16 July 2008

Pemuda demokratik?

Pengumuman Pergerakan Pemuda UMNO bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden patut dipertandingkan merupakan satu perkembangan yang baik.

Malahan inilah satu-satunya berita baik daripada Pergerakan Pemuda sejak beberapa lama.

Pengumuman ini dibuat oleh ketuanya, Dato’ Seri Hishammuddin selepas mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda semalam.

Pendirian ini boleh kita beri pujian dan saya berharap Pergerakan ini akan memainkan peranan yang objektif dalam menyemarakkan semangat demokrasi tulen di dalam parti kita UMNO.

Semangat demokrasi di dalam UMNO mula terhakis selepas pemilihan 1987 di mana jawatan-jawatan ini selalunya dijadikan jawatan yang ‘sacred’ yang tidak boleh ditandingi seperti tidak boleh menentang hukum tuhan.

Sejak 20 tahun yang lalu, penyandang jawatan ini tidak boleh diusik sehinggakan ianya mematikan terus demokrasi yang diamalkan oleh parti sejak ianya ditubuhkan.

Inilah kali pertama pendirian mana-mana sayap di dalam parti yang membuat pendirian seperti ini sejak UMNO baru ini wujud pada tahun 1988 yang lalu dan parti ini terpaksa melalui pengalaman pahit sebelum Pemuda kembali berpijak di bumi nyata.

Kali ini kita wajar memberikan pujian kepada Hishamuddin Husein kerana berjaya membawa Pemuda memilih untuk menjadi pragmatis dalam hal menangani masalah yang kita hadapi di dalam parti.

Pengumuman Hishamuddin ini patut disebarkan seperti kita menyebarkan tarikh hari raya sebelum radio dan television wujud seperti zaman dahulu, di mana setiap manusia Islam menyampaikan berita tarikh hari raya daripada mulut ke mulut di seluruh negara dalam kegembiraan.

Bagi diri saya, pengumuman ini memang diharapkan dapat mengembalikan demokrasi yang sebenarnya di dalam parti supaya mereka yang baik dan terhormat boleh menawarkan diri untuk apa-apa jawatan di dalam parti.

Selama ini semua yang baik dan terhormat terpaksa duduk di luar ‘kandang’ kerana selalunya mereka ini tidak akan mahu bersama dalam situasi kuno seperti apa yang kita alami sejak UMNO dihidupkan kembali dengan pendaftaran baru.

Dalam umur saya yang sudah mencecah senja ini, saya ingin melihat UMNO kembali pada semangat asal demi kepentingan perjuangan tulen orang-orang Melayu.

Kita sedang menunggu berita daripada Pergerakan Wanita danPutri pula, samada mampu membuat pendirian yang sama dalam pemilihan parti pada penghujung tahun ini.

Sekiranya Pergerakan Wanita dan Putri membuat pendirian yang sama maka bermulalah era baru dalam konteks pemikiran serta persepsi yang baik di dalam parti dan bukan semata-mata dipergunakan oleh pucuk pimpinan yang lemah dan berjiwa kecil.

Kita perlu menjauhi elemen ‘kuku besi’ yang suah lama berputik di dalam parti dan berusaha meyakinkan ahli-ahli bahawasanya parti ini dipunyai oleh ahli-ahli yang ramai dan bukannya kepunyaan Presiden Parti.

Presiden Parti dan pemimpin tertinggi mesti tunduk kepada prinsip yang mereka sendiri warwarkan bahawa kuasa memilih adalah daripada akar umbi dan bukannya dilakukan mengikut selera dan hawa nafsu pucuk pimpinan.

Jika akar umbi diberi kebebasan bersuara untuk memilih tanpa menganggukkan kepala sahaja apabila keputusan pimpinan yang selalunya membuat pelbagai undang-undang dan peraturan untuk kepentingan peribadi mereka sahaja.

Kita berdoa dan berharap agar semangat ini akan membara di dalam UMNO dan bersejahtera dalam perjuangan kita.


Sekian………………………………………………..Aspan Alias

2 comments:

Anonymous said...

bro aspan,
kenapa tak tulis langsung mengenai perdebatan bekas sahabat saudara, shabery cik dengan anwar ibrahim? kenapa saudara tak perturunkan ilmu berhujjah kepadanya kerana nampaknya, dia belum lagi cukup matang dan berilmu untuk berdebat walaupun pernah menjadi pensyarah ekonomi di universiti malaya dahulu.

Aspan Alias said...

Johnbrown, I have just posted one on the debate as i cudn't do it last nite due to my ailing mum.

To make one correction, Shabery has never been an economic lecturer before and forever.

He was lecturing in some other disciplin, and if I am not wrong in political sciences.

Ok bro, just click in and you can view my brief comments on Shabery.

But believe me he is of no consequence to focus on the debate.

Thanks.