28 July 2008

Muqabalah dengan PAS - Pecah-belah dengan BN

Dr Mahathir mengingatkan UMNO supaya berhati-hati dalam usaha muqabalahnya dengan PAS kerana yang mendapat nikmatnya adalah PAS sahaja dan tidak membawa apa-apa kebaikan kepada UMNO.

Di sebaliknya, UMNO akan diragui oleh rakan-rakan komponen dan akan sedikit sebanyak melemahkan lagi BN yang sudah sedia lemah ini.

Ramai cerdik pandai dan cendiakawan Melayu yakin dan ramai antara mereka menyertai terus PAS sebagai wadah perjuangan mereka dalam siasah.

Bagi saya, pandangan Dr Mahathir ini boleh diterima kerana PAS adalah parti yang sedang berkembang dan apa sahaja yang akan timbul hasil pertemuan itu akan lebih menampakkan kelemahan UMNO yang belum dilihat oleh orang ramai.

Saya telah pun menulis tentang hal muqabalah ini semalam dan saya telah berterus-terang agar UMNO mengadakan muqabalah antara pemimpinnya sendiri terlebih dahulu.

UMNO yang sedang tenat ini, tidak boleh mengambil keputusan dengan persetujuan Majlis Tertinggi semata-mata kerana ahli-ahli mempunyai keyakinan yang rendah terhadap pemimpin-pemimpin di dalam barisan Majlis Tertinggi itu.

Dalam isu seperti ini, ahli-ahli akar umbi wajib dirujuk dahulu kerana yang akan menghadapi masalah yang besar untuk menegakkan UMNO ini ialah ahli-ahli di peringkat akar umbi, bukannya pemimpin-pemimpin besar di atas itu.

Pemimpin besar UMNO perlu berhenti menganggap bahawa mereka boleh berbuat apa yang mereka suka semata-mata kerana sudah mendapatkan mandate melalui perwakilan daripada bahagian-bahagian.

Sikap buruk inilah yang telah beransur-ansur membuatkan parti lemah kerana mereka yang dipilih tidak jujur dan mengambil kesempatan berbuat perkara yang lain daripada apa yang dimandatkan oleh perwakilan.

Itulah sebabnya menjadi pemimpin besar dengan cara jual beli undi ini akhirnya menjahanamkan parti dan kerajaan kerana mereka naik kerana undi belian sebab tiada kepimpinan.

Bayangkanlah yang akan bertemu dengan pemimpin-pemimpin PAS ialah pemimpin UMNO yang tidak mendapat penghormatan ahli dan rakyat, dan apa sahaja yang dirundingkan oleh mereka tidak diyakini oleh orang ramai.

Oleh kerana Abdullah atau pun Najib tidak disukai ramai maka apa sahaja yang mereka kata tentang isu muqabalah ini menjadi bahan ketawa dan lawak di mana-mana.

Saya tidak nampak apa hasilnya daripada muqabalah ini selain daripada sandiwara politik semata-mata.

Sandiwara ini sebaliknya akan membawa perasaan tidak gemar parti-parti komponen BN yang akan membawa risiko perpecahan di kalangan parti-parti tersebut.

Akhirnya yang dikejar tak dapat yang dikendung jatuh berciciran.

Itulah sebabnya rakyat berleter supaya Abdullah dan Najib serta yang lain-lainnya diminta berhenti daripada jawatan masing-masing kerana mereka bukannya membawa kebaikan tetapi sebaliknya menyusahkan rakyat.

Kalau jadi pemimpin sekadar nak menyusahkan rakyat elok berhenti sahaja. Jangan biarkan rakyat menyumpah seranah kita…..dan jagalah maruah dan peribadi…jangan jadi tembok di tepi jalan….orang tak nak kita tapi masih nak duduk di atas itu.

Percayalah..sifat malu itu adalah separuh daripada iman. Malu orang yang beriman ialah malu kepada dirinya sendiri kerana hanya kita sendiri yang lebih tahu kebathilan yang ada pada kita.

Pemimpin yang ada sifat malu selalunya akan berasa segan dan silu untuk menerima rasuah, menyalahgunakan kuasa dan berbohong kepada rakyat yang dipimpinnya.

Hanya pemimpin yang lemah sahaja yang menggunakan tipu muslihat dan berbohong untuk mendapatkan sokongan.

Itulah contoh pemimpin yang kita ada pada hari ini.


Sekian………………………………………..Aspan Alias.

9 comments:

pakbelalang said...

Pan,
What a coincidence, I just email to all my friends yesterday about this subject of MALU. Aku sebarkan hadis Abu Hurairah. Cheers!

Abu Hurairah r.a:
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Iman terdiri daripada lebih dari tujuh puluh bahagian dan malu adalah salah satu dari bahagian-bahagian iman

p/s Kau tahu tak kalau nak breakfast makan satay hanya ada di bandar Muar je !! kah,kah,kah. Harganya 30 seen secocok.

Anonymous said...

Takziah buat saudara pengarang dan sekeluarga. Al-Fatihah.

Anonymous said...

Saya bagi pihak Badan Perhubungan UMNO NS ingin mengucapkan TAKZIAH kembalinya ke rahmatullah ibu saudara pada hari selasa yang lalu. Alfatihah...

pakbelalang said...

Saya tak setuju dengan falsafah dan ideologi PAS.PAS tidak akan membawa apa-apa kemajuan kapada bangsa Melayu. Percayalah. Akhirnya nanti bangsa Melayu lagi akan tercicir dan tepinggir.Bangsa Melayu sekarang dalam keadaan tersepit dan jika PAS memerentah saya rasa bangsa Melayu akan ketinggalan jauh kebelakang lagi.Perjuangan PAS untuk memertabatkan bangsa melayu tidak jelas dan samar-samar.PAS tidak mempunyai agenda yang kukuh bagaimana cara ia akan memerentah negara. Yang saya nampak sistem pemerentahan PAS nanti mungkin akan merip kapada pemerentahan ala Pakistan dan Iran. Pada pandangan saya perjuangan PAS terlalu sempit dan tidak ada ruang untuk memperkembangkan kapasiti intelektual bangsa Melayu. Ini pandangan saya dan mungkin berlainan dengan pandangan pihak lain. Ini hak saya. My prerogative to express my personal opinion. There is always room to agree to disagree.

shahbandarmalakat said...

Ucapan Takziah kepada Tuan Haji dan sekelurga..baru dapat tahu pagi tadi sedang minum dgn sdr Zul..dan sdri Yami pun telipon...dia beri tahu...

Aspan Alias said...

Sdr Azai Azali Inc, Saya mengucapkan berbanyak terima kasih diatas ingatan dan ucapan takziah saudara diatas kepulangan ibu saya ke rahmatullah.

Ingatan sdr sangat saya hargai.

pakbelalang said...

The solution to the present Malay feeling of insecurity is not a merger or some kind of co-operation between the Malay political parties. It lies in restoring UMNO to its previous strength. And this cannot be done for as long as Dato Seri Abdullah is there. There are several leaders in UMNO who are qualified to take over from him, leaders who are not influenced by the greed of their families, leaders who are willing to make sacrifices in order to restore pre-eminent position of UMNO within the BN. One of them could be Rais Yatim. Maybe in the end it would be Tengku Razaleigh Hamzah, with Rais as deputy.

It is not the system that is wrong. For 50 years, half a century, the system had worked well. If it fails today it is not because it is wrong but because the leadership had failed to make it work. - (chedet.com)

The solution: Remove the leader responsible.

Comment:

It looks like Tun M is finally indirectly endorsing Tengku Razaleigh to be the President and Rais Yatim to the Deputy.

pakbelalang said...

Dear Tun,
It looks like you are indirectly endorsing Tengku Razaleigh to be the potential candidate. I maybe wrong in my judgment but if it is really what is in your mind then I think you are in the same wavelength as mine.
Yes, without the slightest shadow of doubt Tengku Razaleigh is the right candidate to change UMNO's current weak position. If Tengku Razaleigh is really sincere to turnaround UMNO back into a vibrant and strong UMNO, I am very certain the UMNO delegates would vote for him in drove. Tengku Razaleigh is the best bet and I hope you would declare openly to support him. Your influence is still strong to sway UMNO grassroot members to vote for Tengku Razaleigh even though you are no more an UMNO member. The grassroot members now are really confused and frustrated the way the top leaders trying to put pressure on them not to have contest for the two top posts. Now they are just waiting for the right "signal" from you, Tun.

pakbelalang said...

Dear Tun,
I hope Tengku Razaleigh won't miss the boat this time around. I am no supporter of Tengku Razaleigh but I am very practical man. This time around if you pick Tengku Razaleigh, I think you can be rest assured that this country will be in good hand and by your action to support Tengku Razaleigh "openly" will at least vindicate you from making a big blunder of choosing Pak Lah to replace you as a Prime Minister.
I think it will be worthwhile an effort for you to push Tengku Razaleigh as the next President of UMNO and if this becomes a reality, I think you have done your part indirectly to save the country from the brink of disaster. Yes, Tengku Razaleigh can deliver, no doubt about it. All he needs is your unequivocal support so that his credibility is strengthened when he goes for his "road show".I am very happy indeed if this thing happens !!Please Tun, you have to support Tengku Razaleigh. He will be the saviour of UMNO, of course with your help! If not,the chances of removing Pak Lah is very remote indeed. Four months is enough time to dent or damage Pak Lah's plan for power transition in 2 years' time.