperti yang ada pada hari ini, dan ramai yang bercakap besar pada hari ini hanya bergiat dalam UMNO yang baru ditaja ini.

Perjuangan Chin Peng ialah untuk menjadikan negara ini sebuah negara komunis dan asasnya ialah untuk memperjuangkan bangsa Cina yang chauvinistic.

Rakan-rakan kita daripada bangsa Cina berjuang berpanjangan dan kalau kita kaji secara halus kita nampak kejayaan mereka membina bangsanya ketahap kemajuan yang begitu tinggi dan mereka tetap satu bangsa yang bersatu.

Sebaliknya, UMNO masih terkial-kial untuk membina bangsa yang sepatutnya dibelanya kerana kekurangan komitmen untuk menjayakan perjuangannya.

Pemimpin Melayu dalam UMNO tidak sanggup berkorban untuk bangsanya kerana mereka mementingkan kedudukan dan kebahagiaan diri dan keluarga mereka sendiri.

Pemimpin Melayu sanggup membiarkan keburukan berlaku di hadapan mata mereka kerana takut kepada risiko yang mungkin mereka hadapi.

Perjuangan bangsa Cina adalah perjuangan global tetapi perjuangan kita Melayu adalah untuk keluarga sendiri, atau dalam bahasa yang lain ‘perjuangan cari makan’.

Siapa di kalangan kita yang sanggup berjuang dan menghadapi risiko, sedangkan orang Melayu tidak ada elemen perjungan di dalam jiwa mereka.

“The Malays walk on their stomach” itulah bunyinya satu perbilangan bahasa Inggeris yang digunakan untuk mendefinasikan orang Melayu dalam hal perjuangan.

Saya amat percaya pada perbilangan itu. Saya yakin orang yang berfikir tentu menerima pandangan ini.

Akhir kata saya ingin mengingati semua; baik Dr Mahathir, Abdullah Badawi, Najib, Muhyiddin dan yang lain-lain dalam team itu semuanya berkira-kira business dengan bertopengkan perjuangan Melayu.

Percayalah! Semuanya akan terbukti dan kita semua akan berasa bahawa kita diperbodohkan mereka ini sekali lagi.

Jika panjang umur kita, kita akan sama-sama mengalaminya. Jangan disia-siakan pandangan saya yang kerdil ini.


Sekian…………………………………..Aspan Alias

28 October 2008

UMNO ulat tahi

“UMNO akan ‘bungkus’ dan berkecai!” kata ramai kawan-kawan yang bercakap di mana-mana. Sebagai ahli kepada parti ini saya berasa seram sejuk mendengar komen kawan-kawan yang begitu tegas.

Di setiap peringkat, pemimpinnya sudah hilang arah dan tujuan. UMNO dan ahli-ahlinya sudah terlalu jauh sesat dan kesesatan ini tidak mungkin terjumpa pedoman yang tepat untuk mencari jalan keluar.

Politik UMNO terlalu kotor dan saya pernah menulis tentang ‘ulat tahi’ di dalam UMNO sehinggakan UMNO itu menjadi parti untuk ‘ulat-ulat tahi’.

Pemimpin dan ahlinya suka kepada keadaan kotor dan tidak suka parti ini bersih sampai ke tahap UMNO itu macam tahi dan ahlinya macam ulat tahi.

Ulat tahi ini memang suka kepada tahi kerana tahi itu adalah dunianya dan tidak boleh hidup tanpa tahi.

Jika kita ambil dengan penyepit seekor dua ulat dalam tahi itu dan kita bersihkannya, ulat-ulat ini tidak akan merasa senang hidup dalam keadaan bersih.

Ulat-ulat ini akan merasa resah gelisah jika kita keluarkan dari tahi itu tadi. Tetapi apabila kita letakkan ulat-ulat ini ke dalam tahi kembali ulat-ulat ini akan merasa selesa kerana tempatnya memang di dalam tahi.

Kalau begitu keadaannya tentulah benar kata-kata orang bijak pandai, “The good is for the good and the bad is for the bad”.

Kalau UMNO sudah jadi tahi dan pemimpimpin-pemimpinnya sudah jadi ulat tahi, maka tidak syak lagi parti ini akan jadi parti sejarah bagi orang Melayu.

Kita sudah jemu dengan sikap para pemimpin UMNO yang sanggup menyalahkan ahli-ahli dan sementara mereka terus melakukan kemungkaran politik dan ekonomi serta budaya tetapi memaksa orang Melayu menyokong mereka membabi buta.

Rupa-rupanya apa yang diajar oleh rakyat baru-baru ini masih belum cukup untuk mereka ini. Kita tidak faham kenapa susah sangat kita mendapat pelajaran daripada apa yang berlaku ini.

Semasa kecil, saya pernah menjaga beruk kepunyaan datuk saya dan tugas saya ialah untuk mengajar beruk itu memanjat kelapa.

Saya mengajar beruk ini untuk memilih yang mana satu kelapa masak dan yang mana satu kelapa muda supaya kami boleh menyuruh beruk itu memetik mana-mana kelapa yang kami mahukan.

Beruk itu dapat belajar dengan cepat dan dalam tempoh satu bulan saya boleh mengarahkan beruk itu untuk memetik biji-biji kelapa yang saya mahukan.

Tetapi malangnya ahli-ahli UMNO tidak berkemampuan memilih yang mana pemimpin baik dan yang mana pemimpin buruk laku.

Selalunya mereka akan memilih pemimpin yang tidak senonoh yang terlibat dengan berbagai-bagai kesalahan yang tidak boleh dimaafkan, semata-mata kerana upahan wang ringgit dan menjaga kedudukan yang tidak kekal itu.

Saya mungkin dibenci apabila berkata sedemikian tetapi apakan daya; kebenaran itu sememangnya amat pahit untuk diterima.

Saya rela dicemuh oleh sesiapa yang rasa terkilan dengan apa yang saya perkatakan ini, tetapi saya tiada pilhan selain daripada mengibaratkan keadaan ini dengan perkara yang begitu pedas dan menjijikkan.

Apabila UMNO terkorban oleh pemimpin pilihan yang salah ini, masa itulah mungkin orang ramai akan mengakui kebenaran yang saya perkatakan ini.

Masanya akan sampai untuk saya membuktikan kebenarannya. Tunggu sahaja.


Sekian……………………………….Aspan Alias

27 October 2008

UMNO - Barang tiruan yang tidak tahan lama

Kita orang Melayu sudah patut membuat persediaan berpolitik tanpa kekuasaan UMNO dalam jangka masa yang terdekat ini.

Mahu tidak mahu kita wajib menerima hakikat bahawa UMNO sudah sampai ke penghujung hayatnya dan ramai berpendapat bahawa UMNO akan akhirnya mati dalam era pentadbiran Najib dan Muhyiddin sekiranya mereka ini benar-benar akan menjadi pemimpin kita Mac ini.

Orang tua-tua selalu bercakap, “kalau nak makan apa-apa pun sekaranglah masanya, kerana jika kita dah mati kita tak akan dapat lagi makan-makan seperti ini”.

Begitulah juga dalam UMNO, jika kita nak puas berpolitik dalam UMNO sekaranglah masanya. Kalau nak ambil kesempatan untuk membolot segala kepunyaan kami itu, bolotlah sekarang, sebab UMNO akan ditalkinkan dalam pilihanraya yang akan datang.

Secara moralnya UMNO memang sudah tiada lagi; yang ada hanyalah sebuah parti yang menggunakan nama keramat UMNO itu yang sedang menempa sejarah kehancuran dalam keadaan hina sekali.

UMNO yang sebenarnya tidak seperti apa yang kita lihat sekarang ini. Betullah kata ramai pemimpin veteran yang sudah pergi yang berbunyi, “barang tiruan memang tidak tahan lama.”

Bagi mereka UMNO ini adalah UMNO tiruan. Dalam UMNO asal, ahli yang pertamanya ialah Onn Jaafar bukannya Dr Mahathir Mohammed.

Sejarah pun sudah diubahnya, dan janganlah kita marahkan Singapura memulakan sejarahnya dari tahun 1819 semasa Sir Stamford Raffles menemui Singapura.

UMNO yang ‘ori’ itu pendaftarannya adalah pada tahun 1946 tetapi UMNO tiruan ini pendaftarannya adalah Februari 1988 sahaja.

Penubuhan UMNO asal adalah diasaskan atas penyatuan persatuan dan kelompok Melayu yang pelbagai untuk bersatu mencapai perjuangan Melayu sedangkan UMNO tiruan ini diwujudkan bagi menyelamatkan seorang dua yang ingin kekal rakus berkuasa.

UMNO asal bertegas mempertahankan Islam, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan keluhuran Perlembagaan sedangkan UMNO tiruan ini mencabul kedaulatan Raja-Raja Melayu dan meletakkan Raja-Raja Melayu di pinggiran.

Dalam UMNO tiruan ini perlembagaan diubah dan ditukar seperti menukar seluar dalam untuk disesuaikan bagi kepentingan pemimpin-pemimpinnya dan bukannya untuk menjaga kepentingan parti.

UMNO asal dihormati oleh rakyat berbilang kaum kerana maruah dan martabat pemimpin mereka dijaga rapi sedangkan UMNO tiruan ini dipimpin oleh manusia yang tidak dapat sanjungan rakyat malahan menjadi bahan cacian di merata tempat.

Saya pernah menulis dalam blog ini yang perbezaan antara UMNO asal dengan UMNO tiruan ini adalah seperti perbezaan antara Ziela yang pelakon itu dengan Ziela, maskot Tahun Melawat Malaysia yang diperkenalkan oleh Sabaruddin Cik dahulu.

Ziela, orang utan yang menjadi maskot itu berbulu seluruh badannya sedangkan Ziela yang asal hanya berbulu di tempat-tempat tertentu sahaja.

Walaubagaimanapun, kedua-duanya bernama Ziela dan tentu kita tahu dan faham bahawa kita sekarang bersama Ziela yang asal atau Ziela yang maskot itu.

Sekarang Ziela maskot itu sudah mati di Zoo Negara. Persoalannya sekarang ialah samada UMNO tiruan ini akan mati menuruti Ziela maskot itu ataupun tidak. Nampaknya potensinya besar.

Kalau masih tidak dapat membezakan kedua-duanya nasib perjuangan kita akan terkubur.

Kita patut mula berfikir bagaimana kita hendak berpolitik tanpa UMNO yang akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang.


Sekian……………………………………..Aspan Alias

24 October 2008

Musa wants new maladies

Tun Musa Hitam (TMH) came up with too general a statement saying that UMNO should be led by the young and do away old leaders who are still singing old maladies which misfit the current politics.

In actual fact, TMH was one of the main person who contributed to the initial destruction of UMNO culture but let us not read so much of his dubious history in UMNO. It’s sickening.

Let us just let us flick through the statement he made yesterday but promise not to take his opinion seriously.

What does he mean by young leaders? Young at age or young on ideas and political inventions or anybody as long he or she is young? Or does he mean young at heart as he is reputed to be?

To my mind, the person justified to lead is person who does not have any negative public perceptions, Malay at heart as well as a person who is magnanimous.

Even before he ascend to the premiership that person must be free from allegations of misconduct like corruption, murder, abuse of power and a good image of close family members which are cardinal to ethics of good and sound leadership.

Further to that, the person must have experience in a strong government and has gone through and overcome big National Crisis and have passed through all the mills of politics.

He must be a chap who has the experience in performing social, political and economic engineering which is the basic tenet of our multi-racial, multi-religions and multi-cultural like Malaysia.

He should be a technocrat in capacity and a person who is able to come up with strong and long term policy which is applicable in long decades of time.

Now I am asking TMH a direct but very simple question to answer; can anyone in line for leadership like Najib, Muhyiddin, Hishammudin Husein, Ali Rustam, Ahmad Zahid Hamidi and Muhammad Taib suit to the cap?

Do they really up to the mark and can they comprehend what all that mean? To them it’s either language of Greek or French and too risky for the country to have them as leaders.

TMH must resign to the fact that it is the young who are the group who do not appreciate the workings of UMNO because of the misconduct of the set of leaders who are now at the top in the party and the government.

That is the main reason why I always emphasize that it is not the work of Pak Lah alone but also the work of Najib and the rest; so it is too uncharacteristic to get Najib to succeed Pak Lah as Najib should withdraw together with him (Pak Lah).

One does not need to be a genius to answer; they do just not know the clue of what leadership is all about.

They just know how to solicit votes through dubious means in order to be up in the hierarchy.

You may not like my guts but shortly I shall emerge with prove that what I am now saying is full of truth and wisdom.

I suggest TMH just enjoy life as he normally does as he is not updated with real needs and wants of the people.

To those who know him well will admit that he is forever young and he does not intend to be old.


Thanks………………………………Aspan Alias