04 March 2010

Moral peribadi yang rendah tak boleh memimpin

Saya tidak pandai bermain bola sejak dari kecil hingga dewasa, apatah lagi bila umur sudah menjangkau lebih setengah abad ini.

Semasa bersekolah dan di kampus semua rakan-rakan saya memanggil saya kaki bangku kerana saya bukan seorang yang suka bersukan.

Tetapi saya adalah peminat bolasepak dan seperti ramai rakan yang lain saya acapkali juga berjaga malam untuk menonton perlawanan bola terutamanya English Premier League (EPL).

Saya adalah penyokong pasukan Tottenham Hotspurs dan semasa saya selalu berkunjung ke England semasa muda dahulu ada jugalah saya menonton pasukan yang saya minati itu di Stadium White Hart Lane tidak jauh ke utara kotaraya London.

Tetapi saya tidaklah ingin menyentuh tentang perlawanan dan permainan bolasepak EPL, siapa akan menjuarai Liga atau seumpamanya.

Apa yang saya ingin sentuh ialah bagaimana moral menjadi satu elemen yang tersangat penting dalam apa-apa perkara yang dilakukan oleh rakyat negara maju seperti England termasuk dalam bidang bolasepak walaupun mereka bukanlah beragama Islam.

Kisah John Terry telah dilucutkan tugasnya sebagai ketua pasukan England dalam perlawanan Piala Dunia di Afrika Selatan pada bulan Jun ini merupakan perkara yang paling mengambil perhatian ramai termasuk kaki bangku seperti saya ini.

Perlucutan jawatan pemain Chelsea John Terry sebagai ketua pasukan bolasepak England adalah semata-mata kerana isu hubungan sulitnya dengan bekas kekasih sahabat sepasukannya Wayne Bridge.

Atas nama moral Terry telah dilucutkan jawatan sebagai ketua pasukan England oleh jurulatih pasukan Fabio Capello dan ini melambangkan moral merupakan elemen penting di dalam perkara yang berhubungkait dengan kepimpinan.

Bagi mereka moral merupakan isu terpenting untuk mencapai kejayaan dan mereka tidak berkompromi dengan salahlaku moral.

Mereka bukanlah beragama Islam dan masyarakat mereka tidak pernah pun berkhutbah pasal moral seperti yang selalu kita lihat di sini tetapi isu moral sudah menjadi cara dan pakaian hidup mereka jika ianya berkaitan dengan kepimpinan.

Moral dan kepimpinan itu adalah dua perkara yang berkait antara satu dengan lain.

Saya bukan mengatakan yang mereka bersih daripada perkara yang tidak bermoral, tetapi apa yang saya ingin tekankan ialah apabila diketahui umum tentang skandal yang saya sebut tadi maka secara etikanya Terry sudah tidak layak memimpin pasukannya.

Itu hanya di peringkat pasukan bolasepak sahaja belum lagi di peringkat kepimpinan negara.

Terry pula menerima keputusan Fabio untuk melucutkan jawatan ketua pasukan dengan penuh gentleman dan sanggup menjadi pemain biasa dan tempatnya diisi oleh oleh Rio Ferdinand.

Oleh kerana kecederaan yang dialami oleh Rio, maka Steven Gerard pula akan memangku jawatan sebagai ketua pasukan England dalam perlawanan Piala Dunia di Afrika Selatan nanti.

Jadi natijahnya, walaupun mereka bukan Muslim tetapi mereka mempunyai banyak nilai-nilai keislaman dalam cara hidup mereka seharian, dan lebih-lebih lagi dalam isu kepimpinan.

Saya teringat kepada seorang penceramah bebas agama kita berkata di dalam sebuah rancangan agama di television kita, “Di negara barat kita boleh lihat banyak Islam, tetapi kurang Muslimnya. Di sini pula ramai Muslimnya tetapi Islamnya tidak seberapa.”

Itu sahaja catatan saya dan kali ini saya harap tulisan ini tidak menjadi kontroversi seperti yang selalu saya hadapi daripada komentar-komentar yang membaca tulisan ini.


Sekian……………………………………..Aspan Alias

9 comments:

Anonymous said...

Walaupun sdr kaki bangku, tetapi saya kenal sdr bukan kaki mengampu.

Tulisan sdr ringan kali ini tetapi masih boleh mendapat pelajaran darinya.

dol said, melaka

alfian said...

Saya seronok membaca article ini kerana benarlah kata-kata org bijak pandai serta muktabar; kita jadikan alam yg terbentang luas ini sebagai guru.

Apabila sampai waktu memilih kepimpinan moral, etika dan pandangan umumitu amat perlu dikalangan yg bersih.

Tahniah sdr

Anonymous said...

Aspan,

You ni menyindir pulak! Dah berhenti cakap direct sekarang dah menyindir, dan sindiran sdr itu serupa aje dengan bercakap terus.

damien

Anonymous said...

Aspan,

Rocklah you ni. Walaupun you tak pandai main bola tapi you boleh sepak indirect free kick, dan masuk pulak tu!!!

hehehe


di-man

daud said...

Aspan,

Dengar mu naok mari Tengganu 18 hari bulang.

Aku tunggu mu kat airportlah kalau mu jadi mari.


daud

shahbandarmalakat said...

Aspan,dalam tak ada duit ekau boleh terbang sana sini...ada syer kat air Asia Ye? oh Pan ada baca blog baru forwardlooking?ini url dia...http://forwardlooking24.blogspot.com/

Anonymous said...

Kepada pemimpin hari ini mereka telah persetankan nilai-nilai moral didalam kepimpinan mereka.

Sudah jelas hasil minyak diberikan imbuhan Royalty tetapi dialih dan dianjak pula denga Wang Ehsan.

Mereka mengelirukan rakyat sedangkan manusia yg membentuk PETRONAS cuba dinafikan ketulinan pandangan dan cuba pula memutarbelitkan perjanjian yg ditandatangani.

Digunakan pula pemimpin tempatan untuk mengelirukan rakyat negeri Kelantan misalnya dan ini adalah tindakkan yg tidak boleh dimaafkan.

Ini merupakan isu moral kepimpinan dan tidaklah rasa bersalah lagi untuk mengenepikan pimpinan seperti ini.

pencenPTD, Tampin

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan,

Sifat semula jadi yg cenderongkan kepada amalan dan perbuatan yg kurang berakhlak yg ditegah olih Agama kita,dan kurangnya penghayatan terhadap ajaran agama Islam menyebabkan kita "disini pula ramai Muslimnya tetapi Islamnya tidak seberapa".

Sebahagian besar sifat yg ada pada kita,begitu juga sebahagian daripada penyakit dan kebolihan,adalah diwarisi.Selebihnya diperolihi melalui ajaran formal dan tidak formal mengikut persekitaran yg ada.Penyakit sosial yg kita lihat hari ini,samaada yg melanda masyarakat umum atau apa yg berlaku dalam parti politik sekarang,adalah hasil daripada dua faktor yg dinyatakan itu.Pembetulan dan pembaikkan keadaan yg burok ini memerlukan tindakan yg berani,tegas dan radikal melalui pendekatan yg bersesuaian dan efektif.Melalui kepimpinan yg baik dan bersih dan pengkuatkuasaan undang-undang dan peraturan didalam semua aspek pengurusan dan pentadbiran dalam negara,termasuk perundangan dan urusan dalam hal Agama.Tanpa itu semua,sebarang perubahan tidak akan berlaku.Ianya akan menjadi sebuah harapan yg tak tertunai.

Perlu diakui bahawa penghayatan terhadap ajaran Agama Islam dinegara kita sekarang tidak menyeluroh dan mendalam.Amalan seharian terlalu menekan perkara perkara remeh dan ritual.Kita terlalu menekan tentang cara membaca Quran, mithalnya(memang dituntut),tetapi tidak memberi tumpuan yg sama atau lebih kepada penyajaran yg ada terkandung didalamnya.Penyajaran yg begitu penting tidak diterjemahkan kedalam kehidupan seharian kita.

Untuk mengubah keadaan ini setiap kita misti mengambil sikap membenci kepada setiap perbuatan dan amalan yg negatif ,samaada yg bertentangan dengan undang-undang negara,hukum hakam Islam dan peraturan apa jua badan pertubuhan sekali pun.Kita misti berpegang teguh kepada prinsip ini dan istiqumah dalam pengamalannya.

Sdr Aspan, dalam kontek apa yg dikatakan diatas,saya sunggoh terkilan dan rasa amat kecewa diatas tindakan saudara mempromosikan Khairy Jamaludin sedemikian rupa sedangkan saudara tahu bahawa beilau telah disahkan terlibat dengan rasuah politik wang.Walaupun apa yg ternyata didalam kes yg beliau disabitkan itu tidak nampak begitu serius tetapi penglibatan beliau yg sebenar diperingkat bahabigian melalui agen-agennya amat menyeluroh dan berat sekali.Bukankah perbuatan beliau itu adalah satu tindakan,bukan sahaja tidak bermoral tetapi juga salah di sisi undang-undang Negara dan peraturan parti.Jadi,mengikut prinsip yg Sdr cuba tekankan disini nyatalah Khairy tergolong didalam kumpulan mereka yg mempunyai"moral peribadi yang rendah" dan "tak boleh memimpin".Bukankah begitu atau hanya mereka yg terlibat dengan sekandal sex sahaja dikira tidak bermoral?

Dalam kes Khairy ini ianya lebih daripada.Beliau dikatakan telah terlibat dengan pengambilalih anak syarikat kerajaan Avenue Capital Resources olih ECM Libra yg lebih kecil.Selain daripada itu beliau juga dikatakan ada peranan didalam penjualan MV Augusta,pembatalan projek rail kereta api berkembar dan jambatan bengkok keSingapore.Begitu juga dengan penglibatan beliau dalam projek-projek wang ehsan minyak di Trengganu yg diberi kepada Patrik Lim yg kemudiannya memberi pinjaman kepada Khairy sebanyak 9 juta RM.Pendeknya,mengikut cakap cakap di kedai kedai kopi diseluroh Malaysia ini dan juga dikalangan sebahagian pemuda pemuda UMNO,kejatuhan mantan PM Tun Abdullah dan apa yg terjadi kepada UMNO hari ini adalah hasil daripada peranan beliau bersama dengan rakan rakannya di Tingkat 4.Barangkali itu hanya tomahan mereka yg tidak suka kepada beliau.Walauapapun,persepsi orang ramai terhadap beliau amat negatif sehingga ada diantara mereka tergamak menuduh beliau sebagai agen Zionis dan pengkhianat bangsa.

Saya terasa bimbang kalau nanti ada pihak yg menuduh Sdr bersekongkol dan bersubahat dengan orang bukan sahaja rendah moral tetapi juga pengkhianat.Dan akan dikatakan cakap tidak serupa bikin. Harap harapnya tidak.

Askar Tua

kacapermata said...

saudara aspan,
perkembangan politik dunia sekarang ialah membenarkan matlamat menghalalkan cara!macam2 boleh buat bro, janji boleh dapat power semula bagi yang dah hilang power, soal moral letak tepi. footballers ni lain sikit ragamnya kerana mereka dilatih untuk berdisiplin dan bila langgar etika moral, mereka boleh terima keputusan yang dikenakan. bab ini tak ada pada orang politik, kalau salah moralpun masih tak mengaku. orang lain pula yang disalahkan.