01 July 2008

Malaysia kaya isu

Setiap hari ada sahaja perkara dan isu hangat yang berlaku di dalam negara kita yang memeningkan rakyat yang sensitif dan prihatin terhadap masa depan kerajaan, rakyat dan negara.

Hasrat pemimpin nombor 1 dan 2 MCA untuk berundur, perletakan jawatan pemimpin Pemuda MIC serta isu yang termutakhir iaitu isu berhubung dengan tuduhan sodomi Anwar Ibrahim adalah isu-isu yang amat membosankan.

Pada 18hb yang lalu, tersiar berita tentang Akuan Bersumpah Raja Petra Kamaruddin tentang penglibatan Rosmah, isteri kesayangan Najib yang terlibat dalam pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya.

Sebelum itu, timbul pula isu seorang bekas Menteri dari Pahang yang melakukan ganguan seksual di dalam ‘cigar room’ sebuah hotel 6 bintang di ibu negara.

Anwar yang didakwa meliwat pembantunya sendiri serta tidakannya melarikan diri ke kediaman Duta Turki untuk berlindung sangat mengelirukan pemikiran kita dan kita tidak tahu salah benarnya isu ini.

Anwar menafikan dakwaan menjijikkan ini dan sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap pembantunya itu.

Saya tidak pernah terfikir bahawa ‘bontot’ merupakan bahan yang sangat laku dan pasarannya sampai ke peringkat antarabangsa…Masya-Allah! Kenapalah saya tidak tahu selama ini.

Anwar mendakwa bahawa beliau berlindung di kediaman Duta Besar Turki kerana ada cubaan hendak membunuhnya dan meminta kerajaan memberikan jaminan keselamatan untuk beliau sekeluarga.

Apa semuanya ini? Tidak habis-habis dengan cerita buruk yang melibatkan pemimpin-pemimpin besar kita dan kesemuanya menjijikkan.

Memang saya bersetuju dengan sesetengah pandangan yang mengatakan bahawa mereka ini memang tidak sepatutnya dijadikan pemimpin kerana ketandusan imej yang baik serta sikap ‘apathethic’ mereka terhadap keperluan kepimpinan yang tinggi moralnya.

UMNO sudah begitu terbiar sejak 2 dekad yang lalu sehinggakan parti ini sudah tidak ada sifat-sifat dan ‘attribute’ UMNO yang tulen.

Disebabkan oleh kepentingan peribadi yang keterlaluan, UMNO telah membiarkannya dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang berkelakuan tidak senonoh dan kita seolah-olah menghadapi masalah 'juvenile' remaja di kalangan pemimpin kita.

Kita lebih banyak menghabiskan masa menyaksikan perangai buruk para pemimpin daripada melihat mereka membina kemajuan negara dan rakyatnya.

Apabila parti kita ini dipimpin oleh mereka yang tidak sepatutnya berada di situ, kita akan diperlakukan seperti ‘anjing salak’ untuk mereka semata-mata.

‘Enough is enough!’

Sekarang masih ada harapan untuk memperbetulkan kembali UMNO dengan kesediaan Tengku Razaleigh menawarkan diri beliau untuk memimpin kita.

Peluang ini tidak seharusnya diabaikan dan setiap rakyat Malaysia wajib memberi sokongan kepada beliau semata-mata untuk kepentingan negara dan generasi kita.

UMNO hanya tinggal pada namanya sahaja tetapi rupa bentuk dan perjuangannya tidak melambangkan ciri-ciri yang sepatutnya ada pada UMNO.

Saya selalu memberi contoh yang agak melucukan semata-mata untuk memberi gambaran kasar mengenai isu UMNO yang dewasa kini sudah tidak memiliki sifat UMNO yang sejati.

Zeila Jalil adalah seorang artis yang terkenal suatu ketika dahulu dan ramai orang berminat terhadapnya.

Orang ramai suka kepadanya kerana apa yang ada pada Zeila, iaitu rupa paras yang cantik, pandai pula berlakon serta ciri-ciri yang lain.

Malahan, Zeila adalah seorang wanita yang lengkap dan amat disayangi peminat-peminatnya.

Begitu jugalah UMNO yang sangat disayangi oleh ramai ahlinya kerana apa yang ada pada UMNO dalam etika perjuangannya.

Tidak lama selepas itu, datang pula Zeila yang lain pada tahun 1991 dahulu yang diperkenalkan oleh Sabaruddin Chik, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan ketika itu.

Malangnya, Zeila ini tidak diminati oleh orang ramai kerana Zeila yang ini tidak seperti Zeila yang dahulu.

Sifat dan rupanya amat jauh bezanya. Zeila yang diperkenalkan oleh Sabaruddin Chik itu penuh dengan bulu, dari kepala hingga ke hujung kakinya sedangkan Zeila yang asal tidaklah seluruh badannya berbulu.

Zeila yang diperkenalkan oleh Sabaruddin Chik ini ialah Orang Utan, Maskot Tahun Melawat Malaysia 1991.

Begitulah yang terjadi pada UMNO: UMNO yang dulu dihormati sedangkan UMNO yang sekarang tidak diendahkan lagi oleh orang ramai kerana rupa dan bentuknya sudah berbeza…..berbulu sana dan berbulu di sini.

Yang dahulu lain yang sekarang lain walaupun namanya masih sama.

Takut-takut UMNO ini akan jadi Zeila, Maskot ‘Tahun Melawat Malaysia 1991’ yang tinggal dan mati di Zoo Negara.

Tidak tahu di mana dia ditanamkan dan tiada siapa yang ingat dan menyebutnya lagi.


Sekian……………………………………..Aspan Alias





.

3 comments:

CINTA suci abadi said...

Den ingat bonar cerita Zeila dan UMNO lama yang kau cerito tu...

dalam islam ada cara mudah Tuhan sediakan kalau seorang di tuduh melaku kan sesuatu tapi sebenarnya dia tak lakukan..ialah bersumpah dengan nama Allah dan Al Quran Betul tak Pan?Sumpah dan habis cerita...Ini semua kuasa Tuhan Pan takdir dan dah termaktub...

pakbelalang said...

I think Anwar is a sick man. He needs psychological treatment very badly. How can he be a prime minister when his personality now is being questioned. Worse still is, why he is fond of "kowtowing" the American administration for help everytime he is in trouble. Where is his principle and loyalty. I think he is a very, very, very dangerous politician and if given the power to rule he might just "sell" this country for his own vested interest and to serve his unabated "appetite". If given the chance to be the Prime Minister I wonder if his inclination for "something different" will be uncontrollable like Sukarno !!

Anonymous said...

Bilo ekau cerito pasal Zeila, toringat den dia dah jando.