Pemecatan Zulkifli Nordin dari PKR memang dijangkakan dan sebenarnya itulah yang sepatutnya dilakukan oleh PKR. PKR juga telah meminta Zul mengosongkan kerusi Kulim Bandar Baru yang diwakilinya kerana kemenangan beliau itu adalah diatas tiket PKR dan PR.
Jangan pula memberi alasan yang beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen kerana beliau dipilih rakyat, sedangkan beliau kena akui beliau berjaya mendapatkan mandat dari Kulim Bandar Baru ialah kerana beliau mewakili PKR dalam pilihanraya dahulu..
Tetapi saya menjangkakan Zul tidak akan berbuat demikian walaupun beliau mempamirkan sebagai seorang yang kuat prinsipnya.
Dalam isu perletakkan jawatan dari ahli Parlimen Zul akan membuangkan prinsip asas ini kerana prinsip keislaman yang digambarkan kepada kita itu hanyalah merupakan tempelan yang tidak kekal kerana ianya merupakan hakikat yang tidak sebenarnya yang ada kepada Zul.
Dalam keadaan politik yang sudah sampai ketahap ini PKR sepatutnya mencari saki baki pemimpin mereka yang tidak lekat hatinya dengan PKR untuk dikeluarkan.
Biarlah PKR tinggal jumlah yang kecil kerana bagi saya jika jumlah yang kecil boleh berorganisasi dengan baik ianya boleh menjadi majoriti dalam politik.
‘A well organized minority is majority in politics’
Jika orang seperti Zul ini ramai dalam sesebuah parti maka parti itu tidak akan mampu maju kehadapan kerana tenaga dan pemikiran akan lari dari penumpuan untuk meningkatkan prestasi sesebuah organisasi politik itu.
Sebenarnya itulah penyakit yang dialami oleh UMNO yang menyebabkan parti itu hampir kehilangan kuasa selepas PU12 yang lalu.
Ramai pemimpinnya adalah dari individu yang hilang kredibilitinya kerana berimejkan rasuah dan salah guna kuasa rakyat yang berasa mual dan jemu memilih untuk meninggalkan sokongan kepada UMNO dan mengundi apa sahaja parti selain dari UMNO itu.
UMNO pula tidak ada kudrat untuk mengenepikan mereka-mereka ini kerana dalam UMNO sudah terbentuk sistem ‘warlords’ yang sudah tidak dapat dibersihkan lagi.
UMNO diyakini akan masih meletakkan pemimpin seperti Nazri Aziz, Khir Toyo dan ramai lagi yang sudah kehilangan kredibiliti dalam UMNO.
Berbalik kepada isu yang berlaku dalam PKR pemecatan Zulkifli Nordin memangnya satu tindakkan untuk membersihkan parti dari dianggotai oleh manusia yang hilang arah dan punca dan tidak faham mengapa mereka menyertai parti itu.
Sallehudin Hashim akhirnya diketahui umum sebab-sebab beliau meninggalkan PKR dan semuanya adalah kerana tidak mendapat apa yang dihajati semasa menyertai parti itu.
Salleh tidak dapat menerima hakikat yang beliau bukanlah seorang sahaja yang ada kemampuan untuk mentadbir Syarikat Peransang dan beliau kini dipergunakan oleh musuh politik PKR dan media massa yang anti PKR.
Sallehuddin lupa untuk bertanya kepada diri beliau sendiri apa yang ahli-ahli parti itu dapat menyertai PKR selain dari bergerak dengan keyakinan yang parti itu boleh menjadi sebuah Parti yang mempunayi ‘consequence’ yang kuat dalam siasah negara apatah lagi dalam iklim politik yang tidak menentu pada hari ini.
Zaharin Hashim juga ada masalah peribadi yang lain kenapa beliau bertndak membelakangkan parti dan PR dan apa yang diberitahu sebab beliau meletakkan jawatan dan meninggalkan parti adalah sangat ber lainan dari isu sebenaranya.
Isunya, tetap isu peribadi yang beliau tidak berjaya untuk mendapatkannya. Orang seperti ini jika diletak dimana-mana pun akan memnjadi duri dalam daging persatuan yang memerlukan setiap orang menerima hakikat yang kesabaran dan pengorbanan itu merupakan elemen penting dalam berpesatuan.
Zul berkata beliau tidak akan merayu diatas keputusan pemecatan itu dan itu pun yang beliau patut lakukan. Beliau tidak akur kapada kehendak parti yang dianggotai oleh ratusan ribu ahli.
Zul berkehendakkan semua ahli parti mengikit cara beliau untuk menghakimkan diri beliau sendiri…hanya beliau sahaja yang beragama dan beliau sahaja yang akan disoal diyaumil mahsya nanti kononnya.
Bagi Zul beliau patut mengosongkan kerusinya diKulim Bandar Baru nanti….jika benar-benar beliau seorang yang bermaruah tinggi.
Saya berharap mereka ini tidak akan menyertai UMNO kerana UMNO pun sudah terlau ramai ahli dan pemimpin yang bersikap seperti Zulkifli Nordin ini.
Sekian…………………………………………….Aspan Alias
16 comments:
Dear Aspan,
When Anwar Ibrahim refuse to step down when instructed by the UMNO Supreme Council and requested by Dr. Mahathir personally, Anwar Ibrahim chose the streets. Should Zulkifli Nordin follow his boss historical example then?
ManJebat
Yes bro, right from day 1 this guy zul should have been brought in any party.
He has wrong attitude for any organization to take him.
Only who knows him would appreciate my comments.
zainalali
UMNO=PKR=DAP=evryone.
Corruption+Abuse of Power= UMNO
mat metametik, kuantan
I have the inclination of voting for PR next time around.
My intuition tells me that BN is going to go bust with MCA's disparaging incidence yesterday.
But of course I decide to join PKR as Zulkifli Nordin is now out!
That is the good omen for PR when he was scked.
latif
caya lu lah latif,
wa pun mau undi PR. Wa mau lu sama-sama undi PR buat kali pertama.
Lu ingat lu sorang saja ka mau undi PR?
Wa pun sama lorr!!
Sdra
1.Hari ini YB Zul fell flat on his face into one big poddle of mud. he has been pushing his luck too far with his overestimated arrogance to find himself looking like an idiot with no future in politic.
2. For months dia telah antogonise his party and at same time cuba menunjukkan kejaguhannya kepada UMNO. hari ini dia telah kena checkmate! He deserved to be sacked and the beauty of it is that PKR is able to kill 3 birds with a stone.
3. satu, menamatkan karier politik YB Zul yang angkuh. Kedua, memberi amaran kepada bakal-bakal katak yang ingin melompat agar berfikir panjang kerana nilai mereka sekarang tidak seberapa kepada UMNO ( tak boleh demand banyak-banyak) selepas ini. Ketiga, memperlahankan kalau tidak memaksa UMNO berfikir langkah lain untuk menarik MP PKR keluar parti.
4. Hari-hari mendatang adalah menarik untuk diperhatikan. Pertama, kita lihat bagaimana utusan dan MSM lain memainkan isu YB Zul ini.Ini akan menjadi petunjuk sejauh mana YB zul ini bernilai bagi UMNO. Seterusnya kita perlu perhatikan apakah komen pemimpin-pemimpin UMNO.
5. saya percaya keghairahan katak-katak untuk melompat dalam masa terdekat ini agak reda dan mereka juga akan memerhatikan bagaimana respond pemimpin UMNO untuk menentukan how much are worth. RM 1 Million? 2 Millions or more?
sama-sama kita saksikan perkembangan berikut.
bat8
p/s: TV3 nampakny tidak begitu mencanangkan dan mensensasikan isu pemecatan isu Yb Zul sejak semalam. Mungkin mereka masih menunggu arahan dato JJ kot.
sebagai seorang ajk pkr cabang kulim bandar baru saya rasa lega dengan pemecatan MP kami dari pkr.
kami rasa sudah lepas beban yg berat dan kami bersedia untuk mencalunkan org lain untuk menggantikan zukkifli ini.
ajk pkr kulim
am not at all worried about Zulkifli nordin's departure from the party.
nobody can handle this bloke with one kind of silly ego.
nobody would be able to handle him as he himself fails to handle his own self.
I was sultan sulaiman kelab by chance last nite when i saw the police disturbing pkr's ceramah session.
from last nite i hate umno especially that boy named hisahamudin husein.
noe i know why umno is a taboo to many people.
joe
bat8,
I feel UMNO will offer him a membership.
Until next GE zulkifli will be looked at by UMNO, but he will be disappointed after that, bet you bro.
Politik Zulkifli Nordin pastinya akan mati kegeringan.
Cerdiknya tak boleh nak diikut, bodohnya tak boleh nak diajar.
Zulkifli kena meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen pkr.
itu adalah pakaian semangat demokrasi.
Tak kiralah PKR menag atau kalah, tetapi beliau mesti langsungak prinsip yang beliau laungkan itu.
Beliau mendapat sokongan dari pengundi yang menyokong PKR bukannya tas peribadi beliau.
Harap beliau berbuat demikian.
ketua cawangan umno kulim bandar baru.
benda tg tersirat bagi sdr aspan tetap targetnya kpd UMNO
"Saya berharap mereka ini tidak akan menyertai UMNO kerana UMNO pun sudah terlau ramai ahli dan pemimpin yang bersikap seperti Zulkifli Nordin ini."
aspan not interested at all dgn PKR...dia masih mahu memulihkan umno.berbeza dgn saya saya interested pulihkan UMNO yg di tubuhkan tahun 46 kerana di situ banyak sejarahnya,..aspan dari 46 masuk umno barau keran Ku Li masuk UMNO baru. Bagi saya lepas 46 di hubarkan tetap tak berparti dan tak sokong PKR sebab serupa juga macam UMNO baru parti individual..Umno untuk mahathir ,PKR untuk anwar..apa alasan PKR bila dikaji tetap untuk anwar...saya sudah berdoa pada tahun 1990 minta pertunjuk Allah"Ya Allah tunjukkan siapa sebenar anwar"dan pertunjuk sudah di perolehi dalam tahun 1998....Pendaftar pertubuhan ada kuasa untuk pulih UMNO lama..Aspan elok balik ke panggal jalan sama usahakan pulih UMNO lama..penting untuk masa depan bangsa Melayu.bisikkan kat KULI,jangan dia sama hanyut tak ada tempat nak bergantung.ingat agak lama juga,sebelum 46 di wujudkan , kita tak berparti ,ok je..
Aspan, I am beginning to believe that all the evils in politics started from Dr M.
The split under Dr M made it possible for PKR to exist.
And now UMNO leaders are paranoid with the party and Anwar.
Can you believe that there is not even word of Anwar is right.
Whule we remember how Mirzan made use of MISC and Petronas to bail him to the tune of billion of ringgit, Dr M still talk to lavishly on corruption and abuse of power.
Can we believe that?
zachariah
Bro Aspan,
I beg to disagree wth you over one point. In this issue I think Anwar must own part of the problem bro.
Anwar has been good negotiator with all his tentacles abroad and I don't see why he couldn't talk to Zulkifli in good spirit?
My suspicion is that Anwar feels that Zul is too tiny for him to talk sense to.
On this point you have to agree with me.
abuubaidah
Sdra Aspan,
1. Hari ini Zulkifli nordin suruh Presiden PKR, datin Wan Azizah meletak jawatan pulak setelah datin meminta beliau mengosongkan kerusi parlimennya.
2. Arrogant...arrogant sungguh cara dia jawab datin wan. Now l am thinking what a good pair they make if he and Ibrahim Ali joint forces - hancurlah orang melayu .Rosak...rosakkk.
3. Dua-dua sama psycho, bodoh sombong, kaki auta, angkuh dan tak makan saman.
...dont u think so( my no.2 komen)?
bat8
ps: Being kelantanese, l kenal ibrahim's political game like l kenal buah rambutan Ali. Been watching the guy antics for past 30 years...hehehe
bat8,
I don't think Zul has anybody to listen to him anymore and it is nobody's doing other than his.
As for yr no 2 comment I mutually agree with you as I know Ibrahim Ali since 1972 during the ITM days.
Well, let us put it this way bro, I am not able to be like him. It needs a special character to be him.
Thnx bro
Post a Comment